31
MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3 - 1 - SOALAN 1 Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa- apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh. Maksud Nasionalisme Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air. daripada belenggu penjajahan Gerakan ini juga akan membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing/Barat

cadangan soalan dan jawapan kertas 3 spm 2015.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 1 -

SOALAN 1

Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia

Kedua

Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-

apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Penentangan bertujuan membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat

tempatan sejak abad ke-19.

Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20.

Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.

Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga

kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.

Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela,

Rentap dan Mat Salleh.

Maksud Nasionalisme

Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara.

Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air.

daripada belenggu penjajahan

Gerakan ini juga akan membebaskan tanah air daripada cengkaman ekonomi

penjajah

dan bebas daripada pengaruh kebudayaan asing/Barat

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 2 -

SOALAN 2

SEBAB-SEBAB PENENTANGAN

Dasar penaklukan British

Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah

disebabkan dasar penaklukan British di daerah mereka.

Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.

Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk

mengukuhkan kedudukan politiknya.

Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan

kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.

Contohnya,apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda,

Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.

Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan

peperangan.

Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan

Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai

ekonomi tempatan bagi kepentingannya.

Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh

British dengan pemimpin tempatan.

Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan

menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.

Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 3 -

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan

British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk

tempatan.

British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-

peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa

setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat

kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat

tempatan.

iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu

membayar cukai.

Campurtangan British dalam adat resam tempatan

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa

kepada penentangan tempatan.

British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang

bertentangan dengan budaya tempatan .

Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam

masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.

Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh

Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas

kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan

mereka.

Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh

sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 4 -

Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal

ehwal daerahnya.

Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.

Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin

tempatan kehilangan kuasa.

Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin

tempatan yang mendorong mereka menentang British.

Kesulitan penduduk tempatan

Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang

British.

yang menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada

penentangan pemimpin tempatan.

Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam

menentang British.

PERISTIWA KEBANGKITAN / PENENTANGAN PEMIMPIN TEMPATAN

TOKOH-TOKOH

NANING

Penghulu Dol Said

Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang paling awal berlaku

di Tanah Melayu, iaitu antara tahun 1831- 1833.

Penghulu Dol Said menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan

British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.

Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu

per sepuluh hasilnya sebagai ufti kepada British di Melaka.

British menghantar tentera untuk menakluki Naning pada tahun 1831 dan

pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 5 -

Penghulu Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari

Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan

Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan150 orang tentera British

pimpinan Kapten Wyllie.

Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera menyerang Naning

sekali lagi.

British berjaya mengalahkan Penghulu Dol Said dan pengikutnya kerana tidak

dibantu oleh sesiapa pun.

Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

PERAK

Dato’ Maharaja Lela

Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang

tempatan yang dipimpin oleh Dato' Maharaja Lela.

Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan.

Penentangan oleh penduduk tempatan adalah kerana Residen memungkiri

fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor

1874.

Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal

tempatan.

J. W. W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu

berbahasa Melayu.

Pada 20 Januari 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah

dan Sir Andrew Clarke.

Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar

Melayu Perak terhadap campur tangan British pada Februari 1875.

Dato' Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 6 -

Dato' Maharaja Lela mengadakan mesyuarat dengan pembesar-pembesar

Melayu di Durian Sebatang bertujuan menentang undang-undang British pada

21 Julai 1875.

Pada 12 September 1875, selepas bermesyuarat di Belanja dengan Sultan

Abdullah dan para pembesar lain, Dato' Maharaja Lela bersetuju mengambil

tanggungjawab membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah

memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

Pada 31 Oktober 1875, Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada

British walaupun berlaku penentangan Dato’ Maharaja Lela terhadap British.

Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh penduduk tempatan semasa

menampal poster cukai di Pasir Salak.

Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas

arahan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak pada 2 November

1875.

Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap

Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat menyebabkan Dato' Maharaja

Lela dan Dato' Sagor melarikan diri ke Kota Lama pada 13 November 1876.

Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch ditangkap dan dibicara

oleh Raja Idris sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank

Swettenham dalam perbicaraan yang diadakan di Matang, Perak.

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak Lam, Seputum dan

Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor

manakala Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana

pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Perak dikuasai sepenuhnya oleh

British.

NEGERI SEMBILAN

Penentangan dilakukan oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti.

Penentangan turut dibuat oleh Dato Syahbandar Abdullah Tunggal.

