46
PKP 3101 TEORI PERKEMBANGAN DAN PERINGKAT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK SUTI KATAN CHERLYNE DAVID MARCELLA BAGU SUSANNA CHONG VUN SIEW MOHD AMIRUL HAIRIN B. MOHD HANAFI AHMAD AMIRUL ARIFF B. ABDUL RAHMAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

ISL 3 Awal Kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

good

Citation preview

Page 1: ISL 3 Awal Kanak-kanak

PKP 3101TEORI PERKEMBANGAN DAN

PERINGKAT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

SUTI KATANCHERLYNE DAVIDMARCELLA BAGU

SUSANNA CHONG VUN SIEWMOHD AMIRUL HAIRIN B. MOHD HANAFI

AHMAD AMIRUL ARIFF B. ABDUL RAHMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

Page 2: ISL 3 Awal Kanak-kanak

PENGENALAN

Page 3: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Anak merupakan anugerah ciptaan Tuhan yang dikurniakan bagi setiap ibu bapa. Anak itu ibarat kain putih yang suci bersih dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).

Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat mengaplikasikan amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan falsafah pemikir-pemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya pengajaran yang bermakna.

Meneroka, menganalisis dan menemui sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada professional sekarang. (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003).

Page 4: ISL 3 Awal Kanak-kanak

DEFINISI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Page 5: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) “early childhood” meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.

Page 6: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005Perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

Page 7: ISL 3 Awal Kanak-kanak

PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

KANAK-KANAK

Page 8: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Umur Aspek perkembangan

psikomotor

Awal kanak-kanak 2-6 tahun •Tubuh badan jadi lebih besar, lebih tinggi dan lebih tegap.•Mempunyai satu set gigi susu.•Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya.•Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal.

Aspek perkembangan psikomotor

Page 9: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Ciri-ciri perkembangan

1-2 tahun

•Kematangan fizikal dan mental meningkat dan ditunjukkan dengan kemahiran menggunakan perkataan yang mudah.•Kematangan fizikal lebih cepat dengan mula berjalan diikuti berlari.

2-3 tahun•Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan.•Keupayaan melaksanakan tugasan harian.

4-5 tahun•Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi dengan rakan sebaya.•Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan-soalan dikemukakan.

Ciri-ciri perkembangan

Page 10: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN

TEORI PERKEMBANGAN

KOGNITIFTEORI

PERKEMBANGAN SOSIO DAN EMOSI TEORI

PERKEMBANGAN BAHASA

Page 11: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

•JEAN PIAGET•LEV VYGOTSKY

Page 12: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Apakah perkembangan kognitif?

• Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir,memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekiataran masing-masing.

• Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

Page 13: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIFJEAN PIAGET (1896-1980)

AHLI PSIKOLOGI SWITZERLAND

Page 14: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

• Beliau juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.

Page 15: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Faktor yang mempengaruhi proses

pemikiran individu (Piaget)

Kematangan biologi

Interaksi individu dengan

persekitaran

Keseimbangan(Cara individu mengadaptasi

dengan situasi yang baru dialami)

Pengalaman sosial

(pergaulan individu dengan

orang persekitaran

Page 16: ISL 3 Awal Kanak-kanak

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Piaget mencadangkan 4 peringkat dalamperkembangan kognitif:I. Peringkat sensorimotor (sejak lahir-2 tahun)II. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)III. Peringakat operasi (7-11 tahun)IV. Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas)

Page 17: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Pra Operasi (kanak-kanak 2-7 tahun)

• Kanak-kanak dapat mewakilkan sesuatu dengan simbol mental.Contoh: mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.

• Kanak-kanak (2-3 tahun) boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat yang mudah. Mereka berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan membanding beza peristiwa.

Page 18: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Kebolehan lain yang diperolehi pada peringkat ini:– Permainan membayangkan. (Ibu,Ayah,Superman)– Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada

benda bukan hidup. (Kereta minum bila menuang minyak.)

• Pemikiran kanak-kanak lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata.

• Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional.

Page 19: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Kanak-kanak pada peringkat ini juga menunjukkan sikap egonsentrik.

• Sikap egonsentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.

• Kanak-kanak pada peringkat ini selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama seperti mereka.Contoh: kanak-kanak yang suka melihat satu siri kartun, beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

Page 20: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Operasi Konkrit(kanak-kanak 7-11 tahun)

• Kanak-kanak berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

• Sudah boleh menguasai konsep pengekalan. (conversation).

• Menguasai proses pengelasan.Contoh: Pengelasan ciri warna dan saiz.

Page 21: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Menguasai proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.Contoh:ABCDE…..,12345…….

• Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

Page 22: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIFLEV VYGOTSKY (1896-

1934)AHLI PSIKOLOGI RUSIA

Page 23: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.Contoh: Masyarakat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab mempengaruhi tingkah laku dan corak pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati orang yang lebih tua dan agak pasif.

Page 24: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Vygotsky juga berpendapat pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain.

• Kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru dan adik beradik.

