View
195
Download
1
Category
Preview:
DESCRIPTION
laporan AR kaedah analogi terhadap keperluan asas tumbuhan 2012..
Citation preview
PENDAHULUAN
Pengenalan
Sains merupakan satu subjek yang memerlukan murid untuk memahami konsep,
mengingati dan menghafal konsep tersebut serta mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Subjek sains juga memerlukan murid untuk memahirkan diri dalam
menggunakan kemahiran proses sains sepanjang pembelajaran berlangsung. Sepanjang
mempelajari subjek sains di peringkat sekolah rendah, murid akan mempelajari pelbagai
perkara sama ada perkara baru atau perkara yang telah dipelajari tanpa sedar dalam
kehidupan seharian. Pelbagai perkara yang dipelajari ini akan menyebabkan murid
berada dalam keadaan yang mudah terjerumus kepada perkara miskonsepsi dalam
kehidupan seharian. Contohnya, mereka mungkin beranggapan bahawa bulan
mengeluarkan cahaya, tetapi sedangkan cahaya dari bulan hanyalah pantulan dari
cahaya matahari.
Mata pelajaran ini juga tidak terkecuali untuk memberikan penilaian kepada
murid secara berkala untuk membuat pengukuran terhadap pencapaian murid dalam
pembelajaran. Sahari Nordin (2008) mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur rasmi
untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Dari sudut pengajaran pula, penilaian
adalah proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai
oleh pelajar. Martin, Sexton, Franklin dan Gerlovih (2005) mendefinisikan penilaian
1
sebagai “Process of judging the quality or worth of an object or activity, or it may be
regarded as the outcome of such a process.”
Ini menunjukkan pencapaian murid dalam pembelajaran sains bergantung
sepenuhnya kepada markah yang diperolehi oleh murid dalam penilaian sumatif atau
formatif. Murid yang gagal untuk memahami dengan betul satu-satu konsep sains akan
menyebabkan pencapaian mereka berada pada paras sederhana atau rendah.
2
Latar Belakang Kajian
Pada minggu kedua, saya telah mendapat jadual waktu iaitu mengajar murid tahun 4
Cemerlang dalam subjek sains. Kelas 4 cemerlang ini merupakan kelas kedua dari
empat kelas yang terdapat dalam tahun 4. Dapat disimpulkan di sini bahawa kelas ini
merupakan kelas yang terdiri daripada murid-murid yang berpencapaian baik dan
sederhana. Kelas ini mengandungi 31 orang murid di mana 11 orang lelaki dan 20
orang perempuan.
Pertama kali saya masuk kelas, saya telah menyoal mereka apakah tajuk yang
telah dipelajari oleh mereka. Pelbagai jawapan yang telah saya terima. Ada yang
memberitahu bahawa mereka telah mempelajari sedikit berkenaan tajuk bab dua
manakala ada yang memberitahu mereka baru sahaja selesai mempelajari tajuk bab satu.
Di sini, timbul di dalam fikiran saya, apakah yang menyebabkan mereka tidak
mengetahui tajuk sebenar yang telah dipelajari. Adakah mereka terlupa, tersilap faham,
atau tidak mempunyai minat untuk mempelajari sains menyebabkan mereka
mengabaikan perkara-perkara berkaitan pembelajaran subjek sains. Nasib baik saya
sudah berbincang dengan guru subjek mereka berkenaan tajuk yang telah dipelajari oleh
mereka iaitu tajuk keperluan asas hidupan. Murid-murid di sini agak bagus dalam
melakukan kerja kerana saya dapati buku-buku nota mereka sudah tertulis sehingga
tajuk yang dipelajari. Cuma di dalam buku amali, belum ada eksperimen atau ujikaji
yang telah dilaksanakan mereka kerana buku amali tersebut belum tertulis mahupun
untuk satu muka surat.
3
Pada minggu kedua ini, saya telah membuat tinjauan terhadap murid untuk
melihat apakah masalah yang dihadapi oleh murid ketika dalam proses pengajaran dan
pembelajaran subjek sains. Pertama, saya telah lihat bahawa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, terdapat sebahagian besar murid yang tidak menunjukkan
penglibatan aktif dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru terutamanya
murid perempuan. Mereka tidak cuba untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan
oleh guru. Di sini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adakah mereka ini
tidak tahu hendak menjawab soalan atau takut menjawab soalan yang telah diajukan
oleh guru. Murid juga terlalu cepat hilang tumpuan di dalam kelas. Ini dapat dilihat
apabila mereka gemar bercakap sesama mereka terutamanya beberapa orang murid
lelaki ketika guru sedang mengajar. Saya pun berfikir, adakah kerana saya terlalu
lembut dalam memberi tindakan kepada murid atau sumber pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan tidak mampu menarik minat murid ?
Mengenai kandungan pelajaran pula, saya pada mulanya menjangkakan bahawa
mereka memahami konsep-konsep yang berkaitan dengan tajuk keperluan asas. Ini
disebabkan, saya beranggapan bahawa topik ini amat mudah, tambahan pula mereka
berada di kedudukan kelas yang kedua dari segi pencapaian akademik. Ternyata sekali
sangkaan saya silap. Setelah mendapat bimbingan dari pensyarah saya untuk
menjalankan ujian diagnostik terhadap topik keperluan asas, barulah saya tahu betapa
naifnya saya dalam memahami muri-murid di sekolah. Ini disebabkan, mereka juga
menghadapi banyak masalah dan ketidakfahaman dalam mempelajari tajuk keperluan
asas. Dalam ujian yang telah dijalankan, tiada murid yang berjaya mendapat markah
yang tinggi.
4
Kesimpulannya, saya telah mendapat pengajaran bahawa mudah bagi guru, tidak
semestinya mudah bagi murid. Justeru itu, pada proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung, saya perlu mengatasi dua masalah yang sering berbangkit dalam
pengajaran iaitu masalah penglibatan murid secara tidak aktif dan murid yang hilang
tumpuan sehingga gemar bercakap sesama mereka. Dalam masa yang sama, saya perlu
membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi bagi memahami tajuk keperluan
asas sepenuhnya. Dalam kes ini, saya perlu mencari kaedah dan pendekatan yang sesuai
serta berkesan untuk membantu murid memahami konsep sains bagi tajuk ini.
Berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam refleksi pengajaran
dan pembelajaran, terdapat tiga masalah yang dihadapi oleh saya iaitu masalah
penglibatan murid secara tidak aktif, hilang tumpuan ketika guru sedang mengajar dan
masalah di dalam tajuk keperluan asas. Masalah pertama yang telah dinyatakan adalah
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sebahagian
murid terutamanya murid perempuan yang tidak berminat untuk mengikuti
pembelajaran secara aktif. Perkara ini dapat diperhatikan apabila murid-murid tidak
cuba menjawab soalan yang dikemukakan guru dan tidak memberi sebarang pendapat
terhadap pengajaran dalam kelas. Masalah kedua adalah melibatkan kurangnya
tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan mereka
gemar bercakap sesama mereka ketika guru sedang mengajar. Masalah ketiga adalah
berkenaan dengan pemahaman mengenai tajuk keperluan asas. Di bawah tajuk
keperluan asas ini, terdapat dua sub-tajuk iaitu keperluan asas manusia dan haiwan dan
keperluan asas tumbuhan. Berdasarkan sukatan pengajaran, topik ini mempunyai enam
hasil pembelajaran yang utama. Dalam memahami keperluan asas manusia, murid
5
hendaklah dapat mengenal pasti keperluan asas manusia, dan memberikan sebab kenapa
manusia memerlukan makanan, air, udara dan tempat tinggal. Untuk memahami
keperluan asas haiwan pula, murid perlu mengenal pasti keperluan asas haiwan,
memberikan sebab kenapa haiwan memerlukan makanan, air udara dan tempat tinggal
serta menerangkan jenis tempat tinggal bagi haiwan yang berbeza-beza. Objektif
terakhir bagi tajuk ini adalah memahami keperluan asas tumbuhan iaitu murid dapat
mengenal pasti keperluan asas tumbuhan seperti udara, cahaya, dan air.
