Click here to load reader

sosiolinguistik 1

  • View
    291

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of sosiolinguistik 1

BAB 1SOSIOLINGUISTIK:SATU PENGENALANBeberapa PersoalanMengapa kita bercakap perkara yang sama dengan cara yang berlainan?Mengapa kita perlu merujuk kepada persekitaran untuk menjawab soalan?Adakah perkara-perkara seperti ini penting?Mengapa penting?Teori Whorf-SapirBahasa ibunda seseorang penutur membentuk satu siri kategori yang bertindak sebagai rangkayang menjadi asas bagi orang itu melihat dunia sekitarnya, menentukan bagaimana dia mengkategori serta memahami fenomena-fenomena yang berbeza-beza, dan mencorakkan masyarakat penuturnya dengan cara mempengaruhi atau menentukan pandangan hidup (world-view) mereka.Sosiolinguistik: Satu PengenalanKesemua persoalan tadi boleh dijawab apabila kita menghurainya dengan menggunakan ilmu sosiolinguistik.Bidang sosiolinguistik merupakan bidang yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.Tumpuan kajian bidang ini kepada aspek pengguna dan penggunaan sesuatu bahasa dalam masyarakat.Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialekPenggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasiDefinisi SosiolinguistikHymes (1966)Sosiolinguistik mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu reaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan.Fishman (1968)Ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi itu,dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam masyarakat bahasa.Hudson (1980)Kajian gabungan yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat (dan organisasinya) yang menggunakan bahasa tersebut.Nik Safiah Karim (1988)Kajian yang meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat seperti kajian terhadap bahasa, dialek dan ideolek, kedwibahasaan, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa, dan perancangan bahasa.Nababan (1993)Kajian yang membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan.Sejarah SosiolinguistikKesedaran bahawa terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan masyarakat telah lama wujud.Pada mulanya, persoalan bahasa dan masyarakat hanya dibangkitkan oleh ahli antropologi.Ahli bahasa kurang memberati persoalan ini kerana pengaruh aliran sturktural yang lebih mementingkan aspek struktur formal bahasa.Ahli bahasa melihat disiplin linguistik sebagai satu disiplin formal dan menumpukan perhatian mereka kepada bentuk bahasa seolah-olah bahasa wujud terlepas daripada pengguna dan penggunaan.Walau bagaimanapun, keadaan ini mula berubah apabila ahli bahasa menyedari akan wujudnya hubungan yang erat antara bahasa dan masyarakat.Mereka sedar bahawa pengkajian bahasa tanpa mengaitkan dengan masyarakat akan mengetepikan beberapa aspek pentingdan menarik, dan menyempitkan pandangan terhadap disiplin ilmu bahasa itu sendiri.Ahli bahasa mula menyedari bahawa bahasa berfungsi dalam masyarakat dan bahawa bahasa berubah dan berkembang selaras dengan perubahan dan perkembangan yang berlaku kepada penuturnya.Bahasa digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza, bergantung kepada pelbagai faktor seperti siapa yang bercakap, kepada siapa, di mana, dan tentang apa.Semenjak itu, kajian yang bersifat sosiolinguistik semakin bertambah meliputi pelbagai bidang.Sosiolinguistik: Satu DisiplinWalaupun dikatakan sosiolinguistik mengkaji aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat, namun untuk mentakrifkan secara tepat pola hubungan tersebut bukanlah perkara mudah.Kesulitan ini berlaku kerana hubungan antara bahasa dengan masyarakat merangkumi banyak aspek.Beberapa pandangan ahli sosiolinguistik mengenai hal ini:Fishman (1968)Pattern co-variation of language and society.Kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi dan sosial), laras, gaya bahasa dalam sesebuah komuniti bahasa.Gumperz & Hymes (1972)Kajian yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya.Dalam usaha untukberkomunikasi secara efektif (dalam sesuatu bahasa) penutur harus memiliki keupayaan sejadi berbahasa yang merangkumi pemahaman terhadap semua aspek yang berkaitan dengan konteks pertuturan termasuk budaya sesuatu bahasa.Eastman (1975)Sociolinguistics is concerned with the interaction of language and setting.Banyak hasil kajian sosiolinguistik yang berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat.Dittmar (1976)Kajian yang memberi tumpuan kepada aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa dengan kepelbagaian sosial (dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen)Untuk memudahkan pemahaman, dapat dikatakan sosiolinguistik menumpukan pengkajian terhadap:*Interaksi antara kelompok*Penggunaan bahasa*Sikap anggota masyarakat terhadap