97
Biodata Nama : Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh No K/P : 891019-01-5395 Unit : KPLSPM PSV/BI/BM Alamat : No. 2060 Taman Bersatu 06300 Kuala Nerang Kedah Tutor : En. Pozi B. Mohd Zaki Pensyarah : Pn Azibah 1

1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Biodata

Nama : Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh

No K/P : 891019-01-5395

Unit : KPLSPM PSV/BI/BM

Alamat : No. 2060 Taman Bersatu 06300 Kuala Nerang Kedah

Tutor : En. Pozi B. Mohd Zaki

Pensyarah : Pn Azibah

1

Page 2: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Kolaborasi Kerja Khusus

Nama Pelajar : Mohd Sallezad Bin Mohd SallehKumpulan : KPLSPM Semester : TigaMata Pelajaran : Bahasa Melayu 1 AkademikPensyarah Pembimbing : Puan Azibah

Tarikh Perkara Yang DibincangkanT/Tangan Pensyarah

11/08/2008Tugasan diterima

13/08/2008Penerangan berkaitandengan tugasan yang

dijalankan oleh pensyarah pembimbing

20/08/2008Penerangan lebih terperinci daripada pensyarah

tentang penghasilan teks pengacaraan

28/08/2008 Kerja khusus mula dijalankan

01/09/2008Penerangan oleh pensyarah tentang soalan

perbandingbezaan.

11/09/2008Bertanya pendapat pensyarah tentang analisis

teks pengacaraan majlis.

22/09/2008 Penyerahan Tugasan

2

Page 3: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Jadual Perlaksanaan Tugas

Tarikh Perlaksanaan Kerja Catatan11/08/2008 Tarikh kerja khusus

diedarkan Penerangan oleh pensyarah

pembimbing Contoh dan maklumat berkaitan

dibincangkan bersama pensyarah.

13/08/2008 Perbincangan tajuk bersama-sama rakan berkaitan tugasan.

Carian maklumat melalui perpustakaan

20/08/2008 Mencari maklumat berkaitan sistem ejaan bahasa Melayu

Pegumpulan maklumat berdasarkan buku rujukan

21/08/2008 Mencari buku rujukan di Bandar

Membeli buku yang berkaitan dengan tugasan

22/08/2008 Menganalisa maklumat yang diperoleh melalui perpustakaan

Didapati bahan yang diperoleh melalui buku rujukan terbaru mempunyai persamaan dengan buku yang lama tetapi buku yang terbaru mempunyai banyak penambahan.

23/08/2008 – 26/08/2008

Memulakan tugasan dengan mencari contoh-contoh teks pengacaraan majlis.

Menaip semula koleksi teks pengacaraan yang diperoleh melalui majlis-majlis yang pernah dihadiri

27/08/2008 – 29/08/2008

Menghabiskan masa dengan menaip teks pengacaraan majlis sendiri.

Banyak idea yang diperolehi hasil daripada rujukan koleksi teks.

01/09/2008 – 03//09/2008

Merujuk pensyarah berkaitan cerpen yang dikarang.

Terdapat banyak kesalahan tatabahasa yang turut ditegur pensyarah.

10/09/2008 – 18/09/2008

Hasil kerja dikumpul dalam bentuk folio

Kerja-kerja penyudahan dan penjilidan

19/09/2008 Penulisan refleksi keseluruhan tugasan

22/08/2008 Folio yang sempurna diserahkan kepada Pensyarah untuk penilaian

1.0 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

3

Page 4: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini

ialah Sistem Ejaan Baharu yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos

1972.Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka , sistem ejaan ini hasil daripada

perjanjian penyatuan ejaan Rumi.

Bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui

pada tahun 1967.Sistem Ejaan Rumi Baharu yang dilaksanakan pada tahun

1972 itu merupakan hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia

(MBIM) bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.Di

Malaysia,badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan rumi ialah

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia ( JKTBM).

Dalam sistem ejaan ini,terdapat 26 huruf.Lima daripadanya tergolong

kepada huruf vokal,yang melambangkan enam fonem vokal,iaitu e pepet(seperti

dalam perkataan emak) dan e taling (seperti perkataan elok).

Dalam ejaan ini,terdapat 26 huruf konsonan lima daripadanya berbentuk

gabungan atau digraf iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy.

:

(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u

(ii) Huruf diftong: ai, au, oi

(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal

(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy

1.1 Huruf Vokal

4

Page 5: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Dalam system ejaan Rumi bagi bahasa Melayu, terdapat enam fonem

atau bunyi vokal tetapi bunyi-bunyi itu dilambangkan oleh lima huruf vokal seperti

yang berikut:

Huruf Fonem Contoh Penggunaan

ae

iou

/a/(i) /e/ pepet(ii) /e/ taling/i//o//u/

Di depan Di tengah Di belakangaduenauelokisuolehular

sapipeningpetahsikapbolosbuluh

rasakomunismetaukedahikunoabu

Dalam bahasa Melayu, ejaan baku huruf “e” melambangkan dua fonem

atau dua bunyi vokal, iaitu:

Fonem e pepet yang dahulunya dikenali sebagai e bertanda di atas ,

seperti dalam perkataan e*mbun, le*mak, se*mak. Dalam penulisan ini, e pepet

akan ditanda sebagai [e*]

Fonem e taling seperti dalam perkataan elak, ekar, dan ekor.

1.2 Vokal Berganding

Vokal berganding ialah urutan dua vokal penuh dan tiap-tiap vokal

merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain.Dalam daun

misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dn perkataan ini terdiri daripada dua

suku kata iaitu da dan un.

1.3 Huruf Konsonan

5

Page 6: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh

26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang

/b/

/c/

/d/

/f/

/g/

/ğ/

/h/

/j/

/k/

/x/

/l/

/m/

/n/

b

c

d

f

g

gh

h

j

k

kh

l

m

n

bahasa

cakap

dua

fakir

guna

ghaib

hari

jalan

kami

khusus

lekas

maka

nama

sebut

kaca

ada

tafsir

tiga

maghrib

saham

manja

paksa

akhir

alas

kami

anak

adab

Mac

abad

maaf

beg

mubaligh

tuah

kolej

katak

tarikh

kesal

diam

daun

6

Page 7: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

/ŋ/

/ń/

/p/

/q/

/r/

/s/

/ś/

/t/

/v/

/w/

/y/

/z/

ng

ny

p

q

r

s

sy

t

v

w

y

(i) z

(ii) x

ngilu

nyata

pasang

Qur’an

raih

sampai

syarat

tali

vitamin

wanita

yang

zaman

xenon

angin

hanya

apa

wuquf

bara

asli

isytihar

mata

universiti

hawa

payung

lazat

-

pening

-

siap

buraq

putar

lemas

Quraisy

rapat

-

-

-

lafaz

-

1.3.1 Lima Perubahan Huruf Konsonan

7

Page 8: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Tanda koma di atas (‘) yang sepadan dengan huruf Jawi Hamzah ,

dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya

masa’alah menjadi masalah

so’al menjadi soal

Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup

suku kata. Contohnya:

Enchi’ menjadi encik

Dato’ menjadi datuk

Daripada 26 huru konsonan,tiga huruf diperkenalkan secara tetap iaitu q,

v , dan x

Q berpadanan dengan huruf Jawi Qaf, untuk kata atau istilah agama.

Contohnya: :

Qariah dan Qunut

Huruf v, yang lazimnya untuk mengeja kata bahasa Inggeris, atau bahasa

asing yang lain, dipangkal kata atau dipangkal suku kata. Contohnya :

Versi dan Subversi

Huruf –ve di akhir kata ditukar menjadi huruf f. Contoh:

active menjadi aktif

Huruf x , digunakan pada pangkal kata istilah khusus, tidak ditukar

menjadi z. Contoh:

xenon menjadi xenon

8

Page 9: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan rumi

baru.

-Ch menjadi c

chachat menjadi cacat

chuchi menjadi cuci

-Dh menjadi d

dharab menjadi darab

khadi menjadi kadi

- Dz menjadi z

bedza menjadi beza

dzalim menjadi zalim

-Sh menjadi sy

mashor menjadi masyhur

sharat menjadi syarat

-Th menjadi s

Ithnain menjadi Isnin

mithal menjadi misal

1.3.2 Penggunaan Khusus

Huruf konsonan C dan Ch

9

Page 10: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Perkataan Cina yang dieja C (dengan huruf besar C) bermaksud nama

khas orang cina di luar negara Republik Rakyat China, iaitu orang, kaum ,

kebudayaan dan bahasa Cina di Malaysia dan di tempat-tempat lain.

Pertubuhan Cina Selangor

Selamat Tahun Baru Cina

Selain itu,perkataan Cina dengan huruf c yang kecil.Apabila digunakan

untuk pengertian umum:

bunga cina

teh cina

kecina-cinaan

Perkataan China ,khusus untuk menulis nama negara Republik Rakyat

China, yakni menurut ejaan yang biasa digunakan di dunia antarabangsa.

Republik Rakyat China

Tanah Besar China

negeri China

Perkataan China digunakan juga untuk nama tempat di Malaysia yang

sudah lama dieja dengan huruf Ch.Contoh:

Bukit China

Laut China Selatan

1.4 Konsonan Rangkap

Daripada 26 huruf konsonan,terdapat lima huruf gabungan iaitu gh, kh,ng,

ny dan sy.Huruf gabungan kh dan sy telah memnjadi sebahagian daripada huruf

10

Page 11: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

konsonan bahasa Melayu apabila bahasa Melayu meminjam perkataan –

perkataan Arab untuk dijadikan perkataan-perkataan akhir, khabar, syarat dan

syuhabat

Ejaan huruf gugus konsonan di awal kata, ada dua jenis.

