Upload
muhammad-adib
View
158
Download
5
Embed Size (px)
BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI DALAM SUBJEK
KEMAHIRAN HIDUP MAMPU MEMBERI KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN KEPADA
PELAJAR BERMASALAH DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA.
MUHAMMAD AZIZI BIN CHE RUSLI
Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat tuntutan tugasan kursus
Peyelidikan Ilmiah ( SHP 4133) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup
Jabatan Kemahiran Hidup
Fakulti Seni Dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
MAC 2010
PENGHARGAAN
Alhamdulillah , pertama sekali penyelidik melafazkan setinggi – tinggi rasa bersyukur yang tidak
terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga membolehkan
penulisan cadangan ini sampai ke noktah yang berakhir.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Prof Dr Yusuf Ibrahim selaku penyelia yang
banyak memabantu dan memberi tunjuk ajar serta penerangan yang jelas kepada penyelidik
dalam menulis cadangan kajian ini.
Seterusnya, penyelidik ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyelidik
yang telah memberi kerjasama dalam memberi tunjuk ajar kepada penyelidik dan penulisan ini
secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, penyelidik amat menghargai pengorbanan yang diberikan oleh kedua ibu bapa yang
tercinta kerana banyak memberi dorangan kepada penyelidik.
Semoga Allah menerima amal merestui kalian semua.
BAGAIMANAKAH KEBERKESANAN PENGAJARAN BERTERASKAN AMALI DALAM
SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP MAMPU MEMBERI KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN
KEPADA PELAJAR BERMASALAH DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BIASA.
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar bermasalah pelajaran mengenai
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian telah dijalankan beberapa buah sekolah menengah
harian biasa. Objektif kajian ialah, pertama Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kedua Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah
pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup.Ketiga Mengkaji
pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan seharian
pelajar bermasalah pembelajaran. Kaedah temubual digunakan dalam kajian ini untum
memperolehi data untuk dianalisis. Responden terdiri daripada pelajar yang berumur bermula
daripada 13 tahun sehingga 15 tahun sama ada lelaki mahupun perempuan. Responden dipilih
secara rawak bagi setiap sekolah yang dikaji. 4 orang responden dipilih untuk menjawab soalan
temubual yang dirangka oleh penyelidik.
ISI KANDUNGAN
BAB 1
1.1 PENGENALAN 1
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH 1
1.3 PENYATAAN MASALAH 3
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.5 PERSOALAN KAJIAN 3
1.6 HIPOTESIS KAJIAN 3
1.7 DEFINISI ISTILAH
1.7.1 AMALI 4
1.7.2 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP 4
1.7.3 KEFAHAMAN 4
1.7.4 PENGUASAN 4
1.7.5 PELAJAR BERMASALAH 4
1.8 RUMUSAN 5
BAB 2
2.1 PENGENALAN 6
2.2 KAJIAN LEPAS 6
2.3 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP 6
2.3.1 BAHAGIAN TERAS 7
2.3.2 BAHAGIAN ELEKTIF 7
2.4 PERANAN GURU DIDALAM PENGAJARAN AMALI 8
2.5 TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN 9
2.5.1 TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARNER 9
2.5.2 TEORI KONSTRUKTIVISME 10
2.6 RUMUSAN 11
BAB 3
3.1 PENGENALAN 12
3.2 REKABENTUK KAJIAN 12
3.2.1 FASA PERTAMA : PENGUMPULAN MAKLUMAT 12
3.2.2 FASA KEDUA : BANDING BEZA PENGAJARAN 13
SECARA TEORI DAN AMALI 13
3.2.3 FASA KETIGA : PENILAIAN 13
3.3 POPULASI KAJIAN 13
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 13
3.4.1 TEMUBUAL 14
3.4.2 PEMERHATIAN 14
3.5 ANALISI DATA 14
3.6 RUMUSAN 14
RUJUKAN
LAMPIRAN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat dititikberatkan dalam
sukatan pelajaran pendidikan teknik dan vokasional khususnya di dalam mata pelajaran
kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan amali mampu memberi kesan penguasaan kepada
pelajar secara umumnya. Namun demikian sebilangan besar pelajar sekolah didapati masih
belum menguasai sepenuhnya kemahiran amali di bengkel. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk
mengkaji keberkesanan pembelajaran berteraskan kemahiran amali bagi mata pelajaran
kemahiran hidup di kalangan pelajar sekolah di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian
ini, pensampelan adalah secara rawak yang dijalankan di sekolah menengah harian biasa,sekolah
