Upload
lee-aiapple
View
326
Download
1
Embed Size (px)
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
1/18
Skop Jawapan Soalan HBAE2103 Januari 2008
Skop Jawapan Soalan HBAE2103 Januari 2008
1. Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.
Nyatakan DUA tujuan menghasilkan corak di dalam pendidikan seni visual.
Skop Jawapan
a. Perlakuan
i. Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
ii. Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
iii. Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
iv. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni.
v. Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
vi. Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.vii.Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
viii.Mengenal unsur corak yang tedapat di persekitaran.
ix. Membezakan jenis corak tertentu.
x. Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
xi. Mengatur corak.
xii.Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
xiii.Membuat penerokaan dan ekperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
xiv.Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan
tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.xv.Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut.
b. Persepsi
i. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
ii. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
iii.Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
iv.Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
v. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
vi. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
vii. Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
viii. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
ix. Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
x. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
xi. Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
xii. Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan
kaitannya dengan kehidupan mereka.
1
http://achikkini.blogspot.com/2011/03/skop-jawapan-soalan-hbae2103-januari.htmlhttp://achikkini.blogspot.com/2011/03/skop-jawapan-soalan-hbae2103-januari.html
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
2/18
xiii. Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan
menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
xiv. Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.
c. Pengetahuan Budaya
i. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
ii. Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
iii, Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf
tradisional.
iv. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
kegunaan harian.
v. Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf
tradisional.
vi. Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaankebangsaan.
2. Sejarah cetakan di Malaysia dikatakan bermula dengan proses cetakan ke atas
kain untuk dijadikan sebagai kain batik sarung. Kini bidang cetakan tidak hanya
tertumpu pada cetakan pada kain sahaja, malahan ianya telah berkembang melalui
penghasilan karya seni cetakan oleh artis seni cetak moden. Senaraikan DUA orang
artis seni cetak Malaysia dan bincangkan secara ringkas hasilan mereka.
Skop Jawapan
a. Latar belakang pelukis tanah air kita, Redza Piyadasa (1939)
· Dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.
· Tahun 1958 mendapat pendidikan seni di Maktab Perguruan Brinsford Lodge,
England.
· Tahun 1962 menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
· Tahun 1963 – 1967 melanjutkan pengajian di Hornesy College of Art, London.
· Tahun 1975 – 1977 menuntut di University of Hawaii, Amerika Syarikat.
· Beliau pernah menjadi pensyarah seni di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
· Beliau terkenal sebagai seorang pengkritik seni halus yang sangat di segani.
· Karya-karya beliau banyak penerokaan dan cenderung kepada aliran konstruk.
”Keluarga Baba” merupakan salah satu karyanya yang agung.
b. Latar belakang Juhari Muhammad Said
BIODATA: • Dilahirkan pada !anuari "#" di $openg, %erak.
PENDIDIKAN:
"# ' "#()• Diploma *eni +alus, ajian *eni ukis dan *eni
eka, /nstitut 0eknologi Mara 1/0M2, *hah 3lam.
PEKERJAAN:
"#() %elukis sepenuh masa."#(4 3hli reka bentuk di agensi pengiklanan.
2
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
3/18
"#(4 '"#(# %ensyarah sambilan di ajian *eni ukis dan *eni
eka, /nstitut 0eknologi Mara.
"#( %elukis sepenuh masa seni cetak.
PAMERAN:
"#() ima pameran di /0M, 5niversiti Malaya, +otel
+ilton, 6alai *eni ukis 7egara 1 6*7 2dan
D6.
"#(4 Dua pameran di 6*7 atau satu ompleks
3ntarabangsa. Dua di 6*7 dan %esuruhjaya
0inggi 3ustralia, 6ank 7egara dan +otel *hangri-
a.
"#(& %ameran *eni 8etak 1 %apan apis 2 di $aleri e
8lassi9ue,
%ameran 0erbuka, 6*7: %ameran *eni !emputan
3seambankers, 6*7: %ost-;ukuoka 3rt *how,6*7: %ameran 3ntarabangsa *eni 3sian di
;ukuoka, !epun:
"#(( %ameran 0an < 0an Development,
"#(# $aleri "= ia %eng : %ameran Motivasi.