Satu ujian telah dijalankan untuk menilai prestasi murid dalam keseluruhan
tajuk keperluan asas hidupan. Melalui ujian yang dijalankan, sebahagian besar murid
tidak dapat menjawab soalan berkenaan dengan keperluan asas tumbuhan dengan betul.
Ujian yang dijalankan ini merangkumi 20 soalan berbentuk objektif di mana terdapat 10
soalan mengenai keperluan asas manusia dan haiwan dan 10 soalan keperluan asas
tumbuhan. Ujian ini dijalankan terhadap keseluruhan topik bagi mendapatkan
maklumat mengenai kefahaman konsep sains dalam kalangan murid-murid.
Jadual 1Maklumat yang Diperolehi dari Tiga Orang Murid.
Murid Markah bagi tajuk keperluan asas manusia dan haiwan
Markah bagi tajuk keperluan asas tumbuhan
A 4/10 2/10B 6/10 4/10C 5/10 3/10
Berdasarkan jadual 1, dapat dilihat bahawa ketiga-tiga orang murid tersebut
mendapat markah bagi tajuk keperluan asas manusia dan haiwan yang lebih tinggi
berbanding dengan markah tajuk bagi keperluan asas tumbuhan. Ini dapat dilihat
apabila murid A mendapat markah tajuk keperluan asas manusia dan haiwan yang 2 kali
6
ganda lebih tinggi berbanding dengan keperluan asas tumbuhan. Berdasarkan perbezaan
yang ketara antara 2 sub-tajuk dalam topik keperluan asas ini, sub-tajuk keperluan asas
tumbuhan menjadi perkara utama yang perlu diselesaikan dalam kajian yang akan saya
jalankan.
Jadual 2Kaedah Pengumpulan Data Bagi Tinjauan Masalah
Langkah dan tarikh
Cara penilaian Kumpulan sasaran Tujuan
Langkah 114/2/12
Pemerhatian Murid 4 Cemerlang
Melihat penglibatan dan kelakuan murid dalam
pengajaranLangkah 2
15/2/12Ujian diagnostik Murid 4
CemerlangUjian berkenaan topik keperluan asas hidupan terhadap semua murid
Langkah 319/2/12
Memeriksa buku nota dan buku
latihan
Murid 4 Cemerlang
Melihat sejauh mana tajuk yang telah dipelajari dan
difahami muridLangkah 4
21/2/12Temubual Murid 4
Cemerlang2 orang murid ditemubual
bagi melihat respon mereka terhadap subjek sains
Jadual 2 menunjukkan proses pengumpulan data bagi tinjauan masalah terhadap
kajian ini. Pada langkah 1, kaedah pemerhatian digunakan melihat penglibatan dan
kelakuan murid dalam pengajaran. Pada langkah dua pula. Ujian diagnostik bagi tajuk
keperluan asas tumbuhan dilaksanakan terhadap murid bagi melihat pemahaman dan
pencapaian mereka dalam tajuk keperluan asas tumbuhan. Pada langkah tiga pula,
pemeriksaan buku nota dan buku latihan dilakukan bagi menilai tahap dan proses
pembelajaran yang telah dihadapi murid. Pada langkah keempat pula, 2 orang murid
telah ditemubual bagi menilai respon mereka terhadap subjek sains dari segi
pemahaman dan minat.
7
Jadual 3Analisis Tinjauan Masalah Bagi Murid Kelas 4 Cemerlang
Langkah dan tarikh
Cara penilaian Kumpulan sasaran Analisis masalah
Langkah 114/2/12
Pemerhatian Murid 4 Cemerlang Beberapa orang murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Segelintir murid gemar bercakap sesama mereka.
Langkah 215/2/12
Ujian diagnostik Murid 4 Cemerlang Sebahagian besar murid tidak berjaya mencapai markah separuh dalam topik keperluan asas tumbuhan
Langkah 319/2/12
Memeriksa buku nota dan buku
latihan
Murid 4 Cemerlang Buku nota murid lengkap bertulis mengenai konsep keperluan asas hidupan.
Langkah 421/2/12
Temubual Murid 4 Cemerlang Murid yang ditemubual mengatakan bahawa tajuk keperluan asas tumbuhan lebih sukar berbanding keperluan asas manusia dan haiwan.
Pada jadual 3 di atas, melalui pemerhatian yang dijalankan, dapat diperhatikan
bahawa segelintir murid gemar bercakap dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pada penilaian menggunakan ujian dignostik,
sebahagian besar murid tidak berjaya mencapai markah 50% dalam topik keperluan asas
tumbuhan. Pada langkah 3 pula, setelah buku nota murid diperiksa, didapati buku nota
mereka lengkap bertulis mengenai konsep keperluan asas tumbuhan. Pada langkah
keempat pula, setelah 4 orang murid ditemu bual dapat disimpulkan bahawa mereka
menghadapi masalah dalam topik keperluan asas tumbuhan berbanding topik keperluan
asas haiwan dan manusia.
8
FOKUS KAJIAN
Isu kajian
Masalah Yang Saya Hadapi
Berdasarkan perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah berkenaan topik
keperluan asas tumbuhan merupakan fokus utama untuk kajian saya. Masalah ini
menjadi isu kajian memandangkan topik keperluan asas tumbuhan merupakan topik asas
kepada murid apabila ingin mempelajari pelajaran berkaitan dengan tumbuhan.
Tambahan pula, tanpa pemahaman yang betul mengenai tajuk ini, keputusan murid
dalam peperiksaan pastinya akan mencapai keputusan di bawah tahap cemerlang.
Manakala, kefahaman murid mengenai topik ini masih belum mencapai tahap yang baik.
Sub-tajuk keperluan asas ini merupakan satu sub-tajuk di bawah tajuk keperluas
asas hidupan. Tajuk keperluan asas ini merupakan tajuk pertama yang dipelajari dalam
sukatan pelajaran sains tahun 4. Berdasarkan sukatan pelajaran, hasil pembelajaran
yang utama dalam sub-tajuk keperluan asas tumbuhan adalah murid mampu mengenal
pasti keperluan asas tumbuhan.
Rajah 1. Triangulasi data bagi tinjauan masalah
9
Skrip jawapan murid
PemerhatianTemubual
Rajah 1 di sebelah menunjukkan triangulasi kaedah yang digunakan oleh pengkaji
dalam proses mengenal pasti masalah di kalangan murid. Dapatan dari ketiga-tiga
instrumen ini membuktikan bahawa murid sememangnya bermasalah dalam memahami
tajuk keperluan asas tumbuhan.
Dalam memahami konsep asas tumbuhan ini, terdapat beberapa masalah dan
silap faham yang dihadapi oleh murid. Antara masalah yang dihadapi mereka adalah:
Kebanyakan murid tidak mengetahui bahawa tumbuhan juga memerlukan
oksigen untuk berespirasi
Murid tidak dapat menjelaskan bahawa tumbuhan melakukan fotosintensis untuk
menghasilkan makanan sendiri.
Udara diperlukan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis
Konsep asas proses fotosintesis dan respirasi.
Tumbuhan turut bernafas (respirasi) seperti manusia.
Masalah yang dinyatakan di atas diperolehi daripada kegagalan murid untuk
menjawab soalan ujian yang dijalankan. Contoh soalan ujian yang dijalankan ke atas
murid boleh dirujuk pada lampiran A. Bagi soalan objektif nombor 17 dalam ujian
diagnostik, hanya terdapat 4 orang murid sahaja daripada 23 orang murid yang dapat
menjawab dengan betul. Mereka tidak mengetahui bahawa gas oksigen juga diperlukan
oleh tumbuhan untuk terus hidup. Bagi soalan nombor 14, terdapat 4 orang daripada 23
orang murid sahaja yang betul dengan memilih jawapan cahaya digunakan untuk proses
fotosintesis. Murid lain memilih pelbagai jawapan terutamanya jawapan tumbuhan
memerlukan cahaya untuk tumbuh dengan subur.
10
Seterusnya soalan nombor 12 pula, separuh dari murid tidak dapat menjawab
soalan ini dengan betul. Kebanyakan mereka memilih tumbuhan menggunakan oksigen
untuk menjalankan proses fotosintesis. Sedangkan jawapan sebenar merupakan gas
oksigen. Ini mungkin disebabkan kekeliruan pemahaman mengenai konsep fotosintesi
dan respirasi yang dijalankan oleh tumbuhan. Begitu juga soalan nombor 18,
sebahagian besar murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Kebanyakan
mereka menjawab dengan jawapan D, iaitu air dan tempat perlindungan.
