25
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU ZURIYATI BINTI BIDIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

ZURIYATI BINTI BIDIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia
Page 3: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia
Page 4: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BHARU

ZURIYATI BINTI BIDIM

Laporan projek ini di kemukakan

sebagai syarat memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Biologi )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

ii

Page 6: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat,

Ibu Tersayang, Fatimah Bt. Mohd Noor,

Ayah Yang Dihormati Bidim Muhamad,

Terima kasih atas segala pengorbananmu,

penat lelah mendidikku dan kasih sayangmu,

Doa dan restumu ku pohon selalu.

Buat abang dan adik-adik,

Abang Ezul,

Lina,

Ayu,

Nadhirah,

Terima kasih kerana memahami diriku,

Semoga kalian semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Rakan-rakan seperjuangan,

Ayu, Jyd, Hani, Liza, Sub, Sha dan Zu,

Persahabatan yang kita jalinkan akan terpahat dalam sanubariku,

dan amat bermakna buatku.

Terima kasih atas segalanya.

Page 7: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur kepada

Ilahi yang telah memberi limpah rahmatNya. Dengan izinNya kajian ini berjaya

disempurnakan.

Saya merakamkan setinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih yang tak

terhingga kepada Tn. Haji. Mohd. Anuar B. Abdul Rahman selaku pensyarah

penyelia yang telah bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang

kajian ini dijalankan. Semoga bertambah rahmatnya ke atas usaha beliau selama ini.

Segala nasihat dan tunjuk ajar dan segala ilmu yang dicurahkan tidak akan saya lupakan.

Terima kasih juga kepada semua guru Biologi yang terlibat dalam kajian ini yang

sudi memberi kerjasama dengan sepenuhnya.

Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga

terhasilnya laporan ini. Segala usaha, kerjasama dan penglibatan mereka semua amat

saya hargai dan saya ingati.

Hanya Allah jua yang dapat membalas segalanya.

Page 8: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

v

ABSTRAK

Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan

pengurusan Panitia Biologi di Sekolah Menengah di sekitar Daerah Johor Bharu. Kajian

ini berbentuk deskriptif dan melibatkan aspek kurikulum, perkembangan staf,

peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal. Selain daripada itu kajian ini

dilihat berdasarkan model pengurusan POLC ( planning, organization, leading

&controlling ). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian di mana

kebolehpercayaan adalah 0.8657. Persampelan dilakukan secara rawak bertujuan di

mana seramai 35 orang responden yang mengajar matapelajaran Biologi di Daerah Johor

Bharu dipilih sebagai sampel kajian. Hasil kajian di analisis menggunakan perisian

SPSS ( Statistical Packages for The Social Science) versi 11.5 for Windows bagi

mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Kajian mendapati keberkesanan pengurusan

Panitia Biologi berada pada tahap yang tinggi. Aspek pengurusan yang paling dominan

diamalkan oleh Panitia Biologi ialah dalam aspek peperiksaan dan penilaian begitu juga

dalam pengurusan POLC. Sehubungan dengan itu, di cadangkan bahawa pihak sekolah

memberi tumpuan dalam aspek pengurusan makmal, perkembangan staf dan kurikulum

agar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat

dikekalkan demi menjamin kecemerlangan sekolah.

Page 9: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to look into the effectiveness Biology Panitia

management for secondary schools in the district of Johor Bharu. This is a descriptive

research. Four aspects regarding effectiveness were used. These are curriculum,

developing staff, examination and evaluation also laboratory management. Besides that,

this research involved POLC (planning, organization, leading, controlling) management

model. The reability of instrument is 0.8657 using the Alpha Cronbanch Scale. Data

collections were made via questionnaire and using SPSS program version 11.5 to get

percentage, mean and frequency processed these data. The sample of this study consists

of 35 respondents who are teaching Biology subject at Johor Bharu. The result of the

research shows that this effectiveness of Biology is at high level. In addition, suggestion

is also given to improve and to upgrade the present situation and further research should

be conducted.