1.4.1 Gugus dua huruf konsonan

Gugus Contoh kata

bl- blaus

br- brek

dr- draf

fr- fragmen

gl- glasier

kl- klasifikasi

kr- kredit

pl- plaintif

pr- proses

ps- psikiatri

sk- skuter

sl- slogan

sn- snek

sp- spekulasi

st- sterotaip

tr- tribunal

1.4.2 Gugus tiga huruf konsonan

11

Page 12: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Gugus Contoh kata

skr- skrip, skru

spr- spring

str- strategi

Ejaan salah jika disisipkan huruf e pepet di antara dua atau lebih huruf

konsonan yang bergugus.

Contoh:

Bahasa Inggeris Betul Salah

brake brek berek

store stor setor

clinic klinik kelinik

1.4.3 Ejaan Huruf Gugus Konsonan Di Akhir Kata

12

Page 13: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Hanya gugus dua konsonan sahaja.

1.4.3.1 Gugus konsonan akhir –rt.

Bahasa Inggeris Betul Salah

Export eksport ekspot

Import import impot

Passport paspot paspot

1.4.3.2 Gugus konsonan akhir yang lain

Gugus Contoh kata

-lf golf

-lm napalm

-lt kobalt

-rd standard

-rf alomorf

-rm kloroform

-nk bank

1.4.3.3 Ejaan huruf gugus konsonan yang disesuaikan di akhir kata

13

Page 14: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Bentuk –nce dalam bahasa Inggeris menjadi –ns dan –n dalam bahasa

Melayu. Contoh:

-ns insurans

-n elaun

Bentuk –rd dalam bahasa Inggeris dikekalkan –rd atau dijadikan –d dalam

bahasa Melayu. Contoh:

-rd standard

-d poskod

Bentuk –rt dijadikan –rta, selain dikekalkan –rt. Contoh:

-rt konsert

-rta carta daripada kata bahasa inggeris chart

Bentuk –rm dikekalkan –rm atau dijadikan –rma. Contoh:

-rm kloroform

-rma firma,norma

Kata-kata yang ditambah huruf vokal a.

Lazimnya, kata-kata istilah. Untuk mengekalkan gugus konsonan.

Contoh:

Sperma, protoplasma, logaritma, akta

1.5 Persukuan

Dalam bahasa Melayu,setiap suku kata terdiri daripada satu vokal.Vokal

itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan.

14

Page 15: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Dari segi ejaan,terdapat sebelas pola suku kata dalam bahasa

Melayu,seperti yang berikut.:

V a-ku ; i – bu

VK un – di ; er – ti

KV sa – kit ; tung – gu

KVK ban – tu ; pu – sat

KKV dra – ma ; indus – tri

KKVK trak – tor ; elek – trik

VKK eks – port

KVKK bank – rap ; kon – teks

KKVKK kom – pleks

KKKV stra – tegi ; skru

KKKVK struk – tur ; spring

Pola (1) hingga (4) merupakan empat pola umum suku kata yang terdapat

pada kebanyakan kata dasar dalam Bahasa Melayu. Dengan kata lain, empat

pola inilah yang mendasari sebahagian besar kata dasar dalam bahasa Melayu.

Tujuh pola seterusnya,iaitu pola (5) hingga (11) merupakan pola suku kata

yang terdapat padanya huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan (misalnya

dr,tr,eks, dan str) iaitu bentuk yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau

bahasa Eropah lain.

Gejala suku kata dilihat sama ada diakhiri oleh huruf vokal atau

konsonan.Jikalau suku kata diakhiri oleh huruf vokal atau konsonan.Jikalau suku

kata diakhiri oleh huruf vokal , suku kata itu disebut suku kata terbuka , misalnya

sa dalam sakit dan hi dalam hilang.Suku kata tertutup ialah suku kata yang

diakhiri dengan huruf konsonan , misalnya kit dalam sakit dan lang dalam hilang

1.5.1 Definisi Suku Kata

Menurut Daniel Jones ,satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak

kelantangan

15

Page 16: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

a+ku, du+duk

Menurut R.H. Robins, satu kumpulan konsonan dan vokal yang

mempunyai status unit, iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal

kata, di tengah kata dan di akhir kata. Ujaran yang paling minimum. Contoh:

ah, a.

1.5.2 Pemisahan Suku Kata Pada Kata Dasar

Dua huruf vokal berurutan pada tengah kata. Pemisahannya dilakukan di

antara kedua-dua huruf vokal. Contoh:

ma-in, sa-at

Ada huruf konsonan termasuk gabungan huruf konsonan, di antara dua

huruf vokal pada tengah kata. Pemisahannya dilakukan sebelum huruf

konsonan atau gabungan huruf konsonan tersebut. Contohnya:

a-nak, ba-rang,a-syik,ke-nyang

Dua huruf konsonan yang berurutan pada tengah kata, kecuali gabungan

huruf konsonan. Pemisahannya dilakukan di antara kedua-dua huruf

konsonan tersebut. Contoh:

man-di, som-bong

Tiga atau lebih konsonan pada tengah kata, termasuk gabungan huruf.

Pemisahannya dilakukan di antara huruf konsona pertama dengan huruf

konsonan yang kedua. Contoh:

kon-tra, ul-tra, in-fra,sang-gul, ang-klung

16

Page 17: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Imbuhan termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan

partikel yang biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya dalam

penyukuan kata dipisahkan sebagai satu kesatuan. Contoh:

ma-kan-an, me-me-nuh-i, bel-a-jar, Kilo-gram; ki-lo-gram,Kilo-meter;

ki-lo-me-ter,Foto-grafi; fo-to-gra-fi

1.5.3 Konsep Suku Kata/ Persukuan

Bahasa Melayu mempunyai empat pola umum suku kata contohnya,

V a-nak, e-kor, ka-edah

VK er-ti, om-bak,ma-in

17

Page 18: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau

KVK pin-tu, pe-ker-ti

Pola suku kata yang lain pula adalah,

KKVK blok, trak-tor, prak-tis

VKK eks

KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans

KKVKK kom-pleks

KKKV stra-te-gi, skru

KKKVK struk-tur, skrip

Lazimnya daripada kata pinjaman adalah seperti berikut,

KKV pra-ja, kri-tik, in-fra

KKVK blok, trak-tor, prak-tis

1.5.4 Pembentukan Suku Kata

1) Vokal : a, e, i, o, u2) KVKV

konsonana e i o u e

b ba be bi bo bu be

18

Page 19: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

c ca ce ci co cu ced da de di do du def fa fe fi fo fu feg ga ge gi go gu geh ha he hi ho hu hej ja je ji jo ju jek ka ke ki ko ku kel la le li lo lu le

m ma me mi mo mu men na ne ni no nu nep pa pe pi po pu peq qa qe qi qo qu qer ra re ri ro ru res sa se si so su set ta te ti to tu tev va ve vi vo vu vew wa we wi wo wu wex xa xe xi xo xu xey ya ye yi yo yu yez za ze zi zo zu ze

KVKVbaca jasa kububeli mari bakumuka kita bekutubi kaki tubabeca kuku susubudi buku suka

19

Page 20: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

KVKVKVbidara kepala serupakereta pelita gerudimenara tomato telagaSelasa kamera kelapaMereka Melaka terima

KVKVKVKVbidadari peribadiserigala generasimaharajaceriteramataharidaripada

VKVada api ituabu ini ubiaku adu ibu

KVKpen pin gelbas dan jamtak pun justin kes gascek suprak jem

VKVKitik ayah ayamulit esok ukirubat alih akarelok emak agih

1.6 Diftong

Pengertian Diftong

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan

nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak

sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambing vokal.Kamus

20

Page 21: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

linguistik mengatakan diftong sebagai gabungan dua bunyi vokal yang disebut

dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam

pandai. Dan [au] dalam pulau.

Senarai Diftong Bahasa Melayu adalah seperti berikut,

[ ai ] hairan, pakai, gemalai

[ au ] aurat, taulan, kerbau

[ oi ] amboi, sekoi, sepoi

Analisis Fonem Diftong

Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan

dua unit vokal dalam bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya ;

Urat – aurat Baka-bakau Bala-Balai

Asin

1.6.1 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh

gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang

21

Page 22: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

/ai/

/au/

/oi/

ai

au

oi

aising

aurat

auditorium

oidium

ghairah

trailer

saudara

boikot

pandai

harimau

amboi

1.7 Pola Keselarasan Vokal Dan Kekecualiannya

Aspek keselarasan vokal agak luas mempengaruhi Sistem Ejaan Baru.

Dalam sistem bahaaru ini, pemakaian huruf vokal telah diselaraskan dan ia

dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal yang mempunyai 18 pola.

22

Page 23: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Penyelarasan vokal dalam Sistem Ejaan Baharu ini selalu

disalahfahamkan. Penyelaraaan vokal hanya berlaku pada dua suku kata akhir,

kata akhir dan kata akar sahaja, itu pun sekiranya suku kata akhir itu tertutup.

Kata akar ialah bahagian perkataan yang tertinggal apabila semua

imbuhan telah diasingkan. Contohnya perkataan ‘mempersoalkan’ akarnya ialah

‘soal’.

Suku kata ialah pecahan perkataan mengikut adanya bunyi vokal.

Contohnya :

‘pagi’ – 2 suku kata; ‘pa’ dan ‘gi’.

‘perigi’ – 3 suku kata; ‘pe’, ‘ri’ dan ‘gi’

‘keluarga’ – 4 suku kata; ‘ke’, ‘lu’, ‘ar’ dan ‘ga’

‘cenderawasih’ – 5 lima suku kata; ‘cen’, ‘de’, ‘ra’, ‘wa’ dan ‘sih’

‘lap’, ‘pun’ – 1 suku kata.

Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, maka

penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya

ia adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata yang

berakhir dengan huruf konsonan seperti ‘dak’, ‘kang’, ‘ih’, ‘ut’ dan lain-lain.

Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu

(iaitu dalam kata akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i

dan u yang boleh berlaku dalam suku kata akhir tertutup. Contoh :

bilek bilik

pikol pikul

kecimpong kecimpung

basoh basuh

23

Page 24: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

serundeng serunding

kedekot kedekut

Sekiranya suku kata sebelum akhir mempunyai vokal e atau o, maka suku

kata akhir tertutupnya juga mempunyai vokal yang sama. Contoh:

e – e : belek, tempeleng

e – o : selok, belok

o – e : korek, celoreng

o – o : korok, tembolok

Ada dua hal penting mengenai penyelarasan vokal ini:

Pemakaian vokal di tempat lain tidak berubah. Contoh : boleh, orang,

kurang, terompah dan goreng

Kata pinjaman tidak menurut sistem ini. Contoh : kabaret, jaket, atom,

kontraktor dan setem.

1.7.1 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf

vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara

huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir

tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut:

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

24

Page 25: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan

tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang

terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup.

Sistem keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang

di bawah.

Huruf vokal e taling atau o dikata suku tidak berubah apabila kata tersebut

diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya:

bom: mengebom bukan mengebum

syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan

Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah

sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya.

Contohnya:

belerang anggota

daerah gelora

kaedah kelopak

kecewa kuno

mereka pidato

pendekar sekolah

selera semboyan

25

Page 26: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

temberang semoga

Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi

huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-a: beta cetak gelenggang

meja dewan selempang

reka dendang selendang

sewa semak terendak

o-a: goda borang berontak

kota hormat gelombang

ronda johan kerongsang

rongga rosak terompah

Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan  e-e,

e-o, o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a,

e pepet, i, atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:

e-e: cerewet, kelengkeng, tempeleng

e-o: kerekot, pelecok, selekoh

o-e: celoreng, kerobek, temponek

o-o: ceroboh, kelompok, pelopor

10 pola keselarasan vokal yang tidak berubah.

POLA CONTOH

a-a batal, awame(p)-a lekat, empate(t)-a petak, bebas

e(t)-e(t) leceh, leper

26

Page 27: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

e(t)-o esok, tempohi-a bilang, sikato-a botak, sekolah, ombak, rotan

o-e(t) toleh, oleh, boleho-o tolong, selorohu-a pusat, belukar

8 pola keselarasan vokal yang berubah.

SISTEM EJAAN BARU SISTEM EJAAN LAMAPOLA CONTOH POLA CONTOH

a-i alih a-i aliha-u batuk a-u batuke-i lebih e-i lebihe-u tempuh e-u tempuhi-i pilih i-i pilihi-u tidur i-u tiduru-i putih u-i putihu-u untuk u-u untuk

Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama (primer)

seperti yang berikut:

Pola Keselarasan Contoh

PenggunaanSuku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup

(1) a a asah, balak, halaman

(2) a i alih, balik, sumbangsih

(3) a u asuh, datuk, lembayung

27

Page 28: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

(4) e pepet a emas, kelam, cemerlang

(5) e pepet i lebih, betik, sembelih

(6) e pepet u telur, tempuh, temenggung

(7) e taling a elak, dewan, belerang

(8) e taling e taling leceh, gelek, selekeh

(9) e taling o esok, telor, selekoh

(10) i a ingat, kilang, selinap

(11) i i intip, sisih, belimbing

(12) i u riuh, tidur, periuk

(13) o a otak, borang, sekolah

(14) o e taling oleh, boleh, celoteh

(15) o o obor, borong, kelompok

(16) u a ubat, tumpang, ketupat

(17) u i usik, kuih, gerusih

(18) u u untuk, tunduk, tengkujuh

Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah

daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai

perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata

akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata

praakhir.

Ejaan Rumi Sekarang Ejaan Rumi Lama

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

28

Page 29: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

(1) a - e taling aleh a - i alih

(2) a - o batok a - u batuk

(3) e pepet - e taling lebeh e - i lebih

(4) e pepet - o tempoh e - u tempuh

(5) i - e taling pileh i - i pilih

(6) i - o tidor i - u tidur

(7) u - e taling usek u - i usik

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya

mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada

sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya

digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya

digunakan huruf vokal e taling atau o juga di suku kata praakhir.

Pola Ejaan Contoh

(1) e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh

(2) e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot

(3) o - e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng

(4) o - o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

Di samping 18pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan

Rumi sekarang terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf vokal seperti yang

digunakan dalam ejaan lama itu (lihat perenggan 7.4), iaitu untuk mengeja kata-

kata yang diserap daripada bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris

dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di

Nusantara.Selainitu, ada sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa

digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan

29

Page 30: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem keselarasan

huruf vokal.

Pola EjaanContoh Kata daripada Bahasa di

Nusantara

Contoh Kata daripada

Bahasa Inggeris

(1) a-e talinganeh, awet, kaget, laden, pamer,

radenkabaret, jaket

(2) a-obarong, calon, lakon, lancong,

lapor, keraton, perabot, rampokatom, kontraktor

(3) e pepet-e taling Gembleng setem

(4) e pepet-o bendok,jempol gabenor, interkom

(5) i-e taling Imlek tiket, kriket

(6) i-o ijon, pilon diftong, transistor

(7) u-e taling tulen, ulet subjek

(8) u-o bunglon, buron, lelucon kupon, konduktor

(9) a-e pepet Pakem teater, plaster

(10) etaling-i hipotesis, objektif

(11) e taling-u petroleum, spektrum

(12) e pepet-e pepet demdem, pepet

(13) i-e pepet Iseng artikel, filem, dividen

(14) o-i fosil, hipokrit

(15) o-u bonus, forum

(16) u-e pepet Lumer skuter, snuker

(17) e taling-e pepet meter

(18) o-e pepet Oktober, broker

1.8 Ejaan Kata Terbitan  

30

Page 31: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang

bermula dengan huruf d,c,j, sy dan z, serta perkataan pinjaman yang

mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s. 

Contohnya : deru - menderu

duga - menduga

caci - mencaci

1.9  Ejaan Kata Majmuk 

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya

dianggap sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun

bentuk kata tersebut mempunyai dua kata dasar. Perkataan yang demikian dieja

sebagai satu perkataan. Bentuk tersebut ialah:

tanggungjawab olahraga

tandatangan matahari

suruhanjaya jawatankuasa

sukarela warganegara

setiausaha kakitangan

pesuruhjaya bumiputera

antarabangsa beritahu

Selain contoh yang ditunjukkan di atas, ejaan kata majmuk ditulis terpisah.

Contoh:

              jalan raya tunjuk ajar

              ambil alih kuat kuasa

              kenal pasti ibu bapa

              campur aduk daya serap

1.10 Ejaan Kata Pinjaman 

31

Page 32: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu meminjam ratusan ribu perkataan daripada bahasa-

bahasa lain , terutama daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan Bahasa

Inggeris serta bahasa Eropah lain.Perkataan-perkataan daripada bahasa

Sanskrit telah begitu terserap sehingga menjadi sebahagian daripada kosa kata

bahasa Melayu.

Kesalahan penggunaan ejaan kata pinjaman merupakan akibat pengaruh

ejaan bahasa sumber bagi kata yang telah mantap, kekeliruan antara bunyi

sebutan dengan sistem visual bagi ejaan dan ejaan kata khusus yang

menggunakan nombor. Contoh:

klas, plan, klab, gran - kelas, pelan, kelab, geran

psikoloji, otomatik, kota - psikologi, automatik, kuota

dekad ke 10, abad ke 20 - dekad ke-10, abad ke-20

1.11 Ejaan Kata/Istilah Pinjaman

1.11.1 Bahasa Inggeris

Terdapat beberapa cara untuk mengeja kata serap daripada bahasa

Inggeris.Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

c– s cent sen

32

Page 33: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

c– k computer komputer

s– z music muzik

x– ks express ekspres

y– i economy ekonomi

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

ch – c charge caj

ch – k technique teknik

ph – f graph graf

Pengguguran satu daripada gabungan yang sama

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bb – b lobby lobi

ff – f effective efektif

gg – g aggressive agresif

ll – i pill pil

Kesesuaian huruf bagi

gabungan dua huruf vokal

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

nn – n annuity anuiti

ss- s asset aset

tt –t lottery loteri

zz – z jazz jaz

33

Page 34: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

iu – iu premium premium

ou – au

poundpaun paun

ou – u

couponkupon kupon

ue – u tissue tisu

1.11.2 Bahasa Arab

Perkataan-perkataan daripada bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis.

Melayu dan dieja dalam sistem ejaan Rumi mengikut cara perkataan jati bahasa

Melayu.Dengan kata lain, walaupun perkataan-perkataan ini berasal daripada

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

au – au automatic automatik

ea – ea creative kreatif

ea – i grease gris

ai – ai dialect dialek

34

Page 35: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

bahasa Arab, anggapan pengguna adalah bahawa perkataan-perkataan ini telah

dimelayukan, dan oleh yang demikian,dieja mengikut kelaziman sistem ejaan

bahasa Melayu huruf rumi. Beberapa contoh yang dipetik daripda Pedoman

Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

(1996)Pertama ialah kata-kata umum.Kata-kata ini telah terserap ke dalam

bahasa Melayu.

Ejaan Jawi Ejaan Rumi

Sahabat

Darurat

Hakim

Izin

Kubur

Zat

Zalim

Bagi istilah-istilah khusus agama islam, perkataan-perkataan boleh ditulis

dengan menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti

yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf

Rumi, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Beberapa contoh utama

Ejaan Jawi Ejaan Rumi

Hadith

Kidhib

Isti’mal

Qunut

Riya’

2.0 Teks Pengacaraan Majlis

2.1 Format Pengacaraan Majlis

1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat (hadirin diminta berdiri).

35

Page 36: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.

