14
KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 1 UNIT 1 KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep berkenaan kesihatan awal kanak-kanak secara holistik, dan 2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak PENGENALAN Kanak-kanak adalah pemberian tuhan dan menjadi pewaris kepada pembangunan negara. Kanak- kanak perlu berkembang dengan sihat sehingga menjadi dewasa. Sebagaimana yang diketahui, kesihatan dan pemakanan yang seimbang, di samping keselamatan dan persekitaran yang kondusif adalah sangat penting kepada kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap aspek kesihatan kanak-kanak. Beberapa perkara penting berkenaan definisi kesihatan dan faktor yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak diterangkan dalam unit ini. Peranan guru dalam mengendalikan pendidikan kesihatan di pusat penjagaan dan prasekolah juga dibincangkan. ISI KANDUNGAN Definisi Pendidikan Kesihatan Apakah maksud kesihatan? Kesihatan secara umumnya bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Selain itu, Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). Menurut Dubos, (1968) kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual, dan kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran. Berdasarkan terhadap definisi yang diberikan, jika kita tidak sakit, tercedera atau bermasalah, kita merasakan kita adalah sihat.

20150214170249UNIT 1 Konsep Kesihatan Awal Kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KAF3013 - Kesihatan, Keselamatan Dan Nutrisi

Citation preview

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 1

    UNIT 1 KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

    1. Menerangkan definisi dan konsep berkenaan kesihatan awal kanak-kanak secara holistik, dan 2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-

    kanak

    PENGENALAN Kanak-kanak adalah pemberian tuhan dan menjadi pewaris kepada pembangunan negara. Kanak-kanak perlu berkembang dengan sihat sehingga menjadi dewasa. Sebagaimana yang diketahui, kesihatan dan pemakanan yang seimbang, di samping keselamatan dan persekitaran yang kondusif adalah sangat penting kepada kanak-kanak untuk berkembang dengan baik. Unit ini akan memperkenalkan perbincangan asas terhadap aspek kesihatan kanak-kanak. Beberapa perkara penting berkenaan definisi kesihatan dan faktor yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak diterangkan dalam unit ini. Peranan guru dalam mengendalikan pendidikan kesihatan di pusat penjagaan dan prasekolah juga dibincangkan.

    ISI KANDUNGAN Definisi Pendidikan Kesihatan

    Apakah maksud kesihatan? Kesihatan secara umumnya bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Selain itu, Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). Menurut Dubos, (1968) kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual, dan kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran. Berdasarkan terhadap definisi yang diberikan, jika kita tidak sakit, tercedera atau bermasalah, kita merasakan kita adalah sihat.

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 2

    Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa 'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja.

    Beberapa pengkaji lepas telah mendefinisikan maksud pendidikan kesihatan. Menurut Green (1980) pendidikan kesihatan bermaksud sebarang pengalaman yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi & tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan. (Green, 1980). Selain itu, menurut Marx dan Wooley (1998) menyatakan bahawa pendidikan kesihatan merupakan pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi & sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. (Marx & Wooley, 1998). Pendidikan kesihatan juga merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh & Enzell, 1995). Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain. Oleh itu, berdasarkan kajian lepas juga, terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.

    Konsep Kesihatan Holistik

    Kesihatan holistik merupakan tahap kesihatan yang mencakupi kesemua aspek keperluan bagi kanak-kanak. Konsep kesihatan holistik melibatkan ciri-ciri seperti berikut;

    Memperseimbang dan menyatupadukan aspek fizikal, mental, emosi dan spiritual: Menghormati, mewujudkan perhubungan dengan orang lain dan dengan persekitaran; Memilih gaya hidup sihat; dan Menyertai secara aktif dalam pemilihan kesihatan dan dalam proses mengubati.

    Pendekatan holistik ada ditekankan di dalam Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Apakah itu pendekatan holistik dan bagaimana pendekatan tersebut dijalankan?