Saya juga menjalankan kaedah temu bual untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains. Semua
murid yang ditemu bual mengakui bahawa sub-tajuk keperluan asas tumbuhan
merupakan tajuk yang lebih sukar jika dibandingkan dengan sub-tajuk keperluan asas
manusia dan haiwan. Dalam temu bual ini juga, saya mendapati banyak perkara yang
kurang difahami dan diketahui oleh murid dalam sub-tajuk keperluan asas tumbuhan.
Antaranya, ada murid yang mengetahui bahawa gas karbon dioksida diperlukan oleh
tumbuhan untuk terus hidup. Namun pada masa yang sama, mereka tidak dapat
menyatakan kenapakah gas karbon dioksida diperlukan. Mereka tidak mengetahui
bahawa gas tersebut diperlukan supaya tumbuhan mampu membuat makanan sendiri.
Murid juga tida dapat memberitahu apakah proses fotosintesis dan perbezaannya dengan
proses respirasi dalam tumbuhan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, murid agak sukar untuk menyatakan
3 perkara keperluan asas tumbuhan. Ini dibuat apabila perbincangan mengenai soalan
ujian bagi Bulan Februari, masih ramai yang tidak dapat mempelajari dengan betul akan
11
perkara ini. Ini disebabkan, kandungan dalam tajuk ini amat mengelirukan yang
menyebabkan murid mengalami kesukaran untuk memahaminya.
12
Mengapa Kajian Ini Perlu Dijalankan?
Sub-tajuk keperluan asas tumbuhan merupakan kandungan pelajaran yang amat penting
sekali. Ia boleh diibaratkan sebagai murid tidak mampu membaca jika tidak kenal
huruf. Ini bermaksud, andai kata murid gagal memahami dengan betul tajuk ini, proses
pembelajaran pada topik-topik berkaitan tumbuhan pada topik-topik yang akan datang
seperti gerak balas tumbuhan dan proses hidup tumbuhan akan mengalami beberapa
silap faham. Miskonsepsi ini hanya akan menyebabkan prestasi murid dalam ujian akan
datang berada pada tahap sederhana.
Kajian ini penting memandangkan subjek sains merupakan salah satu subjek
yang akan diuji dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kegagalan murid
untuk mendapat gred A dalam peperiksaan ini akan menyebabkan keputusan murid
tidak cemerlang dan menyukarkan mereka sendiri untuk mendapat tempat di sekolah
berasrama penuh.
13
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman murid dalam tajuk keperluan asas
tumbuhan menerusi penggunaan kaedah analogi. Kajian ini dijalankan dengan
berasaskan kepada beberapa objektif yang telah ditetapkan secara umum dan khusus.
Objektif umum
Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk:
Meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid dalam topik keperluan asas
tumbuhan melalui penggunaan kaedah analogi.
Objektif khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
Menarik minat murid terhadap sains khususnya bagi topik keperluan asas
tumbuhan.
Meningkatkan kefahaman murid tentang tajuk keperluan asas tumbuhan
Mengelakkan kekeliruan murid dalam memahami konsep fotosintesis dan
respirasi.
14
Persoalan Kajian
Terdapat beberapa persoalan kajian yang telah ditetapkan menerusi pelaksanaan
kajian tindakan ini. Antara persoalan-persoalan tersebut ialah:
Adakah penggunaan kaedah analogi dapat menarik minat terhadap sains
khusunya topik keperluan asas tumbuhan?
Adakah penggunaan kaedah analogi dapat meningkatkan kefahaman murid
tentang tajuk keperluan asas tumbuhan?
Adakah penggunaan kaedah analogi dapat mengelakkan kekeliruan murid dalam
memahami konsep fotosintesis dan respirasi?
15
Definisi istilah
Keperluan asas tumbuhan
Keperluan asas tumbuhan menurut buku teks Sains Tahun 4 (2005), didefiniskan
sebagai keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk terus hidup.
Fotosintesis
Menurut Kamus Dewan (2010), fotosintesis adalah sintesis sebatian organik daripada
karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga suria yang diserap oleh klorofil.
Respirasi
Respirasi adalah proses penguraian kimia yang berlaku dalam sel organisma, dengan
penghasilan tenaga dan karbon dioksida. (Kamus Dewan 2010).
16
TINJAUAN LITERATUR
Topik keperluan asas tumbuhan ini sememangnya satu topik yang memberikan masalah
kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Masalah ini
bukan sahaja wujud dalam kurikulum di Malaysia, bahkan kurikulum di negara barat
turut menghadapi masalah yang sama. Gatt, Tunnicliffe, Borg dan Lautier (2007)
pernah membuat satu temubual kepada murid berkenaan dengan pemahaman mereka
terhadap tumbuhan. Pandangan mereka agak terpencil di mana mereka hanya
menganggap tumbuhan sebagai satu benda kecil, berdaun dan berwarna hijau. Smith
dan Wesley (2000) dalam bukunya menyatakan “Although many children seem to have
developed at least a partial understanding of the needs of plants, they are often confused
about key concepts related to photosynthesis. For instance, most fifth graders in a
Michigan classroom identified sun, water, and soil as the basic needs of plants, but few
seemed to know about plants’ need for air. Also, most of these students considered the
soil to be the source of the plants’ food. Berdasarkan pernyataan ini, dapat difahami
bahawa murid-murid sering keliru mengenai konsep utama berkaitan fotosintesis
walaupun mereka mempunyai pemahaman tentang keperluan asas tumbuhan.
Tambahan pula, murid sering terlepas pandang bahawa udara juga merupakan salah satu
keperluan asas tumbuhan dan menyatakan bahawa makanan tumbuhan datangnya dari
tanah.
17
Kaedah analogi merupakan satu teknik pengajaran menggunakan 'perumpamaan'
dibuat untuk mewakili sesuatu konsep yang hendak diajar (Allan, 2008). Kaedah ini
membantu para pelajar rmeningkatkan pengetahuan mereka dalam konsep saintifik.
Kaedah ini penting bagi menerangkan tentang sesuatu objek atau proses terutamanya
pada sesuatu yang tidak dapat dilihat seperti atom dan molekul. Kaedah ini mendapat
perhatian kerana mampu menerangkan tentang idea-idea pembelajaran yang abstrak
kepada bentuk yang lebih mudah difahami.
Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008) menerangkan bahawa analogi bermaksud
persamaan dalam sesuatu hal atau sesuatu sifat. Analogi juga didefinisikan sebagai
perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang telah berlaku. Noresah (2010) menyatakan
bahawa analogi adalah kias, perbandingan yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan.
Noah (2008) menyatakan bahawa analogi adalah satu perbandingan di antara dua
perkara yang serupa atau penggunaan sesuatu yang sudah biasa untuk tujuan
menerangkan dan memahami sesuatu yang asing. Berdasarkan definisi-definisi ini,
dapat difahami bahawa analogi adalah satu perbandingan dan perumpaan antara 2
perkara melalui ciri-ciri persamaan. Definisi-definisi analogi ini bersesuaian definisi
yang dinyatakan oleh Duit (2001) iaitu analogi adalah suatu kaedah pembelajaran yang
mencari persamaan antara perkara yang sudah diketahui dengan perkara baru yang mahu
dipelajari, dan juga kaitan antara perkara yang biasa dan asing.
Penggunaan kaedah analogi bersesuaian dengan tahap kognitif murid normal di
peringkat sekolah rendah. Andrew dan Halford (2002) menyatakan bahawa kanak-
kanak mampu membuat perkaitan antara 2 objek selepas berumur 2 tahun dan boleh
membuat perkaitan antara 3 objek pada umur seawal 5 tahun. Perkembangan kognitif
18
kanak-kanak ini dapat membantu mereka membuat perkaitan dan perhubungan antara 2
perkara.