3. Pengenalan ringkas berkenaan majlis yang diadakan.

4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.

4.1 Ucapan alua-aluan.

Mengucapkan selamat datang.

Menyatakan fungsi dan objektif majlis.

Melaporkan aktiviti.

Mengemukakan cadangan dan permintaan.

Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada.....

5. Ucapan terima kasih daripada penganjur (jika perlu).

5.1 Perucap terima kasih

Berterima kasih diberi peluang berucap.

Mengucapkan selamat datang ke majlis

Melaporkan aktiviti

Mengemukakan cadangan dan permintaan.

Mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat dan

AJK

6. Ucapan utama daripada tetamu kehormat (jika beliau ingin berucap).

6.1 Perucap utama

Mengucapkan terima kasihkepada pengelola

Melaporkan informasi terkini.

Memberi nasihat.

Menjawab cadangan dan permintaan.

Kata penutup

7. Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam ataupun

anugerah.

8. Penutup

9. Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat (hadirin diminta

berdiri).

2.2 Menyediakan Teks

36

Page 37: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Teks bagi pengacara dalam semua majlis yang penuh istiadat dan majlis formal,

sepatutnya disediakan oleh penganjur majlis

2.2.1 Kepentingan Teks Untuk Pengacara

i. Sebagai panduan utama

ii. Mengelakkan kesilapan

iii. Turutan yang sempurna(salam susunan protokol,permulaan majlis,isi

majlis dan penutup)

iv. Pemilihan perkataan yang tepat dan sesuai

v. Gaya bahasa yang indah dan mudah

2.2.2 Panduan Menyediakan Teks

Kriteria teks mestilah

i. Jelas

ii. Jarak yang sesuai

iii. Baik

iv. Mengikut protokol

v. Berukuran separuh A4

vi. Satu mukasurat untuk satu pengumuman

vii. Nama majlis dicatatkan di atas dan di muka pertama sahaja.

2.3 Perbandingbezaan Teks Pengacaraan Majlis

Lampiran Tajuk Jenis Penganjur Laras BahasaPantun atau Gurindam

1 Majlis Perasmian Bicara Formal Bahagian Teori dan Sastera Ada

37

Page 38: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Karya Negeri Sembilan

Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur

2Pengacaraan Majlis

Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan

FormalInstitut Perguruan

Raja Melewar, Seremban

Baku Ada

3

Majlis Perasmian Persidangan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Perguruan

Malaysia

FormalBahagian

Pendidikan GuruBaku Ada

4Konsert Gema Gemilang

Kementrian Pelajaran Malaysia

Formal dan

Penuh Adat

IStiadat

Kementrian Pelajaran Malaysia

Istana Ada

2.3.1 Ulasan Lampiran 1

Teks pengacaraan lampiran 1, adalah majlis Perasmian Bicara Karya

Negeri Sembilan yang diadakan di Balai Ilmu Institut Perguruan Raja

38

Page 39: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Melewar,teks ini disusun untuk majlis yang kecil, dihadiri hanya seramai dua

ratus lima puluh orang sahaja. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Teori dan

Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama

Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban dan Persatuan Penulis Negeri

Sembilan (PEN). Audiens terdiri daripada para pensyarah, guru-guru pelatih,

jemputan-jemputan yang terdiri daripada guru-guru dan juga pelajar-pelajar

sekolah. Majlis ini diadakan untuk mengupas dan mengkaji hasil karya sastera

daripada penulis-penulis tempatan.

Majlis adalah formal kerana dihadiri ahli-ahli panel yang yang terdiri

daripada tokoh-tokoh sastera. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada

pengerusi majlis serta diikuti dengan baaan doa. Majlis kemudiannya diserahkan

kepada pengerusi untuk sesi forum. Majlis ini diadakan berperingkat institut

sahaja. Tetapi jelas di sini pengisisan majlis adalah menarik dengan

perbincangan berkaitan hasil karya yang menarik, audiens tidak jemu dengan

ulasan serta pandangan yang diberikan oleh panel-panel pengulas. Hadirin juga

diberi peluang untuk berinteraksi secara dua hala dengan panel jemputan. Laras

bahasa yang digunakan adalah bahasa sastera sinonim dengan majlis yang

beragendakan sastera.

Karya-karya ilmiah yang dibentangkan adalah bertepatan dengan selera

pembacaan audiens. Matlamat majlis pada hari tersebut tercapai untuk

memberikan pengulasan oleh pencara majlis secara jelas kepada audiens. Teks

pengacaraan juga diselit dengan puisi dan juga pantun. Pantun yang dikarang

tidak dipetik dari mana-mana buku atau pun petikan,malahan pantun dihasilkan

secara kreatif oleh pengerusi majlis sendiri. Selain itu turut didapati pengacaraan

banyak diselang-seli dengan pantun dan puisi.

Majlis kemudiannya diserahan semula majlis kepada pengerusi, majlis

berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada ahli panel dan tetamu

undangan. Teks pula diakhiri dengan puisi dan pantun yang berisi ucapan terima

kasih kepada ahli panel dan juga audiens yang hadir. Perbezaan yang ketara

antara lampiran satu dan lampiran lain adalah lampiran satu banyak diisi dengan

39

Page 40: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

puisi dan pantun manakala lampiran lain kurang.Tetapi pengisian majlis adalah

bermakna dan bertepatan dengan halatuju majlis.

Lampiran 1

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Bicara Karya Negeri Sembilan 2008

40

Page 41: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Pembukaan majlis

Asslammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang BerbahagiaPn. Hjh. Asmah binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar/ wakil

Yang BerusahaEncik Mohamad Daud bin Mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka

Yang BerbahagiaPn. Hjh. Mahaya binti Mohamad Yassin, Ketua 1, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Ahli-ahli panel pembentang pada pagi ini.

Tuan-tuan Pengetua,

Para pensyarah,

dan guru-guru yang berkesempatan hadir pada pagi yang berbahagia ini,

Seterusnya,

Para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sirih pinang di dalam puanMari dimakan Datuk Menteri

Selamat datang saya ucapkanKepada tuan di majlis ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan para pelajar ke Majlis Bicara Karya Negeri Sembilan 2008. Institut Perguruan Raja Melewar selaku tuan rumah juga sangat berbesar hati menyambut kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.

Pahala kerja kerana lillah,Pahala beramal kerana Allah,Pahala harta untuk sedekah,Pahala doa anak menakah,Pahala laku tidak menyalah,Pahala mulut berlembut lidah,Pahala mata memandang faedah,

41

Page 42: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Pahala telinga mendengar amanah,Pahala kaki lurus melangkah,Pahala tangan membantu yang susah,Pahala hati iman dan takwa,Pahala diri berserah kepada Allah.

Demi memohon restu Ilahi, dengan sukacitanya dijemput Saudara Zainuddin bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Muslimin muslimat, sama-samalah kita mengaminkan doa yang akan dilafazkan.

(Doa)

Kalau mencari kehebatan duniaTerhadap masa jangan berlengahTerhadap dunia jangan terlenaTerhadap akhirat jangan terlupaTerhadap agama jangan sia-sia

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara Zainuddin bin Zainal Abidin atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Kita sungguh bertuah, kerana pada pagi yang indah yang berbahagia ini, kita dapat berhimpun di dewan yang indah ini kerana suatu lagi majlis ilmu, iaitu Bicara Karya Negeri Sembilan 2008 yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Tanpa berlengah masa, majlis ini kita teruskan dengan mempersilakanYang Berusaha Encik Mohamad Daud bin Mohamad,Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

(Ucapan)

Kalau duduk mendengarkan amanahYang tersirat jadi tersuratYang jauh menjadi dekatYang terendam boleh terangkatYang panjang menjadi singkatYang terbentang boleh dilipatYang tergenggam boleh disukatYang culas menjadi lekatYang terlupa menjadi ingat.

42

Page 43: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Dalam majlis ini, tiga buah karya akan dibicarakan iaitu Kotak Renung dan Tenung (skrip drama) karya Dr. Anuar Nor Arai, Mengutip Manik Waktu Yang Masih Tersisa (Kumpulan Puisi) karya Mahaya Mohd Yassin dan Tawarikh Cinta (novel) karya Nisah Harun.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, ketiga-tiga penulis yang karyanya akan dibicarakan pagi ini merupakan penulis kelahiran Negeri Sembilan. Oleh itu, sudah semestinya kita rasa sungguh berbagga dan bertuah kerana buku-buku yang akan dibicarakan pada pagi ini dihasilkan oleh penulis Negeri Sembilan sendiri. Peluang yang diberikan oleh DBP dalam program seperti ini sudah tentu akan dapat mengangkat lagi sesebuah karya. Apatah lagi, buku-buku yang akan dibicarakan nanti adalah buku-buku yang baru sahaja diterbitkan. Jadi saya kira khalayak pastinya beruntung kerana mendapat sesuatu yang baru, masih segar dan masih belum diteroka dalam majlis ini.

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar pembentangan oleh ahli panel dalam majlis bicara karya pada pagi ini, jadi tanpa melengahkan masa lagi, saya serahkan kepada Tn. Hj. Zulkifli bin Abu selaku pengerusi majlis untuk meneruskan Bicara Karya pada pagi ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis Penutup

Alahamdulillah,Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pengerusi Majlis Bicara Karya, Tn. Hj. Zulkifli bin Abu yang telah selesai jalankan tugasnya membawa ketiga-tiga ahli panel membentangkan pembicaraan masing-masing.

Sekali lagi, terima kasih kepada Encik Zakaria Ariffin (ASWARA) yang telah membicarakan Kotak Renung dan Tenung (skrip drama) karya Dr. Anuar Nor Arai, Dr. Amida Abdul Hamid (Universiti Malaya) yang membicarakan karya Mahaya Mohamad Yassin, iaitu Mengutip Manik Waktu Yang Masih Tersisa (Kumpulan Puisi) dan Encik Saifullizan Yahaya dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah membicarakan Tawarikh Cinta (novel) karya Nisah Harun.

