Kajian Keberkesanan Sebutan Baku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian

Text of Kajian Keberkesanan Sebutan Baku

BAB 3

KEBERKESANAN PELAKSANAAN SISTEM SEBUTAN BAKU DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Bahagian ini akan memberikan gambaran ringkas tentang faktor-faktor yang

membawa kepada pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura khususnya di peringkat

sekolah. Seterusnya, berdasarkan input yang diperoleh daripada para pelajar dan guru serta

penelitian terhadap bahan-bahan pengajaran yang digunakan di sekolah-sekolah,

keberkesanan dan keperihatinan yang berkaitan dengan pelaksanaannya akan dibincangkan.

Beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan dikemukakan di akhir bab ini.

3.1 Bahasa Baku dan Aspek-aspek Bahasa yang Dibakukan

Menurut Awang Sariyan, perkataan baku telah wujud dalam kamus Melayu lebih

setengah abad lalu jika kita merujuk Kamus Umum Bahasa Indonesia yang disusun oleh

W.J.S. Poerwadarminta yang diterbitkan pada tahun 1953 sebagai sebuah kamus Melayu yang

awal dan berwibawa. Dalam kamus tersebut, perkataan baku diberikan erti sebagai yang

1

menjadi pokok yang sebenar dan sesuatu yang dipakai sebagai dasar; ukur. Menurut beliau

lagi, Kamus Bahasa Indonesia terbitan Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa

Departmen Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia tahaun 1983 mencatatkan erti baku sebagai

2

yang menjadi pokok; yang benar; dan yang dipakai sebagai dasar ukuran; standard.

Kamus Dewan pula memberikan erti baku sebagai yang pokok, yang dasar, yang

benar, dan yang ( sudah ) diterima umum sebagai bentuk yang sah dan betul (contohnya dari

1. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia, Kuala Lumpur, DBP, hlm 2.

2. Ibid., hlm 3.

38

segi bentuk dan sifat) dan dijadikan asas perbandingan (berkenaan bahasa, sebutan, ejaan

3

dsb.); standard.

Berdasarkan ketiga-tiga kamus yang dianggap berwibawa tadi, jelas bahawa kata

baku sudah mempunyai erti yang mantap selama berpuluh-puluh tahun dalam khazanah kosa

4

kata Melayu. Erti yang diberikan menunjukkan bahawa bahasa baku ialah bahasa yang sah,

benar dan betul. Bahasa yang betul ini pula dijadikan kayu ukur atau dasar dalam

membandingkan dan menentukan ketepatan bahasa yang digunakan dari segi sebutan, ejaan

dan aspek bahasa yang lain.

Ismail Dahaman pula memberikan takrifan bahasa Melayu baku dengan memasukkan

aspek laras bahasa selain aspek-aspek ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan sebutan

yang betul iaitu Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi

penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya,

5

betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutannya. Asmah Haji Omar

bersetuju dengan pendapat Einar Haugen iaitu bahasa yang baku ialah bahasa yang

bermartabat atau mencerminkan keseragaman dalam tatabahasa dan sebutan. Bahasa itu juga

ialah pelbagai jenis pertuturan yang mencerminkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi.

Menurut beliau lagi, Dalam bidang pendidikan, bahasa baku merupakan kerangka rujukan

6

bagi bahasa yang dianggap baik dalam menilai bahasa penuturnya.

Menurut Garvin dan Mathiot bahasa baku ialah bentuk bahasa yang sudah diberikan

pengekodan, diterima dan bertugas sebagai model kepada komuniti bahasa yang besar.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994. Kamus Dewan, Edisis Ketiga, Kuala Lumpur,

DBP, hlm 93.

4. Op.cit., hlm 3.

5. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,

DBP, hlm 1.

6. Asmah Haji Omar,1992. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Kuala

Lumpur, DBP, hlm 105.

39

Pengekedoan ini bermaksud sesuatu yang mempunyai peraturan yang tetap. Jadi, bahasa baku

ialah bahasa yang ada peraturan-peraturannya, yang menjalankan tugas sebagai mewakili

dialek-dialek lain dalam bahasa yang sama, dan hakikat ini sudah mendapat persetujuan

7

ramai. Oleh sebab sesuatu bahasa itu amat berkait rapat dengan budaya para penggunanya,

maka kepelbagaian budaya menghasilkan pelbagai dialek dalam kalangan penutur bahasa

Melayu. Oleh itu, kewujudan bahasa Melayu baku dapat menyeragamkan penggunaan bahasa

Melayu, selain bertindak sebagai kayu ukur dalam menentukan betul salahnya penggunaan

bahasa tersebut.

Soal menegakkan bahasa baku adalah satu perkara yang lazim dilakukan dalam

menentukan satu model atau tolok bagi masyarakat pengguna untuk menggunakan bahasa

sebagai media untuk menyampaikan komunikasi yang betul, jelas dan berkesan. Dan bagi

masyarakat Melayu pula, pengertian betul ini bukan hanya berkisar kepada

ketatabahasaan sahaja, tetapi juga santun bahasa atau bahasa yang berhemah. Bahasa yang

baku juga menjadi kerangka rujukan bagi menentukan tahap keupayaan berbahasa seseorang

penutur. Dalam bidang pendidikan, kerangka rujukan ini penting sewaktu penilaian atau

pengujian terhadap kecekapan bahasa dalam kalangan murid dijalankan. Bertambah-tambah

8

lagi apabila sistem penilaian itu berupa sistem pemeriksaan pusat.

Dengan pengertian ini, maka pembakuan bahasa dapat difahami sebagai usaha,

tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi

dasar ukuran. Yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut ialah penetapan

7. Disebut dalam DBP, 1981. Bahasa Melayu Baku dalam Sosiolinguistik Bahasa

Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm 26.

8. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

MITA, hlm 4.

40

kod dan norma bahasa daripada segala segi bahasa iaitu ejaan, tulisan, peristilahan, tatabahasa,

9

sebutan dan laras bahasa.

Pembakuan bahasa yang dilakukan meliputi seluruh aspek bahasa dan tidak terhad

kepada aspek tertentu sahaja seperti sebutan semata-mata. Pembakuan ini termasuklah:

Pembakuan sistem ejaan dan tulisan

Pembakuan tatabahasa (berdasarkan bahasa tulisan)

Pembakuan peristilahan (konsep yang berkaitan dengan pelbagai bidang ilmu)

Pembakuan kosa kata (aspek makna dan bentuk kata)

Pembakuan laras bahasa (perbualan dan persuratan)

Pembakuan sebutan.

Menurut Awang Sariyan (2000), dalam teori perancangan bahasa, aspek-aspek

tersebut termasuk dalam perancangan korpus atau bahan bahasa. Jadi, boleh dikatakan bahawa

pembakuan bahasa adalah perancangan korpus bahasa. Perancangan korpus ini meliputi empat

tahap iaitu pemilihan, pengekodan, perluasan fungsi dan penerimaan masyarakat.

Dalam tahap pemilihan salah satu dialek itu akan dipilih untuk dijadikan bahasa baku

dan kemudiannya dilakukan penetapan aspek-aspek ejaan, sebutan, kosa kata, istilah dan

tatabahasanya berdasarkan ciri-ciri yang betul. Bagi tahap peluasan fungsi, bahasa yang

dibakukan itu akan digunakan dalam pelbagai aktiviti rasmi seperti pendidikan formal,

penulisan sastera, pentadbiran dan sebagainya. Akhirnya, bahasa yang digunakan dengan

meluas itu diterima oleh masyarakat sehingga dapat dinaikkan tarafnya sebagai bahasa rasmi

atau kebangsaan.

9. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,

Kuala Lumpur, DBP, hlm 4.

41

3.2 Pembakuan Bahasa Melayu

Proses pembakuan aspek-aspek bahasa, kecuali aspek sebutan sudah berlaku sejak

dulu lagi. Misalnya, sistem ejaan Rumi Melayu telah mengalami proses pembakuan sejak

awal abad ke-20. R.J Wilkinson berhasil menyusun asas sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Sistem ini kemudian diperkemas oleh Zaaba dan dikenal sebagai Ejaan Sekolah kerana

menjadi asas sistem pengajaran di sekolah. Kemudian pada tahun 1972, beberapa aspek ejaan

tersebut diubah suai dan sistem itu dinamakan Sisten Ejaan Baru. Di Singapura, Sistem Ejaan

Baru ini dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun 1979 sebagimana ejaan yang

diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia.

Pembakuan istilah pula telah berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957.

Pembakuan dalam bidang peristilahan pula berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa

dan kemajuan masyarakat. Hal ini disebabkan istilah merupakan realisasi konsep-konsep yang

berkaitan dengan ilmu. Sehingga kini, telah tercipta lebih setengah juta istilah dalam lebih

kurang 300 bidang ilmu. Walaupun proses penggubalan ini berlangsung terus-menerus, dan

diakui adanya beberapa persoalan yang timbul, namun jika dilihat secara keseluruhannya,

10

pembakuan peristilahan sudah memperlihatkan kemantapannya.

Dalam aspek kosa kata pula, pembakuannya mempunyai kaitan yang rapat dengan

peristilahan, kerana istilah ialah sebahagian daripada kosa kata. Pembakuan kosa kata dapat

dilihat pada aspek makna dan juga bentuk kata. Bahasa Melayu mempunyai kata-kata yang

tetap maknanya dan sistematik kaedah pembetukannya dan hal ini dapat diperhatikan pada

kamus bahasa Melayu yang ada. Kamus merakamkan pada dasarnya, bentuk dan makna

10. Ibid., hlm 13.

42

sesuatu kata (kata dasar dan kata terbitan) dengan tepat. Maklumat ini berguna bagi

memastikan bentuk terbitan yang betul.

Pembakuan aspek tatabahasa pula berlaku serentak dengan berkembangnya tradisi

bahasa persuratan. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam bahasa tulisan dengan

11

sendirinya memantapkan tatabahasa. Misalnya, dalam bidang undang-undang, bahasa

Melayu telah melahirkan teks seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka,

Undang-undang Johor dan sebagainya. Dalam bidang ketatanegaraan, telah terhasil teks Tajus

Salatin. Begitu juga kitab-kitab lain dalam pelbagai bidang seperti Hikayat Al-Salikin dan

Hikayat Hang Tuah. Pemantapan bahasa persuratan atau ragam tulisan dengan sendirinya

memantapkan tatabahasa. Walaupun demikian, kita perlu akui bahawa dari waktu ke waktu

berlaku proses penyempurnaan rumus. Dalam proses tersebut, mungkin timbul kelainan

analisis atau pendapat pada aspek-aspek tertentu dalam kalangan ahli-ahli bahasa yang

tertentu. Daripada usaha merumuskan aspek-aspek tertentu tatabahasa itu, diharapkan akan

berhasil rumus tatabahasa yang mantap. Sebagai contoh, memang masih ada aspek morfologi,

12

khususnya yang berkaitan dengan pengimbuhan yang memerlukan penelitian lanjut.

Aspek laras bahasa menunjukkan ketepatan penggunaan bahasa berdasarkan bidang

yang tertentu. Penggunaan pelbagai laras bahasa timbul dalam masyarakat yang maju. Oleh

sebab masyarakat kita sudah memperlihatkan adanya pengkhususan dalam berbagai-bagai

bidang, pembakuan laras bahasa perlu bagi menentukan corak bahasa yang dapat

menggambarkan ciri-ciri khusus sesuatu bidang itu seperti laras bahasa berita, surat rasmi,

laporan, tulisan ilmiah, undang-undang dan sebagainya. Dengan demikian tidak timbul soal

pertentangan antara laras bahasa degan tatabahasa. Bahkan amat erat kaitan antara kedua-

11. Ibid., hlm 14.

12. Ibid., hlm 15.

43

duanya. Sementara tatabahasa menjadi asas sistem bahasa, laras bahasa adalah peluasan

13

sistem bahasa tersebut.

Aspek pembakuan sebutan membayangkan bahawa tercapainya kesempurnaan sistem

bahasa. Setelah pembakuan aspek-aspek bahasa yang lain, maka pembakuan sebutan

melengkapkan proses pembakuan keseluruhan aspek bahasa. Yang dimaksudkan dengan

sebutan baku ialah sebutan yang seragam, yang diucapkan dengan cara yang sama oleh semua

masyarakat penutur sesuatu bahasa itu. Aspek sebutan tidak dapat dipisahkan daripada aspek

ejaan kerana sesuatu perkataan itu dieja sebagaimana perkataan itu sepatutnya disebut.

Hakikat bahawa pembakuan sebutan perlu dilaksanakan telah ditimbulkan dalam

Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu se-Melaya Ketiga yang berlangsung pada 16 hingga

21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Kongres telah memutuskan bahawa

Loghat Melayu-Riau yang dikatakan standard itu tidak lagi sesuai pada masa ini (iaitu dalam

tahun 1956). Maka, dianjurkan supaya vokal akhir a [ misalnya s-a-y-a atau k-i-t-a dll ]

14

hendaklah dibunyikan a [ sa-ya atau ki-ta ] bukan e [ sa-ye atau ki-te, dsb ].

Dalam rumusannya, pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

mengambil ketetapan yang cukup tegas dan berpandangan jauh ke hadapan tentang dasar

sebutan baku bagi bahasa Melayu. Dasar yang disarankan ialah sebutan fonemik, iaitu

berdasarkan ejaan. Keputusan yang dibuat oleh Kongres itu menetapkan bahawa sebutan yang

13. Ibid., hlm 16.

14. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

MITA, hlm 7.

44

baku ialah yang berdasarkan Ejaan Rumi, bukan yang berdasarkan kelaziman menyebut

sesuatu perkataan itu menurut dialek Johor- Riau.

3.3 Maksud dan Prinsip Sebutan Baku

Sebutan baku ialah sebutan yang berdasarkan ejaan atau yang dikenali sebagai sebutan

fonemik. Ini bererti bahawa pengucapan sesuatu bunyi menurut nilai bunyi yang

dilambangkan oleh huruf grafem. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa hampir setiap fonem

dalam bahasa Melayu dilambangkan oleh sesuatu grafem yang tertentu. Demikian juga

sebaliknya, satu grafem dalam bahasa Melayu pada umumnya mendukung satu

15

nilai bunyi yang tertentu. Ini bermakna bahawa setiap huruf vokal dalam bahasa Melayu

melambangkan satu bunyi vokal tertentu, dan setiap huruf konsonan pula melambangkan satu

bunyi konsonan.

Bagaimanapun terdapat beberapa kekecualian, misalnya huruf vokal e melambangkan

dua bunyi vokal, iaitu vokal e pepet dan e taling. Beberapa konsonan pula dapat mewakili

beberapa bunyi. Contohnya, huruf konsonan dapat melambangkan tiga bunyi, iaitu bunyi

letupan lelangit lembut tak bersuara (k) seperti pada kata kaki, bunyi hentian glotis (?) seperti

16

pada kata elak dan bunyi geseran rongga tekak bersuara () seperti pada kata nikmat.

Berdasarkan keterangan yang diutarakan oleh K.L Pike dalam bukunya Phonemics,

Asraf telah merumuskan bahawa sebutan baku ialah kata-kata yang dieja sebagaimana yang

15. Awang Sariyan, 1993. Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa, Kuala

Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 27.

16. Ibid., hlm 27.

45

17

diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Ini

bererti bahawa kata-kata yang dieja mengikut prinsip fonemik seperti yang digunakan

sekarang hendaklah disebut atau diucapkan sebagaimana yang dieja.

Nik Safiah menjelaskan bahawa pembakuan sebutan bermaksud penyeragaman dalam

melafazkan bunyi-bunyi bahasa. Beliau menyatakan bahawa bagi keseragaman sebutan,

prinsip satu bunyi satu sebutan hendaklah dipegang. Dapatlah dirumuskan bahawa sistem

sebutan baku bahasa Melayu adalah bersifat fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili

satu fonem dan mestilah dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri.

Jelas di sini bahawa sistem sebutan mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem ejaan

atau tulisan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu sudah mantap atau baku, jadi wajarlah

setiap sebutan itu mengikut sistem ejaan. Sebutan mengikut prinsip fonemik ini memudahkan

para penutur kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini boleh mengelakkan kekeliruan

dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak mengikut fonemik atau yang salah

akan hanya mengelirukan para penutur kerana kelainan bunyi akan melahirkan makna atau

maksud yang berlainan.

Perlulah difahami bahawa selain bagi tujuan keseragaman, sebutan baku juga

bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa para penutur dan memantapkan sistem

dalaman bahasa Melayu. Ismail Dahaman menggariskan matlamat pembakuan sebutan baku

yang berikut:

17. Asraf, 1986. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, dalam

Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2, MITA,

Hlm 25.

46

(1) Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat

digunakan dalam situasi formal atau rasmi.

(2) Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua

golongan pengguna bahasa Melayu.

(3) Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu,

iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar

dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata

(perbendaharaan kata umum dan istilah), dan sistem ejaan.

(4) Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan

bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya

sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam

18

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

Pembakuan sebutan ini akan menjadikan bahasa Melayu lebih kental: Pertama,

kerana daya kepaduan mereka yang menuturkan bahasa ini, di seluruh rantau ini.

Keseragaman terakhir ini iaitu sebutannya akan mengukuhkan terus daya diri bahasa ini.

Kedua, kerencaman sebutan yang sedia ada termasuk dialeknya akan terus mewarna pelangi

keseluruhan langit. Bahasa Melayu/Indonesia ini: dari loghat-loghat di Brunei, bah dan

ungkayah: ke pelosok-pelosok pedalaman di Indonesia seperti anda, beta lu dan guenya;

loghat-loghat negeri di Malaysia pula dengan makan, maka dan makangnya atau pun hang,

19

depa dan pimainya. Engkau orang dan dia orang di Singapura pula.

18. Ismail Dahaman, 1994, Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,

DBP, hlm 3.

19. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

Singapura, MITA, hlm 5.

47

Penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi rasmi atau formal. Antara situasi-

situasi rasmi dan formal termasuklah persidangan dan mesyuarat, sewaktu memberikan

ucapan dan menyampaikan taklimat, dan dalam bilik darjah dan kuliah. Dalam situasi-situasi

tersebut, para penutur yang berasal daripada berbagai-bagai latar belakang, akan

menggugurkan ciri-ciri daerah dan peribadi masing-masing dan menggunakan bentuk bahasa

20

yang diterima sebagai bentuk-bentuk bahasa baku.

Pedoman sebutan baku yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

mencatatkan bahawa penggunaan sebutan baku adalah dalam situasi formal atau rasmi sebagai

yang berikut:

(1) Pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, oleh pelajar, guru,

pensyarah, dan pegawai pendidikan.

(2) Ucapan di khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan, dan kuliah.

(3) Perbincangan dan komunikasi rasmi dalam sektor awam, seperti dalam

mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara, dan ucapan dalam upacara rasmi.

(4) Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem),

seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan, dan pengacaraan

21

sesuatu rancangan.

Dengan kata lain, penggunaan sebutan baku hendaklah dalam lingkungan yang

disebutkan tadi. Ini bermakna dalam suasana yang tidak rasmi, kita tidak dituntut berbahasa

20. Nik Safiah Karim, 1992. Sebutan Bahasa Melayu Baku dan Pelaksanaannya di

Malaysia, dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10

Bilangan 2, Singapura, MITA, hlm 16-17.

21. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa

Melayu, Kuala Lumpur, DBP, hlm xiv.

48

baku; malah bebas memilih ragam-ragam lain yang sesuai dengan suasananya. Dalam

komunikasi yang tidak formal, kita bebas membuat pemilihan kata; tidak memperdulikan

hukum-hukum tatabahasa; malah bebas dengan gaya bahasa yang kita fikirkan selesa. Tidak

dengan penggunaan bahasa baku dalam situasi rasmi; penggunaannya menekankan kerapian,

kejelasan dan ketepatan; baik dalam hal susunan kalimat, mahupun makna, baik yang

22

disampaikan secara lisan, mahu pun tulisan.

3.4 Latar Belakang Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura

Di Singapura, setelah Sistem Ejaan Baru dilaksanakan pada tahun 1979 sebagaimana

yang telah diselaraskan oleh Malaysia dan Indonesia, masalah penyebutan yang berdasarkan

ejaan dikatakan semakin menjadi besar. Permasalahan yang dulunya hanya berkisar pada

bunyi a sahaja, menular kepada penyebutan vokal-vokal yang lain terutamanya vokal i dan

23

u, juga sebutan kekata daripada bahasa-bahasa asing. Pada tahun 1985, Seminar

Pengajaran Bahasa Melayu anjuran CDIS mencadangkan agar sebutan berdasarkan ejaan

terutamanya dalam pengajaran bacaan asas diperkenalkan. Namun demikian, tiada langkah

segera yang diambil.

Pada tahun 1988, setahun setelah Singapura menjadi pemerhati Majlis Bahasa Brunei

Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Kementerian Pendidikan Malaysia

mengumumkan penggunaan sebutan baku di dalam kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia.

22. Ibid., hlm 7

23. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

Singapura, MITA, hlm 8.

49

Setahun berikutnya, pada tahun 1989, Majlis Bahasa Melayu Singapura atau MBMS (pada

masa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura atau JBMS)

membincangkan kertas kerja yang disiapkan oleh Suratman Markasan mengenai Perlunya

Singapura Melaksanakan Sebutan Baku. Dalam perbincangan tersebut, beberapa pertubuhan

lain diajak untuk membincangkan isu yang sama. Akhirnya pada tahun 1990, MBMS

membuat keputusan melalui Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian atau

MICA (pada masa itu dikenali sebagai MITA) dan mencadangkan kepada Kementerian

Pendidikan Singapura atau MOE (pada masa itu dikenali sebagai Kementerian Pelajaran)

supaya menggunakan sebutan baku dalam sistem pendidikan formal. Pada bulan Jun 1990,

MOE meluluskan kertas cadangan MBMS dan sekitar Ogos 1990, kabinet memutuskan pada

dasarnya untuk menerima sebutan baku di dalam sistem bahasa Melayu sepertimana yang

disarankan oleh MBMS dalam kertas cadangan yang diajukan itu.

