1
Bil: 37 RABU, 20 JUN 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Ismail Dahaman Harga: RM30.00 Buku Ejaan Rumi Sepanjang Zaman merakamkan perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu, sejak digu- nakan pada abad ke-16 hingga kini. Buku ini mengandungi lima bab dan 448 halaman. Bab pertama menyentuh tentang teori, matla- mat, pendekatan perancangan, dan dasar perancangan bahasa. Bab kedua pula membincang- kan perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu sebelum abad ke-20, antaranya termasuklah tulisan Rumi tahun 1511-1900. Bab ketiga membincangkan ejaan Rumi 1900-1959 oleh Wilkinson, Za’ba, Ejaan Fajar Asia, Ejaan Kongres dan Ejaan Rumi PBMUM. Turut dimuatkan perkembangan ejaan Rumi bahasa Indonesia. Bab keempat memaparkan kan- dungan sistem ejaan Rumi bahasa Malayu tahun 1972 yang diper- setujui bersama oleh Malaysia dan Indonesia yang diisytiharkan pada 16 Ogos 1972. Bab kelima pula membincangkan pelaksanaan, penilaian dan rumus- an terhadap sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh semua golongan yang ingin mengetahui sejarah perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. BH PILIH L1 20 emel Karya Sastera Melayu perlu diantarabangsakan “M enterjemahkan ke- agungan warisan ke- susasteraan Melayu dalam kreativiti sasterawan mutakhir di Nusantara bukanlah tidak mempunyai tentangan". Demikian menurut Dato’ Dr. Ah- mad Kamal Abdullah (Kemala), Pengarah Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa. Tambahnya lagi, "tentangan awal ialah peri terbantutnya ke- arifan bagi menghayati warisan tersebut. Ini disebabkan oleh berkurangnya perhatian para penulis terhadap teks warisan yang kebanyakannya ditulis dalam huruf jawi lama dan juga dalam bahasa Jawa lama. Ada juga yang ditulis dalam loghat daerah yang dijawikan." Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Kesusasteraan ban- dingan Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Wa- risan Malaysia dengan kerjasa- ma Dewan bahasa dan Pustaka Malaysia dan Permodalan Nasio- nal Berhad ini telah berlangsung pada 7 hingga 9 Jun 2007 ber- tempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tema seminar ini ialah “Cabaran Alaf: Menjana Warisan Kesusasteraan Melayu Sebagai Kesusasteraan Agung Dunia”. Seramai tiga puluh orang penye- lidik sastera yang terkenal dari seluruh dunia telah membentang- kan kertas kerja mereka, dengan memberikan impak yang cukup berkesan melalui pendedahan baharu terhadap sastera Melayu. Prof. Salleh Yaapar , Pengarah Penerbitan, Universiti Sains Malaysia (USM), dalam kertas kerjanya, telah memperkatakan kehebatan karya Faisal Tehrani, novel 1515 yang mengungkap- kan semula sejarah dan identiti Melayu. Beliau menyarankan agar remaja hari ini membaca karya tersebut, meskipun plotnya berbelit-belit dan sukar difaha- mi. Turut membentangkan ker- tas kerja mereka ialah Prof. Vladamir Braginsky (Rusia), Prof. Henri Chambert-Loir (Perancis), Dr. Monique Zaini-Lajoubert (Perancis), Prof. Budi Darma (Indonesia), Dr. Taufik Ismail (Indonesia), Dr. Liaw Yock Fang (Singapura), Dr. Jelani Harun (USM, Malaysia) dan ramai lagi. Sempena dengan seminar ini juga, Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia turut meng- anjurkan Forum tentang hadiah nobel. Ahli panel terdiri daripada Prof. Budi Darma, Prof. Henri Chambert-Loir dan juga SN Y. Bhg. Datuk A. Samad Said. Prof. Budi Darma, antara lain mengatakan, “berlaku Eu- rcentricism dalam penilaian pia- waian terhadap karya yang layak menerima hadiah nobel yang telah ditentukan oleh Barat, dan yang terbaik itu semuanya dari Barat”. Seorang lagi ahli panel, Prof. Henri Chambert-Loir pula menya- takan “kedudukan geografi dunia Melayu yang jauh dari Barat di samping masalah bahasa, men- jadikan karya sastera Melayu yang bermutu tidak begitu dike- nali di Barat. "Kini sudah sam- pailah masanya untuk Malaysia menterjemahkan karya sastera Melayu ke bahasa-bahasa lain di dunia”. Kehangatan isu yang dibincang- kan ini telah dihangatkan lagi dengan majlis deklamasi puisi dan baca naskhah oleh para pemben- tang dan penyair undangan pada 8 Jun 2007 bertempat di Dewan Bankuet, DBP. Malam yang dina- mai “Malam Cambahan Kasih dan Budi” ini turut menampilkan sasterawan Abd. Rahim Qahar dari Indonesia yang menyam- paikan cerpennya yang berjudul “Pernikahan Gelombang”. Seminar yang berlangsung selama tiga hari ini ternyata telah berjaya mengupas pelbagai persoalan bagi memperkenalkan karya sastera Melayu ke persada antarabangsa dalam menghadapi cabaran alaf baharu dan mengem- balikan keagungan kesusaste- raan Melayu. EJAAN RUMI SEPANJANG ZAMAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Oleh Mohd Jusoh Majid Kini sudah sampailah masanya untuk Malaysia menterjemahkan karya sastera Melayu ke bahasa-bahasa lain di dunia” Prof. Henri Chambert-Loir Ahli Panel MUNSYI Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia? Mengikut Perlembagaan, bahasa Melayulah! Sendait Ria Tercatat dalam Malaysia Books of Records 9 Sayembara Mencipta Lagu Puisi VIII 2007 10 Program Lestari Jawi 11 SERIUS: (Dari kiri) Prof. Vladimir Braginsky , Prof. Budi Karma, Datuk Baha Zain dan Prof Salleh Yaapar membincangkan topik yang dibangkitkan peserta seminar.