Perkara ini turut dipersetujui oleh seorang guru dari Indonesia. “Analogi atau
metafora dalam pengajaran kimia ternyata sangat memudahkan pemahaman siswa,
terutama konsep-konsep abstrak. Misalnya, dalam bahasan struktur atom dan sistem
periodik yang ku ajarkan hari ini. Entah menyalahi konsep apa gak yang penting
siswaktu dapat memahaminya”. ( Urip, 2010 )
Jelas sekali bahawa, kaedah analogi ini merupakan suatu perbandingan antara 2
objek bagi memudahkan murid mempelajari konsep asas sains yang abstrak. Kaedah ini
sebenarnya sudah digunakan oleh guru-guru, cuma mereka tidak menyedari akan
perkara tersebut. Perkara ini terjadi jika guru hendak menjawab pertanyaan murid atau
menerangkan kepada murid dengan lebih lanjut dan jelas akan sesuatu perkara.
Shahabuddin. Rohizani dan Zohir (2007) menyatakan bahawa murid akan lebih
faham jika guru menggunakan contoh-contoh analogi atau perbandingan ketika
mengajar. Pelajar yang menghadapi masalah dari segi ingatan dan kognitif akan
mempunyai teknik yang sesuai bagi membantu mereka mengingati konsep-konsep
penting. Richland, Holyoak dan Stigler (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa
guru menggunakan analogi dalam pelbagai perkara asas sewaktu mengajar. Apabila
menerangkan sesuatu masalah, guru membina analogi-analogi dari pelbagai sumber dan
sifat kesamaan bagi membolehkan analogi tersebut lebih jelas kepada murid.
Penggunaan kaedah analogi yang kurang sesuai terhadap murid juga boleh
membawa kepada miskonsepsi terhadap sains. Duit, Roth, komorek dan Wilbers (2001)
19
menerangkan bahawa penggunaan kaedah analogi sememangnya satu kaedah yang
berguna bagi membimbing murid daripada konsep pra-pengajaran kepada konsep sains
sebenar. Kekeliruan mengenai sesuatu konsep sains boleh berlaku andai kata terdapat
penggunaan analogi yang sama pada 2 konsep sains yang berlainan.
Glynn (2008) menerangkan terdapat beberapa panduan kepada guru dalam
membentuk analogi dalam pembelajaran sains. Pertama adalah guru perlu memastikan
analogi yang ingin digunakan mempunyai persamaan ciri. Seterusnya, guru perlu
membina kaitan analogi dengan perkara yang tidak asing bagi murid. Perkara yang
penting bagi guru dalam membina analogi adalah dengan menerangkan konsep sains
terlebih dahulu kepada murid.
Daripada sorotan literatur yang saya buat, saya dapati bahawa para guru sering
menggunakan kaedah analogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memberikan kefahaman tambahan kepada murid. Contoh analogi yang digunakan
I. Wayar dianalogikan sebagai jalan raya atau sungai. Bentuk jalan raya dan
sungai yang tidak lurus menjelaskan akan analogi yang digunakan.
II. Arus elektrik sebagai air sungai atau kereta yang bergerak. Kereta yang
bergerak di atas jalan dan air yang mengalir di sungai menggambarkan
pergerakan arus elektrik yang bergerak dalam wayar.
III. Lampu umpama bintang di langit. Lampu dan bintang ini hanya bercahaya pada
waktu malam dan tidak berfungsi pada waktu siang.
IV. Kamera berfungsi seperti mata. Setiap gambar boleh dilihat dan dirakam dengan
menggunakan pandangan mata dan kamera.
20
V. Pokok membuat makanan sendiri seperti manusia memasak untuk mendapatkan
makanan.
VI. Bintang Matahari diumpamakan sebagai nukleus yang berada di dalam atom.
VII. Pergerakan planet mengelilingi matahari diibaratkan sebagai pergerakan elektron
mengelilingi nukleus.
21
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Reka Bentuk Kajian
Rajah 2. Gelung penyelidikan tindakan Stephen Kemmis (1988).
Kajian yang dijalankan ini menggunakan model Stephen Kemmis (1988). Kitaran bagi
model penyelidikan ini mempunyai 4 langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek. Dalam langkah merancang, perkara yang diberi perhatian adalah
penggunaan analogi dalam kalangan murid dalam meningkatkan pencapaian dan
prestasi murid dalam tajuk keperluan asas tumbuhan. Pelbagai perkara telah dirancang
seperti penyediaan kertas ujian pra dan ujian pos, analogi yang direka bagi mewakili
proses fotosintesis dan respirasi, cara menganalisis data dan pelbagai lagi.
Dalam fasa tindakan pula, saya telah mengaplikasikan teknik analogi dalam
mengajar murid tajuk keperluan asas tumbuhan. Teknik ini diaplikasikan selepas ujian
pra diberikan kepada setiap murid.
22
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
Pada fasa pemerhatian pula, saya memerhati perubahan yang berlaku pada murid
dari segi pemahaman, pencapaian, penguasaan dan minat. Perhatian yang diberikan
berfokus kepada peningkatan dari segi empat perkara yang diberitahu tadi.
Fasa terakhir, iaitu refleksi, saya membuat analisis sama ada tindakan yang
dijalankan ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan penguasaan murid dalam subjek
sains terutamanya dalam tajuk keperluan asas tumbuhan. Dapatan kajian yang berjaya
akan menunjukkan bahawa teknik ini berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid.
23
Kumpulan Sasaran
Bagi menjalankan kajian ini, saya telah menfokuskan 15 orang murid daripada 31 orang
murid dari kelas 4 Cemerlang, SK Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan. Kelas 4 Cemerlang
merupakan kelas kedua dari empat kelas yang terdapat di tahun 4. Pencapaian murid
dalam kelas ini pada tahap sederhana. SK Bunut Susu pula merupakan sekolah kategori
luar bandar.
Responden ini terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan pencapaian dalam UBB bulan Februari
dan ujian diagnostik yang dijalankan. Responden ini terdiri daripada murid yang
mendapat markah yang sederhana dan berada di bawah paras 70 pada peperiksaan yang
lepas. Murid tersebut telah dilabelkan mengikut nombor masing-masing yang diberikan
oleh guru iaitu bermula dari nombor satu hingga nombor lima belas memandangkan
subjek kajian hanyalah melibatkan 15 orang responden manakala simbol L merujuk
kepada responden lelaki dan P bagi responden perempuan.
24
Pelaksanaan Tindakan
Apabila sub-topik yang terlibat telah dikenal pasti, analogi yang bersesuaian telah
dicipta bagi memudahkan pemahaman murid. Pemerhatian dijalankan secara berterusan
bagi melihat perkembangan murid dalam memahami konsep sains ini. Ujian pra
dijalankan bagi mengenal pasti pengetahuan dan pemahaman semasa murid mengenai
konsep sains ini. Kaedah rawatan iaitu penggunaan analogi diperkenalkan dan
diaplikasikan kepada subjek kajian. Ujian pos telah dijalankan dan pencapaian murid
dianalisis untuk melihat tahap perkembangan dan pencapaian murid dalam tajuk kajian.
Temubual dijalankan bersama dengan subjek untuk menilai kefahaman murid terhadap
topik tersebut. Data yang telah diperolehi melalui pemerhatian, ujian pra dan pos,
analisis skrip jawapan murid dan temu bual dianalisiskan.
Aplikasi Analogi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tajuk : Keperluan asas
Sub-tajuk : Keperluan asas tumbuhan.
Aktiviti : Murid bersama-sama guru menulis analogi berkenaan keperluan asas
tumbuhan iaitu konsep fotosintesis dan respirasi.
Analogi yang digunakan :
Pokok sebagai manusia di mana kedua-dua ini mempunyai ciri kehidupan iaitu
benda hidup dan memerlukan makanan untuk terus hidup.
25
Keperluan asas pertama tumbuhan iaitu air dianalogikan sebagai minyak yang
diperlukan untuk memasak.
Gas karbon dioksida dianalogikan sebagai ramuan dan rempah ratus yang
digunakan dalam masakan.
Cahaya matahari dianalogikan sebagai api atau haba yang diperlukan untuk
memasak makanan.
Proses respirasi dianalogikan sebagai proses pernafasan yang dilakukan oleh
manusia untuk terus hidup iaitu menyedut udara oksigen.
