Kajian Keberkesanan Forensik 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assigment

Citation preview

Siasatan forensik keberkesanannya semasa menjalankan penyisatan di tempat kejadian- bagi kes bunuh dan rogol satu Kajian

BAB 1

PENGENALAN

Bab ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan forensik dari segi sejarah, penggunaannya oleh Polis Diraja Malaysia dan penggunaanya dalam penyiasatan kes bunuh dan rogol. Di samping itu bab ini turut mengandungi permasalahan kajian, kepentingan kajian, Definisi Konsep dan Kesimpulan.

1.1LATAR BELAKANG KAJIAN

Pihak PDRM telah mencetuskan idea penubuhan Unit Forensik pada tahun 1974. Ia adalah unit penting dalam membantu dalam siasatan menangani masalah jenayah dan sekali gus membantu memberkas penjanayah yang terlibat untuk di bawa ke pengadilan. Unit Fosensik bermula dengan sebuah Makmal Latihan di Maktab Siasatan Jenayah Pusat Latihan Polis (PULAPOL Kuala Lumpur) pada tahun 1987.

Seterusnya pada tahun 1994, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor selaku Ketua Polis Negara pada ketika itu telah meluluskan cadangan penubuhan Mahmal Forensik PDRM yang kemudiannya dimajukan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah diluluskan cadangan tersebut pada tahun 1996. Tapak pembinaan Makmal Forensik PDRM di Maktab PDRM Cheras yang sedia ada telah di rasmikan oleh Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor pada 23 November 1997.

Matlamat awal unit adalah membantu unit siasatan jenayah dalam pengumpulan barang bukti dengan cara teratur dan saintifik.

1.1.1CABANGAN DALAM SIASATAN FORENSIK

Siasatan Forensik adalah tidak terbatas tetapi ianya adalah meluas dan merangkumi 2 bidang utama iaitu Sains Forensik dan Perubatan Forensik. 2 bidang ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa cabang. Antaranya ialah:

SAINS FORENSIKPERUBATAN FORENSIK

Kriminalistik

Antropologi

Kaji purba

Biologi

Entomologi

Geologi

Toksokologi Ondotologi

Pathologi

Jadual 1 : Cabangan Bidang Siasatan Forensik

1.1.1.1

Forensik Kriminalistik

Aplikasi sains yang digunakan bagi pemeriksaan dan perbandingan bukti biologi (kesan darah, kesan air mani, kesan peluh, kesan air liur), bukti kesan (kesan cap jari, kesan tapak kasut, kesan tayar) dan ujian balistik (pemeriksaan senjata api dan amunisi). Lazim pemeriksaan dijalankan di makmal.

1.1.1.2

Forensik Antropologi

Aplikasi antropologi fizikal dalam sebuah tetapan sah dalam membaikpulih dan pengecaman mayat yang telah hancur.

1.1.1.3

Forensik Kaji purba

Kombinasi teknik sains arkeologikal berkenaan pengecaman mayat yang sudah lama ditinggalkan atau pengalian semula mayat yang dikuburkan.

1.1.1.4

Forensik Biologi

Penggunaan sains dalam analisis cecair fisologi atau DNA untuk perbandingan dan pengecaman individu.1.1.1.5

Forensik Entomologi

Kajian berkenaan serangga pada mayat untuk membantu menentukan masa kematian dan lokasi mayat.

1.1.1.6

Forensik Geologi

Mengesan bukti dalam bentuk tanah dan mineral.1.1.1.7

Forensik Odontologi

Pemeriksaan susunan gigi yang unik pada setiap individu.

1.1.1.8

Forensik Pathologi

Bidang dimana prinsip ubatan dan pathologi adalah untuk menentukan punca kecederaan dan kematian

1.1.1.9

Forensik Toksikologi

Kajian berkenaan ubat-ubatan dan kesan racun pada tubuh badan manusia.

1.1.2

PENGGUNAAN SIASATAN FORENSIK DALAM

PENYIASATAN

Bidang Siasatan Forensik mula diperkenalkan pada awal 1900 apabila seorang penyelidik Perancis Edmud Locard membangunkan sebuah makmal penyiasatan di Lyon pada tahun 1910. Beliau telah memperkenalkan prinsip asas dalam bidang siasatan forensik iaitu 'Prinsip Locard '. Prinsip ini menerangkan tentang setiap sentuhan akan meninggalkan kesan atau berlakunya pemindahan meterial apabila 2 objek bersentuhan.

Rajah 1. Prinsip LodardPrinsip yang diperkenalkan ini amat berguna dalam bidang siasatan forensik dimana dapat mengaitkan 3 elemen utama iaitu penjenayah, mangsa dan tempat kejadian yang boleh membawa kepada pengecaman dan pengenalpastian untuk mengaitkan penjenayah (tertuduh) dengan mangsa dan tempat kejadian. Siasatan Forensik penting dalam pencarian bukti bagi 'membina semula kejadian jenayah'.

Siasatan Forensik dapat mengumpulkan bahan bukti fizikal di tempat kejadian. Dalam hal ini, tertuduh akan di bawa ke Mahkamah untuk perbicaraan boleh dikaitkan dengan jenayah tersebut tetapi tidak semestinya dia yang melakukan jenayah tersebut. Dalam erti kata lain, siasatan forensik adalah sains yang digunakan untuk proses perundangan.

Rajah 2. Teori Segitiga1.1.3

PENGUMPULAN BAHAN BUKTI FIZIKAL

Bahan bukti wujud dalam pelbagai bentuk samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Bahan bukti adalah merupakan sebarang benda yang wujud dalam berbagai saiz dan boleh membuktikan sesuatu kejadian. 2 aspek penting semasa analisis bahan bukti dibuat iaitu pengenalpastian dan perbandingan.

Dalam 'aspek pengenalpastian' bahan bukti fizikal dengan yakinnya dapat ditentukan akan identiti fizikal atau kimia sesuatu bahan melalui kaedah analisis yang dijalankan. Sebaliknya 'aspek perbandingan' bahan bukti fizikal adakan dibandingkan dengan sampel kawalan melalui beberapa ujian dan pemeriksaan rapi bagi menentukan sama ada kedua-dua sampel berasal daripada punca yang sama.

Di antara bahan bukti yang kebiasaanya dapat dikumpul di tempat kejadian adalah seperti senjata tajam, senjata api, kelongsong peluru, darah sama ada kering atau basah, pakaian, kesan cap jari, kesan tapak kasut dan sebagainya. Bahan bukti yang diperolehi hendaklah dikendalikan dengan baik agar ianya tidak tercemar dan disimpan dalam bungkusan atau tempat selamat agar tidak hilang.

1.2PERMASALAHAN KAJIAN

Negara Malaysia tidak pernah sunyi dari kes bunuh dan rogol. Hampir setiap hari, kita sering mendengar, membaca dan melihat kedua-dua kes ini dari pelbagai sumber samada dari media cetak, media internet ataupun media elektronik. Kadar peningkatan kedua-dua kes ini juga semakin meningkat dari setahun ke setahun. Kepesatan dunia dalam mengejar pembangunan yang berasas materialistik semata-mata telah mewujudkan jurang ketakseimbangan di antara pembangunan ekonomi dan sosial yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial. Masalah sosial yang dimaksudkan adalah kejadian jenayah seperti pembunuhan dan rogol.

Di Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan kes-kes berkenaaan bunuh dan rogol disebabkan ketiadaan atau kekurangan bahan bukti untuk tujuan pendakwaan atau sabitan kesalahan dengan penjenayah. Hakikatnya bahan bukti itu wujud di tempat kejadian tetapi ketiadaan kepakaran dalam mengidentifikasi dan menganalisis bahan bukti menyebabkan penyelesaian sesuatu kes terbantut.

Penyelesaian kes bunuh dan rogol memerlukan pihak polis menentukan masa kejadian, tempat kejadian, punca kematian, jenis senjata yang digunakan dan bermacam lagi justifikasi yang membolehkan sesuatu kes dapat dibawa ke hadapan dan seterusnya ke muka keadilan. Berdasarkan kepada masalah ini, maka penggunaan kaedah forensik digunapakai bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia menyelesaikan kes-kes tersebut. Sungguhpun begitu, keberkesanan kaedah ini masih dipertikaikan kejayaannya memandangkan terdapat kes-kes yang melibatkan bunuh dan rogol gagal diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

1.3KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada kajian dokumen yang menunjukkan kaedah forensik banyak membantu kejayaan pihak Polis Diraja Malaysia menyelesaikan kes bunuh dan rogol di tempat kejadian. Hasil kajian ini amat penting bagi meningkatkan kebolehpercayaan anggota polis yang terlibat dengan siasatan jenayah terhadap bidang forensik dalam menyelesaikan sesuatu kes bunuh dan rogol. Dengan nilai kebolehppercayaan yang tinggi akan dapat meningkatkan semangat anggota polis meningkatkan kemahiran dalam ilmu forensik. Selain itu juga, kesedaran orang awam terhadap kemampuan pihak polis dalam menyelesaikan kes bunuh dan rogol juga akan dapat ditingkatkan.

1.4DEFINISI ISTILAH

1.4.1SIASATAN FORENSIK

Forensik berasal dari bahasa Yunani 'FORENSIS' yang bermaksud forum atau pedebatan. Ia adalah merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang digunakan untuk membantu proses menegakkan proses keadilan dengan penerapan sains.

Siasatan Forensik adalah merupakan satu bidang sains dan penggunaannya bagi menjalankan kajian ke atas penyiasatan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik, teknologi maklumat dan sebagainya.

Siasatan Forensik juga merupakan kaedah sains dalam mengumpul atau mendapatkan bahan bukti fizikal di tempat kejadian dan seterusnya menjalankan kajian terhadap bahan bukti tersebut. Kajian boleh dijalankan sama ada di tempat kejadian dan juga makmal. Matlamat utama siasatan forensik adalah untuk mencari kenyataan di sebalik sesuatu kes.

1.4.2

JENAYAH BUNUH DAN ROGOL

Jenayah bunuh dan rogol adalah sesuatu perbuatan yang jahat dan kekejaman yang dilakukan penjenayah terhadap mangsa. Perbuatan ini akan meninggalkan kesan buruk pada minda atau trauma kepada mangsa sendiri dan juga kepada ahli keluarga berkait rapat dengan mangsa. Mangsa jenayah bunuh dan rogol adalah tidak terbatas dan terjadi kepada semua peringkat umur, jantina dan bangsa. Jenayah bunuh dan rogol boleh berlaku dalam banyak keadaan malah mempunyai berbagai penyebab atau alasan.

Apabila sesuatu kes bunuh dan rogol telah dilaporkan maka pihak Polis Diraja Malaysia telah menyediakan beberapa perancangan dan garis tindakan serta prosedur yang terbaik dalam usaha penangkapan dan seterusnya membawa tertuduh ke muka pengadilan.

1.5KESIMPULAN

Pihak PDRM sentiasa meneruskan atau meningkatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan penyiasatan kes bunuh dan rogol. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah penggunaan kaedah siasatan forensik. Kaedah ini, walaupun memerlukan masa yang panjang tetapi ianya penting dalam siasatan untuk mengecam, mengenalpasti dan seterusnya membawa kejayaan dalam menangkap penjenayah dan seterusnya pengadilan terhadap tertuduh. Selain itu, siasatan forensik juga perlu adil dan teliti agar penjenayah yang dituduh adalah merupakan penjenayah sebenar dalam sesuatu kes bunuh dan rogol.

BAB II

PERBINCANGAN

Bab ini akan membincangkan mengenai keberkesanan siasatan forensik bagi kes bunuh dan rogol berdasarkan kepada prosedur siasatan yang dilakukan.

2.1 KEBERKESANAN SIASATAN FORENSIK BAGI KES BUNUH

Pihak polis sering menghadapi masalah untuk menentukan tempat kejadian bunuh, masa mangsa dibunuh, jenis dan ciri senjata yang diguna dan punca kematian serta pengumpulan bahan bukti terutamanya yang memperkenalkan identiti pembunuh. Oleh sebab itu, kesukaran ini dapat di atasi dengan menggunakan siasatan forensik kerana data-data yang diperoleh mempunyai kesahan yang lebih tinggi.

2.1.1PENENTUAN TEMPAT PEMBUNUHAN

Mangsa bunuh ada kalanya dibunuh di tempat lain dan ditemukan di kawasan lain. Tujuan pemindahan mangsa oleh suspek adalah untuk menyukarkan pihak polis mendapatkan bahan bukti dan mengesan jenayah. Secara teorinya, pihak polis dapat mengenalpasti mangsa dibunuh di tempat lain berdasarkan kepada ketiadaan bukti pergelutan, kesan darah, kesan tembakan dan sebagainya sepertimana kes pembunuhan Canny Ong pada tahun 2003. Sungguhpun begitu pihak polis tidak dapat mengenalpasti tempat pembunuhan tanpa melakukan siasatan forensik. Melalui siasatan forensik, sampel tanah, rumput, serangga dan bendasing yang terdapat pada badan mangsa akan memberikan petunjuk yang minimum mengenai lokasi pembunuhan. Menurut Professor Dr Hj Baharudin Hj Omar (2011), lokasi kematian dapat diketahui dengan membuat perbandingan antara serangga di persekitaran dengan serangga yang terdapat dalam badan mangsa. Pengenalpastian jenis serangga dalam siasatan forensik ini juga dikenali sebagai teknik entomologi.

Dengan mengetahui lokasi pembunuhan, pihak polis akan lebih memudah untuk mengumpul bahan-bahan bukti yang lain untuk menyokong pendakwaan.

2.1.2PENENTUAN MASA PEMBUNUHAN

Salah satu aspek penting dalam penyiasatan kes bunuh adalah mengganggarkan masa pembunuhan kerana melalui anggaran masa pembunuhan siasatan terhadap suspek pembunuhan akan lebih mudah dilakukan. Alibi-alibi yang bersama suspek sebelum kematian juga akan dapat dikenalpasti. Secara teorinya masa kematian sering dianggarkan melalui keadaan mayat dan bau mayat. Namun melalui siasatan forensik terutamanya penggunaan teknik entomologi masa kematian lebih tepat dianggarkan kerana masa penetasan telur larva akan menentukan masa kematian. Menurut Professor Dr Hj Baharudin Hj Omar (2011), selepas beberapa jam sesuatu kematian berlaku, langau adalah serangga pertama yang menghinggapi mayat dan mula bertelur. Langau memilih bangkai sebagai tempat bertelur kerana mayat itu merupakan sumber makanan yang banyak baginya. Larva langau akan memakan bangkai tersebut. Lebih kurang 400 sehingga ke 500 larva akan berada di atas mayat itu dan akan berarak bersamanya memakan bangkai itu sehinggalah anak-anak serangga itu matang. Pergerakan dan saiz larva digunakan untuk mengenal pasti masa kematian mayat.

2.1.3PENGUMPULAN BAHAN BUKTI

Salah satu cabaran terbesar pihak polis dalam menyelesaikan kes bunuh ialah mengumpul bahan bukti yang boleh mengaitkannya dengan penjenayah. Pengesanan cap jari, ujian penentuan DNA, sampel darah, sampel rambut, cebisan daging dan sebagainya akan membolehkan pihak polis mengenalpasti penjenayah dengan lebih mudah. Untuk memproses bahan bukti ini, siasatan forensik perlu dilakukan.

2.1.3.1 Menentukan DNA Penjenayah

Menurut Padillah Yahya (2009), kebiasaannya kualiti sampel bahan bukti berkaitan kes-kes jenayah adalah rendah dan kuantitinya juga tidak mencukupi, maka teknik tindak balas rantaian polimerase (Polymerase Chain Reaction -PCR) digunakan untuk menggandakan DNA sampel berkenaan.

Profil DNA yang dihasilkan dipaparkan dalam bentuk electropherogram (graf) dan sebanyak 16 kedudukan (lokus) pada kromosom (rantaian DNA) dianalisis dalam proses pemprofilan ini. Profil DNA yang diperolehi daripada bahan bukti yang dijumpai ditempat kejadian akan dibandingkan dengan sampel rujukan.

Biasanya spesimen darah itu dapat menentukan sama ada suspek berkemungkinan terlibat dalam jenayah tersebut atau sebaliknya. Mengenai kemungkinan penjenayah memusnahkan bahan bukti fizikal termasuk membakar mangsa, beliau berkata, analisis tulang masih boleh dijalankan. Sekiranya bahan bukti tersebut terlalu teruk, penggunan analisis mitokondria DNA yang mana ia mempunyai banyak salinan berbanding nuklear DNA yang hanya ada satu salinan sahaja. 2.1.3.2Pengesanan Cap Jari Penjenayah

Cap jari adalah merupakan kesan-kesan jalur yang timbul dan lurah pada permukaan kulit luar sesuatu jari, tapak tangan dan tapak kaki dan ianya boleh digunakan untuk tujuan perbandingan dan seterusnya mengenal pasti seseorang individu.Ketika penjenayah melakukan sesuatu jenayah seperti membunuh, atau merompak, bagaimanakah polis boleh menyelesaikan kes? Semasa penjenayah melakukan jenayah berkemungkinan besar mereka tidak dapat mengelak daripada meninggalkan kesan cap jari pada sesuatu benda kecuali mereka memakai sarung tangan atau sesuatu yang dapat melindungi tangan mereka daripada meninggalkan kesan cap jari pada objek-objek di tempat kejadian tersebut.Oleh yang demikian cap jari adalah merupakan salah satu bentuk keterangan fizikal yang penting yang boleh menjurus dalam mengenal pasti di antara penjenayah dan mangsa.

Dalam kebanyakan kes-kes jenayah dilakukan oleh penjenayah berulang yang pernah ditangkap dan dipenjara di mana cap jari mereka akan direkodkan, oleh yang demikian sekiranya sebahagian daripada cap jari mereka yang ditinggalkan di mana-mana tempat kejadian jenayah berlaku, pakar cap jari boleh memberitahu kita siapa yang melakukan jenayah tersebut.

Kejayaan siasatan forensik menggunakan pengesanan cap jari bermula di Benggala, India. Dalam kes ini seorang pengurus di ladang Katalguri di daerah Jalpaiguri yang bernama Hridayah Ghosh telah ditemui mati di bilik tidur banglonya pada pagi 16 Ogos 1897. Dia telah dibunuh dengan kejamnya dan dirompak. Dalam kes ini sebilah pisau dipercayai telah digunakan untuk mencederakan pengurus tersebut.Dalam kes ini pegawai penyiasat telah menemui dua kesan cap jari dari kesan darah yang kering pada sehelai kertas.Kemudian kesan cap jari tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis di Calcutta.Cap jari tersebut telah dikaji secara terperinci dengan menggunakan kanta pembesar dan salah satu kesan cap jari tersebut didapati bersamaan dengan kesan ibu jari kanan penama Rajan Kangalicharan. Pada 19 September 1897 Kangali telah ditangkap di rumahnya yang berada lebih kurang seratus batu dari tempat mayat pengurus itu ditemui.2.2KEBERKESANAN SIASATAN FORENSIK BAGI KES ROGOL

Kes rogol atau sexual offences adalah satu bentuk perbuatan jahat terhadap tubuh badan dan nyawa mangsa. Ianya mempunyai kaitan erat dengan siasatan forensik. Di antara faktor yang akan mempengaruhi pembuktian berlakunya kes rogol adalah faktor masa kejadian berlaku, ketulenan bahan bukti yang diperolehi dari mangsa dan tempat kejadian atau bahan-bahan bukti yang akan dijumpai pada penjenayah.

Perlu ada pada ingatan pengawai penyiasat, pegawai perubatan atau pakar Unit Forensik siasatan yang dijalankan di tempat kejadian dan pada mangsa mahupun saspek adalah untuk membuktikan sama ada berlakunya persetubuhan dan tanda-tanda kekerasan berlaku terhadap mangsa serta penentuan umur mangsa.

Persetubuhan adalah peristiwa dimana terjadinya kemasukan (penetrasi) kemaluan lelaki (penis) ke dalam kemaluan wanita (vagina). Kemasukan adalah samaada penuh atau tidak dan samaada disertai ejakulasi atau tidak (pengeluaran air mani). Pembuktian persetubuhan akan dipengaruhi beberapa faktor. Di antaranya adalah:

a) Saiz penis dan darjah penetrasi.

b) Bentuk dan keanjalan selaput dara (Hymen).

c) Posisi persetubuhan.

d) Berlaku atau tidak berlakunya ejakulasi

e) Keaslian bahan bukti yang dijumpai sewaktu pemeriksaan.

Bahan bukti pada mangsa yang diperiksa boleh dipengaruhi. Antara tindakan mangsa yang akan menyebabkan bahan bukti sukar dicari atau tidak menjadi asli adalah pakaian telah bertukar dan mangsa telah mandi dan membersihkan diri.

Menurut Superintendan Amidon Anan (2007), bagi mengaitkan kehadiran penjenayah di tempat kejadian, banyak kaedah boleh digunakan termasuk mengesan cap jari dan bekas tapak kasut. Namun kepintaran penjenayah seperti memakai sarung tangan untuk tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari turut memeningkan pihak berkuasa tetapi dapat diatasi dengan menggunakan kaedah asid deoksiribonukleik (DNA). Kaedah DNA sudah digunakan secara meluas dan melalui kaedah itu, banyak kes dapat diselesaikan. Dalam kes rogol, air mani perogol dapat dikesan menggunakan alat sinaran cahaya yang dipanggil Polilight PL500. Alat itu mengeluarkan dan mampu mengesan air mani dalam tempoh cepat dan tepat. Selain itu, alat berkenaan juga boleh digunakan untuk mengesan tompokan darah serta cap jari penjenayah atau mangsa. Tompokan air mani serta darah kering walaupun sudah berbulan lamanya dan dibiarkan begitu saja, boleh juga dikesan,"

BAB III

HALANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

Bab ini membincangkan secara keseluruhan hasil kajian dengan menjelaskan tentang halangan atau kekangan dalam siasatan forensik serta cadangan penambahbaikan. Di samping itu juga, bab ini mengandung cadangan untuk kajian yang akan datang serta rumusan keseluruhan kajian.

3.1HALANGAN ATAU KEKANGAN DALAM SIASATAN FORENSIK DI TEMPAT KEJADIAN

Setiap kes bunuh dan rogol adalah berbeza diantara satu sama lain iaitu bermaksud situasi dan keadaan tempat kejadian, kesan kecederaan, senjata digunakan malah mangsa dan penjayah juga berbeza dari segi umur, jantina dan bangsa adalah tidak sama. Ini menambahkan dan menimbulkan halangan dalam siasatan forensik di tempat kejadian.

Terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa kepada halangan kepada siasatan forensik di tempat kejadian. Di antaranya ialah:

1. Kekurangan pakar

2. Kekurangan anggota terlatih

3. Kekurangan teknologi dan masalah sumber kewangan

4. Bahan bukti sedikit

5. Bahan mudah rosak

6. Penjenayah semakin bijak dan sofistikated

3.2TINDAKAN MENGATASI

Kos meningkatkan keupayaan forensik adalah tinggi. Kerajaan perlu merancang dengan cermat dalam apa-apa tindakan menaiktaraf keupayaan forensik dalam negara. Kerajaan perlu melengkapkan pusat/makmal foresik sedia ada dengan kemudahan-kemudahan lebih baik daripada segi teknik terbaru dalam kajian forensik dan pengesanan. Tidak dinafikan realiti ia mungkin membawa perbelanjaan yang lebih kepada kerajaan. Kerajaan seharusnya memberi dan menaruh harapan yang pusat itu akan menjadi permulaaan kerja anti jenayah yang lebih lasak, produktif dan proaktif di negara ini.

Pengurusan tempat berlakunya jenayah juga harus diberi penekanan. Pegawai di tempat kejadian seharusnya bertindak profesional dan bersistematik di mana-mana tempat kejadian. Ini akan membantu dalam meninggkatkan mutu siasatan. Pengumpulan barang bukti fizikal juga harus dijalankan dengan teliti agar tidak tercemar, hilang atau rosak.

Pakar-pakar forensik dari luar negara seharusnya di jemput ke dalam negara. Ini adalah wajar kerana kedatangan mereka dapat menggariskan beberapa perkara asas yang diperlukan sama ada berhubung kemudahan peralatan forensik, ilmu pengetahuan dan latihan.

Latihan dan melatih semula pegawai-pegawai PDRM akan menjadi sebahagian daripada tugas pakar-pakar asing yang dibawa masuk. Ini dapat meningkatkan kemahiran anggota polis dalam mengesan jenayah dan seharusnya dijalankan secara berterusan untuk membolehkan negara mempunyai satu kumpulan pakar-pakar tempatan dalam bidang siasatan jenayah. Pakar-pakar asing boleh datang dan pergi tetapi akhirnya pegawai tempatan dan pegawai PDRM sendiri harus menjalankan pelbagai aspek tugas.

3.3CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG

Kajian yang dilakukan kali ini hanya bersandarkan kepada bukti dokumen yang diperoleh,melalui buku, majalah, surat khabar dan media internet. Ini adalah disebabkan kes-kes yang melibatkan pihak polis mempunyai nilai kerahsiaan untuk keamanan dan kestabilan negara.

Selain itu juga, faktor masa menyebabkan penjadual kerja kajian amat sukar dilakukan memandangkan faktor keselamatan Negeri Sabah akibat kejadian serangan tentera Sulu di Tanduo, Lahad Datu, kejadian rompak, curi dan gansterisme yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Oleh sebab itu, pada kajian yang akan datang penentuan masa yang ideal perlu ditetapkan agar makna kajian akan menimbulkan kesan dan nilai kesahan yang tinggi. Selain itu juga, perbincangan khusus perlu dilakukan sesama pegawai Inspektor Polis dengan mengupas kembali fail-fail yang melibatkan kes bunuh dan rogol di seluruh negara agar pengesanan kelemahan dan kekuatan siasatan forensik dapat dikupas dengan lebih bermakna.

3.4RUMUSAN

Tidak dinafikan bahawa kes jenayah di Malaysia semakin meningkat dan ini termasuk juga jenayah bunuh dan rogol. Kadar pengurangan kes pula adalah perlahan dan kejayaan penyelesaian kes dan pendakwaan saspek ke pengadilan juga berkurangan.

Dari sudut tempatan, rakyat Malaysia tidak sepatutnya mengharapkan polis dan pakar forensik negara ini mempunyai kemampuan menyelesaikan siasatan sepantas di Barat berikutan kurangnya pengalaman menguruskan kes jenayah kejam yang menggerunkan.

Dalam hal ini, siasatan forensik adalah perlu dalam membantu menjayakan siasatan terhadap kes bunuh dan rogol. Polis dan unit forensik perlu melatih anggota mereka, mendapatkan teknologi tercanggih untuk proses siasatan mahupun mempunyai pakar dalam semua cabang sains forensik. Pengalaman turut memainkan peranan penting dalam membolehkan kes diselesaikan dengan lebih pantas.

Sungguhpun begitu, amatlah diyakini bahawa anggota polis dan unit forensik Malaysia juga mampu menyelesaikan sesuatu kes jenayah kejam seperti di negara Barat tetapi perlu diberikan masa secukupnya mengikut kemampuan dan pengalaman untuk menyelesaikan siasatan.

Contoh kejayaan yang sedia ada seperti penyelesaian seperti kes Canny Ong, kes Altantua dan kes Datuk Sosilawati perlu dijadikan teladan dan pengalaman dalam memantapkan lagi siasatan forensik di Malaysia.

A B

SENTUHAN 2 OBJEK AKAN MENINGGALKAN KESAN DAN BERLAKUNYA PERMINDAHAN METERIAL DIANTARA KEDUA-DUA OBJEK

PRINSIP LOCARD

TEMPAT KEJADIAN

KETERANGAN

FIZIKAL

MANGSA PENJENAYAH

TEORI SEGITIGA TEMPAT KEJADIAN YANG DITERAPKAN DALAM PRISIP LOCARD DALAM SIASATAN FORENSIK