18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG JANUARI 2015 HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK NAMA : NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA KELANTAN

Linguistik Dan Sosiolinguistik

  • Upload
    isma

  • View
    64

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ghgu

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI 2015

HBML 3403

LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK

NAMA :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA KELANTAN

1.0 PENGENALAN

Definisi Laras Bahasa

Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.Asmah

Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan

bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu

bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa

biasanya berubah-ubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah

perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu

digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada suatu segi, dapat dikatakan

bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan,

anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial

yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

Ure dan Ellis (1977) menjelaskan laras merupakan sebagai pola penggunaan

bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Edward A.S. (1969) pula

menyatakan laras sebagai bentuk bahasa yang khusus untuk situasi yang tertentu dan

dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi yang lain.Trudgill (1974)

pula menganggap laras sebagai satu bentuk bahasa khusus yang wujud daripada keadaan

sosial. Hymes dan Gumperz (1980:216) mendefinisikan laras sebagai gaya percakapan

dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza,maka situasi pun akan turut berbeza dan

begitulah sebaliknya.

Sementara Hill dalam satu makalahnya Institutional Linguistics (1958)

mengesorkan klasifikasi laras mengikut matra gaya, genre, dan cara iaitu style, genre, dan

mode. Joos pula (1962) melihat laras bahasa dari dimensi formaliti telah menegaskan

gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan,

selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks.

Laras merupakan satu konvensi sosial. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk

keadaan atau situasi yang tertentu.Kita dapat memperkatakan bahawa dengan memilih

laras yang tidak sama untuk situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat

menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud

di sekitar mereka (Kamaruddin Haji Hussin,1995:5-6). Laras bahasa merupakan

penggunaan bahasa yang ditandai oleh ciri-ciri khusus dan setiap laras berbeza mengikut

bidang penggunaannya. Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang

berbeza-beza, masyarakat akan menggunakan pelbagai bentuk bahasa yang berlainan

yang dikenali sebagai laras bahasa. Laras bahasa ini dikaitkan dengan kemajuan sesebuah

masyarakat. Abdul Hamid Mahmood (2001:13) menyatakan semakin banyak laras bahasa

yang terdapat dalam bahasa sesebuah masyarakat itu, masyarakat itu semakin maju.

Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk

memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan dengan kemajuan.

Tulisan saya ini mempunyai beberapa objektif,antaranya ialah mendefinisikan maksud

laras bahasa menurut beberapa orang tokoh sarjana, membincangkan aspek kajian laras

bahasa dan jenis-jenisnya, dan menyatakan kepentingan laras bahasa terhadap masyarakat

di Malaysia. Walau bagaimanapun, saya memilih salah satu laras bahasa untuk

dibincangkan iaitu laras bahasa iklan manakala skop kajian meliputi definisi laras bahasa

mengikut beberapa orang tokoh sarjana,aspek kajian laras bahasa dan jenis-jenis laras

bahasa serta kepentingannya terhadap masyarakat di Malaysia.

2.0 LARAS BAHASA SASTERA

Laras bahasa sastera boleh dilihat dari dua aspek, iaitu laras bahasa kreatif dan

laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera. Laras bahasa kreatif merupakan

bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi

dengan pengalaman pengarang. Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan

mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.Ia merupakan saluran untuk

mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang

tergabung dalam satu bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga. Karya kreatif ini

biasanya wujud dalam bentuk-bentuk prosa (cerita, cerpen dan novel), puisi (syair,

pantun, sajak) dan drama (filem, teater, dan pementasan).

Laras bahasa ilmiah yang memperkatakan bidang sastera lazimnya wujud dalam

bentuk kritikan sastera dan ulasan buku. Bidang yang sering diperkatakan termasuklah

plot, tema, teknik, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Laras bahasa sastera ini

memperlihatkan ciri-cirinya yang tersendiri.

Laras bahasa sastera yang bermutu tinggi memerlukan kejelasan, perpautan,

kesatuan serta bentuk gaya yang dipelbagaikan. Penggunaan bahasanya bermula daripada

fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi, dan asonansi),

kemudian pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. Unsur-unsur

inilah yang berperanan bagi mengungkapkan penulisan yang bermutu, berkesan serta

indah.