Mereka telah menentang secara terbuka kemasukan British di Sungai Ujong.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 7 -

Dato Syahbandar Sungai Ujong juga enggan menandatangani perjanjian dengan

British.

Dato Syahbandar merupakan penentang kuat Dato Kelana Sungai Ujong, Syed

Abdul Rahman.

Dato Kelana Syed Abdul Rahman ditentang kerana mempelawa campur tangan

British dalam pertikaian mereka berdua.

Mereka berdua berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai.

Cukai tersebut dikutip daripada pedagang bijih timah dari Negeri-negeri Selat.

Dato Kelana berjaya mengalahkan Dato Syahbandar dengan kerjasama British.

Dato Kelana berjaya menguasai Sungai Ujong daripada Dato Syahbandar.

Dato Syahbandar Abdullah terpaksa berundur ke Selangor.

Akhirnya beliau kembali ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian

dengan British.

Dato Syahbandar juga terpaksa meletakkan jawatan beliau.

Beliau berhijrah ke Singapura.

Dengan ini, Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya menguasai seluruh sungai

Ujong tetapi tertakluk di bawah kuasa British.

PAHANG

Dato’ Bahaman

Beberapa orang pembesar telah bersatu menentang penguasaan British

Penentangan berlaku kerana pelantikan J.P Rodgers sebagai Reisen Pahang

yang pertama.

Dato Bahaman menolak pelaksanaan undang-undang British.

Kerana bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan.

Seperti sistem kehakiman, pungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan

pasukan polis luar.

Hal ini juga kerana undang-undang tersebut menghakis kuasa beliau sebagai

Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Imam Rasul bersatu menentang

British.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 8 -

Penentangan ini berlanjutan selama lima tahun.

Dato Bahaman telah bertindak menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua.

Lubuk Terua merupakan kawasan di bawah pengaruh beliau.

Beliau turut menyerang British kerana menangkap anak buahnya.

Dato Bahaman menyerang Lubuk Terua.

Beliau berjaya menawan semula Lubuk Terua daripada British.

Dato Bahaman juga menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram

Ampai.

Disebabkan tekanan British, Dato Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan.

Mereka mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu

Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan.

Manakala Tok Gajah bersama keluarganya tinggal di Hulu Terengganu.

Akhirnya, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok.

Beliau mendapat perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn.

Dato Bahaman menetap Chiang Mai.

Beliau juga diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht.

Beliau meninggal dunia di sana.

KELANTAN

Tok Janggut

Penentangan berlaku di Pasir Puteh

British memaksa penduduk menerima sistem cukai

Tok Janggut membantah perlaksanaan cukai

Tok Janggut enggan membayar cukai

Bantahan Tok Janggut tidak dilayan

Polis diarah menangkap Tok Janggut

Polis gagal menangkap Tok Janggut

1915 – Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak

menyerang Pasir Puteh

Mereka berjaya menduduki Pasir Puteh.

Mereka lalu membentuk kerajaan hanya selama tiga hari sahaja.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 9 -

Engku Besar Jeram dilantik menjadi raja

Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

Che Ishak sebagai Pegawai daerah

British membawa tentera dari Negeri Selat

British menggunakan nama Sultan untuk membawa masuk tentera.

British menyerang Saring

Tok Janggut terkorban dalam pertempuran di Saring.

Mayat Tok Janggut diarak ke Kota Bharu

TERENGGANU

Hj Abdul Rahman Limbong

Hj. Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama.

Beliau menentang British kerana tidak puas hati

Hal ini kerana pengenalan sistem cukai dan undang-undang tanah British.

Beliau mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong.

Mereka tidak menghiraukan peraturan tanah British.

Seramai 300 orang penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik

Tengku Nik Maimunah.

Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.

Hal ini membimbingkan British tetapi berjaya disuraikan.

Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka

melancarkan penentangan bersenjata.

Sekumpulan penyerang menyerang dan menduduki bangunan kerajaan di Kuala

Berang.

Kumpulan di Kuala Telemong telah bersiap sedia menunggu arahan untuk

menentang British.

Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan, British menghantar 3 orang

pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala

Berang.

British juga memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 10 -

Cara ini memudahkan British kerana orang Melayu tidak akan menderhaka

kepada sultan.

Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong.

Polis British berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan yang

mengorbankan sebelas orang.

Hj. Abd. Rahman telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.

Beliau ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

SARAWAK

Linggir

James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha

untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan

bantahan daripada pemimpin tempatan.