bahasa*Norma-norma bahasa*Tingkah laku dan perubahan norma bahasaHubungan bahasa dengan masyarakat boleh ditinjau dari 5 sudut:*Tugas / fungsi bahasa sebagai alat pewarisan kebudayaan*Bahasa sebagai lambang dan identiti masyarakat*Bahasa sebagai cermin dan penentuan bagi kelainan masyarakat / susun lapis masyarakat*Hubungan bahasa dengan komponen keadaan / suasana*Jenis-jenis bahasa dan hubungannya dengan pertembungan masyarakatTerdapat bidang kajian yang dikatakan hampir sama dengan kajian sosiolinguistik iaitu bidang kajian sosiologi bahasa.Walau bagaimanapun terdapat perbandingan (persamaan dan berbezaan) di antara keduanya.Persamaan Bidang Sosiolinguistik dengan Sosiologi BahasaKedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa adalah bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama.Terdapat pertindanan antara domain sosiolinguistik dan sosiologi bahasa (iaitu domain sosial).Kedua-dua bidang kajian adalah berkaitan atau berhubungan dengan bahasa.Perbezaan Bidang Sosiolinguistik dengan Sosiologi BahasaTerdapat lima perbezaan utama di antara bidang sosiolinguistik dengan bidang sosiologi bahasa iaitu perbezaan1.Matlamat2.Penekanan3.Sifat kajian4.Jenis inferen daripada aksi pertuturan5.Ruang lingkup kajianPerbezaan MatlamatSosiolunguistik merupakan kajian terhadap hubungan bahasa dengan masyarakat yang bermatlamat memahami struktur bahasa.Sosiologi bahasa bermatlamat untuk memahami struktur masyarakat.Perbezaan PenekananKajian sosiolinguistik memberi penekanan kepada aspek bahasa seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik.Sosiologi bahasa memberi penekanan kepada aspek masyarakat iaitu individu atau kumpulan individu yang menuturkan bahasa tersebut.Perbezaan Sifat KajianSosiolinguistik lazimnya dikaitkan dengan sifat kajian yang mikro atau kuantitatif iaitu lebih khusus, terperinci, memanfaatkan jumlah informan yang sedikit, mengehadkan skop kajian dan mungkin berupa kajian jangka pendek.Sosiologi bahasa pula sering dikaitkan dengan sifat kajian yang makro atau kualitatif iaitu kajian terhadap hubungan masyarakat dengan bahasa dalam skala yang lebih besar.Perbezaan Inferen DaripadaAksi PertuturanJenis inferen daripada aksi pertuturan dalam bidang sosiolinguistik adalah bersifat peribadi dan stilistik.Sosiologi bahasa pula menjurus kepada sosiobudaya dan sosiologi itu sendiri.Perbezaan Ruang Lingkup KajianKajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dibahagikan kepada 4 kelompok utama iaitu interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosial, dan penerapan pengetahuanlinguistik kepada masalah sosial.Kajian yang mementingkan kewujudan variasi bahasa seperti ideolek (geografi dan sosial), laras, stail, dan sebagainya dalam komuniti bahasa.Ciri variasi bahasa yang dikaji berasaskan kepada tiga unsur iaitu berinteraksi, berubah dan mengubah antara satu sama lain dalam masyarakat bahasa.BAB 2BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM MASYARAKAT BAHASABAHASABahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya sehari-hari untuk bekerjsama dan berhubungan bagi melestarikan kebudayaannya serta menyebarkan dan mengembangkan pemikirannya dalam kalangan para anggota masyarakatnya serta generasi penerusnya.Beberapa orang tokoh bahasa memperincikan pengertian bahasa seperti berikut:Sapir (1921)Suatu kaedah bukan naluri (noninstinct) bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol yang lahir secara sedarBloch & Trager (142)Suatu sistem lambang-lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.Chomsky (1957)Suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.Ferdinand de Saussure (1974)Sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya bersifat psikologi. Gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian ucapan mestilah mengikut hukum-hukum tatabahasa.Nababan (1984)Suatu sistem perisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur-unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu (fonem, morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat).Asmah Haji Omar (1988)Bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.FUNGSI BAHASABahasa mempunyai pelbagai fungsi iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan seperti menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi.Nababan (1984) menyenaraikan 4 golongan fungsi bahasa iaitu1.Fungsi kebudayaan2.Fungsi kemasyarakatan3.Fungsi perorangan4.Fungsi pendidikanFungsi KebudayaanBahasa menjadi sarana untuk mengembangkan sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa.Melalui bahasa, unsur-unsur kebudayaan, sifat sesuatu kebudayaan bangsa dapat dibiakkan dikembangkan, disebarkan, diperluaskan, danBahasa juga berfungsi sebagai