Berdasarkan kertas laporan rasmi MOE yang bertarikh 7 Jun 1990, cadangan MBMS

itu diterima atas sebab-sebab yang berikut:

(1) Sebutan baku tidak mengubah ejaan sesuatu perkataan. Oleh itu, pelaksanaan

sistem sebutan ini tidak menimbulkan masalah dalam aspek tulisan.

(2) Oleh sebab setiap vokal atau konsonan hanya mempunyai satu bunyi sahaja,

sistem ini dapat melahirkan keseragaman antara huruf dan bunyi. Keseragaman

ini memudahkan sebutan dan bacaan.

(3) Oleh sebab hanya aspek sebutan bahasa Melayu di Singapura yang belum baku

berbanding dengan anggota MABBIM yang lain, jadi wajarlah sistem sebutan

ini dilaksanakan bagi tujuan keseragaman.

50

4) Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan satu cara yang dilakukan oleh

24

Singapura untuk mengikuti perkembangan bahasa Melayu di rantau ini.

Berikutan dengan keputusan yang diambil mengenai sebutan baku, beberapa wakil

Singapura telah ke Indonesia dan Malaysia pada 17 hingga 23 Ogos 1992 untuk meninjau

pelaksanaan sebutan baku, masalah yang berkaitan dan huraiannya, pelestarian dan tentang

prinsip-prinsip sebutan baku. Segala maklumat yang diraih daripada lawatan di kedua-dua

buah negara tersebut dijadikan panduan bagi pelaksanaan sistem sebutan baku di Singapura.

3.5 Rasional Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Singapura

Semasa memberikan ucapan dalam majlis pembukaan rasmi Seminar Sebutan Baku

anjuran MOE pada September 1992 di Pusat Islam Singapura, Encik Sidek Saniff (pada masa

itu Setiausaha Parlimen bagi Pendidikan) menggariskan tiga rasional pelaksanaan sistem

sebutan baku di Singapura seperti yang berikut:

1. Usaha yang berterusan dalam proses pembakuan bahasa Melayu setelah

menangani proses pembakuan dari segi ejaan, tatabahasa dan kosa kata.

2. Keperluan pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam

bidang bacaan asas yang didapati akan lebih mudah diajarkan dengan

menggunakan pelbagai kaedah suku kata dan sebutan baku pula dapat

mengurangkan masalah sebutan yang berdasarkan ejaan ini.

24. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 1990. Laporan

Pelaksanaan Sebutan Baku di Sekolah-sekolah, Singapura, MOE, hlm 2.

51

3. Keperluan kerantauan, iaitu keperluan menyeragamkan sebutan setelah

Malaysia mengumumkan penerimaan sebutan baku di dalam kurikulum

sekolahnya sedang di Indonesia pula, penyebutan berdasarkan ejaan telah lama

25

berlangsung.

Berdasarkan rasional yang digariskan tadi, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan

sebutan baku di Singapura adalah untuk memenuhi tiga usaha iaitu usaha untuk pemantapan

bahasa, pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dan juga bagi kerjasama serantau

khususnya dalam penyeragaman dan perkembangan bahasa.

Dalam usaha bagi pemantapan bahasa, pembakuan sebutan dilihat sebagai

kesinambungan usaha bagi pembakuan aspek-aspek bahasa seperti ejaan, tulisan, kosa kata,

istilah, tatabahasa dan laras bahasa. Pembakuan sistem sebutan ini sebagai usaha terakhir atau

pelengkap dalam proses pembakuan bahasa Melayu.

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula, pembakuan sistem ini diharap dapat

membantu para pelajar khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan. Oleh sebab aspek ejaan dan

bacaan berkait rapat, sistem sebutan baku yang bersifat fonemik akan menghasilkan ketekalan

bunyi antara huruf dan bunyi dan ini diharapkan dapat memudahkan pembelajaran bahasa

khususnya dalam aspek ejaan dan bacaan dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, para

pelajar diharapkan berupaya berkomunikasi menggunakan sebutan baku dalam majlis-majlis

formal atau rasmi.

25. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam , Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

Singapura, MITA, hlm 9.

52

Akhir sekali, sebagai pemerhati MABBIM, Singapura tidak mahu ketinggalan dan

menampakkan usaha yang sungguh-sungguh bagi mengikuti dan menyumbang kepada

perkembagan bahasa Melayu di rantau ini. Pelaksanaan sistem sebutan baku ini merupakan

satu usaha bagi penyeragaman bahasa Melayu dalam usaha membentuk bahasa Melayu

sebagai bahasa yang bertaraf dan bermartabat.

3.6 Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Kurikulum Bahasa Melayu di

Sekolah-sekolah

Sistem sebutan baku dilaksanakan dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-

sekolah secara bertahap-tahap. Pada tahun 1993, sistem sebutan ini diperkenalkan di peringkat

sekolah rendah dan ini diikuti oleh pelaksanaannya di sekolah-sekolah menengah, maktab

rendah dan institut pusat pada tahun 1994. Seterusnya, penggunaan sebutan baku

diperkenalkan dalam peperiksaan lisan dan kefahaman mendengar peringkat nasional bagi

peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (GCE O Level ) dan Peringkat Tinggi (GCE

A Level) pada tahun 1997 dan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada tahun 1998.

Ini bererti kecekapan para pelajar bertutur menggunakan sebutan baku diuji dalam

peperiksaan tersebut.

Dasar pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah, menggariskan bahawa sebutan

baku ini digunakan dalam situasi rasmi atau formal khususnya dalam bilik darjah semasa

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, para guru dan para pelajar juga

diharapkan menggunakan sebutan baku dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Hal ini ditekankan

oleh Encik Sidek Saniff dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Sebutan Baku pada

tahun 1992. Sesuatu bahasa yang hidup akan terus berkembang sekiranya bahasa itu

53

digunakan di dalam dan di luar bilik darjah; melalui aktiviti-aktiviti penggunaan, pengukuhan

dan pengayaan. Aktiviti-aktiviti ini hendaklah menarik serta memenuhi minat dan keperluan

pelajar-pelajarnya. Dengan ini aktiviti-aktiviti pemelajaran yang menyeronokkan inilah, rasa

yakin dan cinta untuk mengucapkan bahasa akan terbentuk. Malah, dapat menggunakan

bahasa untuk melahirkan buah fikirannya dan perasaannya; meluahkan tanggapannya secara

26

kritis dan kreatif. Penggunaan sebutan baku dalam aktiviti Bahasa Melayu seperti debat,

drama, peraduan bercerita, syarahan atau pidato, perkhemahan bahasa dan bengkel-bengkel

bahasa amat perlu kerana usaha ini dapat menyokong pelaksanaan sebutan baku dengan lebih

berkesan bagi kesinambungan penggunaannya selain dalam bilik darjah dan meningkatkan

penguasaan bahasa pelajar.

Bagi melicinkan pelaksanaannya di sekolah-sekolah, MOE telah menjalankan

beberapa langkah. Antaranya ialah penubuhan jawatankuasa induk yang mengendalikan dan

membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan sebutan baku. Jawantankuasa ini

bertindak sebagai unit pemantau dan bertugas untuk meneliti perkembangan sebutan baku di

sekolah-sekolah dan menjadi tempat rujukan atau sumber kepada para guru untuk bertanyakan

permasalahan yang menyentuh tentang pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu baku,

27

termasuk sebutan.

Bagi menyediakan para guru, Seminar Sebutan Baku, anjuran MOE telah diadakan

pada 8-10 September 1992. Pakar bahasa dari Malaysia dan Indonesia telah diundang untuk

menyampaikan kertas kerja iaitu Profesor Emeritus Dr Nik Safiah Karim dan Dr Harimurti.

Berikutan ini, bengkel-bengkel sebutan baku juga diadakan dengan kerjasama Staff Training

Branch, MOE. Selain pegawai-pegawai MOE, para pembimbing bengkel dari Malaysia seperti

26. Ibid., 12-13.

27. Ibid., 12.

54

Dr Awang Sariyan turut terlibat mengendalikan bengkel yang diadakan bagi semua para guru

yang mengajar bahasa Melayu di sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institut pusat.

Bengkel yang serupa dijalankan sepanjang beberapa tahun pertama pelaksanaannya,

khususnya bagi guru-guru baharu.

Agar para guru dapat menjalankan dasar sebutan baku dengan betul, beberapa panduan

dan bahan pengajaran juga disediakan. MOE telah menerbitkan buku teks bahasa Melayu bagi

peringkat sekolah menengah, berjudul Pancaran Bahasa, yang berdasarkan sukatan pelajaran

yang baharu. Buku teks ini digunakan di sekolah-sekolah pada tahun 1994, tahun yang sama

dengan pelaksanaan sebutan baku. Dalam teks tersebut, dikhaskan satu bahagian atau

komponen tentang sebutan baku bagi membantu para guru menyampaikan penjelasan tentang

konsep sebutan baku di samping latihan-latihan amali. Bahan-bahan sokongan seperti audio-

CD, TV Pendidikan, E-Video yang juga menggunakan sebutan baku diterbitkan dan diberikan

kepada para guru.

Pelaksanaan sistem sebutan baku ini juga mendapat suntikan dengan usaha yang

dijalankan oleh MBMS, badan-badan setempat dan media massa. Pada tahun-tahun awal

pelaksanaannya, MBMS menggunakan sebutan baku bagi aktiviti Bulan Bahasanya yang

diadakan pada setiap dua tahun sekali. Bulan bahasa ini bukan sahaja melibatkan para pelajar

dan para guru melalui aktiviti di sekolah-sekolah, Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu

(PGBM ) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (KGMS) tetapi juga masyarakat umum

khususnya melalui aktiviti yang dikelolakan oleh badan-badan setempat seperti kelab-kelab

masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan seni. Manakala pihak media pula mengambil

keputusan menggunakan sebutan baku dalam penyiarannya. Semua rancangan termasuk

siaran iklan dan berita, yang diterbitkan, sama ada di televisyen dan radio, menggunakan

55

sebutan baku. Penglibatan pihak media massa dan badan-badan setempat menampakkan usaha

yang padu dari semua pihak bagi merancakkan dan melicinkan pelaksanaan sistem sebutan

baku di Singapura.

3.7 Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah-sekolah

Menengah

3.7.1 Pengenalan

Pelaksanaan sistem sebutan baku telah berlangsung di sekolah-sekolah menengah

selama 10 tahun sejak 1994. Walaupun pada keseluruhannya sistem sebutan baku ini diterima

pelaksanaannya di Singapura khususnya di sekolah-sekolah, masih terdapat keprihatinan dan

kebimbangan yang disuarakan oleh anggota masyarakat mengenai rasional dan keberkesanan

pelaksanaannya. Keprihatinan dan kebimbangan ini dapat dilihat melalui maklum balas yang

diberikan oleh pemimpin akar umbi dan anggota masyarakat dalam dialog-dialog bahasa dan

artikel yang disiarkan dalam akhbar setempat.

Untuk menerangkan kepada masyarakat, Encil Yatiman Yusoff, Pengerusi MBMS

pernah membuat kenyataan dalam akhbar Berita Harian pada 3 Julai 2003 mengenai

pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Beliau berkata bahawa penggunaan sebutan

baku di sekolah-sekolah mencapai objektif yang ingin dicapai. Di peringkat sekolah,

penggunaan sebutan baku bergerak di landasan yang betul dan dalam 10 tahun sejak

dilancarkan, ia telah berjaya melahirkan satu kohort pelajar yang mana keupayaan mereka

menggunakan sebutan baku menonjol ketika menyertai bahas, ceramah dan membuat

28

panggilan ke radio.

28. Berita Harian, Julai 2003. Usaha Perluas Sebutan Baku Dirancang, dalam

Komentar, Singapore Press Holdings, Hlm 1.

56

Sebagai respons kepada kenyataan ini, satu artikel yang diterbitkan dalam akhbar

Berita Harian bertarikh 17 Julai 2003 cuba mempersoalkan kewajaran tindakan pelaksanaan

sebutan baku ini di sekolah-sekolah. Menurut artikel tersebut, selepas 10 tahun sebutan baku

diperkenalkan di sini, penggunaan sebutan baku ini didapati bukan saja tidak menunjukkan

kemajuan malah semakin berkurangan. Kewajaran meneruskan pelaksanaan sistem sebutan

baku di sekolah-sekolah juga dipersoalkan kerana dikhuatiri pelaksanaan tersebut

membebankan pelajar-pelajar khususnya para pelajar yang mempunyai penguasaan Bahasa

Melayu yang agak lemah.

Persoalan yang ditimbulkan oleh anggota masyarakat sama ada sistem sebutan baku

ini harus diteruskan atau tidak mungkin berpunca daripada beberapa faktor termasuk yang

berlaku di luar negara. Antara punca kekuatiran ini bersebab oleh kurangnya penggunaan

sebutan baku dalam kalangan ahli masyarakat khususnya para pemimpin masyarakat. Hal ini

dinyatakan oleh Pengerusi MBMS, Encik Yatiman Yusoff di akhbar Berita Harian. Beliau

berkata, Di peringkat masyarakat, kita mengakui perlu diadakan pendidikan umum terhadap

penggunaan sebutan baku bagi meluaskan lagi usaha ke arah penggunaannya. Usaha ini juga

dilakukan memandangkan pemimpin masyarakat dan guru-guru perasan akan kurangnya

penggunaan sebutan baku dalam acara-acara kemasyarakatan sehingga menimbulkan

29

pertanyaan sama ada proses baku kian berkurangan.

Naib Penolong Presiden Kanan, MediaCorp radio, Cik Zakiah Halim juga menyatakan

bahawa Tentang nahu, kosa kata dan ejaan, jelas sekali bahawa objektifnya tercapai. Yang

29. Ibid., hlm 1.

57

kedudukannya masih terumbang-ambing ialah bahagian sebutan baku. Ini kerana sesudah 10

30

tahun seruan agar sebutan baku menjadi amalan kita, tidak ramai yang menyahut seruan itu.

Kekhuatiran ini juga berpunca daripada keputusan pemerintah Malaysia mengenai

pelaksanaan sebutan baku di negara tersebut. Melalui kenyataan akhbar bertarikh 9 Februari

2000, Y.B. Tan Sri Dato Musa Bin Mohamed, Menteri Pendidikan Malaysia, telah

memaklumkan bagi kerajaan Malaysia laporan kajian mengenai penggunaan sebutan bahasa

baku DBP di sekolah-sekolah, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19

januari 2000. Hasil daripada pandangan serta kajian yang dijalankan berkenaan isu tersebut,

Mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia bersetuju agar sebutan bahasa baku DBP terus

dilaksanakan di sekolah-sekolah hanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Di Malaysia, terdapat kekeliruan dan salah faham yang timbul pada masa sebutan

baku dimasyarakatkan. Kekeliruan dan salah faham tersebut kebanyakannya berpunca

daripada sikap sebilangan anggota masyarakat, termasuklah pemimpin dan ahli ilmu yang

cepat membuat kesimpulan dan pendirian sebelum benar-benar meneliti dan memahami isu

yang sebenarnya. Antara kekeliruan tersebut berdasarkan maklumat balas daripada ceramah,

kursus dan seminar serta berdasarkan potongan akhbar termasuklah: a) Sebutan baku

mematikan dailek dan mengganggu kelancaran komunikasi; b) Sebutan baku menimbulkan

kesulitan memahami sesuatu; c) Sebutan baku menghilangkan identiti kemalaysian; d)

Sebutan baku adalah pengaruh Indonesia; dan e) Sebutan baku bertentangan dengan prinsip

31

linguistik bahawa bahasa ialah pertuturan . Menurut Awang Sariyan ( 2000 ),

sebahagian besar kumpulan yang menentang ini kurang faham akan aspek-aspek yang

berkaitan dengan sistem sebutan baku seperti konteks penggunaan, konsep sebutan baku dan

30 . Ibid., hlm 1.

31. Awang Sariyan, 2000. Warna dan Suasana: Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,

Kuala Lumpur, DBP, hlm 41.

58

proses pembakuan bahasa. Kekeliruan dan salah faham ini juga berlaku di Singapura dan

faktor-faktor ini serta keputusan yang dibuat oleh Malaysia sebagai salah satu negara pelopor

sebutan baku untuk tidak melaksanakan sebutan baku di media massa, telah mempengaruhi

beberapa anggota masyarakat di Singapura sehingga menimbulkan persoalan tentang

kewajaran pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah di Singapura.

Keberkesanan pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah memang menjadi

keutamaan Jawatankusa induk MOE yang ditubuhkan. Oleh sebab itu, selain menjalankann

kursus untuk para guru, jawatankuasa ini mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah untuk

memantau pelaksanaan, masalah yang berkaitan dan membantu para guru. Namun usaha ini

hanya dijalankan pada peringkat awal pelaksanaannya.

Penelitian terhadap laporan bertulis MOE mengenai latihan bagi para guru dan lawatan

yang dilakukan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sistem sebutan baku,

mendapati bahawa latihan dan lawatan atau pemantauan serupa seperti yang pernah dijalankan

pada tahun-tahun awal pelaksanan sistem ini tidak lagi dijalankan sejak 1999. Berdasarkan

maklumat yang diperoleh daripada laporan bertulis MOE, kali terakhir MOE mengadakan

latihan dan lawatan ke sekolah-sekolah untuk memantau pelaksanaan sebutan baku ini adalah

pada tahun 1998. Pada tahun tersebut, sebanyak 30% sekolah menengah terlibat dalam

program pemantauan dari Januari hingga Oktober. Selepas tahun tersebut, tiada lagi sebarang

pemantauan dilakukan. Dalam laporan yang diteliti, tidak pula dinyatakan sebab-sebab kenapa

pihak MOE tidak lagi menjalankan lawatan dan pemantauan tersebut. Terhentinya sistem

pemantauan ini juga seolah-olah memberikan gambaran kepada masyarakat terutamanya

guru-guru dan para pelajar di sekolah-sekolah bahawa kepentingan menggunakan sebutan

baku sudah makin berkurangan.

59

Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura amat jelas iaitu meneruskan

pelaksanaan sistem sebutan baku ini di sekolah-sekolah kerana diyakini pelaksanaannya akan

membawa hasil yang diingini dalam jangka panjang. Pembakuan sistem sebutan ini akan

melengkapkan pembakuan bahasa di Singapura di samping membantu para pelajar khususnya

pelajar-pelajar yang kurang terdedah kepada penggunaan bahasa Melayu di rumah. Lagi pun,

sebutan baku ini baru sedekad dilaksanakan dan adalah wajar untuk memberikan ruang dan

peluang yang cukup kepada pelaksanaannya sebelum sebarang keputusan dibuat sama ada

untuk meneruskan inisiatif ini atau sebaliknya.

Dasar yang diambil oleh pemerintah Singapura ini dan kelebihan menggunakan

sebutan baku di sekolah-sekolah ditekankan oleh Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Kanan

Parlimen (Pendidikan ) merangkap Setiausaha Sumber Tenaga, semasa menjawab soalan Puan

Halimah Yaakob, seorang anggota parlimen, dalam sesi parlimen pada Mac 2004. Puan

Halimah Yaakob menanyakan tentang sebab-sebab perlunya menggunakan sistem sebutan

baku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Menurut Encik Hawazi, penggunaan sebutan baku merupakan langkah yang wajar

dan sistematik kerana seperti masyarakat lain di Singapura, semakin ramai orang Melayu

menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Oleh sebab setiap abjad vowel atau konsonen ini

hanya memiliki satu bunyi yang dikaitkan dengannya sahaja, sistem ini lebih konsisten dari

segi bunyi dan huruf. Konsistensi ini memudahkan pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar

yang kurang terdedah kepada Bahasa Melayu di rumah, termasuk golongan bukan Melayu

32

yang mengambil Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

32. Berita Harian, Mac 2004. Sebutan Baku Bantu Murid Melayu, dalam Parlimen,

Singapore Press Holdings, hlm 8.

60

Selain itu, manfaat pembakuan ini juga perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas

khususnya kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama rantau ini dan hubungan

Singapura dengan jiran-jirannya. Pemantapan dan pembakuan sistem Bahasa Melayu tentulah

memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan Singapura dengan negara

jiran di Nusantara yang majoriti penduduknya sebanyak 263 juta orang berbahasa

Melayu/Indonesia.

Walaupun wujud kebimbangan dan keprihatinan seperti yang dinyatakan dalam

perenggan yang lebih awal, sejauh ini ( sehingga kajian ini dijalankan ) tidak ada kajian atau

tinjauan menyeluruh yang dilakukan oleh MOE atau mana-mana pihak untuk mengukur

keberkesanan pelaksanaan sistem sebutan baku khususnya di sekolah-sekolah. Tinjauan dan

penilaian yang berterusan perlu dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan keprihatianan

pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah. Hasil daripada penilaian yang dilakukan dapat

memberikan lapor balik dan panduan kepada pihak tertentu khususnya pihak MOE untuk

membuat keputusan mengenai pelaksanaannya dan bentuk tindakan susulan yang harus

diambil.

Oleh sebab selama ini tiada kajian atau penilaian yang dijalankan mengenai inisiatif

MOE tersebut walaupun terdapat beberapa kebimbangan dan keprihatinan, pengkaji memilih

untuk melakukan satu kajian mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah

untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:

mengetahui sejauh mana pelajar mampu bertutur menggunakan sebutan baku

dengan baik dalam pembelajaran Bahasa Melayu

61

meninjau pelaksanaannya dalam bilik darjah khususnya peranan guru sebagai

model penutur atau penutur contoh dan pengembang bahasa

mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan pelaksanaannya seperti

peranan dan sokongan MOE, sekolah-sekolah dan ibu bapa

mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru

mengemukakan saranan-saranan bagi usaha-usaha berterusan yang boleh

dilakukan untuk meningkatkan dan menyokong pelaksaannnya secara total.

Walaupun demikian, kajian ini hanya melibatkan tinjauan dan kajian di sekolah-

sekolah menengah. Oleh itu kajian ini hanya berupaya menghasilkan gambaran pelaksanaan

sebutan baku di sekolah-sekolah menengah sahaja. Untuk mengetahui gambaran yang lebih

luas dan menyeluruh, kajian di semua peringkat sekolah iaitu, peringkat rendah, menengah

dan maktab rendah/institut pusat haruslah dijalankan.

3.7.2 Maklumat Sampel

Tinjauan yang dijalankan ini melibatkan sejumlah 300 pelajar menengah 3, dan 76

guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah. Kumpulan pelajar ini terdiri

daripada 44.7% pelajar perempuan dan 55.3%% pelajar lelaki. Berdasarkan jumlah ini,

sebanyak 202 atau 67.3% adalah pelajar-pelajar Melayu dan 98 atau 32.7% pelajar-pelajar

bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa kedua (57.2%) atau ketiga

(42.8%). Kesemua pelajar Melayu dan 57.2% pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa

Melayu sebagai bahasa kedua telah melalui pembelajaran bahasa Melayu dalam sebutan baku

selama hampir 9 tahun sejak di peringkat sekolah rendah. Kumpulan pelajar menengah tiga ini

dipilih kerana diyakini bahawa pengalaman belajar Bahasa Melayu selama 9 tahun sudah

62

cukup untuk melihat kesan sebutan baku ke atas kebolehan berbahasa pelajar khususnya

dalam aspek ejaan, bacaan dan pertuturan.

Sebanyak 42.8% pelajar bukan Melayu yang mengambil bahasa Melayu sebagai

bahasa ketiga adalah pelajar-pelajar cemerlang 10 peratusan terbaik dalam PSLE. Semasa

kajian ini dijalankan, mereka sudah melalui pembelajaran bahasa Melayu selama tiga tahun

sejak di peringkat sekolah menengah satu. Mereka dipilih bagi kajian ini kerana pengkaji

ingin meninjau sama ada sebutan baku memainkan peranan yang positif ke atas pemerolehan

bahasa kumpulan pelajar cemerlang ini. Yang berikut ialah profil para pelajar yang terlibat

dalam kajian ini:

Jadual 1: Pelajar Mengikut Jantina dan Bangsa

Jantina Melayu Cina India Bangsa Lain

Lelaki 115 28 9 14

Perempuan 87 22 13 12

Jumlah (100%) 202 (67.3%) 50 (16.7%) 22 (7.3%) 26 (8.7%)

Seperti yang tertera dalam Jadual 1 di atas, pelajar yang mengambil bahagian terdiri

daripada pelajar Melayu 67.3%, pelajar Cina 16.7%, pelajar India 7.3% dan pelajar yang

berbangsa lain membentuk 8.7%. Ini juga menggambarkan bahawa subjek bahasa Melayu

bukan sahaja dipelajari oleh pelajar-pelajar Melayu bahkan juga pelajar-pelajar bukan Melayu.

Seramai 76 guru yang terlibat dalam kajian ini merupakan guru-guru Bahasa Melayu

yang mengajar di peringkat sekolah menengah daripada 26 buah sekolah. Mereka terdiri

daripada 52 ( 68.4%) guru wanita dan 24 ( 31.6%) guru lelaki. Jumlah guru yang terlibat ini

63

mewakili 20.8% kesemua guru Bahasa Melayu sebanyak 365 orang yang mengajar di

sekolah-sekolah menengah (semasa tinjauan ini dijalankan) di seluruh Singapura. Perbezaan

antara jumlah guru wanita dan lelaki yang terlibat juga menggambarkan trend tenaga guru di

sekolah-sekolah iaitu terdapat lebih ramai kaum wanita yang bertugas sebagai pendidik

daripada kaum lelaki. Guru-guru yang dipilih ini juga mempunyai pengalaman mengajarkan

Bahasa Melayu yang berbeza-beza dan ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang

menyeluruh mengenai peranan dan keprihatinan guru-guru ini dalam melaksanakan sebutan

baku di sekolah.

3.7.3 Kaedah Kajian

Sebelum data bagi kajian ini didapatkan, prosedur yang berikut telah dilakukan:

a. Kebenaran bertulis daripada pihak MOE diperoleh untuk menjalankan soal selidik

di sekolah-sekolah menengah dan menggunakan data yang dikumpulkan dalam

kajian ini.

b. Setelah diberi pengesahan, kebenaran daripada pengetua sekolah yang telah dipilih

juga didapatkan. Masa dan tarikh bagi menjalankan soal selidik ini juga

dibincangkan dengan pihak sekolah.

c. Pengkaji seterusnya menghubungi dan bertemu ketua subjek Bahasa Melayu

sekolah-sekolah berkenaan untuk menerangkan prosedur soal selidik ini,

menetapkan jumlah pelajar yang akan terlibat dan masa bagi mendapatkan semula

borang soal selidik yang telah dilengkapkan.

d. Soal selidik ini dijalankan oleh ketua subjek bahasa Melayu sebelum dan selepas

peperiksaan akhir sekolah berlangsung.

64

e. Bagi borang soal selidik para guru, pengkaji hanya menghubungi ketua subjek

sekolah yang dipilih dan menerangkan soal selidik ini melalui telefon. Borang soal

selidik kemudian dihantar kepada guru-guru ini melalui pos. Borang yang telah

dilengkapkan dikembalikan semula oleh para guru melalui pos menggunakan

sampul surat bersetem yang disediakan.

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua: soal selidik

33

untuk para pelajar dan soal selidik untuk para guru. Secara keseluruhannya, borang soal

selidik ini terbahagi kepada dua jenis soalan, iaitu soalan yang memerlukan responden

mengisi tempat kosong dan menandakan dengan tanda () menggunakan skala Likert bagi

kenyataan yang dipersetujui mengenai item yang diberikan. Soalan jenis kedua ialah soalan

jenis terbuka. Ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada para responden untuk

mengemukakan perasaan dan respons-respons lain yang tidak dapat dikemukakan dalam

soalan jenis pertama. Oleh sebab soalan jenis terbuka ini tidak menghadkan jawapan seperti

soalan jenis tertutup, maka para responden boleh memberikan respons dengan bebas setelah

mereka memahami tujuan soalan yang dikemukakan. Mengenai jenis soalan terbuka ini,

Oppenhiem berpendapat bahawa mereka boleh membiarkan pemikiran mereka bebas tanpa

34

dibebani oleh satu set jawapan yang telah disediakan.

Borang soal selidik yang disediakan bagi para pelajar terbahagi kepada tiga bahagian.

Bahagian A (soalan 1-5) ialah mengenai latar belakang pelajar yang merangkumi bangsa,

33 . Lihat Lampiran 2 dan 3 bagi contoh borang soal selidik yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-

sekolah menengah di Singapura.

34. Oppenheim, A.N. 1992. Questionaire Design, Interviewingg and Attitude

Measurement, London, Printer Publisher, hlm 112. Tukilan asal dalam bahasa

Inggeris ialah they can let their thoughts roam freely unencumered by a prepared set

of replies.

65

bahasa utama yang digunakan dan kekerapan menggunakan bahasa Melayu apabila

berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah, kawan-kawan dan guru-guru di sekolah.

Bahagian B (soalan 6-29) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Aspek

yang dikemukakan termasuklah sama ada sebutan baku membantu mereka dalam

pembelajaran bahasa Melayu, keupayaan mereka bertutur dengan menggunakan sebutan baku,

penggunaan sebutan baku dalam bilik darjah, peranan guru, ibu bapa dan media massa serta

bantuan yang diperoleh jika mereka menghadapi masalah dalam sebutan. Bahagian C (soalan

30-31) merupakan soalan terbuka yang menggalakkan para pelajar memberikan komen dan

saranan. Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada para pelajar mengahadapi

masalah dan jenis masalah yang dihadapi dan bagaimana pada pendapat mereka, sekolah

boleh membantu mereka menggunakan sebutan baku dengan lebih baik.

Soal selidik bagi para guru pula terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A (soalan

1-6) mengenai latar belakang guru yang antara lain termasuk jangka masa mengajar, sama ada

mereka sudah menghadiri seminar atau bengkel dan informasi yang diperoleh oleh mereka

mengenai sebutan baku ini. Bahagian B (soalan 7-24) menyentuh tentang pelaksanaan sebutan

baku di sekolah yang merangkumi pelaksaannya dalam bilik darjah, bahan-bahan yang

digunakan, sokongan yang diberikan oleh MOE dan sekolah. Bahagian C (soalan 25-30) pula

bertujuan untuk mengukur pencapaian pelaksanaan ini dari segi objektif dan juga penguasaan

pelajar dalam menggunakan sebutan baku dalam pembelajaran dan aktiviti Bahasa Melayu

yang dijalankan. Bahagian D (soalan 31-32) pula mengemukakan dua soalan bagi

mendapatkan komen dan saranan para guru mengenai hambatan yang dihadapi dan juga

peranan lebih aktif yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti MOE, sekolah,

ibu-bapa, media massa dan pertubuhan setempat seperti MBMS, KGMS, dan PGBM.

66

Selain soal selidik, sukatan pelajaran dan buku teks bagi sekolah menengah juga

dirujuk untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pelaksanaan sistem sebutan

baku ini.

3.7.4 Dapatan Kajian

Berdasarkan analisis data yang diperoleh, beberapa hal dan rumusan dapat dibuat

tentang aspek yang dikaji. Data yang diperoleh melalui soal selidik ini akan dibincangkan

berdasarkan bahagian-bahagian berikut:

3.7.4.1 Latar Belakang Responden

3.7.4.1.1 Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar

Jadual 2: Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar

Melayu

Bahasa pertuturan utama Melayu Inggeris MandarinTamil Bahasa

yang digunakan Lain

Dengan keluarga di rumah 159 43 0 0 0

( 78.7%) (21.3%) (0%) (0%) (0%)

Dengan kawan-kawan 138 63 0 0 1

(68.3%) (31.2%) (0%) (0%) (0.5%)

Kajian yang dijalankan ( Jadual 2 ) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar

Melayu ( 78.7%) menggunakan bahasa Melayu di rumah. Walaupun demikian terdapat trend

atau kecenderungan dalam kalangan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris ( 21.3%)

ketika mereka berkomunikasi dengan keluarga. Para pelajar juga lebih selesa menggunakan

bahasa Inggeris bila berhubungan dengan kawan-kawan ( 31.2% ) dan jumlah yang

67

menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan berkurangan

( 68.3%) berbanding dengan keluarga di rumah.

Bagi pelajar-pelajar bukan Melayu pula (Jadual 3), mereka menggunakan lebih banyak

bahasa Inggeris di rumah (54.1%) dan dengan kawan-kawan (73.75%) jika dibandingkan

dengan bahasa Melayu , Mandarin dan bahasa lain. Hanya 27.5% pelajar yang bertutur bahasa

Melayu di rumah dan 20.4% dengan kawan-kawan.

Jadual 3: Bahasa Pertuturan Utama yang Digunakan oleh Pelajar Bukan

Melayu

Bahasa pertuturan utama Melayu Inggeris MandarinTamil Bahasa

yang digunakan Lain

Dengan keluarga di rumah 27 53 5 0 13

( 27.5%) (54.1%) (5.1%) (0%) (13.3%)

Dengan kawan-kawan 20 72 0 0 6

(20.4%) (73.5%) (0%) (0%) (6.1%)

3.7.4.1.2 Kekerapan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Para Pelajar

Secara keseluruhan, berdasarkan kekerapan (Jadual 4) hanya 35.4% pelajar selalu

menggunakan bahasa Melayu dengan keluarga, kawan-kawan dan dengan guru di sekolah.