yang dipilih adalah berdasarkan sekolah yang berhampiran dengan kediaman penyelidik.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Di dalam kajian ini, penyelidik membincangkan Program Integrasi bagi pelajar-pelajar
bermasalah. Maksud pelajar bermasalah disini adalah melibatkan pelajar yang lemah atau
bermasalah dari segi penerimaan pembelajaran yang belajar dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing. Pelajar yang bermasalah di dalam
pembelajaran boleh dikategorikan mengikut kebolehan fungsi kemahiran yang melibatkan
kebolehan kognitif iaitu kebolehan menekan pada proses dalaman mentel.Seterusnya melibatkan
kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan. Selain itu ianya juga melibatkan kebolehan –
kebolehan lain seperti penguasaan kemahiran membaca,penguasaan kemahiran mengikut
umurnya,pengurusan kemahiran berintraksi yang sesuai dan darjah peenerimaan mereka terhadap
sesuatu perkara.
Jika dilihat secara kasar, pelajar yang masalah di dalam pembelajaran mempunyai
tingkah laku yang tertentu jika dibandingkan dengan pelajar yang normal di dalam pembelajaran.
Antara ciri – ciri tingkah laku pelajar bermasalah yang dapat dikenalpasti di sini adalah kelakuan
pelajar berkenaan adalah terlalu aktif. Selain itu cirri – cirri yang dikenalpasti yang dapat
dikemukan adalah pelajar bermasalah didalam pembelajaran kebiasaannya mempunyai gangguan
dalam ingatan yang menyukarkan mereka mengingat sesuatu perkara didalam tempoh yang lama.
Seterusnya terdapat gangguan didalam memberikan penumpuan didalam pembelajaran. Pelajar
yang bermasalah ini juga dapat diperhatikan mempunyai kelemahan didalam pengusaan
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Daripada pernyataan yang dikemukan, pelajar yang bermasalah didalam pembelajaran
mempunyai masalah dalam tingkahlaku mereka, masalah neurological, fizikal, psikogikal dan
masalah persekitaran. Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu
dipelajari oleh pelajar sekolah yang bersekolah di sekolah menengah harian biasa mahupun
berasrama penuh meskipun pelajar yang mempunyai permasalahan didalam pembelajaran.
Walau bagaimanapun, mata pelajaran kemahiran hidup ini mempunyai dua system
pembelajaran iaitu pembelajaran berteraskan teori dan pembelajaran yang berteraskan amali.
Kebanyakan pelajar yang bermasalah didalam pembelajaran lebih cenderung didalam perkara-
perkara yang melibatkan amali kerana mereka kurang menggunakan pemikiran mereka untuk
memikirkan perkara-perkara atau teori yang perlu dihafal. Ini bersesuaian dengan tahap
penerimaan pemikiran mereka. Di dalam kajian ini, penyelidik ingin mengetahui persepsi pelajar
yang bermasalah dalam peembelajaran penguasaan mereka terhadap pembelajaran secara amali
didalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang telah mereka pelajari.
Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru Kemahiran Hidup kepada mereka?
Adakah mereka dapat mengaplikasi apa yang dipelajari contohnya melakukan pertukangan
mudah dalam kehidupan seharian mereka ataupun bercucuk tanam serta membaik pulih
kerosakan mudah pada enjin. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah mereka mempunyai
kefahaman dan penguasaan terhadap apa yang dipelajari.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Penyelidik mengkaji mengenai persepsi pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Aspek yang ingin dikaji ialah minat dan kefahaman pelajar terhadap
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain daripada itu penyelidik juga ingin mengkaji adakah
pelajar mengaplikasikan bahagian amali mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kehidupan
seharian mereka
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk:
1. Mengkaji minat pelajar bermasalah pembelajaran terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup
2. Mengkaji kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran terhadap isi kandungan mata pelajaran
Kemahiran Hidup
3. Mengkaji pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kehidupan
seharian pelajar bermasalah pembelajaran
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan atau diskriptif iaitu dengan
mengambil data menggunakan soal selidik (Mohd Najib, 1999). Bagi kajian ini, pengumpulan
data dan maklumat dibuat dengan menggunakan soal selidik yang dibina sendiri dan diberi
kepada pelajar yang menjadi responden. Nilai Alpaha Cronbach untuk menguji
kebolehpercayaan soalan soal selidik ialah 0.823. Tumpuan kajian ialah untuk mengetahui
apakah persepsi pelajar mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang mereka pelajari.