jalur, relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan (dari satu generasi ke satugenerasi).Bahasa menjadi penyenarai, pemaktub, dan penginventori ciri-ciri atau fitur kebudayaan.Fungsi KemasyarakatanTerbahagi kepada 2 iaitu:1.Berdasarkan bidang pemakaian bahasa(penggunaan bahasa dalammasyarakat)2.Berdasarkan ruang lingkupa.Bahasa kelompok (kawasan kedaerahan)b.Bahasa kebangsaan berfungsi sebagai lambang kebanggaankebangsaan, lambangjati diri bangsa, dan sebagai alat penyatuan suku kaumdan bangsaFungsi PeroranganMelibatkan 7 fungsi bahasa oleh Halliday (1973)1.Fungsi instrumentalPenggunaan bahasa untuk mengarah ataumeminta sesuatu2.Fungsi pengendalianPenggunaan bahasa untuk mengawal dan mengendalikan peristiwa yang berlaku.3.Fungsi pemerianPenggunaan bahasa untuk membuat penyataan, menyampaikan fakta,menjelaskan, atau melaporkan4.Fungsi interaksiPenggunaan bahasa untuk mewujudkanperhubungan antara sesama individu5.Fungsi peribadiPenggunaan bahasa untuk meluahkanperasaan, emosi, keinginan (bersifat peribadi)6.Fungsi heuristikPenggunaan bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan (bertanya)7.Fungsi khayalanPenggunaan bahasa di luar sedar dan boleh diinterpretasi dalam bentuk penulisan (cerita)Fungsi PendidikanTerbahagi kepada 4 iaitu:1.Fungsi integratifPenggunaan bahasa sebagai alat penyatuan kaum (bahasa Melayu diajar di sekolahkepada semua pelajar)2.Fungsi instrumentalPenggunaan bahasa untuk mendapatkan sesuatu seperti status, pekerjaan dll (untuk belajar di UUM, pelajar antarabangsa perlu lulus ujian penempatan bahasa Melayu dan Inggeris)3.Fungsi kultural (budaya)Penggunaan bahasa untuk mengenali dan menghargai sesuatu sistem nilai dan carahidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat.4.Fungsi penalaranFungsi yang memberi lebih banyak tekanan kepada penggunaan bahasa sebagai alat berfikir, bertaakul, mengerti dan menciptakan konsep-konsep.DIALEKUmumnya dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku.Dialek didefinisikan sebagai variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa.Ia mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk baku (dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata - leksikal) tetapi perbezaannya tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.Dialek juga difahami sebagai satu kelainan bahasa yang masih ada ciri-ciri dan sifat-sifat saling memahami.Penentuan status sesuatu dialek kadang-kadang kabur dan menyukarkan kerana pelbagai faktor, misalnya berkaitan garis sempadan politik.Terbahagi kepada 3 pecahan iaitu:1.Dialek sosial (social dialect)2.Dialek daerah (regional dialect)3.Dialek seketika (temporal dialect)Dialek SosialDialek sosial juga dikenali sebagai dialek kelas atau sosiolek.Dialek ini digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial mereka.Dalam dialek sosial juga terdapat beberapa kelainan bahasa seperti bahasa kasar, halus dan neutral.Semua kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri pengguna bahasa yang ditentukan oleh situasi sosial.Penggunaan bahasa berserta susun lapis masyarakatnya adalah berasaskan susun lapis (stratifikasi) masyarakat Melayu, kerana dalam masyarakat Melayu terdapat satu susun lapis masyarakat yang berbeza kedudukan dan juga bahasanya.Keadaan ini boleh dijelaskan melalui gambar rajah susun lapis masyarakat berikut:Dialek DaerahDialek daerah atauregional dialect, local dialect, geographical dialect, territorial dialectialah dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.Zaba (2002) menjelaskan dialek / bahasa daerah sebagairupa bahasa yang terpakai dalam percakapan dalam satu-satu daerah atau bahagian negeri dengan mempunyai pelat sebutan yang terkhas bagi daerah itu dan berlainan daripada bunyi sebutan bahasa umum yang rata-rata dipakai dalam perhubungan umum, dalam percakapan, dan suratan.Konsep ruang bagi dialek daerah dikenali sebagai ruang geografi linguistik iaitu suatu kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai oleh satu garis khayalan yang disebut sebagaiisoglos.Pada garisisoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan yang berhampiran.Penentuan dialek daerah banyak bergantung kepada ruang geografi politik / sempadan negeri.Dialek SeketikaDialek seketika juga dikenali sebagai dialek temporal atauState of Language / Etat de Langue.Dialek ini dilihat dari sudut zaman, iaitu penggunaan dialek mengikut perkembangan zaman seperti bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu zaman Melaka, bahasa Melayu zaman Johor Lama, bahasa Melayu zaman pramoden, dan bahasa Melayu zaman moden.Antara satu zaman dengan zaman yang lain terdapat perbezaan dari segi bunyi dan perkataan.Teori Berkaitan DialekArea Defined TheoryTeori yang berasaskan kepada kewujudan dialek