21
ISI KANDUNGAN Pengenalan 1 Metodologi Kajian 2 Kata Ganti Nama 2 Bahasa Kasar 6 Bahasa Pidgin 6 Bahasa Kreol 8 Bahasa Kolokial 10 Bahasa Rojak 13 Rujukan Lampiran 1

Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1

Metodologi Kajian 2

Kata Ganti Nama 2

Bahasa Kasar 6

Bahasa Pidgin 6

Bahasa Kreol 8

Bahasa Kolokial 10

Bahasa Rojak 13

Rujukan

Lampiran

1

Page 2: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

PENGENALAN

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara.  Bahasa Melayu akan terus menghadapi

cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden.  Bahasa

sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau

tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.

Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. 

Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan

untuk mewujudkan masyarakat yang padu.  Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di

Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak

perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat

pengguna bahasa Melayu.  Sebagai akibat ” perubahan yang mengelirukan pengguna

bahasa Melayu( baku)”, seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa

Melayu baku.

Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian

terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu

sendiri.  Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan

kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat.  Apatah lagi, bahasa

Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada

era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh

masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala

urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar

menguasai bahasa Melayu baku.

2

Page 3: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian berbentuk temu bual rakaman yang terdiri daripada pelbagai latar

belakang, jantina, umur dan dan keturunan . Data akan di analisis berdasarkan perkara-

perkara berikut:

a) Penggunaan kata ganti nama

b) Penggunaan perkataan taboo( kata larangan)

c) Penggunaan pidgin

d) Penggunaan kreol

e) Penggunaan kolokial

f) Penggunaan bahasa rojak

KATA NAMA GANTI

Kata nama ganti dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama

tunjuk dan kata ganti nama diri.

a, Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi mengarah kepada

sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua

iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat.

3

Page 4: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Kata nama ganti umum ialah yang menunjukkan pada perkara atau benda.

Terdapat dua kata ganti nama umum iaitu ‘ini’ yang menunjuk pada yang dekat

dan ‘itu’ menunjuk pada yang jauh.

Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada ‘sini’ (menunjukkan

pada arah dekat) dan ‘situ’ (arah agak jauh) dan ‘sana’ (arah jauh)

b. Kata Ganti Nama Diri.

Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu

benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama ini terbahagi kepada dua kumpulan

iaitu:

i) Kata ganti nama diri tanya.

ii) Kata ganti nama diri orang.

Kata ganti nama diri tanya ialah sejenis kata nama yang berfungsi

menanyakan hal benda, perkara tau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti

nama diri tanya iaitu ‘siapa’ yang merujuk orang. ‘apa’ yang merujuk benda dan

‘mana’ yang merujuk benda atau orang.

Kata ganti nama diri orang ialah sejenis ganti nama yang merujuk manusia

dan terdiri daripada tiga kategori,iaitu orang pertama,orang kedua dan orang

ketiga.Contohnya adalah seperti yang berikut:

Kata ganti nama diri orang pertama:saya,aku,beta,patikkami,kita

Kata ganti nama diri orang kedua:saudara,kamu,awak,engkau,anda

Kata ganti nama diri orang ketiga:ia,dia,beliau,mereka,-nya

Berdasarkan rakaman atau temu bual , didapati responden menggunakan kata

ganti nama bersesuaian dengan penggolongan kata ganti yang dinyatakan dalam buku

Tatabahasa Dewankeluaran DBP. Namun begitu.terdapat juga perubahan yang

dilakukan bersesuaian dengan latar belakang penutur, Contohnya:

4

Page 5: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Bahasa mat rempit

Kata ganti diri pertama : wa

Kata ganti diri kedua :lu, bro

Bahasa guru bersama rakan

Kata ganti diri pertama : saya,kita

Kata ganti diri kedua : cikgu, ustazah, puan

Kata ganti diri ketiga : dia, guru besar

BAHASA KASAR ATAU TABO

Bahasa yang dihamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah

contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada

manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana ada kalanya

bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap

mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka dianggap kesat di Selangor, tetapi

dianggap biasa di Melaka.

