of 55 /55
MENULIS PROPOSAL PENYELIDIKAN Disediakan Untuk : PROFESOR DR. ABDUL RAHIM BAKAR Disediakan Oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL Semester / Sesi : SEMESTER 3 : KOHORT 2012 / 2013 TUGASAN EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN TAJUK TUGASAN : PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) DALAM PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU.

Kbat Penting

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kbat

Text of Kbat Penting

EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN

MENULIS PROPOSAL PENYELIDIKANDisediakan Untuk

: PROFESOR DR. ABDUL RAHIM BAKAR

Disediakan Oleh

: MIMILIA BINTI GABRIEL

Semester / Sesi

: SEMESTER 3 : KOHORT 2012 / 2013

TUGASAN EDU 5977 : SEMINAR CADANGAN PENYELIDIKAN

TAJUK TUGASAN :

PENGGUNAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT ) DALAM PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU. SENARAI KANDUNGANBAB 1 : PENGENALAN

MUKA SURAT

1.1 Pengenalan dan Latar Belakang Kajian

3 - 5

1.2 Pernyataan Masalah

5 91.3 Objektif

91.4 Persoalan Kajian

91.5 Tujuan dan Kepentingan Kajian

10

1.6 Andaian dan Batasan Kajian

10 - 11

1.7 Definisi Operasi

11 15

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

MUKA SURAT

2.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

16 - 172.2 PPPM : Jurang Sistem Pendidikan Malaysia

17 - 18 Membimbangkan

2.3 Program i-THINK

19BAB 3 : METADOLOGI

MUKA SURAT3.1 Reka Bentuk Kajian

20 213.2 Populasi dan Sampel Kajian

21 223.3 Instrumen Kajian

22 233.4 Prosedur Kajian Tinjauan

23 243.5 Pengumpulan Data

25 3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan

25 - 263.7 Kaedah Analisis Data

274.0 Penutup

Kesimpulan dan Penutup

27RUJUKAN

28 - 29APENDIX

30 - 45

BAB 1PENGENALAN1.1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, satu daripada 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global ialah kemahiran berfikir ( Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ). Menyedari keperluan negara menyediakan rakyatnya agar mampu bersaing di persada antarabangsa menjelang abad ke-21, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) berdasarkan penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan semasa di Malaysia, penglibatan awam serta rundingan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan. Pelan ini berhasrat merintis peluang yang lebih luas ke arah keberhasilan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing. Dalam memastikan perkembangan dan pembangunan sesebuah negara, pendidikan memainkan peranan yang amat signifikan. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan dan keberhasilan sesebuah negara amat bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya.

Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Sesuai dengan hasrat yang dibariskan dalam kesebelas anjakan utama iaitu anjakan yang pertama ; menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, program yang menekankan elemen KBAT dilihat amat signifikan menjadi amalan dan budaya murid-murid sekolah di Malaysia termasuk tenaga pengajarnya. Dalam anjakan pertama ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia akan merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan tumpuan terhadap KBAT pada tahun 2016. Pada 27 Julai 2011, mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia ( AIM ) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia ( 4 buah sekolah menengah , 4 buah sekolah kebangsaan, 1 SJK(C) dan 1 SJK(T). Pelancaran program ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Pada tahun 2013, program telah diperluaskan ke 1000 buah sekolah di Malaysia dan seterusnya semua sekolah di Malaysia akan melaksanakan program ini menjelang 2014. Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau HOTs merujuk kepada 4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ) Ini bermakna, kurikulum yang digubal menerusi PPPM berhubung KBAT ialah inisiatif supaya pelajar tidak lagi hanya menghafal untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya tahu menggunakannya. KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat atau fakta atau idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. 10 buah sekolah telah terpilih sebagai sekolah rintis di seluruh Malaysia bagi program i-THINK bermula pada akhir tahun 2011. Pelaksanaan pengenalan kepada program i-THINK pula, bermula seawal sesi persekolahan 2012 di mana ia merupakan tahun pengenalan atau Fasa 1 bagi program ini. Dalam fasa ini, guru-guru telah memperkenalkan 8 Peta Pemikiran yang dibangunkan oleh David Hyerle ini kepada murid-murid dan matlamat utamanya adalah untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir murid dan tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi sekolah rendah ( KPM, 2012 ). Lantaran itu, kajian ini penting dalam melihat sejauh mana soalan beraras tinggi digubal di dalam soalan-soalan peperiksaan. Adakah ia dilaksanakan seiring dengan keperluan semasa atau ia masih lagi digubal mengikut keperluan peperiksaan di sekolah terlibat?1.2 PENYATAAN MASALAH Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku?

Pengangguran mungkin disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori, baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka anggap mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan berpengetahuan dalam perkomputeran. Persoalannya, mungkinkah apa yang diterima oleh pelajar atau graduan sewaktu mereka menuntut di sekolah rendah mahupun menengah turut menyumbang kepada kadar pengangguran ini? Adakah mungkin benar pernyataan yang mengatakan pelajar kita tidak dirangsang untuk berfikir aras tinggi ketika menuntut sebaliknya lebih kepada teknik menghafal untuk keperluan peperiksaan menjadikan mereka masyarakat yang kurang berfikir? Latihan berbentuk hafalan ini tidak membantu pelajar kita untuk menggunakan keupayaan otak mereka untuk berfikir secara maksimum kerana sistem pendidikan rendah dan menengah kita tidak menekankan aras pemikiran tinggi di mana para pelajar dapat mengaplikasikan serta menggunakan ilmu yang mereka pelajari bukan sahaja di dalam bilik darjah, malah dalam kehidupan mereka sehari-hari termasuk selepas fasa persekolahan. Mungkin menyedari hakikat ini, kerajaan mula memandang serius kepada aras pemikiran tinggi sehingga mula mengadaptasi beberapa program berbentuk KBAT ke dalam sistem pendidikan rendah dan menengah. Pengajaran secara sistematik dan formal elemen KBAT di dalam bilik-bilik darjah di Malaysia bermula pada awal 1990-an. Pada tahun 1993, KPM telah mengenal pasti 4 model yang boleh digunakan di dalam bilik darjah apabila melaksanakan dan melakukan penyelarasan program kemahiran berfikir secara lebih sistematik di sekolah-sekolah. ( Pusat Pembangunan Kurikulum, 1993 ).

Model pertama oleh Robert Swartz dan Sandra Parks yang mana model ini telah disediakan oleh Pusat Kebangsaan bagi Pengajaran Pemikiran di Boston. Di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai Model Boston.

Model kedua ialah Model KWHL di mana K bermaksud knowledge, W bermaksud what, H pula membawa makna how dan L membawa maksud learnt.

