of 30/30
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2014 KOD KURSUS HBML 3403 TAJUK KURSUS LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK NAMA : NO KAD PENGENALAN : NO MATRIKULASI : NO. TELEFON : E-MEL :

Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik

  • View
    169

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik

  1. 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2014 KOD KURSUS HBML 3403 TAJUK KURSUS LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK NAMA : NO KAD PENGENALAN : NO MATRIKULASI : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN:
  2. 2. 22 KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Definisi / konsep Sosiolinguistik 4 2.0 DIALEK SOSIAL 6 2.1 Definisi / Konsep Dialek Sosial 6 2.2 Faktor Kewujudan Dialek Sosial 7 3.0 CABARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MASA KINI. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA CABARAN TERSEBUT. 9 3.1 Pengaruh Media Elektronik. 9 3.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja. 9 3.3Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu 10 3.4 Pengaruh Bahasa Slanga 11 3.5 Pengaruh dari Bidang Sosial 12 4.0 PENUTUP 13 4.1 Saranan yang terbaik untuk mengekalkan identiti bahasa Melayu. 13 4.2 Kesimpulan 18 BIBLIOGRAFI 19
  3. 3. 22 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengkajian bidang ilmu linguistik tidak lengkap jika bidang sosiolinguistik tidak diberi penekanan sewajarnya oleh pengkaji bahasa tersebut. Sebagai cabang ilmu dalam linguistik, bidang sosiolinguistik dilihat dapat melengkapi bidang kajian ilmu linguistik. Ini kerana sosiolinguistik merupakan kajian yang berkaitan dengan bidang bahasa dan kaitannya dari sudut kegunaannya dalam masyarakat. Fenomena ini dianggap penting memandangkan bidang sosiolinguistik memberi ruang kepada sesuatu bahasa digunakan dalam konteks masyarakat. Dalam konteks ini, bidang kajian sosiolinguistik menyediakan ruang kepada pengkaji bahasa mengaplikasikan penggunaan bahasa tersebut mengikut konteks masyarakat tertentu kerana tidak semua bahasa boleh digunakan dalam sesuatu masyarakat. Dengan pemahaman sosiolinguistik, pengguna bahasa dapat menggunakan bahasa dengan tepat mengikut keperluan masyarakat yang diwakili oleh mereka. Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu, pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar pembicaraan. Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa, bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri. Menurut Wolfram dan Fasold (1974, xiii-xiv), jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalahsosial. Sejajar dengan pendapat di atas, Eastman (1975,115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. Menerusi beliau kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. Contohnya, hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna, kajian terhadap repetoir individu yang
  4. 4. 22 dikaitkan dengan konteks sosial, kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa, dan kajian-kajian yang sekategori. 1.2 Definisi / konsep Sosiolinguistik
  5. 5. 22 Ramai ahli pengkaji bahasa telah memberikan pandangan dan pendapat tentang Sosiolingustik . Antaranya ialah Fishman (1968, 5-13) juga menyatakan bahawa sosiolinguistik merupakan kajian terhadap` pattern co-variation of language and society , iaitu kajian yang
  6. 6. 22 mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dan sebagainya dalam sesebuah komuniti bahasa. Dalam hal ini, Fishman (1968) juga menyatakan bahawa hanya sosiolinguistik yang merupakan satu-satunya disiplin ilmu yang mementingkan kajian terhadap bahasa dan hubungannya dengan pengguna bahasa. Sosiolinguistik adalah cabang ilmu linguistik bersifat interdisipliner dengan ilmu sosiologi dengan objek penelitian hubungan antara bahasa dengan faktor-faktor sosial dalam suatu masyarakat tutur atau secara lebih operasional lagi seperti yang dikatakan Fishman (1972, 1976), ... study of who speak what language to whom and when (1998: 5). Sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu. Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2). Nabahan (1993,2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial). Menurut Nababan lagi (1993,3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian, iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan; kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan, ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi, faktor sosial dan budaya; dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Kesimpulannya , sosiolinguistik adalah bidang merupakan satu bidang yang membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini. Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa dengan masyarakat. 2.0 DIALEK SOSIAL 2.1 Definisi / Konsep Dialek Sosial