Melalui majlis ini, saya kira banyak manfaat yang kita peroleh terutama untuk mengetahui tentang sesuah karya dengan lebih baik. Selain mengenali hasil karya, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengenali penulisnya. Jadi dengan ilmu pengetahuan yang kita peroleh pada pagi ini, sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada kita.

Dengan itu sempurnalah sudah program kita pada pagi ini.Seterusnya majlis penyampaian cenderamata.

43

Page 44: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Untuk itu majlis mempersilakanYang BerusahaEncik Mohamad Daud bin Mohamad, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyampaikan cenderamata.

Dipersilakan Wakil Pengarah IPRM/ Pn. Hjh. Asmah binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar

DipersilakanEncik Zakaria Ariffin (Akademi Seni Warisan Negara ASWARA)Dr. Amida Abdul Hamid (UM)Encik Saifullizan Yahaya (DBP)Tn. Hj. Zulkifli bin Hj. Abu (IPRM – Pengerusi)

...............................................

Hadirin yang dihormati,

Umpama berkayuh dah sampai ke batasUmpama memanjat dah sampai ke puncak.Jadinya...Sepuluh jari saya susunMenunduk kepala yang suatuKok kata salah sebutKok hajat salah sampai

Entah saya salah sapaEntah tikar salah bentangEntah sirih salah sorongEntah duduk salah tempatMohon ampun dan maaf.

Dengan ini..Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak IPRM, DBP, PEN, Ahli-ahli panel yang turut serta, Jawatankuasa Majlis Bicara Karya serta hadirin sekalian atas kesudian hadir dan menyempurnakan majlis.

Bintang barat terbit petangBintang timur terbit pagi

Jika tidak melarat panjangAda umur ketemu lagi

..............................................

Tuan-tuan dan puan-puan,

44

Page 45: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Majlis menjempuat tuan-tuan dan puan-puan untuk majlis jamuan makan tengah hari.Sekian.

2.3.2 Ulasan Lampiran 2

45

Page 46: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Lampiran 2 merupakan teks pengacaraan majlis Sambutan Penutup

Bulan Kemerdekaan yang disambut di dalam Balai Kerapatan Institut Perguruan

Raja Melewar. Majlis dimulakan dengan pengumuman perarakan masuk

Pengarah IPRM, Timbalan Pengarah , ketua-ketua jabatan dan pensyarah-

pensyarah yang diiringi dengan paluan kompang. Kemudiannya dengan bacaan

doa sebagai pelengkap majlis.

Majlis ini disambut secara formal dan besar-besaran walaupun berada di

dalam bulan Ramadhan. Majlis ini adalah anjuran Badan Kebudayaan IPRM.

Majlis ini diadakan atas tujuan untuk menyamput penutupan bulan kemerdekaan

bagi tahun 2008 peringkat IPRM. Majlis dimulakan dengan persembahan para

pelajar yang di selang selikan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan

yang dianjurkan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas daripada para pensyarah

yang menyanyikan lagu-lagu patriotik bersempena dengan hari kemerdekaan

lalu. Turut tidak dilupakan deklamasi sajak daripada pelajar-pelajar yang telah

memenangi tempat pertama dalam pertandigan sajak mengikut kategori. Majlis

turut berpeluang mendengar ucapan daripada Yang Berbahagia Pengarah

IPRM.

Ucapan yang disampaikan sangat bersemangat dan memotivasikan

semnagat patriotik yag ada di kalangan guru pelatih. Majlis kemudiannya

diteruskan dengan nyanyi lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh

semangat oleh guru-guru pelatih. Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian

lagu institut ,diikuti dengan naynyian laku kebesaran Negeri Sembilan dan akhir

sekali lagu Negaraku.

Lampiran 2

46

Page 47: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia, Pengarah IPRM, Timbalan Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pensyarah-pensyarah IPRM, diiringi kumpulan kompang IPRM.

Hadirin dipohon berdiri.

(Perarakan masuk)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daun pelepah daun kelapa,Kelapa tua kelapa matang,Awal bismillah pembuka bicara,Pemanis kata selamat datang.

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih junjung dibuat hantaran,Hadirin hadiat selamat datang,Majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Yang Berbahagia,Pn. Hajah Asmah binti Yahya,Pengarah IPRM,Yang Berusaha,En. Tan Ying Kee,Timbalan Pengarah IPRM,Ketua-ketua Jabatan,Ketua-ketua Unit,Pensyarah-pensyarah,Staf-staf sokongan,Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, dapat kita berkumpul di balai kerapatan yang serba indah ini dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Peringkat IPRM bagi tahun 2008. Untuk makluman hadirin hadirat, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat IPRM telah bermula dan dirasmikan pada 15hb Ogos 2008 yang lalu.

Dari Kedah puspa ku mohon,Puspa dipilis buat azimat,Tangan ditadah doa dipohon,Semoga majlis mendapat berkat.

47

Page 48: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Shairozi bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil ustaz Shairozi bin Hashim atas bacaan doa tadi, majlis kta akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Majlis hari ini dimulakan dengan Persembahan Deklamasi Sajak yang akan disampaikan oleh pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak kategori Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPRm, saudara Mohd Ridzuan bin Husni dengan sajak yang bertajuk “Ayahku seorang penjual roti”. Marilah sama-sama kita menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohd Ridzuan bin Husni, pelajar PISMP-IPGM PJ semester 4 atas persembahan deklamasi sajak itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi telah diiringi petikan gitar oleh saudara Azwan bin Ismail, juga pelajar unit PISMP-IPGM PJ semester 4.

Kita teruskan persembahan pada pagi ini dengan mempersilakan pelajar QUT Sains 1 dan 2 dengan persembahan lagu bertajuk “Let there be peace”. Sama-samalah kita saksikan.( Persembahan Nyanyian)

Terima kasih diucapkan kepada pelajar PISMP-QUT Sains 1 dan 2 atas persembahan mereka yang bertajuk ”Let there be peace” sebentar tadi.

Meneruskan persembahan pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohd Saifullah bin Mohd Jendeh dan Saudari Aini Sharina binti Esa diiringi kumpulan muzik yang terdiri daripada pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 dengan persembahan nyanyian lagu patriotic yang bertajuk “Pahlawanku” dan “Pewiraku”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Persembahan Nyanyian Berkumpulan)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 atas persembahan bagi memeriahkan majlis pada pagi ini.

48

Page 49: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Seterusnya marilah kita hayati pula sebuah lagi persembahan pendeklamasian sajak yang akan disampaikan oleh Pemenang Deklamasi Sajak Kategori Bukan Melayu, Saudara Thamaraj a/l Subramaniam dengan sajak yang bertajuk “Srikandi Merdeka” . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak Bukan Melayu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Saudara Thamaraj a/l Subramaniam unit KPLSPM MT/BT semester 3 atas persembahan beliau sebentar tadi yang telah diiringi petikan gitar oleh saudara Mohd Hanafi bin Khalid, pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu patriotik yang akan disampaikan oleh pensyarah yang terdiri daripada En Azlan bin Harun, En Samsudin bin Ahmad, En Wan Mahamad Saad bin Wan Chik, En Rohaizad bin Ismail dan En Samuel Yesuiah. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

( Persembahan Nyanyian Pensyarah)

Begitulah lunak dan merdunya suara dari pensyarah-pensyarah IPRM yang sememangnya mempunyai bakat terpendam dengan menyanyikan medley dua buah lagu yang bertajuk “ Sejahtera Malaysia” dan “ Malaysia Tanah Airku” Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyerikan lagi majlis pada pagi ini.

Seterusnya, hadirin dan hadirat dipohon berdiri dan sama-sama kita nyanyikan empat buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat. Dimulakan dengan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-51, “Perpaduan Teras Kejayaan”, “Malaysiaku Gemilang” seterusnya “Jalur Gemilang” dan diakhiri dengan lagu “Keranamu Malaysia”

(Nyanyian Lagu Patriotik)

Hadirin dipohon duduk, terima kasih diucapkan kerana sudi menyanyikan lagu-lagu patriotik sebentar tadi dengan penuh semangat . tidak lengkaplah majlis penutupan kita pada hari ini tanpa ucapan perasmian penutup dari yang berbahagia, Pengarah IPRM.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi tahun 2008. dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

49

Page 50: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan yang seterusnya merasmikan majlis penutpan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Pemyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil kepada peserta-perseta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang Berusaha Dr. Hj Nizam bin Abd Latib, ketua jabatan Teknologi Makluamt untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha , En Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRm naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih duicapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil kepada perserta-peserta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Dr Haji Nizam bin Abdul Latib, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRM naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 1)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRM atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM diiringi oleh Yang Berusaha ,Pn. Chandrika K.V Nair, Ketua Jabatan Bahasa untuk meneruskan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 2)

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

50

Page 51: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Tibalah kita ke kemuncak Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan IPRM 2008. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri dan bersama kita nyanyikan lagu IPRM, lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

( Nyanyian 3 Buah Lagu)

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar itu tadi.

Lebah bukan sebarang lebah,Lebah bersarang di rumpun buluh,Bukan sembah sebarang sembah,Sembah menyusun jari sepuluh.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam peti,Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga IPRM yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM pada hari ini. Biarlah sambutan sahaj yang berakhir di sini tapi kita terus tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa, di mana jua hingga ke akhir hayat. Biar sehingga titisan darah terakhir, kemerdekaan tanah air ini perlu dikekalkan, jangan biar ia tergadai.

Untuk itu saya, Hamizi bin MahpopDan saya , Nurul Syahiza binti Mohd Salleh Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutup sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak sengaja. Sekian.