"##= %ameran *eni 3ntarabangsa 3sian e-4 di 6*7.
%ost-*eoul /nternational 3rt *how di %usat reatif
.
"##" ;iesta *eni, uala 0erengganu.
%ameran 3sian e-> di Muzium *eniMetropolitan, *eoul, orea *elatan.
3rt Dokumenta "##" di ?isma oke, .
3. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan
bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat
minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses
penolakan warna. Senaraikan DUA bahan yang boleh digunakan sebagai resis.
Skop JawapanAlat dan Bahan Pernyataan
Canting Mempunyai pelbagai rupa dan bentuk samada mempunyai satu
corong atau banyak corong.
Pemidang Kayu untuk meregangkan kain.
Berus untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin.
Periuk/kuali digunakan untuk memasak lilin.
Bahan campuran lilin Lilin putih dan resin.
Pewarna reaktif dan
campuran
remazol atau primazin (pewarna reaktif) urea atau soda ash
(campuran).Bahan pemati warna sodium silikat.
3
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
4/18
Bahan pencuci soda asli, serbuk sabun atau soda ash.
Kain jenis kain yang sesuai ialah kain kapas, poplin, rayon, drill,
lawan lima, cotton shirting, lawan unitika dan voile.
4. Senaraikan EMPAT jenis ikatan di dalam penghasilan corak melalui teknik ikatdan celup.
Skop Jawapan
Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah
i. Jahitan
ii.Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
iii.Lipatan dan ikatan
iv.Simpulan
5. Perancis dan Sepanyol mempunyai banyak kesan tinggalan lukisan pra-sejarah di
dalam gua. Senaraikan DUA buah gua yang terkenal terdapatnya khazanah lukisan
purba ini dan huraikan dengan ringkas bentuk lukisan tersebut.
Skop Jawapan
· Gua Altamira dan Lascaux
Lukisan zaman Neolitik. Lukisan-lukisan pada zaman ini ada yang digayakan dan ada
yang berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuat secara
realisma yang semula jadi. Mereka menggunakan tangan untuk membentuk garisan
tebal dan nipis, manakala lorekan hitam digunakan di bahagian-bahagian yang
terdapat nilai ton.
Karya-karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuan persembahan kepada
semangat dan roh datuk nenek moyang mereka, menunjukkan ilmu sihir ketika
memburu binatang, mendapatkan semangat haiwan seperti keberanian, kepantasan
dan ketangkasan. Binatang-binatang yang menjadi objek lukisan mereka ialah lembu,
rusa, seladang dan singa.
6. Kelarai dalam proses anyaman pandan/mengkuang tertumpu kepada gubahan
bentuk yang dijalin untuk menghasilkan suatu gaya atau ragamhias yang menarik
sebagai motif utama. Senaraikan EMPAT Kelarai Bermotif Haiwan.
Skop Jawapan
!ari edidi Mata etitir 0apak 3njing
Mata %unai Mata /kan 0apak +arimau
0ulang /kan *isik elah 6untut *iput
%usat 6eranak epala alat Mata 6erkait
6elalang 8ucuk epala $ajah 6erhati
4
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
5/18
7. Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna
dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Jelaskan teknik
penghasilan pualaman kertas yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di
Jepun.
Skop Jawapan
Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali
sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan
dengan dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan
daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat.
Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa
titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna
seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-
warna cincin ini.
Warna yang terapung ini kemudiannya dimanipulasikan dengan berhati-hati dengan
menggunakan teknik tiupan secara terus atau menggunakan straw dan boleh juga
menggunakan rambut bagi membentuk corak yang menarik. Pada abad ke-19,
Tokutaro Yagi seorang guru di Kyoto telah mencipta kaedah penggunaan bilah-bilah
buluh bagi membentuk warna dan hasilnya terbentuklah corak lingkaran yang sangat
indah. Akhir sekali sehelai kertas washi dimasukkan ke dalam bekas tadi untuk
memerangkap corak yang terapung.
8. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan
perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran
yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Senaraikan EMPAT teknik
penghasilan catan minyak.