  7. 7. 22 Dialek sosial juga disebut sebagai register atau laras bahasa, iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam sesuatu situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras bahasa sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi- situasi yang berlainan. Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu bahasa tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Ferguson (1968) sewaktu membincangkan mengenai ciri-ciri bahasa yang telah maju, mengatakan bahawa salah satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Dalam beberapa buku sosiolinguistik, laras bahasa terbahagi kepada lima jenis laras bahasa. Hal tersebut terdiri daripada laras bahasa cerpen, laras bahasa agama, laras bahasa puisi, laras bahasa ekonomi dan laras bahasa iklan. Dalam buku Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2, laras bahasa terbahagi kepada tujuh, setelah menerima penambahan beberapa laras bahasa yang lain, iaitu laras bahasa sains, laras bahasa undang-undang dan laras bahasa matematik. Menurut Profesor Emeritus Abdullah Hassan(1992), beliau merumuskan dialek sosial berubah bukan sahaja menurut daerah geografi tetapi juga melalui perbezaan golongan sosial. Perbezaan golongan sosial ini juga dikatakan sebagai perbezaan standard taraf hidup antara manusia seperti golongan raja, pemerintah dan golongan bawahan. Dalam hal yang lain juga, dialek sosial juga dipengaruhi perbezaan pendidikan. Pendidikan juga sangat memainkan peranan yang penting bagi menentukan taraf kehidupan sosial seseorang dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, perbezaan pekerjaan dan profesion turut diserap dan dikenali sebagai sebahagian daripada dialek sosial. Hal ini demikian kerana setiap profesion dan bidang kerjaya mempunyai perbezaan struktur dan taraf sosial yang tersendiri. Alibinya, profesion guru mempunyai taraf sosial yang tersendiri berbanding kerjaya-kerjaya yang lain. 2.2 Faktor Kewujudan Dialek Sosial
  8. 8. 22 Terdapat beberapa faktor yang menentukan pemilihan dan penggunaan sesuatu dialek sosial dalam sesebuah masyarakat. Antaranya ialah faktor taraf pendidikan yang berbeza. Orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi menggunakan laras bahasa yang berbeza daripada orang-orang yang tidak berpendidikan atau hanya mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Pertuturan dan perbendaharaan kata antara kedua-dua golongan ini juga mempunyai perbezaan. Selain itu, faktor kedudukan sosial turut mempengaruhi berlakunya dialek sosial dalam kalangan masyarakat. Dalam bahasa Melayu, kawasan tempat tinggal tidaklah menjadi faktor pembeza yang besar dalam membahagikan penutur-penutur kepada kelas-kelas sosial yang tertentu. Pada amnya, bahasa Melayu terbahagi kepada dua kelas sosial, iaitu bahasa istana atau bahasa dalam dan bahasa luar istana. Perbezaan yang nyata antara kedua-dua laras bahasa ini hanyalah dari segi perbendaharaan kata sementara aspek morfologi, sintaksis dan fonologinya tidak banyak perbezaan. Faktor latar belakang keluarga dan tempat tinggal juga menyebabkan terjadinya dialek sosial dalam masyarakat. Cara pertuturan seseorang yang datang dari keluarga yang berkedudukan tinggi adalah berbeza daripada cara pertuturan orang yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Begitu juga halnya dengan orang yang datang dari kawasan tempat tinggal berlainan. Misalnya, laras bahasa yang digunakan oleh seseorang yang latar tempat tinggalnya di bandar dengan laras bahasa yang digunakan oleh penutur yang tinggal di desa. Perbezaan itu amat ketara dari segi perbendaharaan kata. Gangguan dalam berbahasa juga merupakan faktor terjadinya dialek sosial. Gangguan berbahasa yang dimaksudkan ialah gangguan bahasa ibunda dan dialek daerah. Laras bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Cina berbeza dengan laras bahasa yang dituturkan oleh orang India. Melalui laras bahasa yang digunakan oleh seseorang itu, kita dapat meneka dan mengagak bahasa ibunda yang dikuasai olehnya. Begitu juga halnya dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Perak adalah berbeza dengan laras bahasa standard yang diucapkan oleh orang Johor. Dengan ini, kita dapat mengetahui dialek daerah yang dikuasai oleh seseorang itu. Sementelahan, fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa turut menjadi faktor kepada dialek sosial. Terdapat beberapa aspek dalam fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Perlakuan- perlakuan bahasa diperlukan kerana bahasa ialah sebahagian dariapda perlakuan sosial, misalnya