Page 25: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Menurut Vgygotsky, selain daripada berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.

• Bercakap sendiri menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

• Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3- 7 tahun.

Page 26: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri.

Bercakap sendiri

Komunikasi sendiri tanpa

verbal.

Suara hati atau dorongan pemikiran.

(dewasa)

berkembang berkembang

“Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberikan impak postif kepada perkembangan mereka. Mereka

yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan cenderung memperbaiki kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak

yang kurang bercakap sendiri”

Berk & Spuhl, 1995

Page 27: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

•Perspektif behavioris•Perspektif koginitif•Perspektif navitis

Page 28: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Perspektif Behavioris• Mengikut perseptif behavioris, setiap

gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan.Contoh: Apabila seorang kanak-kanak berkata, “saya dahaga, nak minum”. Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindakbalas ibunya memberi maklumbalas kepada kanak-kanak tersebut bahawa bahasa yang digunakannya adalah betul.

Page 29: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Skinner 1957 menyatakan ibubapa memainkan peranan penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Contoh: “Nak cucu”. Ibu meneguhkan “Oh Ani nak susu ya?” lalu memberi minuman susu kepada Ani.

• Kemudian secara berperingkat ibubapa meneguhkan perkataan-perkataan yang disebut betul oleh kanak-kanak sehingga kanak-kanak dapat menybutnya dengan betul.

Page 30: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Ibubapa boleh memberi tindak balas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.

• Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu bapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya.

Page 31: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Perspektif Kognitif• Teori sosio kognitif pula menekankan tentang

peranan permodelan.Contoh: Kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya percakapan orang dewasa.

• Percakapan dengan kanak-kanak kecil dengan ayat yang mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.

Page 32: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Perspektif Nativis

• Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky.• Perspetif nativis berasaskan kepada teori

perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi.

• Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri.

Page 33: ISL 3 Awal Kanak-kanak

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA(2-6 TAHUN)

• Bermula dengan 2 patah perkataan, penguasaan bahasa kanak-kanak akan berkembang kepada 3-5 patah perkataan.

• Peralihan daripada ayat mudah kepada ayat kompleks bermula antara 2-3 tahun dan meningkat sehingga ke alam persekolahan.

• Kerap menggunakan gaya bahasa yang salah tetapi pada persepsi mereka ianya adalah betul sesuai dengan sikap egonstrik yang masih menguasai diri mereka.

Page 34: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Pada peringkat pra sekolah (4-6 tahun), kanak-kanak akan mula sensitif kepada penggunaan bahasa.– Menggunakan peraturan-peraturan tatabahasa

yang mudah.– Menguasai lebih banyak perbendaharaan kata.– Mula memahami lagu,pantun dan boleh bertepuk

tangan mengiringi lagu.• Kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah

mula melakar/menconteng, menulis nama sendiri dan boleh menulis semula perkataan yang diberikan.

Page 35: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Kanak-kanak menunjukkan pengetahuan yang lebih baik tentang nahu, tatabahasa dan perbendaharaan kata.

• Menguasai kemahiran menulis dan membaca.• Menggunakan gaya bahasa yang betul dan

gaya bahasa menjadi lebih kompleks.• Sudah boleh memberi maksud kepada

perkataan yang digunakan

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA(6-11 TAHUN)

Page 36: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

•Teori perkembangan psikososial•Teori perkembangan moral

Page 37: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL

ERIK ERIKSON (1902-1994)• Teori perkembangan psikososial

Erikson menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

• Personaliti kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

• Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.

Page 38: ISL 3 Awal Kanak-kanak

• Peringkat perkembangan psikososial Erikson.

Peringkat Tahap umur Huraian

Autonomi lawan keraguan

1 – 3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri, sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

Page 39: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Inisiatif lawan bersalah 4-5 tahun Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah.(Contoh: ingin menolong ibu memasak di dapur)

Industri lawan rasa rendah diri.

6-11 tahun Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri.

Peringkat Tahap umur Huraian

Page 40: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TEORI PERKEMBANGAN MORALPIAGET

• Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.

• Piaget merumuskan kanak-kanak melalui 2 peringkat utama pemikiran moral.– Peringkat moral Heteronomus.– Peringkat moral Autonomus.

Page 41: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Moral Heteronomus(4-7 tahun)

• Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

• Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat.Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi. Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan.

Page 42: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Kanak –kanak 7-10 tahun

• Peringkat transisi.• Kanak-kanak berumur 7-10 tahun masih

mempunyai ciri-ciri Peringkat Moral Heteronomus tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri Peringkat Moral Autonomus.

Page 43: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Peringkat Moral Autonomus (10 tahun ke atas)

• Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak.

• Mulai menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat.

• Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah laku.

Page 44: ISL 3 Awal Kanak-kanak

KESIMPULAN

Page 45: ISL 3 Awal Kanak-kanak

Teori dan model-model perkembangan awal kanak-kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangannya kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka,persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif.

Page 46: ISL 3 Awal Kanak-kanak

TERIMA KASIH