31
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBPS1203 PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 671226085340001 NO. KAD PENGNEALAN : 671226085340 NO. TELEFON : 017-9781449 E-MEL : [email protected]

Pendidikan Awal Kanak Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

iph kampus tengku ampuan afzan

Citation preview

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBPS1203PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 671226085340001NO. KAD PENGNEALAN: 671226085340NO. TELEFON: 017-9781449E-MEL: [email protected]

FORMAT KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH

1.0 LATAR BELAKANG>Menyatakan keperluan pendidikan pra dalam negara Malaysia>Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak-Pendidikan Asas (seimbang & harmoni)-Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal2.0 RASIONAL>Mengapa peru menubuhkan prasekolah?Contoh:-Pendidikan kurikulum tambahan lain daripada lain. -Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan -Yuran yang rasional dsb>Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan?3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH>Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat tertentu)*Nota akan disediakan di lain waktu :)*>Visi: Matlamat Jangka Panjang> Misi: Pernyataan yang lebih terinci dalam menjayakan visi4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN>Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah5.0 LOKASI>Berikan alamat penuh premis (Juga terdapat lokasi yang sesuai dan tidak sesuai untuk penubuhan prasekolah)*Nota akan disediakan di lain waktu :)*

6.0 PELAN LANTAI

>Draf lukisan menunjukkan skala betul & tepat>Usaha penggunaan komputer>Bahagian dalaman: Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja kanak-kanak, sudut P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.>Bahagian luar: Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain-lain.7.0 KURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN>Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)>Menyediakan kurikulum tambahan>Menyertakan jadual pembelajaran>Menggunakan buku-buku khas/ alat bantu belajar yang digunakan>Nyatakan jika ada program tambahan seperti majlis hari jadi, hari terbuka, majlis konvokesyen dan sebagainya.8.0 ASPEK PEMAKANAN>Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan ( menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)>Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?>Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu>Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan9.0 ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN>Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah>Langkah-langkah kebersihan: Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll>Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.10.0 KOS PENUBUHAN>Kos bangunan>Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)>Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman11.0 STAF>Menyatakan berapa orang staf>Menyediakan carta organisasi staf>Kelulusan pendidikan staf>Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dll)12.0 PENUTUP>Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan>Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon>Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH DINAMIK

1.0Latar Belakang / Pengenalan.Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era 1950-an dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep penubuhan tadika atau prasekolah pada asalnya adalah bagi menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini dirancang sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar. Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Perubahan dasar ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Selain itu, pendidikan prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas menerima pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan menyemai perasaan cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah di kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan dalam pendidikan prasekolah. Sehingga kini belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai dengan keperluan budaya dan adat resam kita sendiri. Program yang sedia ada ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan sistem Montessori atau Regio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, program pendidikan prasekolah yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Dinamik merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, Prasekolah Dinamik juga berfungsi sebagai pusat yang cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidk dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.Motto Prasekolah Dinamik adalah Anak Intelek Harapan Agama, Bangsa dan Negara .

2.0 Rasional Rasional penubuhan Prasekolah Dinamik ini adalah seperti berikut : Memenuhi keperluan masyarakat setempat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar. Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk masuk ke dalam persekolahan rendah/tahun satu. Memperkembangkan potensi, minat dan perkembangan kanak-kanak dari aspek secara menyeluruh.

3.0 NAMA, VISI, DAN MISI SEKOLAHNama PrasekolahNama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Dinamik. Nama Dinamik dipilih adalah berdasarkan kepada makna perkataan dinamik tersebut iaitu bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Melalui inspirasi Dinamik ini diharapkan dapat melahirkan kanak-kanak yang bertenaga, kuat, dan mampu bersaing sesama sendiri untuk menghadapi cabaran arus pendidikan semasa.

