of 27/27
Sosiolinguistik 1.1 Definisi dan Konsep Sosiolinguistik berkaitan rapat dengan sosiologi bahasa Bidang sosiolinguistik - memfokuskan kesan masyarakat kepada sesuatu bahasa Bidang sosiologi bahasa - memfokuskan kesan bahasa kepada masyarakat 1.1.1 Sosiolinguistik kajian tentang kesan seluruh aspek kehidupan manusia termasuk nilai-nilai budaya, pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan. berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial seperti etnik, agama, status, jantina dan taraf pendidikan. sosiologi + linguistik =====sosiolinguistik

Sosiolinguistik Nota

  • View
    127

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sosiolinguistik nota

Text of Sosiolinguistik Nota

Sosiolinguistik

1.1 Definisi dan Konsep Sosiolinguistik berkaitan rapat dengan sosiologi bahasa

Bidang sosiolinguistik - memfokuskan kesan masyarakat kepada sesuatu bahasa

Bidang sosiologi bahasa - memfokuskan kesan bahasa kepada masyarakat

1.1.1 Sosiolinguistik kajian tentang kesan seluruh aspek kehidupan manusia termasuk nilai-nilai budaya, pencapaian dan konteks sesuatu bahasa itu digunakan.

berbeza antara kumpulan mengikut variasi sosial seperti etnik, agama, status, jantina dan taraf pendidikan.

sosiologi + linguistik =====sosiolinguistik

Sosiologi meliputi hal-hal yang berkaitan dengan ilmu tentang segala jenis hal masyarakat dengan menyerap ilmu-limu sosial yang lain.

Linguistik bermaksud limu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia.

Stock dan Widdowson (1983) - linguistik merupakan satu bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.

Fishman (1972) - sosiolinguistik sebagai kajian tentang sifat-sifat khusus bagi variasi bahasa, fungsi bahasa dan pemakaian bahasa dalam jalinan interaksi serta perubahan antara ketiga-tiganya dalam masyarakat penutur bahasa tersebut.

1.1.2 Sosiologi bahasa Fishman (1991) - sosiologi bahasa mengkaji interaksi antara dua aspek tingkah laku manusia, iaitu penggunaan bahasa dan organisasi sosial tentang tingkah laku.

1.2 Komuniti Bahasa Komuniti bahasa mesti terdiri daripada mereka yang benar-benar berada dalam sesuatu komuniti, iaitu sekumpulan masyarakat yang tinggal dalam lokasi yang sama seperti bandar, kawasan perumahan atau kejiranan yang sama.

Komuniti bahasa dengan berdasarkan perkongsian komunikasi linguistik merupakan konsep yang boleh berubah

Pendapat 1 ==Ahli komuniti mestilah terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi bahasa ibunda dan dialek.

Pendapat 2 ==cukup sekadar ahli komuniti mempunyai persamaan dari segi keupayaan berkomunikasi dan berhubung walaupun melangkaui sempadan bahasa.

Kedua-dua kumpulan sependapat bahawa mereka yang menjadi ahli kepada sesuatu komuniti bahasa berkongsi norma-norma linguistik seperti nilai, sikap dan persefahaman terhadap kepelbagaian bahasa.

Konsep komuniti bahasa yang berfokus kepada analisis linguistik telah bermula ada tahun 1960-an.

Konsep ini dimulakan oleh William Labov yang mengkaji variasi bahasa di New York, Martha Vineyard pula mengetuai kajian sosiolinguistik sebagai sains sosial.

Kajian William Labov ===bukan hanya kelas dan profesion mempunyai kaitan rapat dengan variasi bahasa dalam sesuatu komuniti bahasa, malah tahap sosioekonomi dan perpindahan ahli turut memainkan peranan yang penting.

Istilah komuniti merujuk kepada kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah, masyarakat yang menetap di sesuatu tempat atau negara,orang ramai umumnya atau sekumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat, kecenderungan dan kepentingan yang serupa.

Komuniti = satu kelompok menusia yang mempunyai kebudayaan yang teratur yang boleh memenuhi sumua keperluan dan kepentingan anggotanya serta memunyai struktur sosial.

Suatu komuniti itu ialah suatu jenis kelompok khas dengan sistem sosial yang komprehensif yang merangkumi semua institut sosial asas yang diperlukan untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia yang asas.