RUMI Karya Sastera Melayu ZAMAN perlu · PDF fileBil: 37 RABU, 20 JUN 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Ismail Dahaman Harga: RM30.00 Buku Ejaan Rumi Sepanjang Zaman merakamkan

  • Upload
    votram

  • View
    246

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Bil: 37 RABU, 20 JUN 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

Pengarang: Ismail DahamanHarga: RM30.00

Buku Ejaan Rumi Sepanjang Zaman merakamkan perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu, sejak digu-nakan pada abad ke-16 hingga kini.

Buku ini mengandungi lima bab dan 448 halaman. Bab pertama menyentuh tentang teori, matla-mat, pendekatan perancangan, dan dasar perancangan bahasa.

Bab kedua pula membincang-kan perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu sebelum abad ke-20, antaranya termasuklah tulisan Rumi tahun 1511-1900.

Bab ketiga membincangkan ejaan Rumi 1900-1959 oleh Wilkinson, Za’ba, Ejaan Fajar Asia, Ejaan Kongres dan Ejaan Rumi PBMUM. Turut dimuatkan perkembangan ejaan Rumi bahasa Indonesia.

Bab keempat memaparkan kan-dungan sistem ejaan Rumi bahasa Malayu tahun 1972 yang diper-setujui bersama oleh Malaysia dan Indonesia yang diisytiharkan pada 16 Ogos 1972.

Bab kelima pula membincangkan pelaksanaan, penilaian dan rumus-an terhadap sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh semua golongan yang ingin mengetahui sejarah perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu.

BH PILIH L1 20 emel

Karya Sastera Melayuperlu diantarabangsakan

“M enterjemahkan ke-agungan warisan ke-susasteraan Melayu

dalam kreativiti sasterawan mutakhir di Nusantara bukanlah tidak mempunyai tentangan".

Demikian menurut Dato’ Dr. Ah-mad Kamal Abdullah (Kemala), Pengarah Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa.

Tambahnya lagi, "tentangan awal ialah peri terbantutnya ke-arifan bagi menghayati warisan tersebut. Ini disebabkan oleh berkurangnya perhatian para penulis terhadap teks warisan yang kebanyakannya ditulis dalam huruf jawi lama dan juga dalam bahasa Jawa lama. Ada juga yang ditulis dalam loghat daerah yang dijawikan."

Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Kesusasteraan ban-dingan Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Wa-risan Malaysia dengan kerjasa-ma Dewan bahasa dan Pustaka Malaysia dan Permodalan Nasio-nal Berhad ini telah berlangsung pada 7 hingga 9 Jun 2007 ber-tempat di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tema seminar ini ialah “Cabaran Alaf: Menjana Warisan Kesusasteraan Melayu Sebagai Kesusasteraan Agung Dunia”.

Seramai tiga puluh orang penye-lidik sastera yang terkenal dari seluruh dunia telah membentang-kan kertas kerja mereka, dengan memberikan impak yang cukup berkesan melalui pendedahan baharu terhadap sastera Melayu.

Prof. Salleh Yaapar , Pengarah Penerbitan, Universiti Sains Malaysia (USM), dalam kertas kerjanya, telah memperkatakan kehebatan karya Faisal Tehrani, novel 1515 yang mengungkap-kan semula sejarah dan identiti Melayu. Beliau menyarankan agar remaja hari ini membaca karya tersebut, meskipun plotnya berbelit-belit dan sukar difaha-mi.

Turut membentangkan ker-tas kerja mereka ialah Prof. Vladamir Braginsky (Rusia), Prof. Henri Chambert-Loir (Perancis),

Dr. Monique Zaini-Lajoubert (Perancis), Prof. Budi Darma (Indonesia), Dr. Taufik Ismail (Indonesia), Dr. Liaw Yock Fang (Singapura), Dr. Jelani Harun (USM, Malaysia) dan ramai lagi.

Sempena dengan seminar ini juga, Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia turut meng-anjurkan Forum tentang hadiah nobel. Ahli panel terdiri daripada

Prof. Budi Darma, Prof. Henri Chambert-Loir dan juga SN Y. Bhg. Datuk A. Samad Said.

Prof. Budi Darma, antara lain mengatakan, “berlaku Eu-ro­centricism dalam penilaian pia-waian terhadap karya yang layak menerima hadiah nobel yang telah ditentukan oleh Barat, dan yang terbaik itu semuanya dari Barat”.

Seorang lagi ahli panel, Prof. Henri Chambert-Loir pula menya-takan “kedudukan geografi dunia Melayu yang jauh dari Barat di samping masalah bahasa, men-jadikan karya sastera Melayu yang bermutu tidak begitu dike-nali di Barat. "Kini sudah sam-pailah masanya untuk Malaysia menterjemahkan karya sastera Melayu ke bahasa-bahasa lain di dunia”.

Kehangatan isu yang dibincang-kan ini telah dihangatkan lagi dengan majlis deklamasi puisi dan baca naskhah oleh para pemben-tang dan penyair undangan pada 8 Jun 2007 bertempat di Dewan Bankuet, DBP. Malam yang dina-

mai “Malam Cambahan Kasih dan Budi” ini turut menampilkan sasterawan Abd. Rahim Qahar dari Indonesia yang menyam-paikan cerpennya yang berjudul “Pernikahan Gelombang”.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari ini ternyata telah berjaya mengupas pelbagai persoalan bagi memperkenalkan karya sastera Melayu ke persada antarabangsa dalam menghadapi cabaran alaf baharu dan mengem-balikan keagungan kesusaste-raan Melayu.

EJAANRUMISEPANJANGZAMAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi dengan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung.

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am

9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Oleh Mohd Jusoh Majid

Kini sudah sampailah masanya untuk Malaysia menterjemahkan karya sastera Melayu kebahasa-bahasa lain di dunia”

Prof. Henri Chambert-LoirAhli Panel

MUNSYIBahasa Melayu atau

bahasa Malaysia?

Mengikut Perlembagaan,bahasa Melayulah!

Sendait Ria Tercatat dalam Malaysia Booksof Records

9SayembaraMencipta LaguPuisi VIII2007

10ProgramLestariJawi

11

SERIUS: (Dari kiri) Prof. Vladimir Braginsky , Prof. Budi Karma, Datuk Baha Zain dan Prof Salleh Yaapar membincangkan topik yang dibangkitkan peserta seminar.