James Brooke menyerang pemimpin yang enggan menyerahkan daerah mereka

kepada beliau.

Linggir iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James

Brooke dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar pada 1849.

Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan

Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut

RENTAP

Rentap, pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana

bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai

lanun.

Rentap telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi

menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut.

Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James

Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 11 -

Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi

mereka diserang.

Tentera James Broke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861.

Rentap terpaksa berundur ke UIu Sungai Entabai dan serangannya semakin

lemah.

SYARIF MASAHOR

Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur berlaku kerana

mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai

Rajang pada tahun 1857.

Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk

tempatan.

Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit tetapi

Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut.

Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di

Kuching, tetapi gagal.

Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan

Brunei kepada British di Singapura.

Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan

oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke.

SABAH

Mat Salleh

Penentangan oleh Mat Salleh berlaku kerana Syarikat Borneo Utara British

(SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai pemerintah daerah

Tambunan dan Sungai Sugut.

SBUB telah menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.

SBUB juga melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895 tetapi

tidak dilayan.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 12 -

Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya menyebabkan

Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan

mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.

SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan menyerahkan

Tambunan kepada beliau.

SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu

SBUB tetapi dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat

Salleh.

Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

SOALAN 4

a) Tindak Balas British Terhadap Kebangkitan Pemimpin Tempatan.

British menangkap, memenjarakan dan ada dalam kalangan pemimpin

tempatan dijatuhi hukuman bunuh. Contohnya Dato‘ Maharajalela telah

dihukum bunuh kerana pakatan beliau dan pengikutnya membunuh J.W.W

Birch.

Ada dalam kalangan pemimpin tempatan yang ditangkap dan dibuang negeri

oleh British. Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong telah dihantar ke Makkah

kerana menentang British di Terengganu

Pihak British juga telah memusnahkan petempatan masyarakat tempatan ketika

melancarkan serangan ke atas pembesar tempatan. Contohnya British telah

membakar Kampung Rentap menyebabkan Rentap dan pengikutnya terpaksa

berundur

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 13 -

British juga telah bertindak menggunakan nama sultan untuk menewaskan

penentangan pemimpin tempatan.. Contohnya British menggunakan nama

Sultan Kelantan untuk membawa masuk Kapal Perang H.M.S Cadmus ke

Tumpat bagi menewaskan Tok Janggut dan pengikutnya.

Pihak British telah memaksa rakyat tempatan menerima sistem pentadbiran

British di kawasan mereka. Pembesar tempatan kehilangan kuasa mengutip

cukai di kawasan pengaruh mereka. Contohnya, British mengenakan sistem

cukai di Perak yang menghapuskan hak pembesar tempatan.

b) Cara / Strategi Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang Penjajahan

British.

Pemimpin tempatan menentang penjajahan British dengan cara mendapatkan

bantuan ketenteraan daripada pembesar negeri jiran. Contohnya Dol said

mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Yamtuan Ali dari Rembau iaitu Syed

Shaaban, Penghulu Remai, Dato Kelana Sungai Ujong sehingga berjaya

mengalahkan British

Pemimpin tempatan juga telah menggunakan taktik serangan gerila dalam usaha

menentang penjajahan British. Contohnya Dol Said menggunakan taktik ini dan

berjaya mengalahkan 150 tentera British dalam serangan yang pertama.

Pemimpin tempatan telah menyerang kubu penjajah dalam usaha mereka

mengekang pengaruh kuasa barat. Contohnya, Pada tahun 1897, Mat Salleh

menyerang dan memusnahkan pelabuhan kompeni di Pulau Gaya. Beliau

kemudiannya membina sebuah kubu di Ranau untuk meneruskan serangannya

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 14 -

Pembesar-pembesar tempatan telah mewujudkan pakatan dengan pembesar-

pembesar untuk menentang penjajahan British. Buktinya, Dato’ Maharaja Lela

bermesyuarat dengan pembesar Perak di Durian Sebatang dan Sultan Abdullah

bermesyuarat di Belanja. Dalam mesyuarat tersebut Dato’ Maharaja Lela bersetuju

membunuh J.W.W.Birch.

Pemimpin-pemimpin tempatan juga telah berunding dengan penjajah dan bersetuju

menerima pelan damai untuk memastikan masalah mereka tidak berlanjutan.

