Upload
nguyenhuong
View
263
Download
6
Embed Size (px)
788
JAWAPAN KEPADA SOALAN-
SOALAN JAWAB MULUT YANG
DIJAWAB SECARA BERTULIS
DARIPADA YANG BERHORMAT
MENTERI PEMBANGUNAN:
1. Soalan daripada Yang
Berhormat hormat Awang Haji
Mohd. Shafiee bin Ahmad:
i) Perkara ini, kaola tujukan
kepada Jabatan Tanah. Proses
berkaitan dengan pindah milik,
tukar syarat dan pemecahan
tanah yang bergeran atau
lease. Mengikut Tekad
Pemedulian Orang Ramai
(TPOR) yang ada sekarang
akan mengambil masa selama
6 bulan tapi masih terdapat
permohonan seperti di atas
mengambil masa lebih dari 6
bulan, kadang-kadang
memakan masa sehingga
setahun atau lebih untuk
diluluskan. Dicadangkan
supaya proses yang ada
sekarang dapat
dipermudahkan agar lebih
nampak efisien.
Jawapan:
Mengenai proses pindah milik dan tukar
syarat, Kementerian Pembangunan
melalui Jabatan Tanah sentiasa berusaha
untuk memudahkan dan mempercepatkan
proses berkenaan. Pada masa ini, TPOR
bagi proses berkenaan adalah tidak
melebihi 6 bulan walau bagaimanapun,
kadang-kadang terdapat permohonan-
permohonan yang bermasalah yang mana
mungkin mengambil masa yang lebih
lama.
Mengenai proses pemecahan tanah yang
bergeran atau lease, kerja-kerja ini adalah
tertakluk kepada Juruukur berlesen yang
melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Setelah cadangan pemecahan dihadapkan
kepada Pihak Layak Yang Berkuasa
Pemecahan dan Penyantuman Tanah
(yang dipengerusikan oleh Juruukur
Agung) dan diluluskan, barulah kerja-kerja
pengukuran dibuat sebelum tanah
didaftarkan di Jabatan Tanah.
Secara keseluruhannya, pihak
Kementerian Pembangunan melalui
jabatan-jabatan yang berkenaan sedang
berusaha untuk mengadakan permohonan
secara online. Memandangkan
kebanyakkan proses membabitkan
beberapa jabatan (contohnya permohonan
tukar syarat) maka penyelerasan perlu
dibuat supaya proses berkenaan teratur
dan mengikut undang-undang dan garis
panduan yang berkuatkuasa.
ii) Tukar nama tanah TOL. Sebelum
ini tukar nama atau pemilik
tanah TOL yang ada aset di
atasnya iaitu rumah contohnya
kalau pertukaran itu daripada ibu
kepada anak yang warganegara
Brunei Darussalam atau
penduduk tetap tidak
mempunyai sebarang masalah
ianya dibenarkan tetapi pada
akhir-akhir ini, kaola
dimaklumkan perkara tersebut
tidak lagi dibenarkan. Kaola
memohon penjelasan dalam
perkara ini.
Jawapan:
Seperti yang diterangkan pada sesi
jawatankuasa sebelum ini, tanah Lesen
Tumpang Sementara atau TOL telah
dibekukan bermula pada tahun 2008 bagi
semua jenis kegiatan sementara dasar
789
TOL baru didraft. Pada tahun 2011, satu
dasar baru telah dikeluarkan yang mana
membukaan permohonan TOL untuk
kegunaan perniagaan, perindustrian,
sekolah dan site office sahaja manakala
TOL bersyaratkan perumahan, pertanian,
bangunan kebajikan dan lain-lainnya tidak
lagi diterima.
Walau bagaimanapun, Kementerian ini
maklum mengenai terdapatnya tanah-
tanah TOL yang mempunyai aset seperti
rumah kediaman yang dipohonkan untuk
diambil alih oleh ahli keluarga yang
terdekat. Perkara tersebut telah pun
diberikan pertimbangan oleh Kementerian
Pembangunan bagi tanah-tanah TOL yang
berkenaan asalnya dikeluarkan sebelum
pembekuan iaitu tahun 2008. Mana-mana
permohonan terutamanya TOL yang baru
dan dipohonkan selepas tahun 2008 masih
lagi dalam penelitian pihak Kementerian
Pembangunan. Ini adalah memandangkan
Kerajaan telah merancang untuk
menyelaras penggunaan tanah-tanah
Kerajaan untuk dioptimakan dan
mengenal pasti tanah-tanah yang tidak
lagi sesuai untuk diberikan secara TOL.
Tambahan lagi, Kerajaan juga telah,
sedang dan akan menyediakan
perumahan-perumahan di dalam
Rancangan Perumahan Negara. Sayugia
juga diingatkan bahawa tanah-tanah TOL
tidak boleh dipindah milik kerana ianya
adalah tanah yang diberikan secara lesen
tumpang sementara dan untuk kegunaan
sementara sahaja. Lesen Tumpang
Sementara atau TOL tersebut hanya sah
dari tahun kesetahun dan memang
dipersyaratkan bahawa jika Kerajaan
berhasrat untuk menggunakan tanah
tersebut untuk projek Kerajaan maka
lesen-lesen tersebut boleh dibatalkan.
2. Saranan daripada Yang
Berhormat Awang Haji Jumat bin
Akim, Yang Berhormat Awang
Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad,
Yang Berhormat Orang Kaya Jaya
Putera Dato Paduka Awang Haji
Mohamad Taha bin Abd. Rauf:
Isu-isu RPN (Rancangan Perumahan
Negara
Mengwujudkan kawasan perumahan
di kampung-kampung
Jawapan:
Projek ‘infill scheme’ menyediakan lot-lot
tanah di kawasan tanah kosong di
kampung-kampung telah dilaksanakan di
beberapa kampung seperti Kampung
Madang, Kampung Meragang dan
beberapa buah kampung lagi. Skim infill
ini akan dilaratkan ke kawasan tanah
kosong di kampung lain. Ini termasuklah
penyediaan rumah mengikut tempat
kediaman asal pemohon di kampung
pedalaman. Tapak-tapak yang
bersesuaian di kampung-kampung sedang
dikenal pasti.
3. Soalan daripada Yang Berhormat
Awang Haji Sulaiman bin Haji
Ahad:
Mengenai kegiatan perniagaan di
kawasan perumahan dan
pembesaran jalan belakang ke
Rancangan Perumahan Negara
(RPN) Kampung Rataie.
Jawapan:
Syarat Perumahan RPN yang tidak
membenarkan pemilik rumah menjalankan
kegiatan perniagaan adalah bagi tujuan
mengelakan kesan atau impak yang boleh
menjejaskan kesejahteraan dan
keharmonian kejiranan penduduk
setempat. Kegiatan perniagaan boleh saja
790
menimbulkan kesan bising, menjejaskan
lalulintas dan kebersihan kawasan.
Mengenai kemudahan bagi penduduk RPN
Kampung Rataie menjalankan perniagaan,
dimaklumkan tapak bagi kawasan
perniagaan memang ada disediakan di
kawasan RPN Kampung Rataie. Penduduk
kampung boleh menggunakan tapak ini
bagi maksud menjalankan perniagaan
mereka. Mengenai cadangan untuk
mendirikan gerai jualan, cadangan ini
akan kita usahakan dengan pihak-pihak
berkenaan. Cadangan pembesaran jalan
ke RPN Kampung Rataie akan JKR teliti
dan usahakan.
