Click here to load reader

Sosiolinguistik Print

  • View
    892

  • Download
    18

Embed Size (px)

Text of Sosiolinguistik Print

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS DARUL AMAN 60000 BANDAR DARULAMAN, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

BAHASA MELAYU 2NAMA PELAJAR : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI KURSUS : PPISMP SEMESTER 1 : P.KHAS (BM) / PSV/ PJ NAMA PENSYARAH : EN.HJ MANSOR HJ.AHMAD

1

ISI KANDUNGAN

Prakata Sosiolinguistik -Pendahuluan -Konsep dan Definisi -Unsur-unsur Sosiolinguistik

-

Variasi Bahasa Laras Bahasa Kesantunan Bahasa

Fonologi Tulisan Jawi -Sejarah Tulisan Jawi -Perihal Huruf-huruf Arab -Huruf-huruf Jawi -Kelompok Huruf Jawi Bahasa Baku Balik Kampung Dialek Kelantan Balik Kapung Transkripsi Tulisan Jawi Balik Kampung Refleksi Lampiran2

3

1.0

PRAKATA Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya

menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh jangka masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Di sini, ingin saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Bahasa Melayu Dua saya iaitu Encik Mansor bin Ahmad dan Encik Ahmad Sukri bin Mustaffa kerana sudi melungkan masa untuk mengadakan perbincangan tentang sosiolinguistik dan juga tulisan jawi dan kerana sudi memberi tunjuk ajar cara-cara untuk membuat tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata perangsang kepada saya walaupun berjauhan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawankawan saya yang telah banyak membantu saya menyelesaikan masalah tentang tugasan ini dan yang memberi pendapat serta idea kepada saya semasa dalam proses penghasilan tugasan ini.

Seterusnya tidak lupa juga kepada pihak perpustakaan kerana membantu mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sekian, wassalam. Ribuan terima kasih juga kepada sesiapa yang telah terlibat dalam penghasilan tugasan ini

4

5

SOSIOLINGUISTIK2.0 : PendahuluanHubungan di antara bahasa dan masyarakat telah lama mendapat perhatian para sarjana,terutamanya oleh ahli antropologi dan sosiologi. Perkara ini jelas timbul di dalam penulisan Mills (1939) dan Hertzler (1953), serta dalam perbincangan mengenai konsep linguistic relativity oleh Wharf dan Sapir. Penelitian mengenai aspek ini pada mulanya dilakukan di dalam kursus-kursus yang memakai tajuk- tajuk seperti Bahasa dan Budaya, Bahasa dalam Kebudayaan dan Linguistik Antropologi di AmerikaSyarikat. Di England, aspek-aspek yang sama turut disentuh oleh B.Malinowski dengan teori Keperihalan Keadaannya (context of situation), sebuah teori yang disesuaikan kepada bidang ilmu linguistik oleh J.R Firth.

2.1 : Konsep dan Definisi Sosiolinguistik6

2.1.1 : Konsep Sosiolinguistik Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik, menunjukkan bahawa bidang ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Sosiolinguistik adalah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat penuturnya. Bahasa memang bukan sesuatu yang langka untuk didengar. Namun, bukan bererti semua orang memahami tentang pengertian bahasa tersebut. Umumnya orang mengetahui bahawa bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia untuk melakukan kegiatan hidup sehari-hari. Antara beberapa pendapat tentang pengertian bahasa. Chaer (2004:1) berpendapat bahawa bahasa adalah alat komunikasi dan alat interaksi yang hanya dimiliki oleh manusia. Maksud dari pendapat tersebut pada dasarnya menyatakan bahawa bahasa adalah alat komunikasi yang hanya dimiliki mahluk hidup yang disebut manusia. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa mahluk hidup yang lain tidak memiliki komunikasinya. Manakala Sumarsono (2007:18) berpendapat bahawa bahasa adalah sistem lambang berupa bunyi yang bersifat sewenang-wenang (arbitrer) yang dipakai oleh anggota-anggota masyarakat untuk saling berhubungan dan berinteraksi. Pada hakikatnya pendapat yang disampaikan oleh Sumarsono tidak jauh berbeda dengan pendapat sebelumnya, hanya saja pendapat yang disampaikan oleh Sumarsono lebih menekankan bahawa bahasa merupakan alat untuk melakukan hubungan antara manusia satu dengan yang lain. Aslinda (2007:1) mengatakan bahawa bahasa adalah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi, dan mengidentiflikasikan diri. bahasa sebagai alat

7

Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dikemukakan tersebut dapat diambil sebuah kesimpulan tentang pengertian bahasa. Bahasa adalah alat komunikasi dan alat interaksi yang hanya dimiliki oleh manusia, yang berwujud lambang bunyi, yang digunakan oleh masyarakat untuk bekerja sama, berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri.

