Upload
ikmal-hisham-bong-abdullah
View
4.190
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 Pengenalan
Menurut Mangantar Simanjuntak (1989) ( dalam Abdul Rasid Bin Jamian 2002) ,
bahasa sebagai satu sistem biologi yang wujud pada sistem kognitif manusia dan pemerolehan
bahasa ialah proses-proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu
memperoleh bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa pertama ini terjadi apabila kanak-kanak
yang belum pernah belajar bahasa apa pun mulai belajar bahasa untuk pertama kali . Proses-
proses yang berlaku sewaktu kanak-kanak sedang mempero leh bahasa ibundanya terdiri
daripada dua jenis, yang pertama ialah perlakuan (performance) yang terdiri daripada proses-
proses pemahaman dan proses-proses pemerhatian dan yang kedua ialah kecekapan
(competence).
Tay Meng Huat (2006) dalam kajiannya mengatakan pemerolehan bahasa merupakan
satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu
kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan
bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.
Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang
terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan bahasa
dan pembelajaran bahasa. Dua faktor utama yang sering dikaitkan dengan pemerolehan
bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun para pengkaji bahasa dan linguistik
tidak menolak kepentingan tentang pengaruh faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran.
Kajian-kajian telah\ dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi
dengan alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik
Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan
kognisi umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya.
Mengikut Piaget (dalam Tay Meng Huat 2006), semua kanak-kanak sejak lahir telah
dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan
manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum
inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan
Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang
fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai
“Innate Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara
1
semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh
bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.
1.1 Latar Belakang Masalah
Menurut Atan Long (1978), (dalam Abdul Rasid Bin Jamian, 2002) kanak-kanak yang
mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua peringkat penguasaan bahasa seperti
berikut;
a. Bahasa pertama pada masa kecil . Pada peringkat ini pertuturan kanak-kanak
merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri sendiri dan bukannya untuk
perhubungan masyarakat. Keadaan ini berterusan sehingga kanak-kanak itu
berumur 4 tahun; dan
b. bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di
sekolah. Ini membolehkan kanak-kanak bertutur 3 dengan ahli masyarakat dan
juga ibu bapa dengan cara yang lebih baik dan berkesan.
Juriah Long (1993),(dalam Abdul Rasid Bin Jamain, 2002) pula mengatakan bahawa
keupayaan berbahasa merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam perkembangan
kanakkanak. Melalui pertuturan, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan pendapat
mereka kepada orang lain tanpa batasan. Proses pendidikan secara tidak formal ini lebih
berkesan terutamanya kepada kanak-kanak di peringkat prasekolah. Walaupun sebahagian
besar masa digunakan untuk bermain namun pemilihan permainan mampu mendorong
mereka untuk berinteraksi, berfikir, merangsang naluri ingin tahu, memupuk daya kreativiti,
dan berdisiplin.
Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) (dalam Tay Meng Huat 2006) pula, pemerolehan
bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan
aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak
bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-kanak.
Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau
dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk
mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat
di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa kajian tentang pemerolehan bahasa
2
sangat penting terutamanya dalam bidang pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup
tentang proses dan hakikat pemerolehan bahasa boleh membantu menentukan kejayaan
dalam bidang pengajaran bahasa.
1.2 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis
dan teori behaviouris.
ii. Menghurai proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara mentalis dan
behaviouris.
iii. Menghuraikan kekangan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak secara
mentalis dan behaviouris.
iv. Menghuraikan kaedah pembetulan kaedah pemerolehan bahasa secara mentalis
dan behaviouris
1.3 Definisi Operasional
Kajian ini menggunakan beberapa istilah secara khusus yang penggunaannya mungkin
berlainan di tempat yangn lain. Istilah itu ialah:
i. Psikolinguistik
Tafsiran Psikolinguistik mengikut pengkaji bahasa:
a. Mangantar Simanjuntak (1986:1), psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata
iaitu psikologi dan linguistik yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan
berdiri.
b. Aitchison (1987:119), psikolinguitik sering kali ditakrifkan tentang bahasa dan
akal budi. Bidang kajian ini menyelidiki apa yang berlaku dalam akal budi
manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan
menyimpan unsur-unsur kebahasaan.
c. Garnham (1985:1), psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme
mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan
disiplin saintifik yang matlamatnya adalah suatu teori yang sepadu tentang cara
bahasa dihasilkan dan difahami.