4. Soalan daripada Yang Berhormat
Awang Haji Jumat bin Akim:
i. Jalan keluar masuk menuju ke
Pusat Kesihatan Bunut dengan
jalan besar supaya akan dapat
dinaik taraf ataupun
dibesarkan bagi melancarkan
perjalanan kenderaan teutama
jika sekiranya ada kecemasan
berlaku.
Jawapan:
Jabatan Kerja Raya, Kementerian
Pembangunan akan mengkaji cadangan
daripada Yang Berhormat Awang Haji
Jumat bin Akim dan akan meningkatkan
jalan laluan berkenaan mengambil kira
keadaan tapak, trafik dan keselamatan
jalan raya untuk melancarkan trafik
terutamanya semasa kesibukan. Kerja-
kerja berkenaan dapat dilaksanakan
melalui kontrak penggal Jabatan Kerja
Raya (JKR) yang sedia ada.
ii. Simpang 4, Jalan Mulaut-
Masin, Jalan Lampaki dan
Jalan Lubuk Sigurun Kampung
Mulaut. Akhir-akhir ini, Jalan
Mulaut/Masin semakin sibuk
dan sesak oleh kenderaan
yang lalu lalang menggunakan
jalan berkenaan terutama
pada waktu pagi, tengahari,
petang dan waktu balik
bekerja. Kesesakan ini
semakin bertambah dengan
adanya ibu bapa dan orang
ramai yang menghantar dan
mengambil anak-anak mereka
ke sekolah dari Pusat
Tingkatan Enam Sengkurong-
Mulaut, Sekolah Rendah
Mulaut, Sekolah Agama dan
sebagainya. Oleh itu penduduk
kampung mencadangkan
supaya lampu isyarat (traffic
light) didirikan di Simpang 4
yang dimaksudkan.
Jawapan:
Jabatan Kerja Raya, Kementerian
Pembangunan juga akan mengkaji
keadaan trafik di simpang berkenaan dan
jika trafik telah melebihi kapasiti simpang
berkenaan, JKR akan memohon
peruntukan tertentu bagi pembaikkan
persimpangan dan pemasangan lampu
isyarat berkenaan.
5. Soalan daripada Yang Berhormat
Dato Paduka Awang Haji Abdullah
bin Haji Mohd. Jaafar:
i. Kaola akan membawa isu
menaik taraf jalan, simpang
jalan (excess road). Antara
syarat bagi menaik taraf
jalan, simpang laluan (excess
road) ialah kawasan tersebut
hendaklah sekurang-kurang-
nya ada 5 buah rumah. Dalam
hal ini, kaola mencadangkan
syarat tersebut dikaji semula
dengan mempertimbangkan
791
sokongan laluan yang kurang
dari 5 buah rumah. Ini
membolehkan semua rakyat
dapat kemudahan yang sama
dengan yang lain.
Jawapan:
Skim bagi menaik taraf simpang-simpang
telah pun diadakan untuk perkembangan
sosio-ekonomi Negara. Sejak RKN ke 6,
sebanyak 862 simpang dalam sepanjang
226 km diseluruh negara telah pun dinaik
taraf.
Syarat utama bagi menaik taraf simpang-
simpang adalah kepadatan simpang
berkenaan mesti melebihi 30 buah rumah
dalam 1 kilometer dan mempunyai
sekurang-kurangnya dalam 5 buah rumah
pada simpang berkenaan. Walaupun
syarat kepadatan masa ini amat tinggi,
sejumlah lebih 360 simpang yang
memenuhi syarat berkenaan adalah dalam
giliran untuk dinaik taraf, tertakluk kepada
peruntukan yang diluluskan.
Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja
Raya, Kementerian Pembangunan
menyedari bahawa kepadatan di Daerah
Tutong dan Daerah Temburong adalah
kurang jika dibandingkan dengan Daerah
Brunei dan Muara, maka syarat-syarat
bagi menaik taraf simpang di daerah-
daerah berkenaan akan direview semula
demi untuk kebaikan penduduk-penduduk
di daerah-daerah tertentu.
ii. Sehubungan dengan ini juga,
kaola cadangkan jalan kecil
Bukit Panggal yang
menghubungkan Jalan Tutong
ke Lebuh Raya Muara-Tutong
dapat dilebarkan dan
seterusnya dinaik taraf kerana
jumlah kereta yang
menggunakan jalan tersebut
setiap hari meningkat.
Dicadangkan supaya dibina
flyover bagi menyeberangi
jalan kerana mengunakan
pusingan U-turn yang ada
sekarang adalah berbahaya.
Jawapan:
Satu perancangan sedang dalam kajian
oleh pihak BEDB untuk mengadakan
kemajuan industri di kawasan Bukit
Panggal. Kajian berkenaan akan termasuk
juga perancangan menaik taraf jalan dari
Lebuhraya hingga ke Jalan Tutong lama
dan perancangan bagi sebuah jejambat di
persimpangan Lebuhraya Jalan Bukit
Panggal. Maklumat-maklumat
perancangan berkenaan mungkin dapat
dikongsikan selepas perancangan
berkenaan siap selesai nanti.
6. Yang Berhormat Awang Haj
Sulaiman bin Haji Ahad:
i. Kaola mencadangkan supaya
benteng tebing Sungai
Temburong di Pekan Bangar,
yang sudah ada pada masa ini,
akan dapat dipertimbangkan
untuk disambung hingga ke
hujung Kampung Menengah
sebagai benteng menahan air
bah yang deras bila musim
tengkujuh dan bagi
mengelakkan hakisan tanah
atau tanah runtuh yang akan
melibatkan rumah-rumah yang
berdekatan dengan tebing
sungai penduduk kampong
yang berkenaan.
Jawapan:
792
Dalam jangka masa panjang, projek
saliran bagi penyambungan benteng
penahan air tebing Sungai Temburong
dari Pekan Bangar ke hujung Kampung
Menengah adalah termasuk dalam
perancangan Jabatan Kerja Raya,
Kementerian Pembangunan di bawah
senarai Skim Rancangan Kemajuan Ke-11.
ii. Dicadangkan jalan kedua
dibina dari Kampung Ratie,
Mukim Bokok menunju ke
Kampung Peliunan, Mukim
Bangar Temburong. Diusulkan
supaya ada jalan alternative
jika berlaku banjir kilat di
kampung dan mukim tersebut
dan sebagai jalan pintas ke
Pekan Bangar.
Jawapan:
Laluan jalan alternative ini belum terdapat
dalam rancangan Kementerian
Pembangunan. Namun demikian, usul ini
akan diteliti kesesuaiannya
memandangkan kawasan yang akan
dilalui adalah merentasi bukit tinggi dan
memerlukan kajian terperinci.
iii. Dicadangkan supaya mesin
memproses aspal diadakan
di Daerah Temburong
bagi kemudahan dan
mempercepatkan lagi kerja-
kerja membaiki kerosakan dan
menaiktaraf jalan-jalan raya
di Daerah ini.
Jawapan:
Perkara ini adalah tertakluk kepada situasi
pasaran. Kontraktor-kontraktor akan
melabur dalam penyediaan mesin
memasak asphal jika kerja-kerja
pembinaan dan pemeliharaan berlaku
semasa kontraktor melaksanakan
pelebaran Jalan Puni ke Pos Kawalan
Labu. Walau bagaimanappun, selepas
projek siap dilaksanakan, mesin memasak
asphal di keluarkan daripada Daerah
Temburong kerana jumlah penggunaan
asphal bagi pemeliharaan adalah cuma
sedikit saja. Jabatan Kerja Raya akan
sentiasa memastikan langkah-langkah
berpatutuan diambil oleh pihak kontraktor
supaya kualiti asphal yang dibekalkan dari
Daerah Brunei dan Muara adalah
memenuhi spesifikasi bagi kerja-kerja
pemeliharaan jalan raya di Daerah
Temburong.
iv. Kaola sukacita mencadangkan
supaya jalan kecil Kampung
Peliunan, Mukim Batu Apoi,
memerlukan pembaikan dan
dinaik taraf kerana jalan raya
yang ada pada masa ini terlalu
kecil bagi laluan dua buah
kenderaan bila bertembung
dan jalan raya berkenaan
banyak rosak dan berlubang-
lubang.
Jawapan:
Jabatan Kerja Raya, Kementerian
Pembangunan akan mengadakan
pemeriksaan atas jalan berkenaan dan
mengambil tindakan yang bersesuaian. Di
samping itu pihak Jabatan Kerja Raya juga
akan menilai jalan berkenaan untuk tujuan
pembaikannya.
Walau bagaimapun, implemantasi
pembaikannya adalah tertakluk kepada
keutamaan dan kebenaran peruntukan.
793
JAWAPAN KEPADA SOALAN-
SOALAN JAWAB MULUT YANG
DIJAWAB SECARA BERTULIS
DARIPADA YANG BERHORMAT
MENTERI PENDIDIKAN:
7. Soalan Yang Dibawakan Oleh
Yang Berhormat Awang Haji
Tahamit Bin Haji Nudin:
“Aduan dari pelajar-pelajar yang
mengikuti pengajian di luar negeri,
mengenai pemberitahuan kelayakan
menerima biasiswa dari pihak Kerajaan.
Ada segelintir pelajar hanya mengetahui,
mereka akan belajar ke luar negeri sehari
sebelum bertolak ke luar negeri.”
Jawapan:
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin
Haji Nudin di atas keprihatinan beliau
dalam mengetengahkan isu kelambatan
pemberitahuan biasiswa kepada pemohon
yang berjaya.
Kementerian Pendidikan mengambil
maklum bahawa isu ini adalah penting dan
perlu diberikan perhatian serius. Adalah
dimaklumkan pada masa ini pihak
Kementerian sedang berusaha keras untuk
memperbaiki perkara ini dengan
mengambil langkah-langkah strategik
untuk menilai dan merebiu lagi proses-
proses, tatacara, syarat-syarat
permohonan dan pemilihan biasiswa yang
sedia ada. Ini adalah untuk memastikan
perjalanan seorang pemohon biasiswa itu
lancar dimana pemberitahuan keputusan
biasiswa akan dapat dibuat lebih awal
daripada tarikh berangkat ke luar negara.
Kementerian Pendidikan mengambil
maklum bahawa persiapan untuk ke luar
negara adalah mencabar dan memakan
masa seperti permohonan visa,
pemeriksaan kesihatan dan urusan tiket
pelayaran. Di samping itu, para pemohon
juga perlu untuk sampai ke negeri
destinasi pada masa yang awal dan sesuai
untuk urusan tempat tinggal, membuka
akaun bank, menghadiri orientasi,
pendaftaran universiti dan sebagainya,
jesteru ini, beberapa Student Unit di
bawah Kementerian Pendidikan memang
telah ada beroperasi di negara-negara
tertentu bagi memastikan kelancaran
kedatangan para penuntut kita ke negara-
negara tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam telah bertitah
pada Majlis Bersama Rakyat dan
Penduduk Negara Brunei Darussalam yang
berada di United Kingdom dan Ireland
pada bulan Disember 2013 bagi satu polisi
dermasiswa baru dibentuk bagi
mempastikan calon-calon penerima
biasiswa kerajaan adalah benar-benar
layak. Ini adalah bagi memastikan isu
mismatch tidak berlarutan dan
memastikan pelaburan Kerajaan selama
ini membuahkan hasil atau Return on
Investment (ROI) yang maksima.
Adalah juga dimaklumkan bahawa satu
‘Jawatankuasa Ad Hoc bagi Meneliti Skim-
Skim Biasiswa Di Negara Brunei
Darussalam’ telah ditubuhkan untuk
merebiu dasar dan menilai pelbagai isu
berkaitan biasiswa demi menambahbaik
lagi proses dan pemilihan biasiswa.
Alhamdulillah, berkaitan dengan perkara
biasiswa ini juga, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darissalam telah memperkenankan
penubuhan satu Badan Khas yang
bertanggungjawab menyediakan dasar
perancangan sumber tenaga manusia
794
(manpower planning). Tujuan utama
Badan Khas Sumber Tenaga Manusia ini
ditubuhkan adalah untuk memadankan
permintaan dan bekalan bagi kemahiran
(demand and supply for skills) dalam
pembangunan ekonomi berdasarkan tahap
sedia ada dan anggaran keperluan masa
depan.
Apa yang lebih penting, Badan Khas ini
akan membolehkan projeksi keperluan
sumber tenaga manusia yang boleh
digunakan sebagai panduan untuk
menawarkan biasiswa menurut bidang
dan bilangan selaras dengan keperluan
sebenar sumber tenaga manusia di negara
ini.
Insya Allah, penganugerahan biasiswa
oleh Kementerian Pendidikan akan
dijalankan dengan lebih strategik, selaras
dengan keperluan Negara dan diberikan
kepada yang benar-benar layak
menerima. Kita perlulah juga ingat dan
faham bahawa biasiswa bukanlah satu hak
(right) tetapi adalah satu keistimewaan
bagi mereka yang betul-betul layak.
8. Yang Berhormat Awang Haji
Ramli bin Haji Lahit:
Adakah perancangan supaya herba-
herbaan hutan negara ini termasuk
dalam kajian saintifik untuk
mengenal pasti kandungan dan
khasiatnya? Kerana di bawah Skim
Insentif Pendidikan Brunei,
peruntukan $5 juta disediakan untuk
meningkatkan aktiviti penyelidikan
dan pembangunan R&D (Research
and Development).
Jawapan:
Kaola ingin merujuk pertanyaan dari Yang
Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit
mengenai penyelidikan dalam bidang
perubatan herba atau herbal medicine
sebagaimana dititahkan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam di Majlis Konvokesyen
Universiti Brunei Darussalam pada tahun
2011. Penyelidikan-penyelidikan herba
termasuk perubatan herba ada dijalankan
di Universiti Brunei Darussalam di mana
ianya adalah salah satu program
penyelidikan di bawah penyelidikan
Biodiversity. Adalah dimaklumkan bahawa
Biodivesity adalah salah satu bidang
penyelidikan niche bagi Universiti Brunei
Darussalam. Bidang penyelidikan nichle
lain di Universiti Brunei Darussalam
termasuk tenaga, agrotechnology,
Kewangan dan Tabdir Urus Islam dan
Pengajian Asian.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat
jua, penyelidikan Biodiversity di Universiti
Brunei Darussalam merentasi disiplin dan
dijalankan oleh beberapa fakulti dan pusat
penyelidikan terutama sekali oleh Institute
of Biodiversity and Environment Research.
Institut ini adalah institut antarabangsa
dan aktif dalam aktiviti-aktiviti
penyelidikan dan pendidikan kerjasama
termasuk dalam pertukaran pelajar-pelajar
bersama institut-institut terkemuka seperti
Priceton University, Cambridge University,
New York Botanical Garden dan lain-lain
lagi. Universiti Brunei Darussalam adalah
juga pengasas, pengerusi dan sekretariat
bagi rangkaian universiti-universiti
antarabangsa yang dikenali sebagai iCUBE
iaitu International Consortium of
Universities in the study of Biodiversity
and Environment. Ahli-ahli lain dalam
rangkaian ini adalah National University of
Singapore, Kings College London, Monash
Unversity di Australia, Auckland University
di New Zealand, Korea University, Bonn
795
University di Germany dan University of
North Carolina at Chapel Hill di Amerika
Syarikat.
Menyentuh penyelidikan khusus kepada
perubatan herba atau herbal medicine
pula, ada terdapat beberapa projek yang
merentasi beberapa disiplin di bawah
penyelidikan ini. Dana dari Majlis
Penyelidikan Brunei (Brunei Research
Council) bagi penyelidikan ini adalah
sebanyak $6.25 juta dan $750,000 lagi
diperuntukan bagi pengeluaran paten hasil
dari penyelidikan ini.
Universiti Brunei Darussalam berkolabarasi
dengan beberapa institusi antarabangsa
dalam penyelidikan ini termasuk G STEP
dari Korea, Universiti Malaya, dan baru-
baru ini Osaka University. Skop
penyelidikan perubatan herba adalah luas
dari takat penggunaan herba sebagai ubat
di kalangan masyarakat melayu ke
penyelidikan yang melibatkan
bioprospecting bagi mengkaji herba-herba
yang terdapat di Brunei untuk
kegunaannya dalam perubatan tradisional.
Ada terdapat 68 jenis herba tempatan
yang sedang dalam kajian dan ini
termasuk pengaga, bunga kunyit, pucuk
pawas dan ginseng Brunei. Skop
penyelidikan herba meliputi beberapa
jenis kajian termasuk kajian aktiviti anti-
oxidant dan kajian kandungan bio active
compounds. Selain dari itu, extract dari
herba juga sedang dikaji bagi
kegunaannya dalam perubatan seperti
selepas besalin dan penyakit kencing
manis. Di sini juga perlu dimaklumkan
bahawa penyelidikan sains yang
membawa faedah kepada manusia
selalunya mengambil tempoh yang lama.
Walau bagaimanapun, setakat ini
beberapa perkembangan didapati di mana
contohnya ada herba yang dilihat
mempunyai kemampuan untuk
menumbuhkan semula sel (cell
regeneration) dari organ pancreas dalam
tikus dan ini adalah berpotensi untuk
perubatan bagi kencing manis.
Program penyelidikan ini juga berhasrat
untuk membangun kapasiti tenaga
kepakaran terutama sekali anak tempatan
kita. Pada masa ini, ada terdapat 4
pelajar di tahap PhD dan 3 pelajar di
tahap Sarjana selain daripada beberapa
researcher fellows yang lain. Selain dari
ini, Fakulti Sains juga akan menawarkan
pengkhususan dalam bidang Biochemistry
and Molecular Biology di peringkat Sarjana
Muda di mana pendidikan dan
penyelidikan herba akan dimasukkan.
PENJELASAN TAMBAHAN DARIPADA
YANG BERHORMAT MENTERI
PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-
SUMBER UTAMA:
“Kampung Tanjung Maya, sering dibanjiri
dan kemasukan air-air masin ataupun
air pasang daripada laut ini
menjejaskan pengusaha-pengusaha
daripada mendapatkan pengeluaran yang
tinggi. Di Lamunin ini akan kaola lihat
macam mana kesesuaiannya, tetapi
memang dikesan Kampung Tanjung Maya
itu, air daripada laut telah mula menaiki
kawasan atasan kawasan ulu di Sungai
Tutong. Kaola pada masa ini, dengan
bantuan ITB membuat kajian tentang
macam mana usaha untuk mengurangkan
kemasukan air masin dari laut ke sungai-
sungai di Tutong itu. Walau macam
manapun, Yang Berhormat tadi telah
mencadangkan supaya diusahakan
dengan pokok-pokok rumbia.
Di Lubuk Gusih, 4 tahun lalu telah dibuka
dan ini akan diusahakan untuk dijadikan
796
tempat pengeluaran yang melibatkan
kerjasama dengan ITB terutamanya
tentang mendatangkan pengaliran air dan
sebagainya dan mengurangkan kesan-
kesan kemasukan air pasang air masin
dari laut ke kawasan-kawasan tersebut.”
JAWAPAN TAMBAHAN DARIPADA
YANG BERHORMAT MENTERI
PENDIDIKAN:
Kaola ingin memberi jawapan tambahan
mengenai soalan dari Yang Berhormat
Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengenai
usaha untuk mengurangkan air masin dari
laut ke sungai-sungai di Tutong. Adalah
dimaklumkan bahawa Institut Teknologi
Brunei dan Kementerian Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama ada menjalankan
penyelidikan pengairan padi. Ianya
melibatkan beberapa ahli akademik dan
pembantu penyelidik (research assistants)
lepasan diploma yang termasuk anak
tempatan. Projek Pengairan Padi ini
dibaiyai oleh Majlis Penyelidikan Brunei
(BRC) dengan dana penyelidikan sebanyak
B$613,460.
Penyelidikan ini berfokus kepada skim
padi di Lubok Gusih yang terletak di
Mukim Kiudang dengan keluasan hampir
55.9 hektar. Kawasan padi adalah rata
dan berpaya dan berhampiran dengan
Sungai Birau. Kawasan ini mempunyai
masalah dengan pengairan di mana:
1) Bekalan air tidak mencukupi;
2) Hanya kawasan padi berhampiran
dengan sungai sahaja yang dapat
menerima pembekalan air;
3) Kemarau selama 1-2 bulan boleh
menyebabkan air dari laut masuk
sungai dan terus ke kawasan
tanaman padi, seterusnya
menyebabkan penanaman padi
diberhentikan untuk seketika; dan
4) Di waktu hujan lebat, saliran akan
tersekat menyebabkan padi
tenggelam oleh air yang
bertekung.
Penyelidikan adalah untuk menyelesaikan
masalah-masalah tersebut dengan
membentuk struktur pengawalan yang
dipanggil Sluice Gates. Pagar ini
digunakan untuk mengawal dan menyukat
kadar aliran air di dalam sungai dan
terusan terbuka. Sluice gate perlu
disimpan tinggi apabila air dalam keadaan
rendah. Bagi mukim ini, 2 reka alternatif
telah dicadangkan:
1) Empangan direka-bentuk di mana
tahap crest sama dengan air
pasang;
2) Empangan rendah dengan sluice
gate.
