Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    1/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    SOALAN KERJA KURSUS SCE 3109

    PPG SAINS SEMESTER 5 IPG KAMPUS PERLIS

    ARAHAN : JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH

    TARIKH HANTAR : INTERAKSI 4

    1. Tindak balas kimia dapat dikelaskan kepada dua jenis. Nyatakan kedua-

    duajenis tindak balas ini dan berikan satu contoh untuk setiap tindak balas

    serta lukisrajah aras tenaga bagi setiap satu tindak balas

    i. TINDAKBALAS EKSOTERMIK

    - Tindakbalas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran

    - Tenaga haba yang dibebaskan akan menyebabkan bekas yang menampung tindak

    balas itu terasa panas apabila disentuh dengan tangan.

    - Suhu campuran bahan-bahan tindak balas eksotermik akan menaik.

    Contoh-contoh :

    Tindak balas pembakaran bahan api

    Tindak balas pemendakan

    - Tindak balas penyesaran

    - Tindak balas peneutralan

    - Campuran bahan tindakbalas dan bekas tindakbalas menjadi panas

    - Suhu campuran dan bekas meningkat

    - Tenaga kimia ditukarkan kepada tenaga haba.

    - rajah di sebelah menunjukkan satu eksperimen ringkas untuk mengukur perubahansuhu apabila pepejal kuprum (II) sulfat kontang dilarutkan dalam air.

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 1

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    2/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    GAMBARAJAH ARAS TENAGA BAGI TINDAKBALAS EKSOTERMIK

    Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas eksotermik.

    C (p) + O2 (g) CO2 (g) DH = - 394 kJ

    Perhatikan bahawa kandungan tenaga bahan tindak balas adalah lebih tinggi daripada

    kandungan tenaga hasil tindak balas. Atau aras tenaga hasil tindakbalas lebih rendah

    daripada aras tenaga bahan tindakbalas. Oleh itu, nilai H bagi tindak balas

    eksotermik adalah negatif.

    ii. TINDAKBALAS ENDOTERMIK

    - tindakbalas yang menyerap tenaga haba dari persekitaran.

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 2

    Suhu awal air = 29C

    Suhu akhir larutan = 35C

    Kenaikan suhu = 6C

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    3/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    - rajah dibawah menunjukkan eksperimen ringkas mengukur perubahan suhu

    apabila hablur kuprum (II) sulfat dilarutkan dalam air.

    -

    - dalam tindakbalas ini, tenaga haba diserap daripada persekitaran dan dipindahkan

    dari air kepada hablur kuprum (II) sulfat.

    - tenaga haba dibebaskan ke persekitaran dalam tindakbalas eksotermik ini

    - semasa tindakbalas endotermik berlaku:-

    Haba diserap dan dipindah ke bahan tindakbalas.

    Campuran bahan tindakbalas dan bekas tindakbalas

    menjadi sejuk

    Suhu campuran dan bekas menurun

    Tenaga haba ditukarkan kepada tenaga kimia

    - Contoh-contoh:

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 3

    Suhu awal air = 30C

    Suhu akhir larutan =

    25C

    Penurunan suhu = 5C

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    4/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Penguraian kalsium karbonat apabila dipanaskan dengan

    kuat.

    Melarutkan garam ammonium klorida di dalam air

    GAMBARAJAH ARAS TENAGA BAGI TINDAKBALAS ENDOTERMIK

    Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi suatu tindak balas endotermik,

    CuO (p) + H2 (g) Cu (p) + H2O (ce) DH = +130.5 kJ

    Perhatikan bahawa kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada

    kandungan tenaga bahan tindak balas. Oleh itu, nilai H bagi tindak balas endotermik

    adalah positif.

    1b. Huraikan dengan eksperimen bagaimana anda dapat menentukan haba

    pembakaran bagi satu mol etanol. Dalam penerangan anda nyatakan semua

    langkah berjaga-jaga yang harus di ambil semasa eksperimen ini

    Eksperimen menunjukkan bagaimana haba pembakaran alcohol ditentukan.

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 4

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    5/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Keputusan:

    Pelita

    (minyak tanah)

    LPG

    ( Butane dan

    Propane)

    Lilin Cair

    (wax)

    Suhu awal air (C) 30 29 29Suhu tertinggi air (C) 61 60 59.2

    Pertambahan suhu (C) 31 31 30.2

    Jisim pelita sebelum pembakaran (g) 224.8 469.7 17.5

    Jisim pelita selepas pembakaran (g) 222.1 468.1 16.1

    Jisim bahan api yang terbakar (g) 2.7 1.6 1.4

    PENGIRAAN:

    Anggapan

    Muatan haba tentu air = 4.2 J g-1 C-1

    Ketumpatan air = 1 g cm

    -3

    (a) Menghitung haba yang dibebaskan semasa pembakaran minyak tanah (kerosen)

    dalam eksperimen ini.

    Kenaikan suhu = t2-t1

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 5

    Rajah 3

    termometer

    Pengadang angin

    Kad penebat

    Air

    Bekas kuprum

    Pelita

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    6/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    = 61-30

    = 31C

    Haba yang terbebas semasa pembakaran

    = Jisim air (m) Muatan haba tentu (c) Kenaikan suhu ( T)

    = 200 4.2 31

    = 26040 = 26.04 kJ

    (b) Menghitungkan bilangan mol minyak tanah( kerosen ) yang digunakan dalam

    eksperimen ini.

    C12H26 (ce) + 37/2 O2 (g) 12 CO2 (g) + 13 H2O (ce)

    Jisim minyak tanah (kerosen) yang terbakar

    = m1-m2

    = 224.8 - 222.1= 2.7g

    Jisim molekul relatif minyak tanah (kerosen), C12H26

    = (12 12) + (1 26)

    = 170

    Bilangan mol minyak tanah ( kerosen) yang digunakan

    = Jisim minyak tanah ( kerosen) terbakar / Jisim molekul relatif

    = 2.7 / 170 = 0.0159 mol

    (c) Menghitung haba yang terbebas apabila 1 mol minyak tanah ( kerosen) terbakar.

    Daripada (a) dan (b),

    pembakaran 0.0159 mol minyak tanah ( kerosen) membebaskan 26.04 kJ tenaga haba

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 6

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    7/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Haba yang dibebaskan apabila 1 mol minyak tanah ( kerosen) terbakar

    = 26.04 1/0.0159 = 1637.74 kJ mol-1

    (d) Gambar rajah aras tenaga bagi pembakaran minyak tanah (kerosen) ditunjukkan:

    tenaga

    Langkah berjaga-jaga yang harus di ambil semasa eksperimen ini

    1. Tindakan berikut perlu diambil umtuk mengelakkan kehilangan haba ke persekitaran:

    a) Pengadang asbestos diletakkan di sekeliling bekas kuprum dan tungku kaki

    tiga. Pengadang asbestos melindungi nyalaan pelita daripada gangguan arus

    udara.

    b) Pelita diletakkan di atas bongkah untuk memastikan pelita paling dekat

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 7

    C12H26 (ce) + 37/2O2 (g)

    12 CO2 (g) + 13 H2O (ce)

    =-

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    8/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    dengan bekas kuprum. Dengan itu, lebih banyak nyalaan menyentuh bekas

    itu.

    2. Bekas kuprum dan air dipanaskan secara langsung oleh nyalaan pelita. Kasa dawaitidak digunakan kerana kasa dawai akan menyerap haba yang dibebaskan oleh

    bahan api.

    3. Air di dalam bekas kuprum harus sentiasa dikacau supaya suhu air adalah seragam.

    4. Langkah berjaga-jaga harus diambil apabila menjalankan eksperimen ini kerana

    bahan api (etanol) cecair mudah meruap dan terbakar.

    2 a) Sel kimia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sel primer (sel yang

    tidak boleh dicas semula) dan sel sekunder (sel yang boleh dicas semula).

    Namakan lima jenis sel kimia dan nyatakan kelebihan dan kelemahan

    setiap sel yang dinamakan

    Jenis sel Kebaikan Kelemahan

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 8

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    9/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Sel Daniell Boleh disediakan dengan

    mudah dalam makmal

    Sejenis sel basah, elektrolit

    mudah tertumpah

    Voltan tidak kekal

    Sel kering Harga murah

    Tiada limpahan berlaku

    Menghasilkan arus dan

    voltan yang agak malar

    Boleh dibawa dengan

    mudah

    Terdapat pelbagai saiz

    Tidak tahan lama

    Tidak boleh dicas semula

    Pembalut zink melarut dan

    elektrolit yang terbocor

    mungkin mengakis alat

    elektrik

    Arus dan voltan yang

    terhasil rendah

    Sel alkali Tahan lebih lama daripada

    sel kering

    Menghasilkan voltan yang

    lebih tinggi dan agak tetap

    Tidak boleh dicas semula

    Harga lebih mahal daripada

    sel kering

    Jika kebocoran berlaku,

    elektrolit adalah mengakis

    Sel merkuri Saiz yang kecil

    Menghasilkan voltan

    yang malar untuk masa

    yang lama

    Boleh tahan agak lama

    Harga mahal

    Tidak boleh dicas semula

    Merkuri yang dihasilkan

    adalah beracun

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 9

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    10/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Akumulator

    asid

    plumbum

    Boleh dicas semula

    Menghasilkan arus tinggi(175 A), sesuai untuk

    kerja berat seperti

    menghidupkan enjin

    kenderaan

    Menghasilkan voltan

    yang tinggi (12 V) untuk

    masa yang lama

    Asid mungkin tertumpah

    Berat, susah dibawa Harga agak mahal

    Kehilangan cas boleh

    berlaku jika lama tidak

    digunakan

    Plat plumbum mudah

    mengakis setelah lama

    digunakan.