3.1 Visi PrasekolahMenghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan di samping memperkembangkan potensi, minat dan kemahiran individu. 3.2 Misi PrasekolahMisi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut :Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai budaya, agama, dan bangsa.Menghasilkan individu yang mampu berdaya saing dalam arus pendidikan semasa. 4.0 Objektif Penubuhan.Penubuhan Prasekolah Dinamik dilihat sebagai bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial (JERIS). Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :4.1 Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.4.2 Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.4.3 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira.4.4 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung.4.5 Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar.4.6 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.4.7 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.Ringkasnya, Prasekolah Dinamik menekankan pendidikan berasaskan ilmu-ilmu yang universal. Adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah untuk melahirkan kanak-kanak yang baik, bertanggungjawab dan cemerlang dalam pelajaran.

5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan.Tapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Seksyen 4 Kota Damansara. Tapak dan bangunan ini adalah kepunyaan Wan Mariam @ Wan Mahani binti beralamat di No. 104, Losong Haji Mat, 21030 Kuala Terengganu dan disewa oleh prasekolah dengan kadar sewa sebanyak RM1200 sebulan.Untuk sampai ke Prasekolah Dinamik ini, jika dari Bandar Kota Damansara atau The Strand, selepas melalui Lampu Isyarat Simpang Empat Casa Indah, terus ambil belok ke kiri dan belok ke kiri pula selepas 500 meter. Bangunan tersebut terletak di kiri jalan bersebelahan SMK Seksyen 4 Kota Damansara.

6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah.

Rajah 1 : Pelan Dalam Prasekolah

pP Sudut manipulatif / Sudut matematik Sudut Sains Sudut KomputerSudut Seni dan krafSudut Muzik dan Drama katil 1 Bilik persediaan guru Bilik rehat /kecemasan

2

48 Bilik Tidur Bayi3

Ruang berkumpul 50

6 5 kaki

Sudut bacaanSudut bacaan

7

c

c

Stor Ruang Makan Dan Dapur

kabinetTandas (L)Tandas (P)

9Petunjuk : 30 kaki

Petunjuk :

c1 - Almari fail pengurusan Sinki dapur 2 - Meja guru Komputer- Televisyen Papan putih berkaki 3 - Rak pelbagai guna Bangku guru4 - Rak fail peribadi Kerusi5 - Almari pelbagai guna Peralatan bantuan kecemasan- Rak buku bacaan Sinki6 - Almari bahan keperluan murid7 - Peti ais

Senarai Peralatan dan Ruang Yang Disediakan.RuangSenarai Peralatan

Bilik Persediaan Guru1. Papan kenyataan2. Meja Guru3. Bahan rujukan4. Fail Pengurusan

Bilik Rehat/Kecemasan1. Katil2. Kerusi3. Peralatan kecemasan (First Aid)

Ruang berkumpul

1. Televisyen2. Rak pelbagai guna3. Bangku guru4. Papan putih berkaki5. Hamparan

Bilik Tidur Bayi1. Katil bayi2. Almari 3. Tilam4. Bantal

Sudut Manipulatif1. Meja, kerusi, ruang lantai dan rak2. Bongkah pelbagai saiz,bentuk dan warna3. Alat permainan memadan dan mengelas4. Kad cantuman bergambar/jigsaw puzzle5. Alat permainan nombor6. Mesin wang tunai mainan,abacus7. Manik dan kayu varnish pelbagai ukuran8. Rak

Sudut Bacaan1. Buku pelbagai saiz dan ketebalan, dan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti plastic, kertas dan kain2. Boneka3. Bantal warna-warni4. Hamparan5. Soft toy6. Rak

Ruang dapur1. Dapur masak2. Kabinet3. Alatan masak periuk, kuali, cerek dll4. Peti ais

Sudut Komputer1. Meja komputer dan kerusi2. Mesin pencetak dan kertas3. Perisian4. Komputer

Sudut seni dan kraf1. Meja2. Easel3. Kertas warna,berus,krayon, gunting4. Plastesin, doh,kain, cop5. Rak pelbagai guna

Sudut Sains1. Akuarium2. Kanta,magnet,teleskop,cermin3. Meja4. Rak5. Carta P&P

Sudut Muzik dan drama1. Radio,kaset dan cakera2. Alat gendering3. Anak patung4. Set permainan- memasak,bertukang dll5. Rak pelbagai guna

