Upload
auniathirah15
View
286
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Citation preview
BAHASA MELAYU
SAINTIFIK
Pengenalan
Bahasa Melayu saintifik tidak hanya terhad kepada
pengertian Sains (Fizik, Kimia, Matematik, Biologi
dan sebagainya) tetapi juga bidang sains sosial.
Sehubungan dengan itu, perkataan "saintifik"
mempunyai maksud yang dengan perkataan
"akademik".
Menyebut sahaja mengenai perkataan "saintifik",
majoriti orang hanya memikirkan istilah. Istilah
sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada
banyak ciri bahasa saintifik yang dapat dilihat
daripada pelbagai segi, termasuk laras dan gaya
bahasa, serta juga modus dan teks.
Contoh Penggunaan Bahasa Melayu
Saintifik
1. Kata Sifat : struktural, minimal, aktif, organik
2. Kata kerja : bersistem, bernitrogen,
didewarnakan, diflokulasikan
3. Kata nama : morfologi, kalsium, multivitamin
Kebanyakan perkataan bahasa Melayu saintifik
ini dipinjam daripada bahasa Inggeris dan
diejaannya diubahsuai untuk membuat
penyesuaian dari segi sebutan.
Penggunaan dan Fungsi
Bahasa Dalam konteks semasa, penggunaan bahasa
Melayu yang sempurna adalah berdasarkan hakikat:
1. Bahasa yang baik, mudah, dan praktis.
2. Bahasa yang berkesan.
3. Bahasa yang indah.
4. Mempunyai sifat keintelektualan bahasa
Bagi memastikan bahasa Melayu dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan menjadi bahasa wahana ilmu, dua aspek perlu diusahakan, iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa.
Keintelektualan Bahasa
Dimaksudkan dengan keupayaan
menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan, berkeupayaan mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran.
Mengikut Havranek (1984), klimaks pencapaian tahap keintelektualan bahasa dapat dicapai melalui pembinaan dan pengayaan kosa kata serta struktur tatabahasa.
Kesempurnaan Bahasa
Antara ciri bahasa yang mencapai tahap
kesempurnaan ialah:
1. Kecendekiaan
2. Kepelbagaian
3. Kelenturan
4. Kepraktisan
5. Keberkesanan
6. Ketertiban
7. Kesederhanaan
8. Ketekalan
9. Keberadaban
10.Keindahan
LARAS BAHASA
PENGENALAN
Definisi:
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
Gaya merujuk kepada pelisanan dan
penulisan.
Penggunaan merujuk kepada penutur,
pendengar, situasi, topik dan tujuan
perbincangan.
Perbezaan Laras Bahasa
Bahasa
Pengguna Penggunaan
Dialek Laras
Mengapakah laras bahasa digunakan?
Terdapatnya:
Ciri-ciri keperihalan
- Situasi Luaran
- Situasi Persekitaran
Ciri-ciri linguistik
- Aspek Bunyi
- Aspek Perkataan
- Aspek Ayat
Situasi Luaran
maksudnya ialah latar belakang sosial dan
kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
merangkumi struktur sosial dan keseluruhan
cara hidup yang menentukan tindak-tanduk
anggota masyarakat.
JENIS-JENIS LARAS
BAHASA
Laras Bahasa Biasa
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
Laras Bahasa Sains
Laras Bahasa Media Massa
Laras Bahasa Rencana
Larasa Bahasa Undang-Undang
Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Sukan
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras Bahasa Ekonomi
Laras Bahasa Akademik
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
Untuk menyampaikan maklumat berkesan
Pemberitahuan fakta yang jelas amat
dipentingkan
Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata
sifat)
Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif
Penggunaan bahasa retorik
Tidak mementingkan tatabahasa
Guna pernyataan tertentu
Laras Bahasa Sains
Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan
Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta
Istilah sains dan teknikal adalah banyak
Ada istilah pinjaman
Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif
Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi
Laras Bahasa Media Massa
Peranan media massa adalah untuk melapor
atau menyampaikan berita dengan bahasa
yang paling mudah diterima pendengar dan
pembaca
Laras media massa tidak mementingkan
tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung
Tiada istilah teknikal dan khusus
Laras Bahasa Rencana
Bersifat umum
Menampilkan berbagai-bagai idea tentang
sesuatu isu
Gaya bahasa mudah difahami
Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara
umum ataupun terperinci
Laras Bahasa Undang-Undang
Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen)
Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris
Makna kosa kata berdasarkan intepretasi
Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan
Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat
Tiada graf atau gambar
Binaan ayat adalah panjang
Laras Bahasa Agama
Membincangkan isu agama
Ada istilah pinjaman
Terdapat petikan
Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk
pengajaran
Laras Bahasa Sukan
Menyampaikan maklumat kegiatan sukan
Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas
Ada istilah aktiviti sukan
Kosa kata mudah difahami
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman
Ada istilah khusus tentang sastera
Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa)
Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat
Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola
Bernada puitis dan bersifat komunikatif
Laras Bahasa Ekonomi
Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi
Ada istilah teknikal ekonomi
Tidak mengutamakan struktur ayat
Gaya bahasa formal
Maklumat jelas dan eksplisit
Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
Laras Bahasa Akademik
Bersifat ilmiah, formal dan objektif
Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan)
Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi
Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan)
Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian
Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk
Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks
CABARAN DAN ISU
PENGGUNAAN
BAHASA MELAYU
Cabaran dan Isu Penggunaan
Bahasa Melayu
Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan
pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan
dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa,
tradisi persuratan, dan budayanya.
Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan
bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara
yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan
persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara
sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa
Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan
ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah
bahasa kebangsaan dimana-mana Negara
sekalipun.
Bahasa Melayu kini tercabar dari sudut fungsi
wahana penyampaian ilmu dan maklumat.
Perkembangan segala macam ilmu dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa
sebahagian dalam keperluan itu.
Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu,
khususnya dalam bidang sains dan teknologi
maklumat tidak bergerak sejajar dengan
perkembangan ilmu dan pembangunan negara.
Cabaran dari segi fungsi bahasa
Cabaran-cabaran lain
1. Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang
terlalu bangga dengan bahasa asing.
Penggunaan bahasa Melayu kurang
dipraktikan serta lebih mudah
mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini
terpapar dalam rancangan berbentuk
perbincangan politik dan juga ekonomi.
Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu
ketandusan idea dan gagal dalam
penyampaian ilmu.
Cabaran-cabaran lain
2. Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi
awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba
untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengajaran kursus dalam bidang
yang mampu disampaikan dengan baik
dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus
ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-
undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa
Melayu seperti tidak layak untuk menjadi
pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan
Bahasa (2006: 27-29)
Cabaran-cabaran lain
3. Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu
tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang
amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam
sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej
tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya.
Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini
akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan
istilah ilmu.
Isu Bahasa Melayu Dalam
Perlembagaan
Kedudukan bahasa Melayu dalam
perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen
peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh
dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses
pindaan melalui Parlimen.
Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah
sebahagian daripada perkara yang sering
disebut sebagai kontrak sosial yang
merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu
rundingan kemerdekaan dahulu.
Isu Dasar Pendidikan Negara
Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan
juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan
terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi.
Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan di negara ini dimulakan dengan
pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
Razak pada tahun 1956.
Sekian…
Terima kasih atas perhatian anda..