2.1 Ciri-ciri Laras Bahasa Sastera

a)   Perbendaharaan Kata / Istilah

Penggunaan perbendaharaan kata dalam laras bahasa kreatif mudah difahami.

Laras kreatif ini tidak mengandungi istilah teknikal. Perkataan pinjaman juga tidak

banyak digunakan. Kadang-kadang terdapat penggunaan kata-kata yang berunsur

ketaksaan dengan tujuan untuk menimbulkan kekaburan atau kesamaran yang

memperlihatkan nilai seni dan estetika. Oleh itu, terdapat beberap perkataan untuk satu

pengertian, sama ada perkataan itu yang membawa makna yang sama atau perkataan

yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud

yang hendak disampaikan.

Namun demikian, laras ilmiah yang memperkatakan bidang sastera mengandungi

istilah-istilah teknikal yang mempunyai makna yang khusus. Istilah-istilah ini bersifat

teknikal dan digunakan dalam memperkatakan aspek-aspek tertentu yang berkaitan

dengan karya sastera. Penggunaan istilah-istilah ini menjadi penanda laras bahasa sastera

yang nyata. Istilah tersebut tidak digunakan dalam bidang ilmu yang lain. Contohnya

istilah Imbas kembali, Imbas muka, watak protoganis, dialog, sudut pandangan orang

ketiga, hiperbola, personifikasi, klimaks, tema, analogi, rima dan sebagainya.

b)           Tatabahasa

Dari segi tatabahasa, morfologi dan sintaksis merupakan aspek yang penting

dalam laras bahasa sastera. Aspek morfologi merangkumi pengimbuhan, manakala aspek

sintaksis meneliti penggunaan bentuk, struktur, dan binaan ayat.

3.0 KATA DAN AYAT SEBAGAI PENANDA WACANA DALAM LARAS BAHASA

IKLAN

Pengimbuhan dalam karya-karya sastera mencakupi bentuk imbuhan awalan,

apitan, dan sisipan. Ayatnya pula terdiri daripada pelbagai ragam, ada ayat tergantung,

dan ayat susunan songsang.

Selain itu, unsur penggandaan dan klitik ‘ku’, ‘mu’, dan ‘kau’ juga lazim digunakan.

Contoh tatabahasa:

Contoh 1:

Betapa tidak rugi, bapa, kerana bagi berpindah daripadanya itu tiadalah

menaruh beberapa keberatan dan kerugian lain daripada ditakuti khayal-khayal yang

tidak berhakikat yang tidak bermakna, istimewa bahawa government kita telah berlelah

paya dan telah berugi-rugi mengusahakanbeberapa sebab-sebab yang boleh menjadi

contoh perbandingan dan yang boleh menjadi iktibar seperti sekolah-sekolah dan lain-lain

sebagainya.

(Petikan daripada novel lakah Salmah)

Contoh 2:

“Pak cik masih mengharapkan keadaan yang harmoni dalam rumah. Rumah itu

diduduki dengan doa selamat. Jangan wujudkan sebarang gejala yang bertentangan

dengan kesucian doa itu.” Pak cik menyudahkan pesannya.

(Petikan daripada novel Norhana, karya Rahman Shaari)

Contoh 3:

pulangkan kembali

pada saat ini

gerak yang sejak dulu kaukumpul

warna-warna yang kautusuk ke dada dinding

kata-kata yang kaubenam ke mulut almari

garis-garis yang lemas

titik-titik yang kering

ke tempat asalnya.

(Petikan daripada sajak Pulangkan Kembali karya Latiff Mohidin)

c)           Gaya bahasa

Gaya bahasa laras bahasa sastera memperlihatkan manipulasi struktur sintaksis,

pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran serta unsur-unsur

stilistik yang lain. Bentuk dialog juga boleh digunakan.

Contoh gaya bahasa:

Contoh 1 (Ayat bersifat konotasi):

“Hari telah tua. Air sungai Usar menerima pantulan sepah matahari sore yang

merah pekat, juga warna kelam pangkal malam.”