Fungsi bahasa secara tradisional dapat dikatakan sebagai alat komunikasi verbal yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Akan tetapi, fungsi bahasa tidak hanya semata-mata sebagai alat komunikasi. Bagi Sosiolinguistik konsep bahasa adalah alat yang fungsinya menyampaikan pikiran saja dianggap terlalu sempit. Chaer (2004:15) berpendapat bahawa fungsi yang menjadi persoalan Sosiolingustik adalah dari segi penutur, pendengar, topik, kode, dan amanat pembicaraan. Maksud dari pernyataan tersebut pada intinya bahawa fungsi bahasa akan berbeza apabila ditinjau dari sudut pandang yang berbeza sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Terdapat beberapa penjelasan tentang fungsi-fungsi bahasa tersebut. Yang pertama jika dilihat dari segi penutur maka bahasa itu berfungsi personal atau peribadi. Maksudnya, si penutur menyatakan sikap terhadap apa yang dituturkannya, bukan hanya menyatakan sikap lewat bahasa tetapi juga memperlihatkan sikap itu sewaktu menyampaikan tuturannya, baik sedang marah, sedih, ataupun gembira.

Manakala yang kedua pula dilihat dari segi pendengar maka bahasa itu berfungsi direktif, iaitu mengatur tingkah laku pendengar. Dalam hal ini, bahasa itu tidak hanya membuat si pendengar melakukan sesuatu, tetapi melakukan hal sesuai dengan keinginan si pembicara.8

Jika dilihat dari segi topik maka bahasa itu berfungsi referensial. Dalam hal ini bahasa itu berfungsi sebagai alat untuk membicarakan objek atau peristiwa yang ada di sekeliling penutur atau yang ada dalam budaya pada umumnya. Dari segi kode maka bahasa itu berfungsi metalingual atau metalinguistik, iaitu bahasa digunakan untuk membicarakan bahasa itu sendiri, seperti pada saat mengajarkan tentang kaedah-kaedah atau aturan-aturan bahasa yang dijelaskan dengan menggunakan bahasa. Akhirnya apabila dilihat dari segi amanat yang disampaikan maka bahasa itu berfungsi imaginatif, yakni bahasa itu dapat digunakan untuk menyampaikan fikiran, gagasan, dan perasaan (baik sebenarnya mahupun khayalan/rekaan). Fungsi imaginasi ini biasanya berbentuk karya-karya sastera.

Berdasarkan pendapat tersebut, dapat disimpulkan tentang fungsi bahasa. Fungsi bahasa dapat dilihat dari berbagai segi, iaitu segi penutur, segi pendengar, segi topik, segi kode, dan segi amanat. Dalam sosiolinguistik, masyarakat pula bermaksud mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi berkelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok,pertembungan antara kelompok dan perbezaan dari segi bahasanya.

Ilmu sosiolinguistik merupakan kajian kontekstual terhadap variasi penggunaan bahasa masyarakat dalam sebuah komunikasi yang alami. Variasi dalam kajian ini merupakan masalah pokok yang dipengaruhi atau mempengaruhi perbezaan aspek sosiokultural dalam masyarakat. Kelahiran Sosiolinguistik merupakan buah dari perdebatan panjang dan melelahkan dari berbagai generasi dan aliran. Puncak ketidakpuasan kaum yang kemudian9

menamakan diri sosiolinguis ini sangat dirasakan ketika aliran Transformasional yang dipelopori Chomsky tidak mengakui realitas sosial yang sangat heterogen dalam masyarakat. Oleh Chomsky dan pengikutnya ini, heterogenitas berupa status sosial yang berbeza, umur, jenis kelamin, latar belakang suku bangsa, pendidikan, dan sebagainya diabaikan sebagai faktor yang sangat berpengaruh dalam menentukan pilihan-pilihan berbahasa. Berpijak dari paradigma ini, sosiolinguistik berkembang ke arah yang memandang bahawa bahasa tidak dapat dijelaskan secara memuaskan tanpa melibatkan aspek-aspek sosial yang mencirikan masyarakat.

2.1.2 : Definisi SosiolinguistikSosiolinguistik jika ditinjau dari segi bahasa maka ilmu antara disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik yang merupakan dua bidang ilmu yang berkaitan erat. Oleh karana itu, untuk memahami tentang Sosiolinguistik, perlu terlebih dahulu disampaikan apa yang dimaksud dengan sosiologi dan linguistik itu. Antaranya ialah Chaer (2004:2) berpendapat bahawa intinya sosiologi itu adalah kajian yang objektif mengenai manusia di dalam masyarakat, mengenai lembagalembaga, dan proses sosial yang ada di dalam masyarakat, sedangkan pengertian linguistik adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa Sosiolinguistik adalah bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan bahasa itu di dalam masyarakat.

Manakala Sumarsono (2007:2) mendefinisikan Sosiolinguistik sebagai linguistik institusional yang berkaitan dengan pertautan bahasa dengan orangorang yang memakai bahasa itu. Maksud dari penjelasan tersebut pada dasarnya menyatakan bahawa para pemakai bahasa tentulah mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek seperti jumlah, sikap, adat istiadat, dan budayanya.