disebabkan oleh perbezaan daerah.Socially Defined TheoryTeori yang berasaskan kepada perbezaan dialek disebabkan oleh tatatingkat masyarakat.Marked Pattern TheoryTeori pola bertanda iaitu setiap dialek mempunyai ciri-ciri bunyi atau yang lainnya yang khas sebagai perbezaannya dengan dialek yang lain.Drift Theory(Teori Hanyut)Bahasa akan terus berkembang selagi masyarakat penggunanya bertambah. Ia akan terus meresap ke dalam bahasa lain atau dialek lain.Different Locality Theory(Teori Perbezaan Lokaliti)Sesuatu bahasa berbeza disebabkan oleh daerah yang berbeza kerana pengalaman dan pengetahuan yang berbeza.Wave Theory(Teori Gelombang)Bentuk-bentuk bahasa berasal dari satu jenis dialek atau bahasa dan selepas itu mengembang dan tersebar luas ke kawasan yang lebih besar menjadi bahasa / dialek yang ada kaitan dengan induknya yang asal.Faktor Kewujudan DialekKawasan / geografiTerpisah dari segi tempat/kawasan. Keadaan muka bumi yang berbeza seperti gunung, pulau, sungai besar dan lain-lain lagi. Contohnya dialek Kedah dan Kelantan berbeza disebabkan terpisah oleh Banjaran Gunung Titiwangsa.Penjajahan / politikBahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia walaupun dari induk yang samaiaitu Melayu-Riau tetapi terpisah apabila dipengaruhi oleh politik yang berbeza Tanah Melayu (Inggeris), Riau (Belanda).PengalamanPengalaman-pengalaman yang berlainan menghasilkan dialek yang berlainan seperti kata yang digunakan berbeza dari segi sebutan atau tidak wujud ditempat tersebut. Contohnya perkataan gewe, gerek, kaseh, buah ati, endot, marka.MasaDalam bahasa Melayu terdapat dua perbezaan bahasa iaitu ada bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Kedua-duanya berbeza dari segi masa. Bahasa klasik diguna pakai pada zaman dahulu tetapi era moden telah bertukar ke bahasa Melayu moden.PerdaganganAkibat daripada perdagangan, masyarakat belajar menguasai bahasa. Contohnya tersebar pengaruh bahasa Arab, Portugisdan Cina pada zaman kegemilangan Melayu Melaka. Hasilnya lahir pelbagai dialek seperti Baba Nyonya.MASYARAKAT BAHASAMasyarakat bahasa juga dikenali sebagai komuniti bahasa.Setiap masyarakat mempunyai komuniti bahasa sendiri.Sesebuah masyarakat penutur mesti dapat menunjukkan nilai bahasanya.Dengan cara itu dapat menjadikan mereka sebuah masyarakat yang setia kepada bahasanya.Sikap ini perlu dipupuk dari peringkat individu terlebih dahulu, dan kemudian barulah kepada masyarakat yang lebih besar.Konsep Masyarakat BahasaCharles Hocket (1958)Seluruh peringkat manusia yang berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau tidak, melalui satu bahasa yang sepunya.Levi-Strauss (1968)Sebuah masyarakat yang terkandung di dalamnya individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berkomunikasi antara satu sama lain.John Gumperz (1968)Kumpulan manusia yang dicirikan oleh interaksi biasa melalui lambang-lambang verbal yang dikongsi bersama dan bertolak dari agregat yang serupa dengan perbezaan yang jelas dalam penggunaan bahasaJohn Lyons (1970)Semua orang yang menggunakan suatu jenis bahasa atau dialek.Hartmann & Stork (1976)Sekumpulan manusia yang biasanya tinggal dalam satu kawasan, bertutur dengan menggunakan satu kelainan bahasa, atau bahasa baku yang sama.Ciri-Ciri Masyarakat BahasaMasyarakat yang menggunakan sesuatu bahasaDalam kawasan-kawasan tertentu, atau kelas-kelas tertentuMenggunakan satu bentuk bahasa atau dialek yang serupaMenggunakan lambang-lambang verbalBahasa dan MasyarakatDiglosiaBillingualismeMultilingualismeDiglosiaDiglosia ialah fenomena yang berlaku apabila terdapat lebih daripada satu kelainan bahasa dalam masyarakat.Diperkenalkan oleh Ferguson (1959), yang menerangkan perbezaan penggunaan kelainan bahasa disebabkan oleh perbezaan situasi yang berupa kelas sosial, konteks dan juga jantina.Ferguson membahagikan bahasa kepada dua jenis berdasarkan taraf, iaitu kelainan bertaraf rendah (L) dan bertaraf tinggi (H).Kelainan rendah (L) ialah jenis kelainan yang digunakan dalam situasi kehidupan seharian, di rumah dan dalam suasana pekerjaan di peringkat bawahan.Kelainan jenis tinggi (H) pula digunakan dalam perbincangan tentang hal-hal keagamaan, pendidikan, ekonomi, dan dalam bidang-bidang lain yang dianggap tinggi dan formal.Menurut Fishman (1967)diglosia ialah penyebaran lebih daripada satu kelainan bahasa dalam situasi yang berbeza.Diglosia dalam masyarakat ekabahasa ditandai dengan perkataan-perkataan tertentu yang disebut berbeza antara satu situasi dengan situasi yang lain.Perbezaan tersebut berlaku akibat adanya dialek dalam masyarakat bahasa tersebut.Secara kesimpulannya, diglosia menerangkan fenomena bahasa yang berlaku dalam masyarakat akibat terdapatnya tatatingkat sosial iaitu