(Petikan daripada novel Arus, karya Anwar Ridhwan)

Contoh 2 (Ayat pendek, tegas dan pengulangan):

Gagasan tentang tamu:

Tamunya kali ini seorang yang agung

Tamu itu juga pelanggannya

Langganan yang diimpikannya selama ini.

Sekalipun cukuplah kunjungan tamu agung

itu kepadanya.

Tamu itu seorang menteri.

(Petikan daripada cerpen Tamunya Seorang Menteri, karya S.Othman Kelantan)

Contoh 3 (Penggunaan Personifikasi dan Metafora):

“…gema itu tending-menendang, berpuing-puing mencetuskan bahana-bahana

yang lain. Bahana-bahana itu terus beranak dan bercucu…seribu garis bahana menyirat

dinding-dinding tengkoraknya yang besar.”

(Petikan daripada novel Daerah Zeni, karya A.Samad Said)

Contoh 4 (Kiasan dan Sindiran):

Buah langsat kuning mencelah,

Senduduk tidak berbunga lagi,

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.

(Pantun Melayu)

4.0 PERANAN LARAS BAHASA SASTERA SEBAGAI ALAT PEMANGKIN DAN

MEMPERKAYAKAN BAHASA MELAYU

Ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan

relevan pada zaman ini. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan ukuran

pembangunan jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek

kemanusiaan dan kerohanian. Kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu

lain seperti agama, falsafah, budaya, politik, perubatan, undang-undang, dan sebagainya.

Teks sastera penuh dimensi dan ia memberi banyak ruang untuk diteroka oleh pelajar.

Selain itu ilmu kesusasteraan merupakan disiplin ilmu yang berkait rapat dengan aspek

emosi dan nilai hidup manusia. Sastera bukan sekadar memberi maklumat tentang

keintelektualan tetapi melengkapkannya dengan dunia emosi dan nilai kepada manusia.

Kehadiran aspek nilai menjadi penting dalam pemupukan dan pembentukan kualiti

insan. 

Karya sastera tidak dapat lari daripada dua peranan utama. Pertama karya sastera

bertujuan untuk menghiburkan dan keduanya untuk memberi pengajaran, pesanan atau

peringatan. Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa

keseronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan,

irama atau rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi

pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan

menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai

karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.

Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana

keupayaannya membawa keindahan yang menghiburkan. Saya teringat sebuah pantun

lama berbunyi seperti berikut :

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima

yang bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur

bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu,

pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi

menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan

pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang

popular menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.

Peranan kedua karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau

pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu

bahan yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta

memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya

sastera. Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata

kerana ceritanya menghiburkan tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur

moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan

dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita dserapkan dengan

kepentingan nilai tolong-menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap

tidak mengenang budi.

Sama seperti pantun tadi, pemilihan kata yakni berburu dan digandingkan dengan

berguru memberi mesej yang penting pada kita. Dalam ungkapan yang ringkas, pantun

membawa tafsiran makna yang mendalam. Kerja berburu sama sukarnya dengan berguru.

Ia memerlukan kemahiran dan ketekunan. Peringatan yang cuba dibawa dalam pantun

iaitu pentingnya ilmu tetapi jangan salah berguru.  

Untuk menjadikan karya sastera dapat diterima dengan berkesan sudah pastinya

dwi fungsi sastera itu dapat berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Meski

pun karya sastera itu sendiri sudah lengkap dengan unsur hiburan dan pengajarannya,

bagaimana ia dapat disampaikan kepada pelajar? Ia pastinya menjadi satu cabaran kepada

guru-guru bahasa Melayu. Jika karya sastera tidak sampai kepada pelajar dalam bentuk

yang menghiburkan. Nilai sastera sebenar tidak sampai kepada pelajar. Keindahan sastera

tidak dapat diselami oleh pelajar. Akhirnya pelajar terasa sastera hanya membebankan

mereka dengan teks yang banyak bukan menghiburkan mereka. Kepalang ajar

kadangkala lebih banyak membunuh minat dan kecenderungan pelajar. 