Page 10: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Kajian 9

1.9 Penutup 10

Page 11: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Keberkesanan Sekolah 11

2.3 Panitia Sebagai Sebuah Organisasi Di Sekolah 13

2.3.1 Carta organisasi sekolah 15

2.3.2 Tujuan Penubuhan Panitia Matapelajaran 17

2.3.3 Peranan Panitia Matapelajaran 17

2.4 Peranan Panitia Berdasarkan Model

Pengurusan POLC 19

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Persampelan 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Kaedah Penganalisisan Data 29

3.8 Penutup 32

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 33

4.2 Latar Belakang Responden 34

4.3 Tahap Keberkesanan Pengurusan Panitia Biologi 38

Page 12: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.4 Fungsi Panitia Biologi Yang Paling Dominan

Diamalkan Oleh Panitia Biologi Berdasarkan

Aspek Kurikulum, Perkembangan Staf,

Peperiksaan Dan Penilaian Serta Dalam

Pengurusan Makmal 40

4.5 Penganalisisan Menentukan Model Pengurusan

POLC Yang Paling Dominan di lakukan dalam

aspek Kurikulum, Perkembangan Staf,

Peperiksaan Dan Penilaian Serta Dalam

Pengurusan Makmal oleh Panitia Biologi 48

4.6 Masalah Pengurusan Panitia Biologi Dalam

Keberkesanan Pengurusan Sekolah. 56

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan Kajian 59

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 62

5.4 Cadangan Kajian 68

5.5 Penutup 70

SENARAI RUJUKAN 71

LAMPIRAN 75

Page 13: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan item soal selidik berdasarkan

fokus kajian 26

3.2 Pekali Alpha Cronbach 28

3.3 Penilaian terhadap responden 31

4.1 Taburan responden mengikut jantina 34

4.2 Taburan responden mengikut kumpulan umur 35

4.3 Taburan responden mengikut kelulusan akademik

tertinggi 35

4.4 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar

Biologi 36

4.5 Taburan responden mengikut opsyen 37

4.6 Taburan responden mengikut jenis sekolah yang diajar 37

4.7 Taburan responden mengikut jantina Ketua Panitia 38

4.8 Taburan kekerapan responden terhadap keberkesanan

pengurusan Panitia Biologi 39

4.9 Min keseluruhan bagi keempat-empat aspek 40

4.10 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum 41

4.11 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek

perkembangan staf 43

4.12 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek

peperiksaan dan penilaian 45

Page 14: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

xi

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.13 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek

pengurusan makmal 46

4.14 Model pengurusan POLC yang dominan dalam empat aspek 48

4.15 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam

aspek kurikulum 49

4.16 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam

aspek perkembangan staf 51

4.17 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam

aspek peperiksaan dan penilaian 52

4.18 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam

aspek pengurusan makmal 54

Page 15: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

xii

SENARAI LAMPIRAN

A. Borang soal selidik

B. Surat kebenaran menjalankan kajian dari bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

C. Surat kebenaran menjalankan kajian dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

D. Surat pengakuan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang diselenggarakan oleh

golongan pendidik yang berperanan besar dalam mencapai hasrat dan Falsafah

Pendidikan Negara. Melalui pendidikan ia dapat menghasilkan individu yang akan

menikmati gaya hidup lebih selesa dan memuaskan. Ini hanya dapat diperolehi sekiranya

sesebuah sekolah dapat diuruskan dengan baik. Blau dan Scot (1952) dalam Omardin

Ashaari berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem

sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat. Menurut Nigro Etal

(1965) yang dipetik dalam buku Pengurusan Sekolah (Omardin Ashaari), para pelajar

menerima pelajaran, sistem sosial, kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai yang dibentuk

oleh sekolah melalui proses pendidikan yang diperoleh dari kurikulum dan ko-

kurikulum yang telah ditetapkan dan menggunakannya dalam kehidupan mereka.