  9. 9. 22 bahasa untuk menghasilkan sesuatu maksud atau perasaan, memberi arahan, meminta dan sebagainya. Dalam tiap-tiap situasi sosial, terdapat penggunaan bahasa yang berlainan, dihasilkan oleh interaksi seperti perbualan, orang-orang yang terlibat dalam perbualan serta peranan terhadap situasi-situasi dalam masyarakat. Akhir sekali, dialek sosial juga dipengaruhi faktor aspek-aspek linguistik bahasa tersebut. Ciri-ciri linguistik dapat dilihat daripada beberapa dimensi. Pada satu pihak ciri-ciri linguistik berkait rapat dengan faktor-faktor sosial. Pada pihak yang lain pula ialah sifat-sifat bahasa itu sendiri membawa perubahan yang antara lain mencakupi aspek-aspek kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, keseringan kehadiran dan susunan-susunan struktur tertentu. Pada amnya, terdapat dua perkara yang membezakan laras-laras yang berkait dengan linguistik, iaitu tatabahasa dan perbendaharaan kata. Walau bagaimanapun, perbezaan antara laras bahasa itu tidaklah terlalu jauh hingga boleh menimbulkan katidakfahaman antara penuturnya. Unsur faham-memahami masih kuat dan kukuh kecuali dari segi pengunaan istilah-istilah dan perkataan-perkataan tertentu yang mempunyai pengertian yang khusus.
  10. 10. 22 3.0 CABARAN BAHASA MELAYU DARI PERSPEKTIF PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MASA KINI. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA CABARAN TERSEBUT. 3.1 Pengaruh Media Elektronik. Pengaruh media elektronik dapat kita lihat menerusi kaca televisyen dan radio, pengacara majlis atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajipan untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara ini kebanyakannya mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah Karim (2004), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli, iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are you today? Harap OKlah. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen kini. Inilah yang menjatuhkan lagi martabat bahasa Melayu di negara ini. Bahasa yang indah dirosakkan dek percampuran bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. 3.2 Kerancuan bahasa Melayu oleh golongan remaja. Selain itu, melihat dari perspektif golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi masa kini iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa (2009), kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah.
  11. 11. 22 Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar mesej. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam (waalaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata ganti nama seperti sayer (saya), aq (aku), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu ini merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dalam penggunaan bahasa Melayu. Hal ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruah serta martabatnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya. 3.3 Sikap Masyarakat Memandang Rendah Dengan Kebolehan Bahasa Melayu Persepsi masyarakat yang melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing ini memberi cabaran hebat dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Mereka sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras kehebatan sesebuah negara. Malah mereka malu sekiranya tidak fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi tidak pula malu apabila bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Melayu semakin rendah martabatnya. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya terutama dalam hal komunikasi dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan. Mana-mana pihak yang fasih berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya lebih berasa malu dengan keadaan diri mereka kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi seorang warganegara Malaysia sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa tetapi kini ramai dalam kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam bahasa Melayu dan lebih bangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa Inggeris yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan.