Proses fotosintesis dianalogikan sebagai proses memasak yang dilakukan oleh
manusia.
Analogi-analogi ini dibentuk dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
dalam subjek sains.
1. Manusia bernafas dengan menyedut udara oksigen.
2. Keperluan asas manusia adalah makanan.
3. Setiap benda hidup memerlukan makanan untuk terus hidup.
4. Emak memasak makanan di dapur dengan menggunakan dapur gas, minyak dan
pelbagai ramuan.
26
Pengumpulan Data
Instrumen
Pengumpulan data bagi kajian yang dijalankan ini menggunakan beberapa kaedah untuk
mengukur pencapaian murid iaitu:
Ujian pra dan ujian pos
Untuk mencapai objektif kajian ini, instrumen utama yang telah digunakan adalah
penggunaan ujian pra dan pos. Ujian ini mengandungi 2 bahagian soalan iaitu bahagian
A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 20 soalan objektif manakala bahagian B
mengandungi 10 soalan subjektif. Soalan-soalan ujian dilaksanakan kepada murid pada
masa sebelum dan selepas kaedah rawatan dijalankan. Analisis telah dilakukan terhadap
ujian ini untuk melihat peningkatan peratusan pencapaian markah murid dan min yang
diperolehi dari ujian pra dan ujian pos.
Min merujuk kepada min aritmetik bagi semua skor. Ia menunjukkan purata
markah yang diperolehi murid-murid dalam sesuatu ujian, iaitu dengan menjumlahkan
semua skor kemudian membahagikannya dengan bilangan skor. Peningkatan dalam
nilai min menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian dalam sub-topik keperluan asas tumbuhan ini.
27
Temu bual
Kaedah temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data kualitatif untuk
mendapatkan suatu maklumat secara lebih mendalam. Temu bual ini dilakukan dengan
mengajukan soalan terbuka kepada subjek kajian, merekod jawapan, membuat
transkripsi dan menganalisis data tersebut. Terdapat tiga bentuk temubual iaitu temu
bual berstruktuk, temu bual semi struktur, dan temu bual tidak berstruktur.
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur di mana soalan telah
dibentuk terlebih dahulu sebelum proses temu bual dilakukan. Responden perlu
memberikan jawapan secara spontan ketika soalan diajukan kepadanya.
Kelebihan yang terdapat dalam kaedah pengumpulan data ini adalah, soalan-
soalan temu bual boleh disediakan sebelum sesi temubual. Dengan ini, penemu bual
lebih bersedia dan berasa lebih kompeten semasa menjalankan sesi temu bual. Subjek
kajian pula lebih bebas untuk memberikan pandangan mereka terhadap soalan yang
dikemukan oleh guru. Data yang diperolehi pula bersifat kualitatif yang lebih terperinci
dan boleh dibandingkan antara subjek kajian.
Seramai 4 orang responden telah ditemu bual bagi mengetahui kefahaman dan
persepsi mereka terhadap topik Keperluan Asas Tumbuhan selepas kaedah rawatan
dijalankan.
28
Soal selidik
Kaedah pengumpulan data soal selidik merupakan salah satu instrumen yang popular
dalam kalangan penyelidik kerana kemudahan pentadbirannya. Kaedah ini digunakan
sama ada bertulis atau bercetak untuk mengutip data berdasarkan jawapan bertulis
responden. Contohnya, data tentang pengurusan kelas, kurikulum, pelaksanaan proses
pengajaran, kaedah dan sebagainya. Terdapat pelbagai bentuk soal selidik iaitu Ya/
Tidak, Setuju / Tidak setuju, Skala 1 hingga 5, semantik atau menggunakan gambar
untuk mengukur perasaan dan emosi.
Dalam kajian ini, saya akan menggunakan soal selidik berbentuk jawapan Ya
atau Tidak. Ini untuk memudahkan saya melihat perubahan yang berlaku pada diri
murid mengenai pemahaman konsep asas tumbuhan.
Prosedur Pengumpulan Data
Saya telah merancang menggunakan beberapa instrumen bagi mendapatkan data semasa
dan selepas melaksanakan kaedah analogi dalam pembelajaran. Bagi mengumpulkan
data untuk kajian ini, beberapa instrumen telah digunakan iaitu ujian pra dan pos, soal
selidik dan temu bual.
29
Ujian pra dan pos
Proses melaksanakan ujian pra dan ujian pos mempunyai beberapa langkah yang
penting, iaitu :
Langkah 1 : Ujian pra akan diedarkan kepada semua subjek kajian.
Langkah 2 : Subjek kajian perlu menjawab semua soalan yang terdapat pada
lembaran kertas yang diagih guru.
Langkah 3 : Kertas soalan dipungut dan markah pencapaian murid
dianalisis.
Langkah 4 : Ujian pos hanya dilaksanakan selepas kaedah rawatan diberikan
kepada murid.
Langkah 5 : Soalan ujian pos diagihkan kepada setiap murid. Ujian pos ini
100 peratus menyamai ujian pra yang dilaksanakan dahulu.
Langkah 6 : Kertas yang dijawab oleh murid dianalisis dengan melihat
perbezaan markah antara ujian pra dan pos dan melihat min
keseluruhan. Pencapaian murid direkodkan.
Temu bual
Langkah 1 : Beberapa orang murid dipanggil untuk melalui proses temu
bual dengan guru dan temubual tersebut direkod.
Langkah 2 : Soalan yang ditanya oleh guru adalah berpandukan kepada
beberapa soalan yang telah dirancang.
Langkah 3 : Temubual tersebut direkod dan dianalisis.
30
Soal selidik
Langkah 1 : Guru mengedarkan kepada setiap murid borang soal selidik
selepas kaedah rawatan diperkenalkan.
Langkah 2 : Murid menjawab semua item yang terdapat dalam borang
tersebut.
Langkah 3 : Borang tersebut dikumpulkan dan dianalisis oleh guru.
31
DAPATAN DAN ANALISIS DATA
Analisis Data
Bahagian ini menjelaskan berkenaan dengan data yang telah dikumpul dan dianalisis.
Data yang dibincangkan ini diperolehi daripada instrument ujian pra dan pos, soal
selidik dan temubual.
Keputusan dan Analisis Ujian Pra
Prestasi murid dalam ujian pra dan pos akan dibahagikan mengikut 5 gred yang telah
diperkenalkan iaitu Gred A, B, C, D dan E. Gred A hinnga Gred C akan membawa
status lulus manakala gred D dan E membawa status gagal. Pembahagian gred ini boleh
dilihat pada jadual 4 di bawah.
Jadual 4Skala Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Pos
Skor Gred Kategori Status80-100 A Cemerlang Lulus60-79 B Baik Lulus40-59 C Sederhana Lulus20-39 D Lemah Gagal0-19 E Amat lemah Gagal
32
Keputusan ujian pra yang telah dijalankan adalah sebagaimana ditunjukkan dalam
jadual 5.
Jadual 5 Keputusan Ujian Pra
Bil Responden Markah (%) Gred
1 L1 37 D
2 L2 33 D
3 L3 40 C
4 L4 33 D
5 P1 33 D
6 P2 23 D
7 P3 37 D
8 P4 27 D
9 P5 37 D
10 P6 40 C
11 P7 33 D
12 P8 30 D
13 P9 37 D
14 P10 40 C
15 P11 27 D
Berdasarkan jadual 5, keputusan ujian Pra menunjukkan 12 responden mendapat
gred D dengan markah terendah diperolehi sebanyak 23% manakala markah tertinggi
adalah sebanyak 37%. Gred D merupakan gred yang menandakan bahawa murid gagal
atau tidak lulus dalam ujian. 3 orang responden pula mendapat gred C iaitu dengan
markah masing-masing 40%. Untuk mendapat gred C atau lulus, murid perlu betul 12
daripada 30 soalan yang diberikan oleh guru. Ini menunjukkan, hanya 3 orang
responden berjaya menjawab 12 dari 30 soalan dengan betul. Keputusannya, hanya
33
20% dari responden sahaja yang berjaya mencapai markah lulus manakala 80% lagi
gagal untuk lulus dalam ujian ini. Kebanyakan murid pula berada dalam kategori
pencapaian lemah dan sederhana. Dapatan ini diringkaskan sebagaimana carta pai pada
rajah 3 di bawah.
