Click here to load reader

Contoh Jawapan Soalan Novel SPM Berdasarkan Soalan

  • View
    512

  • Download
    21

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Text of Contoh Jawapan Soalan Novel SPM Berdasarkan Soalan

Contoh Jawapan Soalan Novel SPM Berdasarkan Soalan SPM 10 Tahun

Contoh Jawapan Soalan Novel SPM Berdasarkan Soalan SPM 10 TahunTAHUN 2001 (N)4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?

Jawapan: Berdasarkan novel Melunas Rindu saya berpendapat , pengarang wajar mengakhiri cerita itu seperti yang saya pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga.

Selain itu, pengakhiran novel itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan ,ibunya Mariana, sementara Mariana bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika Robert Lim bertemu Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana, seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam.

4b Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.

Jawapan: Persoalan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah pertama, persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam. Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.

Persoalan yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah persoalan kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejah kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 2002 (J)

4a Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan situasi yang tidak disangka-sangka sama ada oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun pembaca. Huraikan dua contoh peristiwa yang menggunakan unsur kejutan dan nyatakan sebab peristiwa berkenaan mengejutkan.

Jawapan: Dua contoh unsur kejutan dalam novel Melunas Rindu ialah pertama peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan Fuad dan Farhana. Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.

Kedua, peristiwa kehadiran bapa Fuad, Roberti Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad. Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.

4b Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari itu.

Jawapan: Dua nilai murni yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah nilai kasih sayang , iaitu kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai adiknya. Kedua, nilai tanggungjawab, iaitu tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam. Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.

Dua nilai yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah nilai kasih sayang , iaitu kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejak kecil akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua, nilai tanggungjawab , iaitu tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 2002 (N)4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.

Jawapan: Tema yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya. Buktinya Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya melunasi rindunya.

4b Huraikan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari

Jawapan: Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup misalnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.

Dua latar masyakarat yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda misalnya, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.

TAHUN 2003 (J)4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan.

Jawapan: Berdasarkan novel Melunas Rindu plot yang menjadi klimaks novel ini ialah melalui peristiwa apabila Fuad mendapati ibu Farhana merupakan ibu kandungnya. Ketika dia melawat ibu Farhana yang terlantar di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya iaitu Mariana binti Osman. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad, Robert Lim yang secara kebetulan ke hospital mencari Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin iaitu cincin perkahwinannya dengan ibu Fuad yang dirasakannya dapat membantu Fuad mencari ibu kandungnya. Peristiwa itu menjadi klimaks novel Melunas Rindu kerana telah menamatkan pencarian Fuad selama ini iaitu untuk mengenali ibu kandungnya yang telah terpisah sejak dia kecil.

4b Huraikan dua latar tempat berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari.

Jawapan: Dua latar tempat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah Klinik Ihsan yang terletak di bandar Kuala Terengganu. Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Far

Search related