Kelas dan statusBerubah-ubah

PertentanganMobiliti sosialkelas Ciri-ciri komuniti bahasa

Dialek sosialInteraksi komuniti

Evolusi sosialKetidaksamaan komuniti

1.3 Bahasa Baku disebut sebagai bahasa standard atau bahasa piawai

berasal daripada dialek yang telah distandardkan

telah diberikan status undang-undang, sama ada rasmi atau tidak rasmi

bahasa ini sebagai yang lebih betul dan dijadikan asas berbanding dengan dialek lain yang digunakan.

menjadi satu versi bahasa yang diajarkan kepada para pelajar

Ciri yang menentukan bahasa baku mempunyai sistem perkamusan yang mengandungi perbendaharaan kata dan ejaan yang standard. mempunyai tatabahasa yang menentukan bentuk, peraturan dan struktur bahasa. mempunyai sistem sebutan standard yang dapat dijadikan panduan oleh pengguna bahasa sebagai sebutan yang betul. terdapat institusi yang memperkenalkan penggunaan bahasa itu dan diberikan autoriti untuk menguatkuasakan penggunaannya seperti dalam bidang pendidikan dan pusat pengajian. bahasa itu digunakan secara meluas oleh masyarakat di tempat awam seperti di mahkamah, pentadbiran dan pemerintahan. sistem bahasa, pengejaan, tatabahasa dan sebutan bahasa standard itu diajarkan di sekolah-sekolah.

fungsi bahasa baku - menyatupadukan rakyat negara, menyetarakan sebutan bahasa Melayu pada semua situasi formal dan menimbulkan rasa bangga terhadap negara dan bangsa sendiri

1.4 Bahasa Kebangsaan bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar utama dalam sesebuah negara

digunakan oleh media massa, institusi pengajian tinggi, pemmerintahan, parlimen, majlis konvokesyen dan upacara rasmi kerajaan.

Faktor bahasa kebangsaan menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah negara : a) Sikap positif bangsa terhadap bahasanyab) Sikap ketaatan bahasac) Bahasa kebangsaan menggambarkan sesebuah negara itu telah merdeka dan berdaulatd) Menunjukkan jati dirie) Mempunyai sejarah gemilangf) Bahasa peribumig) Bahasa lingua francah) Banyak yang mengetahui dan boleh bertutur dalam bahasa tersebuti) Bahasa yang berkembang

1.5 Bahasa Rasmi digunakan untuk pentadbirann dan urusan rasmi dalam sesebuah negara

Bahasa rasmi Singapura ==Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil

Bahasa rasmi India ==Inggeris dan Hindi

Di Malaysia, bahasa yang bukan bahasa rasmi seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil boleh menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

1.6 Kepelbagaian Bahasa bentuk yang membezakan satu bahasa dengan bahasa yang lain secara sistematik dan koheran.

contoh kepelbagaian : dialek, sosiolek, bahasa standard, idiolek, laras bahasa, etnolek dan ekolek.

1.6.1 Pijin (Pidgin)- Pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan bahasa yang terbentuk itu tidak boleh dikategorikan sebagai salah satu bahasa asal.

- Pijin berlaku dalam negara kota atau tempat yang mempunyai pelbagai komuniti bahasa, sedangkan mereka tidak menguasai bahasa komuniti lain.

- Pijin terbentuk melalui percampuran tiga bahasa dan salah satu daripadanya merupakan bahasa yang dominan berbanding dengan yang lain.

- Jika sesuatu pijin dipelajari oleh kanak-kanak dalam sesebuah komuniti sebagai bahasa natif, ia biasanya akan mewujudkan tatabahasa yang lebih kompleks dengan ketetapan dari segi fonologi, sintaksis dan morfologi.

1.6.2 Kreol (Creole) - Istilah kreol berasal daripada bahasa Portugis, crioulo, iaitu melalui bahasa Sepanyol, criollo dan bahasa Perancis, creole.

- Istilah kreol pada asalnya merujuk kepada mereka yang dilahirkan dalam koloni tersebut bagi membezakan mereka daripada imigran kelahiran kelas atasan Eropah.

- Akibat daripada perubahan sosial, politik dan tahap akademik, bahasa kreol telah mengalami perubahan dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

- Bahasa kreol telah digunakan dengan lebih meluas dalam kesusasteraan dan media, malah penuturnya berasa bangga apabila menuturkannya.

- Bahasa kreol ialah bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama atau bahasa ibunda.

- Kreol ialah percampuran anatara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi seperti kreol Perancis di Haiti, kreol Inggeris di Hong Kong, kreol Portugis di Macau dan Melaka, Kreol Betawi di Jakarta dan kreol Osing di Jawa Timur yang merupakan percampuran bahasa Jawa, Madura dan Bali.

1.6.3 Slanga - Satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan katayang baru digubal dan sifatnya cepat berubah.

- Sering digunakan oleh golongan muda.

- Bahasa yang sangat tidak formal dan tidak dikategorikan sebagai bahasa standard.

- Dalam slanga, kata-kata baharu dihasilkan dan kemudian hilang dengan cepat.

