kerja kursus sejarah 2008(complete)

  • Upload
    intan7

  • View
    1.734

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

juz utk tatapan generasi masa hadapan..hwa,hwa,hwa...

Citation preview

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LELA SEGARA

PERMAINAN TRADISIONAL GASINGNAMA: INTAN SURAYA MOHD KELAS: 3 AMANAH NAMA GURU : CIK FARIDAH BINTI LONG TARIKH HANTAR: 8 JUN 2008

Isi kandungan:Aspek halamanTajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan 1 2 3 5 7 9 22 24 32

33

33

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini terutamanya cigku sejarah saya iaitu Cik Faridah Binti Long. Beliau telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga saya kerana telah memberi dorongan serta semangat kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Mohd bin Omar dan Ismail Bin Bilay Mamat kerana telah memberi maklumat yang berguna ketika sesi temubual. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu saya sepanjang proses menyiapakan kerja kursus ini.

33

33

Antara objektif kajian ini dijalankan ialah:Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permainan gasing supaya dapat diceritakan kepada generasi akan datang agar permainan ini tidak pupus. Untuk menguasai teknik membuat kajian supaya dapat dipraktikkan ketika berada di alam universiti nanti. Untuk mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan permainan gasing agar dapat dijadikan tatapan generasi akan datang.

33

33

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Antaranya ialah:Kaedah kajian Penyelidikan Perpustakaan. Saya telah mengunjungi perpustakaan awam untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan permainan gasing.

Kaedah Menemubual Orang Sumber. Saya telah menemubual Mohd Bin Omar dan Ismail Bin Bilay Mamat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permainan gasing.

Kaedah Melayari Internet. Saya telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari segala maklumat berkenaan kerja kursus ini iaitu permainan gasing.

33

33

NAMA PERMAINAN Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah Gasing. Gasing adalah satu permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk.

LATAR BELAKANG ASAL-USUL PERMAINAN GASING Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermakna tegak dan kuat semasa

33

Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diadaptasikan dengan menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk. Selain itu, ade juga yang mengarakan bahawa perkataan gasing berasal dari dua perkataan, iaitu KA dan SING. KA berasal dari perkataan KAYU dan SING pula berasal dari perkataan PUSING. Apabila digabungkan ia menjadi KASING. Tetap untuk memudahkan sebutan, ia dipanggil GASING. Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama. Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka

33

NEGERI YANG MEMPOPULARKANNYA Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan. Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau, gasing dan lainlain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin, rabu dan sabtu. Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja. Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula, permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbeza dan dinamakan dengan gasing lundu, gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasan, gasing limbang kadazan, gasing bajau dan gasing Brunei.

33

Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan 33 permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan

Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain. Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi. Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya gasing bulat atau gasing tunjang, gasing botol atau gasing jantung manakala gasing leper pula dikenali sebagai gasing pereng atau gasing merempang.

33

KAUM YANG MEMPOPULARKANNYA Permainan gasing sememangnya sinonim dengan masyarakat melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa turut mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak lebih suka bermain gasing pinang kerana gasing pinang merupakan gasing yang paling ringkas. Selain itu, kaum-kaum lain seperti kaum cina, Kaum Bajau, Kaum Lampung, dan Kaum Jambi juga sedikit sebanyak terlibat dalam mempopularkan permaianan gasing.

Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia seperti di Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Benua-benua di afrika dan eropah juga tidak ketinggalan. Di negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga terdapat permainan yang menyerupai permainan gasing.

33

TUJUAN DIMAINKAN Gasing dimainkan bertujuan untuk menghilangkan penat dan lelah setelah seharian bekerja. Dahulu, gasing dimainkan secara bermusim iaitu setiap kali selepas musim menuai padi. Namun kini, gasing dimainkan pada bila-bila masa. Permainan gasing sememangnya dapat mengisi masa lapang selain dijadikan hiburan . Selain itu, gasing juga kini dijadikan sebagai salah satu aspek kebudayaan untuk menarik pelancong berkunjung ke negara ini. Hal ini kerana para pelancong sememangnya berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kebudayaan masyarakat tertentu. Dengan adanya promosi pelancongan sebegini, pendapatan negara akan bertambah melalui kegiatan pelancongan. Permainan gasing juga dimainkan untuk acara yang lebih besar seperti pertandingan atau festival.

33

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN GASING Gasing diperbuat daripada kayu keras dan tahan pecah. Contohnya kayu sepah, kayu bakau,kayu penaga dan kayu kuran. Ukuran lilitan tubuh minimumnya ialah 10.1 cm dan ukuran maksimumnya ialah 45.7 cm. Tingginya pula ialah minimumnya 8.8 cm dan maksimumnya 11.4 cm termasuk paksi. Gasing ini juga mestilah berbentuk bulat berukuran : Panjangnya tidak melebihi 0.7 cm. Tapaknya tidak kurang daripada 0.3 cm dan tidak melebihi 0.8 cm. Temin dipasangkan dibahagian bawah dan tinggi minimumnya ialah 5.1 cm. Bahagian kepala gasing pula boleh diturap dengan besi.

TALI GASING Pada zaman dahulu, tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tetapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Pada kebiasaannya tali yang digunakan 1 m panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

33

CARA DIMAINKAN

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,

memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama Dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. Cara kedua Cara yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

33

Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan

dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah

dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang. Memusing Gasing Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing

mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara

mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan.

33

Memangkah Gasing Pangkah totok. Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini. Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak, badan

pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

33

Pangkah layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing. Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

33

Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula

diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

33

33

Hasil kajian ini, saya dapat mengenal pasti kebudayaan bangsa supaya dapat dikekalkan untuk menjadi tatapan generasi masa hadapan. Permainan gasing dapat mewujudkan semangat cinta akan khazanah negara supaya kita sama-sama dapat memelihara budaya ini agar tidak luput ditelan zaman. Bak kata pepatah tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar menyedari bahawa permainan tradisional mempunyai signifikannya untuk mewujudkan perpaduan di Malaysia.

33

33

33

Buku Ilmiah Shahnil Asmar Saaid, Mohamed Roselan Malek,1995.Permainan Tradisional. Selangor:Penerbit Prisma Snd.Bhd. Hussain Bin Mohammad,Permainan Tradisional Terengganu.

Akhbar Metro,13 Januari 2008,halaman 20. Utusan Malaysia, 4 Jun 2006,halaman 2. Orang Sumber Encik Mohd Bin Omar,52 tahun,Kg. Sentol Patah,21600 Marang,Terengganu. Encik Ismail Bin Bilay Mamat,77 tahun,Kg. Durian Penjara,21600 Marang, Terengganu. Internet Gasing,http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing Gasing,http://www.heritage.gov.my/upload/keratan_akhbar/2007/20070604UM03/ Pertandingan gasing, http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday Pertandingan gasing, http://www.utusan.com.my/utusan/arkib Jenis-jenis gasing, http://zamhi34.blogspot.com/

33