Jadual 2 : Senarai peralatan dan Ruang Dalam Yang Disediakan

Pelan Di Luar Kelas

8 7 5 9 1 2

40

6

4 3 50 Rajah 2 : Pelan Di Luar KelasRuang luar diwujudkan bagi membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti dan mengalami suasana seperti di rumah,juga meningkatkan kemahiran motor kasar dan mendisiplinkan diri semasa menggunakannya.Peralatan Permainan Di Luar Kelas Jadual 3 : Peralatan permainan di luar kelasBilPeralatanUnit

1Tempat permainan air bertutup1

2Tempat permainan pasir bertutup1

3Pondok1

4Tiang dan tapak mini bola keranjang1

5Tiang Mini bola keranjang1

6 Terowong1

7Rangka bergayut1

8Gelongsor1

9Buaian1

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran.

7.1Kurikulum Utama

Kurikulum prasekolah ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPsK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan yang terakhir adalah komponen kreativiti dan estetika. ( RUJUK LAMPIRAN )

7.2Kurikulum Tambahan

Kurikulum tambahan prasekolah ini adalah berdasarkan kemahiran keusahawanan serta pendidikan Fardhu Ain di sebelah petang.

7.3Jadual PembelajaranSesi pembelajaran adalah dari jam 8.00 pagi 11.50 tengah hari.Terdapat juga sesi pembelajaran sebelah petang selama 2 hari untuk kelas untuk kurikulum tambahan kami yang kami panggil Iqra yang bermula jam 1.00 petang 2.00 petang. ( RUJUK LAMPIRAN )

7.4Buku khas yang digunakanPrasekolah Dinamik telah memilih empat buah buku khas yang digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan English, Iqra untuk pembelajaran sewaktu Kelas Fardhu Ain dan sebuah Art Book untuk komponen kreativiti dan estetika.

7.6Program TambahanProgram-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat.

8.0 Aspek Pemakanan.

8.1 Aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan pengendalian pemberian makanan adalah seperti berikut :

Pilih makanan yang rendah lemak dan kurang manis. Elakkanpengambilan kolesterol secara berlebihan dengan caramemberi kanak-kanak telur tidak lebih satu biji satu harisecara purata dan memasak makanan laut tidak lebih dua kalidalam seminggu;

Lebihkan makan sayursayuran dan buahbuahan keranamakanan ini kurang mengandungi lemak, mempunyai seratdan membekalkan vitamin dan zatzat yang sangat pentinguntuk kesihatan dan mencegah penyakit kanser ataupunpenyakit kronik;

Kanak-kanak perlu digalakkan supaya tidak gemar kepadamakanan yang masin. Cara mengurangkan penggunaangaram ialah :i) Gunakan sedikit sahaja garam di dalam masakan; dan

ii) Elakkan pengunaan MSG (Monosodium Glutamate).

8.2 Cara penyediaan makanan dan agihannya.

Semasa hendak menyediakan makanan pastikan :1. Tangan dibasuh terlebih dahulu;2. Gunakan apron semasa memasak dan menyediakan makanan;3. Peralatan yang digunakan berada dalam keadaan bersih;4. Sayuran dan buahbuahan hendaklah dibasuh sebelum dipotong;5. Selepas memasak, tempatkan makanan di tempat yang bersih dan tertutup;6. Bersihkan ruang memasak;7. Sisa makanan hendaklah dibuang dengan cara yang bersih dan selamat;8. Semasa memasak, pastikan anda berada dalam keadaan bersih.

8.3 Cara Menyediakan Makanan Bagi Mengekalkan Khasiatnya :

1. Jangan potong terlalu kecil;2. Mesti dipotong sejurus sebelum dimasak;3. Ayam dan daging dipotong sederhana besar;4. Makanan yang hendak disimpan di peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut rasanya;5. Tutup periuk atau kuali semasa memasak;6. Gunakan air yang sedikit ketika merebus makanan.