1.6.4 Jargon- Jargon merupakan terminologi yang berkaitan dengan aktiviti tertentu, pekerjaan dan kumpulan penutur yang spesifik.

- Jargon bersifat setempat atau kumpulan sosial, kumpulan sepekerjaan dan dalam kalangan masyarakat kelas bawah.

- Dalam sesetengah kes, jargon digunakan bagi membezakan seseorang yang merupakan ahli kepada sesuatu kumpulan itu atau disebut sebagai 'orang dalam' dengan yang bukan ahli atau 'orang luar'.

1.6.5 Koine- Koine mempunyai persamaan dengan lingua franca. iaitu bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam satu wilayah atau daerah.

- Koine meliputi kebudayaan dan dialek-dialek di kawasan atau daerah itu.

1.7 Dialek satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu klas sosial yang disebut juga sebagai loghat, pelat daerah atau negeri dan berbeza daripada bahasa standard.

satu sistem komunikasi verbal yang lengkap dengan perbendaharaan kata dan peraturan tatabahasa yang tersendiri sungguhpun dialek tidak mementingkan bentuk penulisan.

perbezaan sebenar antara bahasa dengan dialek bersifat subjektif bergantung pada rangka rujukan penggunaannya.

kepelbagaian bahasa sering kali dirujuk sebagai dialek dan bukannya bahasa kerana bahasasedemikian tidak dikenali sebagai bahasa karya-karya kesusasteraan

ahli linguistik antropologi ==dialek merupakan satu bentuk bahasa khusus yang digunakan oleh sesuatu komuniti penutur.==seseorang penutur sebenarnya tidak menuturkan bahasa, sebaliknya mereka menuturkan dialek daripada suatu bahasa.

1.7.1Sosiolek- 'sosio' (sosial) + 'lek' (kepelbagaian bahasa) ==sosiolek- dialek yang digunakan oleh kelas sosial yang tertentu disebut sebagai sosiolek

1.7.2 Idiolek- kepelbagaian bahasa yang unik kepada seseorang individu atau gaya pertuturan yang digunakan oleh seseorang individu- setiap individu mempunyai idiolek yang berupa pengumpulan perkataan dan frasa yang unik berbanding individu yang lain

1.7.3 Kontinum Dialek- wujud apabila dua atau lebih bahasa atau dialek yang berbeza bergabung antara satu sama lain tanpa persempadanan yang jelas.

1.8 Laras Bahasa fokus pada cara bahasa digunakan

laras = konvensial sosial, digunakan untuk keadaan/situasi tertentu

laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan

laras bahasa berbeza berdasarkan bidang yang hendak diperkatakan

ayat-ayat dalam laras tertentu mengandungi kata-kata serta ungkapan yang berlainan

penanda utama laras ialah ciri-ciri linguistik yang wujud dalam bentuk sesuatu laras

Halliday (1964) ==tiga pemboleh ubah yang menentukan laras bahasa ialah bidang, tenor dan mod.

1.8.1 Laras Iklan tujuan memperkenalkan barang-barang yang hendak diniagakan laras bahasa iklan yang sesuai dapat menarik perhatian pembeli untuk membeli barang yang diiklankan

Kaedah Memujuk : menggunakan kata-kata yang boleh memujuk pengguna Kaedah Mengumpan : menggunakan bahasa yang boleh memikat pengguna supaya cepat-cepat dan tidak bertangguh untuk membeli barang yang dijual. Kaedah Perbandingan : menunjukkan kelebihan satu-satu barang berbanding dengan barang yang seumpamanya di pasaran. Kaedah Pengisytiharan : memberikan keterangan yang jelas dan menarik kepada pengguna atau bakal pembeli Kaedah Suruhan : menyuruh dan menggesa pengguna supaya membeli atau mencuba sesuatu barangan itu.

1.8.2 Laras Sains- bersifat ilmiah dan formal

- mementingkan ketepatan makna dan fakta

- laras ini tidak membenarkan penggunaan kata-kata yang mengelirukan dan tafsiran makna yang bercanggah.

- Ciri penting Laras Sainsa) Penggunaan Perkataanb) Penggunaan Ayatc) Kejelasand) Mendefinisikan

1.8.3 Laras Undang-undang- kaya dengan penggunaan istilah dan kata-kata yang khusus

-menggunakan gaya klausa dan ayat yang berbeza dariada laras yang lain.

- setiap konstituen klausa dalam sesuatu fasal itu perlu difahami terlebih dahulu sebelum seseorang itu dapat memahami keseluruhan perenggan nagi fasal tersebut.