Contohnya Mat Salleh sanggup menghentikan tentangan setelah SBUB berjanji

akan menyerahkan daerah Tambunan kepada beliau.

Para pemimpin tempatan juga memimpin golongan petani menentang cukai atau

peraturan tanah yang membebankan rakyat yang diperkenalkan oleh British.

Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong membuka tanah Hajah Nik Maimunah

tanpa kebenaran British

c) Kesan Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap Terhadap British.

Penentangan pemimpin tempatan telah menyebabkan mereka kehilangan

pengaruh, jawatan dan gelaran kerana British bertindakbalas secara drastik.

Contohnya Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka setelah kalah

dalam serangan British pada tahun 1832.

British menangkap, memenjarakan dan ada dalam kalangan pemimpin tempatan

dijatuhi hukuman bunuh. Contohnya Dato‘ Maharajalela telah dihukum bunuh

kerana pakatan beliau dan pengikutnya membunuh J.W.W Birch.

Ada dalam kalangan pemimpin tempatan yang ditangkap dan dibuang negeri oleh

British. Contohnya Haji Abdul Rahman Limbong telah dihantar ke Makkah kerana

menentang British di Terengganu.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 15 -

Kesan penentangan ini menyebabkan rakyat tempatan terpaksa menerima

pentadbiran British di kawasan mereka. Hal ini menyebabkan sistem pentadbiran

tempatan yang diamalkan secara turun temurun turut terhapus. Sultan dan

pembesar Melayu kehilangan kuasa.

Selain itu, pihak British juga telah memusnahkan petempatan masyarakat tempatan

ketika melancarkan serangan ke atas pembesar tempatan. Contohnya British telah

membakar Kampung Rentap menyebabkan Rentap dan pengikutnya terpaksa

berundur.

d) Sumbangan Tokoh-Tokoh Tempatan Dalam Menyemarakkan Gerakan Anti

Penjajahan Di Tanah Melayu

e) Kepentingan/ Manfaat/ Faedah Penentangan Pemimpin Tempatan Menentang

British.

Pemimpin dan anak buahnya berjaya mengalahkan British pada peringkat awal.

Contohnya kerjasama antara Dol Said dan pemimpin tempatan lain berjaya

mengalahkan British dalam Perang Naning yang pertama pada tahun 1831.

Perjuangan pemimpin tempatan telah menyemarakkan semangat cinta akan

tanahair . Contohnya, Haji Abdul Rahman menyemarakkan semangat penduduk

tempatan untuk menentang undang-undang Tanah yang diperkenalkan oleh

British dengan menyatakan bahawa Tanah itu milik Allah, jadi sesiapa sahaja

boleh meneroka tanah.

Penentangan pemimpin tempatan berjaya menggugat pentadbiran British di

Tanah Melayu. Contohnya Tok Janggut dan pemimpin tempatan lain di Kelantan

berjaya menawan Pasir Puteh serta menubuhkan sebuah kerajaan. Tok janggut

dilantik menjadi Perdana Menteri. British kemudiannya terpaksa menggunakan

nama Sultan untuk menumpaskan mereka.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 16 -

Semangat penentangan pemimpin tempatan juga telah memberi inspirasi

kepada pemimpin gerakan nasionalisme yang seterusnya untuk menuntut

kemerdekaan negara. Contohnya keberanian dan kesanggupan Tok janggut

berkorban nyawa memberi semangat kepada pemimpin selepasnya.

f) Buktikan kejayaan pemimpin tempatan menentang British dari abad ke 19

hingga awal abad ke 20.

Penghulu Dol Said

Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar 1/10

hasil sebagai ufti kepada Melaka

Penghulu Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan

Kapten Wyllie

Rentap

Rentap telah menyerang tentera James Brooke di kubu Nanga Skrang dan

berjaya mengusir James Brooke.

Mat Salleh

Mat Salleh telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau

Gaya

SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh

Dato’ Maharaja Lela

Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak melakukan

bantahan

Mat Arshad orang suruhan British dibunuh di Pasir Salak ketika menampal

poster cukai

JWW Birch telah dibunuh oleh Seputum dan Pandak Lam atas arahan Dato’

Maharaja Lela

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 17 -

Dato’ Bahaman

Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya

Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua

Dato Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

Tok Janggut

Polis British gagal menangkap Tok Janggut yang enggan membayar cukai

Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad , Penghulu Adam, Haji Said Puteh,Che Ishak

serta rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya mendudukinya

Tok Janggut membentuk kerajaan dengan Engku Jeram Besar sebagai Raja dan

Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai daerah

Haji Abdul Rahman Limbong

Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di

Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British

British terpaksa menggunakan jasa baik Tengku Nik Maimunah untuk

menyuraikan kira-kira

300 penduduk yang berkumpul untuk membuka tanah

Penduduk melancarkan penentangan bersenjata dan menyerang serta berjaya

menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 18 -

Soalan 5

a) Cara Mengelakkan Penjajahan Semula Berlaku Di Negara Kita / Mengekalkan

Kedaulatan Negara.

b) Peranan Pelajar Bagi Mengelakkan Penjajahan Semula Berlaku Di Negara Kita

Penghayatan terhadap nilai murni melalui mata pelajaran Sejarah, Pendidikan

Moral , Sivik dan Kewarganeraan dapat mengekalkan kedaulatan negara.

Contohnya pelaksanaan Kajian Sejarah Tempatan (KST) turut boleh

memperkasakan semangat nasionalisme kerana mereka dapat mengetahui

tentang sejarah dengan lebih dekat. Nilai-nilai murni yang dipelajari

menyebabkan pelajar mempunyai jati diri untuk mempertahankan negara.

Semangat cinta akan negara dapat dipupuk dengan menyertai pasukan tentera.

Oleh itu kekuatan angkatan tentera negara akan bertambah hebat. Jadi,

kedaulatan negara dapat dipertahankan. Remaja juga perlulah sedia berkorban

untuk bangsa dan negara demi menunjukkan rasa cinta akan negara.

Disiplin perlu dijadikan amalan oleh para remaja kerana disiplin dapat melahirkan

remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Remaja perlulah

menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab

dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.

Contohnya dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan

ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja, Kolej Tentera Darat, Kolej Tentera

Udara dan Akademi Tentera Malaysia disiplin dan sifat keperibadian yang unggul

dalam kalangan remaja dapat dibentuk untuk membendung anasir luar

.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 19 -

Rakyat Malaysia juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.

Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam

mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada, bukan

sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang

terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada

suatu masa dahulu. Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal

demi menjamin kemerdekaan negara.

c) Peranan Pemimpin Bagi Mengelakkan Penjajahan Semula Berlaku Di Negara

Kita / Mengekalkan Kedaulatan Negara

Kerajaan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan memberi

penekanan kepentingan kemerdekaan serta pendedahan kepada perjuangan

pejuang kemerdekaan dalam memperjuangkan kebebasan Negara. Anak-anak

muda perlu diajar menyelami kesukaran pejuang dahulu dan betapa peritnya

kehidupan dibelenggu penjajah. Contohnya, Kerajaan juga menjadikan mata

pelajaran Sejarah wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

mulai 2013 adalah antara langkah memupuk semangat cinta akan negara dan

berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Pemimpin juga perlu berusaha melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan

hidup dalam keadaan harmoni. Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu

padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat

bersatu padu tiada, bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan

musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan

Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu. Jadi semangat kekitaan perlulah

dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 20 -

Kerajaan perlu berusaha memupuk penghayatan terhadap nilai murni melalui

mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Moral , Sivik dan Kewarganeraan dapat

mengekalkan kedaulatan negara . Contohnya pelaksanaan Kajian Sejarah

Tempatan (KST) turut boleh memperkasakan semangat nasionalisme kerana

mereka dapat mengetahui tentang sejarah dengan lebih dekat. Nilai-nilai murni

yang dipelajari menyebabkan pelajar mempunyai jati diri untuk mempertahankan

negara.

d) Kekuatan Nasionalisme Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Merupakan Pra

Syarat Menjamin Kedaulatan Negara

Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia dapat menjamin

kedaulatan negara kerana semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat

berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara

yang benar-benar aman. Keamanan yang dikecapi menjadikan negara kita

dihormati seantero dunia. Hal ini menyebabkan tiada kuasa asing yang boleh

mengambil kesempatan ke atas negara kita.

Semangat nasionalisme yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia juga

membolehkan mereka berusaha mengharumkan nama negara. Contohnya

kejayaan Ratu Skuasy negara menempatkan nama sebagai pemain skuasy

nombor satu dunia membuktikan bahawa dengan adanya semangat cinta akan

negara akan berusaha bersungguh-sungguh memenangi setiap pertandingan

untuk melonjakkan nama negara di pentas dunia.

