31
MAKLUMAT ORANG SUMBER NAMA : PUAN KAMALA BINTI ADNAN UMUR : 48 TAHUN (2012) ALAMAT : 699,JALAN SEMPADAN, BATU 8 IJOK, 45600 BESTARI JAYA , SELANGOR DARUL EHSAN . PEKERJAAN : PEMILIK PERUSAHAAN

KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

MAKLUMAT ORANG SUMBER

NAMA : PUAN KAMALA BINTI ADNAN

UMUR : 48 TAHUN (2012)

ALAMAT : 699,JALAN SEMPADAN, BATU 8 IJOK, 45600 BESTARI JAYA ,

SELANGOR DARUL EHSAN .

PEKERJAAN : PEMILIK PERUSAHAAN

Page 2: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

TEMUBUAL DENGAN PUAN KAMALA BINTI ADNAN

Saya:Assalamualaikum , Puan Kamala .

Pn. Kamala :Waalaikumsalam .

Saya:Boleh saya menemuramah puan buat seketika ?

Pn. Kamala :Boleh saja , apasalahnya . Kamu hendak bertanya mengenai apa

Saya :Saya ingin bertanya mengenai latar belakang perusahaan makanan Tradisi Ijok Kay .

Pn. Kamala : Perusahaan makanan Tradisi telah wujud pada tahun 2003 ketika itu ini masih lagi

kecil-kecilan .

Saya :Adakah puan menggunakan modal persendirian ?

Pn. Kamala :Ya . Saya hanya menggunakan modal persendirian dan keluarga bagi memulakan

perusahaan ini .

Saya :Apakah tujuan puan membuka perusahaan ini ?

Pn. Kamala :Tujuan saya mengusahakan perusahaan ini kerana untuk mencari

sumber pendapatan sampingan dan disamping itu dapat meringankan beban

suami saya dan membantu masyarakat kaum wanita .

Page 3: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Saya :Berapakah bilangan pekarja puan ?

Pn. Kamala :Saya mempunyai 2 orang pekerja . Antaranya ialah Nabila binti dan saya sendiri .

Saya : Bagaimankah cara-cara puan menjaga kualiti dan juga mutu produk-produk puan ?

Pn. Kamala : Saya sangat mementingkan mutu dan juga kualiti bagi setiap produk yang saya

hasilkan .Saya akan menggunakan barangan yang halal, bemutu dan juga bersih .

Saya: Apakah perancangan puan untuk masa akan datang ?

Pn. Kamala : Perancangan saya untuk masa akan datang adalah untuk memasarkan produk saya ke

peringkat yang lebih tinggi . Saya juga akan mengembangkan cawangan saya keserata negeri

Selangor .

Saya :Semoga harapan puan menjadi keyataan Terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh saya .

Pn. Kamala :Sama-sama . Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan awak .

Saya : Assalamualaikum .

Pn. Kamala : Waalaikumsalam .

Page 4: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

PPRODUK YANG DIHASILKAN

Baulu Baulu

kuih kapit

Kuih siput Kuih Tiram

Page 5: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Resepi membuat kuih kapit / sepit / love letter

500g Tepung gandum 500g Gula pasir (saya kurangkan gula sebab tidak suka manis) 3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat) 3 biji telur ½ sudu teh garam - masukkan dalam santan dan kacau Minyak untuk goreng

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang. 2. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. 3. Panaskan minyak dengan acuan terendam. 4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan. 5. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau

lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras. 6. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.7. Acuan kuih kapit bersaiz 4 ½ “

Page 6: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITA :

PERUSAHAAN MEMBUAT DAN MEMBEKAL MAKANAN TRADISI DAN MAKANAN

RINGAN

Page 7: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 TAJUK KAJIAN

2 SENARAI KANDUNGAN

3 PENGHARGAAN

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAEDAH KAJIAN

6 HASIL KAJIAN

7 RUMUSAN

8 LAMPIRAN

9 RUJUKAN

Page 8: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

PEGHARGAAN

Saya Khairyl Amre bin Mazlan ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada guru

matapelajaran sejarah ,Puan Norasmah ,kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan

kerja kursus sejarah ini . Terima kasih sekali lagi kerana sanggup memberi tunjuk ajar walaupun pada

waktu selepas sekolah .

Selain itu , tidak lupajuga saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kedapa ibubapa saya iaitu

Mazaln bin Imam dan Zahara binti Ramli yang telah banyak berkorban bagi menyiapkan kerja kursus

sejarah ini . Terima kasih kerana telah berkorban masa, tenanga dan juga wang .

Akhir sekali ,saya ingin berterimakasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya untuk

menyiapkan kerja kursus sejarah . Jutaan terima kasih kepadarakan-rakan saya yang telah menolong saya

mencari maklumat bagi menyiapkan kerja kursus sejarah .