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 3

    Kerangka konsep di bawah ini menunjukkan enam komponen penting bagi konsep kesihatan holistik yang melibatkan fizikal, mental, emosi, sosial, rohani, dan seksual.

    Berikut adalah penerangan enam komponen yang melibatkan kesihatan holistik. 1. Fizikal

    Kesihatan fizikal merujuk kepada perubahan pada saiz tubuh badan,perubahan pada komposisi badan,perubahan pada kemahiran motor dan pertumbuhan rangka tubuh badan. Oleh itu,kesihatan fizikal kanak-kanak melihat dari segi berat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya meningkat beransur-ansur sebelum mencapai usia remaja.Selain itu,kadar penambahan ketinggian kanak-kanak yang ketika berusia 2 tahun menjadi semakin berkurang iaitu antara 11 hingga 12.5sm (4.5 hingga 5 inci) atau 24% jika dibandingkan dengan ketinggian badan ketika lahir yang bertambah ketinggian dari lahir hingga berumur 5 bulan dengan pertambahan sebanyak 30%.

    Selain itu,kemahiran pergerakan motor kasar kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Contohnya, berjalan, berdiri, merangkak dan sebagainya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.Manakala kemahiran motor halus ialah menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Contohnya, menggunting, menggentel, memicit, memegang dan lain-lain pergerakan yang melibatkan jari.

    Kesihatan Holistik

    1. fizikal

    2. mental

    3. emosi

    4. sosial

    5. rohani

    6. seksual

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 4

    Kelebihan kesihatan holistik yang melibatkan fizikal adalah seperti:

    - Mengekalkan berat badan yang ideal - Melibatkan diri dalam senaman cergas - Melakukan senaman untuk kekuatan otot dan tulang - Melakukan senaman memanaskan badan dan menyejukkan badan - Merasa selesa dengan keadaan badan sendiri - Mempunyai rehat yang cukup - Mempunyai sistem imuniti yang kuat - Merasai pemulihan tubuh badan yang cepat - Mempunyai banyak tenaga - Mengetahui keupayaan badan dan meminta bantuan yang berprofesional

    2. Mental

    Mengikut konsep kesihatan holistik dari segi mental ialah kesihatan mental kanak-kanak yang normal didefinisikan sebagai seseorang itu dapat memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak. Selain itu, mereka juga dapat meneruskan kemajuan perkembangan psikososial. Dapat bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek. Boleh merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya. Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia, dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996.

    Melalui perkembangan mental kanak-kanak pula terbahagi kepada peringkat pertengahan dan akhir mempunyai tiga bahagian. Pertama, perkembangan persepsi kanak-kanak melalui deria sentuh. Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya. Manakala melalui deria rasa dan bau pula, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

    Deria pendengaran pula, kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu belajar dan menumpukan kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka. Melalui deria penglihatan, manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor. Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan simbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang songsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis.

    Perkembangan intelektual kanak-kanak pula merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 5

    kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini adalah seperti kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu.

    Seterusnya, melalui perkembangan bahasa kanak-kanak, bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988). Dengan kesemua perkembangan mental ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.

    Antara perkara penting yang melibatkan kesihatan mental adalah: - Memikirkan tentang akibat sebelum bertindak - Mempelajari melalui kesilapan - Mengikut arahan atau panduan yang telah diberi - Pertimbangan tentang alternatif sebelum bertindak - Bersedia menghadapi cabaran kehidupan - Berfikir sebelum melakukan sesuatu - Mempelajari tentang produk sebelum bertindak - Mentadbir masa dengan baik - Rakan dan keluarga mempercayai keputusan anda - Berfikir dan meneliti perkara sebenar tentang diri

    3. Sosial Konsep holistik dari segi sosial pula ialah perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

    Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994). Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain. Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri. Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 6

    kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani.

    Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).