  12. 12. 22 Situasi menggunakan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis jika terdapat walau hanya seorang warga asing kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di manakah ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan bahasa Melayu adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap masyarakat. Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka. Mereka menyangka bangsa yang mengalahkan mereka ialah bangsa yang agung. Akibatnya mereka tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor yang biasa sahaja. Oleh sebab itu, kita tidak berasa hairan apabila ada dalam kalangan kita yang terus mengagumi kuasa Inggeris. Mereka terus terkesima dan bangga dengan bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat melihat kejayaan bahasa Melayu iaitu bahasa mereka sendiri dalam mendidik rakyat kerana minda mereka sudah terjajah oleh Inggeris. Bagi mereka, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama terjajah. Itulah yang membelenggu masyarakat kita hari ini. 3.4 Pengaruh Bahasa Slanga Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir- akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah.
  13. 13. 22 Bahasa ini sering kali digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawan melepak, atau pelajar universiti atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara. 3.5 Pengaruh dari Bidang Sosial Sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya.Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat.Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa inggeri menggugat bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar pendidikan.Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi.(Hashim Musa: 1996)
  14. 14. 22 4.0 PENUTUP 4.1 Saranan yang terbaik untuk mengekalkan identiti bahasa Melayu. Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu ,DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah majlis yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/ Asia Tenggara. Di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di Benua Eropah, Amerika, Ocenia, Asia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik di peringkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelarasan , penyelidikan, penerbitan, kegiatan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada tahun 2020 bukanlah satu yang mustahil . Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada pemimpin pentadbiran negara. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain,kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa ini.Justeru, guru perlu kratif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar, dalam ,masa yang sama guru juga bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu,bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.Pendekatan pengajaran dan pembejaran bahasa melayu kursusnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan bahasa Melayu yang standard.
  15. 15. 22 Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Dalam konteks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan semasa.Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam,para guru bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.Justeru,dalam mendepani isu dan cabaran ini pihak berwajib dan guru bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan pelbagai Akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,jelaslah bahawa dalam memartabatkan bahasa Melayu telah diletakkan ditahap yang tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.Tetapi martabat bahasa Melayu kelihatan terhakis dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996.Peruntukan dalam Akta berkenaan jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dikesampingkan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob(1998)Pro.Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM)menyatakan bahawa para siswa tempatan perlu mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana kedudukan bahasa kebangsaan sekarang ini berhadapan dengan beberapara banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi swasta yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Abdullah menyatakan langkah ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-lamanya.Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS sperti yang dilakukan sebelum ini.IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat.Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembanggunan negara dan dapat menerapkan perpaduan dikalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan bahasa ibunda . sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebail dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur.
  16. 16. 22 Pada masa kini memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa cabaran bahasa Melayu yang sebenarnya terletak pada sikap yang sesuai dengan cabaran dalam pendidikan yang semakin maju, maka keperluan dalam penggunaan teknologi maklumat semakin tinggi. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya patut bersepadu dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.Untuk menghadapi cabaran baru dalam era teknologi maklumat dan seterusnya, bahasa Melayu perlu dikembangkan menjadi bahasa sumber ilmu,bahasa sumber pemodenan,bahasa sumber maklumat,bahasa sumber pengetahuan, bahasa sumber sains dan teknologi,lebih-lebih lagi bahasa sumber kewangan.Untuk berbuat demikian,lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam teknologi maklumat perlu dihasilkan.Impian itu hanya boleh tercapai dengan adanya lebih banyak pengarang, penyelidik , guru , penerbit dan institusi penyelidikan.Selain itu, sebahagian bahan itu mestilah berbentuk digital untuk memenuhi kehendak generasi muda yang membesar di hadapan komputer internet, pangkalan data dan portal.Tanggungjawab memperkembang, mempertahankan dan memodenkan bahasa kebangsaan yang berat ini tidak dapat dipikul oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan atau Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.Dengan kata lain,semua pencinta dan penjuang bahasa kebangsaan mesti melibatkan diri secara aktif. Cabaran Bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris merupakan satu cabaran yang amat besar. Oleh yang demikian, sikap rakyat Malaysia mestilah yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan . Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Langkah ini akan menjejaskan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.