Fasa penyelidikan seterusnya adalah
untuk mereka-bentuk Sluice Gate secara
terperinci dan keberkesanan kos atau cost
effectiveness pengendaliannya. Projek
yang bermula April 2010 akan dijangka
selesai April 2014.
Hari Selasa, 16 Jamadilawal 1435 / 18
Mac 2014 (Pagi)
9. Yang Berhormat Dato Paduka
Awang Haji Abdullah bin Haji
Mohd. Jaafar:
Pada masa ini, terdapat empat buah
institusi pengajian tinggi, tiga di
Kementerian Pendidikan dan satu di
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Kaola difahamkan, aktiviti-aktiviti
para ahli akademik adalah
pengajaran (teaching) menyediakan
penyelidikan dan juga sumbangan
797
kepada masyarakat. Sukacita ingin
mengetahui:
i. Adakah kriteria-kriteria bagi
kenaikan pangkat bagi para ahli
akademik di empat institusi ini,
seragam atau berlainan?; dan
ii. Apakah kriteria-kriteria bagi
kenaikan pangkat para ahli
akademi ke Profesor Madya?
Berapa banyak pendidikan yang
diperlukan untuk kenaikan
pangkat ini? Adakah para ahli
akademi ini menerbitkan hasil
penyelidikan mereka di jurnal
tempatan dan di luar Negara?
PENJELASAN TAMBAHAN DARIPADA
YANG BERHORMAT MENTERI
PENDIDIKAN:
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin
memberikan penjelasan tambahan untuk
soalan yang ditimbulkan oleh Yang
Berhormat Dato Paduka Haji Awang
Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar mengenai
kriteria-kriteria kenaikan pangkat bagi ahli
akademik di Institusi Pengajian Tinggi.
Alhamdulillah, kaola dengan ini
memaklumkan bahawa melalui surat Yang
Mulia Timbalan Menteri Kewangan
bilangan KKW/MKII/24 bertarikh
4 Jamadilawal 1435 bersamaan 6 Mac
2014, menyatakan bahawa Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam telahpun memperkenankan
skim baru – Skim Perkhidmatan Tenaga
Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam
(SPTA). SPTA ini adalah untuk kesemua
institusi-institusi pengajian tinggi di Brunei
Darussalam, iaitu UBD, ITB, UNISSA dan
KUPUSB.
Pengemaskinian skim ini adalah bertujuan
bagi:
1. Menyediakan satu skim
perkhidmatan yang lebih
kompetitif untuk berdaya-saing
bagi menarik tenaga akademik
yang berkualiti tinggi dalam
semua peringkat, setanding
dengan yang terdapat di
institusi-institusi pengajian
tinggi antarabangsa;
2. Menaik taraf kelayakan tenaga
akademik untuk memastikan
mereka sentiasa relevan dan
diperkembangkan dari segi
keupayaan;
3. Penyediaan insentif yang
kompetitif bagi menarik tenaga
akademik yang diperlukan
didalam bidang-bidang strategik
termasuk klinikal dan
professional, diantaranya, dari
kalangan tenaga akademik
antarabangsa yang berkelayakan
dan berpengalaman;
4. Menyediakan aliran peringkat
rendah iaitu Penolong Pensyarah
sehinggalah ke peringkat
profesor dengan kemudahan
tanggagaji yang kompetitif
bagi menggalakkan dedikasi
perkhidmatan di dalam
pengajaran dan penyelidikan;
5. Menekankan kepada kelayakan-
kelayakan akademik dan
profesional serta KPI yang perlu
dipenuhi oleh tenaga akademik
bagi kemajuan di sepanjang
aliran kerjaya tenaga akademik;
dan
798
6. Mewujudkan aliran kerjaya
(career path) yang seimbang
dan selaras dengan jawatan,
insentif, kelayakan dan
kedudukan tanggagaji yang
tidak bertindih.
Dalam SPTA baru ini, kenaikan
pangkat ahli-ahli akademik pada
setiap peringkat akan perlu
mencapai KPI yang sediakan
berasaskan kepada tiga kriteria,
iaitu 1) Pengajaran, 2)
Penyelidikan dan Penerbitan, dan
3) Servis (kepada universiti,
masyarakat dan negara, termasuk
servis di peringkat antarabangsa).
Perlu ditekankan di sini bahawa
hanya ahli-ahli akademik yang
betul-betul berkelayakan akan
beralih ke Skim Baru. Mereka yang
tidak memenuhi kriteria akan
masih bertahan dalam skim lama,
sehinggalah mereka memenuhi
kriteria-kriteria perpindahan.
Di sini kaola ingin memetik Titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam
di Majlis Konvokesyen UBD ke-21,
pada 12 Zulkaedah 1430 Hijrah
bersamaan dengan 31 Oktober
2009:
“Beta juga mahu melihat
peningkatan jumlah tenaga
akademik tempatan yang
berjawatan Pensyarah Kanan
dan Profesor Madya. Namun
dalam pada itu, kita tidak
menggalakkan hanya untuk
meningkat semata-mata,
tetapi peningkatan mestilah
betul-betul menepati kriteria
kelayakan, sebagaimana yang
diamalkan oleh universiti-
universiti yang berprestij di
dunia.
Maka untuk itu, calon-calon
Pensyarah Kanan dan Profesor
Madya itu hendaklah betul-
betul memenuhi syarat-syarat
yang diperlukan, diantaranya
mesti kreatif dan gigih
melakukan penyelidikan-
penyelidikan serta
menghasilkan karya-karya
penulisan yang bermutu.
Semua ini akan turut menjadi
sukat-sukat kepada tahap
kualiti mereka. Tanpa
penyelidikan dan hasil-hasil
kreatif itu, maka akan
sukarlah untuk kita bercakap
mengenai kualiti.”
Pelbagai strategi juga
akan diusahakan bagi
memperkembangkan keupayaan,
kepakaran dan kemahiran ahli-ahli
akademik bukan sahaja untuk
memberikan kesempatan untuk
mereka beralih ke Skim Baru ini,
terutamanya di kalangan ahli
akademik ini. Di UBD misalnya,
pelbagai inisiatif dan insentif telah
dilaksanakan bagi memangkin
produktiviti ahli-ahli akademinya,
serta memantapkan keupayaan
mereka. Inisiatif-inisiatif ini akan
dilaratkan ke Institusi-institusi
pengajian tinggi yang lain.
Inisiatif ini termasuk:
1. Pemberian dana dan cuti
penyelidikan (research grants
and leave);
799
2. Penyediaan program-program
latihan perkembangan
akademik, seperti bengkel-
bengkel pengajaran, penulisan,
perisian dan keadah-kaedah
penyelidikan yang inovatif;
3. Pemberian cuti sabatikal,
temasuk program latihan
lepasan pasca-kedoktoran
(post-doctoral training) ;
4. Pemberian atau milik-sama
hak-hak penyelidikan, seperti
Hak-Hak Harta Intelek
(Intellectual Property Rights),
Paten-paten (patents) dan
Royalti (Royalties) ;
5. Pemberian anugerah-anugerah
cemerlang seperti Anugerah
Pengajar Cemerlang (Teaching
Excellence Award) dan
Anugerah Penyelidik Cemerlang
(Research Excellence Award).
JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS
DARIPADA YANG BERHORMAT
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA
DAN SUKAN:
10. Yang Berhormat Awang Haji
Mohd. Shafie bin Ahmad:
i. Mengenai succession
planning, melalui
pemerhatian bahawa
jawatan Timbalan
Setiausaha Tetap di
Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan sudah
setahun tidak diisi.
Sepatutnya tidak dibiarkan
kosong (sekadar menarik
perhatian Dewan sahaja).
Jawapan:
Sukacita menarik perhatian
Yang Berhormat jua bahawa
jawatan Timbalan Setiausaha
Tetap adalah merupakan antara
jawatan yang paling kanan dan
pengisiannya adalah berbeza
dari jawatan yang lain yang
memerlukan penelitian yang
rapi. Lantikan Timbalan
Setiausaha Tetap ini juga bukan
semata-mata bidang kuasa
kementerian tetapi juga agensi-
agensi yang lain dan
sememangnya pihak
kementerian memberikan
perhatian mengenai perkara ini.
ii. Apakah status isu-isu sosial
terkini yang dibincangkan
oleh Majlis Kebangsaan Isu
Sosial, khususnya penilaian
yang dibuat serta
perkembangan mengenai
langkah-langkah yang telah
diambil ke atas pelan
tindakan untuk menangani
isu-isu sosial di negara ini?
Jawapan:
Majlis Kebangsaan Isu Sosial
telah mengenal pasti 11 isu
sosial utama yang perlu
ditangani iaitu kemiskinan,
rumah daif, pekerjaan sekuriti
sosial, mentaliti masyarakat,
kegiatan kurang bermoral,
jenayah, isu wanita, keluarga,
orang berkeperluan khas dan
warga emas.
Bagi menangani isu ini,
beberapa jawatankuasa khas
yang diterajui oleh beberapa
800
agensi dalam kerajaan sedang
dan telah meluluskan pelan
tindakan masing-masing.
Walau bagaimanapun, bagi
jawatankuasa khas di bawah
Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan seperti
Jawatankuasa Khas Institusi
Keluarga dan Isu Wanita,
Jawatankuasa Khas Isu Warga
Emas dan Orang Berkeperluan
Khas dan Jawatankuasa Khas
Kemiskinan telah pun
meluluskan pelan-pelan
tindakan masing-masing dan
sedang melaksanakannya.
Kementerian ini bersedia untuk
memberikan taklimat kepada
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang
berminat mengenainya.
iii. SMRC – mempersoalkan
mengenai jawatan-jawatan
di SMRC untuk diisi atau
diambil alih oleh
(menerajui) anak-anak
tempatan yang mempunyai
kelulusan Sports Science.
Jawapan:
Kelulusan belumlah mencukupi
untuk menjadi pakar dalam
bidang sains sukan. Ianya
memerlukan pengalaman dan
latihan-latihan lanjutan dan ini
mengambil makan jangka masa
yang panjang. Mengenai
dengan bidang ini, anak-anak
tempatan lebih berminat untuk
menjadi pegawai atau pakar
perubatan di
Kementerian Kesihatan. Walau
bagaimanapun, pada masa ini 2
kekosongan jawatan bagi
Pegawai Perubatan di SMRC
sedang dalam proses
pengiklanan dan 2 jawatan
Physiotherapist, dalam proses
temuduga. Daripada
pengalaman, profesi dalam
bidang dukungan sains sukan
seperti bio mechanic, exercise
physiologist adalah kurang
menarik dalam mana banyak
mereka yang telah diambil
menjawat jawatan-jawatan
tersebut telah berhenti apabila
mendapat tawaran yang lebih
baik di tempat lain. Ini
disebabkan skim perkhidmatan
jawatan-jawatan berkenaan
adalah merupakan sebagai
jawatan sementara (non
established post) dan pihak
Kementerian akan terus
berusaha untuk mendapatkan
sebagai jawatan tetap.
iv. Memohon mengongsikan
penilaian yang telah dibuat
oleh Majlis Kebangsaan Isu
Sosial ke atas hasil kajian
atau dapatan mengenai
kemiskinan yang telah
dibuat oleh ZD Consultant,
khususnya yang boleh
diguna pakai oleh majlis
sebagai pelan tindakan
atau garis panduan untuk
menangani isu kemiskinan
di negara ini.
Jawapan:
Mengenai kajian kemiskinan
di Negara Brunei Darussalam,
pihak konsultan telah
mengemukakan pelan tindakan
yang menyeluruh dan
bersepadu bagi mempercepat-
801
kan usaha mengeluarkan
orang-orang miskin dari
belenggu kemiskinan yang
mana terbahagi kepada 3
peringkat yang perlu
dilaksanakan serentak iaitu:
Peringkat Individu
Peringkat Masyarakat
Peringkat Kerajaan
Dalam hal ini, beberapa
tindakan telah dan sedang
dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Khas Kemiskinan
yang dipengerusikan oleh Yang
Berhormat Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan
iaitu:
a) Di peringkat masyarakat,
usaha-usaha sektor
persendirian, organisasi-
organisasi masyarakat sivil
dan organisasi akar umbi
menyokong dasar-dasar
Kerajaan melalui
tanggungjawab korporat
sosial dan masyarakat sivil
dalam membantu merubah
kehidupan orang-orang
miskin. Satu contoh adalah
One Village One Product di
bawah Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri, yang
mana bertujuan untuk
mengiatkan budaya motivasi
diri dan sara diri di kalangan
penduduk tempatan dan
seterusnya membuka ruang
dan peluang pekerjaan,
meningkatkan pendapatan
keluarga dan memperbaiki
taraf kehidupan dan
seterusnya mengurangkan
kadar kemiskinan.
b) Di peringkat kerajaan, usaha-
usaha menangani kemiskinan
melibatkan penyertaan pelbagai
agensi yang antaranya
termasuk meningkatkan
pelaburan dalam sumber
tenaga manusia, peningkatan
kapasiti para penganggur /
pencari kerja, menyediakan
persekitaran yang kondusif bagi
meningkatkan penghasilan dan
peluang-peluang pekerjaan,
penyediaan mikro kredit,
pengukuhan public private
partnerships dan mempromosi
tanggungjawab sosial korporat.
Jawatankuasa Khas Kemiskinan
akan terus berusaha bagi
integrasi inisiatif-inisiatif
pembasmian kemiskinan yang
mana termasuk streamlining
semua bantuan sosial,
pengurusan kemiskinan dan
program-program pembasmian
kemiskinan.
c) Di peringkat individu, usaha-
usaha berterusan telah dibuat
untuk merubah minda dan
mengangkat keberdayaan
individu yang lemah agar keluar
daripada kepompong
kemiskinan. Dalam Program
“workfare”, penerima-penerima
bantuan kebajikan bulanan
yang muda dan berkeupayaan
diberikan latihan melalui
Program Perkasa dan Program
Perkasa Komuniti di Pusat
Pembangunan Belia. Di
samping itu, jerayawara dan
taklimat mengenai Pengurusan
Kewangan dan Budaya
Menabung juga telah diadakan
di sekolah-sekolah, kampung-
802
kampung dan mukim-mukim
termasuklah melalui media
elektronik (Telivesyen dan
Radio).
d) Mengenai Kadar Minima Asas
(KMKA) yang dicadangkan oleh
pihak konsultan, pihak
Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan sedang membuat
penyelarasan dengan
mengambil kira hasil kajian
perbelanjaan keluarga yang
akan dibuat oleh pihak Jabatan
Perancangan dan Kemajuan
Ekonomi. Oleh yang demikian,
MKMA belum dapat dikongsikan
pada masa ini.
v. Ingin mengetahui apakah
status isu sosial terkini
yang dibincangkan khusus
mengenai penilaian yang
dibuat dalam menangani
isu sosial (pelan tindakan).
Oleh itu, dicadangkan
untuk dikongsikan hasil
kajian yang telah
dilaksanakan oleh CSPS
mengenai dengan isu sosial
di kalangan belia (dapatan
yang diperolehi daripada
kajian berkenaan).
Jawapan:
Mengenai dengan hasil kajian
mengenai isu sosial di
kalangan belia, pihak CSPS
membuat kesimpulan masalah
tersebut adalah berpunca
daripada masalah keluarga dan
pengaruh rakan sebaya. Dalam
hal ini, Kementerian ini
bersedia memberikan taklimat
kepada Ahli-Ahli Yang
Berhormat yang berminat
mengenainya.
vi. Berapa orang yang
disenaraikan dalam
golongan miskin dan
berapa orang yang telah
dapat dikeluarkan daripada
golongan berkenaan.
Jawapan:
Kadar kemiskinan di Negara
Brunei Darussalam adalah
kemiskinan relatif dan
bukannya kemiskinan tegar.
Walau bagaimanapun, kategori
orang susah di negara ini
adalah mereka yang menerima
bantuan kebajikan bulanan dan
pengagihan wang zakat. Pada
bulan Januari 2014 senarai
5,318 ketua keluarga menerima
bantuan daripada Jabatan
Pembangunan Masyarakat.
Jumlah yang terkeluar daripada
kemiskinan pada masa ini
adalah terlalu sedikit kerana
pelan-pelan yang dilaksanakan
hanya mengeluarkan hasil
dalam tempoh jangka masa
yang panjang.
vii. Ingin mengetahui status
perancangan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan
Sukan mengenai cadangan
penubuhan Pusat
Perkembangan Belia di
Daerah Tutong/Belait.
Jawapan:
Mengenai dengan status
pembinaan Pusat
803
Pembangunan Belia baru bagi
kawasan Daerah Belait dan
Tutong, cadangan ini masih
dalam proses perbincangan
dengan pihak Jabatan
Perancang Kemajuan Ekonomi
(JPKE).
11. Yang Berhormat Awang Haji
Sulaiman bin Haji Ahad:
i. Ingin mengetahui sama
ada tapak Program
Khidmat Bakti Negara
di Daerah Temburong
adalah tanah gazet di
bawah Jabatan Belia
dan Sukan bagi kemudahan
sukan di Daerah
Temburong dan
mempersoalkan sama ada
dengan penubuhan tapak
berkenaan nanti adakah
tidak menjejaskan
prasarana sukan yang akan
dibina.
Jawapan:
Tapak Kompleks Kem Kekal
Program Khidmat Bakti Negara
(PKBN) yang akan dibangun di
Kampung Gadong Baru Mukim
Batu Apoi meliputi tanah seluas
12 ekar dengan bangunan-
bangunan dan kelengkapannya
yang tersendiri. Walau
bagaimanapun, perlaksanaan
pembangunan Kompleks kekal
ini akan diusahakan secepat
mungkin.
Tapak pembinaan kem tetap
PKBN di Batu Apoi itu adalah
tapak yang digazetkan di
bawah Jabatan Belia dan
Sukan. Ketetapan ini dibuat
oleh kerana kem tetap PKBN
perlu dibangunkan seberapa
segera. Tapak yang digunakan
itu akan diganti dengan
memohonkan tapak yang lain.
ii. Jurulatih sukan tempatan
di Daerah Temburong.
Jawapan:
Pada masa ini Jabatan Belia
dan Sukan telah mengaturkan
jurulatih tempatan bagi sukan
pencak silat dan karatedo
secara berjadual ke Daerah
Temburong.
iii. Menyentuh mengenai
dengan perancangan serta
pelaksanaan pelbagai
program dan aktiviti belia
agar selari dengan Perintah
Kanun Hukuman Jenayah
Syariah seperti aktiviti
kebudayaan, kapal belia
dan sebagainya.
Jawapan:
Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan akan sentiasa
mematuhi apa jua garis
panduan yang disediakan oleh
pihak-pihak yang berkuasa di
dalam sama-sama
melaksanakan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah.
Dalam waktu yang sama, pihak
Kementerian sentiasa
menasihatkan peserta-peserta
sukan untuk memakai pakaian
yang bersesuaian. Begitu jua
berkaitan dengan aspek
kebudayaan dan kesenian.
804
Mengenai dengan Program
Kapal Belia, program tersebut
adalah di bawah pengendalian
dan pembiayaan pihak Jepun
dengan menggunakan kapal
kepunyaan Jepun. Walau
bagaimanapun, belia-belia
yang dipilih bagi mewakili
Negara Brunei Darussalam
mengikuti kapal Belia tersebut
diberikan kursus, tunjuk ajar
dan peringatan untuk sentiasa
menjaga imej, maruah dan
identiti sebagai wakil kepada
sebuah Negara Melayu Islam
Beraja.
12. Yang Berhormat Awang Haji
Gapor @ Haji Md. Daud bin
Karim:
i) Bilakah kadar kemiskinan
ini akan dikongsikan?
Setiap berapa tahunkah
kajian kemiskinan
diadakan?
Jawapan:
Pada masa ini, kadar
kemiskinan yang diperolehi
melalui Kajiselidik Kemiskinan
Mengenai Kemiskinan di
Negara Brunei Darussalam
akan diselaraskan dengan hasil
Kajian Perbelanjaan Keluarga
(Houshold Expenditure Survey)
pada tahun 2011. Oleh yang
demikian, perkara ini belum
dapat dikongsikan pada masa
ini.
ii) Jumlah orang-orang miskin
di Negara Brunei
Darussalam?
Jawapan:
Jumlah orang-orang miskin
yang menerima bantuan
kebajikan bulanan pada bulan
Januari 2014 ialah 5318 ketua
keluarga.
iii) Menyentuh mengenai
kenapakah pemenang di
peringkat serantau tidak
mendapat pingat seperti
yang pernah diberikan
kepada pemain bola sepak
Piala Malaysia pada tahun
1999 yang telah
dianugerahkan PJK.
Jawapan:
Dari masa ke semasa,
Kementerian ini menyokong
bagi penganugerahan pingat
kepada para atlet yang telah
mengharumkan nama negara
di arena sukan serantau dan
antarabangsa.
Semasa ucapan mukadimah
Yang Berhormat Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan
juga telah memaklumkan
bahawa sebuah Galeri Sukan
akan dibuka rasmi pada
7 April 2014 sebagai satu cara
untuk memberikan
penghormatan terhadap
pencapaian mereka dalam
sukan.
13. Yang Berhormat Datin Paduka
Dayang Hajah Salbiah binti
Haji Sulaiman:
805
i. Pelan Tindakan Isu
Kemiskinan. Bilakah pelan
ini akan dikongsikan
dengan orang ramai?
