31
KEBERKESANAN KAEDAH “THE MAGIC BOX” DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN SIFIR 3 MURID PENDIDIKAN KHAS BESTARI Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan “The Magic Box” ke atas murid Pendidikan Khas Bestari dalam penguasaan kemahiran Sifir 3. Kaedah “The Magic Box” dihasilkan berfungsi membantu murid-murid menguasai kemahiran Sifir 3 dengan lebih cepat dan pantas. Peserta pengkaji terdiri daripada saya sendiri dan 4 orang murid Pendidikan Khas Bestari. Lembaran kerja bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pos) dan temu bual digunakan untuk mengumpul data. Penyemakan data turut dijalankan dengan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik. Hasil analisis kajian menunjukkan kaedah “The Magic Box” membantu 4 orang Pendidikan Khas Bestari menguasai kemahiaran Sifir 3.

Keberkesanan Kaedah Proposal

Embed Size (px)

Citation preview

KEBERKESANAN KAEDAH THE MAGIC BOX DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN SIFIR 3 MURID PENDIDIKAN KHAS BESTARI

Abstrak:

Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan The Magic Box ke atas murid Pendidikan Khas Bestari dalam penguasaan kemahiran Sifir 3. Kaedah The Magic Box dihasilkan berfungsi membantu murid-murid menguasai kemahiran Sifir 3 dengan lebih cepat dan pantas. Peserta pengkaji terdiri daripada saya sendiri dan 4 orang murid Pendidikan Khas Bestari. Lembaran kerja bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pos) dan temu bual digunakan untuk mengumpul data. Penyemakan data turut dijalankan dengan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi penyelidik. Hasil analisis kajian menunjukkan kaedah The Magic Box membantu 4 orang Pendidikan Khas Bestari menguasai kemahiaran Sifir 3.

BAB I : PENYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitusekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya .Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.Pendidikan Khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, New Zealand dan lain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di negara itu

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Penyataan Masalah

Murid Pendidikan Khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama dengan murid normal. Mereka menerima dan memproses input pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan murid normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal lama dalam ingatan murid ini. Selain itu, murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan pembelajaran yang mereka ikuti. Oleh keran menyedari kekurangan yang ada pada diri sendiri, murid pendidikan khas ini mempunyai tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri.

Oleh yang demikian juga menyebabkan murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam mempelajari Matematik. Matematik bukanlah matapelajaran yang dianggap senang untuk untuk dipelajari dan mudah untuk difahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan murid. Hal ini membuatkan pemikiran murid diracuni denagn tanggapan yang negative terhadap matapelajaran Matematik dan seterusnya melahirkan sikap kurang minat untuk mempelajari matapelajaran ini dengan tekun (Norazrena & Shaharuddin, 2011). Tambahan pula, pengetahuan yang sedikit dalam matapelajaran Matematik member impak kepada murid di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar dan semakin abstrak (Azrul Fahmi & Marlina, 2007).

Matematik merupakan matapelajaran wajib yang harus dipelajari oleh semua murid dan golongan termasuk murid pendidikan khas. Masalah yang melibatkan Matematik tidaklah wujud pada murid normal sahaja tetapi juga kepada murid pendidikan khas. Dengan kepelbagaian kekurangan yang dimiliki oleh golongan murid pendidikan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salah berkaitan matematik membuatkan murid-murid ini berasa begitu tertekan derta ketinggalan dalam ilmu matematik.

Oleh yang demikian, kaedah The Magic Box berkaitan tajuk kemahiran sifir 3 untuk murid pendidikan khas dicipta bagi mengatasi maslah ini. Menurut ..

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai seperti berikut:i. Murid dapat menyusun kedudukan nombor dan mengaplikasikan The Magic Box.ii. Menguasai kemahiran sifir 3 dengan menggunakan kaedah The Magic Box.iii. Murid dapat menambahkan dan meningkatkan keyakinan diri.iv. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mempelbagaikan kaedah.