Page 9: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini , saya akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar

Belakang produk tempatan yang akan saya kaji . Sepanjang tempoh kajian dijalankan , pelbgai jenis kajian

dilaksanakan untuk memenuhi beberapa objektif yang ditetapkan . Pertama sekali ,saya akan dapat mengetahui

tentang asal – usul nama produk tempatan , sebab – sebab nama tersebut dipilih dan sebagainya . Selain

daripada itu ,saya juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengusaha produk tempatan tersebut

iaitu Puan Kamala binti Adnan .Saya dapat mengetahui biodata sifat istimewanya dan sumbangan beliau

terhadap masyarakat demi menaikkan imej bangsa melayu .Selain daripada itu ,melalui kajian ini saya berasa

bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini kerana produk yang di diusahakan oleh pengusaha ini dapat

menandingi produk luar negara . Olehitu ,sikap memandang rendah produk perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran

dan sebaliknya membina semangat MALAYSIA BOLEH . Akhir sekali ,kajian sejarah ini juga dapat membantu

saya menguasai mencari , mengumpul , merekod dan menganalisis maklumat tentang produk tempatan .

Page 10: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

KAEDAH KAJIAN

Selama kajian ini ,saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah untuk mengumpul

maklumat bagi mengumpul maklumat bagi menyempurnakan tugasan ini . Antara jenis kajian yang

saya gunakan ialah kaedah menemu ramah .Kaedah ini merupakan satu tinjauan dalam pendidikan

yang melibatkan pertemuan pengkaji dengan orang sumber untuk mendapatkan maklumat .Saya

sebagai pengkaji telah menemuramah Puan Kamala Binti Adnan .Beliau memegang jawatan sebagai

pengusaha Syarikat IJOK KAY ENTERPRISE .

Selain itu, saya juga menggunakan kaedah lawatan dan juga pemerhatian . Dalam kaedah ini ,saya

telah mengambil beberapa gambar semasa menjalankan lawatan ke perusahaan membekal makanan

tradisional . Saya juga telah mengambil gambar infrasturktur ,bangunan , kemudahan , alatan dan

sebagainya .

Di samping itu , saya juga telah menjalankan kaedah menganalisis beberapa dokumen bagi

mengkaji sumber primer untuk menentukan ketepatan fakta dan dapat memahami sesuatu peristiwa

dengan lebih mendalam . Saya telah menganalisis beberapa dokumen seperti sijil perniagaan , lesen

perniagaan , sijil syarikat Malaysia dan sebagainya .

Akhir sekali , saya juga menggunakan kaedah melayari internet . Dengan kaedah ini ,saya

memperoleh maklumat dengan lebih cepat . Selain itu ,dengan melayari internet saya dapat

memahami dengan lebih jelas tentang produk tempatan yang terdapat di negara kita .

Page 11: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

HASIL KAJIAN

MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN

Nama produk tempatan di Negara kita yang saya kaji ialah Makanan Tradisi dan Makanan

Ringan .Kategori makanan Tradisi yang dihasilkan ialah kuih – muih tempatan .

Nama Penguasaha makanan tradisi tersebut adalah Puan Kamala binti Adnan .Statusnya

adalah hak milik persendirian .Lokasinya terletak di 699, Jalan Sempadan Batu 8 Ijok, 45600 Bestari

Jaya , Selangor Darul Ehsan .

Kad Perniagaan

Page 12: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

LATAR BELAKANG PERUSAHAAN MAKANAN TRADISI

Sejarah kewujudan perusahaan makanan Tradisi bermula secara kecil kecilan .Punca dan jumlah

modal yang telah digunakan adalah dengan cara persendirian dan bantuan keluarga .Tujuan adalah

untuk beliau mewujudkan perusahaan tersebut kerana minatnya yang mendalam dalam perusahaan ini

.

Oleh itu ,ianya juga telah dilengkapi dengan kemudahan yang memadai untuk berniaga

secara kecil- kecilan . Kawasan perusahaan tersebut terletak di dalam kampung dan beliau bukan

sahaja membuat kuih – muih tempatan malah member i peluang kepada semua kaum wanita untuk

belaja r rmembuat kuih – muih tempatan .

Page 13: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Tempat pembakar kuih

KAEDAH DAN CARA PENGHASILAN

Page 14: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Dari segi tenaga pekerja ,kini telah mempunyai dua orang pekerja .Perkerjanya ialah Nabila binti

Ishak dan dirinya sendiri .

Antara peralatan yang digunakan ialah mesin pengadun tepung ,mesin pengisar , ketuhar , peti

sejuk berskala besar dan lain – lain lagi . Dari segi spesifikasi produk pula beliau menggunakan

penimbang untuk menimbang bahan-bahan seperti tepung beras ,gula, telur. Bahan ini digunakan untuk

membuat kuih kapit (sepit).