Berdasarkan rakaman yang dibuat, tiada penggunaan taboo(kata larangan ) yang

digunakan

BAHASA PIDGIN

Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua

kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam

kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakan penyederhanaan dari dua bahasa

5

Page 6: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyai penutur asli atau native speaker serta

terbentuk secara alami di dalam suatu kontrak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur

yang masing-masing memiliki bahasa ibunda tersendiri.

Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu

perdagangan dengan pengguna bahasa yang lain. Penggunaan bahasa pidgin juga boleh

terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna bahasa asing dan tidak

satu pun antara keduanya memahami bahasa lawan masing-masing.

Terdapat pelbagai versi yang menjelaskan takrif bahasa pidgin ini. Antaranya

dikatakan sebagai bahasa pinggiran, bahasa rekaan atau ( artificial language), bahasa

kacukan atau campuran iaitu (mixed language), bahasa abdi ( slave jargon), bahasa

perdagangan (trade language), serta bahasa gampang (bastard language)

Pidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh iaitu bukanlah bahasa yang

direka-reka. Strukturnya jika dilihat dari pelbagai aspek memperlihatkan pidgin sebagai

satu sistem linguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi. Morfologi

serta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengan kata lain

, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleks dengan sistem bahasa –bahasa

yang natural, yang tidak bersifat campuran. Pidgin tidak menjadi bahasa ibunda kepada

mana-mana kumpulan dan tidak juga menjadi bahasa pertama sekali diajarkan atau

dipelajari.

Berikut ialah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkan

kriteria- kriteria tertentu:

a. Americo – iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika

dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut

Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris.

6

Page 7: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

b. Rodrigues Creole – yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan

Reunionals di sebelah timur Madagaskar di anggap sebagai bahasa pidgin

yang berasal daripada bahasa Perancis.

c. Chibaacano – yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanish

yang dituturkan di barat Venezuela merupakan pidgin berasaskan Sepanyol.

d. Tekrur – yanh digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika

dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah pidgin yang mempunyai pengaruh

Arab sebagai asasnya.

e. Bahasa Goa – di India dan Nikari karu ialah pidgin yang dituturkan di

Guyana, terutama dekat dengan sempadan Brazil adalah pidgin yang

mempunyai pengaruh Perancis.

Kota kata bahasa Pidgin.

Kota kata bahasa pidgin dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecil atau

terhad. Ini kerana ketidakmampuan penuturnya menggunakan jumlah perkataan yang

lebih besar ekoran daripada kajian mereka tentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan,

Walau bagaimanapun ,ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan

mereka membentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan , sama ada hal-

hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu.

Bahasa pidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis iaitu perkataan –perkataan

yang mengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawah

sesuatu kategori . Misalnya cantik, molek, comel, lawa dan indah. Untuk mengisi

kekurangan kosa kata itu, para penutur sesuatu pidgin biasanya mengungkapkan

“Circumlocution” iaitu cara berbelit-belit untuk menyatakan sesuatu Sementara itu, bagi

perkataan “grass” (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkan makna untuk

mengungkapkan makna : janggut” melalui ungkapan “grass bilong fes” ( grass belongs to

the face) dan perkataan rambut” diungkapkan sebagai gras bilong hed”

Berdasarkan rakaman, tidak terdapat penggunaan pidgin

7

Page 8: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

BAHASA KREOL

Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa

bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang telah

menuturkannya sebagai bahasa pertama. Bahasa Kreol jika dibandingkan dengan bahasa

pidgin, mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan

bentuk gaya yang bertambah . malah bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuan

dalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasa kreol

adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktor sejarahnya.

Walaupun bahasa Pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasa

vernacular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua

bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status atau kedudukan sebagai

bahasa baku dalam keadaan- keadaan tertentu.