Skop Jawapan
0itik +ard @dges $lazing
/mpasto *cambling 3lla %rima
9. Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Jubin atau kepingan seramik yang dikenali sebagai
“tesserae” atau kaca berwarna atau lut sinar dengan bersalutkan besi digunakan
bagi menghasilkan corak pada gambar. Nyatakan DUA fungsi mozek.
Skop Jawapan
· menghiasi latar belakang sesuatu kawasan.
· menghiasi dinding bangunan.
· untuk tujuan keagamaan.
· membentuk suasana yang lebih cerah dan memantulkan cahaya.
5
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
6/18
10. Teknik renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan
berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara
sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan
ke atas permukaan sesuatu bahan. Senaraikan DUA orang artis barat yang
menggunakan teknik ini di dalam penghasilan karya mereka.Skop Jawapan
Paul Jackson Pollock dan dua orang abangnya, iaitu Charles dan Sanford dibentuk
menjadi artis. Charles, abangnya yang sulung, pergi ke New York untuk belajar
dengan pelukis Regionalist Thomas Hart Benton di Art Students League, dan dia
mencadangkan bahawa Jackson harus menyertainya. Dalam 1930 Pollock pergi ke
timur dan didaftarkan oleh Benton di League.
Di bawah tunjuk ajar Benton, Pollock belajar menganalisa lukisan-lukisan lama dan
ilmu mengenai asas-asas lukisan dan komposisi. Dia juga belajar melukis lukisandinding bersama Benton. Pengalaman Pollock yang pertama menghasilkan lukisan
dinding yang kontemporari telah menyemarakkan lagi semangat beliau bagi
menghasilkan lukisan yang berskala besar. Albert Pinkham Ryder merupakan tokoh
yang amat dikagumi oleh Pollock. Karya-karya Polock juga dipengaruhi oleh
kebudayaan masyarakat asli Amerika. Pollock kemudian mengahwini Lee Krasner
yang juga merupakan seorang artis dan pelukis. Beliau meninggal pada tahun 1956
dalam usia 44 tahun akibat pengambilan alkohol yang keterlaluan.
11. Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan
plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu
boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan
bahan-bahan lain.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan ”edisi” di dalam cetakan?
Skop Jawapan
Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan
yang sama disebut edisi. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza
dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan 'artist’s proofs'
(AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh
menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Pada
setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat bilangan edisi cetakan yang dihasilkan.
Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang
merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk
cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu dilakukan.
(b) Huraikan jenis-jenis cetakan berikut :
Skop Jawapan
i. Cetakan Stensil atau Skrin
6
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
7/18
ii. Cetakan Benaman ( Intaglio)
7
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
8/18
(c) Huraikan LIMA Langkah Penghasilan Cetakan Lino
Skop Jawapan
12. Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Lukisan adalah proses
melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan
menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
(a) Senaraikan DUA media tertua yang sering digunakan bagi menghasilkan lukisan.
Skop Jawapan
i. Pensel
Pensel dicipta oleh Nicolas Jacques Conte pada tahun 1795. Pensel diperbuat daripada
arang dan tanah liat. Pensel jenis keras iaitu jenis H sesuai digunakan untuk melakar
8
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
9/18
garisan yang tajam manakala pensel jenis lembut iaitu jenis B sesuai digunakan untuk
membuat lorekan atau ton.
ii. Arang
Arang (charcoal) yang digunakan untuk melukis pada mulanya merupakan batang
kayu yang terbakar. Ia adalah media melukis tertua sekali. Arang sangat populardigunakan oleh pelukis pada abad yang ke–17 dan ke–18. Pada mulanya, arang
digunakan oleh orang gua untuk melukis haiwan dan pemburu pada dinding gua.
Arang yang digunakan untuk melukis pada masa kini adalah batang arang yang
dibakar dengan cara khas supaya seluruh arang dapat menghasilkan garisan yang
sama rata dengan kegelapan yang sekata pada semua kawasan yang dilukis.
(b) Jelaskan TIGA teknik lukisan berikut.