1.6 HIPOTESIS KAJIAN
Pelajar bermasalah didalam pelajar lebih berminat pembelajaran dan peengajaran yang
berteraskan amali berbanding teori kerana mereka boleh bergerak aktif. Mereka lebih cenderung
dalam penguasaan dan kefahaman didalam mata pelajaran kemahiran hidup apabila berada
didalam kelas amali kerana mereka dapat melihat secara langsung terhadap pengajaran guru
berbanding kelas teori yang hanya memberi gambaran sahaja.
1.7 DEFINISI ISTILAH
Bahagian ini adalah bertujuan memberi penjelasan atau pendefinisian terhadap perkataan yang
digunakan bagi tajuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik agar setiap perkataan yang
digunakan memberi maksud dan gambaran yang jelas.
1.7.1 AMALI
Kepelbagaian teknik dalam kaedah amali ini menyebabkan pelajar lebih aktif, tidak berasa bosan
atau tertekan sepanjang kelas (Lemlech 2004; Williams et al. 2003). Selain daripada itu,
penglibatan pelajar yang aktif dalam kesemua teknik tersebut mampu menerapkan ciri-ciri modal
insan sama ada secara tersurat atau tersirat. Amali adalah melakukan kerja fizikal dalam sesuatu
pembelajaran
1.7.2 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi.
Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata pelajaran ini
dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti
negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini
digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan
ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.
Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara
yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi
komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan
semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
1.7.3 KEFAHAMAN
Kefahaman di sini bermaksud pelajar dapat menangkap segala ilmu yang disampaikan. Dengan
erti kata lain pelajar mengerti pada setiap isi pelajaran yang dijelaskan oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.7.4 PENGUASAN
Penguasaan adalah suatu yang abstrak,ianya dapat diberi erti sesuatu perkara yang dapat
difahamai dan dapat diguna pakai kembali ilmu atau perkara tersebut.
1.7.5 PELAJAR BERMASALAH
Pelajar bermasalah yang dimaksudkan didalam kajian ini adalah bermaksud pelajar yang
bermasalah didalam pembelajaran mereka dan mempunyai permasalahan didalam memahami
pengajaran guru ketika didalam kelas serta sukar untuk menangkap segala penjelasan guru
terhadap pembelajaran yang dijalankan.
1.8 RUMUSAN
Pembelajaran secra amali dapat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran kerana pelajar
dapat mengerti penjelasan dikelas teori semasa melakukan kerja amali. Dengan ini ianya dapat
membantu pelajar untuk menguasai mata pelajaran kemahiran hidup ini.
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Di dalam bab ini akan menyentuh kajian-kajian berkaitan dengan kefahaman pelajar terhadap
pelajaran berterasakan amali. Ia turut membincangkan aspek-aspek utama yang memberi kesan
serta mempengaruh kajian yang dijalankan. Kajian-kajian lepas di ambil dari artikel-artikel dan
buku-buku rujukan sebagai panduan dalam menghasilkan penulisan ini.
2.2 KAJIAN LEPAS
Pada bahagian ini, ianya telah membincangkan mengenai tinjaun literatur ataupun sorotan kajian
yang dibuat oleh penyelidik lepas bagi membantu penyelidik membina kaedah yang sesuai bagi
bab 3 iaitu metodologi.