Asmah Hj. Omar (1991) , pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa

kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua

bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan

sesebuah Negara tetapi datang dari luar Negara tersebut. Bahasa kreol juga telah lama

digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan . Bahasa tersebut kemudiannya

menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur-penutur dalam

masyarakat berkenaan.

Dalam masyarakat Malaysia, antara faktor –faktor yang telah mempengaruhi

kewujudan bahasa kreol adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.

Penelitian dari aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek yang

berbeza. Maka apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat , bahasa tersebut akan

mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah kacukan. Sebagai contoh ,

pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu kacukan antara bahasa Melayu

dan bahasa cina yang bersifat sementara.

8

Page 9: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Akhirnya bahasa baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasa kacukan ini

menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Kewujudan bahasa kreol ini

adalah akibat daripada pertembungan bahasa atau budaya yang terdiri daripada faktor

geografi yang berlainan seperti bahasa cina dan bahasa Melayu yang telah berlaku

semenjak dulu lagi.

Contoh bahasa kreol Baba-Nyonya ialah:

- Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu)

- Gua mo masak nasik ( Ayat baba – Nyonya )

Sebagai kesimpulan nya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin atau

bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah

diterima sebagai bahasa pertama mereka. Bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri

dan turut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Bahasa kreol juga telah berperanan sebagai

bahasa komunikasi yang berguna kepada penuturnya kerana bahasa tersebut disesuaikan

antara bahasa asal-usul mereka dengan masyarakat setempat.

Terdapat penggunaan kreol dalam rakaman yang berasal dari baba nyoya tetapi telah

dicampur-adukkan dengan penggunaan bahasa inggeris.Contohnya:

1) Wa ni ada career.

2) Esok pagi, wa ada keje penting.

BAHASA KOLOKIAL.

Banyak definisi telah diberikan berkenaan bahasa kolokial. Antaranya, menurut

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), menyatakan bahawa bahasa

kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa sumber. Bahasa basahan juga

disebut sebagai bahasa kolokial . (Za’ba) menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap

mulut, bahasa kolokial merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks yang tidak

rasmi. Menurut kamus Dewan bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan

atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan

harian. Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan

9

Page 10: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan

rasmi. Bentuknya pula sering di pengaruhi olek dialek daerah dan slanga daerah.

Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataan

kolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualan sehari-hari

ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut.

Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan

dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul, namun

dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya bahasa kolokial dipengaruhi oleh dialek daerah

penutur berkenaan.

Ciri Bahasa Kolokial

Antara ciri-ciri bahasa kolokial ialah:

a. Cara penyampaian

Bahasa kolokial disampaikan secara lisan . ia meliputi perhubungan secara terus

antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian.

Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan

sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

b. Mewujudkan Kemesraan

Kemesraan akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat

apabila penutur menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam pertuturan, dapat

didengar penutur yang menggambarkan nama atau gelaran tersendiri dalam

pertuturan. Mereka biasanya akan dapat melahirkan kemesraan dengan panggilan

yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. Sebagai contoh:

Hai mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum ni. Marilah

rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas lagi.

10

Page 11: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ‘kan’ sebagai bukan dan ‘dah’

sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan. Sebagai contoh:

Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi.

c. Penggunaan Dialek

Dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung

dengan satu kawasan atau kumpulan masyarakat . Oleh itu dalam bahasa kolokial

wujud penggunaan dialek dalam perhubungan mereka. Biasanya perbezaan dialek

ini berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status

ekonomi dan sosial yang berlainan.

d. Penggunaan Tatabahasa

Dalam bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan.

Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta

menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga banyak

meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur

isyarat dan gerak geri untuk difahami oleh pendengar.

e. Percampuran Kod

Dalam penggunaan bahasa kolokial, kod yang berbagai sering digunakan

terutama oleh terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan

disebabkan rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan.

Penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa Arab dapat dikesan dalam percakapan

yang penuh kemesraan, terutamanya antara Melayu dengan Melayu atau berlainan

keturunan.

f. Bahan yang Diperkatakan.

11

Page 12: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada

penuntut dan pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang

tentang perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang

diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan rasmi.

Biasanya tajuknya agak ringan dan santai,. Ini kerana mereka sering bertemu dan

wujud kemesraan antara mereka.

g. Cara Penggunaannya..

Bahasa kolokial digunakan oleh penutur dalam pergaulan harian. Dalam

perhubungan ini, mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan.

Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam perbualan mereka. Dalam

perbualan juga, aspek kemesraan dan pemahaman maksud yang lebih diutamakan

berbanding susunan dan aturan tatabahasa yang betul.

Berdasarkan rakaman, penggunaan kolokial telah digunakan dengan banyak dan

meluas sama ada dari golongan bawahan , dalam ruang bual bicara mahupun di

kalangan golongan terpelajar. Ini mungkin disebabkan sifatnya yang mudah difahami,

tidak terikat dengan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dan dapat difahami

dengan mudah oleh pendengar .contoh penggunaan kolokial ialah;

1) Kito pulak yang nak kono tobuko.

2) Si artis dikatokan tidak menjawab tuduhan si mangso.

3) Bape kotak cikgu nak

4) Ni, saya edar ke kelas dulu.

5) Eh, apasal ngan kau ni?

BAHASA ROJAK

12

Page 13: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan

campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pidgin, Manglish

dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila

satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan

pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80

bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang

mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku.

Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan

sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di

Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin

memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa

Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan

bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.

Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu

bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat

keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin

suatu pijin atau Rojak. Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang

mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara.

Isu Bahasa Rojak

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar

Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa

Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan

penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak

menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama

Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

13

Page 14: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini

sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering

ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam

majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah

Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan

penggunaan Bahasa Rojak.

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

* Kau memang terror la!

* Tempat makan ni best sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

* Can meh? That one can like that meh? – Boleh berbuat begitukah?

* Tonight ar we’all go KLCC, after that we’all can go Cheong Kor (singing) mah. –

Malam ini kita semua pergi ke KLCC dan kemudiannya kita semua pergi menyanyi.

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

* Eh boss cakap ar, after makan ah, we’all go mabuk, want or not, once in a while only

mah, taikah happy mah, ok. – Pengurus! Selepas makan kita semua pergi minum arak

beramai-ramai mahukah? Sekali-sekala sahaja untuk bergembira!

Selain daripada bahas kolokial, bahasa rojak juga digunakan dengan meluas

dalam masyarakat Malaysia. Contoh penggunaannya berdasarkan rakaman yang dibuat

1) Direct ngan sape name die ye.

2) Kalau dia mahu advaance, saya suruh dia datang.

3) Rata-rata sma bagus tapi ada band yang lain sikit. Standard semua sama.

4) Bagi extra ye.

14

Page 15: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

RUJUKAN:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997), Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap, Kuala

Lumpur: UP&D.

Abdullah Hassan, Soenjono Dardjowidjoyo (2007) Psikolinguistik – Memahami Asas

Pemerolehan Bahasa (2007). Kuala Lumpur PTS Publication & Distributurs.

Abdullah Yusof (2009) HBML 3403. Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor. Open

Universiti Malaysia

Kamaruddin Haji Husin (1995) Laras Bahasa, Selangor Utusan Publication dan

Distributurs Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (1993). Tata Bahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

.

15

Page 16: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

Lampiran rakaman

Sound clip 3

1. Kalau dia mahu advance, saya suruh dia dating.2. Tapi ada band yang lain sikit.Rata-rata bagus.3. Kemudian kita buat perancangan supaya mereka dikenali di Arena country.4. Rata rata semuanya bagus tapi ada band yang lain sikit. Standard semua sama.