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif di atas beberapa persoalan sperti di bawah ini, dikemukakan:i. Apakah murid boleh menguasai kemahiran Sifir 3 dengan menggunakan kaedah The Magic Box?ii. Apakah dengan kaedah The Magic Box dapat menambahkan dan meningkatkan keyakinan diri murid?iii. Apakah dengan kaedah ini murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna?iv. Bagaimana seorang guru mengubah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengatasi masalah murid Pendidikan Khas Bestari menguasai kemahiran Sifir 3. Ia berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat data yang tepat bilangan murid Pendidikan Khas Bestari yang telah menguasai kemahiran Sifir 3 dengan menggunakan kaedah The Magic Box. Sehubungan itu, tindakan yang sepatutnya akan dapat diambil oleh guru untuk menambah bilangan murid yang menguasai kemahiran Sifir 3.

Selain itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti The Magic Box supaya murid dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah khususnya murid Pendidikan Khas Bestari bagi menarik minat mereka dalam matapelajaran Matematik. Dengan adanya maklumat ini juga, dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna. Akhir sekali, diharapkan hasil kajian ini dapat mengubah amalan pengajaran guru terhadap penguasaan kemahiran sifir kea rah pendekatan yang lebih baik. Strategi dan teknik yang lebih berkesan dapat menarik minat murid dalam pengajaran guru.

1.7 Batasan Kajian

Batasan kajian dalam kajian ini ialah :

Kajian ini terbatas kepada empat orang murid dari kelas Pendidikan Khas Bestari, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas, Johor Bahru. Murid yang dikaji terdiri daripada tiga orang murid lelaki berusia antara 11 hingga 13 tahun. Manakala seorang terdiri daripada murid perempuan berusia 12 tahun. Kajian ini secara tidak purposive. Murid-murid ini mempunyai masalah dan latar belakang yang berbeza.1.7.1 Pemilihan responden untuk kajian ini adalah seramai 4 orang murid yang diharap dapat memberikan gambaran tentang tahap penguasaan kemahiran Sifir 3 menggunakan kaedah The Magic Box.1.7.2 Penyelidik mendapat sedikit kesukaran dalam memperolehi maklumat yang jitu dan jujur serta dipercayai dalam beberapa item kerana para responden bimbang maklumat yang diberi akan mendedahkan kelemahan mereka.

1.8 Definisi Operasional

Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca, definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti di bawah :

KeberkesananMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Keberkesanan bermaksud perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yg diperoleh sesudahnya;

KaedahMenurut Kamus Pelajar Edisi Keempat, (kadah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

MenguasaiMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menguasai membawa maksud mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu: Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai kemahiran Sifir 3 menggunakan kaedah The Magic Box.

MuridDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Murid atau pelajar merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar.

Pendidikan KhasMenurut Hallahan dan Kauffman(2006), Pendidikan Khas ialah satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.

Manakala menurut Gargiulo(2003), Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Menurut Friend (2005), Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

SifirMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sifir bermaksud daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut (spt 2 1, 2 2, 2 3 dll), daftar kalian, kali-kali Ia juga bermaksud kira-kira iaitu cara atau kaedah menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 x 4 = 8.

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Kajian ini merupakan suatu kajian untuk melihat keberkesanan kaedah The Magic Box dalam penguasaan kemahiran Sifir 3 murid Pendidikan Khas Bestari. Satu pendekatan pengajaran telah digunakan sebagai kaedah The Magic Box yang menggunakan petak-petak. Kajian ini merupakan satu kajian untuk mengatasi masalah murid-murid Pendidikan Khas Bestari dalam menguasai kemahiran Sifir 3. Dalam bab ini akan membicarakan tentang tinjauan kajian lepas berkenaan dengan punca-punca kesilapan, kesukaran, serta masalah yang didapati semasa murid-murid Pendidikan Khas Bestari dalam mengingati dan menghafal sifir.. Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis tentang matematik di dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Kajian tersebut merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu dengan bertujuan untuk melihat beberapa pembolehubah yang mempengaruhi murid-murid dalam menguasai kemahiran mendarab. Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di bawah adalah berkaitan dengan kepentingan matematik, masalah murid dalam pendaraban serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik.