3
Oleh hal yang demikian, psikolinguistik dapatlah ditakrifkan sebagai satu bidang yang
mengkaji mekanisme mental semasa manusia berbahasa sama ada pengahasilan output atau
pemahaman input bahasa. Secara rinci psikolingustik mempelajari empat topic utama:
a. Kefahaman, iaitu proses-proses mental yang dilaui oleh manusia sehingga mereka
dapat menangkap apa yang dikatakan orang dan memahami apa yang
dimaksudkan.
b. Penghasilan, iaitu proses-proses mental pada diri kita yang membuat kita dpat
membuat ujaran seperti yang kita ujarkan,
c. dasar biologi serat neurologi yang membuat manusia dapat berbahasa, dan
d. Pemerolehan bahasa, iaitu bagaimanan kanak-kanak memperoleh bahasa mereka.
ii. Keluarga
Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit
iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti ‘anggota’, ‘kelompok kerabat’.
Keluarga adalah kumpulan dua orang atau lebih yang hidup bersama dengan
keterikatan aturan, emosional dan individu mempunyai peranan masing-masing yang
merupakan bahagian dari keluarga (Friedman, 198). Keluarga adalah unit terkecil dari
masyarakat yang terdiri daripada suami, isteri dan anaknya, atau ayah dan anaknya, atau ibu
dan anaknya (Suprajitno, 2004).
iii. Kanak-Kanak
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti
yang termaktub dlam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak,
2001. Dasar Kanak-Kanak Negara adalah dasar mengenai hak kelangsungan hidup,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan
ruang untuk mencapai perkembangan holistic dalam persekitaran yang kondusif.
4
iv. Pemerolehan Bahasa
Istilah pemerolehan merupakan padanan kata acquisition. Istilah ini dipakai dalam
proses penguasaan bahasa pertama sebagai salah satu perkembangan yang terjadi pada
seorang manusia sejak lahir. Pemerolehan bahasa (language acquisition) bermaksud dengan
pemerolehan bahasa adalah proses-proses yang berlaku di pusat bahasa dalam otak seorang
(bayi) pada waktu ia sedang memperoleh bahasa ibunya (Simanjuntak, 2009:104).
pemerolehan suatu bahasa ini merupakan bahasa pertama, bahasa asli atau bahasa ibu.
Secara ilmiah anak akan mengenal bahasa sebagai cara berkomunikasi dengan orang
di sekitarnya. Bahasa pertama yang dikenal dan selanjutnya dikuasai oleh seorang anak
disebut bahasa ibu (native language). Penguasaan terhadap pemerolehan bahasa pertama
bersifat primer (pertama) dan anak-anak akan selalu menggunakannya selama hidup. Anak-
anak pada mulanya tidak memiliki bahasa secara verbal, telah memperoleh atu bahasa dalam
bahasa pertamanya, yang disebut ekabahasawan (monolingual first language acquisition).
1.4 Skop Kajian
Kajian ini dibuat ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 6 tahun dan sudah
bersekolah di Smartkid Reader, Batu 9 Jalan kuching Serian. Kajian ini dibuat dalam terkawal
dan mengambil masa selama sebulan. Kanak-kanak ini dipilih kerana bapanya keturunan Cina
dan ibunya keturunan Bidayuh Serian (Sadong) namun kanak-kanak ini lebih fasih berbahasa
Bidayuh.
Pemerhatian dan catatan dilakukan tiga kali seminggu selama sejam setiap sesi. Subjek
kajian aktif berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradiknya. Perbualan subjek dengan
sepupunya juga diberi perhatian kerana subjek menggunakan campuran bahasa Melayu
dengan Bidayuh. Trankripsi pertuturan subjek kajian ini dibuat dalam bentuk sistem ejaan
fonemik. Transkripsi itu diberi padanannya dalam bahasa Melayu .
Penemuan kajian ini mengambarkan bahawa faktor latar belakang keluarga memang
mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kaedah kajian pemerhatian
dan catatan pertuturan dilakukan untuk memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini juga
mengkaji pengaruh pergaulan dan persekitaran yang mempengaruhi pemerolehan bahasa
kanak-kanak ini kerana ia juga sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
5
2.0 Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kes secara pemerhatian tentang pemerolehan bahasa
kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis yang menjelaskan bahawa bahasa
sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Manakala kajian dalam teori
behaviourisme berpendapat pemerolehan bahasa melalui proses pengulangan secara berulang
kali sehingga kanak-kanak dapat melafazkannya dengan betul.