ada golongan yang berstatus tinggi dangolongan yang berstatus rendah.Situasi Diglosia di MalaysiaDiglosia ekabahasaWujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L).Diglosia dwibahasa / pelbagai bahasaWujud apabila bahasa Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (H), dan bahasa ibunda penutur lain di Malaysia dianggap bentuk substandard atau bukan standard (L)Diglosia Ekabahasa di MalaysiaDiglosia ekabahasa yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Malaysia terbahagi dua iaitu:1.Kelainan diraja (H)a. Kelainan diraja standardb. Kelainan diraja bukan standard2.Kelainan bukan diraja (L)a. Kelainan bukan diraja standardb. Kelainan bukan diraja bukan standardKelainan diraja (H)Kelainan yang digunakan dalam hubungan kebahasaan apabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripada keluarga diraja. Kelainan diraja biasanya adalah kelainan bahasa yang halus, yakni bahasa yang digunakan dengan penuh sopan santun dan adab tertib dalam apa keadaan sekalipun.1.Kelainan diraja standardKelainan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasi lisan di kalangan raja dalam konteks rasmi.2.Kelainan diraja bukan standardKelainan diraja mengikut negeri. Antara satu kelainan diraja bukan standard negeri dengan negeri yang lain mempunyai perbezaan ciri-ciri tertentuKelainan bukan diraja (L)Kelainan bukan diraja ialah kelainan bahasa yang digunakan oleh rakyat biasa.1.Kelainan bukan diraja standardkelainan bahasa Melayu standard yang menjadi bahasa (H) dalam diglosia di Malaysia. Kelainan ini merupakan kelainan yang menjadi bahasa pengantar dan diajarkan di sekolah-sekolah sbg mata pelajaran. Ia juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta menjadilingua francadalam hubungan antara kaum di Malaysia.2.Kelainan bukan diraja bukan standardMerujuk kepada kelainan yang disebut sebagai dialek geografiatau dialek daerah bahasa Melayu di Malaysiaseperti Kedah, Kelantan, Terengganu dll. Ia juga merupakan kelainan yang digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi dalam konteks hubungan kebahasaan orang Melayu di Malaysia.Diglosia Dwibahasa di MalaysiaJadual di bawah dapat memberikan gambaran yang hampir tepat mengenai situasi sebenar mengenai diglosia pelbagai bahasa di Malaysia.HHHBahasa Melayu StandardHLBahasa InggerisLLHSemua bahasa bumiputera / bukan bumiputeraLLBahasa pijinOleh kerana bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, maka secara tidak langsung bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa tinggi (H).Pada mulanya bahasa Inggeris diletakkan sebagai bahasa pertengahan (M). Walau bagaimanapun, senario kini memperlihatkan bahasa Inggeris dianggap bahasa berprestij dalam kalangan pengguna bahasa di Malaysia, dan diletakkan sebagai bahasa tinggi yang rendah (HL)Hal ini merujuk kepada keadaan lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaanSemua bahasa bukan bumiputera (bahasa Cina, Tamil, Punjabi, Telegu, Benggali dll) dan bahasa bumiputera (bahasa orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh, Dusun dll) dianggap sebagai bahasa rendah yang lebih tinggi (LH) daripada bahasa kacukan seperti bahasa pijin.Bahasa pijin diletakkan sebagai bahasa rendah rendah (LL) kerana sifat bahasa ini yang dikatakan sebagai bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa dan tidak pula boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.BillingualismeJuga dikenali sebagai kedwibahasaan.Perkara ini berlaku dalam dua keadaan:1.Seseorang yang mengamalkan dan menggunakan dua bahasa dalam kehidupan harian.2.Seseorang yang mengetahui dan menguasaidua bahasa dalam kehidupan harian.Konsep Mengamalkan dan MenggunakanMenggunakan dan memakai dua bahasa sebagai bahasa basahan sehari-hari.Contohnya keadaan apabila seseorang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kehidupan.Dengan kata lain, seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti (sekejap Melayu, sekejap Inggeris dan seterusnya)Konsep Mengetahui dan MenguasaiSeseorang yang mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi tidak semestinya mengamalkan dalam kehidupan harian.Wujud dalam keadaan berikut:1.Menguasai kedua-dua bahasa - (ambilingual)2.Menguasai kedua-dua bahasa tidak sama baik -(dwibahasawan)3.Sangat menguasai satu bahasa, sementara satu lagi bahasa sangat lemah - (pengetahuan pasif)4.Menguasai kedua-dua bahasa, tetapi menyembunyikan pengetahuan salah satu bahasa(tidak pernah bercakap / menulis / menggunakan bahasa tersebut) (covert bilingual)Faktor Kewujudan BilingualismeMasyarakat majmukDalam masyarakat majmuk, kepelbagaian bahasa wujud hingga menyebabkan pengetahuan mengenai bahasa lain dianggap lumrahPertembungan budayaDi kota-kota besar, penutur