2.2 Kajian Berkaitan

2.3 Teori Yang Berkaitan Dengan Kajian

Teori Piaget,Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu:i. peringkat deria motor (0 2 tahun),ii. pra-operasi (2 7 tahun), iii. operasi konkrit (7 11 tahun) dan iv. operasi formal (11 tahun ke dewasa). Akan tetapi, berdasarkan kajian usia ini tidak semestinya tetap kerana perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza pada tahap umur yang berlainan bagi setiap kanak-kanak.

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas kepada semua pembelajaran ialah pengalamian aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari sekiranya mereka melakukan dan membuat aktiviti itu dengan sendirinya.

Teori BrunerManakala menurut Bruner pula, beliau menegaskan bahawa pembelajaran secara penemuan lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran. Menurut kajian yang dibuat oleh Bruner pada tahun 1963, mereka berjaya membina empat teori pembelajaran matematik. Antara teori itu ialah: i. Teori Pembinaan. Melalui teori ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep,prinsip atau hukum dengan membina perwakilan atau pun menjalankan aktviti yang konkrit.

ii. Teori Tatatanda. Tatatanda matematik diperkenalkan mestilah mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.

iii. Teori Kontras dan Variasi. Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

iv. Teori Perhubungan. Setiap konsep prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain itu jugaBruner juga menyatakan bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran.

Teori Robert M. Gagne

Merujuk Robert M. Gagne pula,terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.Gagne mempunyai beberapa hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.Melalui kefahaman mengenai beberapa teori ini, guru bolehlah merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran matematik di dalam kelas dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan.

Zoltan P. DienesBerpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit.

Jenis-jenis Konsep MatematikKonsep Matematik TulenSebarang nombor boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungan.

Konsep TatatandaSifat-sifat bagi nombor.

Konsep penggunaanAplikasi penggunaan konsep tulen dan tatatanda

Peringkat-peringkat Dalam Pembelajaran Matematik

Peringkat 1 : Permainan Bebas (Free Play)Pelajar diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan.Dalam peringkat ini, para pelajar membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.

Peringkat 2 : Permainan Berstruktur (Games)Permainan yang mengikut peraturan atau hukum.Dalam peringkat ini pelajar-pelajar menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.

Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri (Searching for Communalies or Common Characteristic)Guru membimbing pelajar-pelajar dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik.Dalam peringkat ini, pelajar-pelajar harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.

Peringkat 4 : Perwakilan Gambar (Representation)Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, pelajar-pelajar perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.

Peringkat 5 : Perwakilan Simbol (Symbolisation)Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar.Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.

Peringkat 6 : Formalisasi (Formalisation)Pelajar-pelajar akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk selesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal.

2.4 Kesimpulan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Metodologi kajian memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan kajian (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah sampel kajian, reka bentuk kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.

3.2 Kaedah Kajian

Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengutipan data iaitu soalan-soalan ujian, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Set-set soalan ujian akan diberikan kepada murid-murid di dalam kelas yang dikaji, iaitu untuk tujuan ujian pra dan ujian pos. set pertama mengandungi soalan untuk ujian pra bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang tahap pencapaian dan pengetahuan murid-murid terhadap tahap kemahiran penguasaan murid fakta asas darab sifir 3. Manakala set kedua, iaitu ujian pos menggambarkan pencapaian murid terhadap masalah yang dikaji setelah diberikan pengajaran semula.

Soala selidik dibuat dengan murid untuk mengetahui latar belakang murid yang menghadapi masalah yang ketara untuk mendapatkan maklum balas tentang pengajaran guru dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi. Menurut Mohd Majid Konting (1993), soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden. Maklumat yang dikumpulkan dan diperoleh akan di analisis dan di terangkan secara deskriptif. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditetapkan dan ditafsirkan secara kuantitatif untuk mengetahui hasil kajian tentang persepsi sampel kajian terhadap tajuk kajian.

Temu bual pula terdapat dua bentuk soalan yang digunakan, iaitu soalan berstruktur dan soalan tidak berstruktur. Kebanyakan soalan yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya adalah membolehkan murid dapat menyatakan secara bebas isi hati tanpa berasa dikongkong oleh soalan.

Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku pembelajaran murid-murid di dalam kelas semasa pengajaran dibuat. Tujuannya untuk mengenal pasti sikap belajar murid dan bagaimana mereka member respon terhadap pengajaran guru.

Melalui reka bentuk yang dipilih ini, ukuran secara kuantitatif

3.3 SAMPEL KAJIANKajian yang akan dijalankan ini melibatkan murid Pendidikan Khas Bestari di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas. Sekolah ini telah dibina oleh kerajaan pada tahun 2002 di Jalan Bukit Kempas. Lokasi sekolah ini lima kilometer jaraknya dengan Bandar Johor Bahru. Ia terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Taman Anggerik. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu anggaran 84.6% dikalangan pelajar Melayu, dan 15.4% pelajar India. Jumlah murid Pendidikan Khas sekolah ini ialah seramai 13 orang dan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam sesi pagi sahaja. Murid dibahagikan kepada dua buah kelas iaitu Pendidikan Khas Arif untuk murid yang mengikuti KSSR PK manakala Pendidikan Khas Bestari untuk murid yang mengikuti sukatan KBSR. Pemecahan murid mengikut kelas adalah dengan mengikut umur dan tahap mental murid. Seramai empat orang murid daripada murid Pendidikan Khas Bestari di pilih dalam kajian yang dijalankan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (2005), soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Instrumen kajian yang telah dipilih ialah seperti berikut:a) Borang Maklumat Pelajar(Lampiran A)b) Borang Soal Selidik(Lampiran B)c) Kertas Soalan Ujian Pra(Lampiran C)d) Kertas Soalan Ujian Pos(Lampiran D)

3.5 Kajian Rintis

Bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini kajian rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidak mengikut jumlah responden sebenar. Menurut Cohen, Manion dan Morrison(2000), fungsi kajian rintis ini ke atas soal selidik adalah bagi menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan susunatur soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklum balas tentang keesahan dan kebolehpercayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 4 orang responden dari kelas Pendidikan Khas (K2) tidak terlibat dalam kajian ini dan instrumen kajian yang sama digunakan.

3.6 Pengumpulan Data

Data-data dalam kajian ini dikumpul dengan mengemukakan satu set soalan soal selidik untuk dijawab oleh pelajar-pelajar yang telah dipilih, ujian pra dan ujian pos. Soal selidik tersebut ialah soal selidik maklumat pelajar dan soal selidik tentang minat pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban.

Dalam kajian kuantitatif, pengkaji perlu membina alat kajian dahulu sebelum dapat mengumpulkan data yang diperlukan. Antara alat kajian yang diperlukan ialah soalan ujian pra, soalan ujian pos dan juga borang maklumat soal selidik.

Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas di mana pelajar-pelajar yang terpilih mengambil ujian pra, seterusnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selama 1 minggu untuk 5 waktu dalam seminggu. Pengkaji membekalkan pelajar dengan borang soal selidik untuk mengetahui latar belakang dan minat pelajar. Pengkaji juga telah menggunakan satu waktu dalam minggu tersebut untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos akan dijalankan pada minggu tersebut. Untuk menjamin kesahan kajian ini, pelajar telah diingatkan supaya tidak meniru dan menjawabnya dengan jujur. Murid diminta menjawab 10 soalan ujian dalam masa yang diperuntukkan iaitu sebanyak 30 minit. Kemudian, ujian pos diberikan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dengan penggunaan kaedah The Magic Box. Borang soal selidik pula menggunakan skala Likert untuk melihat tahap minat responden terhadap pembelajaran menggunakan kaedah ini.

Perbezaan min markah ujian pra dan min markah ujian pos di kalangan responden dikaji dan dikenalpasti. Perbezaan min yang signifikan menunjukkan bahawa terdapat prestasi yang signifikan dalam prestasi pelajar hasil daripada penggunaan kaedah The Magic Box yang telah diaplikasikan dalam proses pembelajaran Matematik dalam operasi darab Sifir 3. Pentaksiran tahap pencapaian pelajar merujuk kepada markah dalam peratus dan min bagi ujian pra dan ujian pos berdasarkan kepada skala Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).