Model ketiga pula ialah model yang terdiri daripada CoRT 1 ( Widening the Perception ) dan CoRT 4 ( Creative and Lateral Thinking ) yang mana kedua-duanya dibangunkan oleh Edward de Bono.

Model keempat lebih dikenali sebagai Programmed Instruction in the Learning of Thinking Skills ( PILTS ) yang telah dibangunkan oleh 2 orang ahli akademik tempatan, John Arul Phillips dan Fatimah Hashim.

Sungguhpun Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis ( KBKK ) telah diperkenalkan pada tahun 1994, tetapi hasil analisis keperluan telah menunjukkan bahawa KBAT dalam kalangan guru dan murid berada pada tahap rendah ( BPK, 2012 ). Sehubungan dengan itu, dapatan hasil kajian lepas mendapati bahawa guru kurang mengamalkan kemahiran aras tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka ( Hadi, 2012 ). Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat reproduction iaitu mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar berfikir ( Wenning, 2002 ) . Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Student Assessment ( PISA ) dan Trends in Mathematics and Science Study ( TIMSS ), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan ( PPPM, 2013-2025 ). Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMMS buat pertama kali dalam tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Namun, penyertaan dalam pusingan terkini pada tahun 2007 memperlihatkan prestasi murid Malaysia telah menurun di bawah purata antarabangsa bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009 ( ( penyertaan kali pertama Malaysia ) juga menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi Matematik, ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi konstruk Kefahaman antara 74 buah negara iaitu terletak dalam kelompok sepertiga terbawah. Pencapaian ini meletakkan Malaysia di bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia ( PPPM, 2013-2025 ).

Dapatan ini diperkukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education ( UK ) dan 21st Century School ( USA ) pada 2 November 2011 yang mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di negara ini amat rendah ( BPK 2012 ). Dapatan daripada UNESCO, 2011 pula menunjukkan guru-guru mengajar hanya untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Sebab itulah satu program yang berbentuk inovatif diperkenalkan di negara kita yang dinamakan sebagai program i-THINK. Program i-THINK ialah satu program yang memperkenalkan 8 Peta Pemikiran sebagai satu set tools yang boleh merangsang pemikiran beraras tinggi dalam kalangan warga sekolah sama ada guru atau murid. Selain daripada peta pemikiran tersebut, alat berfikir lain yang turut diperkenalkan melalui Program i-THINK ini adalah seperti Habits of Mind, 6 Thinking Hats dan Q-Matrix Chart. Kesemua alat berfikir ini sebenarnya merupakan satu penambahan dan penambaikan dalam strategi PdP guru di dalam bilik darjah dan bukannya satu kurikulum baru. Sekolah-sekolah kajian merupakan sekolah rintis bagi program i-THINK ini yang memulakan sesi pengenalan bagi program ini pada tahun 2012 dan seterusnya dinaik taraf kepada Showcase School pada tahun 2013 ini. 10 buah sekolah rintis yang terpilih di seluruh Malaysia diharap dapat menjadi sebuah Thinking School menjelang 2015. Sasaran Kementerian Pendidikan, soalan berbentuk HOTS akan dibina 40% dalam UPSR manakala 50% dalam SPM menjelang 2016.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin melihat sejauh mana soalan yang menggunakan elemen KBAT digubal di dalam kertas soalan untuk ujian akhir tahun. Kertas soalan yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah kertas soalan bagi subjek mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu sahaja. Justeru itu, pernyataan masalah bagi kajian ini ialah mengkaji tahap penggunaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penggubalan soalan ujian mata pelajaran teras Bahasa Melayu untuk kertas Peperiksaan Akhir Tahun di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK.1.3 OBJEKTIF KAJIAN1. Mengkaji tahap penggunaan soalan beraras tinggi ( KBAT) dalam penggubalan soalan-soalan peperiksaan oleh guru-guru Bahasa Melayu di 6 buah sekolah rendah rintis i-THINK dengan 6 buah sekolah rendah yang tidak menerima Program i-THINK.2. Mengenalpasti tahap penggunaan soalan beraras tinggi ( KBAT) dalam penggubalan soalan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu antara 4 buah sekolah menengah rintis i-THINK dengan 4 buah sekolah menengah yang tidak menerima Program i-THINK.1.4 PERSOALAN KAJIAN

i. Sejauh mana guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah yang tidak menerima Program i-THINK memasukkan elemen KBAT dalam penggubalan soalan PAT 2013 mereka.ii. Sejauh mana perbezaan tahap penggunaan elemen KBAT dalam penggubalan soalan Bahasa Melayu untuk PAT 2013 antara sekolah rendah dan sekolah menengah rintis i-THINK dengan sekolah rendah dan sekolah menengah yang tidak menerima Program i-THINK di Malaysia.1.5 TUJUAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan soalan-soalan beraras tinggi diaplikasikan di dalam penggubalan soalan-soalan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun di 10 buah sekolah rintis i-THINK dengan 10 buah sekolah yang tidak menerima Program i-THINK. Program i-THINK yang diperkenalkan serta dilaksanakan hampir dua tahun oleh sekolah-sekolah rintis adalah satu program yang menggalakkan pemikiran beraras tinggi dalam kalangan murid menggunakan 8 Peta Pemikiran yang dicadangkan. Justeru itu, penyelidik ingin mengetahui adakah soalan-soalan beraras tinggi diserapkan ke dalam soalan-soalan yang digubal oleh para guru ketika melakukan ujian. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap penggunaan elemen KBAT sewaktu penggubalan soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun ( PAT ) antara sekolah i-THINK dengan sekolah yang bukan i-THINK. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan untuk membuat kajian lanjutan mengenai keupayaan murid-murid dalam menjawab soalan-soalan beraras tinggi pada masa akan datang.1.6 ANDAIAN DAN BATASAN KAJIAN Dalam kajian ini, penyelidik mengandaikan guru-guru di sekolah kajian ada menggunakan KBAT ketika menggubal soalan bagi Ujian Akhir Tahun memandangkan semua mereka telah didedahkan dengan penggunaan 8 Peta Pemikiran dalam program i-THINK selain alat-alat berfikir lain yang telah dinyatakan. Andaian lain ialah guru-guru yang mengajar di 10 buah sekolah rintis i-THINK tadi telah menerima latihan yang secukupnya daripada jurulatih yang berpengalaman daripada syarikat perunding KESTREL EDUCATION yang diiktiraf oleh KPM tentang penggunaan dan fungsi peta pemikiran yang diperkenalkan. Guru-guru ini juga diwajipkan menerapkan penggunaan 8 Peta Pemikiran yang bersesuaian dengan tajuk atau topik pengajaran mereka sewaktu proses PdP berlangsung di dalam kelas. Jadi, sudah tentu mereka juga tahu bagaimana hendak menggubal soalan beraras tinggi bagi menguji pencapaian pelajar mereka dalam menjawab soalan berbentuk KBAT tersebut. Manakala bagi 10 buah sekolah bukan i-THINK pula, penyelidik mengandaikan mereka melakukan penggubalan soalan peperiksaan seperti mana kebiasaan tanpa menekankan elemen KBAT. Batasan kajian ini adalah, penyelidik hanya akan memilih guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK yang terpilih. Penyelidik juga akan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU yang disediakan terlebih awal oleh guru-guru mata pelajaran teras bagi kertas-kertas soalan Bahasa Melayu bagi melihat bilangan soalan beraras tinggi yang digubal dalam ujian. Penyelidik memilih satu ujian utama sahaja iaitu Ujian Akhir Tahun 2013 memandangkan ujian ini merupakan ujian yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menilai prestasi pelajar-pelajar mereka setiap hujung tahun. Ini bermakna, penyelidik akan menggunakan 6 JSU bagi setiap sekolah rendah ( Tahun 1 hingga 6) dan 5 JSU bagi setiap sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). Penyelidik juga hanya akan menggunakan Ketua Panitia Bahasa Melayu di setiap sekolah untuk mengumpul JSU bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2013 tersebut.1.7 DEFINISI OPERASI KAJIAN Sejak akhir-akhir ini, terdapat pertumbuhan dalam keinginan dan minat di seluruh dunia dalam usaha membangunkan kemahiran pembelajaran dan pemikiran kanak-kanak ( Fisher, 2005 ).