pelbagai bahasa sering bertembung, berinteraksi dan berkomunikasi, yang membawa kepada penguasaan bahasa keduaPenjajahanKedatangan penjajah membawa bahasa mereka menyebabkan keperluan untuk menguasai bahasa kedua sangat penting (menjajah dan dijajah)PerdaganganPara pedagang perlu mengetahui dan memahami bahasa lain untuk berinteraksi bagi pelbagai urusan (melariskan jualan, mendapatkan pelanggan baru, transaksi perdagangan)PengembaraanPengembara yang mengembara merentasi sempadan geografi politik akan mempelajari pelbagai bahasa (contohnya Marco Polo dan Ibn Battutah)Pengembangan agamaSetiap agama di dunia memiliki bahasa khas sebagai alat untuk mengembangkan agama.Bahasa Arah misalnya, dipelajari dan dikuasai untuk mendalami ilmu mengenai Islam.PendidikanMalaysia telah melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan penggunaan bahasa pengantar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di sekolah. Di universiti, kerajaan menggalakkan pelajar mempelajari bahasa lain sebagai persediaan ke alam pekerjaanDasar BahasaKerajaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua kaum wajib menguasai dan mengamalkannyaKahwin campurDalam perkahwinan campur, suami berbahasa lain dan isteri berbahasa lain akan melahirkan kedwibahasaan dalam keluarga tersebut.Kesan BilingualismeGangguan bahasa (linguistic interference)Pertukaran kod (code-switching)Percampuran kod (code-mixing)Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)Bahasa pijin (pidgin language)Bahasa kreol (creole language)Poliglosia (polyglossia)Gangguan bahasa (linguistic interference)Proses penyimpangan daripada norma kedua-dua bahasa yang berlaku dalam bahasa yang digunakan oleh dwibahasawan kesan daripada kebiasaan menggunakan lebih daripada satu bahasa.Gangguan berlaku dari 6 segi iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, ungkapan, dan kosa kata.FonologiGangguan dari segi sebutan kerana kecelaruan membunyikan sesuatu fonem. ContohRadio-redioProgram-progremAsid-esidMorfologiPeminjaman banyak morfem terikat daripada bahasa asing. ContohCerpenis-pencerpenBeliawanis-pemudiMenganalisa-menganalisisSintaksisPengaruh bahasa lain (contohnya bahasa Inggeris dan Arab) dalam ayat bahasa Melayu. Contoh:a.Maka kemudian dari itu, bertakwalah kepadaAllah.b.Sunat berbuka atas tamar.c.Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau juga kami memohon pertolongan.d.Perubahan tersebut yang mana banyak menjejaskan fenomena alam, telah e.Hal ini terjadi adalah kerana tabiat semula jadi SemantikWujud perubahan makna kerana faktor:1.Perubahan budaya dan penggunaan kataKhalwat bersunyi / bermukah2.Berlainan makna kerana berlainan sudut pandanganFirst floor tingkat satu / tingkat dua (kerana ada konsep ground floor)Right bank tebing kiri / tebing kanan3.Terjemahan yang sama, tetapi konsepnya berlainanKonsep leaf green / hijau daun (dinilai dari kawasan yang berbeza)UngkapanSetiap ungkapan dalam sesuatu bahasa merupakan kata-kata yang diulang-ulang sehingga menjadi satu ungkapan yang tetap.Apabila ungkapan ini diterjemah, sedikit sebanyak akan mengubah terjemahan tersebut dari sudut pengertian dan maknanya.Contoh:Terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut buayaditerjemahkan sebagaiOut of the frying pan into the fireKosa kataWujud kosa kata sinonim yang lebih banyak jumlahnya dalam satu-satu bahasa.Menjadi masalah sekiranya digunakan pada tempat yang salah.Contohnya perkataan orang (Melayu), insan (Arab) dan manusia (sanskrit) dalam ayat:1.Tiga ----- pencuri2.Kita sebagai ----- yang berakal3.Sebagai ----- kamil , para wali mempunyai Contoh lain: masak - goreng, sangai, rebus, celur, kukus, bakar, panggang, gril, salai.Pertukaran kod (code-switching)Pertukaran dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang disebabkan oleh perubahan tajuk yang dibicarakan atau petukaran orang yang disapa.Tajuk: menggunakan bahasa Inggeris apabila membincangkan tajuk yang berkaitan teknologi dan inovasi, kemudian menukar ke bahasa Melayu apabila berbicara tentangseni dan budaya Melayu.Orang: menggunakan bahasa Melayu ketika bercakap dengan ibu bapa, sebaliknya menukar ke bahasa Inggeris apabila bertutur dengan rakan yang berpendidikan barat.Percampuran kod (code-mixing)Berlaku apabila seseorang menukar-nukarkan bahasanya secara berganti-ganti untuk satu tajuk perbincangan yang sama.Contohnya apabila membicarakan sesuatu tajuk, penutur menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara berganti-ganti. Contoh:Well, as far as I am concerned,they alltu kalau diajak berbincang,very difficult. Masing-masing adaproblem. Tapi, kalau nak dapat projek, semuacome in front.Not fair right?Penganjakan bahasa / pemindahan bahasa (language shift)Berlaku