10

Rafiek (2005:1) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai belajar bahasa dalam pelaksanaannya itu bermaksud atau bertujuan untuk mempelajari bagaimana konvensi-konvensi tentang relasi penggunaan bahasa untuk aspek-aspek lain tentang perilaku sosial.

Booiji (Rafiek, 2005:2) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang mempelajari faktor-faktor sosial yang berperanan dalam pemakaian bahasa dan yang berperanan dalam pergaulan.

Akhirnya Wijana (2006:7) berpendapat bahawa sosiolinguistik merupakan cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa itu di dalam masyarakat. Pendapat tersebut pada intinya berpegang pada satu kenyataan bahawa dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu, akan tetapi sebagai masyarakat sosial.Dalam buku Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, terdapat beberapa pendapat mengenai sosiolinguistik. Antaranya ialah: (Hymes 1968) suatu aktiviti di antara disiplin, di mana ahli-ahli sosiologi,antrapologi dan falsafah memainkan peranan masing-masing, tetapi peranan yang paling penting ialah yang disumbangkan oleh ahli ahli linguistik.

(Hymes 1966) sosiolinguistik mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan di antara latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri.

11

Berdasarkan penjelasan-penjelasan tersebut, dapat disimpulkan pengertian tentang sosiolinguistik. Sosiolinguistik adalah ilmu yang mempelajari ciri dan berbagai variasi bahasa, serta hubungan di antara para pengguna bahasa dengan fungsi variasi bahasa itu di dalam suatu masyarakat bahasa.

2.1.3 : Sejarah SosiolinguistikPerkembangan tegas bermula dengan terbentuknya jawatankuasa khusus untuk bidang ini dari badan Social Science Research Council (di Amerika). Jawatankuasa ini mengadakan persidangan tidak rasmi iaitu perjumpaan Linguistik Institut pada tahun 1964. Pada tahun yang sama, persidangan mengenai sosiolinguistik di University of California di Los Angeles (UCLA)12

diadakan. Hasil persidangan ini telah dibukukan iaitu (Bright 1966). Ini usaha pertama untuk melihat reaksi umum terhadap bidang ini kerana ini kali pertama istilah sosiolinguistik digunakan untuk disiplin ini. Reaksinya menggalakkan dan penerbitan pertama diterbitkan iaitu Lieberson (1966) dan Macnamara (1967).

Di England, sosiolinguistik tidak begitu berkembang kerana ahli-ahli bahasa di sana sentiasa bergelumbang dengan teori keperihalan keadaan, (context of situation). Di Amerika, perkembangan disiplin ini begitu pesat seperti yang dinyatakan dalam hasil terbitan Ervin-Tripp (1968). Pendalaman dalam bidang ini berterusan dengan adanya kajian dan perbincangan. Dalam tahun tujuh puluhan bidang ini telah mencapai kematangan yang agak tinggi.

2.1.4 Unsur-unsur Sosiolinguistik

Terdapat pelbagai unsur-unsur sosiolinguistik. Antaranya ialah variasi bahasa, laras bahasa, wacana, retorik dan kesantunan berbahasa. 2.1.5 Variasi Bahasa13

Antara unsur-unsur variasi bahasa ialah 2.1.5.1Dialek Mengikut kamus linguistik, dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa baku. Terdapat pelbagai jenis dialek di Malaysia. Antaranya ialah: Dialek Johor-Riau Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran a yang dibunyikan sebagai . Seperti contoh: Saya - disebut say Apa disebut Ap Berapa disebut Berap Bagaimanapun akhiran a untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal : Anda disebut anda Merdeka - disebut Merdeka bunyi akhiran r tergugur pada kata-kata seperti berikut: Besar - disebut Besa (dengan sebutan a yang betul) lebar - disebut Leba (dengan sebutan a yang betul) sabar - disebut Saba (dengan sebutan a yang betul) Bunyi o diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ur Tidur disebut Tido14

Telur disebut Telo Pengguguran bunyi r ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut: Kerja - disebut Keja (a menjadi sebutan ) Pergi - disebut Pegi Berjalan - disebut Bejalan Bagaimanapun terdapat viarasi kecil di dalam dialek ini mengikut kawasankawasan tertentu. Variasi tersebut dapat dilihat dibawah: Ejaan Standard Melaka Besar Besau Lebar Sabar Langgar Langgau Tukar Dialek Negeri Sembilan Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera. Dialek Perak Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan) Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku15

Johor-Riau

Johor Pesisir Barat & Utara Beso Lebo Sabo Langgo Tuko Tukau Lebau Sabau

Besa Leba Saba langga Tuka

a seperti contoh berikut: Perak Selatan Say Ap PerakTengah Say Ap

Nota: Huruf-huruf merupakan sebutan yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf e mengikut contoh bunyi e dalam kata beca Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah: (sekadar beberapa contoh) BM Malaysia Kamu Kota Perak Selatan Kom Kot Perak Tengah Kome Kote