Abjad i bermaksud inovasi dan THINK pula membawa maksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif serta perlu ada dalam diri setiap murid (BPK, 2012). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tahap bermaksud peringkat manakala penggunaan pula didefinisikan sebagai perihal ( perbuatan, kegiatan, dll ) menggunakan sesuatu. Kalau digabungkan, tahap penggunaan bermaksud peringkat atau sejauhmana kita menggunakan sesuatu. KBAT pula adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. ( BPK 2013 ). 8 Peta Pemikiran dalam program i-THINK merupakan satu perwakilan data yang sistematik dengan konsep yang seragam dan digambarkan melalui lapan penyusun grafik yang berstruktur yang direka untuk meningkatkan pemahaman konsep atau konstruk ( Thinking Maps, Inc. 2007 ) iaitu;i. Peta Bulatan / Circle Map Proses Berfikir ( mendefinisi mengikut konteks )

ii. Peta Buih / Bubble Map Proses Berfikir ( Menerangkan ciri-ciri dalam kata adjektif )

iii. Peta Buih Berganda / Double Bubble Map Proses Berfikir ( Membanding beza )

iv. Peta Pokok / Tree Map - Proses Berfikir ( Mengelas / Mengkategori )

v. Peta Dakap / Brace Map - Proses Berfikir ( Melihat Hubungan Keseluruhan dan Bahagian Kecil )

vi. Peta Alir / Flow Map - Proses Berfikir ( Melihat Urutan Peristiwa )

vii. Peta Pelbagai Alir / Multi-Flow Map Proses Berfikir ( Melihat Sebab dan Akibat ).

viii. Peta Titi / Bridge Map - Melihat Analogi

( Rujuk Apendix A untuk melihat grafik 8 Peta Pemikiran )

Sekolah rintis i-THINK yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ) ;

i. SK Kiaramas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ii. SK Paya Pulai, Pahang

iii. SK Pusat Bukit Besar , Terengganu

iv. SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Sarawak

v. SJK(T) Port Dickson, Negeri Sembilan

vi. SJK(C) Wen Hua, Batu Berendam, Melaka

vii. SMK Tun Hussein Onn, Pulau Pinang

viii. SMK Convent Muar, Johor

ix. SMK Gaal, Kelantan

x. SMK Kota Merudu, Sabah. 10 buah sekolah bukan i-THINK yang terpilih untuk membuat perbandingan adalah yang terletak di sekitar Bandar Raya Kuching bagi memudahkan penyelidik dari segi demografi.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir? Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai menggunakan minda untuk melahirkan idea-idea bernas, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama ( PPK, 1999 ). Kemahiran berfikir adalah sangat penting bagi pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian ( Tee, et al. 2009b ) Menurut Tee et al. ( 2010 ), Kemahiran berfikir dapat dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan dengan bantuan alat berfikir. Kemahiran berfikir aras rendah ( KBAR ) pula merupakan satu kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat serta tidak memerlukan pemikiran yang meluas atau mendalam.

Kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT ) pula merujuk kepada kemahiran berfikir seperti menjelaskan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang yang memerlukan pemikiran meluas dan mendalam.

Kekerapan penggunaan KBAT dalam penggubalan soalan ujian mata pelajaran Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK akan dilihat melalui JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian ) kertas-kertas soalan mata pelajaran teras Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi 2013 ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, soalan bermaksud sesuatu yang ditanyakan ( dalam peperiksaan dll ). Dalam kajian ini, aras spesifikasi soalan dianalisis mengikut Taksonomi Bloom melalui JSU yang dibina oleh AJK Panitia Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan satu jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, pemberatan setiap konteks dan taburan aras kesukaran (Hajjah Rukiah Bt Ahmad Tabon, IPTI, JB 2008 ). JSU turut dikenali sebagai Test Specification Table ( TST ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur (Kubiszyn dan Borich, 2003).

JSU juga merupakan jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik-topik dan objektif-objektif pengajaran dalam bentuk aras kemahiran yang akan diuji. Jadual tersebut menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Dalam JSU, kandungan soalan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. Tujuan utama JSU adalah untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian selain menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian. Ia juga membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu ujian yang lain serta boleh mengelak pertindanan atau soalan yang berulang atau ketidakseimbangan soalan.BAB 2

KAJIAN LITERATUR2.1 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )

Seorang pendidik perlu menyediakan pelajarnya untuk semua peringkat pendidikan dan pekerjaan, di mana manusia dikehendaki untuk berfikir tentang maklumat yang sedia ada dan yang sentiasa berubah ( Freidman, 2006 ). Sesuai dengan pernyataan itu, Transformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu ( definisi oleh KPM ). Kemahiran berfikir merupakan keupayaan mental yang kita gunakan untuk mengetahui tentang dunia, menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan yang wajar ( Fisher, 2007. ms.72 ) . Pemikiran aras tinggi merujuk kepada aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom di mana Bloom (1956) sendiri menjelaskan ia adalah bersifat umum dalam cara berfikir dan menyelesaikan masalah yang boleh diaplikasikan secara meluas dalam subjek atau mata pelajaran yang berbeza ( seperti yang dipetik dalam Boone, Boone & Gartin, 2005 ). Beberapa ahli akademik mengaitkan KBAT dengan 3 aras tertinggi dalam Taksonomi Bloom iaitu analisis, sintesis, dan penilaian manakala 3 aras terbawah adalah elemen Kemahiran Berfikir Aras Rendah atau juga dikenali sebagai KBAR ( Bloom et.al.,1956 ; Krathwohl & Anderson, 2001 ) namun di Malaysia, kita bermula pada aras ketiga iaitu aras aplikasi sebagai indikator pemikiran aras tinggi. Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau HOTS merujuk kepada 4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 ). KBAT juga didefinisikan sebagai pemikiran yang kompleks, bukan beralgoritma di mana ia digunakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diramal, bukan rutin dan memerlukan lebih daripada satu pendekatan ( Stein dan Lane, 1996; BPG, 2013 ).