Mengikut Morphet, John dan Reller (1982) pula, matlamat sesebuah organisasi

itu bukan untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan

dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan organisasi

bagi mencapai matlamatnya. Dalam organisasi sekolah, ada beberapa buah unit sosial

kecil yang berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain. Tiap-tiap sistem unit

memberi sumbangan dan mempengaruhi pencapaian matlamat keseluruhan organisasi

Page 17: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

2

sekolah. Unit-unit ini dikatakan wujud dalam bentuk formal seperti Panitia Mata

Pelajaran, Lembaga Pengawas, Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Sukan, Olahraga

dan sebagainya. Pengurusan yang baik merupakan nadi yang menghidup dan

menggerakkan sesebuah organisasi itu. Ini dapat dibentuk sekiranya setiap individu yang

terlibat di dalamnya dapat memahami ruang lingkup tugas masing-masing. Antara lain

tugas pengurusan sesebuah sekolah itu termasuk juga kegiatan yang memperlihatkan

perancangan, kepimpinan dan usaha-usaha perubahan yang berlaku dalam mengesan,

menyusun dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah.

Mortimore (1991) dalam Justin Rumpod mendefinisikan sekolah berkesan

sebagai satu keadaan di mana pelajar-pelajarnya mengecapi perkembangan dan

kemajuannya. Reynold dan Creemer (1990) dalam Justin Rumpod pula membuat

rumusan bahawa sekolah yang berkesan bererti sekolah yang memberi suatu kesan ke

atas perkembangan pelajar.

Menurut Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan oleh

kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti

matematik, sains atau bahasa, kehadiran sekolah dan kepuasan pelajar.

Chester Barnard (1984) mengutarakan bahawa kecekapan dan keberkesanan

sesebuah sekolah dapat diukur berdasarkan kriteria keberkesanan adalah berkaitan

dengan matlamat sesebuah organisasi sekolah itu. Kecekapan adalah berhubung dengan

peringkat kepuasan bekerja individu dan kumpulan individu dalam sesebuah organisasi

sekolah itu. Untuk mencapai matlamat sekolah dan dalam meningkat kualiti yang

maksimum, setiap guru dan kakitangan sekolah harus menyedari kedua-dua unsur,

keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sekolah.

Thierauf (1977) dan Stoner (1984) telah mengutarakan empat aktiviti utama

dalam bidang pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan.

Dengan itu semua proses ini perlu diperkembang dan diintegrasikan bagi membentuk

dan mewujudkan pengurusan di sekolah supaya menjadi lebih berkesan lagi.

Page 18: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

3

Beberapa buah panitia matapelajaran juga telah dibentuk untuk keberkesanan

pengajaran pelbagai bidang matapelajaran. Dengan tugas dan tanggungjawab yang berat

ini, ketua panitia pelajaran patut berdiri daripada guru kanan yang berpengalaman. Ketua

panitia akan mengetuai kumpulan guru yang mengajar sesuatu matapelajaran ke sekolah.

Mesyuarat-mesyuarat diadakan dari masa kesemasa untuk menentukan pelaksanaan dan

perjalanan aktiviti yang dirancangkan itu bekerja dengan lancar dan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matapelajaran Sains dan Matematik merupakan suatu pelajaran yang amat

penting dalam pendidikan dewasa ini. Salah satu subjek yang dititikberatkan dalam sains

dan teknologi di zaman ini ialah matapelajaran Biologi. Seperti yang kita sedia maklum,

Biologi merupakan salah satu pelajaran yang amat penting dalam kehidupan. Secara

tidak di sedari kita telah mempelajari Biologi secara tidak formal dan secara formal

sejak dilahirkan lagi. Bidang Biologi telah banyak membantu manusia hidup selesa.