Dialek Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak Utara) Selain berbeza sebutan, terdapat juga perbezaan kata yang jelas antara dialek Utara dengan Dialek Johor-Riau. Ciri utama dialek ini adalah sebutan a dihujung kata yang dibunyikan secara baku. Ejaan Standard Saya Dia Mana Dialek Utara Saya (mengikut sebutan baku) Dia (mengikut sebutan baku) Mana (mengikut sebutan baku)

Huruf r di akhir kata diganti dengan bunyi q. Lihat contoh: Ejaan Standard Bergetar Ular Dialek Utara Bergetaq Ulaq16

Telur

Teloq

Bunyi i di tengah digantikan dengan bunyi ia Ejaan Standard Pasir Baligh Dialek Utara Pasiaq Baliaq

Pengguguran huruf g dibelakang kata. Contoh: Ejaan Standard Kambing Kuning Anjing Kunin Anjin Dialek Utara Kambin

Kata-kata yang berbeza dengan Bahasa Melayu Standard (sekadar beberapa contoh): BM Standard Awak / Kamu Mereka (bunyi ) Sekejap Kenapa (bunyi ) Pergi Kelapa Hang Depa (sebutan baku) Sat Awat Pie (bunyi) Nyoq Dialek Utara

Terdapat juga dialek kecil didalamnya yang mempunyi sedikit beza sebutan seperti dibawah: Dialek Utara Kasut Dialek Utara (Perlis) Kasuit17

Pulut Dialek Kelantan (kecek kelate)

Puluit

Dialek Kelantan merupakan dialek Melayu yang paling banyak mempunyai beza sebutan dari dialek-dielak Melayu di Semenanjung. Selain beza sebutan, dialek Kelantan juga mempunyai banyak perkataan yang berbeza. Ciri utama dialek Kelantan adalah penggantian huruf n dan ng di belakang kata dengan huruf e (sama dengan bunyi e dalam kata Beca) Ejaan Standard Kawan Bulan Terang Tenang Bukan Tangan Dialek Kelantan Kawe Bule Teghe Tene Buke Tange

Huruf a di belakang kata juga diganti dengan bunyi o Ejaan Standard Apa Hamba Mana Dialek Kelantan Gapo Ambo Mano

Perbezaan kata antara dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard Ejaan Standard Satu (dua, tiga empat) Saya Awak / Kamu Bagaimana Dialek Kelantan Se (dua, tiga empat) Kawe / ambo Demo Guano18

Cakap Duit Gaduh Juara Kelapa Kawan / sahabat Dialek Terengganu

Kecek Pitih Gocho Jogho Nyo Saing

Gaya percakapan penutur dialek Terengganu sama seperti dialek Kelantan. Bagaimanapun ianya berbeza dari segi sebutan. Ciri utama dialek Terengganu adalah penambahan huruf g bagi kata-kata yang berakhiran dengan n. Contoh: Ejaan Standard Makan Ikan Bukan Badan Pun Zapin Kemaman (nama daerah) Jalan Hujan Dialek Terengganu Makang Ikang Bukang Badang Pung Zaping Kemamang Jalang Hujang

Dalam dialek Terengganu huruf a di akhir kata juga diganti dengan bungi yang jelas sebagaimana dielak Perak (selatan) Ejaan Standard Apa Mana Ada Dialek Terengganu Ap Man Ad Dialek Kelantan Gapo Mano Ado

19

Pengguguran huruf m didalam kata-kata seperti : Ejaan Standard Jumpa Sampai Dialek Terengganu Jup Sapaa

Terdapat juga sedikit perbezaan kata didalam dialek Terengganu seperti contoh berikut: BM Standard Duit Selalu Dialek Terengganu Piti Sokmo

(ada diantaranya sama dalam dialek Kelantan) Dialek Pahang Gaya penuturan sama seperti penutur dialek Kelantan dan Terengganu. Tetapi berbeza sedikit dari segi sebutan. Tidak banyak info yang diperolehi tentang dialek ini kerana penuturnya lebih cenderong menggunakan dialek Johor-Riau (Pahang di satu masa dahulu adalah sebahagian dari jajahan kerajaan JohorRiau-Lingga) Dialek Sarawak Bahasa Melayu Sarawak merupakan dialek yang paling besar perbezaannya dengan dialek-dialek Melayu lain di Malaysia. Dielak ini juga dipengaruhi bahasa Melayu Brunai, Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan bahasa suku-suku di Filipina. Berikut adalah beberapa perkataan didalam dialek Melayu Sarawak BM Standard Saya Awak / kamu Dialek Sarawak Kamek Kitak20