apabila seseorang yang telah mengetahui bahasa ibundanya kemudian mempelajari satu bahasa lain, dan selepas itu meninggalkan bahasa ibundanya, dan menganjak atau berpindah ke bahasa kedua.Dengan erti kata lain, pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa lain. Contoh:Sebelum mesyuarat, semua ahli mesyuarat bercakap dalam bahasa Melayu.Semasa mesyuarat berlangsung, semua ahli mesyuarat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.Penalosa (1981) mengatakan terdapat 5 penganjakan bahasa yang besar dalam dunia moden, iaitu1.Pengambilan bahasa vernakular untukkegiatan kerajaan (di Jerman)2.Menerima pakai bahasa Eropah (di Australia, New Zealand, Cameron, Afrika)3.Penyebaran bahasa Inggeris dan Perancis (kesan penjajahan di Filipina, Iran)4.Proses perusiaan Russification (di Thailand, Indonesia)5.Penggantian bahasa import dengan bahasa peribumi (di Malaysia Inggeris Melayu)Asimilasi bahasa (linguistic assimilation)Berlaku biasanya di kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempatan sebagai bahasa sehari-hari.Apabila sampai pada generasi terkemudian, mereka yang akhir ini biasanya mengambil terus bahasa tempat mereka bermukim, dan tidak menggunakan bahasa ibu bapa mereka.Pengasimilasian bahasa berlaku serentak dengan pengasimilasian budaya.Bahasa pijin (pidgin language)Hasil daripada pertembungan dua atau lebih bahasa, dan bersifat sementara.Unsur-unsur dari kedua-dua bahasa bercampur aduk sehingga menimbulkan satu bentuk bahasa baru yang tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa asal.Contohnya pertembungan bahasa Cina dan bahasa Melayu di pasar telah melahirkan bahasa pasar yang sistem dan peraturannya tidak lagi boleh dirujuk kepada salah satu daripada bahasa asalnya, sama ada bahasa Cina atau bahasa Melayu.Bahasa kreol (creole language)Bahasa kreol ialah bahasa pijin yang telah mantap.Pertembungan dua bahasa yang berlainan asal usul telah menyebabkan wujud bahasa pijin, yang akhirnya mempunyai satu sistem bahasa tersendiri, dengan penutur jatinya sendiri, dan tidak lagi bersifat sementara.Contohnya kreol Cina Baba dan Chetiar di Melaka.Perbezaan Pijin dan KreolPijinBahasa kacukan yang belum mantapPola bahasanya sukar dikenal pastiTiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertamaContoh: bahasa pasarKreolBahasa kacukan yang telah mantapPola bahasanya dapat dikenal pastiMempunyai penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertamaContoh: bahasa Cina Baba di MelakaPoliglosia (polyglossia)Wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek atau laras bahasa yang kedudukannya juga pelbagai.Dalam masyarakat poliglosia terdapat perhubungan:1.Intra-group (dalaman) penggunaan antara bahasa Melayu baku, dialek Melayu, bahasaMelayu baku di negeri-negeri bahagian, bahasa Melayu lisan, bahasa Melayu basahan dll.2.Inter-group (luaran) penggunaan bahasa Melayu pasar, Manglish (Malaysian English)MultilingualismeJuga dikenali sebagai kepancabahasaan.Merujuk kepada keadaan kemampuan seseorang untuk bertutur atau menggunakan banyak bahasa.Multilingualisme wujud dalam negara majmuk.Keadaan menunjukkan bahasa di Malaysia:1.Dialek Melayu semenanjung 172.Dialek Cina lebih dari 53.Masyarakat India lebih dari 84.Peribumi semenanjung (asli) 145.Peribumi Sarawak 325.Peribumi Sabah 57BAB 3PERUBAHAN BAHASA DAN MASYARAKATKONSEP PERUBAHAN BAHASAPerubahan bahasa bermaksud penyesuaian atau penggantian fitur-fitur dalam sesuatu bahasa, iaitu dari satu peringkat ke satu peringkat dalam perkembangan sejarahnya.Perubahan tersebut akan memberi kesan kepada sistem bunyi atau sebahagian daripadanya, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata, dan lain-lain.Perubahan bersifat sejagat, berterusan sehingga ke peringkat tertentu, dan mengikut pola tertentu.Akamajian, Demers, Farmer, dan Harnish (1990) membahagikan tajuk perubahan bahasa kepada dua bahagian:1.Perubahan individuPerubahan spontan dalam sesuatu bahasa oleh seorang penutur2.Perubahan komunitiPenyampaian atau pengongsian sebenar perubahan itu dalam kalangan penuturdalam sesebuah komuniti bahasaSEBAB BERLAKU PERUBAHAN BAHASAPeredaran masaKedudukan jarak penutur yang jauhHalangan bentuk muka bumiCiri-ciri sosial yang berbezaPerbezaan latar belakangPeredaran MasaPeredaran masa menyebabkan perubahan sesuatu perkataan yang melibatkan beberapa elemen seperti dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan kosa kata.Kedudukan Jarak Penutur Yang JauhPenggunaan bahasa yang berbeza kerana faktor jarak.Misalnya pemastautin di negeri Kedah yang berhijrah ke bandar Kuala Lumpur, biasanya akan terlibat dalam proses perubahan bahasa.Mereka akan cuba menggunakan bahasa yang digunakan oleh pemastautin di Kuala Lumpur agar memudahkan