2.3.3 Ulasan Lampiran 3

51

Page 52: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Lampiran 3 adalah teks pengacaraan untuk majlis yang formal iaitu

Perasmian Persidangan Perwakilan Pelajar yang diadakan di Balai Ilmu Institut

Perguruan Raja Melewar. Teks disusun dengan baik sekali bersesuaian dengan

bilangan perserta yang kecil. Teks ini lebih mengutamakan protokol, disebabkan

ia berasaskan kumpulan yag berorganisasi. Ia dianjurkan oleh Bahagian

Pendidikan Guru. Audiens adalah daripada ahli jawatankuasa perwakilan pelajar

institut perguruan seluruh Malaysia, yang telah menghantar tiga orang ahli

perwakilan untuk setiap institut, pensyarah pengiring dan fasilitator bagi

menghadiri persidangan ini.

Persidangan yang diadakan setiap tahun ini adalah untuk

membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan pelajar, disiplin dan juga cadangan

yang ingin diusulkan kepada bahagian pendidikan guru. Majlis dimulakan dengan

ucapan aluan oleh pengerusi majlis yang kemudiannya diikuti dengan bacaan

doa, lafaz ikrar pelajar dan diakhiri dengan ucapan Pn Pengarah IPRM.

Pengisian majlis adalah lebih ke arah membincangkan langkah-langkah yang

harus diambil dalam memperbaiki dan memenuhi kebajikan pelajar bagi setiap

institut.

Banyak pandangan dan cadangan yang diutarakan guru-guru pelatih

dalam mempersoalkan tentang kemudahan yang harus dimiliki pelajar. Teks

pengacaraan ini lebih ringkas daripada lampiran lain. Tetapi walaupun ringkas ia

masih mampu dalam menerajui majlis di peringkat kebangsaan.

Lampiran 3

52

Page 53: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Majlis Perasmian Persidangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Perguruan Malaysia, Peringkat Kebangsaan.

Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Pn. Hajah Asmah Binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar.

Merdu suara permata intan,Bertaut irama beradu gema,Salam diatur tanda penghormatan,Rasmi persidangan agenda utama.

Yang Berbahagia- Pn. Hajah Asmah Binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar, Yang Berusaha- En. Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar, Pn. Salbiah, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, barisan Fasilitator, Para Pensyarah Pengiring, Urusetia dan Perwakilan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam ukhwah dan salam perpaduan.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru merakamkan ucapan terima kasih kepada Institut Peguruan Raja Melewar yang dengan ikhlas menjadi tuan rumah untuk persidangan kali ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama memanjatkan doa memohon keberkatan ilahi. Majlis dengan penuh takzim menjemput saudara Mohd Adham Bin Hussien untuk memimpin bacaan doa.

(doa)

Amin rabbal alamin, semoga dengan bacaan doa itu tadi dapat memberkati majlis kita pada pagi ini.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang akan diketuai oleh saudara Balraj Pushperayah.

(ikrar)

Hinggap enggang di pohon jati,Sambil membawa buah bidara,Ucapan pengarah ucapan dinanti,Sebagai tanda rasminya acara.

Dengan segala hormat, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Pn. Hajah Asmah Binti Yahya, Pengarah Institut Perguruan Raja Melewar untuk

53

Page 54: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

meyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya merasmikan Persidangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Peringkat Kebangsaan.

(ucapan)

Maka dengan ucapan yang disampaikan tadi, rasmilah sudah majlis kita pada kali ini. Sebelum bersurai, sidang dewan diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku.

2.3.4 Ulasan Lampiran 4

54

Page 55: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Lampiran ini iaitu lampiran 4 adalah berbeza dengan lampiran yang lain.

Lampiran ini direncanakan khas untuk majlis Konsert Gema Gemilang

Kementrian Pelajaran Malaysia tahun 2008 yang diadakan di Dewan Plenary,

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis ini adalah bertaraf

antarabangsa kerana terdapat sebilangan kecil daripada tetamu undangan

khasnya adalah Menteri-menteri Pelajaran Negara Asia Tenggara. Majlis ini

adalah majlis formal, yang diadakan dengan penuh adat istiadat.

Ia dilangsungkan dengan penuh adat istiadat, disebabkan tetamu

terhormatnya pada malam majlis tersebut adalah Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong dan juga Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Baginda diarak masuk dengan paluan pelbagai gendang dari pelbagai bangsa

dan etnik di Malaysia. Keberangkatan tiba Baginda diumumkan pengacara majlis

dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku setelah Baginda mengambil tempat.

Majlis ini dianjurkan oleh Kementrian Pelajaran Malaysia, majlis ini

merupakan acara tahunan Kementrian Pelajaran Malaysia sejak sepuluh tahun

dahulu. Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar-pelajar, warga

pendidik sekolah dan juga pelatih-pelatih institut perguruan seluruh Malaysia.

Kebanyakan lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu tradisional dan juga

klasik. Pengacaraan majlis sangat istimewa kerana diselang-selikan dengan

persembahan, slot persembahan adalah di antara dua hingga tiga persembahan,

juga diselitkan pengkurniaan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan

Agong dan mempersembahkan cenderamata kepada Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong sebagai tanda ingatan dan kenangan. Selain itu undangan

majlis ini terdiri daripada orang-orang kenamaan.

Aliran protokol juga panjang bagi majlis ini. Laras bahasa juga merupakan

faktor keistimewaan teks ini, laras bahasa yang digunakan adalah bahasa istana.

Dimana kata ganti nama digunakan seperti

”patik”,”Tuanku”,”duli”,”memperkenan”,”menjunjung kasih”,”kurniaan” dan

sebagainya. Teks juga menggunakan laras bahasa sastera dimana turut

diselitkan pantun dua kerat pada akhir majlis. Majlis ini dijalankan kan dengan

55

Page 56: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

penuh adat istiadat,dimana ia dimulakan dengan acara pentas iaitu ”buka

panggung” kemudian diikuti dengan pengacaraan majlis dan diselang dengan

persembahan okestra, nyanyian dan tarian. Majlis berakhir dengan nyanyian

khas lagu ”Dirgahayu Tuanku” yang dinyanyikan anak-anak cilik yang menyertai

konsert tersebut.

2.4 Analisis Sistem Ejaan

56

Page 57: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

2.1.1 KESALAHAN EJAAN

Lampiran 1

SALAH BETUL

Asslammualaikum Assalamualaikumberbagga berbanggaAlahamdulillah Alhamdulillahsesuah sesebuahmenjempuat menjemputsuatu satu

Lampiran 2

SALAH BETULDuicapkan Diucapkanmakluamat maklumat

Lampiran 3

Tiada kesalahan ejaan.

Lampiran 4

Tiada Kesalahan

2.1.2 POLA KESELARASAN VOKAL

57

Page 58: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Dalam semua lampiran terdapat :

10 pola keselarasan vokal yang tidak berubah.

POLA PERKATAAN

a-a

salam Raja Bahasa

pada Para dalam

makan datang saya

sangat Pahala amal

harta Allah anak

mata amanah langkah

tangan takwa bacaan

sama akan lafaz

hadap masa jangan

agama rakam atas

dapat karya tanpa

angkat panjang drama

rasa bangga apatah

adalah sahaja khalayak

sabar bawa banyak

manfaat batas kata

salah hajat sapa

maaf harga barat

larat ada Malaya

e(p)-a

e(p)-a

sejahtera Pengarah Sastera

bentang pensyarah berkesempatan

pelajar selamat kepada

berbesar kerja kerana

sedekah dengar berserah

dengan dekat terendam

telahtergenggam

lekat

segar segala kepala

tentang secara cenderamata

Negara Entah tempatserta petang tengah

selaku kerjasama Seremban

58

Page 59: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

e(t)-a Dewan faedah kehebatanlengah lena Melewar

e(t)-e(t) Tiada dalam tekse(t)-o Teori

i-a

Sembilan pinang pihak

lillah lidah tidak

iman telinga Ilahi

muslimat kita akhirat

terima indah sila

tersirat singkat dilipat

ingat tiga bicara

Tersisa kira tikar

Bintang Jika

o-aMohamad Kotak programditeroka hormat

o-e(t) boleh novel oleh

peroleh

o-o memohon sorong

u-aBerusaha Pustaka susah

ucapan tersurat disukat

culas terlupa sudah

merupakan tugas terutama

juga sempurna Umpama

puncak

Dan 8 pola keselarasan vokal yang berubah.