Dia Tidak Jangan Ini Sini Itu Situ Sana Mana Dimana Cakap Orang Cantik Sombong Lama Jumpa Kucing Anjing Ayam Ya

Nya Sik Sikboh Itok Sitok Ya Siya Sinun Ne Sine Madah Sidak Kacak lawa Lamak Temu Pusak / pusa Asok Manok Auk

dan banyak lagi perkataan dalam dialek Sarawak yang sangat berbeza dengan dialek-dialek Melayu di Semenanjung. (tapi ada juga yang sama) Dialek Sabah Bahasa Melayu Sabah tidaklah banyak berbeza dengan bahasa Melayu Semenanjung berbanding bahasa Sarawak. Bilangan orang Melayu-Brunei yang bukan majoriti tidak dapat mempengaruhi pertuturan Bahasa Melayu di Sabah. Keadaan ini menyebabkan suku-suku asli di Sabah menjadi bahasa Melayu Standard sebagai bahasa pemersatu antara mereka. Bagaimanpun, mereka menggunakan sebutan baku yang bunyinya seperti Bahasa Indonesia. Disaming21

itu terdapat juga kata pinjaman dari bahasa suku kaum di negeri itu. Bagaimanapun data yang tersedia masih minium Biarpun banyakvariasi dalam dialek-dialek Melayu Malaysia, generasi muda kinisemakin ramaiyang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibu mereka sendiri.Keadaan ini dapat dilihatketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan,Pahang dan Perak.

2.1.5.2

Bahasa kebangsaan

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut. Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut 2.1.5.3 Bahasa Baku22

Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik.

Dari segi fungsi, bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana Unsur penyatu: digunakan oleh orangorang daripada pelbagai daerah loghat. Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu dan Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah-betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan

23

pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat.

2.1.5.4

Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi saranan komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

24

2.1.5.5

Bahasa Pijin

Bahasa Pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak penutur tersebut. bahasa Pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal, sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa Pijin ini digunakan oleh para pedagang untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan perbualan maka bahasa Pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa Pijin memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language. . Contoh formula Bahasa Pijin ialah: A+B = C

25

Bahasa A bercampur dengan bahasa B menjadi bahasa C. Bahasa C tidak boleh dikategorikan sebagai bahasa A atau bahasa B. Bahasa Pijin bersifat sementara kerana tiada penutur asli.

2.1.5.6

Bahasa Kreol

Kreol ialah bahasa yang berkembang daripada bahasa pijin dengan meluaskan kosa katanya dan memperoleh struktur tatabahasa yang lebih kompleks. Tidak seperti pijin, kreol mempunyai penutur asli. Ia akan wujud apabila sesuatu pijin diperolehi oleh kanak-kanak sebagai bahasa ibunda mereka. Sekiranya ia diwarisi dan diajar kepada kanak-kanak maka ia akan menjadi kreol. Kreol merupakan sejenis bahasa pijin yang telah mantap penggunaannya dan mempunyai komuniti penuturnya yang tersendiri. Contoh kreol yang ada ialah Kreol Cape Verdean (KCV) yang digunakan di Cape Verde, Kepulauan Afrika dan merupakan bekas jajahan Portugis sehingga 1975. Walaupun KCV merupakan bahasa bangsa, namun bahasa Portugis masih menjadi bahasa rasmi di sana (Marlyse Baptista 2004: 661). Sebagai contoh (Marlyse Baptista 2004:664):

26

2.1.5.7

Bahasa Slanga

Slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut The Oxford Companion to the English Language oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud origin uncertain iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata sling iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan beggar language and rogues language iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya

memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu

27

kepada perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound dan sebagainya.

2.1.6 Laras Bahasa Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. -Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. -Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi Laras (Halliday) Tajuk wacana

Merujuk28

kepada

bidang

yang

diperkatakan seperti biologi, perubatan, suka, penidikan, matematik dan sebagainya. Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan. Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak fokus digunakan untuk memberikn

kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selariperlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Sama

ada

wacana

berkenaan

disampaiakan secara lisan atau tulisan. Jika lisan, sama ada ia merupakan Cara penyampaian wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa? Jika tulisan sama ada ia esei, laporan, surat Gaya penyampaian rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan? Mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi29

formal atau tak formal. Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif.

1.1.6.1

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus 1.1.6.1.1 Laras Bahasa Khusus Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku). Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khusus ialah kosa kata, tatabahasa dan gaya. 1.1.6.1.2 Laras Bahasa Biasa Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan,rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan). Gaya ayat sederahana, ringkas dan padat.30

Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal Laras Bahasa Biasa Formal/Rasmi Tak Formal Berlaku proses pengguguran dalam ayatDigunakan dalam majlis rasmi, surat ayat yang diucapkan sama ada kiriman dan sebagainya. pengguguran subjek, predikat atau objek.