2.1 Populasi dan Persampelan
Sampel bagi kajian ini ialah seorang kanak-kanak lelaki Cina berumur lima tahun,
ibunya seorang Bidayuh Serian ( Sadong). Pemerolehan bahasa kanak-kanak ini unik kerana
walaupun bapanya Cina etnik Hakka namun anaknya ini tidak pandai bertutur dalam dialek
Cina Hakka sebaliknya fasih bertutur bahasa Bidayuh. Kanak-kanak ini ada 3 orang kakak
dan seorang abang. Kakak sulung berumur 20 tahun, abang 18 tahun dan kakak kedua dan
ketiga adalah kembar seiras berumur 17 tahun.
2.2 Kaedah Pungutan Data
Kaedah pungutan data yang digunakan ialah kaedah pemerhatian dan catatan
pertuturan. Pemerhatian dan catatan ini dibuat dalam situasi tidak dirancang iaitu semasa
subjek berbual dengan ibu bapa, adik-beradik dan sepupunya.
2.2.1 Catatan Set 1 ( Lampiran 1)
Dalam catatan perbualan set 1, pengkaji berbual-bual dengan Rodick. Pengkaji
mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah. Rodick kanak-kanak
petah bercakap dan mampu memberikan jawapan kepada soalan yang ditanya. Soal
jawab pengkaji dengan Rodick dicatatkan dan ditranskrip untuk dianalisis sebagai
dapatan kajian ini. Huraian ayat-ayat dalam ujaran Rodick dibuat berasaskan semantic
(makna) bukannya berdasarkan struktur ayat.
6
2.2.2 Catatan Set 2
Dalam catatan perbualan set 2, Rodick diberi sebuah buku cerita yang bertajuk
Anjing dan Serigala. Pengkaji menyoal Rodick tentang buku cerita tersebut untuk
menguji kefahaman bahasa Melayu.
2.2.3 Situasi 1 Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan bapanya
(Lampiran 3)
Catatan ini dibuat semasa bapanya bertanya soalan biasa selepas anaknya
pulang dari sekolah. Diperhatikan dialek Hakka yang digunakan oleh ayahnya adalah
perbualan asas supaya anaknya menjawab soalan menggunakan dialek tersebut.
Namun Rodick akan menjawab dalam bahasa Bidayuh walaupun ayahnya bertanyakan
dalam dialek Hakka. Boleh dikatakan penggunaan pertuturan dialek tersebut sangat
terhad kerana subjek kurang kemahiran dalam bahasa itu
2.2.4 Situasi 2- Pemerhatian dan Catatan Pertuturan dengan sepupunya.
(Lampiran 4)
Catatan ini dibuat semasa Rodick dan sepupunya bermain bersama. Bahasa
yang digunakan adalah campuran bahasa Bidayuh dan bahasa Melayu. Sepupunya
diperhatikan lebih suka menggunakan campuran bahasa itu untuk berbual dengan
Rodick. Pertuturan lebih kepada dialog-dialog cerita Ultraman
Daripada catatan ini, Rodick menggunakan dua bahasa semasa berbual dengan
sepupunya iaitu bahasa Melayu dan Bidayuh. Bahasa yang digunakan bercelaru dari
segi tatabahasanya kerana pengaruh di sekelilingnya, namun tidak menghalang kanak-
kanak ini berkomunikasi. Walaupun kedengaran perbualannya agak melucukan
dengan gabungan dua bahasa, namun kemampuan kanak-kanak ini berkomunikasi
dilihat berlakunya kedua-dua proses pemerolehan bahasa secara mentalis dan
behaviourisme.
7
3.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
Pengkaji berpendapat pemerolehan bahasa Rodick sangat unik kerana faktor latar
belakang ibu bapa dan persekitarannya memainkan peranan. Dapatan daripada kajian ini akan
membincangkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak secara mentalis dan behaviourisme.
Seterusnya pengkaji menghuraikan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak berkaitan
kedua-dua teori ini. Kajian ini juga akan melihat adakah subjek kajian mengalami kekangan
untuk memperolehi bahasa ibundanya serta keperluan melakukan kaedah pembetulan.