Pendidikan Biologi memberi peluang kepada pelajar mengkaji tentang kehidupan dan

bertujuan untuk menyediakan pelajar yang lebih cenderung minatnya dan berupaya

dalam bidang sains untuk menceburkan diri dalam kerjaya sains dan teknologi yang

khusus dan professional. Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia dalam

bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan

negara.

Pada mata masyarakat dunia umumnya, tugas seorang guru dikatakan suatu tugas

yang murni dan dihormati masyarakat. Namun begitu tugas atau profesion guru tidaklah

semudah yang dijangkakan. Jika hari ini golongan doktor memulihkan orang sakit,

jurutera bertanggungjawab membangunkan fizikal negara dengan membina bangunan

atau jalan raya, peguam menyelamatkan anak guamnya daripada hukumannya tetapi

guru melaksanakan tanggungjawabnya membentuk dan mendidik manusia supaya

menjadi doktor jurutera dan lain-lain profesion (Esah, 2002).

Page 19: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

4

Mutu pendidikan guru dianggap nadi sistem pendidikan. Secara universal mutu

pendidikan ditentukan sebahagian besarnya oleh mutu guru yang terlatih. Pendidik perlu

sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan umum, tugas penyeliaan dan ilmu pendidikan

profesional ke suatu tahap yang selari dengan segala jenis perkembangan kemajuan dan

inovasi dalam masyarakat dunia. Menentukan kualiti perkhidmatan dalam profesion

keguruan pada abad ke 21 ini merupakan satu cabaran.(Wan Mohd. Zahid, 1993)

Penubuhan panitia di setiap sekolah adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Matapelajaran. Ini menunujukkan bahawa betapa pentingnya

panitia dalam menjurus kepada pengurusan sekolah yang berkesan selain daripada

tanggungjawab yang dipikul oleh pihak pengetua. Panitia matapelajaran dibentuk

dengan diketuai oleh seorang ketua panitia yang dipilih daripada guru kanan yang

berpengalaman di setiap sudut pengetahuan pendidikan. Ketua panitia mengetuai satu

pasukan kerja yag dianggotai oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama.

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut, objektif penubuhan panitia adalah

seperti berikut:

a. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran

b. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang

inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar

terhadap pembelajaran

c. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan

awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada

prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah

d. Mewujudkan semangat kerjasama di antara matapelajaran dengan persatuan

kelab akademik

Page 20: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

5

Keberkesanan sekolah bergantung kepada pencapaian akademik, kepuasan

bekerja dan kepimpinan pengetua (Drucker, 1985). Pendapat ini selaras dengan Geltner

(1981) dan Sweeney (1982) dalam Esah Sulaiman (1999) yang mengatakan sekolah

berkesan ada kaitan dengan pengetua sekolah. Maka jika dikaitkan panitia merupakan

salah seorang daripada pemimpin yang bertanggungjawab dalam membentuk sekolah

yang berkesan.

Pengurusan pula tidak hanya tertumpu kepada sesuatu organisasi yang

menumpukan kepada ekonomi atau pentadbiran, malah diberi perhatian berat dalam

organisasi pendidikan. Setiap urusan sesebuah organisasi memerlukan pengurusan yang

baik, cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi (Esah, 2002). Pengurusan

yang dimaksudkan yang lebih tepat merupakan suatu proses merancang,

mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan

menggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat yang

telah ditetapkan (James Stoner, 1985).

Sesebuah panitia yang berkesan amat bergantung kepada sumbernya yang

produktif. Dalam membincangkan keberkesanan Panitia Biologi dalam pengurusan

sekolah, Panitia Biologi dilihat melalui peranannya dalam menjalankan tanggungjawab

serta model pengurusan yang telah di amalkan oleh mereka dalam sesebuah sekolah.