5.0 KESIMPULAN

Laras Bahasa sangat penting kepada kita semua dan kepada masyarakat di

Malaysia pada amnya. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa secara khusus mengikut

bidang penggunaannya atau pola penggunaan bahasa yang lazim mengikut keadaan

tertentu. Sesuatu laras bahasa boleh diteliti dari segi ciri keperihalan dan ciri linguistik.

Abdullah Hassan (1997) telah membahagikan Laras Bahasa kepada beberapa jenis seperti

Laras Umum,Laras Undang-undang,Laras Agama, Laras Himbauan, Laras Klasik, Laras

Kreatif, Laras Bahasa Kanak-kanak, Laras Teknikal dan Laras Bahasa Iklan. Masyarakat

dalam pelbagai taraf sosial dan akademik menggunakan laras bahasa yang berbeza

mengikut kesesuaian penggunaannya. Segala urusan dalam kehidupan akan menjadi

lancar dengan adanya pelbagai jenis laras bahasa. Penggunaannya perlu disesuaikan agar

memenuhi ciri-ciri bagi sesuatu laras bahasa tersebut. Laras bahasa dalam satu bidang

ilmu berlainan dengan laras bahasa dalam bidang ilmu yang lain. Seseorang penutur yang

menuturkan sesuatu bahasa boleh mempunyai pelbagai jenis variasi bahasa dan boleh

memilih dan menggunakannya sesuai dengan laras-laras bahasa yang berlainan dalam

bidang-bidang atau disiplin ilmu yang tertentu.

Sebagai kesimpulan, sesuatu laras bahasa merupakan satu variasi bahasa yang

dicicirkan oleh pemilihan kata, frasa dan ayat yang dituturkan atau ditulis bergantung

kepada siapa kita berhubung, cara kita berhubung dan bidang pengkhususan yang

diperkatakan. Bagi laras bahasa sastera, laras ini mempunyai perbezaan yang amat jauh

dengan laras bahasa saintifik. Oleh itu, ciri-ciri khusus bahasa teknikal seperti

penggunaan gambar rajah, graf, jadual, carta dan lain-lain tidak terdapat dalam laras

bahasa sastera. Sebaliknya, unsur-unsur ketaksaan, iaitu kekaburan dan ketidakjelasan

sengaja dimasukkan bagi pembaca membuat tafsiran masing-masing.

6.0 BIBLIOGRAFI

Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan (2003). ”Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam

Pengajaran Bahasa”. Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 – 11

Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik

Pengajaran Sastera Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil

6 : 12 – 17.

Gardener, H (1993). Frames of Mind:The Theory of Multiple Intelligences.

(2nd edition) London: Fontana

Gutiérrez, Kris (2000) . “Teaching and Learning in the 21st Century”.

English Journal. 7 : 290 – 298

Geertz, Clifford. (1973). The interpretation of cultures, Basic Books, New

York.

Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Mana Sikana (2001). ”Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa

Melayu”. Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 9 : 7 -13.

Muhammad Haji Salleh (2004). “Sastera Di Ambang Globalisasi” Dlm. Ilmu

Kesusasteraan Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit

Universiti Sains Malaysia

Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff. (2001). ”Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam

Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 – 26.

Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. (2004).

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meek Spencer, Margaret. (2001). Children’s literature and national identity,

Trentham Books, Stoke on Trent.

Nafii Mat (2006). “Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa

Melayu”. Dewan Bahasa. Jilid 6 Bil 9. : 44 – 47.

Nik Safiah Karim. (2004). ”Bahasa Melayu Bahasa Tamadun Moden”. Dewan

Bahasa. Jil 4 Bil 1. : 10 – 15. 

Noriah Taslim. (1996). ”Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera

Melalui Penstrukturan Kurikulum dan Pemantapan Kaedah

Pengajaran”. Dlm. Pengajaran Sastera. Othman Puteh (Peny.). Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Buku Panduan Guru Kesusasteraan

Melayu Tingkatan IV dan V . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan

Kurikulum.