KBAT menurut Naggapan. R ( 2001 ), memerlukan murid menilai maklumat secara kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Begitu juga menurut Thompson ( 2008; BPG, 2013 ), KBAT melibatkan proses penyelesaian masalah di mana satu algoritma yang belum dipelajari atau yang sudah dipelajari digunakan dalam situasi yang bukan rutin. Kekerapan penggunaan KBAT dalam penggubalan soalan-soalan ujian mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rintis terpilih akan dilihat melalui JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian ) yang telah digubal dan dipersetujui oleh guru-guru mata pelajaran tersebut bagi setiap tahap. 2.2 PPPM: JURANG SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MEMBIMBANGKAN Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberangsangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA ( PISA 2009 ), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). "Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains," menurut pelan itu. Perbandingan skor dalam skala PISA ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai, China mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar Malaysia pada umur yang sama. Dapatan ini telah mendorong kepada pengenalan program i-THINK secara menyeluruh di Malaysia iaitu pendekatan whole school approach yang akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang 2014 di mana program ini mampu menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menggunakan 8 Peta Pemikiran yang boleh digunakan dalam merentas semua subjek.

2.3 PROGRAM i-THINK Program I-Think adalah projek bersama Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah. Program i-Think adalah pendekatan yang realistik dan praktikal untuk memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam kalangan guru dan pelajar bersama-sama melalui penggunaan 8 Peta Pemikiran yang dibangunkan oleh Dr David Hyerle. Penggunaan 8 Peta Pemikiran adalah berdasarkan susunan grafik tertentu yang berupaya menyusun atur pemikiran pelajar. Susunan grafik ini berupaya membantu pelajar untuk membuat pengelasan, membanding beza, menunjukkan hubungan, memberi makna dan mengurus data dengan cepat dan mudah ; sebelum, semasa dan selepas pembacaan dan perbincangan ( Gallavan & Kottler, 2007 ). Dalam bukunya, Kejayaan Pelajar Dengan Peta Pemikiran, Dr. David Hyerle menyediakan pelbagai sebab dan penyelidikan tentang mengapa 8 Peta Pemikiran adalah satu alat bermanfaat untuk aktiviti bilik darjah. Hyerle menyatakan bahawa dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran, akan menggalakkan metakognisi dan perkembangan kognitif yang berterusan bagi pelajar di seluruh kerjaya akademik mereka serta menambah satu komponen seni dan kinestetik bagi pelajar yang belajar dengan berkesan mengikut tahap kecerdasan tertentu ( David Hyerle , 2011 ).

Menyedari hakikat inilah, negara kita mengambil langkah proaktif dengan mengadaptasi program i-THINK ke dalam sistem pendidikan negara dengan harapan kita mampu melahirkan generasi muda yang mampu berfikir aras tinggi. Matlamat dalam KBAT adalah supaya pelajar dapat membina idea dan strategi mereka sendiri (Pogrow, 2005, p.65).BAB 3METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan menerangkan metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan tahap penggunaan soalan-soalan berunsur KBAT dalam penggubalan soalan-soalan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Bab ini juga mengandungi reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data , kebolehpercayaan dan kesahan serta kaedah analisis data.3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif kerana pengumpulan data adalah dalam bentuk nombor iaitu jumlah kekerapan soalan beraras tinggi digubal dalam soalan-soalan ujian kertas Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

Kajian ini dikategorikan sebagai penyelidikan berbentuk tinjauan ( survey ). Kaedah tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang bukan eksperimen dan digunakan untuk mengumpul maklumat daripada sebahagian populasi yang ingin dikaji. Chua ( 2007 ) menyatakan bahawa Kajian Tinjauan adalah satu kaedah di mana penyelidik memperoleh data secara langsung daripada sampel.

Penyelidik akan meminta dan mengumpul maklumat daripada sampel populasi terpilih iaitu guru-guru Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK tadi dan 10 buah sekolah bukan i-THINK melalui JSU yang digunakan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Johari ( 2004 ) menyatakan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk mengutip data secara terperinci, berstruktur dan secara seragam. Maklumat yang dikumpul menerusi Kajian Tinjauan ini juga dilakukan menggunakan prosedur piawai agar sampel menjawab soal selidik yang sama bagi semua buah sekolah kajian.3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Dalam kajian ini, populasi sasaran ialah terdiri daripada semua guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah ( Darjah 1 hingga Darjah 6 ) dan sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ). Namun, populasi capaian pula hanya melibatkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di 10 buah sekolah rintis i-THINK iaitu 4 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah bukan i-THINK yang mana bernisbah sama iaitu 4 buah sekolah menengah dan 6 buah sekolah rendah. Populasi ini dipilih kerana ia mewakili skop kajian ( representative ) yang hendak dilakukan oleh penyelidik. Persampelan dipilih mengikut kaedah persampelan tak rawak iaitu persampelan bertujuan atau purposive sampling ( turut digelar judgement sampling ). Menurut Fatimah Idris et.al. (2008), subjek penyelidikan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan sesuai dengan permasalahan penyelidikan yang hendak dikaji. Menurut Ary et.al, 2010, persampelan bertujuan adalah berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Kaedah ini juga digunakan kerana batasan penyelidik hanya dalam lingkungan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja dan tidak melibatkan guru-guru daripada mata pelajaran yang lain. Sampel yang dipilih juga melibatkan guru-guru Bahasa Melayu sahaja di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK terpilih kerana kumpulan ini yang telah menggubal soalansoalan mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah mereka persetujui dalam Jadual Spesifikasi Ujian pada awal perbincangan dan penggubalan kertas soalan ujian. Sungguhpun demikian, penyelidik hanya akan meminta Ketua Panitia mata pelajaran Bahasa Melayu di setiap sekolah untuk mengumpul JSU yang telah disediakan sebelum menyerahkannya kepada penyelidik. Penyelidik sendiri yang akan menentukan aras soalan yang terdapat di dalam JSU berdasarkan Taksonomi Bloom dan bukannya guru-guru lain mahupun ketua panitia bagi memastikan standard aras yang sama digunakan.3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Insrumen ialah alat-alat yang digunakan untuk mengumpul data penyelidikan. Semua penyelidik memerlukan instrumen yang membenarkan penyelidik membuat kesimpulan yang tepat berkenaan ciri yang diselidik ( Ary, Jacob, & Rozavieh, 2002 ).