Persoalannya, sejauh manakah tahap keberkesan pengurusan Panitia

Matapelajaran Biologi dalam pengurusan di sesebuah sekolah? Apakah peranan atau

fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan dilakukan dalam pengurusan Panitia

Biologi? Adakah Panitia Biologi mampu mengamalkan pengurusan yang berkesan di

sekolah? Bagaimanakah pengurusan Panitia Biologi dalam aspek kurikulum,

meningkatkan perkembangan staf, menguruskan peperiksaan dan penilaian terhadap

ahli-ahli panitia dan pelajar serta dalam pengurusan makmal Biologi sekolah. Wujudkah

masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam mewujudkan pengurusan yang

berkesan?

Page 21: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

6

1.3 Penyataan Masalah

Biologi merupakan suatu kajian meliputi dalam bidang fisiologi, anatomi,

ekologi, genetik, biologi sel, mikrobiologi, biologi molekul, biologi perkembangan,

botani, zoologi, taksonomi, biologi persekitaran dan sebagainya. Ianya merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

pembentukan nilai-nilai murni dan amalan. Oleh sebab itu Biologi merupakan suatu

bidang kajian yang amat penting yang menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan

hidup khusus di dalam sains dan teknologi. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai

masalah dalam pengurusan biologi bagi mewujudkan pelajar yang cemerlang. Keadaan

ini telah menyebabkan tahap pencapaian Biologi dikalangan pelajar adalah rendah.

Panitia Biologi dan guru biologi terutamanya akan menghadapi pelbagai kekangan

dalam pengajaranya seperti kekurangan persediaan semasa mengajar, kekurangan alat

radas dan alat bantu mengajar, pertukaran silibus, kompetensi guru terhadap subjek,

bilangan pelajar yang begitu ramai dalam sebuah kelas menyukarkan guru untuk

memberi perhatian sepenuhnya dan sebagainya. Tidak dinafikan juga terdapat pelajar

yang kurang berminat terhadap Biologi yang menjadi salah satu masalah dalam

pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu penubuhan panitia di sekolah adalah

bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengajaran di sekolah dapat dipertingkatkan.

Selain daripada itu perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak yang

membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. Namun begitu sejauh

manakah keberkesanan dan fungsi panitia dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh

pihak sekolah dalam matapelajaran Biologi.

Memandangkan pengurusan panitia Biologi dalam meningkatkan prestasi

Biologi amatlah penting. Maka kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk

mengetahui keberkesanan Panitia Biologi di sekolah menengah khususnya. Selain

daripada itu, strategi pengurusan panitia Biologi dari segi perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan (POLC) bagi mewujudkan keberkesanan

pengurusan panitia sekolah turut di selidiki.

Page 22: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pengurusan

panitia. Antaranya ialah:

1. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan Panitia Matapelajaran Biologi,

2. Mengenalpasti fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan diamalkan

oleh panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf,

peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal,

3. Mengenalpasti fungsi pengurusan POLC yang paling dominan dilakukan dalam

aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta

pengurusan makmal oleh Panitia Biologi dan,

4. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam

mewujudkan keberkesanan pengurusan sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap keberkesanan pengurusan Panitia Matapelajaran Biologi?

2. Apakah fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan diamalkan oleh

panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan

dan penilaian serta pengurusan makmal?,

3. Apakah fungsi pengurusan POLC yang paling dominan dilakukan dalam aspek

kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta pengurusan

makmal oleh Panitia Biologi dan,

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam mewujudkan

keberkesanan pengurusan sekolah?

Page 23: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian melalui dapatan soal selidik ini penting khusus bagi pihak Kementerian

Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan sekolah itu sendiri untuk merangka satu tindakan

bagi meningkatkan lagi aspek pengurusan, kemahiran sikap dan tanggungjawab terhadap

aktiviti pengurusan. Hasil kajian ini amatlah penting dalam pendidikan kerana ia boleh

meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia dalam sesebuah sekolah. Melalui

maklumat yang diperolehi, pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan

Negeri dapat memperolehi maklumbalas. Selanjutnya langkah-langkah

dalam membantu ke arah sekolah berkesan dapat dijalankan melalui pengurusan panitia.