1.1.6.1.3

Laras Bahasa Perniagaan

Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya. Disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai31

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

1.1.6.1.4 Laras Bahasa Akademik Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Bersifat teknikal. Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut formati tertentu seperti perlu ada catatan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab. Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya. 1.1.6.1.5 Laras Bahasa Undang-Undang

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya. 1.1.6.1.6 Laras bahasa media

32

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah. Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah : Pertama, bahasa yang digunakan mudah. Kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

1.1.6.1.7

Laras Bahasa Sastera

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera: a. kreatif dan imaginatif: kabur mesej b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa dan sebagainya.33

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kiasan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya. e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

1.1.6.1.8

Laras Bahasa Agama

Mengandungi istilah agama daripada Bahasa Arab Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur Bahasa Arab Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

34

1.1.7

Kesantunan Berbahasa

Di dalam Bahasa Melayu terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan kesantunan berbahasa. Kita sebagai orang melayu sepatutnya mengamalkan cara ini untuk menunjukkan kesantunan bahasa kita. Antara cara menunjukkan kesantunan berbahasa ialah: Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan 1. sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa35

2. 3. 4. 5.

6. 7.

istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar 8. duli dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung 9, kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Lihat contoh berikut: Digunakan untuk orang lelaki Pak yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka untuk Mak perempuan yang orang kira-kira

sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki Tok atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri. Digunakan untuk orang lelaki Abang yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak semua sendiri. Digunakan untuk orang Kakak perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri. Digunakan untuk orang lelaki Adik atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri. 10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:36

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, daripada sendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi37

daripada sendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran38

Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) +

Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan +39

Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Rujukan Hormat Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Raja Permaisuri Agong Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Tengku Duli Yang Teramat Mulia atau Permaisuri Balu Raja Raja Muda

atau

Mahkota Yang Teramat Mulia Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia Bergelar warisan Yang Mulia Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Yang Amat Berhormat Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Yang Berhormat yang (wakil rakyat) Wakil Rakyat atau Raja Tun, Toh Puan Yang mempunyai kurniaan kerajaan

mempunyai gelaran Tengku Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia gelaran (selain Yang Berbahagia

Tun dan Toh Puan) atau/dan

gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Hakim, Kadi Yang Arif40

Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

41

3.0 SISTEM FONOLOGI TULISAN JAWISejarah Tulisan Jawi3.1 Pendahuluan

42

Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. 3.2 Sejarah Tulisan Jawi Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihakpihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat43

senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya, ukiran-ukiran pada masjid , istana, azimat dan tangkal Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu Syed Naquib al-Attas (1969: 11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang menyatakan bahawa pada tahun 55 H./ 674 M sudah ada penempatan orang islam di Sumatera Timur (San Fu Chi = Srivijaya = Palembang). Orang islam yang berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di Kalah (Kedah) sekitar tahun 878 M. (Fatimi, 1963: 690 dan di Palembang ( S.M.N. al-Attas, 1969: 11).

Fatimi (op. cit.: 66) juga telah menegaskan bahawa islam mula-mula datang ke Kepulauan Melayu melalui hala Timur dengan menyangkal pendapat/ anggapan pengkaji-pengkaji Barat misalnya de Jong yang berpendapat islam mula-mula datang melalui Barat sama ada langsung dari tanah Arab atau pun melalui India. Penemuan duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil (satu daripada duit itu bertarikh 848 M.) di Kedah, membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang islam di Kepulauan Melayu (lihat H.G.Q. Wales, 1940:32, petikan Omar Awang, ibid.: 190)

44

Bukti kewujudan tulisan jawi di Tanah Melayu

Rajah 1:Batu Bersurat di Terengganu

Rajah 2: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu bertulisan Jawi.

3.3

Perihal Huruf Arab45

Jadual 1 menunjukkan huruf-huruf Arab yang dasar, iaitu yang digunakan untuk menulis mushaf suci al-Quran.

Tunggal

Awal kata

Tengah kata

Akhir kata

alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin sad dad ta za

46

a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z s sy s, () d, () t, () z, ()

ain ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye nya hamzah ta marbutahCatatan:

awal: a, i, u; akhir: k, () gh ng f p k, q, (q) k g l m n w, u, o v h y, i, e taling e pepet hujung ny awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik

dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.47

2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

3.4

Huruf-huruf jawiTulisan jawi mempunyai 37 huruf semuanya. Namun begitu, hanya 30

huruf sahaja yang diperkenalkan secara rasmi. Ada lagi huruf yang tidak di perkenalkan secara rasmi iaitu huruf ta(k) marbutah bentuknya ialah dua,iaitu huruf vokal dan huruf konsonan. Dalam tulisan jawi terdapat huruf baru yang diperkenalkan iaitu huruf ca[ nga[ ], ga[ ], pa[ ], nya[ konsonan.3.4.1 Huruf-huruf konsonan

.