Berdasarkan persoalan kajian yang ingin melihat tahap penggunaan KBAT dalam penggubalan soalan-soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2013, maka instrumen yang utama digunakan oleh penyelidik ialah Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah disediakan oleh guru-guru di sekolah masing-masing sebelum Peperiksaan Akhir Tahun dilaksanakan di 10 buah sekolah rintis i-THINK dan 10 buah sekolah bukan i-THINK tadi. Penyelidik juga akan meminta salinan kertas soalan peperiksaan bagi memastikan JSU yang dibina adalah menepati aras dalam Taksonomi Bloom. JSU mata pelajaran bagi semua sekolah di Malaysia adalah seragam sepertimana yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran di negeri masing-masing. Ini boleh meningkatkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan oleh penyelidik kerana instrumen yang sama digunapakai di semua sekolah mengikut keperluan sekolah rendah dan sekolah menengah ( rujuk Apendix B(i) bagi sekolah rendah dan Apendix B(ii) bagi sekolah menengah ). Penyelidik sendiri yang akan membuat penentuan aras Taksonomi Bloom sekiranya aras yang tertulis di dalam JSU tersebut kurang tepat. Selain itu, penyelidik menggunakan satu borang kaji selidik ( Rujuk Apendix C(i) untuk sekolah rendah dan C(ii) untuk sekolah menengah di mana penyelidik sendiri yang akan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki ke dalam borang berkenaan. Borang ini merupakan rumusan maklumat yang dikumpul melalui JSU tadi. Borang ini telah digunapakai di sebuah sekolah rintis i-THINK di Sarawak ( sekolah tempat penyelidik bertugas ) serta ia turut digunakan untuk mengumpul maklumat berkaitan penggunaan elemen KBAT dalam soalan-soalan Bahasa Melayu di 12 buah sekolah angkat i-THINK di sekitar Kuching. Sekolah Angkat ini ialah 12 buah sekolah yang tidak termasuk dalam perluasan oleh KPM bagi tahun 2013 namun dipilih oleh sekolah rintis i-THINK di Sarawak sebagai sekolah angkat mereka bagi tujuan perkongsian Program i-THINK bersama sekolah-sekolah sekitar yang terdekat. Jadi, penggunaan borang tersebut pada tahun 2013 telah meningkatkan kebolehpercayaan borang tersebut kerana ia digunakan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu dan pasukan pemandu i-THINK di sekolah rintis untuk mengukur penggunaan soalan beraras tinggi di sekolah-sekolah angkat terpilih. Ini juga bermaksud borang tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana sebelum penggunaannya ke sekolah-sekolah rintis i-THINK yang lain, ia telah dibuat pilot test di 12 buah sekolah angkat i-THINK terpilih di sekitar daerah Padawan, Kuching.3.4 PROSEDUR KAJIAN TINJAUAN Jangka masa penyelidikan yang akan digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian ini adalah lebih kurang sebulan sehingga tiga bulan. Memandangkan ujian yang diguna pakai dalam penyelidikan ini ialah Peperiksaan Akhir Tahun 2013, maka penyelidik akan memulakan penyelidikan pada bulan-bulan terakhir persekolahan iaitu Disember dan November khususnya bagi pengumpulan data. Memandangkan juga sekolah penyelidik ialah sebuah daripada 10 buah sekolah rintis i-THINK dan penyelidik merupakan ahli dalam pasukan pemandu, maka penyelidik mempunyai hubungan yang baik dengan 9 buah sekolah rintis i-THINK yang lain khususnya pasukan pemandu mereka. Maka, penyelidik akan memulakan penyelidikan dengan menghantar surat iringan melalui e-mail kepada pasukan pemandu di 9 buah sekolah tersebut untuk menerangkan tujuan kajian ( rujuk Apendix D ) . Manakala bagi 10 buah sekolah lain yang bukan i-THINK, penyelidik akan menghubungi mereka melalui panggilan telefon selain berhubung terus dengan 10 buah sekolah tersebut. Setelah itu, penyelidik akan berhubung dengan Guru Besar dan Pengetua di setiap sekolah untuk memaklumkan tentang penyelidikan yang akan dilakukan dengan bantuan pasukan pemandu di setiap sekolah rintis tadi dan Ketua Panitia atau Ketua Bidang di sekolah bukan i-THINK. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Pengetua di semua sekolah kajian, penyelidik akan menghantar semula maklumat keperluan penyelidikan melalui e-mail kepada pasukan pemandu sekolah dan Ketua Panitia meminta kerjasama daripada Ketua Panitia atau Ketua Bidang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengumpul soal selidik yang dibekalkan. Bagi 10 buah sekolah bukan i-THINK yang terletak di sekitar Bandar Raya Kuching, penyelidik boleh menggunakan panggilan telefon atau pergi sendiri ke sekolah tersebut untuk mengumpul JSU yang diperlukan dalam kajian. Memandangkan JSU digubal lebih awal daripada tarikh ujian sebenar, penyelidik menjangkakan data kajian tinjauan ini boleh dikutip seawal bulan November. Sekiranya belum mendapat maklum balas daripada responden terlibat, penyelidik akan membuat tindakan susulan seperti menghantar semula e-mail kepada responden atau menelefon pihak sekolah bagi memperoleh dapatan yang diperlukan. Penggunaan Facebook juga boleh dipertimbangkan selain e-mail memandangkan ia adalah saluran komunikasi yang amat popular dewasa ini. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan laman sesawang sekolah-sekolah terbabit atau blog-blog sekolah mahupun responden yang terlibat dalam kajian. Paling penting, penyelidik dapat berhubung dengan mudah dengan Ketua Panitia atau Ketua Bidang ataupun Pasukan Pemandu di sekolah-sekolah rintis i-THINK terbabit serta 10 buah sekolah bukan i-THINK tadi.3.5 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan secara talian iaitu secara e-mail dan juga dengan mengutip sendiri kertas soalan atau JSU bagi sekolah-sekolah bukan i-THINK di sekitar Kuching. Berbekalkan borang soal-selidik yang disediakan oleh penyelidik kepada para responden di 20 buah sekolah tadi, penyelidik hanya memerlukan Ketua Panitia atau Ketua Bidang untuk mengumpul Jadual Spesifikasi Ujian yang telah digubal di peringkat sekolah masing-masing dan juga satu salinan kertas soalan daripada kertas peperiksaan Bahasa Melayu ( Kertas Pemahaman dan Kertas Penulisan ) bagi setiap tahun atau tingkatan. Apabila borang JSU ini telah dilengkapkan, para responden akan menghantar balik melalui kaedah yang sama iaitu e-mail kepada penyelidik ataupun dikutip sendiri oleh penyelidik. Kaedah ini tidak memerlukan kos dan masa yang terlalu panjang kerana sebaik sahaja dilengkapi, data itu boleh terus digunakan oleh penyelidik untuk diproses. Penyelidik akan melakukan susulan sekiranya data tidak diperoleh dalam tempoh yang dikehendaki contohnya dengan menelefon atau menghantar e-mail kepada pasukan pemandu untuk mendapatkan bantuan mereka.3.6 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN DATA