    Sel nikel-

    kadmium

    Boleh dicas semula

    (berulang)

    Tiada tumpahan berlaku

    kerana merupakan sel

    kering

    Saiz lebih kecil daripada

    akumulator

    Harga mahal

    Perlu transformer untuk

    mengecas semula

    b Nyatakan persamaan dan perbezaan antara Sel Elektrolisis dan Sel

    Kimia

    Sel elektrolisis Sel kimia

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 10

    Kuprum (II)sulfat

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    11/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    PERSAMAAN

    Mengandungi elektrolit

    Terdiri daripada anod dan katod

    Electron bergerak dari anod ke katod di litar luar (wayar penyambung)

    Ion positif dan ion negarif bergerak dalam elektrolit

    Tindakbalas kimia melibatkan pembebasan dan penerimaan elektron

    PERBEZAAN

    Tenaga elektrik tenaga

    kimia

    Perubahan

    bentuk tenaga Tenaga kimia tenaga

    elektrik

    Arus elektrik menghasilkan

    tindakbalas kimia

    Arus elektrik dan

    tindakbalas Tindakbalas k imia menghasilkan

    arus elektrik

    Katod: terminal negative

    Anod: terminal positif

    Katod dan anod Katod: terminal positif

    Anod: terminal negatif

    Elektron mengalir dari elektrod

    positif (anod) ke elektrod

    negative (katod)

    Arah pengaliran

    electron melalui

    wayar

    penyambung

    Electron mengalir dari elektrod

    negative (anod) ke elektrod

    positif (katod)

    Kation menerima electron

    daripada katod (terminal

    negative)

    Terminal negatif Electron dibebaskan di terminal

    negatif

    Anion melepaskan electron

    kepada anod (terminal positif)

    Terminal positif Electron diterima d terminal

    positif

    Grafit ataau jenis logam yang

    sama atau berbeza

    Jenis elektrod Dua jenis logam yang berbeza

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 11

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    12/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    3 a) Huraikan lima kegunaan kimia nuklear dalam pelbagai bidang dalam

    kehidupan seharian kita

    1.Bidang Perubatan

    Tenaga nuklear penting dalam bidang perubatan Radioisotop nuklear digunakan untuk

    membuat diagnosis penyakit. Hal ini membantu doctor mengesan penyakit seperti

    ketumbuhan otak, tiroid, kanser tulang, kanser buah pinggang,kanser jantung, dan

    kanser hati.Alat pengimbas CAT dan laser yang tercanggih juga melibatkan bahan

    radioaktif. Kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Radioisotop fosforus

    dapat merawat tumor otak. Pensterilan alatan perubatan lebih sempurna. Semua

    perkara ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia.

    2.Bidang Pertanian

    Penggunaan tenaga nuklear juga penting dalam bidang pertanian. Sebagai

    contohnya,tenaga nuklear digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 12

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    13/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    tumbuhan. Hal ini membolehkan penghasilan baja serta kaedah membaja yang paling

    berkesan. Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak jantan dalam bidang

    kawalan biologi.Apabila serangga ini mengawan, tiada zuriat akan dihasilkan. Dengan

    cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal. Mutasi aruhan menghasilkan bakatanaman yang lebih baik. Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman.

    3.Bidang Perindustrian

    Teknologi nuklear juga penting dalam scktor perindustrian. Teknologi nuklear dapat

    mengesan kebocoran paip bawah tanah.larutan radioaktif dimasukkan ke dalam paip

    yang disyaki bocor. Alat mengesan dapat mengesan kebocoran itu dari permukaan

    bumi.pengawalan ketebalan dan sambangan paip serta pengukuran kehausan enjin

    juga dapat dijalankan. Tenaga ini juga digunakan untuk mengukur kepadatan tembakau

    dan coklat. Alat komunikasi canggih seperti satelit dan internet turut memerlukan

    teknologi ini.

