SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

  • Upload
    sy-wan

  • View
    466

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    1/21

    SEJARAH PERKEMBANGAN

    EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    2/21

    PROSES PERUBAHAN EJAAN RUMI BAHASA

    MELAYU SECARA RINGKAS

    Perkembangan dalam sistem ejaan adalahsebahagian daripada perkembangan dalam bahasaMelayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur

    Belanda.

    Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadipenting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi

    tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasaMelayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapatmemahaminya.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    3/21

    Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu

    dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistemsekolah rendah atau sekolah dasar.

    Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang

    seragam dan lebih mudah diperlukan untukmenggantikan tulisan Jawi pada masa itu.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    4/21

    Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi

    bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian

    tentang sistem tulisan dan sistem ejaan.

    Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai-

    bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi

    serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta,

    Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan- tulisan

    oleh orang- orang Inggeris dalam abad ke- 19membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam

    ejaan.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    5/21

    Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama

    di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif

    menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang

    diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah- sekolah

    pada masa itu.

    Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson"

    itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay

    Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904

    dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson

    digunakan di semua sekolah umum.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    6/21

    Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan

    pada tahun 1888 di Johor telah memainkan perananuntuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di

    sekolah dan dalam masyarakat.

    Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhanMaktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun

    1900.Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas

    perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang

    kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan

    Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun

    1922.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    7/21

    SISTEM EJAAN RUMI

    Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumiberlaku seiring dengan perkembangan bahasaMelayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan

    itu.

    Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dantentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan

    sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan EjaanWilkinson telah disusun dan diterbitkan olehbeberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    8/21

    Di antaranya ialah :

    (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt danIbrahim Dato Muda Linggi (1921),

    (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T.

    Dussek dan Mohd. Hashim (1923),

    (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim

    Dato Muda Linggi (1924).

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    9/21

    Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelumpenggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah

    "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkandaripada SITC.

    Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas

    dan terdapat dalam beberapa buah buku pedomanbahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITCseperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii)Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii)

    Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), denganjudul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang olehZaba.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    10/21

    Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman

    pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapatpenggunaan "Ejaan Fajar Asia".

    Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah

    Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia.

    Angkatan Sasterawan 50 kemudiannya menjadikan

    Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    11/21

    Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang

    berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau

    sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada

    sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem

    ejaan di Indonesia.

    Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam

    urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan

    akhbar, majalah dan buku.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    12/21

    Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi

    di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya

    kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan

    ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu.

    Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan KongresBahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan

    di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan Kongres".

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    13/21

    Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di

    Indonesia.Dengan ini dapat dikatakan bahawa

    kedua- dua buah negara mengalami perubahan

    sistem ejaan dari semasa ke semasa.

    Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalahmenurut sistem ejaan cara Belanda sementara di

    Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    14/21

    Kelainan- kelainan yang wujud ini telah mendapat

    perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negarauntuk menyamakan dan menyatukan sistem ejaan.

    Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah

    diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkanrumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan

    Melayu Ketiga.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    15/21

    Usaha- usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan

    pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah

    dibentuk untuk menimbangkan ketetapan- ketetapan

    yang telah diambil dalam Kongres tersebut

    berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya

    dengan ejaan bahasa Indonesia.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    16/21

    SISITEM EJAAN YANG PERNAHDIGUNAKAN SEBELUM TAHUN 1957

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    17/21

    Ejaan Wilkinson

    Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara

    rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama

    dan seragam dengan yang digunakan dalam semua

    kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yangdihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an.

    Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan

    kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau

    pada tahun 1903.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    18/21

    Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi

    daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian

    bunyi-bunyi melayu.

    Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang

    logis bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yangpertama ialah perumian secara harafiah menurut

    ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah

    perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu

    kata

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    19/21

    Yang dimaksudkan secara harafiah ialah pengambilan

    huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan

    memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu

    yang diterima.

    Kebaikan kaedah harafiah adalah kerana ia dapatmenjurus kepada keseragaman dengan maksud

    mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis

    manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal

    bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan denganbunyi-bunyi vokal Melayu.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    20/21

    Ejaan Zaba

    Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita

    Zaba telah membuat perubahan kepada sistem

    Ejaan Wilkinson.

    Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem

    ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu.

  • 8/7/2019 SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

    21/21

    Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi

    memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf

    yang beraneka ragam yang mengakibatkan

    ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan

    penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang

    menggunakan tulisan Rumi.

    Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi

    bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang

    masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903)dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain.