of 52 /52
Cont.. 1 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 1 PROGRAM kemahiran berfikir aras tinggi Teknik penyoalan

Teknik KBAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KBAT

Text of Teknik KBAT

  • Cont..**KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA2013*PROGRAM kemahiran berfikir aras tinggi Teknik penyoalan

  • penghargaanBahan ini dibangunkan dan diterjemahkan berdasar nota kursus yang dikendalikan oleh Kestrel Education, United Kingdom

    *

  • Soalan soalansoalan.*

  • *HASIL PEMBELAJARAN Dalam bengkel ini, kita akan meneroka... Soalan,soalan,soalanSoalan yang berkesanBagaimanakah soalan menjana pemikiran?Blooms taxonomy and higher order thinkingTaksonomi Bloom dan pemikiran aras tinggiMenggunakan soalan dengan berkesan

  • *Apakah tujuan menyoal murid?

  • *

    Menilai pengetahuan sedia ada Menimbulkan minat Membina pemahaman yang mendalam Membina idealisme, sikap dan penghargaan Memantapkan pembelajaran Merangsang pemikiran kritis

    TUJUAN MENYOALSamb

  • *

    Mentaksir pembelajaran dan kemajuan murid

    Menjelaskan pemikiran

    Mencari sebab atau penjelasan

    Meneroka pandangan alternatif

    Menguji implikasi dan akibat

    TUJUAN MENYOALTUJUAN MENYOAL

  • *

    Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindak balas)Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada penyoalan yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian boleh mengelirukan)Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai dan berbeza-beza)

    -Art Costa dan Bena Kallick

    Soalan yang berkesan:

  • *

    Soalan yang dibina perlu:

    dirancang logik dan berurutan ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan memberi masa kepada murid untuk berfikir seimbang antara fakta dan pemikiran tidak berulang ditanya dalam nada perbualan direka bentuk untuk mendapatkan maklum balas yang berterusan

    AMALAN BAIK UNTUK GURU

  • *"Jika kita mengharapkan murid untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan merangsang, kita sebagai guru mesti menggalakkan mereka bertanya soalan aras tinggi." Karron G. Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas

    MEMBINA SOALAN

  • *Kajian menunjukkan bahawa: Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta. Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas

    MEMBINA SOALAN

  • *

    Penyoalan yang berkesan adalah satu aset yang amat penting bagi setiap guru. Sama seperti seorang mekanik yang baik memilih alat yang tepat untuk menjalankan tugas dan menggunakannya dengan betul. Seorang guru yang baik menggunakan soalan yang sesuai dengan tahap murid dan teknik penyoalan yang baik. William G CampVirginia Polytechnic Institute and State University

    MEMBINA SOALAN

  • *Oliver Wendell - HolmesTerdapat intelek aras satu, intelek arasdua, dan intelek aras tiga denganjendela langit ...

  • *Mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para intelek aras satu

  • *Para intelek aras dua akan membanding beza, menaakul, membuat generalisasi dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul oleh pengumpul fakta sebagai kepunyaan sendiri...

  • *Mereka yang berada di intelek aras ketiga mampu beridealisasi, berimaginasi dan meramal - mereka diterangi oleh cahaya dari jendela langit

  • *Para intelektual aras ketiga Beridealisasi, berimaginasi, meramal dan mereka diterangi cahaya dari jendela langit

    Para intelektual aras dua Membanding beza, menaakul, membuat generalisasi dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul oleh pengumpul fakta

    Para intelektual aras satu.Pengumpul fakta tanpa sebarang tujuan

    INTELEK 3 ARASTerdapat intelektual aras satu, aras dua dan aras tiga dengan jendela langit.

  • *Intelek 3 Aras

  • *menilai, membuat generalisasi, mengimaginasi, mempertimbang, menentukan, membuat spekulasi, jika ... maka, mengaplikasiprinsip, membuat hipotesis, meramal, mencetus ideamembanding beza, menerangkan mengapa, memberi sebab, mengelas, mentafsir, menganalisis, membuat kesimpulan awal, membuat urutan, mensintesis, membuat analogimelengkap, mengira, mendefinisi, menerangkan, mengenal pasti, menyenaraikan, menyesuaikan, menamakan, memerhati, memilih, melafaz, mengimbasIntelek 3 Aras

  • *Benjamin Bloom membangunkan taksonominya pada tahun 1950-anIa adalah suatu hierarki enam peringkat perkembangan pemikiran yang menjadi semakin kompleks dan mencabar.Tahap pemikiran boleh digunakan untuk membina soalan yang merentasi semua peringkat persekolahan dan dalam semua bidang pembelajaran.Pada 1990-an Lorin Anderson telah membuat adaptasi pada taksonomi asal.