20%
80%
Peratusan Murid mengikut Gred
Gred AGred BGred CGred DGred E
Rajah 3. Peratusan murid mengikut gred berdasarkan ujian pra
Berdasarkan rajah 3 di atas 80% daripada responden berada dalam gred D
manakala 20% daripada responden berada dalam gred C. Ini menunjukkan bahawa
sebahagian besar responden berada pada tahap yang lemah.
34
Keputusan dan Analisis Ujian Pos
Jadual 6Keputusan Ujian Pos
Bil Nama Murid Markah (%) Gred
1 L1 60 B
2 L2 43 C
3 L3 63 B
4 L4 70 B
5 P1 47 C
6 P2 57 C
7 P3 60 B
8 P4 43 C
9 P5 60 B
10 P6 53 C
11 P7 57 C
12 P8 53 C
13 P9 67 B
14 P10 70 B
15 P11 40 C
Ujian Pos diadakan selepas kaedah rawatan diperkenalkan kepada murid. Berdasarkan
jadual 6 di atas, 8 orang responden berjaya mendapat gred C iaitu markah di antara 40%
hingga 59 % di mana markah terendah yang diperolehi adalah 40% manakala markah
tertinggi yang diperolehi adalah 57%. Seramai 7 responden berjaya mendapat gred B
iaitu markah antara 60% hingga 79% di mana markah terendah yang diperolehi adalah
60 % dan markah tertinggi yang diperolehi adalah 70%. Seramai 2 orang murid yang
berjaya mencapai markah tertinggi iaitu sebanyak 70%. Hasilnya, Semua responden
berjaya lulus dengan baik. Mereka semua berjaya mendapat markah lulus iaitu 40% ke
35
atas dan berjaya menjawab sekurang-kurangnya 12 soalan dengan betul. Ini
menunjukkan, 53% daripada responden berjaya mendapat gred C manakala 47% lagi
mendapat gred B. Pencapaian yang dicapai oleh murid adalah sederhana dan baik.
Dapatan ini diringkaskan sebagaimana carta pai di rajah 4 di bawah.
47%
53%
Peratusan Murid mengikut Gred
Gred AGred BGred CGred DGred E
Rajah 4. Peratusan murid mengikut gred berdasarkan ujian pos
Berdasarkan rajah 4 di atas 53% daripada responden berada dalam gred C
manakala 47% daripada responden berada dalam gred B. Ini menunjukkan bahawa
prestasi murid telah meningkat dalam ujian pos yang dijalankan ini.
36
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Perbandingan pencapaian responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos boleh dilihat pada
jadual 7 berikut.
Jadual 7Perbandingan Pencapaian Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Responden Markah Ujian Pra (%)
Markah Ujian Pos (%)
Peningkatan markah (%)
1 L1 37 60 232 L2 33 43 103 L3 40 63 234 L4 33 70 375 P1 33 47 146 P2 23 57 347 P3 37 60 238 P4 27 43 169 P5 37 60 2310 P6 40 53 1311 P7 33 57 2412 P8 30 53 2313 P9 37 67 3014 P10 40 70 3015 P11 27 40 13
37
Rajah 5. Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos
Rajah 5 menunjukkan perbandingan pencapaian yang diperolehi oleh responden
sewaktu menjalani Ujian Pra dan Ujian Pos. Terdapat peningkatan yang ketara kepada
pencapaian murid dari ujian pra kepada ujian pos. Peningkatan yang paling ketara
ditunjukkan oleh responden L4 yang membuat peningkatan markah sebanyak 37%.
Responden ini berjaya membuat lonjakan dari gred D kepada gred B. Peningkatan yang
paling sedikit ditunjukkan oleh responden L2 yang membuat peningkatan sebanyak 10%
sahaja.
Kesimpulannya, semua responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos
yang membuktikan bahawa prestasi mereka dalam ujian telah dapat ditingkatkan selepas
kaedah rawatan diperkenalkan kepada mereka. Daripada data yang diperolehi, ke semua
responden yang terlibat menunjukkan peningkatan prestasi dalam topik keperluan asas
38
Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
tumbuhan. Peningkatan markah murid dalam ujian pos ini menunjukkan bahawa
pencapaian murid dalam topik keperluan asas tumbuhan semakin meningkat.
39
Keputusan dan Analisis Soal Selidik
Salah satu intrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah soal selidik.
Terdapat 10 soalan yang diajukan kepada murid untuk mendapatkan maklumat dan
reaksi daripada murid. Penggunaan instrumen ini bertujuan untuk menilai kefahaman
dan ingatan murid terhadap konsep dan fakta tajuk keperluan asas tumbuhan. Soalan
yang dibentuk adalah jenis tertutup iaitu murid hanya perlu memilih jawapan Ya atau
Tidak sahaja. Pernyataan yang dikaji dan data yang diperolehi boleh dilihat pada jadual
11 di bawah.
Jadual 8Keputusan Soal SelidikNo Item Pilihan jawapan
Ya Peratus Tidak Peratus1 Kefahaman anda dalam topik keperluan asas
tumbuhan semakin meningkat14 93% 1 7%
2 Anda dapat menyatakan 3 keperluan asas tumbuhan
15 100% 0 0%
3 Topik keperluan asas tumbuhan merupakan topik yang sukar dalam subjek sains
13 87% 2 13%
4 Anda yakin untuk mendapat markah yang lebih baik pada peperiksaan yang akan datang.
14 93% 1 7%
5 Anda berasa mudah memahami pembelajaran sains melalui kaedah analogi.
14 93% 1 7%
6 Anda tidak lagi keliru berkenaan dengan proses fotosintesis dan respirasi yang dilakukan oleh tumbuhan.
15 100% 0 0%
7 Penggunaan analogi dalam pembelajaran sains memudahkan anda untuk mengingati fakta-fakta sains
15 100% 0 0%
8 Gas karbon dioksida dan oksigen diperlukan oleh tumbuhan untuk proses fotosintesis dan respirasi.
15 100% 0 0%
9 Tanpa cahaya matahari, tumbuhan boleh menjalankan proses fotosintesis.
0 0% 15 100%
10 Gas oksigen digunakan oleh tumbuhan untuk proses respirasi.
15 100% 0 0%
40
Item pertama dibentuk bertujuan untuk menilai kefahaman murid terhadap topik
keperluan asas tumbuhan. Sebanyak 14 orang responden (93%) mengakui bahawa
pemahaman mereka terhadap tajuk keperluan asas tumbuhan semakin meningkat
manakala seorang responden (7%) lagi menjawab tidak. Ini menunjukkan bahawa
pembelajaran melalui kaedah analogi ini dapat meningkatkan kefahaman sebahagian
besar responden yang terlibat.
Item kedua dibentuk bertujuan untuk mengetahui keupayaan murid dalam
menyatakan 3 keperluan asas tumbuhan iaitu cahaya matahari, air dan udara. Bagi item
ini, keseluruhan 15 responden (100%) mengakui bahawa mereka mampu untuk
menyatakan 3 keperluan asas tumbuhan. Ini menunjukkan, konsep asas dalam tajuk ini
sudah dikuasai oleh mereka sepenuhnya.
Item ketiga pula dibina untuk melihat tanggapan murid terhadap topik keperluan
asas tumbuhan selepas melalui kaedah rawatan. Hasilnya, hanya 2 responden (13%)
memilih pernyataan “Topik keperluan asas tumbuhan merupakan topik yang sukar
dalam subjek sains” manakala 13 responden lagi (87%) memilih untuk menidakkan
pernyataan ini. Ini menjadi petunjuk bahawa topik ini sudah menjadi topik yang mudah
bagi mereka.
Item keempat pula, bertujuan melihat tahap keyakinan murid dalam menjawab
peperiksaan yang akan datang. Seramai 14 responden (93%) yakin untuk mendapat
markah yang baik pada peperiksaan akan datang manakala 1 respoden (7%) menyatakan
sebaliknya. Keyakinan ini berlaku disebabkan tahap kefahaman mereka dalam topik ini
sudah meningkat.