2.3 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran pravokasional
yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara
teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh
sistematik. Mata pelajaran ini diperkenalkan pada tahun 1989. Pada tahun 1991, mata pelajaran
ini dikenali sebagai Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan dibahagikan kepada bahagian teras
dan bahagian pilihan. Bahagian teras terdiri daripada tiga komponen iaitu Kemahiran
Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh
semua pelajar, manakala bahagian pilihan ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT),
Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan
tiga diwajibkan untuk mempelajari komponen di dalam bahagaian teras, manakala salah satu
daripada tiga komponen pilihan.
2.3.1 BAHAGIAN TERAS
Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk danTeknologi yang
wajib dipelajari oleh semua murid.
Reka Bentuk dan Teknologi
Bidang Reka Bentuk dan Teknologi menyediakan murid Tingkatan I dengan pengetahuan dan
kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses
reka bentuk. proses pembuatan yang melibatkan bahan binaan seperti kayu, papan lapis atau
bahan komposit. Murid juga berpeluang mereka bentuk dan menghasilkan artikel jahitan dengan
menggunakan mesin jahit, di samping berpeluang juga untuk menghias kawasan persekitarannya
dengan tumbuhan hiasan yang dihasilkan. Selain daripada itu, murid juga melakukan kerja
penyenggaraan dan baik pulih elektrik dan paip yang ditumpukan kepada pendawaian plag tiga
pin, lampu pendafluor, tangki simbah, pili dan perangkap
2.3.2 BAHAGIAN ELEKTIF
Bahagian pilihan Murid memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam
Bahagian Pilihan. Pilihan murid kekal dari Tingkatan I hingga Tingkatan III.
Pilihan 1:KemahiranTeknikal
Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid
mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam elektrik dan asas elektromekanikal. Dalam
pembelajaran elektrik, murid mengkaji litar siri dan litar selari untuk mengetahui kaitan antara
voltan, arus dan rintangan. Murid akan menggunakan meter pelbagai untuk menguji keterusan
litar dan mengukur nilai perintang tetap. Di samping pengiraan kuasa elektrik, murid juga
diberikan rumusan untuk mengira rintangan dalam litar siri dan litar selari. Pendedahan kepada
konsep pergerakan elektromekanikal bertujuan untuk membolehkan murid mengetahui dan
memahami bagaimana komponen elektronik boleh mengawal dan mempertingkatkan pergerakan
mekanikal.
Pilihan 2: EkonomiRumah Tangga
Bidang Ekonomi Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
tentang makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan jahitan. Murid membuat
kerja amali dalam penyediaan sarapan dan minum pagi atau minum petang serta berpeluang
mereka cipta resepi hidangan tersebut. Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis fabrik
dan memperoleh kemahiran memilih pakaian. Murid menjahit dan menghias skirt berkasing
untuk kerja jahitan.
Pilihan 3: Pertanian
Bidang Pertanian memberi peluang kepada murid mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam
pembinaan kompos dan penanaman sayursayuran. Murid berpeluang memilih jenis sayursayuran
yang hendak ditanam, mengenal pasti kesesuaian tanah dan baja serta merancang projek
penanaman sayur-sayuran. Melalui penanaman sayur-sayuran, murid akan memerhati kesan
daripada penggunaan kompos dan amalan giliran tanaman terhadap tumbesaran dan penghasilan
sayur-sayuran.
Pilihan 4:Perdagangan danKeusahawanan
Bidang Perdagangan dan Keusahawanan menyediakan murid dengan pengetahuan serta amalan
perniagaan yang merangkumi langkahlangkah penubuhan dan pengendalian perniagaan serta
pengenalan kepada bidangbidang pengeluaran yang telah sedia wujud. Murid juga diperkenalkan
kepada pelbagai jenis dokumen penting bagi penubuhan dan pengendalian perniagaan. Antara
tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif dan
berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan
menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Pendedahan murid kepada konsep dalam
proses pengeluaran membantu mereka membuat pengiraan kos sesuatu projek secara sistematik
2.4 PERANAN GURU DIDALAM PENGAJARAN AMALI
Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru adalah
seseorang yang memberi input kepada pelajar mereka terhadap proses pembelajaran yang
dilakukan. Peranan ini tidak kira sama ada didalam kelas teori mahupun amali. Peranan guru
didalam kelas amali adalah amat penting kerana semasa pengajaran berteraskan amali, guru
meerupakan individu yang menunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar mencuba dan
mengaplikasikan sendiri apa yang ditunjukkan oleh guru meraka. Kaedah tunjuk cara yang betul
oleh guru mampu memberi kesan yang baik terdapat pelajar dalam menguasai sesuatu isi
pembelajaran yang dijalankan. Selain itu , peranan guru didalam pengajaran amali adalah untuk
memastikan keselamatan pelajar ketika menjalani kerja amali yang dijalankan.