Kebolehpercayaan instrumen ialah suatu nilai ukuran untuk menentukan ketekalan skor setiap item. Menurut Hanna & Dettmer ( 2004 ), kebolehpercayaan instrumen adalah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur. Ketekalan bermaksud apabila item yang sama diuji beberapa kali kepada subjek yang sama pada selang masa yang berlainan tetapi tetap memberi skor keputusan atau jawapan yang sama atau hampir sama.

Menurut Creswell ( 2012 ), matlamat penyelidikan yang baik adalah apabila data yang diperoleh mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam usaha ini, penyelidik akan memastikan soal selidik di dalam instrumen kajian adalah jelas dan konsisten ( iaitu menggunakan JSU yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri serta borang rumusan yang telah digunakan dalam ujian rintis di 12 buah sekolah angkat untuk mengutip data yang sama ). Prosedur kajian juga standard di mana ketua panitia atau ketua bidang akan mengutip borang rumusan yang sama untuk sekolah - sekolah yang terlibat bersama dengan satu salinan kertas soalan peperiksaan Bahasa Melayu ( Kertas Pemahaman dan Penulisan ). Dalam kesahan instrumen soal selidik bagi penyelidikan kuantitatif, kesahan didefinisikan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud, persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik, penyelidik akan menggunakan teknik Criterion-Related Evidence untuk mengumpul bukti terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk. Dengan itu, penyelidik akan melantik ketua panitia atau kedua bidang untuk mengesahkan instrumen kajian yang beliau sediakan. Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item (instrumen) agar bersifat dapat dipertahankan (defensibility), ketepatan (accuracy), kesesuaian ( appropriatetness , bermakna (meaningfulness) ) dan juga kebolehgunaan (usefulness). Selain itu, bagi meningkatkan kesahan kandungan item dalam borang soal-selidik, penyelidik sendiri yang akan menentukan aras berdasarkan Taksonomi Bloom ke dalam borang rumusan agar tidak berlaku interpretasi yang pelbagai serta berbeza khususnya aras dalam kemahiran berfikir aras tinggi.3.7 KAEDAH ANALISIS DATA Data yang dikumpul di dalam borang rumusan tadi akan dianalisis menggunakan 2 kaedah bagi melihat tahap penggunaan elemen KBAT dalam penggubalan kertas soalan Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2013. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Kaedah statistik deskriptif kajian adalah menggunakan skor peratusan sepertimana yang ingin dilihat dalam objektif pertama kajian manakala statistik inferensi kajian adalah melalui Ujian t Bebas bagi melihat perbandingan min antara kedua-dua kategori tersebut sesuai dengan objektif kedua kajian iaitu dengan menggunakan aras alpha .05 . Menurut Creswell ( 2012 ), aras alpha . 05 lazimnya digunakan untuk penyelidikan pendidikan.4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Sekiranya penyelidikan ini dilaksanakan suatu masa kelak, penyelidik berharap hasilnya nanti dapat memberikan penanda aras atau gambaran kepada kita khususnya guru-guru Bahasa Melayu tentang sejauh mana elemen KBAT atau HOTS diaplikasikan dalam penggubalan soalan-soalan peperiksaan kertas Bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Memandangkan Program i-THINK masih setahun jagung di negara kita, penyelidik berharap lebih banyak penyelidikan akan dilakukan demi memastikan keberkesanan program yang menggunakan pendekatan berelemen KBAT ini berupaya diukur keberhasilannya khususnya dalam menyediakan murid-murid di Malaysia ke arah pelajar yang mampu bersaing pada abad ke-21.RUJUKANBuku Panduan Program i-THINK. (2012). Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum, KPM.

Bono, E. D. (1976). Teaching Thinking. Middlesex : Penguin.

Buku Panduan Kreativiti. (2011). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM.Creswell, J. W. (2012). EDUCATIONAL RESEARCH; Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research; 4th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Daniel Long, Dr. David Carlson. (2011). Mind The Map: How Thinking Maps Affect Student Achievement . Networks: Online Journal for Teacher Research Vol.13, Issue 2 , 1-7.David Hyerle & Yeager. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning . US:

Thinking Maps Inc.

Donald Ary, Lucy Cheser Jacobs, Chris Sorensen. (2010). Introduction To Research In Education; 8th Edition. Belmont, California: Wadsworth Cengage Learning.Revised Bloom's Taxanomy (RBT). (n.d.). Retrieved from

www.kurwongbss.qld.edu.au/thinking/bloom

S.Supramani. (2006). Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid.

Jurnal Pendidikan, Universiti Malaya , 225.

Smith, N. C. (2003, October). THNKING MAPS & Write From The BeginningTheory & Empirical Evidence. Thinking Maps, Inc. . Manchester, New

Hampshire: TRIERE Reseacrh.

Fischer, R. (2005). Teaching Children To Think, 2nd Edition. Cheltenham: Stanley

Thornes.

FJ King, Ludwika Goodson & Faranak Rohani. (2011). Higher Order Thinking Skills.

Retrieved from www.cala.fsu.edu

Hadi, D. R. (2012). KBKK dan Aplikasi dalam P&P. Retrieved from Persatuan

Pengamal Pendidikan Malaysia.

Hickie, K. M. (2006, May). An Examination of Student Performance in Reading/Language and Mathematics after Two. A dissertation for Doctor of Education . East Tennessee State University: Faculty of the Department of Educational Leadership and Policy Analysis.

Holzman, S. (2004). Thinking Maps : Strategy-Based Learning for English Language Learners (and Others!). Aiming High. California: Sonoma Country Office Education.

Hyerle, D. (2009). Thinking Maps: Visual Tools For Activating Habits of Mind. US:

Thinking Maps Inc.

Naggapan, R. ( 2001 ). The Teaching of Higher Order Thinking Skills in Malaysia.

