21
 Tajuk Kajian: Bangunan Bersejarah di Malaysia Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah, Negeri S embilan

Kerja Kursus Sejarah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 1/21

 

 

Tajuk Kajian:

Bangunan Bersejarah di Malaysia

Istana Lama Seri MenantiKuala Pilah, Negeri Sembilan

Page 2: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 2/21

 

Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat

Tajuk Kajian 1

Senarai Kandungan 2

Penghargaan 3

Objektif Kajian 4

Kaedah Kajian 5

Hasil Kajian

1.   Nama Bangunan

2.  Latar Belakang Bangunan

3.  Keistimewaan Bangunan

6

7-13

14-22

Rumusan 23

Lampiran 24-34

Rujukan 35

Page 3: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 3/21

 

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yangtelah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini.

Ribuan terima kasih kepada guru Sejarah, Cik Rajeswary A/P Palaniyandi dan Cik Enawaty binti Anuwar yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk 

menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Datin Hajah Rohayah binti Harun,Pengetua SMK Seri Ampangan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada saya sepanjang

menjalankan tugasan ini.Penghargaan saya kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Baba bin Hasan dan Puan

Rosni binti Mansor dan keluarga yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukan.

Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya iaitu Muhd. Aiman bin Hanef danMohd. Yusuf bin Hassan yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dan

 berkongsi maklumat dan ilmu mereka berkaitan dengan Istana Lama Seri Menanti.Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dan sudi

memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan kerja kursusini.

Page 4: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 4/21

 

Objektif Kajian

Kerja kursus Sejarah ini merangkumi beberapa objektif kajian seperti yang berikut :

a)  Mengenal pasti sejarah dan latar belakang Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah,

 Negeri Sembilan.

 b)  Mengetahui reka bentuk dan ciri-ciri Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri

Sembilan.

c)  Mengetahui tujuan Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dibina.

d)  Mengetahui kegunaan dahulu dan sekarang Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah,

 Negeri Sembilan.

e)  Menyedarkan masyarakat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dalamkalangan rakyat, kerana bangunan-bangunan tersebut melambangkan keistimewaan

sesebuah negara.

f)  Menerapkan unsur nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Page 5: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 5/21

 

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam

 penghasilan kerja kursus ini. Kaedah yang saya telah gunakan adalah seperti yang berikut:

a)  Rujukan

Saya telah merujuk dan menganalisis maklumat daripada buku-buku ilmiah dan

ensiklopedia yang berkaitan dengan Istana Lama Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri

Sembilan di Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan dan di perpustakaan sekolah bagi

mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang saya pilih.

 b)  Media

Saya telah menganalisis media massa dan media cetak seperti internet, majalah danrisalah-risalah yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan

yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.

c)  Pemerhatian

Saya memerhatikan dengan menggunakan pancaindera mata bagi mengenal pasti tujuan,

seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

d)  Temu bual

Saya telah menemu bual Encik Nordin bin Jonid untuk mendapatkan maklumat tentang

Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau telah memberi

maklumat yang penting kepada saya. Maklumat-maklumat yang diperolehi telah

membolehkan saya menulis kajian dengan selengkapnya.

Page 6: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 6/21

 

Hasil Kajian

1. Nama Bangunan

Pada permulaan pembinaannya istana itu dikenali sebagai Istana Hinggap pada tahun

1908. Kemudiannya istana ini ditukarkan nama kepada Istana Seri Menanti. Pada 14 Julai 1992,

 bangunan ini dipanggil Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang diuruskan oleh Lembaga

Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Page 7: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 7/21

 

Hasil Kajian

2. Latar Belakang Bangunan

2.1 Asal-usul bangunan

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik. Istana ini mula dibina pada tahun 1902 dan

siap dibina pada tahun 1908. Istana ini telah dimusnahkan oleh pihak Inggeris ketika perang di

Bukit Putus. Walaubagaimanapun, istana ini telah dibaik pulih atas arahan daripada Yamtuan

Antah. 

Page 8: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 8/21

 

2.2 Pengasas 

Pengasas istana ini ialah DYMM Yamtuan Muhammad. Baginda bersemayam di istana ini

sehingga tahun 1931. Kemudiannya, istana ini diwartakan sebagai ³Muzium Diraja Istana Lama

Seri Menanti´ pada tahun 1992. Pengasas Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti adalah

dibawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Page 9: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 9/21

 

2.3 Tarikh pembinaan

Istana Lama Seri Menanti telah dibina dari tahun 1902 hingga tahun 1908 iaitu selama enam

tahun. Istana ini siap dibina pada tahun 1908.

Page 10: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 10/21

 

2.4 Lokasi

Istana Lama Seri Menanti terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini

 berada 38 km dari bandar Seremban. Kini, istana ini berada di kawasan yang telah ditukarkan

nama kepada Pekan Diraja Seri Menanti.

Page 11: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 11/21

 

2.5 Tujuan penubuhan bangunan

Istana Lama Seri Menanti ini dibina adalah untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar 

oleh askar-askar Inggeris ketika berlakunya perang di Bukit Putus.