  • *AndersonBloom

  • *

    Kompleksiti PemikiranBahasa PemikiranKata KerjaMengingatSaya boleh ingat semula maklumatMengecam, mengulang, menyenaraikan. menerangkan, mengenal pasti, menamakanMemahamiSaya boleh ingat semula dan menjelaskan idea dan konsepMentafsir, menjelaskan, memberi contoh, meringkaskan, membuat kesimpulan awal, menunjukkan pemahaman, menterjemah MengaplikasiSaya boleh menggunakan pengetahuan dalam keadaan biasa atau baharuMelaksanakan, menunjukkan, menjalankan, menggambarkan, menggunakanMenganalisisSaya boleh mengeluarkan idea-idea pentingMembandingkan, sebaliknya, mengklasifikasikan, menyusun MenilaiSaya boleh membuat pertimbangan dan keputusanMenyemak, mempertimbang, menguji, membuat keputusan, membuat hipotesisMenciptaSaya boleh memikirkan idea dan cara baharu untuk menggunakan maklumatMereka bentuk, mencipta, merancang, membina, menghasil

  • *Siapakah...? Apakah ...? Di manakah ...? Apabila ...? Yang manakah ...?Mengulangi, menamakan, mengingat semula, menyatakan, menyenaraikanJawapan berfakta, mengingat semula dan mengenalMengingatApakah maknanya? Apakah kegunaannya? Bolehkah anda terangkan ...?Menyatakan semula , menerangkan, mentafsir, menterjemah, merumusMengungkap semula dan mentafsir untuk menunjukkan pemahamanMemahamiSoalan MudahApakah contoh-contoh lain yang ada tentang ini?Menunjukkan, menggunakan, mengaplikasi, membina, menggambarkanMengaplikasikan pengetahuan kepada situasi atau pengalaman baharuMengaplikasiBagaimana mereka sama / berbeza? Bagaimana ia berfungsi ...? Apakah bukti ...?Membanding beza, mengelas,menyusun, meneliti, menganalisaPecahkan kepada bahagian yang lebih kecil -meneliti secara lebih mendalam & memahami perhubungannyaMenganalisisMengapa anda berfikir tentang ...? Mengapa anda suka ini ...? Apakah yang terbaik ...?

    Menentukan kedudukan, menyimpul, menilai , mentaksir, menentukanMembuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulanMenilaiBagaimanakah kita boleh mereka bentuk ...? Bolehkah kita menambah ...? Apa yang akan berlaku jika ...?Mereka bentuk, mencipta, menambah baik merancang, membina, menggubahGabungkan maklumat untuk mencipta sesuatu yang baharuMenciptaSoalan KompleksSoalan PemulaBahasa PemikiranPeneranganAras pemikiran dan penyoalanSoalan-soalan Yang Membangunkan Tahap Pemikiran Bloom

  • *Mengaplikasikan BloomBerdasarkan video Si Tanggang, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom.

    MengingatMemahami MengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta

  • *Mengaplikasikan Bloom Berdasarkan cerita Si TanggangMengingat - Apakah yang dibawa balik oleh Si Tanggang ke rumahnya?

    Memahami - Apakah yang menyebabkan Si Tanggang menghalau perempuan tua yang mengaku dirinya ibu Si Tanggang?

    Mengaplikasi Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda ialah ibu Si Tanggang?

    Menganalisis Apakah titik perubahan dalam cerita ini?

    Menilai - Apakah pendapat anda tentang perlakuan Si Tanggang terhadap ibunya?

    Mencipta Apakah perubahan yang boleh anda lakukan dalam cerita tersebut untuk menyesuaikannya dengan masa kini?

  • *Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki tua. Beliau adalah sangat tua. Sesetengah orang mengatakan bahawa umurnya adalah seribu tahun. Beliau juga sangat bijak dan tahu banyak perkara. Ramai orang datang untuk melawat beliau di dalam gua berhampiran laut. Mereka sentiasa meminta bantuan daripadanya.

    Pada suatu hari, seorang pemuda datang berjumpa dengan orang tua yang bijaksana ini. "Wahai ayah yang bijaksana," kata lelaki muda itu, "Saya mahu menjadi seorang yang berguna kepada manusia. Saya mahu berkhidmat kepada mereka sepanjang hidup saya. Bagaimana saya boleh melakukan ini?diceritakan semula oleh Nurhayani Abu Bakar Samb

  • *Samb"Itu sangat baik," kata lelaki tua itu. Ini adalah sebuah kotak ajaib. Jangan buka kotak ini sehingga anda sampai ke rumah. Jika anda membukanya sekarang, sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anda.

    "Terima kasih, wahai ayah yang bijaksana, kata lelaki muda itu. Kemudiannya, pemuda tersebut mengambil kotak dan pulang. Apabila beliau keluar dari gua, dia berhenti. "Saya tertanya-tanya apa yang ada dalam kotak ini?" katanya kepada dirinya sendiri. "Saya akan melihatnya.

    Dia membuka kotak dan sekali gus dia bertukar menjadi pokok kelapa yang tinggi. Itu adalah hukuman kepadanya kerana mengingkari orang tua itu, tetapi dia masih mencapai hasratnya kerana pokok kelapa adalah sangat berguna kepada manusia.

  • *Mengaplikasikan BloomGunakan cerita Pokok Kelapa tadi, bina soalan untuk setiap peringkat Taksonomi Bloom.

    MengingatMemahami MengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta

  • *Mengingat Apakah yang diberikan oleh lelaki tua itu kepada pemuda tersebut?

    Memahami - Apakah yang disampaikan oleh cerita ini tentang pokok kelapa? Atau tentang manusia?

    Mengaplikasi Apakah yang anda dapat apabila anda mempraktikkan kesabaran?

    Menganalisis - Apakah titik perubahan dalam cerita ini?

    Menilai - Apakah pandangan anda terhadap hukuman yang diterima oleh pemuda tersebut?

    Mencipta Apakah yang akan berlaku sekiranya pemuda tersebut tidak membuka kotak ajaib?

  • *EDARAN

  • *MENGINGAT

    Kata Kerja yang boleh digunakanContoh SoalanContoh aktiviti dan hasilmemberitahu menyenaraikan menggambarkan menghubung kait mengesan menulis mencari menyatakan menamakanApakah yang berlaku selepas...? Berapa banyak...? Siapakah yang...? Namakan...? Terangkan apa yang berlaku di...? Siapakah yang memberitahu...? Beritahu kenapa...? Cari maksud bagi...? Apakah yang...? Manakah yang benar dan salah...?Senaraikan peristiwa-peristiwa utama ... Buat satu garis masa peristiwa. Buat satu carta fakta. Senaraikan fakta yang anda boleh ingat. Senaraikan kesemua.... Dalam cerita ini Buat satu carta untuk menunjukkan... Buat satu akrostik. Deklamasikan satu puisi.

  • *MEMAHAMI

    KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKANCONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASILmenerangkan mengintepretasi menggariskan membincangkan mengesan meramal menyatakan semula menterjemah membanding menggambarkanNyatakan dalam perkataan sendiri ... Beri gambaran ringkas .... Apakah yang akan berlaku selepas ini ...? Pada pendapat anda siapa..? Apakah perkara utama ...? Siapakah watak utama..? Apakah perbezaan antara..? Beri contoh untuk menyokong jawapan anda. Apakah definisi...?Menerangkan peristiwa. Terangkan pendapat anda tentang idea utama. Sediakan satu jalur kartun yang menerangkan urutan peristiwa. Tulis dan lakonkan pementasan berdasarkan jalan ceritaCeritakan semula dalam perkataan sendiri Lukiskan satu aspek yang anda sukaTuliskan ringkasanSediakan satu carta alir untuk menggambarkan urutan peristiwaSediakan satu buku mewarna

  • *MENGAPLIKASI

    KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKANCONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASILmenyelesaikan menunjukkan menggunakan membuat ilustrasi membina meramal melengkapkan menilai mengklasifikasimenggambarkanTahukah anda peristiwa lain di mana..? Bolehkah perkara ini berlaku ...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..?Dapatkah anda mengaplikasikan kaedah ini dengan pengalaman sendiri? Apakah soalan yang akan ditanya...?Daripada maklumat yang diterima, bina satu set arahan untuk .. Adakah maklumat ini berguna jika anda ada...?Bina sebuah model yang akan menunjukkan bagaimana ia berfungsi. Bina sebuah diorama untuk menceritakan sesuatu peristiwa. Ambil beberapa keping gambar untuk menunjukkan sesuatu perkara. Bina sebuah model tanah liat.Rangka satu strategi pemasaran produk anda menggunakan strategi yang diketahui sebagai panduan.Pakaikan anak patung dengan pakaian kebangsaan / tradisional.Lukis mural berdasarkan perkara yang sama.Tulis buku teks tentang