8.4 Penjagaan Kebersihan Dan Suasana Semasa Makan :

1. Pastikan kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan selepas makan;2. Peralatan yang digunakan hendaklah bersih;3. Pastikan kanak-kanak tidak berkongsi peralatan dan makanan;4. Ruang makanan hendaklah kemas dan bersih;5. Galakkan kanak-kanak membantu semasa menyedia dan menghidangkan makanan sebelum dan selepas makan;6. Semasa makan, Guru hendaklah sentiasa bersama kanak-kanak;7. Berbual dengan kanak-kanak tentang jenis dan khasiat makanan yang dimakannya;8. Selepas makan, galakkan kanakkanak menggosok gigi.

8.5 Panduan Pemilihan Makanan Seimbang

1. Makanan berkhasiat yang dipilih perlu berasaskan pemilihan makanan pelbagai berasaskan piramid makanan iaitu daripada 5 kumpulan utama makanan :

Bijirin; Sayur-sayuran dan buah-buahan; Daging; Susu atau hasil tenusu; dan Lemak dan gula.2. Nutrien adalah penting bagi proses dalam badan seperti berikut : Metabolisme tenaga; Petumbuhan Otot; Pembentukan Darah; Pembentukan Tulang; Perkembangan Otak.(untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembahagian-pembahagian menu ini, sila lihat contoh menu yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

8.6 Menu MakananTerdapat beberapa amalan pemakanan yang dijadikan rutin harian di Prasekolah Dinamik. Antaranya adalah :i. Sebelum memulakan pembelajaran murid akan diberi makan 7 biji kismis.

ii. Bagi murid yang tidak bersarapan disediakan biskut dan juga susu.

iii. Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan pagi yang ditukar pada setiap minggu.

iv. Untuk selingan antara sarapan pagi dan makan tengahari kami menyediakan kudapan. Kebiasaanya sajian bagi kudapan adalah kuih, tetapi bagi menyeimbangkan zat dan vitamin kepada kanak-kanak kami menghidangkan buah-buahan sebagai snek.

v. Makan tengahari disediakan untuk hari ahad, selasa dan khamis disebabkan murid mengikuti kelas fardhu ain pada sebelah petang. Untuk makan tengahari terdapat 2 set menu makanan yang ditukar pada setiap minggu

ROTI, BIJIRIN, PASTA, MEEBUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURANLEMAK, MINYAK, GULADAGING, IKAN, AYAM, KUMPULAN KACANG, SUSU, YOGART, KEJUARAS 2MAKAN BANYAKARAS 3MAKAN SEDERHANAARAS 4MAKAN PALING SEDIKITARAS 1MAKAN PALING BANYAK

Set menu yang lengkap boleh

9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan.

9.1 Aspek Kebersihan. Rujuk Lampiran

9.2 Aspek Keselamatan. Rujuk Lampiran

10.0 Aspek Kesihatan.Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan di buat ke prasekolah, sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.Prasekolah Dinamik amat mementingkan kesihatan murid-muridnya. Pihak prasekolah perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah untuk meminta pihak klinik datang dan membuat pemeriksaan ke atas murid-murid. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah, antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:1. Obesiti2. Ketajaman penglihatan3. Rabun warna4. Tulang rangka yang tidak normal5. Jangkitan cacing6. Kudis buta7. Kurang pendengaran

11.0 Kos Penubuhan.Modal permulaan RM 20, 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil perkongsian 2 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu :1) Athirah Bt Zawawi ( RM 10,000)2) Aini Bt Majid (RM 10,000)

12.0 StafSeramai 2 orang guru dan seorang pembantu telah dipilih untuk bekerja dengan prasekolah ini. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman serta guru yang mempunyai keputusan yang agak baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut :

BilNamaNo. K/PKelulusanPengalaman Berkaitan

1Adibah Binti Latiff810511-06-5380Diploma Pendidikan, UM (TESL, Ekonomi)Menjadi guru tadika di Kuala Lumpur selama 5 tahun.

2Huda binti Amin780303-01-5844Degree In Statistics, UITMMenjadi guru tuisyen dan menjadi guru tadika selama 4 tahun.