Beliau mengamalkan langkah yang berhati-hati untuk mengawal mutu produk yang

digunakan .Beliau menggunakan barang – barang yang bersih ,bermutu tinggi , tahan lama dan juga

halal . Beliau sentiasa mementingkan kebersihan produk kerana kebersihan sebahagian daripada

iman dan juga menjaga kebersihan tempat dan kebersihan peralatan untuk membuat kuih . Beliau

akan memastikan keadaan tempat perusahaannya sentiasa bersih selapas digunakan Setiap minggu

beliau akan membersihkan tempat perusahaan beliau . Kata beliau kebersihan mesti diutamakan

dahulu .

PERKEMBANGAN PRODUK MAKANAN TRADISI

Page 15: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Dari segi rangkaian pemasaran makanan Tradisi pula beliau hanya memasarkan produk

beliau di dalam daerah Kuala Selangor sahaja. Kemajuan yang ingin beliau capaikan ialah

beliau ingin perusahaan beliau mendapat sambutan yang menggalakkan . Keuntungan semakin

bertambah dari hari ke hari. Beliau juga akan menggunakan teknologi-teknologi baru dan akan

menambahkan kapasiti pengeluaran keseluruh negara dan pasaran eksport.

Sebelum beliau mempunyai bengkel masakan, beliau mempunyai cabaran dan masalah

yang dihadapi oleh beliau. Beliau mempunyai masalah dari segi kewangan dan saingan

daripada pengeluar lain serta harga bahan mentah tidak menentu.

Beliau juga mempunyai perancangan beliau adalah beliau akan membesarkan lagi

pengusahaan masakan Makanan Tradisi beliau. Selain itu, beliau juga ingin meluaskan lagi

cawangan makanan Tradisi dan ajaranya seluruh di Selangor dan menambah kakitangan serta

alatan.

Page 16: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

(Penaung)RISDA

(Pengerusi)Puan Kamala binti Adnan

(Pembantu)Puan Marfoaah

binti Kamaruddin

(Pembantu) Nabila binti

Ishak

CARTA ORGANISASI PERUSAHAAN MAKANAN TRADISI DAN MAKANAN RINGAN

Page 17: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

RUMUSAN

Setelah bertungkus lumus akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dipelajari daripada kajian-kajian yang telah

dilaksanakan. Melalui kajian ini saya berbangga menjadi Warganegara Malaysia kerana rakyat

negara ini mempunyai banyak pilihan produk-produk tempatan daripada barangan elektronik,

keperluan rumah dan perhiasan sehinggalah kepada barangan harian seperti makanan.

Sebagai negara yang menuju ke arah kemajuan, Malaysia sebenarnya sudah mampu

berdikari dalam usaha menghasilkan dan mangeluarkan pelbagai barangan serta prodak

sendiri bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya. Dalam nada yang sama

semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggalakkan minda

rakyat negara ini bagi kepentingan negara ini.

Rumusannya, kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan

negara di samping menyahut inspirasi dan hala tuju kempen belilah barangan Malaysia hingga

mencpai matlamat yang diharapkan.

Page 18: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

LAMPIRAN

Page 19: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Gambar 1: Mesin pengadun tepung

Gambar 2: Kawasan Kajian Dijalankan

Page 20: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

RUJUKAN

Orang Sumber

1. Puan Kamala binti Adnan,48 tahun, 699,Jln Sempadan, Batu 8 Ijok, 45600

Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. Nabila binti Ishak 24 tahun, 699 Jln Sempadan, Batu 8 Ijok, 45600 Bestari

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Melawat Tempat Kajian

1. Perusahaan Makanan Tradisi dan Mkanan Ringan 699,Jln Sempadan, Batu 8

Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Internet

1. http://maps.google.com.my/maps/ms?

source=embed&gcode=&ie=UTF&hq=&hne...,4/21/2012

2. http://www.bing.com/maps/?cc=my

Page 21: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Soalan:

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen

serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu

dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat

dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa

matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan

ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja

menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau

perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari

dengan aspirasi Negara. Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada

barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian

seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan

mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah

mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba

masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan

kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara

kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng

utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu

Page 22: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Sebagai negara membangun, Malaysia

sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin

sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran

tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk

keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis

sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang

rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina

semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam

nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping

menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.. Sebut saja jenis

produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri

automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar

negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak

jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian,

pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita

seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini..Yang penting sebenarnya ialah

perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi

sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak

dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada

pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Page 23: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Kawasan kajian

Page 24: KERJA KURSUS SEJARAH 2012 (2)

Lawatan dari RISDA Negeri Johor