Skop Jawapan
i) Teknik Garisan Silang
Himpunan garisan-garisan yang bersilang menghasilkan kesan ton.
ii) Teknik Lorekan
Biasa digunakan dengan melorek kawasan objek yang gelap untuk menunjukkan ton.
iii) Teknik Gosokan
9
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
10/18
Meletakkan kertas lukisan di atas permukaan yang mempunyai jalinan yang diingini
dan menggosoknya menggunakan alat melukis.
(c) Sejarah seni lukis dunia bermula dan berkembang semenjak zaman pra sejarah.
Bincangkan.
Skop Jawapan
Terdapat tiga peringkat perkembangan iaitu:
a. Zaman Paleolitik
Zaman ini bermula pada tahun 2,500 SM hingga 1,500 SM. Pada zaman ini orang-
orang Paleolitik tinggal di dalam gua-gua batu pada musim sejuk. Mereka
menghabiskan masa dengan meniru cakaran yang dibuat oleh beruang pada dinding
gua semasa menajamkan kukunya. Mereka melukis garisan-garisan selari dan
berbelok-belok dengan menekankan jari dan alat-alat yang tajam di bahagian-
bahagian dinding gua yang lembut. Cetakan berwarna dibuat dengan menggunakan
tapak tangan atau melukis garisan luar tangan mereka dengan warna merah dan hitam.
Lukisan yang dibuat pada zaman ini kebanyakannya menggunakan imej bintang
seperti gajah, rusa, seladang, babi hutan, dan kuda. Setiap gambaran mencerminkan
semangat binatang yang luar biasa. Binatang-binatang itu digambarkan dengan
pelbagai gerak laku seperti lemah-lembut, kegagahan, kedamaian dan keikhlasan.
Lukisan ini kadangkala ada juga menunjukkan figura orang memburu atau berlawan.
Figura yang dilukis adalah dengan bentuk seperti ‘orang lidi’ atau ‘stick figures’.
b. Zaman Mesolitik
10
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
11/18
Zaman ini bermula daripada tahun 15,000 SM hingga 10,000 SM. Pada masa zaman
Paleolitik telah mengalami glasier, manusia primitif ini telah meninggalkan gua –gua
yang mereka diami dan berpindah untuk mencari kawasan yang tanah-tanihnya lebih
subur untuk bercucuk-tanam. Peralatan-peralatan batu telah dihalusi. Beberapa
lukisan telah ditemui yang membuktikan wujudnya kebudayaan di utara Afrika dantimur Sepanyol.
Lukisan-lukisan pada zaman ini kelihatan lebih detail daripada zaman Paleolitik. Di
mana lukisan-lukisan di zaman Paleolitik dilukis di hujung-hujung gua, lukisan-
lukisan pada zaman ini kebanyakkannya dilukis di bahagian pintu masuk gua sahaja.
Pada zaman ini, lukisan lebih berbentuk manusia daripada bentuk-bentuk binatang.
Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan kehidupan dalam masyarakat samada
sewaktu berburu, berlawan atau dalam upacara istiadat. Lukisan juga lebih
mementingkan gerakan daripada bentuk.
Lukisan yang dihasilkan adalah menunjukkan pergerakan rentak binatang danmanusia. Tumpuan pada setiap pergerakkan adalah untuk menunjukkan bentuk
semulajadi binatang. Terdapat juga bentuk-bentuk yang digayakan yang
melambangkan perasaan mereka. Mesej yang cuba disampaikan adalah tentang
pemburuan dan pengumpulan binatang di samping adat dan kehidupan kaum mereka.
Lukisan-lukisan juga dibuat agar mendapat satu kuasa ghaib atau luar biasa dalam
pemburuan mereka. Karya-karya juga mula memperlihatkan corak-corak untuk
menambah lagi kesan-kesan kuasa ghaib. Pada zaman ini juga, mereka menggunakan
pelbagai bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan bahan
catan. Untuk mendapatkan warna merah mereka menggunakan darah manakala warnahitam diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan. Untuk mendapatkan warna
hijau, tumbuhan dan lemak binatang telah digunakan.
c. Zaman Neolitik
Zaman ini bermula sekitar tahun 7,000 SM hingga 1,500 SM. Tumpuan penduduk
adalah tempat tinggal di kawasan yang subur. Terdapat sistem buruh dan sistem
perdagangan. Aktiviti kehidupan mereka adalah mengikut peredaran musim. Mereka
berfahaman animisma. Pada masa ini telah wujud perkampungan dan perbandaran
dan kehidupan berpindah-randah mula berkurangan.Binatang-binatang yang menjadi objek lukisan mereka ialah lembu, rusa, seladang
dan singa. Lukisan-lukisan pada zaman ini ada yang digayakan dan ada yang
berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuat secara realisma
yang semula jadi. Mereka menggunakan tangan untuk membentuk garisan tebal dan
nipis, manakala lorekan hitam digunakan di bahagian-bahagian yang terdapat nilai
ton. Karya-karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuan persembahan kepada
semangat dan roh datuk nenek moyang mereka, menunjukkan ilmu sihir ketika
memburu binatang, mendapatkan semangat haiwan seperti keberanian, kepantasan
dan ketangkasan.Mereka beranggapan karya-karya yang dihasilkan dapat menentukan nasib pemburu
11
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
12/18
dan menyakitkan musuh, memperolehi kesaktian sewaktu memburu, menggambarkan
corak cara hidup dan nilai budaya kaum mereka.
Pada zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah
manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang.
Warna coklat dan jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dengan batudan dicampurkan dengan darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan.
Warna-warna yang digunakan pada zaman ini adalah kebanyakkannya daripada
kategori ‘earth colours’ seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yang
dicampurkan dengan lemak binatang. Warna ungu hitam diperolehi daripada oksid
manganam yang terdapat dalam tanah liat. Manakala warna putih pula diperolehi
daripada batu kapur.
Tempat-tempat yang banyak ditemui lukisan zaman Neolitik ialah seperti di gua-gua
di Perancis dan Sepanyol manakala gua-gua yang terkenal didapati kesan-kesan
seperti ini adalah seperti gua Altamira dan Lascaux.
13. (a) Senaraikan DUA jenis corak anyaman.
Skop Jawapan
a. Corak Tapak Catur
Dianyam dalam dua atau tiga warna dengan mencantum warna cerah dan gelap.
b. Corak Mata BilisDua warna dipilih iaitu terang dan gelap. Kedua-dua warna timbul seperti mata bilis.
c. Corak Beras Patah
Hampir sama dengan mata bilis. Warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan
satu mata gelap. Gambarannya seakan beras patah.
d. Corak Palembang
Asalnya dari Palembang. Petak empat segi biru atau biji kundang dianyam dengan
warna hijau dan dikelilingi pula jalur-jalur dua warna – merah dan putih.
e. Corak Bugis
Asal daripada Bugis. Penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih,
misalnya. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar. Ia juga dianyam dalam bentuk
berdiri dan serong.
f. Corak Muar
Berasal daripada Muar, Johor. Motif-motif berpetak empat segi. Anyaman dua warna
antara merah dan biru. Dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antarapetak-petak digunakan adalah campuran dan biru.
12
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
13/18
g. Corak Selang – seli
Penggunaan dua warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama
banyak dan selari.
h. Corak Berdiri
Kurang mendapat sambutan daripada pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk
mendapatkan corak yang betul-betul lurus adalah amat sukar.
i. Corak Serong
Corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh corak ini. Amat
digemari oleh para penganyam.
j. Corak Ketapang Gilir KacangSeakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna
cerah dan gelap.
k. Corak Malaysia
Corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru. Petaknya
seakan-akan bendera Malaysia.
(b) Jelaskan TIGA alat kelengkapan yang perlu disediakan sebelum proses
menganyam dimulakan.
Skop Jawapan
Terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menyediakan bahan untuk
menganyam seperti:
13
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
14/18
(c) Proses anyaman adalah proses yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti.
Huraikan LIMA peringkat penghasilan anyaman.
14. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan mozek?
Skop Jawapan
Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan
pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi
dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dankepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan – dewan sembahyang di
14
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
15/18
dalam gereja. Jubin atau kepingan seramik yang dikenali sebagai “tesserae” atau kaca
berwarna atau lut sinar dengan bersalutkan besi digunakan bagi menghasilkan corak
pada gambar.