13.0Penutup.

Sambutan terhadap pendidikan pra sekolah sekarang amat menggalakkan di mana ibu bapa telah mula menghantar anak-anak mereka ke prasekolah bermula pada usia 5 tahun lagi. Ia disambut baik oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum, agama dan keturunan. Oleh itu prasekolah merasakan tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan 25 orang pelajar pada peringkat permulaan ini. Diharapkan prasekolah ini akan dapat memberi pendidikan prasekolah yang baik sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan sebenar.Diharapkan Kertas Kerja Prasekolah Dinamik ini diberi kelulusan. Sokongan dan kerjasama dari pihak Tuan dalam meluluskan permohonan ini akan menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang berkualiti memandangkan kanak-kanak merupakan pelapis generasi akan datang yang akan menerajui negara. Sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan diharap dapat melahirkan kanak-kanak yang cemerlang melalui prasekolah yang berkualiti selaras dengan kehendak kerajaan.

CATATAN REFLEKTIF

Bissmillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya jua saya telah dapat menyempurnakan tugasan HBPS 1203 Pengurusan Organisasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak. ini. Ia menjadi lagi sempurna apabila saya merupakan guru prasekolah di SK Ulu Dong. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai faedah. Antaranya ialah saya dapat mengetahui tentang cara membuat kertas kerja untuk menubuhkan prasekolah dengan lebih terperinci dan mendalam.Sebelum ini saya tidak begitu mengambil tahu dan mengambil berat mengenai subjek ini kerana saya beranngapan subjek ini tidak perlu dititikberatkan. Tambahan itu lagi, melalui kertas kerja ini, saya dapat mengetahui kriteria dan cara yang sebenar perlu ada dalam menubuhkan sebuah pusat prasekolah. Melalui kerja kursus ini, terdapat pelbagai pengetahuan tambahan yang saya dapat terhadap kriteria penubuhan sebuah prasekolah dan pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan kanak-kanak makin saya fahami. Sebagai seorang guru prasekolah, saya sepatutnya memantapkan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran saya mengenai penubuhan sesebuah prasekolah untuk kegunaan pada masa depan saya. Selain daripada ia menambahkan tentang kemahiran dan pengurusan penubuhan prasekolah, kerja kursus yang diberikan juga membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru ataupun pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa saya sebagai seorang guru yang amat mahir, kritis dan kreatif serta guru yang inovatif. Secara tidak lansung, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai prasekolah, Ini amat penting untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti.

Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan membuat renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu. Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu tugasan dengan harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi manakala kelemahan yang berlaku tidak diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta kerjasama kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini iaitu menghasilkan kertas kerja penubuhan prasekolah. Dengan kata-kata tersebut saya akhiri bicara refleksi ini dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T.

RUJUKANAzizah Lebai Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2009). Dokumen Standard Prasekolah: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Duke Amiene Rev (September 9, 2008). Prasekolah - Sekolah - Tadika - Tabika - Sejarah. [On-line]. Diperoleh pada September 2, 2010 daripada http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-tabika.htmlKementerian Pendidikan Malaysia (1996), Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.Kerajaan Persekutuan (1961), Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.Noor Haris Dzulkilfi, Mohd Rezal Hussin, Rusni Che Adnan, Rosilah Ahmad, Norkhamidah Mohd Bandi, Che Tom Shaari, et al. (2009). Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada Ogos 30, 2010 daripada http://prasekolahskluboktemiang.blogspot.com/.../kursus-orientasi-kurikulum-standard.html Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada September 23, 2010 daripada http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.htmlRohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah : Cabaran Kualiti. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Surat Pekeliling Ikhtisas (Bil 9), 2010. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2009). [On-line]. Diperoleh pada September 23, 2010 daripadahttp://prasekolahpetalingperdana.blogspot .com/2009/01/ kurikulum-prasekolah-kebangsaan.html.Undang-undang Malaysia (2004). Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. (5 April 2010). [On-line]. Prasekolah. Diperoleh pada September 8, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/ Prasekolah