Journal of Southeast Asian Education, Vol.2, No.1 , 1-22

Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(2011). Retrieved Jun 4, 2013, from http://www.moe.gov.my/lpPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 2025. Kementerian Pelajaran

Malaysia.Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat , 2005.APENDIX A ; 8 PETA PEMIKIRAN( 8 THINKING MAP )

APENDIX B(i)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )Contoh Jadual Spesifikasi Ujian

Soalan Peperiksaan Akhir TahunBahasa Melayu Tahun 540 Soalan ObjektifKertas 1BilBentuk Soalan - ObjektifAras Taksonomi BloomJumlah Item

Topik / Aspek Bahasa123456

1Morfologi Kata kerja123

2Kata nama22

3Kata ganti diri11

4Kata adjektif123

5Kata seru11

6Kata ganda11

7Kata hubung22

8Kata pemeri11

9Kata arah22

10Penjodoh bilangan11

11Simpulan bahasa11

12Sinonim11

13Antonim11

14Kata tanya22

15Homonim Kata banyak makna22

16Sintaksis Struktur ayat11

17Pola ayat235

18Maksud perkataan11

19Memahami teks131229

Jumlah Soalan99128240

DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :.

( )

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU

NAMA GURU BESAR

KETUA PANITIA

COP SEKOLAH

APENDIX B(i)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )

Contoh Jadual SpesifikasiUjianSoalan Peperiksaan Akhir TahunBahasa Melayu Tahun 55 Soalan Subjektif / PenulisanKertas 2BilBentuk Soalan - SubjektifAras Taksonomi BloomJumlah Item

Topik / Aras123456

1Membina ayat berdasarkan gambar11

2Menyambung cerita11

3Mencari nilai murni11

4Menulis surat tidak rasmi13

5Menceritakan pengalaman yang dilalui11

Jumlah5

DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :

.

( )

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU

NAMA GURU BESAR

KETUA PANITIA

COP SEKOLAH

APENDIX C (i)BORANG RUMUSAN SEKOLAH RENDAH SEKOLAH : ...................................................................................................................

KERTAS 1 : PEMAHAMAN

BILANGAN SOALAN : 40 soalan objektif

DARJAHJUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM )JUM

(40)

PENGETAHUANPEMAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

1

2

3

4

5991282040

6

JUM (X)

( CONTOH RUJUKAN : JSU TAHUN 5 DALAM APENDIX A )

JUM KESELURUHAN = X ( 100%

240CONTOH PENGIRAAN UNTUK TAHUN 5 ( ARAS TINGGI ) = 22 ( 100% = 55% soalan beraras tinggi

40DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :

.

( )

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU

NAMA GURU BESAR

KETUA PANITIA

COP SEKOLAH

APENDIX C (i)BORANG RUMUSAN SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH : ...................................................................................................................

BILANGAN SOALAN : 5 soalan

KERTAS 2 PENULISAN

BILANGAN SOALAN : 5 soalan

DARJAHJUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM )JUM

(5)

PENGETAHUANPEMAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

1

2

3

4

5

60010135

JUM (X)

JUM KESELURUHAN = X ( 100%

30

CONTOH PENGIRAAN UNTUK TAHUN 6 ( ARAS TINGGI ) = 5 ( 100% = 100% soalan beraras tinggi

5DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :

.

( )

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU

NAMA GURU BESAR

KETUA PANITIA

COP SEKOLAH

APENDIX B (ii) ( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )

CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU) SEKOLAH MENENGAH

PERIKSAAN : AKHIR TAHUN MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS : 1 TINGKATAN : 1 BAIDURI TAHUN: 2013No. SoalanAspek TatabahasaPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianJawapan

RSTRSTRSTRSTRSTRST

A.Pemilihan Pengunaan kata yang tepat

1- kata nama1B

2- kata sendi2C

3- kata ganda3B

4- kata majmuk4D

- kata adjektif

5- kata bantu5B

6- kata kerja6C

7- kata kerja transitif7D

- kata kerja tak transitif

B.Kesalahan umum tatabahasa

- penggunaan kata yang tepat

8- pengimbuhan8B

9- kata tugas9C

10- kata ganda10A

11- kata bilangan tak tentu11A

12- kata sendi12D

13- kata adjektif13A

- kata ganti nama tak tentu

14-kata ganti nama14

15- kata kerja transitif15B

No. SoalanAspek TatabahasaPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianJawapan

RSTRSTRSTRSTRSTRST

B.Kesalahan umum tatabahasa

16- kata kerja tak transitif16B

17- frasa sendi17C

18- frasa kerja18C

19- tiada kesalahan19D

20Kata banyak makna20D

21Maksud ayat21A

22Maksud ayat22A

23Maksud ayat23A

24Ragam ayat24C

25Ragam ayat25C

26Ragam ayat26B

27Peribahasa27B

28Peribahasa28D

29Peribahasa29D

C.Aspek petikan / genre

Petikan 1:

Prosa moden

- Cerpen Anak Bumi Tercinta

- Drama Buyung

- Sajak Bila Berjauhan

- Drama Jalan Sempit

30Puisi moden - Sajak : Cinta 30A

31Puisi moden - Sajak : Cinta 31D

32Puisi moden - Sajak : Cinta 32C

33Puisi moden - Sajak : Cinta 33B

34Puisi moden - Sajak : Cinta 34B

35Puisi moden - Sajak : Cinta 35B

No. SoalanAspek TatabahasaPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianJawapan

RSTRSTRSTRSTRSTRST

Petikan 2:

Puisi moden

- Sajak Pesan Tangan Kepada Jari

Puisi Tradisional:

Syair : Menyambut Pelajaran

Prosa Moden:

Cerpen Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya

Puisi Tradisional:

Pantun Dua Kerat

36Prosa Moden

Cerpen : Diari Seorang Pengawas36D

37Prosa Moden

Cerpen : Diari Seorang Pengawas37D

38Prosa Moden

Cerpen : Diari Seorang Pengawas38B

39Prosa Moden

Cerpen : Diari Seorang Pengawas39A

40Prosa Moden

Cerpen : Diari Seorang Pengawas40A

Jumlah soalan62411312676140

Wajaran Sepatutnya25 %40 %35 %

Wajaran Dibina14 / 40 = 35 %6 / 40 = 15 %20 / 40 = 50 %100 %

DISEDIAKAN OLEH : _______________________________________________________

DISEMAK OLEH : _____________________

( )

GURU KANAN BAHASA

SMK ....................................

DISAHKAN OLEH :

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU BESAR

COP SEKOLAH

APENDIX C(ii)BORANG RUMUSAN SEKOLAH MENENGAH

RUMUSAN :

KERTAS 1 : PEMAHAMAN

BILANGAN SOALAN : 40 soalan

TING.JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM )JUM

(40)

PENGETAHUANPEMAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

1864213740

2

3

4

540

JUM (X)

( CONTOH RUJUKAN : JSU TINGKATAN 1 BAIDURI DALAM APENDIX B )

JUM = X ( 100% 200

CONTOH PRNGIRAAN UNTUK TINGKATAN 1 ( ARAS TINGGI ) = 26 ( 100% = 65% soalan beraras tinggi

40DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :

.