  17. 17. 22 Antara langkah lain yang boleh diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperluaskan penggunaannya ialah dengan memperkenalkannya pada peringkat antarabangsa. Ia selaras dengan usaha dilakukan negara Eropah dan Asia dengan menggunakan bahasa rasmi tuan rumah pada persidangan yang dianjurkan tanpa menjejaskan kelancaran majlis berkenaan. Sidang dianjurkan itu tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah kerana wakil negara asing boleh menggunakan alat bantuan penterjemahan bagi mendengar mesej disampaikan negara tuan rumah. Malah terdapat juga ucapan dasar pemimpin negara tertentu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang disampaikan menggunakan bahasa kebangsaan mereka, dan ia berlangsung dengan lancar tanpa mendapatkan bantahan atau menjejaskan perjalanan forum antarabangsa itu. Menyedari hakikat itu, cadangan yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa acara peringkat antarabangsa dianjurkan di Malaysia mungkin dikendalikan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bukan sesuatu yang janggal, malah ia selari dengan amalan negara lain sama ada di rantau ini mahupun rantau lain. Malah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, menyampaikan ucapan dasar pada Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta baru-baru ini dalam bahasa Indonesia tanpa sebarang masalah walaupun dihadiri pemimpin pelbagai negara. Bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang digunakan di negara ini adalah antara bahasa yang difahami oleh sebahagian besar penduduk di Asia Tenggara atau ASEAN termasuk Malaysia , Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa negara serantau ini.Seperti negara lain,pelaksanaannya dijangka tidak mendatangkan masalah besar dengan syarat kemudahan dan keperluan logistik disediakan. Ini termasuk menyediakan penterjemah yang berkemahiran tinggi dalam bahasa asing yang sering digunakan pada peringkat antarabangsa meliputi bahasa Inggeris, Perancis,Arab,China, India dan Sepanyol.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majmuk bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang dipelajari sejak dari sekolah rendah lagi dan sudah semestinya ia mampu menjadi bahasa pengantara rasmi pada majlis kerajaan dan swasta.Kita berharap cadangan yang dikemukan Muhyiddin Yassin akan mula dilaksanakan olek Kementerian dan jabatan kerajaan serta agensi di bawahnya dengan segera agar menjadi contoh kepada sektor swasta ketika menganjurkan seminar,persidangan dan mesyuarat sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.Selaras dengan itu, adalah wajar menteri dan pegawai tinggi kerajaan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan pada siding media dan majlis rasmi yang dihadiri mereka bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.
  18. 18. 22 Cabaran Bahasa Melayu apabila berdepan dengan teknologi maklumat , internet, ruang siber dan globalisasi dan liberalisasi ialah pendulum di seluruh dunia telah berayun-ayun ke arah mempelajari dan memperkembangkan bahasa Inggeris, bahasa dunia. Jawapannya ialah terletak pada kemampuan, kebolehan, kepintaran dan kekretivitian kita menggunakan bahasa Melayu.,yang sudah mempunyai kekuatan dan status bahasa ke empat besarnya di dunia. Kekuatan dan status bahasa Melayu kini terletak pada sifat asasi yang membolehkannya dikembangkan dari masa ke masa. Sifat-sifat ini bukan penganugerahan daripada kuasa Tuhan,tetapi hasil kejuruteraan bahasa melalui pembentukan sosial, ekonomi ,politik dan lain- lain daripada manusia yang menggunakannya. Keajaibannya juga terbukti pada peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum selepas kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Bahkan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perdagangan dan lingua franca antara orang rumpun Melayu dengan orang bukan rumpun Melayu. Kegemilangan masa lampau itu boleh kekal selagi semua rakyat bertekad untuk memperkembangannya dalam menghadapi arus globalisasi dan liberalisasi. Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan dalam memartabatkan dan memantapkan penggunaaan bahasa Melayu diperingkat yang lebih tinggi .Antaranya: 1. Pertama Jemaah Menteri para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan. 2. Setiap Kementerian dan Agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia. 3. Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu kursusnya oleh pihak swasta yang masih jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan.Malah Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum- forum dan konvensyen.