Page 12: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 12/21

 

2.6 Perasmian

Perasmian Istana Lama Seri Menanti telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad

Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Kemudiannya, istana ini diwartakan sebagai Muzium Diraja

Istana Lama Seri Menanti pada 14 Julai 1992 yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Ja¶afar Ibni

Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Page 13: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 13/21

 

Hasil Kajian

3. Keistimewaan Bangunan

3.1 Reka bentuk pelan

Pelan asal Istana Lama Seri Menanti telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar 

dan Taib. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford

dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh

Jurutera Negeri dan Residen British.

Page 14: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 14/21

 

3.2 Bahan binaan

Istana Lama Seri Menanti dibina daripada bahan-bahan yang amat berharga seperti kayu belaka

dan kayu penak. Kayu penak telah diperolehi khas daripada hutan Pergai, Jelebu. Selain itu,

 paku kayu yang dipanggil pasak digunakan untuk memaku tiang-tiang di istana ini. Kayu berlian

 juga digunakan untuk membina atap di istana ini.

Page 15: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 15/21

 

3.3  Hiasan dalaman

Tingkat 1 Istana Lama Seri Menanti merupakan bilik tidur bagi anak raja Yang Empat. Bilik ni

terdapat dua buah katil, sebuah almari dan kelengkapan bilik yang lain seperti almari perhiasan

diri, cermin, dan tempat penyangkut baju. Selain itu, bilik ini mempunyai perhiasan dinding

speperti gambar-gambar Tuanku dan Tuanku Ampuan serta gambar-gambar lain. Terdapat juga

satu bilik yang mempunyai dua buah katil dan kelengkapan bilik. Bilik ini merupakan bilik 

 beradu bagi Tunku Dara dan Tunku Puteri. Terrdapat juga ruang santapan yang mempunyai satu

unit meja dan dua puluh unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat dua buah almari yang

menyimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu.

Tingkat 2 istana ini di sebelah kanan pula terdapat sebuah katil untuk peraduan Tuanku. Di bilik 

ini terdapat sebuah almari untuk penyimpanan barang-barang kebesaran. Di sini juga terdapat

dua bilah lembing, dua bilah tombak, dua bilah seludang dan dua bilah keris yang terletak di

 bahagian dinding. Di sebelah kiri pula merupakan bilik beradu bagi Tuanku bersama Tuanku

Ampuan. Di bilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhisan, sebuah meja kecil

dan dua buah kerusi. Terdapat juga perhisan dinding seperti gambar Tuanku dan Tuanku

Ampuan.

Tingkat 3 istana ini merupakan tempat penyimpanan barang-barang. Ini kerana segala

kelengkapan tidur cucu Yamtuan seperti tilam, bantal, kain selimut dan sebagainya disimpan di

 bahagian ini.

Tingkat 4 istana ini pula merupakan tempat Yamtuan berehat. Di sini terdapat meja kecil, kerusi

malas dan kerusi.

Page 16: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 16/21

 

3.4 Kegunaan dahulu dan sekarang

Pada tahun 1908 hingga 1931, Istana Lama Seri Menanti telah digunakan oleh DYMM Yang di-

Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sebagai tempat bersemayam. Istana ini juga

digunakan sebagai upacara menghadap yang diadakan tiga tahun sekali. Selain itu, istana ini

 pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan unutk dijadikan Sekolah Menengah

Agama Tinggi pada tahun 1959 hingga 1964. Pada 14 Julai 1992, istana ini diwartakan sebagai

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Pengurusan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

adalah dibawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Sekarang, istana ini dijadikan

muzium untuk mempamerkan koleksi-koleksi kelurga Diraja.

Page 17: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 17/21

 

3.5 Cara pembinaan

Istana Lama Seri Menanti dibina setinggi empat tingkat dan semasa proses pembinaan istana ini,

istana ini tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi sebaliknya ia menggunakan paku kayu

yang dipanggil pasak. Istana ini dibina berasaskan daripada 100% kayu dan pembinaannya

 bercirikan tradisional yang mengikut seni bina masyarkat Minangkabau.

Page 18: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 18/21

 

Rumusan

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh

masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan

nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang

 berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat

tentang latar belakang dan sejarah Istana Lama Seri Menanti. Saya juga telah memperoleh

maklumat tentang reka bentuk dan ciri-ciri istana ini yang mempunyai maksud sebalik reka

 bentuk dan ciri-ciri istana ini. Selain itu, saya dapat memperoleh maklumat tentang tujuan Istana

Lama Seri Menanti dibina. Saya dapat mengetahui tujuan dan kegunaan istana ini pada masa

dahulu. Saya boleh memperoleh maklumat tentang kegunaan dahulu dan sekarang Istana Lama

Seri Menanti. Saya dapat mengetahui kegunaan istana ini pada zaman dahulu dan mengetahui

kegunaan istana ini pada masa sekarang.

Saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan Istana Lama Seri Menanti kepada

rakyat Malaysia dan betapa pentingnya istana ini kepada rakyat Malaysia. Hal ini dapat

membuktikan bahawa istana ini penting pada masa akan datang dan kita perlu memlihara dan

memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Tambahan pula, saya dapat menghayati

unsur nilai-nilai murni dan patriotisme semasa saya menjalankan kajian ini.

Saya sedar betapa bertuahnya saya menjadi warganegara Malaysia kerana negara kita

mempunyai banyak keistimewaan yang ditinggalkan oleh zaman dahulu dan telah melahirkanmasyarakat majmuk serta budaya yang tersendiri. Saya turut berasa bersyukur kerana dilahirkan

di atas bumi yang mempunyai kesan peninggalan sejarah yang sangat unik dan bermakna kepadarakyat Malaysia. Tanah air kita yang telah dijajah melebihi 400 tahun telah memberi iktibar 

kepada kita semua.

³Untuk mara ke depan, kita perlu menoleh ke belakang,´ itulah yang dikatakan oleh TunAbdullah Badawi selaku Perdana Menteri negara kita yang ke-5. Kita haruslah mengambil

iktibar dan menjadikan peristiwa-peristiwa yang telah berlalu sebagai satu pengajaran dan peringatan agar tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang. Keindahan nilai

estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyat dan kerajaan untuk terus

mengekalkan peninggalan sejarah tersebut.

Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari nilai kerjasama dan kesabaran dalam

mengahadapi cabaran sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Walaupun penghasilan projek tersebut tidak berjalan begitu lancar, saya tetap dapat menyiapkan dan menghantar kerjakursus sejarah tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Page 19: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 19/21

 

 

Lampiran

Page 20: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 20/21

 

Rujukan

1.  Melawat tempat kajian

Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri

Sembilan.

2.  Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti

http://www.bernama.com/bernama/d5/bm/

http://www.journeymalaysia.com/mh15_SeriMenanti.htm

3.  Orang sumber 

 Nordin bin Jonid

580101-05-6243

51, Kg. Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.

4.  Risalah

Muzium-muzium Negeri Sembilan

Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Page 21: Kerja Kursus Sejarah

5/7/2018 Kerja Kursus Sejarah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kerja-kursus-sejarah-559abb0c0137a 21/21

 

Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat

memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis bangunan bersejarah di Malaysia contohnya Kota A¶Famosa yang masih berada di Melaka dan Istana Lama Seri Menanti yang masih teguh di Kuala

Pilah, Negeri Sembilan. Bangunan-bangunan ini masih mempunyai ciri-ciri keasliannya dan kita

haruslah mempertahankan bangunan bersejarah ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita tiada

 pemikiran yang jauh, tentu kita sudah merobohkan bangunan-bangunan bersejarah ini dan

membina bangunan-bangunan yang jauh lebih canggih dan moden. Oleh itu, kita seharusnya

 bertindak dengan wajar dan memikirkan terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan

 bersejarah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk memelihara dan memulihara bangunan-

 bangunan bersejarah di Malaysia. Contohnya, Istana Lama Seri Menanti yang dijadikan MuziumDiraja untuk menyimpan koleksi sejarah pada zaman dahulu. Kerajaan telah berusaha untuk 

memelihara dan memulihara dengan sepenuhnya supaya istana ini dapat dijadikan sejarah pada

masa akan datang. Rakyat juga harus bekerjasama dan tolong-menolong menjaga bangunan

 bersejarah ini agar generasi akan datang dapat melihatnya dan dapat menjadi contoh kepada

rakyat di negara lain.

Wajarlah kita semua untuk menghayati menghargai dan seterusnya mempertahankan

ikon-ikon bangunan bersejarah di negara kita. Semangat ini sepatutnya ada dalam kalangan

rakyat Malaysia. Kita patut berbangga dengan kesan peninggalan sejarah pada masa dahulu

kerana kesan-kesan ini membawa kepada kemajuan negara ini yang berkembang maju.Bangunan bersejarah juga dapat membuktikan sesuatu perkara yang berlaku pada masa dahulu

yang dapat kita ketahui pada masa sekarang.

Rakyat yang mencintai warisan bangsa negaranya merupakan rakyat yang mencintai

tanah airnya. Di negara kita, masih banyak bangunan yang berdiri teguh dan megah di negara

ini. Kita sepatutnya berbangga kerana bangunan-bangunan ini hampir tidak dimusnahkan

sepenuhnya oleh sebahagian penjajah malah dibaiki pula oleh kerajaan untuk penyimpanan

warisan sejarah pada masa akan datang. Bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang

kreatif dan menarik yang melambangkan sesuatu yang membuktikan bahawa seorang arkitek 

yang amat rajin dan gigih dapat membina satu bangunan yang istimewa dan menarik di Malaysiaini.

Konklusinya, usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan

 bersejarah di Malaysia mampu menyemai semangat cinta akan warisan bangsa di negara ini.

Warganegara Malaysia haruslah mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah agar peristiwa-

 peristiwa yang terkandung padanya tidak akan lupus. Kita haruslah menjaga warisan negara kita

agar generasi yang akan datang dapat melihatnya.