Rakyat Malaysia yang memahami, menghayati dan mengamalkan semangat

nasionalisme akan berusaha dengan gigih untuk memajukan negara. Semangat

cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum membolehkan rakyat

Malaysia bekerja dengan produktif dan cekap untuk memajukan negara.

Contohnya Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan pertama negara

berusaha gigih untuk menyertai ekspedisi meneroka angkasa lepas demi negara

tercinta.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 21 -

Seterusnya kerajaan telah mengambil langkah dengan mengintegrasikan murid-

murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid

dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang

berlainan kaum. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini

juga membolehkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama

kaum lain. Hal ini penting kerana semangat perpaduan merupakan kunci

keharmonian dalam sesebuah negara.

e) Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Kempen kesedaran agar bersemangat setia negara yang tinggi

Asuhan dari ibu bapa agar anak sentiasa berkorban

Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan

Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia

Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar

Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif

Patuh pada ajaran agama

Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan-Hormat-menghormati

Peranan guru menerapkan semangat tersebut dalam jiwa pelajar

Sistem pendidikan negara menjurus ke arah tersebut

Kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan

Mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan

Menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan

Memberi sumbangan dalam pembangunan negara

Membeli barangan buatan Malaysia

Menyokong Skuad Badminton/ Harimau Malaya/ Pasukan negara

Bersama meraikan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka

Mendokong semangat Malaysia Boleh

Menyokong perjuangan pemimpin tempatan

Menghayati dan menghargai kemerdekaan Negara

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 22 -

f) Nasionalisme adalah rasa kebersamaan sebagai satu bangsa yang dapat

membentuk semangat kebangsaan yang kukuh. Sebagai seorang

warganegara yang patriotik, nyatakan rasa kebersamaan yang dimaksudkan.

Fasih berbahasa Melayu

Menghayati kebudayaan kebangsaan

Pendidikan yang sama

Setia kepada Raja

Menghayati Rukun Negara

Merealisasikan Wawasan 2020

Menyanyi lagu kebangsaan

Menghormati lambang-lambang negara

Mematuhi undang-undang yang sama

Mengiktiraf Islam agama rasmi negara

Kebebasan agama dihormati

Masyarakat berbilang kaum yang bersatu

Berbangga sebagai bangsa Malaysia

Gagasan 1 Malaysia

Semangat Malaysia Boleh

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 23 -

SOALAN 6

a) Sebab/ faktor perjuangan pemimpin tempatan dalam usaha menentang

pendudukan British di tanah Melayu tidak berjaya.

b) Sebab/ Faktor British berjaya mengatasi kebangkitan pemimpin tempatan.

c) Pemimpin tempatan menghadapi pelbagai cabaran ketika perjuangan

menentang British.

Beri hujah anda.

Pemimpin tempatan menghadapi pelbagai cabaran ketika perjuangan

menentang British antaranya ialah ketiadaan senjata moden yang mampu

menumpaskan musuh dari jarak jauh seperti senapang.

Masyarakat tiada kemahiran untuk berlawan dengan musuh, mereka bertindak

melulu tanpa memikirkan keselamatan diri. Contohnya serangan British yang

tersusun dan menggunakan pelbagai senjata telah melumpuhkan perjuangan

Tok Janggut dan pengikutnya di Kelantan.

Pemimpin tempatan mudah terpedaya dengan tipu muslihat penjajah yang suka

memanipulasi kelemahan orang tempatan. Misalnya SBUB telah mungkir janji

dengan Mat Salleh di Sabah yang telah dijanjikan pelan damai dan menawarkan

Tambunan kepada beliau.

Selain itu, tiada askar terlatih khusus utk mempertahankan negara seperti

komando, skuad elit yang diberikan latihan khas utk menghadapi pelbagai situasi

genting dan kritikal ketika peperangan.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 24 -

Strategi perjuangan yang tidak berkesan menyebabkan perjuangan pemimpin

tempatan tidak berjaya. Contohnya perjuangan Dato Maharaja Lela dan

pengikutnya telah menemui kegagalan seterusnya membawa kepada kematian

Dato Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Lam, Sepuntum dan Pandat Indut

yang telah dikenakan hukuman gantung.

d) Semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin goyah.

Rakyat Malaysia kurang perasaan cinta akan negara kerana mudah terpengaruh

dengan budaya dari luar dan pelbagai media. Contohnya demontrasi jalanan

yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak telah menyebabkan pelbagai

kerosakan prasarana awam di negara kita.