  19. 19. 22 4. Kabinet mengambil perhatian bahawa walaupun terdapat beberapa kerat sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam negeri pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris mengetepikan sahaja bahasa Melayu. 5. Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dihjadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar Gagasan 1 Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia. 6. Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya mengusul semua isu yang dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina Negara Bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya. 4.2 Kesimpulan Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita. Kita seharusnya peka akan setiap halangan dan cabaran yang telah menduga kehebatan dan keunikan bahasa ibunda kita ini. Sekiranya kita tidak menjaga bahasa ibunda kita ini, tak mustahil suatu hari nanti bahasa ini hilang daripada kita. Siapalah kita orang Melayu tanpa bahasa Melayu? Saban hari sedar mahupun tidak bahasa kita ini mengalami kemerosotan yang ketara. Setiap hari bahasa Melayu digunakan secara salah, dicampuradukkan dengan bahasa asing, malah bahasa Melayu sangat terancam dek kita yang sangat meninggikan bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Lihatlah seperti negara maju seperti jepun, mereka mampu menjadi negara maju yang pesat membangun walhal mereka tidak sekalipun mengangkat bahasa lain selain daripada bahasa mereka sendiri. Mereka maju dengan bahasa mereka dan mereka bangga dengan bahasa mereka. Itulah yang menunjukkan budaya dan jati diri mereka. Mengapa kita harus malu dengan bahasa kita sendiri? Bahasa Melayu adalah bahasa kita, bangsa kita, dan itulah jati diri kita. Kita harus berbangga dengan bahasa kita ini. Tidak mustahil dengan bahasa ini kita boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju di dunia suatu hari nanti.
  20. 20. 22 BIBLIOGRAFI Rujukan daripada buku: Abdullah Yusuf. (2010). Linguistik dan Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Abdullah Hassan (1997).Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain. ShahAlam: Fajar Bakti. Asmah Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Asmah Hj omar. (1989). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:DBP. Ferguson, C. A. (1968). Diglossia dalam Word(Eds.). (15, pp. 325-340). Fishman, J.A. 1968. Sosiologi Bahasa. (Trj. Alias Muhammad Yatim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fishman, J. A. (1965). Who Speaks What Language to Whom and When? Dalam La Linguistique(Eds.). (2, pp. 67-88). Ibn Khaldun (cetakan kedua:2009) Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari disunting oleh Azizan Batrarudd, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail, Haslinda Abdullah. Kamus ZABA. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Amin Arshad. (2000). Bahasa Slanga: Pembentukan & Ciri-cirinya dalam Monograf Bahasa dan Budaya Melayu. Bil 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Nababan, P.W.J (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan (ter). Jakarta: Penerbit P.TGramedia. Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ure, J. & Ellis, J. (1977). Register in describe and linguistics sociology. Dalam Villegas, O.U (pnyt). Issues in sociolinguistics. Mounton: The Hague. Rujuan daripada internet : http://isubahasa-dialek.blogspot.com/2010_08_01_archive.html telah diakses pada 10 Jun 2014 Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasibahasa.htm telah diakses pada 11 Jun 2014 Rozali Rajab.(2011). Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21. Telah diakses pada 15 Jun 2014 drpd http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran- bahasa-melayu.html .
  21. 21. 22