Sebanyak 58.7% hanya menggunakannya bahasa Melayu secara kadang-kadang dan sekali-

sekala sahaja ketika berkomunikasi. Bakinya sebanyak 5.9% pula tidak pernah menggunakan

bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan juga guru mereka

di sekolah. Dapatlah diandaikan bahawa penggunaan bahasa Melayu di sekolah mungkin

hanya berlaku di dalam bilik darjah khususnya semasa kelas bahasa Melayu.

68

Jadual 4: Gambaran Keseluruhan Penggunaan Bahasa Melayu dalam

Kalangan Pelajar

Penggunaan Bahasa Selalu Kadang-kadang Sekali-sekala Tidak Pernah

Melayu

Dengan keluarga 49.3% 30.6% 9.5% 10.6%

di rumah ( 100%)

Dengan kawan-kawan 39.3% 41.6% 16.3% 2.8%

di sekolah (100%)

Dengan guru di sekolah 17.6% 44.3% 33.8% 4.3%

(100%)

Jumlah Purata (100 %) 35.4% 38.8% 19.9% 5.9%

3.7.4.1.3 Pengalaman Guru Mengajar Mengikut Tahun

Rajah 1 di bawah ini menunjukkan bahawa sebanyak 34.2% guru yang terlibat dalam

kajian ini mempunyai pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun, 17.9% mempunyai

pengalaman selama 5 hingga 10 tahun, 14.5% selama 10 hingga 15 tahun dan 31.6% sudah

mengajar selama 20 tahun atau lebih. Bolehlah disimpulkan bahawa hanya 46.1% guru yang

mempunyai pengalaman mengajar lebih sepuluh tahun keatas merupakan guru-guru printis

yang melalui proses pelaksanaan sebutan baku sejak awal pelaksanaannya di sekolah-sekolah.

Sebanyak 53.9% guru yang mengajar kurang daripada 10 tahun merupakan guru-guru yang

mengajar setelah sistem sebutan baku itu dilaksanakan di sekolah-sekolah.

69

Rajah 1: Pengalaman Mengajar Mengikut Tahun

%

35

30

25

20

15

10

5

0

1-5 thn5-10 thn15-20 thn20 thn atau lebih

Tahun

3.7.4.2 Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku dalam Bilik Darjah dan Peranan Guru

Sebagai Model Penutur

Kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar diwajibkan oleh pihak sekolah

menggunakan sebutan baku semasa kelas Bahasa Melayu. Walaupun demikian, hanya 60.3%

pelajar sahaja yang menggunakannya semasa pembelajaran bahasa Melayu. Jumlah ini

mungkin bersebab daripada sikap dan kebiasaan para pelajar yang sudah biasa dengan sebutan

Johor-Riau dan juga mereka yang menghadapi kesukaran menguasai bahasa Melayu terutama

pelajar-pelajar bukan Melayu. Pelajar yang enggan menggunakan sebutan baku dalam kelas

mungkin kurang faham dan kurang yakin akan faedah menggunakan sebutan baku terhadap

penguasaan bahasa mereka. Keadaan ini ditambah pula oleh sikap guru semasa mengajar.

Seramai 79.3% pelajar mengatakan bahawa guru mereka akan membetulkan sebutan baku

pelajar apabila pelajar membuat kesalahan dalam sebutan dan 70% mengatakan guru mereka

memberikan mereka galakan. Ini bermakna terdapat 21%-30% guru yang gagal melaksanakan

70

tugas bagi pelaksanaan sebutan baku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

seperti yang disarankan oleh pihak kementerian.

Dapatan ini dikuatkan lagi oleh pengakuan yang dibuat oleh para guru sendiri yang

terlibat dalam kajian ini. Walaupun seramai 96% guru bersetuju bahawa guru merupakan

contoh atau model yang baik bagi menggalakkan penggunaan sebutan baku di kalangan

pelajar, hanya 69.7% yang menggunakan sebutan baku dalam pengajaran mereka. Peri

pentingnya peranan guru sebagai model penutur bahasa Melayu telah ditekankan oleh Encik

Sidek Saniff dalam ucapan rasmi Majlis Pembukaaan Seminar Sebutan Baku 1992 yang

dianjurkan untuk para guru Bahasa Melayu. Beliau mengatakan, Peranan guru bahasa di

mana-mana sekolah bukanlah setakat mengajarkan bahasa di dalam bilik darjah sahaja tetapi

juga dalam pengurusan aktiviti sesebuah sekolah. Ia akan menjadi contoh yang boleh

diteladani dari segi pertuturan dan perlakuan bahasanya. Sebagai model, guru bahasa itu

hendaklah menunjukkan tahap keterampilan berbahasa yang tinggi. Dalam perkembangan

pendidikan kini, guru hendaklah mengamalkan budaya ilmu, budaya membaca dan

mendukung falsafah pendidikan sepanjang hayat; setidak-tidaknya meninggikan taraf

pengetahuan dan penggunaan bahasanya. Keterampilan seseorang guru inilah yang akan

35

diteladi oleh pelajar-pelajarnya.

Tahap penglibatan dan sokongan para guru yang kurang komited mungkin berpunca

daripada longgarnya pengawasan dan pemantauan oleh pihak MOE yang bertanggungjawab

memastikan pelaksanaan sebutan baku di sekolah. Sejak tahun 1999, MOE tidak lagi

35. Sidek Saniff, 1992. Ucapan Haji Sidek saniff, Menteri Negara (Pendidikan )

untuk Majlis Pembukaan Rasmi, Seminar Sebutan Baku Anjuran Kementerian

Pendidikan Singapura, pada 8-10 September 1992, Di Pusat Islam, Singapura,

dalam Sekata, Jurnal Pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 10, Bilangan 2,

Singapura, MITA, hlm 12.

71

memantau penggunaan sebutan baku di sekolah-sekolah secara sistematik seperti mana yang

dilakukan semasa tahun-tahun pertama pelaksanaannya. (Sila lihat halaman 67-68 bagi

perbincangan mengenainya). Keghairahan MOE yang agak menurun ini juga menyebabkan

para guru terutamanya guru-guru yang baru mengajar, mempunyai tanggapan bahawa

kepentingan pelaksanaan sistem sebutan baku ini berkurangan dan oleh sebab itu mereka

mengambil sikap sambil lewa dalam pelaksanaannya.

Guru-guru yang tidak melaksanakan sebutan baku dalam bilik darjah ini mungkin

terdiri daripada golongan guru-guru baharu. Dalam kajian ini, guru-guru yang baru bertugas

antara 1-5 tahun membentuk 34.2% jumlah responden. Kebanyakan guru-guru baharu tidak

menjalani kursus khas sebutan baku bagi guru Bahasa Melayu yang biasanya dikelolakan oleh

pihak MOE. Pihak MOE sudah tidak lagi menjalankan bengkel atau kursus sebutan baku ini

sejak tahun 1999. Guru-guru yang mengajar tanpa menjalani kursus ini mungkin berasa

kurang yakin dan kurang berpengetahuan serta kurang memahami peranan mereka dan

objektif pelaksanaan sebutan baku dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Keadaan ini sudah

tentu tidak mendorong atau menghambat para guru menggunakan sebutan baku dalam

pengajaran mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan, hanya 36% guru yang tahu

menggunakan sebutan baku daripada bengkel yang dihadiri oleh mereka, selebihnya daripada

kawan-kawan (11%), bahan rujukan (36%) NIE dan media massa (18%). Oleh itu, persediaan

yang kurang rapi boleh menjejaskan usaha para guru untuk turut serta dalam pelaksanaan ini

secara aktif dan efektif.

Tambahan lagi, beberapa orang guru yang ditinjau mengaku bahawa mereka sendiri

sukar untuk menggunakan sebutan baku kerana sudah terbiasa dengan loghat Johor-Riau.

Walaupun jumlahnya kecil, kalau dibiarkan, ini sudah cukup untuk menghambat pencapaian

72

penggunaan sebutan baku sebagaimana yang diharapkan. Keadaan ini diburukkan lagi

dengan masalah kekurangan guru bahasa Melayu di sekolah menengah dan untuk menutup

kekurangan ini, sekolah-sekolah akan mengambil guru gantian (relief teacher) yang

kebanyakannya tidak menjalani latihan perguruan. Guru-guru ini tidak berupaya untuk

melaksanakan tugas sebagaimana guru yang bertauliah. Oleh itu, dalam sesetengah kes, aspek

kesinambungan penggunaan sebutan baku ini mungkin terjejas. Walau apa pun keadaannya,

seseorang guru itu haruslah menunjukkan kesungguhan mereka dan berusaha untuk

melakukan yang terbaik sesuai dengan peranannya sebagai penutur contoh dan pengembang

bahasa.

Berdasarkan penelitian terhadap sukatan pelajaran tahun 1993 dan 2002 bagi sekolah

menengah, didapati dasar penggunaan sebutan baku dalam pengajaran ini kurang ditekankan.

Dalam sukatan pelajaran baharu yang dikemas kini dan dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak

tahun 2002, matlamat program Bahasa Melayu mengatakan bahawa matlamat program ini

membolehkan pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan baku dalam konteks

36

komunikasi yang berfaedah dan bermakna. Walaupun difahami bahawa yang dimaksudkan

dengan bahasa baku itu termasuk juga aspek sebutan, tetapi memandangkan usia pelaksanaan

sebutan baku ini masih muda, adalah wajar dinyatakan matlamat tersebut dengan jelas agar

para guru terutamanya guru-guru baharu dapat memahami matlamat pelaksanaan sebutan

baku dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Kesamaran ini pula diteguhkan

dengan objektif pengajaran kemahiran bertutur yang tertera pada halaman 6 sukatan tersebut.

Objektif ini berbunyi, Pelajar diharapkan dapat bercakap atau bertutur dengan sebutan yang

36. Jabatan Pegembangan dan Pembangunan Kurikulum, MOE, 2002. Sukatan

Pelajaran bagi Sekolah Menengah, Singapura, MOE, hlm 5.

73

37

terang, jelas dan dapat didengar. Soal tentang perlunya pelajar bertutur dengan

menggunakan sebutan baku tidak dicatatkan dengan jelas dalam sukatan pelajaran Bahasa

Melayu.

3.7.4.3 Keberkesanan dan Pencapaian Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di Sekolah-sekolah

Kajian yang dijalankan ini mendedahkan bahawa secara keseluruhan, sebanyak 77.6%

pelajar mengatakan bahawa sebutan baku penting bagi mereka mempelajari Bahasa Melayu.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa 88.3% pelajar mendapati bahawa sebutan baku

membantu mereka dalam bacaan dan ejaan dan sekali gus membantu mereka mempelajari

Bahasa Melayu dengan lebih mudah. Namun, peratus pelajar bukan Melayu yang mendapati

bahawa sebutan baku membantu mereka dalam pembelajaran lebih tinggi daripada pelajar

Melayu. Sebanyak 82.7% berpendapat sebutan baku membantu mereka dalam bacaan dan

ejaan dan 74.5% bersetuju bahawa sebutan baku membantu mereka mempelajari bahasa

dengan lebih mudah berbanding dengan pelajar Melayu sebanyak 61.3% dan 50.3% bagi

perkara yang sama. Keadaan ini mungkin disebabkan aspek pendedahan dan pengalaman

yang dilalui oleh kedua-dua kumpulan ini. Bagi kebanyakan pelajar Melayu, mereka terdedah

kepada penggunaan bahasa Melayu semenjak kecil lagi khususnya semasa berkomunikasi

dengan ahli keluarga dan kawan-kawan di luar sekolah. Walaupun mereka menggunakan

loghat Johor-Riau di luar waktu sekolah, penukaran sebutan kepada sebutan baku tidak

banyak memberikan kesan khususnya dalam bacaan dan maksud perkataan yang telah

dipelajari oleh mereka. Tetapi pelajar-pelajar bukan Melayu, sebahagian besarnya hanya

terdedah kepada bahasa Melayu apabila mereka memasuki sekolah rendah bagi pelajar-pelajar

yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan sekolah menengah bagi pelajar-

37. Ibid., hlm 6.

74

pelajar yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Sebutan baku yang berbentuk

fonemik ini boleh membantu mereka dalam bacaan dan ejaan.