    4.Tenaga Alternatif

    Tenaga nuklear juga merupakan tenaga alternatif yang baik. Bekalan petroleum akan

    kehabisan tidak lama lagi. Harga petroleum juga semakin meningkat. Dari segi kos

    seunit tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum. Kita juga tidak memerlukan

    kawasan yang begitu luas untuk menghasilkan tenaga nuklear. Di Negara maju seperti

    Perancis, 90 peratus bekalan elektriknya dihasilkan melalui janakuasa nuklear. Jepun

    yang maju dalam industri berat dan tidak mempunyai sumber tenaga asli bergantung

    pada tenaga nuklear untuk pembangunan negara.

    5.Pengawetan Makanan

    Tenaga nuclear digunakan untuk mensterilkan makanan untuk pengawetan supaya ia

    tahan lebih lama. Ia juga digunakan untuk mengahalang percambahan kentang dan

    sayur-sayuran supaya tahan lebih lama.

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 13

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    14/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    b. Pilih mana-mana dua alat pengesan sinaran radioaktif, huraikan bagaimana

    setiap alat ini berfungsi sebagai alat pengesan. Huraian anda hendaklah

    disertakan dengan bantuan gambar rajah

    1. FILEM ATAU PLAT FOTOGRAF

    Cara ini boleh mengesan ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif.

    Argentum bromida yang peka kepada cahaya dan sinaran radioaktif disalutkan

    pada permukaan plat fotograf.

    Unsur argentum akan menghitamkan plat fotograf apabila sinaran radioaktif

    menerusinya.

    Darjah kehitaman plat fotograf bergantung pada keamatan sinaran yang

    dipancarkan.

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 14

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    15/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    Plat fotograf digunakan sebagai lencana khas yang dipakai oleh pekerja semasa

    mengendalikan bahan radioaktif di makmal dan reactor nuklear kerana alat ini

    boleh menunjukkan dos sinaran yang terdedah kepada seseorang pekerja.

    Kelemahan plat fotograf sebagai alat pengesanan ialah filem itu perlu

    diproseskan terlebih dahulu sebelum kita boleh menentukan kehadiran sesuatu

    sumber radioaktif.

    2. ELEKTROSKOP BERCAS

    Alat ini paling sesuai untuk mengesan zarah alfa kerana kuasa pengionan yang

    tinggi berbanding dengan zarah beta dan sinar gama.

    Apabila satu sumber alfa dibawa berdekatan dengan plat logam sebuahelektroskop yang bercas positif, didapati pencapahan daun emas akan

    berkurangan sehingga sifar.

    Ini adalah kerana zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang

    lintasannya dan menghasilkan pasangan ion.

    Ion-ion negatif akan tertarik kepada plat logam elektroskop yang bercas positif itu

    dan menyahcaskannnya.

    Akibatnya,daun emas menguncup.

    Rajah berikut menunjukkan elektroskop bercas

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 15

    http://radioaktiviti.blogspot.com/2011/11/elektroskop-bercas.htmlhttp://radioaktiviti.blogspot.com/2011/11/elektroskop-bercas.htmlhttp://radioaktiviti.blogspot.com/2011/11/elektroskop-bercas.html
  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    16/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    4.

    Rajah di atas menunjukkan satu sel yang dibina daripada elektrod zink dan

    argentum pada keadaan piawai. Diberi

    Zn2+ + 2e Zn E = -76V

    Ag+ + Ag Ag E = +0.80V

    a Nyatakan bahan yang sesuai untuk larutan A dan larutan B

    Larutan A = Zink sulfat

    Larutan B = Argentum sulfat

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 16

    BLarutan A

    Larutan B

    Argentum

    X

    Jambatan garam

    joki

    2V

  • 7/27/2019 Jawapan Soalan Kerja Kursus Scce3109

    17/17

    NOR HANANI BT SAAID 700310025674 ( PPG SN B JUN 2011)

    b Namakan satu alat(X) yang sesuai digunakan untuk mengukur d.g.e pada

    sel ini

    voltmeter

    c Kirakan d.g.e bagi sel ini pada keadaan piawai

    Voltan =0.80v (-76) = 76.8V

    d Terangkan bagaimana d.g.e sel akan berubah jika kepekatan Zn2+ (ak)

    dinaikan

    D.g.e sel akan bertambah kerana bertambahnya ion zink

    e Tuliskan persamaan sel setengah menunjukkan pengoksidaan berlaku

    4OH-2H2O+O2+4E

    f Apabila sistem mencapai keseimbangan, kepekatan in Zn 2+ ialah 0,030

    moldm-3

    . Kirakan kepekatan ion Ag+

    g Namakan bahan uji yang bertindak sebagai agen penurunan dalam tindak

    balas ini

    zink

    SCE 3109 PN. HABIBAH BT BUANG 17