2.5 TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN
Teori merupakan satu landasan asas bagi sesuatu perkara. Penggunaan teori didalam kajian
adalah amat penting kerana penggunaan teori ini adalah menjadi satu panduan atau petunjuk
arah terhadap kajian tang dilakukan oleh penyelidik. Teori merupakan anadai awal atau hipotesis
terhadap sesuatu kajian yang dilakukan.
2.5.1 TEORI PELBAGAI KECERDASAN GARNER
Teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Garner. Beliau mengemukakan lapan
kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia
mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi
dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua
orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang
tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai
(Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila
seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang
mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan
linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.
Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut :
Kecerdasan Linguistik - kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan
berkesan, baik secara lisan atau bertulis.
Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombornombor secara efektif
dan dapat mengulas dengan baik.
Kecerdasan `Spatial’ - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta
berkebolehan membentangkan idea secara grafik.
Kecerdasan Kinestetik Badan – kebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan
idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.
Kecerdasan Muzikal – peka terhadap rentak, pic, dan melodi. Kemahiran dalam
mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu
mudah.
Kecerdasan Interpersonal – kebolehan memahami perasaan hati (mood), motivasi dan
keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan
masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain.
Kecerdasan Intrapersonal – kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan,
kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires) diri. Kemahirannya
termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan
dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri.
Kecerdasan Naturalis – peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam,
berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan
mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta
menjaga haiwan kesayangan dan juga suka kerja berkebun. Melalui aplikasi teori
pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk dan mencungkil kecerdasan-
kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia juga dapat membantu pendidik dalam
mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana
pembelajaran.
2.5.2 TEORI KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme percaya pelajar tidak lagi di anggap belajar daripada apa yang diberikan oleh
guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Dick (1991) menyatakan konstruktivisme
mencadangkan kaedah dalam persekitaran pembelajaran yang boleh disusun atur dan diurus
supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Konstruktivisme
percaya pembangunan intelektual adalah hasil daripada interaksi secara berterusan dan juga
faktor persekitaran.Apabila seseoarng pelajar berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara
aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri.
Pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi
peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan pelajar
sendiri boleh menentukan masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan. Guru pula boleh membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya mengenai
sesuatu bidang supaya pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1970) menyatakan Teori Konstruktivisme
melibatkan pelajar di dalam pengalaman yang bermakna dengan menolak pemindahan ilmu
secara pasif dan menfokuskan kepada penyelesaian masalah.
2.6 RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan sebelum ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan
membantu penyelidik untuk menyelesaikan permasalahan berkaiatan kajian yang dijalankan.
Dengan ini kajian yang dilakukan dapat dijalankan dengan lebih baik lancar dan segala
permasalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin.
BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Bahagian ini menyentuh dan membincangkan secara terperinci terhadap metodologi yang
digunakan dalam kajian ini termasuklah model yang digunakan dalam rekabentuk pengajaran
dan pembelajaran bagi membantu pembangun dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang
berkualiti. Terdapat beberapa fasa yang terlibat dalam proses pembangunan ini berdasarkan
model rekabentuk yang dipilih. Perbincangan juga akan menyentuh mengenai populasi, sampel
kajian dan instrumen kajian yang digunakan serta kaedah bagaimana kajian analisa data
dilakukan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk kajian merujuk kepada bagaimana kajian yang dilakukan kepada respoden terhadap
penyelidikan ini. Dalam kajian ini, kajian dijalankan dalam bentuk kualitatif. Kaedah kualitatif
ini digunakan kerana ianya tidak melibatakan numerikal dan kaedah ini juga dapat mendapat
maklumat secara terus dan tidak terbatas seperti kaedah kuantitatif. Untuk mendapatkan data
bagi kaedah kualitatif yang dijalankan.dalam menganalisa respoden melalui pemerhatian dan
temubual, kajian ini menumpukan kepada tiga fasa seperti berikut :
3.2.1 FASA PERTAMA : PENGUMPULAN MAKLUMAT
Di peringkat ini, maklumat-maklumat dikumpulkan untuk dijadikan sebagai rujukan pengkaji.