3.1 Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme.
Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli
keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi
ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang
berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti
”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang
kanak-kanak bercakap.
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia
yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris
iaitu;Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh
yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.
Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang
percakapannya.
Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan, 1992 :261 ), semua kanak-kanak
yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. Menurut
beliau, apabila tiba masanya seseorang anak itu akan dengan serta merta tertarik terhadap
bunyi yang didengar dan mula menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi yang
8
penting. Menurut beliau otak manusia mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan
hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa untuk tumbuh dan berkembang.
Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.
Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara
tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu
bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak
menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara
berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme
berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh.
Kelihatan teori ini menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang
dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini
berpandangan bahawa ”bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang
bergantung pada ciri-ciri naluri manusia”. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang
berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviouris berpendapat bahawa
pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.
3.2 Proses Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme.
Kajian bahasa telah membuktikan bahawa kanak-kanak telah mula mengenali banyak
kosa kata sebelum usia mencapai lima tahun, namum mereka masih perlu belajar memahami
makna sebelum berupaya menguasai semantik orang dewasa. Dalam catatan set 2, pengkaji
mengambil peluang untuk bertanyakan soalan-soalan mudah daripada buku cerita yang
bertajuk ‘Kura-kura dan Arnab’. Tujuannya untuk menguji pemahaman tentang buku yang
dibacanya dan jawapan yang diberikan berdasarkan ingatan terhadap cerita yang dibaca.
Set 1
P: Siapa berlumba?
R : Kura-kura dan arnab.
P: Siapa yang menang berlumba?
R : Kura-kura.
P: Mengapa arnab kalah?
R : Arnab tidur…
9
P: Mengapa arnab tidur?
R : Sebab arnab penat. Saya ada kura-kura. Ni uncle. Kecil saja
P: Kura-kura Rodick laju tak lari?
R: Tak! Kura-kura tu lambat.
P: Rodick, kura-kura ni lawan lumba lari dengan arnab menang tak?
M Tak! Kura-kura malas jalan.
Perbualan menunjukkan Rodick dapat mengaitkan cerita dan logik iaitu kura-kura
tidak menang sekirannya haiwan ini berlumba. Rodick dapat membuat hipotesis berdasarkan
pengalamannya memerhati pergerakan haiwan serta ilmu kognitifnya.
Contoh perbualan di dalam set 1, perbualan dicatat di antara pengkaji dengan Rodick
adalah untuk menguji ingatan kanak-kanak ini tentang perkara yang telah dilihatnya.
3.3 Kekangan Proses Pemerolehan Bahasa Ibunda
Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh latar belakang keluarga, rakan-rakan dan
persekitaran di dalam pemerolehan bahasa Rodick dilihat agak rencam kerana kanak-kanak
ini boleh menerima lebih daripada satu bahasa secara serentak.
Pemerolehan bahasa pertama wujud selari dengan perkembangan tingkah laku dan
perkembangan otak seperti yang dinyatakan dalam teori behaviourisme dan mentalis. tidak
boleh diketepikan. Pemerolehan bahasa kedua adalah disebabkan oleh interaksi yang berlaku
dalam kehidupan kanak-kanak ini.
Pengkaji bersetuju dengan pendapat tersebut kerana kanak-kanak menerima latihan
bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat memproses bahasa secara aktif
kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Kajian ini jelas menunjukkan
Rodick mengalami faktor-faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif
yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan
kognitif; dan perkembangan bahasa juga terlahir sebagai akibat persekitaran sosial yang
disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat
penting kerana memberikan pengalaman bahasa bagi kanak-kanak seperti yang berlaku dalam
10
Situasi 2 dan 3 di mana Rodick memperolehi bahasa keduanya melalui interaksi dalam
persekitaran sosial.
4.0 Rumusan dan Cadangan
Teori Behaviourisme menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui
pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang
dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa
terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri
manusia. Proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.
Pemerolehan akan terjadi melalui ulangan perlakuan itu.
Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap
untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.
Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, anak hendaklah diberi
peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini
bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan
bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan
fikiran atau daya mental.