Kehadirannya hanya diakhir kata. Huruf-huruf jawi,boleh dibahagikan kepada

],

] dan va[

]. Keadaan ini membolehkan huruf-huruf

jawi memenuhi keperluan untuk mengadakan lambang bunyi bagi setiap

Tulisan jawi mempunyai 34 huruf konsonan semuanya. Konsonan tersebut ialah ba[ qaf[ ], ta[ ], kaf[ ], sa[ ], ga[ ], jim[ ], lam[ ], ha[ ],ha[ ], ca[ ], dal[ ], zal[ ], ra[ ], zai[ ], ],mim[ ]. ], nun[ ], va[ ], ha[ ], ye[ ],nya[ ], sin[ ],syin[ ],sad[ ], dad[ ], ta[ ], za[ ],ain[ ], ghain[ ], nga[ ], fa[ ], pa[ ], hamzah[ ] dan ta marbutah[

48

3.4.2 Huruf-huruf vokal Dalam sistem tulisan jawi terdapat tiga huruf vokal. Tiga huruf vokal yang kerap digunakan sebagai vokal iaitu Alif[ ], wau[ ]dan ya[ ]. Disebabkan vokal melayu ada enam,sedangkan huruf yang boleh dimanafaatkan hanya tiga maka tiap-tiap satu huruf menjadi lambang kepada dua bunyi iaitu Alif dijadikan lambang vokal [e] pepet dan [a]. Wau dijadikan lambang vokal [u] dan [o]. Ya dijadikan lambang vokal [i] dan [e] taling Namun begitu, bunyi w juga dilambangkan oleh huruf wau dan huruf y dilambangkan dengan huruf ya. Ini bermakna huruf wau dan ya menjadi lambang kepada dua bunyi vokal dan satu bunyi konsonan.

3.4.2 Huruf-huruf Diftong

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem tetapi dilambangkan dengan dua vokal. Dalam tulisan jawi terdapat tiga diftong iaitu ai, au dan oi. Diftong ai: merupakan hasil pertemuan dua vokal iaitu vokal alif dan vokal49

ya. Diftong au: merupakan hasil pertemuan antara vokal alif dan vokal wau. Diftong oi: merupakan pertemuan antara vokal wau dengan vokal ya.

3.5

KELOMPOK HURUF JAWI

Berasaskan kepada cirinya, huruf jawi boleh dibahagikan kepada empat kelompok. Empat kelompok tersebut ialah : 3.5.1 huruf perangkai huruf perangkai ada dua puluh tujuh iaitu

antara ciri-ciri utama huruf-huruf ini ialah: -boleh dirangkaikan sesama sendiri untuk menulis sesepatah kata walau Betapa panjang sekalipun. -boleh dirangkaikan dengan huruf pemutus selepasnya tapi tidak boleh Disambung sebelumnya. 3.5.2 huruf pemutus

huruf pemutus ada tujuh huruf semuanya. Antara ciri-ciri utama huruf pemutus ialah boleh dirangkaikan dengan huruf perangkai sebelumnya tetapi tidak boleh dengan huruf apa pun50

selepasnya.

Oleh sebab ia tidak boleh dirangkaikan dengan huruf lain

selepasnya, maka apa jua rangkaian huruf mesti putus apabila sampai pada salah satu daripada huruf ini.

Jika satu-satu perkataan itu terbina daripada huruf-huruf ini semata-mata, maka huruf yang dipakai hanya perlu diatur satu demi satu menurut tertib tanpa dirangkaikan. Demikian juga jika huruf yang terakhir adalah daripada kelompok huruf perangkai. 3.5.3 huruf berumah huruf berumah hanya satu iaitu hamzah [ adalah seperti berikut : -jika huruf ini digunakan selepas huruf pemutus maka sifatnya sama dengan huruf pemutus, datulis pada paras rendah atau pertengahan. -jika huruf ini digunakan ia antara huruf-huruf perangkai maka sebuah rumah hendaklah disediakan dan dengan itu ia dapat dirangkai dengan huruf perangkai yang lain. -jika huruf ini digunakan berasingan dengan di-, ke- atau se- pada kata dasar yang bermula dengan huruf alif [ ], maka ia hendaklah diletakkan bertepatan di atas huruf alif[ ] permulaan kata dasar itu. ]. Sifatnya mengikut persekitaran

51

3.5.4 huruf penghujung huruf penghujung ada dua iaitu ta marbutah[ ] dan ye[ ]. Sifat huruf ini menyerupai huruf pemutus iaitu boleh dirangkaikan dengan huruf perangkai sebelumnya tetapi tidak boleh dengan huruf apa pun selepasnya. Contoh-contoh hari dalam tulisan jawi Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

52

Balik Kampung. (BAHASA BAKU)

Setiap kali tiba hari raya, orang ramai akan mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk melawat ahli keluarga tersayang. Namun di sebalik keseronokkan pulang ke kampung ada kejadian yang tidak dingini berlaku. Kemalangan ngeri bukan lagi satu perkara yang menghairankan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan namun kematian terus berlaku setiap tahun.