Dapatan yang diperoleh daripada respons yang diberikan oleh para guru juga

menunjukkan bahawa sebanyak 77.6% guru berpendapat bahawa secara keseluruhan,

pelaksanaan dan pendekatan sebutan baku di sekolah-sekolah menepati objektif

pelaksanaannya. Sebanyak 92.1% pula bersetuju bahawa sebutan baku membantu pelajar

dalam bacaan dan ejaan. Hal ini berdasarkan penglibatana pelajar dalam kelas subjek Bahasa

Melayu yang dijalankan selama 3.75 jam dalam seminggu. Selanjutnya 78.9% guru

mengatakan pelajar-pelajar mereka menunjukkan kelakonan yang baik dalam ujian peringkat

sekolah yang menguji kecekapan mereka menggunakan sebutan baku dalam bacaan dan ujian

lisan.

Keadaan ini tentulah disebabkan oleh kelebihan menggunakan sebutan baku yang

berdasarkan prinsip fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili satu fonem dan mestilah

dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri. Ini bermaksud, kata-kata hendaklah

dieja sebagaimana yang diucapkan dan diucapkan sebagaimana yang dieja. Sebutan mengikut

prinsip fonemik ini memudahkan para pelajar kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini

boleh mengelakkan kekeliruan dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak

mengikut fonemik atau yang salah akan hanya mengelirukan para pelajar kerana kesalahan

dalam sebutan akan memberikan kelainan maksud dan ejaan. Tegasnya, sistem fonemik ini

memberikan ketekalan antara huruf dan bunyi. Ketekalan ini memudahkan pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar Melayu yang kurang terdedah kepada bahasa

Melayu di rumah, termasuk pelajar bukan Melayu yang mengambil Bahasa Melayu sebagai

bahasa kedua atau ketiga.

75

Kelebihan menggunakan sistem sebutan baku dalam pembelajaran Bahasa Melayu ada

disentuh oleh Asraf dalam rencananya yang bertajuk Sebutan Baku Bahasa Melayu

Berdasarkan Prinsip Fomenik (1986). Menurut beliau, sebutan baku menurut prinsip

fonemik dapat memudahkan guru mengajar dan murid belajar mengucapkan bahasa Melayu

dengan tidak lagi dibingungkan oleh kecualian-kecualian yang berbagai-bagai, misalnya ada

kata-kata yang disebut menurut fonetik Riau-Johor, ada yang disebut menurut bunyi fonetik

Inggeris seperti *indastri, *jenerasi dan *yunit untuk industri,

38

generasi dan unit dan ada yang menurut sebagaimana yang dieja secara fonemik.

Berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh MOE di sekolah-sekolah, secara keseluruhan

didapati sebanyak 78% (1997) dan 92% (1998) pelajar-pelajar dapat menggunakan sebutan

39

baku dengan baik dan selesa. Pelajar-pelajar juga bersetuju bahawa menggunakan sebutan

baku lebih mudah kerana sebutan bagi perkataan berdasarkan fonem.

3.7.4.4 Faktor-faktor yang Berkaitan dengan Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku

Pelaksanaan sebutan baku ini juga perlu ditinjau dari aspek-aspek sokongan yang

dapat melicinkan pelaksanaannya ini. Antara faktor yang mendorong pelaksanaan ini ialah

peranan MOE, sekolah dan ibu bapa. Berikut ialah dapatan yang diperoleh mengenai

sokongan dan peranan MOE:

38. Asraf, 1986. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, dalam

Sekata, Jurnal pengembangan dan Pengajaran Bahasa, Jilid 2 Bilangan 2,

Singapura, MITA, Hlm 25.

39. Lihat Jabatan Pengembangan dan Pembangunan Kurikulum, 1997 dan 1998. Laporan

Pemantauan Mengenai Penggunaan Sebutan Baku dlam Program Pengajaran

BahasaMelayu di Sekolah-sekolah, Singapura, MOE.

76

Jadual 5: Peranan MOE dalam Menyokong Pelaksanaan Sistem Sebutan Baku di

Sekolah-sekolah

No Item Peratusan

1 Bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh MOE 84.2%

memenuhi keperluan pelaksanaan sebutan baku.

2 Bahan-bahan yang disediakan bagi menyokong 71.1%

pelaksanaan sebutan baku berkesan.

3 Latihan dan program yang dijalankan oleh MOE 77.6%

membantu pelaksanaan sebutan baku.

4 Latihan dan program yang dijalankan oleh MOE bagi 53.9%

membantu pelaksanaan sebutan baku mencukupi.

Secara keseluruhan, terdapat sokongan yang positif oleh pihak MOE bagi pelaksanaan

sebutan baku dalam bentuk penyediaan bahan-bahan pengajaran dan latihan. Namun, usaha

dan sokongan MOE masih berkurangan terutamanya dari segi latihan para guru sepertimana

yang tertera dalam jadual di atas. Berdasarkan tinjauan dalam Jadual 5 , hanya 53.9% guru

menyatakan latihan dan program yang dijalankan oleh MOE bagi membantu pelaksanaan

sebutan baku mencukupi dan 77.6% pula mendapati latihan dan program yang dijalankan oleh

MOE membantu pelaksanaan sebutan baku. Begitu juga, walaupun 84.2% guru bersetuju

bahawa bahan-bahan pengajaran yang disediakan oleh MOE memenuhi keperluan

pelaksanaan sebutan baku tetapi hanya 71.1% guru mendapati bahan-bahan yang disediakan

bagi menyokong pelaksanaan sebutan baku berkesan.

Pandangan tentang latihan ini mungkin kerana tiadanya latihan intensif yang

dijalankan oleh MOE sejak tahun 1999 sebagaimana yang telah diterangkan dalam halaman

yang terdahulu. Guru-guru yang tidak dilatih ini akan menggunakan bahan pengajaran yang

disediakan berdasarkan apa yang diketahui oleh mereka dan bukan berdasarkan bagaimana

bahan itu harus digunakan dalam pengajaran. Begitu juga, bahan pengajaran baharu yang

77

dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang baharu yang mula digunakan di sekolah-sekolah

pada tahun 2002 tidak memuatkan komponen pengajaran sebutan baku seperti yang terdapat

dalam buku teks yang lalu. Oleh yang demikian, para guru terutamanya guru-guru baharu

menghadapi kesukaran kerana mereka tidak mempunyai model atau sampel pelajaran yang

boleh dicontohi dan digunakan. Hal ini disokong oleh pengakuan para guru sebanyak 22.4%

dalam kajian ini bahawa mereka menghadapi masalah dalam melaksanakan sebutan baku di

sekolah. Oleh sebab bahan-bahan pengajaran dan latihan ini merupakan wadah bagi para guru

bagi menjalankan tugas mereka dengan yakin dan efektif, adalah wajar hal ini diberikan

perhatian. Latihan dan bahan-bahan pengajaran yang disediakan haruslah disemak semula

untuk mempertingkatkan bukan sahaja jumlah, mutu dan kepelbagaian bahkan

keberkesanannya terutamanya dalam menyokong pelaksanaan sebutan baku dalam

pembelajaran Bahasa Melayu.

Mengenai sokongan pihak sekolah, kajian mendapati bahawa walaupun 81.6% sekolah

menyediakan sekitaran seperti prasarana yang menggalakkan bagi pelaksanaan sebutan baku,

hanya 53.1% sekolah sahaja yang merancang aktiviti bagi menyokong pelaksanaan sebutan

baku di sekolah. Oleh yang demikian, hanya 62.7% pelajar yang akur bahawa aktiviti bahasa

yang dijalankan di sekolah-sekolah memberikan peluang dan seterusnya membantu mereka

menggunakan sebutan baku. Kekurangan ini diakui oleh guru atas sebab faktor masa

kurikulum yang terhad iaitu hanya 3.75 jam seminggu berbanding dengan sukatan yang harus

dijalankan bagi setiap peringkat. Ada kalanya tugas guru menjadi lebih berat kerana mereka

terpaksa mengajar semua peringkat dari peringkat menengah satu hingga menengah lima

terutamanya di sekolah-sekolah bantuan pemerintah. Hal ini merumitkan lagi tugas guru

untuk menyediakan pelbagai pengajaran bagi memenuhi pelbagai peringkat dan keperluan

pelajar yang berbeza-beza.

78

Seperti yang telah dicatatkan lebih awal, secara keseluruhan terdapat pencapaian yang

menggalakkan dalam penguasaan sebutan baku dalam kalangan para pelajar. Pencapaian ini

boleh ditingkatkan dan pengunaannya dapat diluaskan jika terdapat penglibatan para ibu bapa

yang lebih aktif. Berdasarkan dapatan, penglibatan para ibu bapa dalam pelaksanaan sebutan

baku ini agak kurang memuaskan. Pada keseluruhannya hanya 60% ibu bapa pelajar yang

sedar bahawa sebutan baku digunakan di sekolah-sekolah iaitu 61.3% ibu bapa pelajar Melayu

dan 74.9% ibu bapa pelajar bukan Melayu. Jumlah penglibatan ibu bapa lebih kecil dalam

memberikan galakan (44.7%) dan membantu (43.6%) anak-anak mereka meningkatkan

keupayaan mereka menggunakan sebutan baku. Hal ini juga mungkin berpunca daripada

kurangnya ilmu pengetahuan dalam aspek sebutan ini terutamanya dalam kalangan para ibu

bapa yang bukan berbangsa Melayu. Oleh itu, ibu bapa tidak berupaya melaksanakan tugas

yang lebih aktif bagi menyokong penguasaan bahasa para pelajar.

Pentingnya peranan dan penglibatan ibu bapa dalam pembangunan dan kemajuan

akademik anak-anak telah banyak dibentangkan melalui kajian yang dijalankan oleh para

40

sarjana, pendidik dan pengkaji bahasa. Ibu bapa, keluarga dan rumah lebih berpengaruh

daripada sekolah dalam membantu kemajuan dan pencapaian kanak-kanak seperti dalam

kemahiran membaca. Keterlibatan para ibu bapa dalam pembangunan dan pendidikan anak-

anak amat penting kerana ibu bapa dapat membentuk sikap dan jangkaan, bertindak sebagai

model dalam pembacaan, terlibat dalam aktiviti pembelajaran anak-anak dan mengajar anak-

anak secara sedar. Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam pembanguan dan kemajuan anak-

40 . Lihat: Gordon, Ira J., 1971. A Home Learning Center Approach to Early Stimulation,

Florida, Institute for Development of Human Resources: Alstyne, Dorothy, 1929.