41
Item kelima pula dibina untuk melihat tanggapan murid terhadap kaedah analogi
yang diperkenalkan oleh guru. Terdapat 15 responden (100%) menyetujui bahawa
kaedah ini memudahkan mereka memahami tajuk pembelajaran. Ini menjadi bukti
bahawa penggunaan kaedah ini memudahkan murid memahami konsep sains yang ingin
diperkenalkan oleh guru. Perkara ini menjadi mudah kerana disebabkan kaedah ini
menarik dan mempunyai kata-kata kunci bagi memudahkan murid mengingati fakta-
fakta sains.
Item yang keenam pula, ia dibentuk untuk melihat adakah murid mengalami
miskonsepsi terhadap konsep sains iaitu proses fotosintesis dan respirasi. 15 responden
(100%) menyatakan bahawa mereka tidak lagi keliru berkenaan dengan proses-proses
yang dilakukan oleh tumbuhan untuk meneruskan hidup. Ini menunjukkan bahawa
kaedah ini berjaya mengatasi miskonsepsi yang dialami oleh responden sebelum kaedah
rawatan diperkenalkan.
Item ketujuh dibentuk bertujuan menilai keberkesanan kaedah ini dalam
membantu murid mengingati fakta-fakta sains. Seramai 15 responden (100%) bersetuju
menyatakan bahawa kaedah ini dapat membantu mereka mengingati fakta-fakta sains
dengan lebih baik. Ini disebabkan, kaedah ini mengaitkan konsep-konsep sains dengan
perkara yang berlaku di sekeliling dan pengetahuan sedia ada murid.
Item kelapan pula betujuan untuk menguji pemahaman murid berkenaan dengan
gas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk digunakan dalam proses fotosintesis dan
respirasi. Seramai 15 responden (100%) mengakui bahawa gas tersebut diperlukan oleh
tumbuhan bagi menjalankan proses fotosintesis.
42
Bagi item kesembilan, ia dibentuk untuk melihat kefahaman murid berkenaan
dengan keperluan asas tumbuhan dalam menjalankan proses fotosintesis. Item ini
menyoal murid adakah cahaya matahari tidak diperlukan oleh tumbuhan. Seramai 15
responden (100%) tidak bersetuju bahawa cahaya matahari tidak diperlukan oleh
tumbuhan. Ini menunjukkan bahawa responden sudah memahami tajuk keperluan asas
tumbuhan.
Item kesepuluh pula, digunakan untuk menguji responden berkenaan dengan
konsep respirasi. Seramai 15 responden (100%) menyetujui bahawa gas oksigen
digunakan oleh tumbuhan bagi menjalankan proses respirasi. Ini menunjukkan bahawa
responden dapat membezakan gas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk digunakan
dalam respirasi atau fotosintesis. Hasilnya, kefahaman responden boleh dilihat semakin
meningkat.
43
Keputusan dan Analisis Temu bual
Bagi menguatkan data yang diperolehi dari kajian tindakan ini, instrumen temu bual
digunakan bagi mengumpul data yang lebih terperinci berkenaan dengan kajian ini.
Temu bual yang digunakan merupakan temubual berstruktur di mana soala-soalan
temubual dibentuk terlebih dahulu sebagai panduan. Responden perlu menjawab Ya
atau Tidak dan memberikan jawapan lanjut berkenaan dengan soalan yang diajukan.
Sebanyak 5 soalan dibentuk di mana bertujuan untuk menguji dan menilai semangat dan
motivasi murid terhadap pembelajaran sains selepas kaedah rawatan dijalankan. Soalan-
soalan temu bual boleh dirujuk pada lampiran E.
Bagi soalan yang pertama, seramai 4 responden (100%) menyatakan Ya bahawa
mereka sememangnya meminati subjek sains di dalam kelas. Ini disebabkan, subjek ini
bukan lagi subjek yang sukar bagi mereka. Soalan ini dibentuk bagi melihat pandangan
murid terhadap subjek sains sama ada subjek ini merupakan subjek kegemaran mereka
atau tidak. Responden L1, P5 dan P11 menambah bahawa mereka menyukai subjek ini
disebabkan subjek ini antara subjek yang mudah. L2 pula memberitahu, dia menyukai
subjek sains kerana meminati untuk mempelajari perkara berkaitan tumbuhan dan
haiwan.
Soalan yang kedua pula dibentuk bagi melihat pandangan mereka terhadap
kaedah analogi yang diperkenalkan oleh guru sama ada kaedah ini dapat menarik minat
mereka atau tidak ketika belajar subjek sains di dalam kelas. Seramai 4 responden
(100%) menyetujui teknik yang diperkenalkan oleh guru dapat menarik minat mereka
dalam mempelajari subjek sains di dalam kelas. L1 memberitahu bahawa kaedah
44
analogi ini memudahkan mereka untuk mengingati perkara berkaitan sains manakala L2
dan P5 menyatakan bahawa penggunaan analogi ini melucukan. P11 pula menyatakan
bahawa kaedah ini memudahkan mereka mempelajari sains.
Soalan ketiga pula bertujuan untuk menyoal murid berkenaan dengan kaedah
analogi yang diperkenalkan oleh guru sama ada menyeronokkan dalam membantu
mereka mengingati fakta-fakta sains. Seramai 4 responden (100%) menyetujui bahawa
kaedah ini sememangnya menyeronokkan dalam membantu mereka mengingati fakta-
fakta sains iaitu proses fotosintesis dan respirasi yang dilakukan oleh tumbuhan. L1 dan
P11 menyatakan bahawa analogi ini menyeronokkan kerana memudahkan mereka
mengingati perkara berkaitan sains disebabkan perumpamaan yang diberikan selalu
dilihat oleh mereka. P5 pula menyatakan bahawa analogi yang digunakan oleh guru
mudah diingat disebabkan dia selalu berada di dapur untuk membantu ibunya memasak.
L2 pula memberitahu ia menyeronokkan kerana mempunyai kaitan dengan perkara yang
mudah.
Soalan keempat dibina bagi melihat respon murid terhadap subjek sains sama
ada mereka mempunyai motivasi atau tidak. Seramai 4 responden (100%) mengakui
bahawa mereka semakin bersemangat untuk mempelajari subjek sains di dalam kelas.
L1 dan P5 menyatakan bahawa mereka semakin bersemangat disebabkan mereka
beranggapan bahawa subjek in mudah. L2 dan P11 pula menyatakan bahawa mereka
semakin bersemangat disebabkan subjek ini menjadi semakin menyeronokkan.
Soalan terakhir dibentuk bertujuan untuk menilai tanggapan murid terhadap
kaedah yang diperkenalkan oleh guru. Seramai 4 responden (100%) menyatakan
45
bahawa mereka sememangnya berharap agar kaedah yang diperkenalkan oleh guru
dapat digunakan pada topik-topik sains yang lain. L1, P5 dan P11 menyatakan bahawa
kaedah ini memudahkan mereka mengingati fakta sains disebabkan kata kunci yang
digunakan. L2 pula menyatakan bahawa kaedah ini perlu digunakan pada topik yang
lain kerana ianya menarik.
46
KESIMPULAN
Rumusan Dapatan
Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah analogi dalam pengajaran topik
keperluan asas tumbuhan memberikan hasil yang positif iaitu peningkatan prestasi dan
kefahaman murid terhadap kandungan dan fakta dalam tajuk ini. Perkara ini dibuktikan
dalam peningkatan pencapaian murid dari ujian pra kepada ujian pos, pemahaman
mereka terhadap tajuk ini yang semakin meningkat, dan keupayaan mereka untuk
membezakan proses fotosintesis dan respirasi dalam kehidupan tumbuhan. Hasil kajian
ini menyokong dapatan kajian yang pernah dibuat oleh Yusoff (2005).