59

Page 60: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

POLA SISTEM EJAAN BARU POLA SISTEM EJAAN LAMAa-i kasih

masihbaik

a-e kasehmasehbaek

a-u

Datukmenyambutjauhmaklumanlangsungampun a-o

Datokmenyambotjaohmaklomanlangsongampon

e-ilebihterbit

e-elebehterbet

e-u

SeterusnyalembutdijemputRenungTenungbelumsebut

e-o

SeterosnyalembotdijempotRenongTenongbelomsebot

i-i Sirihmemimpinsedikit

i-e Sirehmemimpensediket

i-utimur berhimpun

i-otimorberhimpon

u-i penulis u-e penules

u-u

untukmulutlurussungguhdudukberuntungSepuluhsusunMenundukturutumur

u-o

untokmulotlurossunggohdudokberuntongSepulohsusonMenundokturotumor

60

Page 61: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

2.1.3 DIFTONG

DIFTONG PERKATAAN

ai

Lampiran 1

Assalamualaikum menyampaikan selesai

sampai Wassalamualaikum

Lampiran 2

balai sains mempunyai

menyertai naik

Lampiran 3

diketuai sebagai bersurai

Lampiran 4

Tiada dalam teks

oi

Tiada dalam teks

Lampiran 2

Tiada dalam teks

Lampiran 3

Tiada dalam teks

Lampiran 4

Tiada dalam teks

au

Lampiran 1

Saudara Kalau Wabillahitaufik

Lampiran 2

beliau atau

Lampiran 3

Sama dengan lampiran 1 dan 2

Lampiran 4

berdua semua

2.1.4 VOKAL BERGANDING

61

Page 62: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

VOKAL BERGANDING PERKATAAN

ua

Lampiran 1

Assalamualaikum Perguruan Ketua

Persatuan Tuan Pengetua

puan ribuan bertuah

suatu Kuala aluan

buah Peluang pengetahuan

Jawatankuasa jamuan Wassalamualaikum

Lampiran 2

dibuat perpaduan

tua

ribuan

penjual

dua

Lampiran 3

perguruan

aluan

Lampiran 4

Dipertuan Tuanku biduanita

ia

Lampiran 1Berbahagia Bahagian sekaliandunia sia-sia iaitu

dianjurkan kesudian Sekian

Lampiran 2

pengajian diakhiri Dianjurkan

nyanyian perasmian kesudian

memeriahkan hadiah biar

sekian

Lampiran 3

diatur

bersedia

Lampiran 4

kementrian diampun demikian

Lampiran 1

Teori

62

Page 63: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

eo

Lampiran 2

seorang

Lampiran 3

Tiada dalam teks

Lampiran 4

Tiada dalam teks

oa

Lampiran 1

doa

Lampiran 2

Sama dengan Lampiran 1

Lampiran 3

Sama dengan Lampiran 1

Lampiran 4

Tiada dalam teks

aa

Lampiran 1

bacaan pembicaraan manfaat

maaf penghargaan

Lampiran 2

kemerdekaan kejayaan jutaan

Lampiran 3

ketibaan kebangsaan

Lampiran 4

pembukaan ciptaan pengkurniaan

ui

Lampiran 1

puisi Melalui mengetahui

Lampiran 2

Sama dengan lampiran 1

Lampiran 3

Tiada dalam teks

Lampiran 4

Tiada dalam teks

au

Lampiran 1

jauh

Lampiran 2

daun

Lampiran 3

63

Page 64: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

bertaut

Lampiran 4

setiausaha

2.1.5 KONSONAN BERANGKAP

POLA PERKATAAN

ng

Lampiran 1

Hadapan Perkataan Tengah Perkataan Hujung PerkataanTiada dalam teks Pengarah yang Tiada dalam teks mengalu-alukan datang Tiada dalam teks mendengar terbentang Tiada dalam teks dengan peluang Tiada dalam teks berlengah masing-masing Tiada dalam teks singkat pembentang Lampiran 2Tiada dalam teks Mengumumkan kompangTiada dalam teks Peringkat pinangTiada dalam teks sokongan matangTiada dalam teks junjungLampiran 3Tiada dalam teks Persidangan Tiada dalam teksTiada dalam teks Hinggap Tiada dalam teksTiada dalam teks kebangsaan Tiada dalam teksLampiran 4Tiada dalam teks angkatan agongTiada dalam teks bunga wayang

ny Lampiran 1Tiada dalam teks Seterusnya Tiada dalam teksTiada dalam teks sukacitanya Tiada dalam teksTiada dalam teks semestinya Tiada dalam teksTiada dalam teks tugasnya Tiada dalam teksTiada dalam teks penyampaian Tiada dalam teks

Tiada dalam teks menyambut Tiada dalam teks

Lampiran 2

nyanyian menyertaiTiada dalam teks sekiranya Tiada dalam teks

Tiada dalam teks menyempurnakan Tiada dalam teksmempunyai

64

Page 65: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Lampiran 3Tiada dalam teks rasminya Tiada dalam teksTiada dalam teks seterusnya Tiada dalam teksLampiran 4Tiada dalam teks menyaksikan Tiada dalam teksTiada dalam teks kiranya Tiada dalam teksTiada dalam teks penghujungnya Tiada dalam teks

kh

Lampiran 1

khalayak akhirat tawarikh

Lampiran 2

Tiada dalam teks diakhiri Tiada dalam teks

Lampiran 3

Tiada dalam teks Ukhwah Tiada dalam teks

Tiada dalam teks ikhlas Tiada dalam teks

Lampiran 4

khas Tiada dalam teks Tiada dalam teks

gh

Lampiran 1

Tiada dalam teks penghargaan Tiada dalam teks

Lampiran 2

Tiada dalam teks menghayati Tiada dalam teks

Lampiran 3

Tiada dalam teks penghormatan Tiada dalam teks

Lampiran 4

Tiada dalam teks Penghujungnya Tiada dalam teks

sy

Lampiran 1

Tiada dalam teks pensyarah Tiada dalam teks

Lampiran 2

Tiada dalam teks Sama dengan lampiran 1 Tiada dalam teks

Lampiran 3

Tiada dalam teks Sama dengan lampiran 1 Tiada dalam teks

Lampiran 4

Tiada dalam teks Tiada dalam teks Tiada dalam teks

65

Page 66: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

2.5 Penghasilan Teks Pengacaraan Majlis

Majlis Istiadat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan tahun 2007.

Mengumumkan Ketibaan. Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, diiringi Yang Berbahagia Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, seterusnya Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

66

Page 67: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Hadirin dipohon berdiri.

(perarakan masuk)

Assalamualaiikum w.b.t dan selamat pagi

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, kami sangat berbesar hati menyambut kedatangan tuan-tuan dan puan-puan.

Selamat datang saya ucapkan kepada para hadirin sekalian ke Istiadat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan tahun 2007.

Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,

Yang Berbahagia Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,

Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan,

Dif-dif Jemputan,

Ketua-ketua Jabatan Seni,

para pensyarah,

waris-waris dan

lulusan sekalian.

Majlis dengan ini dimulakan dengan menjemput Tn.Hj. Idrus Maskan Ketua Jabatan Kerohanian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan untuk mengetuai bacaan doa demi memohon restu Ilahi kepada majlis kita pada pagi ini.

(bacaan doa)

67

Page 68: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn.Hj. Idrus Maskan atas bacaan doa sebentar tadi, semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis kita pada pagi ini akan dirahmati.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi majlis mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

(ucapan Rektor Akademi)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang sangat memotivasikan yang diberi sebentar tadi .

Seterusnya, majlis dengan rasa takzimnya menjemput Yang Berbahagia Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan dan juga harapan Yang Berbahagia terhadap lulusan-lulusan untuk menerajui perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan negara kelak.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merasmikan Istiadat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan tahun 2007.Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat yang begitu bersemangat sekali.

Majlis kita pada pagi ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan koir daripada Jabatan Muzik ASWARA. Mereka akan menyampaikan tiga buah lagu yang memuatkan lagu-lagu berikut ‘Warisan, ’Dimana kan ku cari ganti’, dan sebuah lagu Inggeris ‘On top of the world ’. untuk makluman hadirin persembahan ini diiringi dengan lakonan pentomin daripada Jabatan Seni Teater ASWARA. Majlis dengan ini mempersilakan.

(persembahan)

Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kolaborasi antara kedua-dua jabatan tersebut. Ini menunjukkan walaupun mereka daripada cabang seni yang berbeza tetapi masih lagi satu fahaman yang sama dalam erti kata seni.

68

Page 69: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Para hadirin sekalian,

ASWARA adalah stu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menyediakan pendidikan formal khusus dalam bidang seni, budaya dan warisan kepada warga Malaysia, dengan tujuan untuk melahirkan tokoh, pemikir penulis, pengerak dn seniman yang berilmu dan profesionalisme, tahan uji dan sentiasa berketrampilan.

Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, pendidikan seni, budaya dan warisan juga merupakan sebahagian agenda penting negara. Ini kerana bagi sesebuah negara maju dan bertamadun tinggi, aspek kebudayaan dan kesenian tidak pernah diketepikan bagi mengimbangi kemajuan kebendaan dan fizikal.Sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, ASWARA juga tetap bergerak ke hadapan bagi memenuhi fungsinya, namun tidak sekali-kali mengabaikan aspek kesenian tradisi yang menjadi teras kesenian dan kebudayaan kebangsaan negara ini selaras dengan mottonya ” Melangkah ke hadapan Bersama Tradisi ”

Bagi menyempurnakan istiadat ini, majlis sekali lagi mempersilakan mempersilakan Yang Berusaha Dato’ Omar B. Awang untuk mengiringi Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke tempat penganugerahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Mengumumkan nama penerima Anugerahan Ijazah Sarjana Muda Kesenian Akademi Seni Budaya dengan kehadiran.

(penyampaian ijazah) Tahniah kepada semua graduan. Sebagai tanda berbesar hati dan ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Tuan Rektor ASWARA untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal. Dipersilakan.

Puas berdayung di atas rakit, Sambil berdayung di bawah panas, Tikar mengkuang dijadikan alas, Budimu tuan bukan sedikit, Tidak ternilai wang dan emas, Sampai ke mati tidak terbalas.

69

Page 70: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Bagi mengakhiri majlis, sekali lagi dipersilakan kolaborasi antara dua jabatan seni dalam menyanyikan lagu “Sebutir bintang di langit”.

Hadirin sekalian,

majlis kita telah sampai ke penghujung. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Bagi mengakhiri majlis ini, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan diikuti dengan perarakan keluar Yang Berhormat. Mengumumkan Yang Berhormat, Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie B. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan meninggalkan dewan.

3.0 Kesimpulan

Berdasarkan kesemua koleksi teks yang dikaji, dapat dikonklusikan

pengacaraan adalah penting dalam mengkonduktorkan sesuatu majlis.

Sesebuah majlis tidak akan lengkap dengan ketiadaan pengacaraan majlis.

Pengacaraan adalah nadi kepada sesuatu majlis. Ia berperanan sebagai

70

Page 71: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

perantara dalam menghubungkan audiens dengan majlis. Pengacaraan adalah

perlu dalam sesuatu majlis tidak kira samada formal, tidak formal ataupun penuh

dengan adat istiadat. Ini adalah bertujuan untuk menghidupkan sesuatu majlis.