Pengaruh daripada ledakan maklumat /ICT telah memudahkan penyebaran

budaya negatif dari luar negara. Budaya ini tidak sesuai dengan masyarakat

timur di negara kita kerana boleh menimbulkan pelbagai fitnah dalam

masyarakat.

Gejala sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berleluasa

terutamanya dalam kes jenayah. Rakyat Malaysia tiada lagi jati diri dalam jiwa

mereka. Contohnya kes pembunuhan kejam Anthony Kevin Morais/ kes

pembunuhan kejam telah berleluasa di negara kita

Kekurangan pengetahuan kenegaraan dalam kalangan generasi muda rakyat

Malaysia telah menyebabkan semangat nasionalis semakin goyah. Oleh itu,

mereka mudah terjebak dengan agenda politik yang bertujuan menjatuhkan

negara kita selain mudah terpengaruh dengan segala provokasi di laman

sesawang semata-mata.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 25 -

Rakyat Malaysia kurang memahami dan menghayati sejarah penubuhan

Malaysia yang terbentuk daripada semangat musyawarah yang sangat tinggi.

Contohnya pelbagai desakan dan tuntutan oleh individu yang tidak

bertanggungjawab tersebar luas dalam media sosial telah mempengaruhi rakyat

Malaysia.

e) Kerajaan telah berjaya menjalankan pelbagai usaha untuk memupuk

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kejayaan pelayaran solo negara Dato’ Azhar Mansor dengan kapal layar Jalur

Gemilang.

Dato’ Abdul Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat Inggeris.

Kejayaan Mohandas dan Magendran menawan puncak Gunung Everest.

Dato’ Nicol David meraih kejayaan dalam sukan skuasy dan menjadi pemein

skausy nombor satu dunia.

Dato’ Lee Chong Wei muncul sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan

badminton.

Dato’ Maznah Zulkifli berjaya ke kutub Utara.

Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara.

Tenaga pakar dalam Pembinaan LRT di Makkah.

Tenaga pakar Petronas dalam carigali petroleum di luar negara.

Penyertaan rakyat Malaysia dalam pertubuhan di peringkat antara bangsa.

Dato Seri Zetty Akhtar Aziz,Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di peringkat

antara bangsa

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 26 -

f) Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat

nasionalisme.

Jika setiap rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme pastilah rakyat akan

berpecah belah. Hal ini sedikit sebanyak akan menyebabkan keamanan dan

keharmonian negara terancam. Jadi, sudah pasti akan lahir individu yang

pentingkan diri sendiri dalam setiap perkara yang dilakukan tanpa memikirkan

perasaan dan kesannya kepada orang lain.

Ekonomi negara juga tidak berkembang dan mundur. Hal ini akan menyebabkan

pelaburan asing melabur di negara ini semakin berkurang. Kemakmuran negara

juga akan tergugat kerana pastinya orang asing akan mengambil kesempatan

atas ketidakamanan di negara kita dengan menjajah. Pembangunan negara juga

turut terbantut dan sekaligus menyebabkan berlakunya penggangguran dalam

kalangan rakyat.

Selain itu, kedaulatan negara akan terancam jika semangat nasionalisme tidak

disemai di dalam diri. Imej negara akan terjejas dan sudah pasti negara juga

terdedah kepada campur tangan kuasa asing.

Politik juga akan mengalami kestabilan apabila semangat cinta kepada negara

semakin pudar. Pentadbiran akan menjadi kucar kacir kerana pemimpinnya tidak

dapat mengawal rakyat dengan baik. Demonstrasi jalanan juga akan berleluasa.

contohnya Perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 telah menyusahkan banyak

pihak.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 27 -

Soalan 7

a) Semangat nasionalisme dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah

semakin merundum sejak kebelakangan ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan

pencapaian dalam subjek Sejarah yang agak mengecewakan. Jelaskan

perkara-perkara yang menjadi tembok penghalang kepada perkembangan

semangat nasionalisme masa ini.

Kurangnya semangat setia negara

Tidak menghormati pemimpin negara

Tidak menyokong dasar-dasar kerajaan

Percaya kepada berita palsu

Terpengaruh dengan berita negatif dari media massa

Sekolah berasaskan bahasa ibunda

Kurangnya perpaduan

Pengaruh ibu bapa

Pengaruh rakan sebaya

Kurang berminat terhadap subjek sejarah

Kurang berilmu

Tidak menghargai jasa tokoh-tokoh lampau

Kurang pendedahan tentang perjuangan nasionalisme lampau

Demostrasi jalanan

Kehidupan yang agak selesa.