  • *MENGANALISIS

    KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKANCONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASILmenganalisis membezakan menilaimembandingmenyiasatmengkategorimengenal pastimenerangkanmemisahkanmengiklankan Peristiwa manakah akan berlaku..? Sekiranya ... berlaku, apakah peleraian yang akan berlaku?Apakah persamaan .. dengan ..?Apakah hasil lain yang mungkin...? Himpunkan mengikut perwatakan Apakah faktor yang anda ubah jika..?Kenapa perubahan ini berlaku?Banding perubahan yang anda kemukakan dengan yang disampaikan.Terangkan apa yang sepatutnya berlaku apabila..?Apakah persamaan..? Apakah masalah yang mungkin timbul?Apakah motif..?Apakah titik perubahan ...?Bina sebuah soal selidik untuk mengumpul maklumatReka sebuah iklan untuk menjual satu produkBina sebuah carta alir yang mempunyai peringkat kritikalBina sebuah jigsawBina sebuah salasilah keluarga untuk menunjukkan perhubunganTuliskan sebuah biografi seseorangSediakan laporan ..Anjurkan sebuah majlis lengkap dengan susun atur, langkah, rekod yang diperlukanNilaikan hasil seni persamaan dan permasalahan

  • *MENILAI

    KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKANCONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASIL mengadili memilih memutuskan membenarkan membahas mengesahkan berhujah mengesyorkan menilaimembincangmengutamakan memberi kadarmenentukan Adakah terdapat satu penyelesaian yang lebih baik untuk ... Nilaikan ...Bolehkah anda mempertahankan kedudukan anda tentang ...? Adakah anda berfikir ... adalah baik atau sesuatu yang buruk? Bagaimana anda akan mengendalikan ...? Apakah yang mengubah ... Adakah anda akan mengesyorkan? Adakah anda percaya? Adakah anda seorang ... orang? Apakah perasaan anda jika ...? Adakah berkesan ...? Apakah pendapat anda tentang ...? Sediakan satu senarai kriteria untuk menilai sesuatu ... menunjukkan. Kendalikan perbahasan tentang isu yang menarik perhatian orang ramai. Buat satu buku catatan mengenai 5 peraturan yang anda anggap penting. Menyakinkan orang lain. Membentuk panel untuk membincangkan pandangan, misalnya "Pembelajaran di Sekolah." Tulis sepucuk surat kepada ... memberi nasihat mengenai perubahan yang diperlukan di ... Sediakan kes untuk membentangkan pandangan anda tentang ...

  • *MENCIPTA

    KATA KERJA YANG BOLEH DIGUNAKANCONTOH SOALANCONTOH AKTIVITI DAN HASILmenciptamerekamengarangmeramalmerancangmembinamereka bentukmengimaginasi mengusul menjanamencipta formulaAdakah anda boleh mencipta?Mengapa tidak mengubah sebuah lagu tentang?Dapatkah anda melihat penyelesaian jika...?Jika anda mempunyai akses kepada semua sumber, bagaimana anda akan berurusan dengan ...?Mengapa tidak anda merangka...?Adakah anda mempunyai cara tersendiri ?Apakah yang berlaku jika? Berapa banyak carakah anda boleh cipta ...yang baru dan luar biasa untuk...?Bolehkan anda tulis resepi baru untuk hidangan yang sedap?Bolehkan anda bina kertas kerja untuk...Cipta sebuah mesin untuk tugasan tertentu.Reka bentuk sebuah bangunan untuk menempatkan kajian anda .Cipta satu produk baharu. Berikan nama dan rancang satu kempen pemasaran.Menulis tentang perasaan anda berkenaan...?Cipta satu rancangan TV, rancangan permainan, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomin tentang ...? Reka bentuk satu kulit depan,rekod, buku, atau majalah untuk ...? Pasarkan idea. Merangka satu cara untuk ... ?Gubah satu rentak atau memasukkan lirik baru kepada melodi yang dikenali...?