Dari segi teori mentalis, seseorang kanak-kanak boleh menggunakan keupayaan yang
sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang
mereka peroleh. Kanak-kanak perlu didadahkan kemahiran berfikir kritis untuk memperoleh
bahasa.
5.0 Kesimpulan
Dalam Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa
disedari atau dipelajari secara formal. Walaupun teori Behaviouris dan teori mentalis. Proses
pemerolehan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang
demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mementingkan
persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk
pelakuan ibu bapa, adik-beradik, guru, kawan-kawan mereka sendiri serta persekitarannya.
Ibu bapa harus memberi peneguhan agar anak bermotivasi mempelajari sesuatu .
11
Ibu bapa harus menekankan kepada pemerolehan mengikut kadar kendiri, di mana
murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan
dan tahap kognitif mereka sendiri.
12
RUJUKAN
Abdullah Yusuf (2010). HBML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Universiti terbuka Malaysia.
Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset: Massachusset Institute of Technology Press
Mangantar, Simanjuntak. (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal
Dewan Bahasa. Ogos/September. 615-625.
Mohd Rasdi bin Saamah. Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Berusia Dua Tahun: Satu Tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 1-5, dan Bab 9).
Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Tay Meng Guat.(2007). Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.Satu Analisis Sintaksis. Jabatan Pengajian Melayu.IPGM Kampus Batu Lintang.
Vua Yaletchumy A/p Subramaniam. ( 2000). Pemerolehan Bahasa Di Kalangan Kanak·Kanak Melayu.Universtiti Putra Malaysia.
13
Lampiran
P: Pengkaji
R: Subjek
Catatan 1: Pengkaji dengan subjek
P: Rodick, bapa mana?
R: Di sana?
P: Sana mana?
R: Daddy mandi.
P: Dick, apa nama sekolah?
R: Smartkid
P: Rodick, sekolah tadi cikgu ajar apa?
R: ABC.
P: Cuba Rodick sebut ka?
R: A, B, C, D, E,…………..Z.
P: Pandai Rodick. Dick, besar nanti nak jadi apa?
R: Jadi askar.
P: Kenapa jadi askar?
R: Boleh tembak orang jahat. Tut, tut, tut ,tut…. ( sambil pegang senapang mainan)
P: Nanti orang jahat tembak kamu.
R Tak. Saya kuat macam Ultraman yah ( sambil silang tangan tiru aksi watak Ultraman)
P: Ultraman mana kuat, orang jahat lagi kuat.
R Ultraman kuat. Nanti dia power zeeee…et mati orang. (Tiru watak Ultraman)
P: Askar jaga keamanan negara.
R: Askar best ada senapang.
P: Dick belajar rajin-rajin besar nanti jadi askar.
R: Saya rajin belajar uncle. Saya mombor satu. Banyak seratus ujian saya.
P: Baguslah dick.
14
B: Bapa
R: Subjek
Catatan Pemerhatian 2
Perbualan subjek dengan bapanya.
B: Dick, sei diong mang. ( Dick, sudah mandi ka )
R: Bayuh. ( Belum )
B: Hi sei doing kaha sit fon ( Pergi mandi, nanti makan )
R: Gak ku. Ira main cikle ( Tak mahu. Mahu main basikal )
B: Am le, sawco kaw. Kaha hi Giant oi mo( Sudah malam esok main lagi. nanti pergi
Giant. Mau ke )
R: Yeah, yeah gaih Giant. ( pergi Giant)
B: Sew doing le chi oi hi. ( mandi lagi kalau mahu pergi )
R: Ok. Dedi buleh mirih Ultraman ka?
B: Kai gumon kai boleh ngajah. ( Tak mandi tak boleh ikut )
15
Catatan Pemerhatian 3
O: Sepupu
R: Subjek
Perbualan subjek dengan sepupunya.
R: Owen, main game.
O: Ku main dulu.
R: Ku dulu.
O Ok, kalau amu (kamu) mati saya main lagi.
R: Ok. Owen tadi aku menang.
O: Bohong amu. ( Kamu bohong )
R: Betul, betul. Saya tembak bo nya jahat. ( Saya tembak semua orang jahat)
O: Aku lagi teyre .
R: Tak, aku kuat. Amu tidak kuat
O: Ok la amu kuat. Main cepet kai aku main. ( main cepat tidak saya main)
K: Ye. Aku taye yah. ( Baik. Saya dulu ya)
16