1.8.4 Laras Sukan- mudah difahami

- tidak banyak menggunakan istilah khusus dan spesifik

- sebahagian besar penggunaan ayatnya terdiri daripada ayat penyata dan ayat tunggal

1.8.5 Laras Ekonomi- bersifat ilmiah dan formal serta sangat mementingkan ketepatan makna dan fakta

- banyak mengandungi istilah khusus dengan pemilihan kata yang tepat dan teknikal

- banyak menggunakan jenis ayat penyata, sama ada berbentuk ayat tunggal atau ayat majmuk

1.8.6 Laras Matematik- berbeza daripada laras bahasa yang lain, iaitu dari segi penggunaan ayat-ayat yang berbentuk deskriptif dan penjelasan panjang lebar yang bukan menjadi keutamaan dalam laras ini

- mengandungi formula-formula tertentu dan kaedah serta jalan penyelesaian terhadap masalah matematik yang diketengahkan.

1.8.7 Laras Agama- mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan laras bahasa yang lain

- laras agama tidak bersifat teknikal seperti laras sains dan undang-undang

- laras ini menggunakan bahasa umum yang mudah difahami dan istilah-istilah agama yang telah tersedia dalam al-Quran.

- mengutamakan ketepatan maksud agar tidak menimbulkan salah tafsiran oleh pembaca.

1.9 Kesantunan Berbahasa cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab

memperlihatkan budi bahasa seseorang dan tingkah laku bertatasusila

mengelakkan salah satu pihak berasa tersinggung, dimulakan dan terpinggir

mengekalkan hubungan yang baik dan menghargai kehendak orang lain

keinginan individu untuk dihormati, diberikan perhatian, difahami dan dilayan sebagai sahabat atau sebagai tempat mengadu oleh orang lain

1.9.1 Aspek Kesantunan- bukan sahaja berkaitan dengan perlakuan linguistik, malahan perlakuan bukan linguistik

- matlamat kesantunan kesantunan melibatkan perhubungan antara dua orang peserta yang dinamakan diri sendiri dan orang lain matlamat dalam perbualan = beradab & biadab beradab = tingkah laku yang menunjukkan budi bahasa dan pekerti yang halus biadab = tidak berbudi bahasa matlamat perbualan ==bersaing - matlamat perbualan bersaing dengan matlamat sosial ==beramah-tamah - matlamat perbualan sama dengan matlamat sosial ==kolaboratif - matlamat perbualan tidak peka terhadap matlamat sosial ==berkonflik - matlamat perbualan berkonflik dengan matlamat sosial

1.9.2 Kata Nama Panggilan- kata yang digunakan oleh penutur untuk menyapa dan memanggil pendengar atau orang ketiga serta dirinya sendiri

- terdapat juga kata nama panggilan yang mempunyai unsur kekeluargaan, status dan jawatan tertentu untuk orang yang dirujuk

- etika pergaulan dalam masyarakat ialah sesuatu yang rumit

- individu yang mengambil bahagian dalam perbualan perlu disapa dan dipanggil sesuai dengan taraf sosial dan hubungannya dengan orang yang bercakap

- dalam suasana formal seperti mesyuarat, nama panggilan intim tidak digunakan walaupun mereka mempunyai hubungan yang terlalu rapat dan akrab.

1.9.3 Gelaran dan Panggilan Hormat- merupakan nama panggilan bagi individu tertentu atau nama khas yang diberikan kerana jasa dan sumbangan seseorang

- pemilihan dan penggunaan panggilan hormat kepada individu tertentu bergantung pada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan penutur dengan orang yang disapa

1.9.4 Bahasa Istana- bahasa diraja yang digunakan secara khusus dalam hubungan yang melibatkan sekurang-kurangnya salah satu pihak terdiri daripada keluarga diraja.

- mempunyai ciri khusus, terutama dari segi penggunaan kosa kata dan ungkapan

- bahasa istana merupakan bahasa halus yang dituturkan secara penuh hormat, bertertib dan bersopan, sama ada dalam situasi formal atau tidak formal

- penggunaan kata-kata khusus bertujuan untuk menggambarkan rasa hormat kepada raja dan meletakkan baginda pada kedudukan yang lebih tinggi daripada rakyat biasa

1.9.5 Bahasa Basahan- bahasa yang digunakan untuk urusan harian

- memudahkan perbualan dan pemahaman

- tidak mementingkan pematuhan pada peraturan tatabahasa

- lebih mengutamakan msej yang difahami oleh pendengar

- wujud percampuran unsur bahasa lain, iaitu dari segi kosa kata, ungkapan, struktur ayat dan sebutan

- bahasa basahan tidak wajar digunakan dalam penulisan

- gaya mengujarkan bahasa ini tidak mematuhi peraturan struktur ayat dalam sesuatu bahasa itu.