  • *

  • *

    Rancang soalan andaBersedia untuk bertanya soalan susulan Tentukan sama ada soalan itu hendak ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individuBeri masa untuk murid berfikirAdakah soalan anda seimbang antara fakta dan pemikiran?Bertanya dalam nada perbualanBentuk soalan yang akan mendapat maklum balas yang berterusan

    Memperkembangkan Kemahiran Penyoalan Guru

  • *

    Guru perlu:mengelakkan bertanya banyak soalan menggalakkan murid bertanya lebih banyak soalan jenis lisan dan bertulismenggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa perbincanganmenerima soalan yang diajukanmemberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada muridmengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan muridMemperkembangkan Kemahiran Penyoalan Murid

  • *Dengan menggunakan nota edaran, pilih dua soalan daripada setiap kotak.

    Kenal pasti bila anda mungkin menggunakan soalan berkenaan secara berkesan dalam pengajaran anda baru-baru ini.Aktiviti:

  • * Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ...? Apakah yang anda maksudkan dengan...? Bolehkah anda memberi saya satu contoh ..? Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain? Bolehkah anda menunjukkan saya cara...?

    1. Soalan-soalan Yang Menjelaskan Pemikiran

  • *

    Mengapa anda berfikir bahawa ...? Bagaimana kita tahu bahawa ...? Apakah sebab-sebab anda ...? Apakah bukti yang kita ada untuk...? Kenapa anda menyatakan sedemikian?2. Soalan-soalan untuk Mencari Sebab atau Penjelasan

  • *Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara yang lain? Adakah terdapat pandangan yang lain...? Bagaimana sekiranya ada orang lain yang mengesyorkan bahawa ...? Apakah yang perlu kita tahu sekiranya ...?3. Soalan-soalan Meneroka Pandangan Alternatif

  • *4.Soalan-soalan Menguji Implikasi dan Akibat Apakah susulan daripada pernyataan anda? Adakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum ini? Apakah akibat sekiranya ? Adakah terdapat peraturan am untuk ?Bagaimanakah anda dapat memastikan sama ada benar atau tidak?

  • *

    Tindakbalas Terhadap Soalan-Soalan Murid

    Menganalisis soalan Apakah yang anda maksudkan dengan ...? Menyusun semula soalan Adakah anda maksudkan...?Menyoal murid kembali Apakah pendapat anda ...?Tanya soalan sokongan Saya tertanya-tanya sama ada/sekiranya...?Cadangkan kemungkinan-kemungkinan Mungkin kita boleh ...?

  • *MASA MENUNGGU ATAU MASA BERFIKIRSetelah anda menyoal murid, beri masa kepada mereka untuk memikirkan jawapan

    Berapa lama?

  • *MASA MENUNGGU Masa menunggu amat penting untuk perkembangan proses pemikiran aras tinggi apabila murid diminta menjawab soalan

    Ia adalah tempoh masa di antara masa guru bertanya soalan dan masa meminta pelajar menjawab

    Kebiasaannya, purata masa menunggu guru adalah 1 saat

  • *IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU MURID Peningkatan dalam jumlah soalan muridMurid berkemungkinan menjawab dengan ayat lengkapJawapan murid lebih panjangMurid berkemungkinan berfikir secara spekulatif,Kemungkinan akan ...

  • *IMPAK MENAMBAH MASA MENUNGGU GURU Guru mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir tentang jawapan muridJangkaan guru terhadap jawapan murid berubahGuru mula menggunakan kepelbagaian dalam teknik penyoalan Mewujudkan iklim bilik darjah yang lebih kondusif untuk pemikiran aras tinggi

  • *Soalan...?Soalan...?Soalan...?Soalan berkesanBagaimana soalan-soalan membina pemikiranTaksonomi Bloom dan Pemikiran Aras TinggiMenggunakan soalan dengan berkesanHASIL PEMBELAJARANDalam bengkel ini, kita telah meneroka...

  • *MEMBINA SOALANSoalan yang baik tidak terjawab. Soalan bukan satu bolt yang perlu diketatkan tetapi umpama benih yang perlu disemai yang akan terus bercambah ke arah menghijaukan landskap idea. John Anthony Ciardi (1916 1986)

  • CIRI ITEM KBAT

    *Tanya peserta apakah jenis peta pemikiran ini dan proses pemikirannya? (Peta Pelbagai Alir tetapi sebahagian, menunjukkan kesan atau hasil)

    *Berfikir secara individu - berpasangan - berkongsi (Think-Pair-Share)Kemudian dapatkan maklum balas catat maklum balas tersebut

    *Gunakan maklumat ini untuk menyemak jawapan dalam slaid sebelum ini. Tujuan manakah yang tercapai?*

    Gunakan maklumat ini untuk menyemak jawapan dalam slaid sebelum ini. Tujuan manakah yang tercapai?

    *Slaid ini adalah nota edaran

    *Tambahan jika kita mengharapkan pemikiran aras tinggi, kita juga harus memberikan peluang pembelajaran yang merangsang maklum balas pemikiran aras tinggi

    **Penekanan terdapat kemahiran yang melibatkan teknik penyoalan yang baik iaitu memperoleh kemahiran, mengamal dan memperkembangkannya *Bincang imej dengan peserta fokus pada orang yang berada di loteng yang sedang berdiri di atas belakang orang lain apakan yang dimaksudkan? Perhatikan juga orang yang sedang memanjat di tepi bangunan? (Atau adakah dia sedang turun atau naik?)*Kaji ketiga-tiga aras, terangkan apa yang dimaksudkanMengumpul - mendapatkan semua maklumatMemproses mentafsir maklumat yang dikumpulkanMengaplikasi menggunakan semua maklumat yang dikumpul dan diproses untuk disintesis dan dinilai

    *Perkataan yang digunakan dalam slaid ini telah digunakan dalam latihan kad hierarki Perkataan (Word rank card sort exercise). Bandingkan hierarki ini dengan yang dihasilkan oeh peserta. *Banding dan bezakan kedua-dua set perkataan yang digunakan oleh kedua-dua penulis.Bloom menggunakan kata nama dan Anderson menggunakan kata kerja aktif**SAMA ADA GUNA SLAID INI ATAU SELANG 2 SLAID(GUNA VIDEO SI TANGGANG ATAU CERITA POKOK KELAPA)

    Aktiviti tayangkan video Si Tanggang anda perlukan alat audio visual

    *Ini adalah beberapa contoh soalan yang boleh digunakan selepas peserta membina dan berkongsi soalan-soalan mereka.

    Catatan: Semua soalan bermula dengan kata tanya Apakah. Apakah ialah perkataan yang dikaitkan dengan soalan Aras Rendah. Tidak semua contoh menggunakannya. Kenapa?

    Peringatan: Pada aras pemikiran yang manakah soalan-soalan ini boleh diaplikasikan (Intelek 3)?

    *Ini merupakah sumber bahan aktiviti susulan lihat 2 slaid selepas ini.

    *Ini merupakah sumber bahan aktiviti susulan lihat 2 slaid berikutnya.

    *Ini adalah beberapa contoh soalan yang boleh digunakan selepas peserta membina dan berkongsi soalan-soalan mereka.

    Catatan: Semua soalan bermula dengan kata tanya Apakah. Apakah ialah perkataan yang dikaitkan dengan soalan Aras Rendah. Tidak semua contoh menggunakannya. Kenapa?

    Peringatan: Pada aras pemikiran yang manakah soalan-soalan ini boleh diaplikasikan (Intelek 3)?

    *Slaid berikutnya yang tidak dipaparkan adalah untuk edaran.Edaran- Mengingat Semula , Memahamietc*Slaid berikut adalah berkaitan dengan cara guru dapat memperkembangkan kemahiran menyoal.

    Anda boleh menggunakan idea berikut:

    Murid-murid di sekolah KBAT akan membina KOTAK ALAT PEMIKIR - satu set alat dan strategi berfikir yang boleh diakses oleh mereka apabila memerlukannya.

    Guru-guru di sekolah KBAT juga perlu mengakses KOTAK ALAT PEMIKIR - tetapi mereka juga memerlukan KOTAK ALAT STRATEGI BERFIKIR UNTUK GURU bahan kemahiran menyoal ialah sesuatu yang boleh diisikan dalam kotak alat ini.

    *Empat slaid berikut adalah kandungan satu edaran mengandungi soalan-soalan bermatlamat

    *Nota edaran*Nota edaran*Nota edaran*Masa menunggu yang sepatutnya: antara 3 - 5 saat (Jacobsen, Eggen & Kauchak, 2001; Ormrod, 2000)*Versi asal:A good question is never answered. It is not a bolt to be tightened into place but a seed to be planted and to bear more seed toward the hope of greening the landscape of idea*Ciri Item KBAT ini terkandung dalam buku manual pembinaan item KBAT*