Selain itu, dilihat melalui teks-teks pengacaraan yang dikaji, setiap teks

menggunakan laras bahasa yang berbeza. Ini bermakna pengacaraan

hendaklah mengikut kesesuaian majlis yang diadakan.

Penggunaan bahasa juga hendaklah betul mengikut lapisan audiens yang

bakal hadir dan juga majlis yang dipengerusikan, juga tetamu-tetamu terhormat.

Pengacaraan juga perlu sensitif terhadap perkara-perkara yang akan

diperkatakan supaya ianya tidak menyinggung mana-mana pihak ketika

mendengar pengacaraan. Pengacaraan juga perlu mengambil kira protokol yang

hadir, ini adalah kerana tetamu-tetamu mungkin daripada lapisan masyarakat

yang berbeza dan memegang darjat atau jawatan yang tinggi. Susunan protokol

hendaklah betul mengikut darjat, pangkat, jawatan dan kedudukan dalam kelas

masyarakat.

Dapatan saranan yang boleh disimpulkan di sini adalah merujuk kepada

keempat-empat teks pengacaraan. Untuk lampiran 1, penghasilan teks adalah

menarik, penggunaan laras bahasa sastera yang baik dengan mengaplikasikan

kepelbagaian pantun dan puisi di dalam teks pengacaraan, teks yang dihasilkan

adalah bersesuaian dengan majlis yang diadakan iaitu majlis yang

membicarakan tentang karya sastera. Kekurangan yang terdapat di dalam teks

ini adalah dalam penghasilan pantun dan puisinya,pantun dan puisi yang

dihasilkan kurang menarik dan terlalu stereotaip. Audiens dapat mengagak isi

kandungan pantun dan maksud puisi yang di sampaikan. Saranan yang dapat

diberikan adalah penghasilan pantun dan puisi hendaklah asli dan penggunaan

bahasa yang indah dan hiperbola. Metafora di dalam pantun juga boleh

dikurangkan supaya mudah untuk difahami audiens.

Bagi lampiran 2 pula, teks dihasilkan dengan baik dan memenuhi kriteria-

kriteria pengacaraan majlis. Teks ini dikarang dengan baik sekali. Susunan acara

yang terdapat di dalam teks ini diatur dengan baik. Satu tindakan yang bijak

untuk teks diselang-selikan dengan persembahan, bertujuan supaya majlis tidak

71

Page 72: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

terlalu bosan. Pantun yang dikarang adalah indah dan asli. Laras bahasa

sasteranya adalah lembut. Teks adalah bersesuaian dengan nada suara

pengacara majlis yang lembut. Memandangkan majlis adalah berkaitan dengan

kemerdekaan, terdapat banyak ungkapan-ungkapan berkaitan dengan

kemerdekaan dimasukkan di dalam teks. Teks pengacaraaan sangat

bersesuaian dengan majlis tetapi pembawaan teks ini kurang menarik kerana

majlis yang diadakan adalah majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan.

Dalam konteks erti kemerdekaan ia seharusnya disampaikan dengan penuh

semangat patriotik. Tetapi untuk teks ini ianya diacarakan oleh dua pengerusi

majlis yang terdiri daripada perempuan dan lelaki. Tona suara kedua-dua

pengacara adalah lembut. Seharusnya terdapat kontra diantara kedua-dua

pengacara sebaliknya ia seperti diacarakan oleh seorang pengerusi majlis

sahaja. Saranan yang dapat diberikan, teks pengacaraan adalah sesuai dengan

penggunaan tona suara yang lembut walaupun ianya majlis yang berunsurkan

patriotik tetapi apabila ianya melibatkan dua pengacara yang berlainan jantina ia

memerlukan tona suara yang bersemangat dan keras untuk digandingkan

dengan tona suara yang lembut.

Tidak banyak yang dapat dihuraikan melalui lampiran 3 kerana teks

pengacaraan majlis adalah ringkas. Penggunaan laras bahasa yang bersesuai

dengan majlis yang berbentuk formal. Lampiran teks ini amat menitikberatkan

susunan protokol, kerana ianya merupakan majlis yang terdiri daripada

pentadbiran yang berorganisasi. Tidak banyak yang dapat diulaskan kerana teks

adalah terlalu ringkas. Teks yang dihasilkan menepati dengan kadar masa majlis

yang singkat. Pantun yang dihasilkan di dalam teks ini hampir sama dengan teks

di dalam lampiran satu, terlalu stereotaip dan ringkas. Saranan yang dapat

diberikan adalah, teks masih boleh dipanjangkan dengan pengisian informasi

berkaitan organisasi tersebut. Memandangkan majlis yang diadakan adalah

bertaraf kebangsaan ia seharusnya memenuhi jangkaan audiens.

Yang terakhir adalah lampiran 4, teks yang berkisarkan tentang majlis

yang bertaraf antarabangsa, terdapat tetamu undangan istimewa iaitu Seri

Paduka Baginda Yang Dipertuan, menteri-menteri pelajaran negara Asia

72

Page 73: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Tenggara dan tetamu berjawatan tinggi. Teks amat menitikberatkan laras bahasa

istana demi untuk menjaga kesopanan di hadapan audiens. Laras bahasa istana

digunakan dan disampaikan dengan baik. Teks diindahkan lagi dengan susunan

persembahan acara yang menarik. Acara di dalam teks diatur dengan baik.

Ungkapan memohon ampun adalah banyak di dalam teks ini, ia menunjukkan

keptuhan majlis kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Laras

bahasa sastera adalah kurang di dalam teks ini. Pengakhiran teks kurang

menarik kerana ia disudahi dengan pantun dua kerat yang sangat stereotaip dan

tidak menarik. Teks masih boleh diperkayakan dengan penggunaan laras

bahasa sastera. Penggunaan kiasan masih lagi munasabah untuk menjaga

kesopanan di hadapan audiens.

Keseluruhan teks-teks pengacaraan adalah menarik untuk dikaji,

kesimpulan yang dapat dibuat sekali lagi adalah dalam menghasilkan teks

pengacaraan majlis beberapa faktor perlu diambil kira iaitu penggunaan laras

bahasa yang berkesan, mengenalpasti protokol dan jenis majlis samada

formal.tidak formal atau penuh adat istiadat.

4.0 Refleksi

Penulisan Refleksi Berdasarkan Tugasan Bahasa Melayu Akademik

Mohd Sallezad Bin Mohd Salleh

KPLSPM PSV/BI/BM

891019-01-5395

73

Page 74: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Sepanjang khusus ini berjalan,saya mendapat sedikit kesukaran kerana

kurang faham dengan tugasan yang diberikan.Namun demikian setelah

berbincang bersama rakan-rakan dan penerangan yang diberikan oleh

pensyarah iaitu Pn Azibah, saya berjaya memahami serba sedikit tentang apa

yang patut saya lakukan untuk menjayakan kerja khusus ini.Selain itu,saya juga

kerap kali berbincang bersama rakan sekumpulan sepanjang tempoh kerja

kursus berjalan.Saya dapati bekerja secara kumpulan memudahkan dapatan

maklumat secara berkesan.

Saya juga mengalami sedikit masalah ketika memilih sumber rujukan

melalui buku,ini kerana terdapat pelbagai jenis buku yang berkaitan dengan tajuk

tugasan.Penggunaan bahasa pada setiap buku juga berlainan ini disebabkan

buku-buku rujukan tersebut dikeluarkan pada tahun yang berbeza,malah

terdapat banyak perbezaan antara buku yang diterbitkan dahulu dengan buku

yang terkini. Oleh itu, saya mengambil inisiatif dengan maklumat berdasarkan

internet. Banyak maklumat yang ditemui malah saya juga mengambil

kesempatan ini untuk memuat turun bahan bacaan seperti ucapan,berita dan

laporan.Kebanyakan maklumat yang diperoleh adalah lengkap bagi menyiapkan

kerja khusus ini.

Bagi soalan berkaitan keselarasan vokal,saya dapati ia agak sukar untuk

mengelaskan perkataan mengikut pola. Pada mulanya ia agak sukar, tetapi

setelah lama meneliti teks pengacaraan yang dikaji, persoalan tersebut menjadi

mudah. Ini disebabkan saya telah biasa dengan teks pengacaraan tersebut dan

ia tidak menjadi masalah untuk saya mengelaskan perkataan mengikut

pola.Begitu juga dengan soalan berkaitan analsis teks dan juga perbandingan

yang saya perlu buat ke atas teks-teks yang telah dikumpul.

Sepanjang menjalankan kursus ini juga, saya dapat memahami dan

menghayati dalam penggunaan perkataan dengan betul serta membina ayat

74

Page 75: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

yang dinamik untuk menghasilkan teks pengacaraan yang mantap. Selain itu ia

memberikan pengajaran dalam mengenalpasti kepentingan protokol mengikut

kesesuaian sesuatu majlis, juga penggunaan laras bahasa yang betul dalam

menghasilkan teks . Kerja kursus ini juga mengeratkan hubungan saya dan

rakan-rakan seunit. Tidak lupa hubungan saya dan juga pensyarah,ia juga

membantu saya untuk berkomunikasi dengan tenaga pengajar secara berkesan.

Sebagai kesimpulan, tugasan kerja kursus pendek ini banyak

mendatangkan manfaat yang berguna kepada saya bukan sahaja sebagai

pelajar, malah sebagai bakal pendidik. Segala pengalaman adalah amat

bermakna. Kesedaran tentang pola keselarasan vokal, penggunaan laras

bahasa dan sistem ejaan yang betul. Ilmu ini kelak boleh diaplikasi ketika

bersama dengan anak didik kami .

5.0 Rujukan

SPTL Bahasa Kebangsaan Bab 15 Pengacaraan Majlis

75

Page 76: 1. Sistem Ejaan Bahasa Melayu

6.0 Lampiran

76