Antara maklumat yang dikumpulkan ialah mengenalpasti kefahaman dan penguasaan pelajar
dalam memahami matapelajaran kemahiran hidup berteraskan. Seterusnya, pengkaji membuat
kajian terhadap kefahaman pelajar bermasalah berkaitan dengan pembelajaran secara teori dan
amali didalam subjek kemahiran hidup serta mengkaji pemilihan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat-maklumat yang diperolehi
adalah dari temubual tidak berstruktur dengan pengajar dan juga bahan bacaan yang berkaitan
dalam pembangunan ini
3.2.2 FASA KEDUA : BANDING BEZA PENGAJARAN SECARA TEORI DAN AMALI
Dalam kajian ini,model Pelbagai Kecerdasan Garner digunakan sebagai rujukan pengkaji dalam
pemilihan bahan bantu mengajar bagi mendapatkan data berkaitan penguasaan dan kefahaman
pelajar bermasalah terdapat pembelajaran secara amali. Seterusnya pengkaji menghadiri kelas
teori dan amali bagi mendapatkan data, kajian yang dilakukan adalah berdasarkan fasa pertama.
3.2.3 FASA KETIGA : PENILAIAN
Pada fasa ini, penilaian dibuat pada akhir prroses kajian. Ia bertujuan untuk menilai dan
membuat sebarang perubahan besar yang perlu pada pengajaran seterusnya. Dalam kajian ini
penilaian dibuat berbentuk teemu bual dan pemerhtian. Pemerhatian turut dibuat ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku.
3.3 POPULASI KAJIAN
Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar – pelajar bermasalah yang terdapat di sekolah –
sekolah menengah harian biasa yang berhampiran dengan kediaman penyelidik. Respoden terdiri
daripada pelajar menengah rendah iaitu pelajar yang berumur bermula daripada13 tahun
sehingga berumur 15 tahun. Respoden juga adalah terdiri daripada palajar yang belajar mata
pelajaran kemahiran hidup. Responden yang dipiih merupakan pelajar tang terdiri daripada lelaki
dan perempuan. Penyelidik akan mendapatkan data daripada responden yang dipilih secara
rawak.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan didalam kajian adalah temubual. Bagi melakukan
temubual,peenyelidik meenggunakan peralatan yang sesuai dengan kaedah temu bual yang
dilakukan. Alatan yang digunakan merupakan sebuah video kamera berjenama JVC. Fungsi
video yang digunakan adalah untuk merakam temubual yang dilakukan oleh penyelidik terhadap
responden dan menganalisis data daripada temubual yang dijalankan.
3.4.1 TEMUBUAL
Pengkaji mengadakan sesi temubual terhadap responden terpilih setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas amali. Temubual adalah dalam bentuk dialog dan bertulis. Kaedah
ini adalah merupakan satu kaedah yang baik didalam melakukan penyelidikan kerana kaedah ini
lebioh bersifat fleksibel iaitu soalan – soalan temubual tidak terikat dan lebih bersifat
keterbukaan. Selain itu kaedah ini mampu memberi penjelasan terhadap soalan yang sukar untuk
difahami oleh responden. Kaedah ini juga dipilih kerana ianya berkaitan dengan pemilihan
responden yang dikaji, penyelidik meletakkan kemungkinan atau kebarangkalian terdapat
responden yang kurang lancar dalam pembacaan.
3.4.2 PEMERHATIAN
Penyelidik turut menjalankan pemerhatian ke atas sampel kajian semasa mereka berada didalam
sesi pembelajaran dan pengajaran didalam kelas amali dan teori. Pengyelidik bertujuan untuk
melihat reaksi mereka terhadap peenguasaan dan kefahaman berkaitan pembelajaran mereka
didalam kelas.