The Environment of Three Year Old Children, New York, teachers College,

Colombia University: Hess, R. D. and Holloway S. D., 1984. Family and School as

Educational Institutions, dalam Oarke R.D. (ed), The Family, Hlm 179-222,

Chicago, University of Chicago Press: Lujan, Mary E., 1985. The Effect of Parent

Training on Preschool Literacy Development, Phd Disertation, New Mexico State

University, Las Cruces, New Mexico.

79

anak khususnya dalam pencapaian akademik bukanlah sedikit. Peranan ibu bapa ini akan lebih

efektif jika terdapat kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah

dimaklumi tentang inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agar ibu bapa dapat

memahami proses yang terlibat dan boleh bertindak sewajarnya.

3.7.4.5 Masalah yang Dihadapi

Bagi para guru, seperti yang dikatakan lebih awal, faktor masa dan tugas yang amat

berat menjadi kendala bagi para guru melaksanakan bukan sahaja aktiviti bahasa di luar bilik

darjah yang menyokong pelaksanaan sebutan baku tetapi juga menyelesaikan sukatan yang

telah ditentukan pada setiap peringkat. Masalah ini pula ditambah dengan jumlah purata

pelajar setiap kelas yang agak tinggi. Berdasarkan kajian, purata jumlah pelajar setiap kelas

antara 21-30 pelajar ialah 39.5%, sementara antara 30-40 pelajar ialah 22.6%. Pelajar-pelajar

ini pula mempunyai tahap keupayaan bahasa yang berbeza-beza iaitu sangat berbeza sebanyak

50%, hanya sedikit berbeza 46% dan keupayaan setara sebanyak 4%. Faktor-faktor ini

tentulah merumitkan tugas guru kerana guru-guru terpaksa memenuhi keperluan pelajar-

pelajar yang berbeza-beza dengan tenaga dan masa yang terhad. Lagipun aspek sebutan ini

adalah merupakan salah satu perkara daripada banyak perkara yang perlu ditangani oleh guru-

guru. Selain itu, secara purata masa kurikulum yang diperuntukkan bagi subjek Bahasa

Melayu hanya 3.75 jam dalam seminggu. Jumlah masa ini merangkumi pengajaran dan

pembelajaran semua aspek bahasa iaitu tatabahasa, kefahaman dan karangan. Tidak ada

jumlah masa tertentu yang diperuntukkan untuk aktiviti bertutur, membaca lantang atau ejaan

di mana pelajar berpeluang mempraktikkan sebutan baku. Kesempatan menggunakan sebutan

baku ini berlaku ketika sesuatu pelajaran Bahasa Melayu dijalankan dalam kelas atau ketika

sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan bahasa Melayu dijalankan. Dengan perkataan lain,

80

sebutan baku tidak diajarkan secara berasingan tetapi merupakan sesuatu yang

digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai kemahiran bahasa.

Mengenai pengetahuan tentang sebutan baku pula, ada guru-guru yang berasa bahawa

mereka kurang terdedah kepada konsep dan dasar sebutan baku kerana mereka tidak

berpeluang menjalani latihan yang mencukupi. Keadaan ini menyukarkan mereka

melaksanakannya dengan berkesan dalam pengajaran.

Selain itu, guru-guru juga menghadapi kumpulan kecil pelajar yang enggan

menggunakan sebutan baku dalam kelas Bahasa Melayu, walaupun sudah ditegur. Hal ini

mungkin disebabkan para pelajar berkenaan tidak faham atau tidak dapat melihat kepentingan

menggunakan sebutan baku dalam pembelajaran bahasa Melayu. Pelajar-pelajar ini juga lebih

selesa bertutur dengan menggunakan loghat Johor-Riau. Kumpulan pelajar ini termasuklah

juga mereka yang bukan berbangsa Melayu yang memang sudah mempunyai masalah dalam

penguasaan bahasa Melayu. Keengganan para pelajar ini sudah tentu menjejas kelicinan

pembelajaran dan boleh menghambat pelaksanaan sebutan baku dalam jangka panjang.

Tentang bahan-bahan pengajaran pula, guru-guru menyatakan bahawa selain yang

dikeluarkan oleh pihak MOE, bahan-bahan pengajaran yang sesuai untuk aktiviti pertuturan

amat berkurangan. Bahan bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh pihak swasta atau di

Malaysia kebanyakannya tidak menggunakan sebutan baku selain latar belakang dan konteks

yang tidak menggambarkan suasana di Singapura.

Beberapa orang guru juga prihatin terhadap perkembangan yang berlaku di luar

sekolah. Mereka mendapati terdapat anggota masyarakat seperti pemimpin masyarakat yang

81

seharusnya menjadi penutur contoh masih tidak menggunakan sebutan baku walaupun dalam

situasi yang formal . Begitu juga, beberapa program televisyen setempat juga tidak

menggunakannya. Menurut para guru, hal ini menyukarkan lagi tugas mereka untuk

menyakinkan para pelajar tentang pentingnya sebutan baku digunakan. Seperti yang

dimaklumi, media massa memainkan peranan yang amat luas dalam kehidupan kita sehari-

hari. Tarikan atau pengaruh media amat kuat dan para pelajar lebih mudah terikut-ikut dengan

apa yang didengar dan dilihat oleh mereka melalui media massa. Oleh itu, beberapa

rancangan yang disiarkan melalui media massa hendaklah menggunakan sebutan baku kerana

ini boleh menjadi contoh dan juga boleh dijadikan bahan pengajaran oleh para guru.

Walaupun kedua-dua faktor ini iaitu anggota masyarakat dan media massa tidak ada kaitan

secara langsung dalam pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah, namun peranan dan

pengaruh yang boleh dimainkan oleh kedua-duanya amat penting bagi pelaksanaan apa jua

inisiatif termasuk inisiatif bahasa.

Kajian juga mendapati sebanyak 62.7% pelajar berupaya menggunakan sebutan baku

dengan baik, selebihnya sebanyak 37.2% masih menghadapi masalah. Antara masalah yang

dikenal pasti ialah penguasaan bahasa Melayu pelajar yang agak lemah. Masalah ini

menyebabkan pelajar kurang fasih dan kekok ketika berkomunikasi menggunakan sebutan

baku. Pelajar-pelajar berasa kurang selesa menggunakannya dan oleh itu mereka lebih

terdorong untuk menggunakan bahasa Inggeris ketika bertutur dan berinteraksi dengan teman-

teman sekalipun di dalam kelas Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar ini juga mempunyai peluang

yang agak terhad untuk menggunakan sebutan ini selain di dalam kelas Bahasa Melayu dan

aktiviti bahasa. Ada juga yang mengatakan bahawa teman-teman dan juga guru mereka tidak

mempraktikkan sebutan baku di dalam kelas, jadi mereka tidak nampak keperluan bagi

mereka menggunakannya.

82

3.8 Kesimpulan dan Saranan

Secara keseluruhan, pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah berjalan seperti

yang dirancang. Secara sedar terdapat usaha dan penglibatan yang bersungguh-sungguh dan

langkah-langkah yang menyokong pelaksanaannya yang dilakukan khususnya langkah yang

diambil oleh pihak MOE dan juga sekolah. Setelah lebih 10 tahun dilaksanakan, sudah

nampak pencapaian dalam aspek penguasaan sebutan baku jika dilihat dari tahap penguasaan

sebutan baku para pelajar dalam lingkungan aktiviti Bahasa Melayu dan pencapaian mereka

dalam peperiksaan lisan di peringkat sekolah. Walaupun demikian sepanjang pelaksanaannya,

terdapat beberapa kendala yang perlu ditangani bagi melancarkan lagi pelaksanaannya dan

mencapai hasil yang dinginkan. Masalah ini meliputi aspek pengurusan, pemantauan, tahap

kesedaran, tahap keyakinan, komitmen, dan faktor-faktor lain yang boleh memberikan kesan

secara langsung atau tidak langsung terhadap pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-

sekolah.

Pelaksanaan sebutan baku ini merupakan usaha yang agak rumit dan untuk jangka

panjang. Menurut Yatiman Yusof , matlamat sebutan baku ialah matlamat jangka panjang.

Pengalaman pada masa lalu semasa kita mahu menyeragamkan ejaan, tatabahasa

41

dan perbendaharaan kata menunjukkan bahawa usaha ini memakan masa. Oleh yang

demikian, penglibatan dan sokongan sepenuhnya dari semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung amat diperlukan. Semua pihak termasuk MOE, para pemimpin,

guru, pelajar, ibu bapa pelajar dan masyarakat umum perlu bekerja terus dan gigih dalam

melaksanakan proses pendidikan yang rumit ini untuk memastikan bahawa segala usaha yang

41. Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (MBMS), 1992. Resan dan Kesan

Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa 1992, Singapura, MITA, hlm 9.

83

membentuk proses bagi memasyarakatkan sebutan baku ini, akan menjadi proses yang

berkesan lagi sempurna bagi pengguna bahasa Melayu di sekolah-sekolah bahkan di mana

sahaja bahasa ini digunakan.

Begitu juga, setelah sedekad dilaksanakan, perlulah ditinjau dan dikaji pendekatan dan

kaedah yang digunakan bagi pelaksanaannya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

pendekatan dan kaedah tersebut. Kelemahan yang dikenal pasti haruslah ditangani secepat

mungkin termasuklah membuat penyesuaian yang perlu agar usaha awal yang dilakukan tidak

sia-sia.

Di bawah ini diturunkan beberapa saranan yang boleh dipertimbangkan bagi

merancakkan dan melicinkan pelaksanaan sistem sebutan baku di sekolah-sekolah.

Diharapkan saranan ini dapat menyumbang kepada hasrat untuk memenuhi objektif yang

diingini bagi pelaksanaan sistem sebutan baku ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

Sebagai badan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pelaksanaan sebutan

ini di sekolah-sekolah, MOE haruslah menyemak semula pendekatan dan usaha yang

dilakukan dan membuat beberapa perubahan dan penyesuaian. Antaranya ialah:

1. memastikan bahawa setiap sekolah dan guru Bahasa Melayu menyokong

pelaksanaannya di sekolah. Ini juga termasuklah pihak NIE kerana institut ini

bertanggungjawab memberikan latihan kepada semua guru Bahasa Melayu sebelum

mereka bertugas di sekolah. Sejak tahun 2004, institut ini juga bekerjasama dengan

Unit Staff Training Branch, MOE, bagi menyediakan latihan para guru Bahasa

84

Melayu kecuali latihan yang berkaitan langsung dengan penggunaan bahan dan

panduan ujian dan penilaian yang masih dikelolakan oleh Unit Bahasa Melayu, MOE.

Sokongan pihak sekolah dan NIE ini penting bagi memastikan adanya pendedahan,

penekanan dan kesinambungan usaha yang sedang dijalankan.

2. menjalankan pemantauan ke atas pelaksanaan sebutan baku di sekolah-sekolah dari

masa ke semasa. Pemantauan ini perlu untuk memastikan pelaksanaannya berjalan

lancar dan juga meninjau keberkesanaan dan keprihatinan yang dihadapi oleh para

guru dan pelajar. Langkah-langkah susulan haruslah dilaku