Apakah KPI bagi menilai
keberkesannya?
Jawapan:
Pelan Tindakan Membasmi
Kemiskinan telahpun
dimaklumkan dalam majlis-
majlis yang berkaitan dengan
pembasmian kemiskinan dan
ianya memang telahpun
disebarluaskan kepada semua
stakeholders dan agensi-agensi
yang perlu mengambil
tindakan. Ianya juga
disebarluaskan kepada
peserta-peserta seminar,
pekerja-pekerja sosial dan
pihak-pihak yang tertentu.
Pelan tindakan ini memang
sudah dalam proses
perlaksanaan oleh semua
agensi yang bertanggungjawab
bagi aspek-aspek pembasmian
kemisikinan yang tersebut.
KPI bagi menilai keberkesanan
pelan tindakan ini sedang dalam
proses penyediaan atau
penetapan yangmana agensi-
agensi berkenaan diperlukan
untuk menjelaskan kedudukan
pencapaian KPI-KPI tersebut.
ii. Child Online Protection
Framework. Apakah
perancangan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan
Sukan dalam melaksana-
kan COP Frameworks?
Jawapan:
Child Online Protection Framework
baru diserahkan kepada KKBS
sebagai lead agency pada 5hb Mac
2014 daripada AITI, Kementerian
Perhubungan. Pelaksanaanya
akan dikendalikan bersama dengan
semua agensi termasuk AITI.
Perancangan pelaksanaan
seterusnya ialah untuk finalise
terma rujukan Child Online
Protection oleh semua
stakeholders. Antara program
awal, adalah meningkatkan
kesedaran orang ramai terutama
sekali kanak-kanak dan ibu bapa
mengenai risiko mangsa siber.
iii. Perlindungan ke atas
kanak-kanak. Tahun lepas,
terdapat 7 kes penderaan
kanak-kanak dan
meningkat kepada 15 kes.
Terdapat perbezaan dari
segi?
Jawapan:
Kes-kes penderaan kanak-kanak
ditangani mengikut prosedur-
prosedur yang tertentu mengikut
Children and Young Persons Act.
Apabila kes-kes baru diterima,
pihak Jabatan Pembangunan
Masyarakat (JAPEM) akan
memohon interim order yang
mana ianya hanya dibenarkan
untuk menempatkan kanak-kanak
berkenaan di rumah perlindungan
tidak lebih dari 3 hari waktu
bekerja. Dalam tempoh 3 hari
tersebut, berkenaan di rumah
perlindungan tidak lebih dari 3 hari
waktu bekerja. Dalam tempoh 3
hari tersebut, JAPEM dikehendaki
untuk mendapat perintah
perlindungan kekal daripada pihak
806
mahkamah. Pihak Mahkamah
seterusnya akan menilai
kesesuaian mangsa diberi
perlindungan berdasarkan kepada
laporan sokongan daripad JAPEM,
pihak polis dan pihak hospital.
Dalam hal ini, tidak semua kes
yang dirujuk ke pihak hospital,
terutama sekali suspected abuse,
akan diberikan perintah
perlindungan. Dan tidak ada
suspected abuse cases dimasukkan
ke rumah perlindungan tanpa
perintah mahkamah. Setentunya
keutamaan diberikan kepada best
intersest of the child, walau
bagaimanapun tindakan dibuat
berdasarkan akta dan peraturan.
iv. ATOCP patut mendalami lagi
kefahaman mengenai CYPA
supaya lebih berkesan.
Mengenai dengan kefahaman
CYPA supaya lebih berkesan.
Alhamdulillah pada masa ini,
seorang penasihat undang-undang
telah ditempatkan di kompleks
rumah-rumah kebajikan bagi
memberikan nasihat dan
membantu pihak JAPEM dalam
melaksanakan akta ini.
14. Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Maharaja Kerna Dato
Paduka Seri Awang Haji Yaakub
bin Pehin Orang Kaya Maharaja
Diraja Dato Paduka Awang Haji
Zainal:
i. Adakah lepasan dari Pusat
Pembangunan Belia (PPB)
diberikan pekerjaan dalam
Jabatan-Jabatan Kerajaan
atau dicarikan pekerjaan di
sektor swasta?
Jawapan:
Mengenai dengan pertanyaan
samada Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan melalui Pusat
Pembangunan Belia memberikan
pekerjaan di pihak kerajaan.
Sukacita dimaklumkan bahawa
penubuhan Pusat Pembangunan
Belia adalah matlamat untuk
memberikan latihan kemahiran
kepada para belia yang tidak
dapat meneruskan pendidikan
formal. Walau bagaimanapun,
Pusat Pembangunan Belia telah
membuat beberapa inisiatif yang
berkaitan dengan pemasaran
sumber tenaga manusia Pusat
Pembangunan Belia di sektor
swasta seperti:
Melaksanakan Karnival Kerjaya
yang dilaksanakan setiap
tahun dengan menjemput
syarikat-syarikat swasta yang
menawarkan jawatan-jawatan
kosong yang ada di syarikat
mereka dengan mengadakan
temuduga di Pusat
Pembangunan Belia.
Pusat Pembangunan Belia juga
ada melaksanakan projek Kick-
Start yang diadakan bagi
mengumpul semua rakan-
rakan strategik PPB
berdasarkan kursus-kursus
yang ditawarkan di Pusat
Pembangunan Belia dalam
memberikan penerangan dan
kefahaman kepada para
majikan di syarikat swasta
807
untuk menilai kualiti lepasan
Pusat Pembangunan Belia.
Sukacita juga dimaklumkan pada
masa ini, sejumlah 73% lepasan
pelatih Pusat Pembangunan Belia
telah berjaya mendapat pekerjaan
mahupun memulakan perniagaan.
Dalam mukadimah Yang
Berhormat Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan juga telah
memaklumkan bahawa Pusat
Pembangunan Belia akan
memperluaskan lagi kursus-kursus
yang ditawarkan dan Kementerian
ini mengambil perhatian di atas
cadangan Yang Berhormat
tersebut.
Dalam membantu lepasan pelatih
PPB untuk memulakan perniagaan,
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam melalui
Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan telah memperuntukkan
bajet Program Belia Berdikari yang
boleh digunakan untuk membantu
para belia lepasan pelatih Pusat
Pembangunan Belia yang
berkeinginan untuk memulakan
perniagaan. Setakat ini seramai 29
orang telah dikenal pasti untuk
diberikan bantuan kewangan
berbentuk grant bagi fasa 1.
Mengenai dengan cadangan untuk
mengadakan kursus dalam industri
pembinan di Pusat
Pembangunan Belia seperti
menyimin, memasang tile, mencat
dan sebagainya, ianya adalah satu
cadangan yang baik dan akan
dipertimbangkan.
Mengenai dengan cadangan
membukakan kursus seperti
memasak, salon kecantikan bagi
ibu-ibu tunggal pada masa ini,
Pusat Pembangunan Belia memang
ada menerima permohonan
daripada ibu-ibu tunggal yang ingin
mengikuti kursus-kursus seperti
masakan, jahitan, pembuatan kek
dan pastry, solekan melalui
Program Perkasa komuniti.
Program ini akan dilaratkan lagi di
daerah-daerah lain.
808