Pemandu-pemandu di Malaysia telah dikategorikan sebagai biadap di dalam satu kajian yang dilakukan oleh salah sebuah universiti luar negara. Mereka tidak fikir perasaan dan keselamatan orang lain. Apa yang paling penting adalah diri mereka sendiri. Mereka hanya ingin cepat pulang ke rumah berbanding orang lain.

Tindakan seperti inilah yang menjadi punca utama kemalangan dan kematian setiap tahun. Pelbagai langkah telah diambil kerajaan. Seperti mengadakan sekatan jalan raya, mengawal kesesakan lalulintas, meronda pada setiap malam dan macam-macam lagi langkah yang diambil. Pihak swasta seperti media elektronik juga turut menyiarkan iklan bagi memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu.

Namun usaha usaha itu bukanlah perkara yang sia-sia. Kemalangan maut saban tahun terus berkurangan walaupun dengan bilangan yang sedikit. Namun apa yang pasti ia menunjukkan kesan yang baik. Apa yang boleh saya katakan53

di sini ialah, sentiasa bersabar ketika memandu. Sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang yang anda sayangi. Balik Kapung. (DIALEK TERENGGANU) Tiak kali ada ari raye, orang rama akang mule pusu-pusu ke kapung halamang masing-masing tuk lawat ali keluage tersayang. Namung di balik keseronokkang pulang ke kapung ade kejadiang hok dok inging laku. Kemalangang ngeri bukang lagi se kare hok meherangkang. Walaupung pelbagai usehe teloh dilakukang kerajaang. Kemalangang mauk sabang tahung teruh berkurangang.

Mandu-mandu kat mlaysia kena ketegeri sebagai biadakkat dalang satu kajian hok dilakukang oleh saloh se univesiti luor gare. Puak-puak tu dok piker pasa perasaang dengang kelelamatang orang laing. Hok paling peting adaloh diri mereka diri. Mereka hanya nak cepak pulang ke ghumah banding orang laing.

Tindakan hok gini lah hok jadi puce utame kemalangang ngang kematiang setiak tahung. Macang-macang lakoh doh kerajaang ambik. Macang buak sekatang jalang raye, kawal kesesokkan lalulitas, meronde pade setiak malang ngan macang-mancang lagi langkoh hok diambik. Pihok swasta macang media elektronik juge turuk menyiorkan iklang bagi memberi kesedarang kepade pemandu-pemandu.

Namung usehe-usehe tu bukanglah pekare sie-sie. Kemalangang mauk sabang taung teruh kurangang walaupung dengang bilangan hok sikit. Naming ape hok pasti ia Menungjukkang kesang hok molek. Menda hok aku bulih katakang kat ning ialah, sentiase besabor masa mandu. Sayangilah nyawe mung ngan ingatlah orang hok mung sayang.

54

Balik Kampung (Jawi)

55

BIBLIOGRAFI

56

BIBLIOGRAFI

Rujukan; o Abdullah Hassan.(2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur; PTS Professional.

o Raminah Sabran , Juriah Long dan Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan pengajaran bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti. o Nik safiah Karim, Wan Malini Ahmad.(2006).Teks bahasa Melayu STPM. Kuala Lumpur; Fajar Bakti. o Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. (2007). Teks Pra-U STPM Bahasa Malaysia Kertas;Kuala Lumpur, Longman. o o o Hashim Musa,(1997) Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Raminah Hj Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk Haji Malik Bin Hasan,(2006) Sistem Ejaan Jawi, Dewan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Dan Pustaka

Rujukan Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/jawi.html http://ms.wikipedia.org/wiki/socioliguistic.html http://tutor.com.my/stpm/variasibahasa/.html

57

58

BIODATA DIRINAMA : MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI UMUR : 17 TAHUN NO IC : 901018-11-5091 ALAMAT : NO 45, RAKR BUKIT SAWA, BINJAI RENDAH, 21400, MARANG, TERENGGANU TARIKH LAHIR : 18/10/1990 TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR K.TERENGGANU ZODIAK : LIBRA HOBI : MAIN GAME NO.TELEFON : 0194706223

59

REFLEKSISecara kesimpulannya, tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk mengkaji tentang Sosiolinguistik. tentang definasi Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui sosiolinguistik, perkembangan sosiolinguistik,sejarah

sosiolinguistik dan unsur-unsur yang terdapat dalam sosiolinguistik.

Selain itu, tugasan Bahasa Melayu Dua ini juga melibatkan tulisan jawi. Oleh yang demikian, saya telah mengkaji sistem tulisan jawi. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui dan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang tentang sejarah tulisan jawi, huruf-huruf jawi, huruf-huruf arab, pembahagian kelompok tulisan jawi dan semua yang berkaitan dengan jawi.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan banyak info yang berguna kepada saya untuk memantapkan lagi ilmu yang ada selama ini.

60