Mozek dalam pendidikan seni sekolah rendah pula didefinisikan sebagai susunan
bahan kutipan yang ditampal di atas sesuatu permukaan kertas, kad atau permukaanlain secara sebelah – menyebelah dan tidak bertindihan antara satu sama lain. Antara
bahan yang sesuai ialah kertas berwarna-warni. Kertas tersebut dipotong mengikut
bentuk segiempat, segitiga atau bentuk-bentuk yang lain. Potongan kertas ini ditampal
mengikut lakaran bentuk asal gambar. Selain daripada kertas, mozek juga dapat
dihasilkan dengan menggunakan butang, batu-batu kecil, jubin kecil, biji-bijian, kulit
kerang, kepingan plastik dan kayu. Gam atau simen digunakan untuk melekatkan
bahan-bahan tersebut.
(b) Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrikdan matematik yang rumit. Nama dan jelaskan proses ini.
Skop Jawapan
(c) Huraikan sejarah awal penggunaan mozek.
Skop Jawapan
Sejarah penggunaan mozek dikatakan bermula seawal 4,000 tahun atau lebih dengan
penggunaan bata merah bagi menghiasi latar belakang sesuatu kawasan. Pada abad kelapan sebelum masihi, terdapat batu-batu kerikil digunakan disusun di lorong-lorong
dengan menggunakan pelbagai saiz dan warna. Rakyat Greece telah mengubah
keadaan ini dengan memperkenalkan satu bentuk seni baru dengan menghasilkan
bentuk-bentuk geometri yang lebih tersusun dan teratur. Mereka juga menampakkan
adegan tertentu dan menyusun mozek ini seperti gambar binatang dan sebagainya. Di
Bandar Pompeii, kebanyakan artis zaman Yunani purba menggunakan teknik ini
untuk menghiasi dinding bangunan di dalam kota mereka. Mozek telah mula
digunakan sejak zaman kuno sebagai hiasan dalaman rumah. Mozek abad ke 4
sebelum masihi dijumpai di istana Macedonia di bandar Aegean. Mozek VillaRomana del Casale di bandar Sicily merupakan koleksi terbesar mozek zaman akhir
15
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
16/18
Roman dan telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Pada abad tersebut, mozek pada dinding dan siling bangunan diadaptasi untuk tujuan
keagamaan seperti yang terdapat pada bangunan St. Peter dan St. Paul yang telah
musnah tetapi mozek Santa Constanza dan Santa Pudenziana terus kekaldiselamatkan. Begitu juga dengan beberapa tugu peringatan yang kaya dengan kualiti
seni mozek. Mozek pejalan kaki yang menggambarkan manusia, binatang dan
tumbuhan abad ke-4 pada cathedral Aquileia dikekalkan untuk tujuan keagamaan.
Mozek Rom British adalah lebih mudah daripada segi reka bentuknya dan
menggambarkan teknik yang tidak berkemahiran tinggi. Lazimnya mozek Rom
bertemakan ketuhanan dalam kepercayaan beragama.
Pada abad ke-5 masihi, Ravenna, bandar bagi Empayar Roman Barat telah menjadipusat bagi seni mozek Roman. Ini dibuktikan dengan terdapatnya hiasan mozek
berkualiti tinggi di Galla – Placidia. Selepas tahun 539, Ravenna telah ditakluki oleh
Empayar Byzantine.
15. (a) Dalam tahun 1911, teknik ikat dan celup pernah diusahakan oleh seorang
tokoh batik di negeri Terengganu iaitu tuan Haji Che Su Bin Haji Ishak. Apakah
nama lain bagi penghasilan batik menggunakan teknik ikat dan celup ini yang sering
digunakan pada ketika itu.
Skop Jawapan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik
pelangi.
(b) Jelaskan proses penyediaan kain di dalam teknik menghasilkan corak dengan
menggunakan teknik ikat dan celup.
Skop Jawapan
16
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
17/18
(c) Huraikan LIMA langkah penghasilan ikatan dan celupan menggunakan ikatan
dengan menggunakan objek. Anda boleh menggunakan ilustrasi bagi
menggambarkan proses tersebut
Skop Jawapan
17
8/19/2019 Skop Jawapan Soalan PSV
18/18
18