Campur tangan pihak luar dalam urusan negara

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 28 -

b) Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan harus memainkan peranan

dalam memantapkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat

khususnya golongan pelajar. Bincangkan langkah-langkah yang dapat

diambil dalam usaha kita untuk menerapkan semangat nasionalisme dalam

kalangan pelajar.

Menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus

Memainkan lagu-lagu patriotik di sekolah

Mengadakan kempen berkaitan nasinalisme

Mengadakan pertandingan drama bercorak patriotik

Mengadakan kuiz bercorak nasionalisme

Peranan guru

Peranan ibu bapa

Menerapkan konsep satu Malaysia

Menyokong dasar-dasar negara

Mewajibkan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah

Mendedahkan sumbangan tokoh-tokoh nasionalis tanah air

Memperkasakan sekolah satu aliran

Memperkasakan penggunakan bahasa Melayu

Merapatkan perpaduan

Menghayati Rukun Negara

Mengawasi penggunaan laman-laman sosial

Menjauhi diri dari gejala negatif

Berfikiran rasional

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 29 -

SOALAN 8

Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada gerakan nasionalisme

sehingga perang dunia kedua yang boleh diterapkan demi mengekalkan

kedaulatan negara kita.

Rakyat Malaysia haruslah berani hadapi cabaran untuk memastikan negara tidak

dijajah kali kedua dan dihormati di seluruh dunia.

Mestilah Cekal dan tabah mengharungi cabaran dalam hidup agar masyarakat

dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa dibelenggu anasir tidak

sihat.

Masyarakat juga janganlah mudah putus asa untuk mencapai kejayaan dalam

sesuatu perjuangan.

Semangat perjuangan yang kental perlulah disemai dalam kalangan generasi

muda supaya mereka dapat mengharungi cabaran getir abad ke – 21.

Kita perlulah mempunyai semangat cinta akan negara untuk memastikan negara

sentiasa aman dan harmoni.

Rakyat negara ini juga perlu bercita-cita tinggi dan berwawasan untuk

memajukan negara

Sikap sedia terima perubahan perlu disemai dalam kalangan generasi muda

supaya mereka dapat bersaing dan menangani cabaran era globalisasi ini.

Mengekalkan keamanan untuk memastikan masyarakat dapat hidup sejahtera

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 30 -

Remaja perlu bersifat inovatif dan kreatif untuk memastikan negara tidak

ketandusan modal insan berminda kelas pertama

Masyarakat perlu bersatu padu bagi memastikan keamanan negara terus

terjamin dan kedaulatan negara tetap terpelihara.

Nilai bertoleransi dan hormat-menghormati juga harus menjadi pegangan dan

amalan rakyat Malaysia supaya negara terus dihormati di pentas dunia.

Jasa-jasa dan pengorbanan pejuang negara wajar dihargai supaya generasi

muda sedar tentang pahit getir memperjuang kemerdekaan negara.

MODUL SUKSES JPNPP 2015 KERTAS 3

- 31 -

SOALAN 9

Pengetahuan

Pengetahuan yang saya peroleh ialah negara kita telah mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh nasionalis terdahulu.

Selain itu, saya juga mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan

Berjaya kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang

berbilang bangsa.

Pada abad ke-19 dan abad ke-20 mengetengahkan ramai pemimpin tempatan

daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah.

Berlaku perubahan pentadbiran penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan

kepada penduduk tempatan.

Nilai-nilai Murni

Nilai yang saya peroleh ialah semangat kerjasama antara kaum telah Berjaya

menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Nilai kedua yang saya peroleh ialah keberanian tokoh-tokoh nasionalis tanah air

memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa daripada penjajahan.

Seterusnya berani mempertahankan negara.

Akhirnya kita juga perlu berusaha membangunkan negara.

Unsur Patriotisme

Unsur Patriotisme yang saya peroleh ilah setiap kita perlu mempunyai semangat

cintakan negara.

Selain itu kita juga perlu berkorban apa saja demi mempertahankan tanah air

tercinta.

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil perpaduan

dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia.

Di samping itu para pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan

Malaysia sebuah negara maju dan berdaulat.