6
Kisah Pendayung Sampan dengan Professor "Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang. Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya

Cerita Bahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cerita Bahasa Melayu

Kisah Pendayung Sampan dengan Professor

"Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arahpantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari

Page 2: Cerita Bahasa Melayu

kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Si Ayah , Anak dan Keldai

Pada suatu hari yang tenang, seorang tua masuk ke pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut si bapa dari belakang. Melihat tingkah laku si ayah itu, setengah orang pun berkata,“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, dia menunggang keldai sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dan kata-kata yang kurang disenangi daripada orang ramai maka Si Ayah pun turun dari keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka timbulah kata-kata lain,“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya senang-senang naik keldai, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Si Ayah pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian timbulah pula kata-kata lain. Kali ini orang ramai pula berkata lagi,“Lihat itu dua orang menaiki seekor keldai, kasihan alangkah terseksanya keldai itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Si Ayah dan anaknya turun dari keldai itu.Namun begitu, masih lagi terdengar suara orang berkata,“Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai dibawa itu tidak pula ditunggangi.”

Moral Of The Story : Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Jangan Berkata Tidak Sebelum Memcubalkisah, seorang pembuat jam tangan bertanya kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Wahai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mampukah saya?”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“Lapan puluh enam ribu, empat ratus kali? Dengan jarum yang halus-halus seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?”

“Dalam satu jam mesti berdetik 3,600 kali? Sebanyak itu? Tetap juga jam tersebut ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudiannya bertanya kepada si jam.

Page 3: Cerita Bahasa Melayu

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?”

“Haaaa, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh yakin.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral Of The Story : Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil juga mampu untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata “tidak” sebelum anda mencuba.

Airmata Mutiara

Pada suatu hari seekor anak tiram di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik. “Anakku,” kata sang ibu sambil bercucuran air mata, “Tuhan tidak memberikan pada kita, barang tangan sekalipun, sehingga ibu tak bisa menolongmu.”

Si ibu terdiam, sejenak, “Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang boleh kau lakukan”, kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak tiram pun melakukan nasihat ibuya. Rasa sakit bukan alang kepalang. Terkadang di dalam kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya. Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara. Air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta tiram lain yang cuma disantap orang.Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahawa penderitaan adalah lorong untuk menjadikan “tiram biasa” menjadi “tiram luar biasa”. Kerana ia menegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah “orang biasa” menjadi “orang luar biasa”.

Kebanyakan orang yang putus asa disaat berada di dalam kesusahan kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang boleh kita pilih. Menjadi `tiram biasa’ yang disantap orang, atau

Page 4: Cerita Bahasa Melayu

menjadi `tiram yang menghasilkan mutiara’. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak menghairankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja’.

Mungkin disaat ini kita sedang mengalami kepayahan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu. Namun cubalah untuk tetap tersenyum dansematkan dalam hati “Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara.”

50 sen atau 5 Ringgit

“Saudara ingin tahu sesuatu yang menarik? Itu merupakan kanak-kanak yang paling bodoh di dalam dunia,” kata Si Gunting Rambut kepada pelanggannya sambil menunjukkan jari pada seorang kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

“ Mengapa?”, tanya pelanggan tersebut kehairan.

“Mari saya tunjukkannya”, kata Si Gunting Rambut dengan bangga.

“ Hoi budak, mari sini sekejap. Di sini ada sedikit wang iaitu sekeping duit syiling 50 sen dan sehelai duit kertas RM5. Sila pilih dan pergilah membeli aiskrim menggunakan duit tersebut, “ arah Si Gunting Rambut.

Kanak-kanak tersebut agak sukar hendak membuat pilihan. Akhirnya dia hanya mengambil duit syiling 50 sen. Lalu beredarlah kanak-kanak tersebut daripada kedai itu. Dia kelihatan gembira kerana mendapat wang untuk membeli aiskrim.

“ Tengok. Kan saya sudah kata. Walaupun terdapatnya pilihan antara duit kertas RM5 dan duit syiling 50 sen, kanak-kanak itu tetap memilih duit syiling 50 sen. Alangkah bodohnya kanak -kanak itu. Sudah banyak kali saya lakukan demikian, namun dia tetap memilih duit syiling 50 sen, “ cerita Si Gunting Rambut sambil ketawa.Si pelanggan kurang senang dengan jawapan yang diterima. Lalu ia mengambil keputusan bertanya kepada si budak tersebut sendiri di luar nanti.

“ Mengapa kamu mengambil duit syiling 50 sen dan tidak mengambil duit kertas RM5. Bukanklah nilainya lagi besar.”

“ Ya, saya tahu itu. Tetapi jika saya mengambil wang tersebut dan bukannya duit syiling 50sen, maka permainan ini akan tamat. Saya tidak akan mendapat aiskrim lagi pada masa akan datang.”

Moral of the story : Apa kesimpulan daripada cerita di atas? Kesimpulannya, jangan memandang rendah pada orang lain. Mungkin kita sendiri yang sebenarnya yang sedang diperbodohkan.

Kisah ikan dalam air

Dalam satu masyarakat ikan yang berkoloni di dalam air. Ada seekor pemuda ikan yang ego. Pemuda ikan ini selalu mengengkari seruan ikan-ikan yang lebih berpengalaman dan lebih tua atau lebih dulu makan garam laut daripadanya. Ikan-ikan tua selalu menasihatkan masyarakat tentang makanan yang tergantung di tali, dan janganlah sesekali mereka cuba memakannya walaupun rasanya mungkin sedap dan kelihatan

Page 5: Cerita Bahasa Melayu

sungguh lazat. Itu adalah tipu daya. Sekiranya kamu makan juga kamu akan dibawa keluar dari alam ini.

Di sana kamu tidak boleh bernafas kerana tiada air. Kamu akan dipotong-potong dan dimasukkan kedalam minyak yang panas dan akhirnya kamu akan di makan oleh makhluk ghaib bernama manusia yang kejam itu. Pemuda ikan yang ego itu tidak mempercayai langsung cerita ini. Katanya tak logik adanya alam seperti itu. Itu adalah karut dan rekaan ikan-ikan tua. Mana ada makhluk ghaib seperti itu, ia tak logik begitu lah fikiran pemuda yang menganggap dirinya lebih bijak dari ikan-ikan lain. Pada suatu hari sedang pemuda ikan itu keluar mencari makan maka terjumpalah cacing yang tergantung dengan tali.

'' Agaknya inilah yang diberitahu oleh ikan-ikan tua tu, nampak macam sedap,lazat berkrim dan tidak seperti merbahayakan. Mungkin kalau aku tak makan, mesti si tua itu pula yang memakannya. Aah baik aku makan.. makanan ni kan logik..he he.'' lalu pemuda ikan itu terus membaham cacing itu tiba-tiba dia tercekik sesuatu dan berusaha mengeluarkannya namun gagal. Rasa kesal menyelubunginya '' kalaulah aku mendengar nasihat mereka, tidaklah jadi begini''. Pemuda ikan itu menarik tali itu dengan harapan ia akan putus. Tetapi sebaliknya sesuatu telah menarik tali itu keatas permukaan air dan terus mengheret pemuda ikan itu keluar dari air. Maka nampaklah dia alam lain tanpa air dan nafasnya terasa sesak.

Rupa-rupanya benar apa yang dikatakan oleh ikan tua, kini yakinlah dia tentang kebenaran itu, kalaulah dia boleh melepaskan diri dan kembali ke dalam laut dia akan memberi peringatan kepada ikan-ikan lain supaya ikutlah cakap ikan yang lebih tua kerana mereka lebih ilmu dan pengalaman. Sekian ye, anak-anak.