    Antara perkara yang melibatkan kesihatan sosial adalah seperti: - Merasai apa yang telah diluahkan - Terbuka, jujur dan boleh bermesra dengan orang lain - Menyertai dalam pelbagai aktiviti sosial - Cuba menjadi seorang yang baik - Mesra dengan ahli keluarga - Dapat mendengar dengan baik - Terbuka dan berguna - Mempunyai seseorang untuk berkongsi perasaan - Memberi pertimbangan terhadap perasaan orang lain - Memberi pertimbangan sebelum bercakap

    4. Emosi

    Emosi merujuk kepada peringkat yang memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kesihatan emosi mengikut umur. Kesihatan holistik dari segi emosi pula adalah emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan keseronokkan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka, minat, terkejut dan jijik.

    Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harapan dan iri hati berkembang daripada perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku pada zaman kanak-kanak dan remaja.

    Dalam perubahan pada kemahiran motor yang dilihat pada usia 3 bulan dari segi pergerakan kasar ialah mereka mula pandai menggerakan tangan dan kaki secara aktif dan bertindakbalas terhadap suatu ransangan fizikal serta memusingkan kepala kiri dan kanan. Dari segi pergerakan halus, semasa bayi baru dilahirkan, biasanya dia dilahir dengan jari-jari yang menggenggam. Kemudian, seterusnya bayi akan memulakan pergerakan jari-jarinya. Kita dapati semasa berumur 6 minggu.

    Pada umur 3 6 bulan, bayi anda semakin bijak. Dari aspek pergerakan kasar, mereka dapat mengawal kepala supaya tegak, mengampu badan bila diletakkan berdiri dan mula meniarap. Manakala dari segi aspek pergerakan halus, pada ketika ini bayi mula menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu yang dilihatnya. Malah bayi juga cuba mencapai objek tersebut dengan menggunakan tapak tangan.Dalam lingkungan umur ini, bayi sudah boleh mengenal kepada wajah penjaga mereka dan sebenarnya mereka sudah rasa selesa dengan orang yang menjaga keperluan

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 7

    hariannya. Dan apabila kita mengagah bayi pada lingkungan umur ini, mereka lebih mudah tersenyum. Apabila mereka menangis, kita boleh memujuknya dengan menyanyi-nyanyi bersama mereka, mendodoi mereka, memberi belaian dan ini menyebabkan mereka berasa tenteram. Pada umur ini, penting untuk kita mengukuhkan lagi ikatan dan jalinan emosi di antara bayi dan penjaga. Dan selalunya mereka sudah boleh mengambil perhatian ibu bapa dan penjaga.

    Pada peringkat umur bayi di antara 6 9 bulan, mereka sudah mula mengenal ibu bapa atau pengasuh melalui suara atau paras rupa. Menangis bila ditinggalkan, menoleh apabila namanya dipanggil dan ketawa bila diagah.

    Manakala umur 9 12 bulan, kanak-kanak ini telah menjadi lebih aktif kerana mereka boleh berdiri dengan cara mendatar. Dan ini menyebabkan mereka ingin menerokai alam sekeliling dengan lebih aktif. Dari segi aspek emosi mereka, kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan marah, terutama sekali jika barang mereka diambil orang lain. Mereka juga sangat gemar didukung oleh orang yang mereka kenal dan akan menangis jika mereka ditinggalkan. Dan umur ini, sifat dan rasa takut sudah mula timbul, terutama sekali orang yang mereka tidak pernah lihat cuba mendampingi mereka. Dalam aspek komunikasi mereka, mereka sudah boleh meminta secara menunjuk atau menggunakan perkataan mudah. Mereka juga boleh melambai dan boleh memimik apa yang diarah oleh ahli keluarga yang mereka kenal. Selain daripada itu, mereka juga boleh datang apabila nama mereka dipanggil dan boleh mengangguk pada soalan bagi jawapan ya atau menggelengkan kepala kepada jawapan tidak. Tingkah laku mereka juga sudah berubah dan mereka sudah boleh mengenal hak mereka dan boleh mengulangi apa-apa perlakuan yang mereka rasa seronok bersama ahli keluarga mereka.

    Selain emosi diskrit, perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah. Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka masih memerlukan rasa kasih sayang daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri & Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984).

    Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). Perkembangan empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati (Eisenberg, 1992,1996).

    Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab, akibat dan tanda perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi. Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan. Mereka mendapati susah untuk

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 8

    menyesuaikan diri dengan kegagalan. Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

    Antara ciri lain bagi kanak-kanak yang mempunyai kesihatan emosi yang baik adalah seperti: - Senang ketawa tentang sesuatu - Elak daripada penggunaan alkohol - Meluahkan perasaan tanpa merasai bodoh - Tidak bersemuka dan tidak menyakitkan orang lain - Bukan seorang yang memikirkan perkara yang bukan-bukan - Mengetahui apabila rasa tertekan dan mencari jalan untuk menenangkan diri - Merasai seronok - Berbincang dengan orang lain untuk menyelesaikan masalah - Senang dan sentiasa berfikiran positif - Rakan menganggap anda sebagai seorang yang stabil

    5. Spiritual

    Kesihatan awal kanak-kanak secara holistik mengikut segi rohani ialah pendidikan awal ini sangat penting dan kritikal di enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak di mana perkembangan otak mereka pesat berkembang ketika ini. Ia ibarat "sponge" yang kering, menyerap hampir apa saja cecair yang berada di sekelilingnya. Ibubapa selaku orang yang paling terdekat dalam kehidupan anak-anak yang berusia di bawah enam tahun, perlu memastikan cecair yang berada di sekeliling sponge itu adalah cecair yang bersih jika mereka ingin melihat anak-anak mereka membesar menjadi seorang anak yang berguna.

    Perkembangan awal otak seorang kanak-kanak berlaku serentak. Apa yang dimaksudkan ialah pertumbuhan otak yang mengawal bahagian-bahagian tertentu seperti perkembangan minda (intelektual), emosi, fizikal, sosial dan spiritual berlaku secara serentak. Oleh itu, pendidikan awal yang perlu kita perhatikan pun hendaklah secara holistik (menyeluruh). Ibu bapa dan guru juga perlu mendidik kanak-kanak dari awal supaya kepercayaan kepada Tuhan supaya kanak-kanak percaya bahawa Tuhan itu wujud. Selain itu memupuk perasaan yakin diri terhadap diri sendiri serta dalam kehidupan perlu cuba membantu orang yang lain sama ada beliau dalam keadaan susah ataupun senang.

    Antara ciri-ciri spiritual atau kerohanian yang perlu ada dalah diri kanak-kanak adalah seperti: - Mempercayai hidup sebagai pengurniaan istimewa - Mengambil masa menikmati kehidupan - Mengambil masa memikirkan apa yang penting dalam kehidupan - Kerpercayaan kepada Tuhan - Cuba membantu orang lain - Perasaan yakin diri - Bekerja untuk keamanan - Merasai kepuasan - Menikmati hidup sepuas-puasnya

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 9

    6. Seksual Kesihatan seksual merupakan kesihatan yang melibatkan seseorang itu menghargai diri mereka masing-masing. Selain itu, berinteraksi dengan kedua-dua gender agar perhubungan antara gender dapat dilaksanakan. Meluahkan perasaan kasih sayang dengan cara yang sewajarnya juga. Elakkan daripada mengeksploritasi persahabatan. Selan itu berkomunikasi dengan cara yang betul agar tidak berlaku salah faham. Memilih tentang peribadi yang betul dan bertindak berdasarkan nilai. Seksual juga melambangkan jantina seseorang itu. Antara ciri kanak-kanak yang dapat mengetahui kesihatan seksual mereka adalah seperti:

    - Menghargai tubuh badan - Berinteraksi dengan kedua-dua gender - Meluahkan perasaan kasih sayang dengan cara yang sewajarnya - Elak daripada mengeksploitasi persahabatan - Mengenal pasti nilai - Bertangguhjawab dengan perlakuan sendiri - Berkomunikasi secara berkesan - Bertanya mengenai isu seksual - Mempunyai daya berkomunikasi dan berusaha untuk mengehadkan seksual

    Faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Kanak-kanak

    1. Kesihatan Ibu dan Anak Kesihatan dipengaruhi faktor biologikal semula jadi dan faktor persekitaran. Kesihatan masa kini serta jangka hidup seseorang bayi akan dipengaruhi oleh tahap kesihatan ibunya. Bayi juga bergantung kepada pemakanannya, pengaruh bahan-bahan alkohol, tembakau dan bahan perubatan, mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya serta juga pendedahan ibu terhadap beberapa penyakit semasa bayi di dalam kandungan lagi. Sekiranya seseorang bayi dilahirkan lebih awal, iaitu tidak cukup bulan akan menghadapi masalah risiko kesihatan. Sebaliknya, seseorang kanak-kanak akan mengalami kesihatan yang meyeluruh jika dia membesar dalam suasana kasih sayang daripada keluarga, dengan pemakanan yang berkhasiat, keselamatan persekitaran, mempunyai peluang mendapat pendidikan yang baik dan mendapat kemudahan untuk beriadah yang bersesuaian dengan umur mereka.

    2. Baka Ciri-ciri ibu bapa yang diturunkan kepada anak pada permulaannya akan menentukan ciri-ciri genetik anak tersebut. Baka juga akan menentukan pertumbuhan kanak-kanak, perkembangannya serta kemungkinan tentang kesihatan kanak-kanak. Contoh faktor yang dipengaruhi oleh baka adalah seperti ketinggian, alergik, dan penggunaan cermin mata. Seterusnya baka juga akan secara tidak langsung mempengaruhi masalah kesihatan lain seperti masalah pendengaran, barah, kencing manis, alergi, mahupun masalah kesihatan mental.

    3. Persekitaran

    Persekitaran sebenarnya merangkumi faktor fizikal, sosial, kedudukan ekonomi, dan juga budaya sesebuah keluarga. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 10

    berpendapatan sederhana rendah akan hidup sihat sejahtera jika kanak-kanak tadi dibelai dengan kasih sayang oleh ibu bapanya, mendapat tempat tinggal yang sederhana selesa serta bergaul dengan jiran dan rakan sebaya yang baik.

    Jika kanak-kanak tadi dididik mengamalkan makanan yang berzat dan mengelakkan diri daripada bahan-bahan yang tidak diingini, sudah tentu ia akan lebih sihat daripada kanak-kanak lain yang hidup dalam keluarga yang kedudukan ekonomi lebih tinggi, tetapi tinggal dalam persekitaraan yang tidak sihat.

    Pertumbuhan dan Perkembangan Kesihatan Kanak-kanak

    Kanak-kanak melalui peringkat formatif di antara umur 1-6 tahun. Guru perlu memahami perubahan yang berlaku kepada kanak-kanak supaya guru boleh menjangka dan bertindak sewajarnya dalam memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh, kita perlu tahu jenis senaman yang sesuai untuk diberikan kepada mereka mengikut kepada pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kita juga perlu untuk mengenal pasti aktiviti mainan yang sesuai untuk kemahiran motor mereka. Ia juga penting untuk memahami aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk fasa perkembangan mereka. Jika kita memahami perkara ini, kita boleh memberi yang terbaik kepada kanak-kanak untuk memastikan mereka membesar dan berkembang sesuai dari dengan kesihatan holistik secara keseluruhan.