Sound clip 12

1. Oh, macam tu ye.2. bape kotak cikgu nak?3. Saba je lah kite oghang4. Direct,direct,direct ngan tu.5. Direct ngan sape die.6. Eh, Ton kau tak boleh tengok pameran dulu.7. Ton, kau kene buat tanye-tanye dulu.8. Boleh aje.9. Eh, ambiklah guru besar punye kau ni..10. Ha…tengok Fatihah jugak dapat markah lebih sebab die yang ambik untuk guru

besar.11. Ustazah, nampa tak yang sebelah saya tu.12. Puan Norley, Puan Norley akhirnya baca sampai mane 13. Oh, nak tunggu nil ah14. Sape ka?

Sound clip 13

1. Oh, macam tu ye, kalau jatuh.2. Bape kotak cikgu nak?3. Saba je lah kite oghang.4. Ustazah nampak yang sebelah saya.5. Sape yang akan buat dokementasi6. Eh, bagi kat gurubesar.

16

Page 17: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

7. Oh, duo pulang balik satu.8. Saye punya tau9. Extra ye.10. Tak pe kak,saye amik satu untuk akak.11. Ni,saya edar kat kelas dulu.

Sound clip 16

1. Awat hang tak nyanyi sama?Hang tak suka ka?2. Cukupla..wa dah penat denga suare lu,de3. You tak payah nak feeling-feeling sangat.4. Pasal lu lah wa check in kat sini tau.5. Nak ajak tengok race kono.6. Macamlah takde keje.7. Ooi,keja peon je bro.8. Hang jangan nak dok kalut la bro.9. Rempit dengan lokap,ni aku nak cite kat hang,ibarat aur dengan tebing.10. Lagi satu,mat rempit macam kite ni manalah ade duit nak buat parti reunion bro.11. Haa..masa nilah kite dok kumpul ngamai-ngamai,meghiah.12. Ooi,wa ni ade career de.13. Esok pagi wa ade keje penting kene buat.14. Kalau wa takde,susah de..15. Bro,hang cita kat gua,apa yang penting tu bro16. Wa kene potostet kertas-kertas.17. Lu ingat bos-bos kat sane tu ,ngeti ke potostet kertas-kertas yang harga berjuta tu.18. Oi..penting sangat la tu.Keje macam tu,mak bidan pun boleh buat bro.19. Oi,jangan nak dok berlagak.

Sound clip 17

1. Hari-hari,ade je kita denga pasal kutu mat rempit kan.2. Awak tau tak,kalau saya tak terlibat same,saya pu malaslah nak ambil tau pasal

hal ni.3. Nape?4. Entahlah,tapi bagi saye,mat rempit tu semuenye tak dapat diselamatkan lagi.5. Abis macam mane?Yang bawak moto,yang keluar bersiar-siar tu.Takde buat hl

pun.Itu pun jadi manusia jahanam ke?6. Awak terase ke?7. Adelah siket.

1.2. Bang,burger banjo dua,lebih bawang,lebih ‘mayo’

17

Page 18: Linguistik Dan Sosiolinguistik 2

3. Oklah.4. Abang,jangan lupe tau,cepat siket tau5. Ha,yelah.6. Lu,apahal dengan dagu lu?7. Tak de ape.8. Nak ambik angi.9. Ape ni?10. Aku cuba cari die meghate-ghate tempat tapi tak dapat.11. Ape kene-mengene dengan aku?12. Kau ambik la…13. Memang taka de kene-menene dengan kau,Wa.Tapi kau kesian siket kat die , Wa12. Saya punye satu.13. Exta ye.14. Tak apaelah kak , saye amik satu untuk kak15. Ni, saya edar ke kelas dulu.

Sound clip 16

1. Awat hang tak nak nyanyi sama., hang tak suka ka?2. Cukuplah . wad ah penat dengar suara lu de….3. You tak payah nak feeling-feeling sangat

18