Setelah semua kertas soalan dijawab, ia dikumpul dan penyemakan telah dilakukan untuk memastikan semua item telah dijawab mengikut kehendak dan arahan kertas soalan. Analisis data dibuat dengan mengutip data awal iaitu melalui markah ujian Pra. Markah dikutip sebagai maklumat awal dan gambaran pencapaian pelajar, sekiranya pengajaran dijalankan seperti biasa. Set soalan yang diberi adalah merangkumi kemahiran dan objektif yang hendak disampaikan pada minggu yang disediakan oleh guru Matematik berdasarkan huraian sukatan pelajaran Matematik Pendidikan Khas. Analisis data Ujian Pos merupakan markah yang diambil setelah sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang telah dijalankan di dalam kelas. Ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan kemahiran darab Sifir 3.

3.7 Penganalisaan Data

Set-set soal selidik yang telah dijawab oleh para responden, kemudiannya dikumpulkan. Item-item dalam soal selidik adalah mengikut skala Likert seperti yang dibincangkan sebelumnya juga digunakan untuk penganalisisan data untuk mengetahui keputusan kajian. Kertas soalan yang telah dijawab oleh murid, dikaji oleh pengkaji.

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Lampiran A dan Lampiran B yang perlu dijawab oleh responden. Item-item yang dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan kajian-kajian terdahulu yang terpilih.

Data-data yang diperolehi akan dianalisis dalam bentuk bilangan dan peratusan untuk aspek-aspek yang diperlukan seperti item-item yang terdapat dalam borang soal selidik seperti yang dilampirkan. Data-data yang telah dianalisis ini akan diulas dan turut dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta yang sesuai.

Tahap penguasaan dan gred bagi julat markah serta ujian pra dan ujian pos adalah berdasarkan kepada skala di bawah:

Markah (%)GredTahap Pencapaian

80% 100%ACemerlang

60% 79%BBaik

40% 59%CMemuaskan

20% 39%DSederhana

0% 19%ELemah

Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Peperiksaan dan Ujian(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000)Data yang diperolehi dari ujian pra dan ujian pos telah dianalisis dengan menggunakan pengiraan secara manual. Data ini telah dikumpulkan untuk membuat perbandingan peratusan dalam pencapaian. Gred diberikan bagi ujian pra dan ujian pos untuk melihat perubahan bagi peningkatan pelajar sebelum dan selepas penggunaan kaedah The Magic Box.

Data bagi latar belakang pelajar dan keputusan peperiksaan akhir tahun pula adalah diwakili dalam bentuk jadual yang menggunakan peratusan. Analisis ujian pra dan pos digambarkan melalui graf agar ia mudah untuk ditafsirkan maksudnya.

Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan menjelaskan kepada pihak sekolah tentang tujuan kajian iaitu sebagai aspek tanggungjawab dan kerahsiaan dalam membentuk hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat. Penetapan tarikh, masa dan tempat juga telah diuruskan dengan baik oleh pengkaji, sebelum kajian ini dijalankan dengan semua prosedur ditetapkan telah dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya mencapai tujuan kajian. Sampel kajian juga telah diberikan penerangan tentang apa yang harus dilakukan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua soalan dengan sempurna dan terkawal juga telah ditetapkan dengan kerjasama guru-guru bagi melicinkan semua prosedur kajian.

3.8 Rumusan

Kajian ini secara keseluruhannya akan menumpukan aspek penggunaan kaedah The Magic Box dalam kaedah mengajar yang dihasilkan oleh pengkaji. Keberkesanan kaedah ini akan dinilai oleh responden dengan menggunakan kertas soal selidik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diatur juga akan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaannya di dalam bilik darjah. Sikap dan minat murid dapat dikesan melalui penglibatan serta respon yang ditunjukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala respon yang ditentukan oleh guru akan menentukan kejayaan hasil kajian ini. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard yang ditentukan dapat membantu pengkaji dalam menentukan kualiti penilaian yang dibuat oleh responden.