Berdasarkan keputusan kajian ini, apabila murid disoal oleh guru, pelbagai
jawapan diberi dan kebanyakan daripada jawapan tersebut merupakan jawapan yang
salah. Tambahan pula, 12 orang murid mendapat markah di bawah paras 40% sahaja
dalam ujian pra yang dilakukan manakala 3 orang murid lagi mendapat markah 40%
iaitu markah di sempadan lulus. Ini menunjukkan bahawa pemahaman mereka dalam
topik ini amat lemah sekali. Ditambah lagi dengan kekeliruan dan kesukaran dalam
menghafal fakta sains menyumbang kepada kegagalan mereka untuk mendapat gred
lulus. Istilah sains dalam topik ini iaitu proses fotosintesis dan respirasi sering
membuatkan murid terkeliru dengan konsep-konsep sains ini.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa semua murid yang terlibat dengan
kaedah rawatan yang diperkenalkan oleh guru ini mengalami peningkatan yang ketara
47
dalam ujian pos yang dijalankan. Mereka semua mengalami peningkatan markah yang
berbeza-beza. Namun, apa yang penting, mereka semua berjaya keluar dari gred gagal
kepada gred sederhana dan baik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman
murid juga semakin meningkat dan miskonsepsi berkenaan dengan konsep sains berjaya
diatasi. Ini boleh dilihat melalui data soal selidik yang dilakukan terhadap murid.
Murid tidak lagi keliru berkenaan dengan konsep sains yang terdapat dalam tajuk ini dan
topik ini diakui oleh sebahagian besar dari murid bukan lagi topik yang sukar dalam
subjek sains.
Minat dan motivasi mereka juga dilihat semakin meningkat. Ini dapat
dibuktikan melalui temubual yang dijalankan terhadap 5 orang responden. Dalam temu
bual tersebut, mereka memberikan jawapan yang positif dan memberi petunjuk bahawa
minat dan motivasi mereka semakin meningkat.
Ingin saya tegaskan bahawa penggunaan kaedah analogi dalam pengajaran dan
pembelajaran sains memberikan impak yang besar dan positif kepada diri murid.
Penggunaan analogi ini memudahkan murid untuk mengingati dan memahami konsep
keperluan asas tumbuhan dengan lebih baik. Pemahaman yang baik pastinya akan
membuatkan mereka lebih berminat dan seronok untuk mempelajari subjek sains.
Perkara ini pastinya dapat menyumbang kepada peningkatan pencapaian prestasi
akademik murid dalam ujian-ujian yang akan datang. Dapatan kajian ini telah
memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian yang dilontarkan dalam kajian
tindakan ini.
48
Cadangan Penambahbaikan Amalan
Terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah sebagai satu nilai tambah kepada kajian
yang dijalankan ini. Antaranya, dalam kajian ini, kaedah melukis analogi boleh
diterapkan bagi membantu murid dalam mengingati konsep sains yang diterapkan
mengikut analogi yang diberikan. Contohnya, murid boleh melukis seorang manusia
yang sedang memasak sebagai perumpamaan kepada sepohon pokok yang mahu
menjalankan proses fotosintesis.
Soalan ujian pra dan ujian pos perlu diperbanyakan dan dipelbagaikan lagi bagi
membolehkan pelbagai bentuk soalan dihadapi murid. Kepelbagaian bentuk soalan ini
akan memudahkan guru menilai corak pemahaman murid dalam tajuk keperluan asas
tumbuhan.
Guru boleh mengaplikasikan kaedah analogi ini dalam pelbagai tajuk lagi selain
tajuk ini. Analogi yang dibentuk boleh dipelbagaikan lagi dan bukan sahaja terikat
dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Analogi yang dibentuk
ini mungkin boleh berkait dengan perkara yang mereka minati seperti cerita kartun.
49
Cadangan Kajian Lanjutan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah analogi membantu guru dan
murid dalam meningkatkan pencapaian dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dalam kelas. Pengaplikasian kaedah ini memberi murid peluang untuk
mempelajari konsep sains dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Kaedah ini
sesuai untuk mengajar kepada murid yang sederhana dan lemah terutamanya ketika
mempelajari konsep sains yang abstrak.
Diharapkan, pada masa akan datang, kajian susulan mengenai penggunaan
kaedah analogi dalam pembelajaran sains dapat diadakan. Tempoh masa kajian yang
panjang dan mencukupi, pelbagai analogi lain dapat diciptakan bersesuaian dengan
topik yang dipelajari. Data yang diperolehi dapat dianalisis dengan lebih terperinci dan
tepat berbanding kajian tindakan yang dijalankan dalam masa yang singkat.
Subjek kajian juga boleh diperluaskan. Sampel kajian dipelbagaikan dari
pelbagai tahap kognitif sebagai perbandingan bagi menilai keberkesanan penggunaan
kaedah analogi kepada murid yang berbeza-beza. Kajian juga boleh diadakan di sekolah
yang berbeza-beza kawasan bagi melihat faktor yang mempengaruhi pencapaian murid
melalui kaedah ini.
Sebagai penambahbaikan kepada kaedah ini, teknik melukis boleh diaplikasikan
sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahap ini, melukis merupakan
minat kebanyakkan murid. Penerapan teknik melukis ini sedikit sebanyak akan
menjadikan pembelajaran sains lebih menyeronokkan dan menarik. Apabila selesai
50
melukis, murid boleh mewarna lukisan tersebut untuk menjadikan lukisan tersebut lebih
menarik dan cantik.
Gambar rajah dan grafik juga boleh dipertontonkan kepada murid supaya
perkara yang kompleks dapat diterangkan dengan lebih jelas kepada murid.
Penggunaan multimedia seperti perisian Power Point ketika membuat tayangan
memudahkan murid melihat kandungan pelajaran yang mahu disampaikan oleh guru.
Semoga kajian susulan ini boleh dijalankan dengan skop fokus kajian yang lebih
universal dan dipelbagaikan kumpulan sasaran agar dunia pendidikan di Malaysia
mendapat manfaat dan imbuhan yang berguna. Generasi muda masa hadapan pula akan
mendapat faedah dan kebaikan melalui kajian tindakan yang dijalankan ini.
51
Rujukan
Buku
Allan G Harrion, Richard K.Coll (2008). Using Analogies in Middle and Secondary Science Classrooms. United States of America : Corwin Press.
Choong lean keow PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan untuk program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.
Martin, R., C. Sexton, T. Franklin, and J. Gerlovich. (2005). Teaching science for all children: An inquiry approach. Boston: Pearson.
Noah Solomon Podolefsky (2008). Analogical Scaffolding : Making Meaning In Physics though Representation and Analogy. United States. University of Colorado.
Nor Hazwani Aisyah(2010). Konsep Sains lebih bermakna kepada murid: Pengajran menggunakan kaedah analogi. Kota Bharu: Institut Perguruan Kota Bharu.
Noresah (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). Buku Teks Sains Tahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia..
Rosli Sahat, Kartini Abdul Mutalib dan lain-lain. (2011). Kajian tindakan untuk PISMP. Ipoh: IPG Kampus Ipoh
Sahari Nordin (2008) Pengujian dan Penaksiran bilik darjah. Kuala Lumpur Universiti Islam Antarabangsa
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Zohir Ahmad (2007). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang : PTS Professional.
52
Jurnal Andrews, G., & Halford, G. S. (2002). A cognitive complexity metric applied to
cognitive development. Cognitive Psychology, 45, 153–219.
Gatt, S., Tunnicliffe, S. D., Borg, K., & Lautier, L. (2007). Young Maltese children’s ideas about plants. Educational Research, 41 (3), 117-121
Glynn, S. M. (2008). Making science concepts meaningful to students: Teaching with analogies. In S. Mikelskis-Seifert, U. Ringelband, & M. Brückmann (Eds.), Four decades of research in science education: From curriculum development to quality improvement (pp. 113-125). Münster, Germany: Waxmann.
Reinders Duit, Michael Roth, Michael Komorek Jens Wilers (2001). Fostering Conceptual Change by analogies – between Scylla and Charybdis. Learning and Instruction 11 (2001) 283-303
Richland, L. E., Holyoak, K. J., & Stigler, J. W. (2004). Analogy use in eighth-grade mathematics classrooms. Cognition and Instruction, 22(1), 37–60
Smith, D. C., & Wesley, A. (2000). Teaching for understanding. Science and Children,38 (1), 36-41.
Internet Urip (2006). Analogi dalam pengajaran kimia. Diakses pada 29 Februari 2012
dari laman web https://urip.wordpress.com/2006/08/09/analogi-dalam-pengajaran-kimia/
53
Recommended