3.5 ANALISI DATA
Analisa bermaksud mengkategori, memberi pangkatan, memanipulasi dan menyimpulkan data
untuk mendapatkan jawapan kepada kajian (Mohd Najib, 2003). Setelah menjalankan kajian
berdasarkan instrumen yang dipilih maka data akan di analisa.
3.6 RUMUSAN
Metodologi kajian amat penting dalam memberi garis panduan kepada pengkaji untuk
mendapatkan kajian yang lebih baik. Pembahagian perlaksanaan kajian berdasarkan pemilihan
rekabentuk model pengajaran dapat memberi penerangan yang lebih jelas. Pemilihan instrumen,
sampel dan analisa data yang betul dan tepat dapat membantu kajian lebih mendapatkan kesahan
yang tinggi.
RUJUKAN
Abd. Rahim Abd Rashid (1999). Profesionlisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah.Kuala Lumpur: PTS Publictions & Distributors.
Azmi Abu Bakar & Lee Lay Wah (2004). Penilaian Aplikasi Multimedia Untuk MengajarKemahiran Membaca Kepada Pelajar Bermasalah Pembelajaran Projek SarjanaMuda, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukaktan Pelajaran Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : KementerianPendidikan Malaysia.
Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata PelajaranKemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi BermasalahPembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia.
Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum
Mohd Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah Belajar. Bentong: PTSPublications & Disetributors..
LAMPIRAN
SOALAN TEMUBUALSecara khusus soalan temubual adalah untuk mengetahui data yang dikehendaki oleh penyelidik untuk dianalisis. Antara soalan temubual yang dirangka oleh penyelidik adalah seperti berikut :
Soalan umum
1. Adakah anda berminat dengan mata pelajaran kemahiran hidup?2. Andakah anda faham terhadap pengajaran guru berkaitan mata pelajaran kemahiran
hidup?3. Pembelajaran secara teori dan amali dalam mata pelajaran kemahiran hidup, yang
manakah lebih anda minati?4. Kaedah pembelajaran manakah yang lebih anda faham bagi sesuatu sesi pembelajaran
kemahiran hidup, sama ada kaedah teori atau amali?5. Bagaimanakah kaedah amali dapat membantu anda untuk menguasai setiap bab dalam
mata pelajaran kemahiran hidup?
Soalan khusus untuk mengetahui minat,kefahaman dan penguasaan responden terdapan pembelajaran amali kemahiran hidup :
Responden 1
1. Anda suka belajar memasak bersama rakan dan guru anda?2. Anda suka belajar membeli bahan masakan di pasar?3. Anda boleh mengenalpasti peralatan memasak seperti kuali, cerek, pinggan dan
sebagainya ketika kelas amali?4. Anda boleh menyebut jenis-jenis menu yang anda pelajari?5. Anda boleh menerangkan langkah-langkah keselamatan di bengkel masakan?
Responden 2
1. Anda boleh mengenalpasti alatan tangan kayu seperti pembaris keluli, tukul kuku kambing dan gergaji?
2. Anda boleh menerangkan langkah-langkah keselamatan di bengkel kayu?3. Anda berminat membuat kerja kayu bersama kawan-kawan?4. Anda berminat untuk belajar menggunakan alatan kerja kayu seperti sesiku L dan gergaji
tangan?
Responden 3
1. Anda suka berkebun terutama menanam sayur?
2. Anda suka mengutip hasil tanaman apabila sudah matang?3. Anda boleh menyebut jenis-jenis sayuran yang anda pelajari ketika kelas amali?4. Anda boleh mengenal jenis-jenis haiwan ternakan seperti kucing, arnab dan ayam?
Responden 4
1. Sebelum mencuci pakaian, adakah anda mengasingkan pekaian mengikut jenis dan warna?
2. Setelah mencuci pakaian,adakah anda menjemur pakaian di bawah matahari supaya pakaian cepat kering?
3. Anda membancuh minuman untuk ibu, bapa, kakak dan diri anda sendiri?4. Adakah anda membantu ibu bapa membeli barang keperluan di pasar atau pasar raya?5. Adakah anda selalu membantu ibu anda menghidang makanan?