    Definisi Pertumbuhan Pertumbuhan adalah perubahan fizikal secara kuantitatif yang berlaku kepada kanak-kanak yang boleh diukur dalam aspek-aspek berikut: (i) perubahan fizikal (ii) peningkatan sel-sel di dalam badan (iii) ketinggian (iv) berat badan (v) pembesaran tulang (vi) pertumbuhan gigi (vii) perubahan organ dalaman

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 11

    Definisi Perkembangan Perkembangan yang berkaitan dengan tahap kematangan dan peningkatan fungsi organ serta kemahiran yang diperoleh kanak-kanak. Kemahiran secara kualitatif ini adalah bersifat kualitatif yang memberi bermaksud ia tidak boleh diukur secara kuantitatif. Sebagai contoh perkembangan otak yang membolehkan keupayaan untuk bergerak, bercakap dan berfikir mengikut fasa usia manusia. Jika kita memerhatikan proses pertumbuhan, ia sebenarnya berlaku secara beransur-ansur dan selari dengan perkembangan manusia. Prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah sama untuk setiap kanak-kanak tetapi kadar mungkin berbeza kerana setiap kanak-kanak adalah unik mengikut pencapaian dan kebolehan mereka sendiri. Oleh itu, kita boleh memerhatikan kanak-kanak berbeza dari segi pertumbuhan dan perkembangan walaupun mereka dalam umur yang sama. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti:

    1. Faktor genetik - Faktor yang ditentukan oleh konsep masa tertentu - Tidak mengubah secara langsung sepanjang kehidupan kita dan penentuan banyak

    melibatkan diri individu melalui ciri-ciri seperti seksualiti, bangsa, rambut, warna mata, fizikal, pertumbuhan bentuk badan, dan psikologi seperti tingkah laku.

    2. Faktor Alam Sekitar - Faktor-faktor persekitaran yang boleh berubah-ubah. Kita boleh mengawal pengambilan

    makanan, keperluan kesihatan, kebersihan dan sanitasi dalam dan di luar rumah. - Menggalakkan persekitaran dan merangsang minda melalui aktiviti bermain yang boleh

    meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mental kanak-kanak. - Kesan genetik dan faktor alam sekitar boleh berubah secara positif. Jika kita menyediakan

    kanak-kanak dengan persekitaran yang menggalakkan, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak juga akan mencapai tahap pertumbuhan dan perkembangan optimum dan sebaliknya. Sebagai contoh, kanak-kanak mempunyai saiz ibu bapa yang rendah ketinggiannya, mungkin menjadi lebih tinggi daripada ibu bapa mereka jika kanak-kanak ini diberikan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang baik.

    3. Keluarga

    - Nilai, kepercayaan dan majlis keraian yang diamalkan oleh keluarga. - Interaksi dan corak komunikasi keluarga. - Kestabilan keluarga. Faktor keluarga boleh mempengaruhi perkembangan kognitif, sosial, dan emosi kanak-kanak. Selain dari keluarga, rakan sebaya juga boleh menggalakkan dan memberi peluang kepada mereka untuk bersosial, berkomunikasi dan berinteraksi.

    4. Kesihatan

    - Tahap kesihatan keputusan berdasarkan tindak balas kanak-kanak melalui persekitaran dan pandangan orang lain terhadap kanak-kanak

    - Keseimbangan melalui rehat, tidur dan bermain. - Kanak-kanak tidak boleh mencapai tahap pembangunan yang optimum jika mereka tidak

    berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 12

    5. Kawasan Perumahan

    - Kebersihan dan sanitasi di dalam dan di luar rumah, udara dan air di ruang tamu.

    6. Pemakanan - Kanak-kanak memerlukan makanan yang mencukupi dan berkhasiat untuk mencapai

    sepenuhnya pertumbuhan dan potensi pembangunan.

