1
GAYA BAHASA 1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat. Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu. 2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek. Bukti: Soalan itu bukan yang pertama. Waktu rehat Ahmad tidak keluar. Dia tidak bercakap banyak. Dia telah pun menduga. 3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis. Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya. -Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung. -Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu. -Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah. -Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. -Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. -Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung. 4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur. 5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia. Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya. 6. Sinkof penggunaan singkatan kata Buktinya: tak, dah, nak, ni 7. Repitasi pengulangan kata. Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. 8. Gaya bahasa dialog Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Gaya Bahasa (Bahasa Melayu)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Gaya Bahasa (Bahasa Melayu)

GAYA BAHASA

1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat. Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek. Bukti: Soalan itu bukan yang pertama. Waktu rehat Ahmad tidak keluar. Dia tidak bercakap banyak. Dia telah pun menduga.

3. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis. Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya. -Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung. -Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu. -Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah. -Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. -Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. -Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

5. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia. Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof – penggunaan singkatan kata Buktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi – pengulangan kata. Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.