perhubungan.Halangan Bentuk Muka BumiPerbezaan bentuk muka bumi telah menyebabkan perubahan bahasa berlaku kerana setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri yang membezakannya dengan tempat lain.Ciri-ciri Sosial Yang BerbezaCiri-ciri sosial yang berbeza melibatkan hal yang berkaitan dengan status sosial, adat, budaya, kepercayaan dll.Perubahan bahasa membantu menyelesaikan masalah sinonim bagi kata yang hampir sama.Contoh:wanita, perempuan, gadis, dara, perawan, cewek, puteri, ratu, diva, isteri, ibu, betinaPerubahan bahasa pasti berlaku untuk menentukan status sosial seseorang yang bergelar wanita.Perbezaan Latar BelakangPerbezaan latar belakang melibatkan perbezaan yang khusus seperti perbezaan pendidikan, kewangan, pengalaman, pengaruh dll.Perubahan bahasa dalam perbezaan ini berlaku kerana faktor kesesuaian penutur.Kita sering beranggapan bahawa orang yang berpendidikan biasanya, mengubah bahasanya menjadi lebih sopan untuk membezakannya dengan orang yang tidak berpendidikan.Contoh:proses menegur, mengkritik, memperli, memperlekeh, menguji, mengajarPROSES PERUBAHAN BAHASAPerubahan bunyiPerubahan fonemPerubahan morfemPenggantian kataProses asimilasiProses haplologiPenciptaan akronimProses lewah pembetulanPerubahan maknaPeluasan maknaPenyempitan maknaPenggubalan kata baruPerubahan makna kerana perubahan dialekProses hanyutan fonetikKemusnahan kataProses pembakuan sebutanProses perubahan penggunaan kataPenggunaan dialekKata slangaPerubahan BunyiPerubahan bunyi seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu modenPerubahan FonemPerubahan fonem seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu modenPerubahan MorfemPerubahan morfem seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu modenPenggantian KataPenggantian kata seperti yang terdapat dalam kosa kata bahasa Melayu moden awal dengan bahasa Melayu moden kiniProses AsimilasiProses dua bunyi yang menjadi sama atau serupa disebabkan oleh pengaruh satu bunyi kepada satu bunyi yang lain.Proses HaplologiPelenyapan satu atau lebih bunyi yang serupa dan berturutan dalam pertuturanAkronim / PenggemblenganBentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.Proses Lewah PembetulanJuga dikenali sebagai proseshypercorrection.Proses menghilangkan fonem yang bersifat lewah (membazir) dan menggantikannya dengan fonem lain.Proses Hanyutan DriftJuga dikenali sebagai prosesphonetic driftProses menggugurkan fonem tertentu mengikut prosedur / langkah tertentuPerubahan MaknaPerubahan makna atau pemindahan makna bermaksud menukar definisi / konsep sesuatu kosa kata kepada definisi / konsep yang berlainan sama sekaliProses ini dipengaruhi oleh peredaran masaPeluasan MaknaMeluaskan sesuatu definisi / konsep bagi sesuatu kosa kataPenyempitan MaknaKonsep ini merujuk kepada keadaan makna asal dalam kosa kata asing yang bersifat umum kepada lebih spesifik.Penggubalan Kata BaruPenciptaan kosa kata baru sebagai memenuhi keperluan semasa.Contohnya kosa kata kiwi (sejenis burung yang terdapat di New Zealand).Kemudian kosa kata tersebut dijadikan jenama bagi barang yang digunakan untuk menggilap kasut kulit.Sekarang, kiwi juga diterima sebagai kata kerja (kolokial).Contoh ayat: Tolong kiwikan kasut saya.Perubahan Makna Akibat Perubahan DialekMakna berubah akibat dialekKehilangan / Kemusnahan KataKosa kata yang hilang / lenyap / musnah daripada penggunaan pada masa sekarang.Kosa kata tersebut hanya boleh dilihat pada prasasti-prasasti lamaContohnya seperti kosa kata kavuatanna, bharyya, vadhana, punarapi, vajrasarinaKosa kata yang terdapat dalam teks Melayu klasik.Contohnya seperti kosa kata arakian, kalakian, syahdan, sahibul hikayatProses Pembakuan SebutanSebutan baku bahasa Melayu yang dilancarkan pada penggal kedua persekolahan pada tahun 1988 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah salah satu daripada proses perubahan bahasa yang berlaku dalam bahasa Melayu.Sebelum itu terdapat sebutan dialek Johor-Riau, sebutan Indonesia, dan dialek Melayu.Perubahan ini telah memantapkan proses penyusunan sebutan baku yang lebih sistematik.Perubahan Penggunaan KataPerubahan yang melibatkan penggunaan kata bagi sesetengah status sosial sahaja kepada penggunaan kata untuk umumPenggunaan Dialek Setempat / Bahasa Asing Sebagai Bahasa BasahanPenggunaan dialek setempat dan bahasa asing dalam bahasa Melayu sebagai bahasa basahan sudah menjadi lumrah akibat proses perubahan bahasaKata SlangaKosa kata yang dicipta untuk kumpulan tertentu dengan tujuan untuk membezakan kumpulan tersebut dengan kumpulan lain.Banyak kata selanga telah diserap masuk dalam bahasa Melayu.Contohnya seperti perkataan tuang (ponteng), cun (cantik), melepak (tidak buat sebarang aktiviti)