    7. Status sosio-ekonomi - Faktor ini mungkin mempengaruhi faktor-faktor seperti di atas dan lain-lain faktor

    KESIMPULAN Secara kesimpulannya, konsep kesihatan awal kanak-kanak perlu dititikberatkan oleh guru dan ibu bapa supaya kanak-kanak hidup dengan sihat dan cergas. Oleh itu kesejahteraan ditaktifkan secara lengkap termasuklah dari segi fizikal, emosi, rohani, sosial, mental serta nutrisi pemakanan yang diberikan oleh guru dan ibu bapa semasa proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

    Aktiviti latihan.

    1. Bagaimana guru boleh memupuk tabiat positif? Kaitkan tabiat positif melalui: (a) Pendidikan, (b) Permainan; 2. Adakah penjagaan kesihatan dapat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

    RINGKASAN

    1. Kesihatan secara umumnya bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit.

    2. Menurut Green (1980) pendidikan kesihatan bermaksud sebarang pengalaman yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi & tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan.

    3. Kesihatan holistik merupakan tahap kesihatan yang mencakupi empat aspek keperluan bagi kanak-kanak yang melibatkan keseimbangan badan, perhubungan dengan persekitaran, gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan.

    4. Konsep kesihatan holistik perlu melibatkan fizikal, mental, emosi, sosial, rohani, dan seksual. 5. Faktor kesihatan kanak-kanak dipengaruhi oleh kesihatan ibu dan anak, faktor baka dan persekitaran

    6. Pertumbuhan adalah perubahan fizikal secara kuantitatif yang berlaku kepada kanak-kanak 7. Perkembangan yang berkaitan dengan tahap kematangan dan peningkatan fungsi organ serta

    kemahiran yang diperoleh kanak-kanak. Kemahiran secara kualitatif ini adalah bersifat kualitatif yang memberi bermaksud ia tidak boleh diukur secara kuantitatif.

    8. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan melibatkan faktor genetik, alam sekitar, keluarga, kesihatan, kawasan perumahan, pemakanan dan status sosio-ekonomi

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 13

    PETA KONSEP

    KATA KUNCI

    1. Konsep kesihatan 4. Pertumbuhan 2. Kesihatan holistik 3. Faktor kesihatan

    5. Perkembangan 6. Peranan guru

    PENILAIAN KENDIRI 1. Terangkan maksud kesihatan menurut Hoyman (1962)? 2. Apakah itu pendidikan kesihatan yang dimaksudkan oleh Anspaugh & Enzell, (1995)..

    3. Apakah perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan?

    4. Kenal pasti pendidikan kesihatan yang perlu dimainkan oleh guru?

    RUJUKAN Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Zainun Ishak. (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd. Robertson, C. (2002). Safety, Nutrition and Healthy in Early Education (2nd. Ed.). NY:Thomson

    Delmar Learning.

    Kesihatan kanak-kanak

    Konsep Pertumbuhan

    dan perkembangan

    Kesihatan Holistik

  • KONSEP KESIHATAN AWAL KANAK-KANAK | 14

    JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS 1. Hoyman (1962) menakrifkan kesihatan sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang

    sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar).

    2. Pendidikan kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman

    pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku (Anspaugh & Enzell, 1995).

    3. Pertumbuhan adalah perubahan fizikal secara kuantitatif yang berlaku kepada kanak-kanak manakala perkembangan pula adalah berkaitan dengan tahap kematangan dan peningkatan fungsi organ serta kemahiran yang diperoleh kanak-kanak. Kemahiran secara kualitatif ini adalah bersifat kualitatif yang memberi bermaksud ia tidak boleh diukur secara kuantitatif

    4. Pengajaran pendidikan kesihatan perlu diajar dengan memilih tentang peribadi murid yang betul dan bertindak berdasarkan nilai yang ada pada mereka. Perkara ini adalah sangat penting untuk mendedahkan kanak-kanak terhadap tabiat pemakanan yang positif, mengetahui tahap keselamatan dan kesihatan di bilik darjah.