( )

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU

NAMA GURU BESAR

KETUA PANITIA

COP SEKOLAHAPENDIX B(ii)( Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak )

JABATAN BAHASA MELAYUSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ............................................

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU)

PEPERIKSAAN : AKHIR TAHUN MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KERTAS : 2 TINGKATAN : 1 BAIDURI TAHUN: 2013No. SoalanAspek / KonstrukPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianBil.

Item

RSTRSTRSTRSTRSTRST

AiMeringkaskan karangan

- Pendidikan

- Ekonomi

- Sains dan Teknologi

- Disiplin / SosialA11

- Kemiskinan

- Alam Sekitar

- Kempen Kerajaan

- Kesihatan

- Kebudayaan

- Pelancongan

- Kekeluargaan

AiiPemahaman Petikan (3)ii(1)ii (1)ii (1)3

BKarangan Bahan Rangsangan

Graf Palang

Graf Garisan

Carta Pai

GambarB11

Ganbar Rajah

Jadual

No. SoalanAspek / KonstrukPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianBil.

Item

RSTRSTRSTRSTRSTRST

CKarangan

a. Karangan Tidak Berformat

Keperihalan

PendapatC21

BincangkanC41

ImaginasiC51

Cerita

Peribahasa

Fakta

b. Karangan Berformat

Surat Kiriman Rasmi

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Ucapan

CeramahC11

Syarahan

Perbahasan

Wawancara

BeritaC31

DKomsas (Novel)

Novel Hikmah

a) Sinopsis

b) Tema

c) Persoalan

d) Watak

e) Perwatakan

f) Latar tempat

No. SoalanAspek / KonstrukPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaianBil.

Item

RSTRSTRSTRSTRSTRST

DKomsas (Novel)

g) Latar Masa

h) Latar Masyarakat

i) Teknik Plot / Penceritaan

j) Plot

k) Nilai

l) Mesej dan PengajaranD11

Antologi Kasut Kelopak Jantung

a) Sinopsis

Jumlah soalan311131111

Wajaran Sepatutnya25 %40 %35 %

Wajaran Dibina6 / 11 = 54.54 %4 / 11 = 36.36 %1 / 11 = 9.1 %100 %

DISEDIAKAN OLEH : _______________________________________________________

DISEMAK OLEH : _____________________

( ) ( )

GURU KANAN BAHASA

SMK ...........................................................DISAHKAN OLEH :

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU BESAR

COP SEKOLAH

APENDIX C (ii)BORANG RUMUSAN SEKOLAH MENENGAH

RUMUSAN :

KERTAS 2 : PENULISAN

BILANGAN SOALAN : 11 soalan

TING.JUMLAH ARAS DIUJI ( TAKSONOMI BLOOM )JUM

(11)

PENGETAHUANPEMAHAMANAPLIKASIANALISISSINTESISPENILAIAN

151310111

2

3

4

5

JUM (X)

( CONTOH RUJUKAN : JSU TINGKATAN 1 BAIDURI DALAM APENDIX B )

JUM = X ( 100% 55Contoh pengiraan mengikut tingkatan : Tingkatan 1 ( Aras Tinggi ) = 5 ( 100% = 45% soalan beraras tinggi

11DISAHKAN OLEH :

( GURU BESAR SK/SMK)

NAMA GURU BESAR

COP SEKOLAH

APENDIX D ( SURAT IRINGAN )Mimilia Binti Gabriel ( Drive Team),SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed,

Taman Malihah, Jalan Matang Off-Batu Kawa,

93050 KUCHING, SARAWAK.

PENGETUA / GURU BESAR,

Sekolah Rintis i-THINK,

Seluruh Malaysia.

1 Disember 2013

Tuan / Puan

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN TINJAUANPerkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.

2. Adalah saya seperti yang bernama di atas, ingin menjalankan kajian tinjauan di sekolah tuan / puan. Kajian tinjauan ini adalah untuk melihat tahap penggubalan soalan-soalan bagi kertas Bahasa Melayu untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2013 yang menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ).

3. Selaku Drive Team bagi program i-THINK di negeri Sarawak merangkap Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, saya berminat untuk melakukan kajian tinjauan bagi melihat sejauh mana 10 buah sekolah rintis i-THINK di seluruh Malaysia mengaplikasikan elemen KBAT dalam penggubalan soalan Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi 2013 ini. Ini adalah kerana, seperti mana yang kita sedia maklum, 10 buah sekolah rintis i-THINK termasuk sekolah saya merupakan sekolah-sekolah terpilih terawal menggunakan Program i-THINK yang menekankan elemen KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) di dalam bilik darjah.4. Besarlah harapan saya agar saya mendapat kebenaran daripada pihak tuan / puan untuk merealisasikan penyelidikan ini di sekolah tuan / puan. Sekiranya mendapat kebenaran daripada tuan / puan, saya juga amat memerlukan kerjasama daripada Pasukan Pemandu dan Ketua Panitia atau Ketua Bidang di sekolah tuan / puan untuk mengisi borang soal-selidik yang dilampirkan bersama surat ini. Borang soal-selidik tersebut akan diisi berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah atau akan digubal oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tuan / puan.

5. Di harap, dapatan daripada kajian ini kelak boleh digunakan untuk mengukur tahap penggunaan elemen KBAT dalam penggubalan soalan-soalan ujian Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rintis i-THINK sepanjang 2013 sekaligus menjadi penanda aras akan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi berjaya diterjemahkan ke dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ).6. Tuan / puan boleh menggunakan e-mail saya ( [email protected] atau [email protected] ) atau menghubungi saya di talian, 012-8871600 bagi menyatakan persetujuan bagi menjayakan penyelidikan ini. Semoga dapatan kajian ini nanti dapat dimanfaatkan bersama bagi memartabkan dunia pendidikan di Malaysia.

KE ARAH PEMBELAJARAN BERKUALITI

Yang benar,

......................................................( MIMILIA BINTI GABRIEL )

Pasukan Pemandu dan Ketua Panitia Bahasa Melayu

SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Kuching, Sarawak.

45 Artikel Penuh: HYPERLINK "http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_31/PPPM-Jurang-sistem-pendidikan-negara-membimbangkan" \l "ixzz2k3EDLEaa" http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_31/PPPM-Jurang-sistem-pendidikan-negara-membimbangkan#ixzz2k3EDLEaa Utusan Melayu (M) Bhd

William Wiersma (2000), op.cit., h. 297.

Beliau menjelaskan ;

Reliability means consistency, an observed score can be seen as consisting of two parts, one part in individuals true score and the other part an error score

.

Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.153

Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.154-159

Fraenkel Jack. R dan Norman E. Wallen, op.cit.,h.153

PAGE 4Disediakan oleh : MIMILIA BINTI GABRIEL / JM40338