Setelah mengenalpasti fungsi- fungsi panitia melalui model pengurusan POLC

atau tanpa penglibatan sebarang model, dalam pengurusan panitia yang berkesan, warga

pendidik khususnya pendidik matapelajaran Biologi dan pentadbiran di semua peringkat

seperti sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak

Kementerian harus membuat satu tindakan atau langkah bagi membantu pihak panitia

dalam aspek pengurusan khususnya dalam mewujudkan pengurusan berkesan.

Kecekapan pengurusan yang rendah dikalangan panitia khususnya Panitia Biologi boleh

mendatangkan kesan yang kurang baik dalam suatu pengurusan sekolah.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian kes. Fokus kajian ini ialah keberkesanan

pengurusan Panitia Biologi di sekolah-sekolah terpilih di sekitar Johor Bahru. Kajian

juga melihat sejauh manakah pengurusan Panitia Biologi berdasarkan model pengurusan

POLC. Model pengurusan POLC pula akan dilihat dari segi kurikulum, perkembangan

staf, peperiksaan dan penilaian serta dalam pengurusan makmal Biologi. Seterusya

kajian akan mengenalpasti fungsi panitia yang paling dominan dalam aspek pengurusan.

Page 24: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

9

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan melibatkan Panitia Biologi dan guru-

guru yang mengajar matapelajaran Biologi dalam panitia masing-masing. Pihak

pengurusan atasan seperti pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang

tidak terlibat. Diandaikan responden memberikan maklumbalas dengan ikhlas dan jujur

kerana kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini sangat bergantung kepada mereka.

1.8 Definisi Kajian

Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang akan digunakan oleh pengkaji

yang membawa erti yang tersendiri bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh

pengkaji. Definisi istilah adalah penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan

salah tanggapan di kalangan pembaca. Di bawah ini dihuraikan beberapa istilah penting

berdasarkan tajuk kajian yang dirasakan perlu untuk ditakrifkan oleh pengkaji dan di

antaranya

a. Pengurusan

Proses bagaimana satu kumpulan bekerjasama menghala ke arah matlamat yang

dikongsi bersama. Ia merupakan satu proses yang berterusan, memfokuskan pencapaian

matlamat dan melibatkan penyelarasan sumber dan aktiviti untuk memenuhi

tanggungjawab tertentu. Pengurusan yang dimaksudkan melibatkan proses perancangan,

pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan

menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Kajian

dalam pengurusan ini adalah melibatkan pengurusan Panitia Biologi disekitar daerah

Johor Bharu.

Page 25: KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI · PDF fileagar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat ... Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia

10

b. Panitia dan Ketua Panitia Biologi

Satu jawatankuasa yang dibentuk dan diketuai oleh seorang ketua. Panitia

merupakan satu pasukan kerja yang dianggotai oleh guru-guru yang mengajar

matapelajaran Biologi tanpa mengira sama ada mereka dari opsyen Biologi atau tidak.

Ketua Panitia merupakan seorang guru yang dipilih dari kalangan guru-guru kanan yang

berpengalaman mengajar matapelajaran Biologi di sekolah menengah di Daerah Johor

Bharu.

c. Sekolah

Sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah sebuah institusi pendidikan

formal yang dikategorikan sebagai Gred A oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang

berada di sekitar bandar Johor Bharu.

1.9 Penutup

Kajian ini membincangkan mengenai peranan Panitia biologi dari perspektif

pengurusan berdasarkan model pengurusan POLC. Di dalam usaha untuk mewujudkan

sekolah berkesan disetiap sekolah maka peranan dari pelbagai pihak amatlah penting.

Selain dari pengetua yang bertindak sebagai tunjang kepada sesebuah sekolah, peranan

panitia dalam menguruskan sekolah juga penting. Ini kerana kerjasama yang diberikan

amat penting bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.