Upload
mr-a-nazri
View
1.215
Download
10
Embed Size (px)
HOKIMRSM KUBANG PASU
1.0 PENGENALAN
Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia
telah diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan
Olimpik pada tahun 1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di
dalam sukan hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara
perubahan yang berlaku termasuklah undang-undang permainan, cara
bermain dan lain-lain lagi.
1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI
Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di
dalam sukan hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya
menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung
semulajadi di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick).
Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah
ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya
ditukarkan kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada peralatan
permainan, padang juga mengalami proses perubahan seiring dengan
peredaran zaman. Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter panjang
dan 54 meter lebar, namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter
panjang dan 55 meter lebar.
Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias
yang serupa. Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan
dua tiang gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain
itu, di kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890,
batang mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan
pukulan (striking circle).
1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA
Page 1
HOKIMRSM KUBANG PASU
Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis
telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada
tahun 1886. Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan
antarabangsa. Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran
daripada Perang Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan semula
di dalam Sukan Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun
1924 kerana tiada badan induk dunia yang mengawal permainan ini.
Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk
memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk
tampil menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa
bagi permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland
tidak menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik.
India juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama
yang menyertainya.
Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112
buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan
untuk memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia,
Piala Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.
1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan
untuk mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan
Page 2
HOKIMRSM KUBANG PASU
Majlis Hoki Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun,
pada 1953, persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan
Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli.
Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu
Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya
merupakan salah satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama
Malaysia. Pertandingan ini diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah
yayasan untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan
kepada atlit yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian.
Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita,
banyak perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita
merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia. Selain itu, pasukan kita
juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa
yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.
2.0 PERALATAN SUKAN
Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu
juga dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain,
kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat.
2.1 PADANG
Page 3
HOKIMRSM KUBANG PASU
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i) Berbentuk segi empat bujur.
ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan
lebar dikenali sebagai garisan belakang.
2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di
tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula
dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii) Dikenali sebagai kawasan D.
iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan
bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol
kiri atau kanan.
2.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol,
sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi
permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-
ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut:
i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
Page 4
HOKIMRSM KUBANG PASU
ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan
sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang
tersebut ialah 3.66 meter.
iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat
bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m – 7.5 m.
v) Semua tiang gol dicat putih.
2.4 JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat
kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai
‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.5 TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang
dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan
ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di
luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin
keselamatan pemain.
Page 5
HOKIMRSM KUBANG PASU
2.6 BOLA
Ciri-ciri bola:
i) Keras, pejal atau kosong
ii) Permukaan licin
iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua
belah pihak)
iv) Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum)
v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum)
2.7 KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di
sebelah kanan.
ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul
bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’
atau ‘U’.
iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam
dan merbahaya di tepi-tepi kayu.
v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter
51 mm boleh melepasinya.
vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali
logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan
iaitu tidak melebihi 737 g.
Page 6
HOKIMRSM KUBANG PASU
2.8 KASUT
i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis
kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain
lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau
paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai
tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan
ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan
pergerakan pemain.
2.9 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan
baik. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya.
Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
i) Ped kaki
- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
- Dipasang bersama kickers.
- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di
mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas pergelangan
kaki.
- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk
suatu permainan.
ii) Sarung tangan
- Diperbuat daripada kulit dan plastik
Page 7
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol
untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam.
- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang
kayu hoki dengan kukuh.
- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355
mm panjang.
iii) Alat-alat lain
- pelindung dada - penutup muka
- ped-ped bahu - seluar berped
- pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) - pelindung mulut
2.10 PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap
penganjuran sukan dunia. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan
dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan
kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.
3.0 CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI
Setiap guru pelatih perlu mengetahui cara bermain dan peraturan asas
yang betul supaya mendapat kepuasan dan keseronokan ketika didedahkan
dengan permainan ini.
3.1 PERATURAN ASAS
Page 8
HOKIMRSM KUBANG PASU
Setiap permainan mempunyai peraturan asasnya yang
tersendiri. Demikianlah juga sukan hoki. Antara peraturan-peraturan asas
yang perlu dititikberatkan ialah:
i) Komposisi pasukan
- Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap.
- Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli.
- Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu
masa.
- Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan
sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain.
- Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang
pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut
dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang
satu pasukan.
ii) Mengganti pemain
- Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain
berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan.
- Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada
sudut penalti yang diambil.
- Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya
terdapat pemain yang dihukum keluar.
- Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa
memasuki padang.
Page 9
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan
tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun,
permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan
penjaga gol.
- Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan
tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan
belakang.
iii) Ketua pasukan
- Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan
atau kapten dalam kalangan mereka.
- Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum,
maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai
kapten.
- Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan
memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.
iv) Pakaian dan peralatan pemain
- Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan
dengan pasukan lawan.
- Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan
sendiri dan pasukan lawan.
Page 10
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali
apabila menghadapi penalty stroke.
- Lain-lain, rujuk 2.0.
v) Perlawanan dan keputusannya
- Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana
35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa.
- Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat
tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.
- Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang.
- Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring
bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.
vi) Permulaan permainan
- Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu
memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak
diserang.
- Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar.
- Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
- Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan
perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol
dijaringkan.
- Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat
hantaran tengah.
Page 11
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Ciri-ciri hantaran tengah:
- dilakukan di tengah padang
- bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain
yang lakukan hantaran tersebut.
- apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula
dengan lakuan buli.
- selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula
semula dengan pukulan 15 meter.
vii)Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan
- Bermain bola dengan back stick
- Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan.
- Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau
mengangkat tinggi kayu hoki.
- Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan.
- Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk
menjaringkan gol.
- Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu.
- Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan
yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan
boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal
di atas padang.
- Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka
menahan gol.
Page 12
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak
melakukan pukulan sudut atau penalti.
- Membuang masa dengan sengaja.
- Menghalang pemain.
- Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan
mana-mana bahagian badan.
- Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola.
- Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain
atau pengadil.
- Penjaga gol baring di atas bola.
- Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan.
- Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki
atau mana-mana bahagian badan.
4.0 KEMAHIRAN ASAS
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-
kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok
dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah
mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru
pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti
menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi.
4.1 MENGGELECEK
Page 13
HOKIMRSM KUBANG PASU
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya
pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk
menggelecek iaitu:
i.)menggelecek longgar
- Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan
menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
- Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
- Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
- Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki
kanan.
- Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah
ii.)menggelecek rapat
- Pegangan seperti menggelecek longgar.
- Badan juga seperti menggelecek longgar
- Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada
pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang.
- Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain
serta sentiasa menyentuh kayu hoki.
iii.)menggelecek Indian
Page 14
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki
berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa.
Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari
tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan
memegang dengan longgar.
- Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah
sisian lebih kurang saiz bahu.
- Mata seperti menggelecek rapat.
- Badan mengikut pergerakan bola.
- Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan
dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek
longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih
mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan
lurus. Gunakan hanya satu biji bola.
Page 15
HOKIMRSM KUBANG PASU
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada
dua kumpulan sama rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas
satu garisan yang lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil
menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan
lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar
daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.
A 10 meter B
6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua
kumpulan tersebut sehingga pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak
10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel
dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah
kumpulan pelajar.
10.Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan
pelajar kedua memperoleh bola tersebut.
11.Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama
dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam
kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
Page 16
HOKIMRSM KUBANG PASU
4.2 MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding
kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan
kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan
jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.
i.Pegangan
- Letakkankepala kayu hoki di atas tanah
- Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara
longgar
- Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.
- Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu
jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu
hoki.
ii.Cara berdiri
- Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.
- Kedudukan badan seimbang.
- Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu.
- Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki
kiri lebih kurang 30° - 40°.
iii.Bola
Page 17
HOKIMRSM KUBANG PASU
- Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa.
iv.Ayunan
- Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke
ayunan bawah dan ikut lajak.
- Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar
dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan
sambil bola dipukul.
- Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar
bola bergerak ke tempat yang dituju.
v.Badan
- Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu
juga semasa badan kita ikut lajak.
- Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.
vi.Kuasa untuk memukul bola
- Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat
agar kuasa untuk memukul lebih tinggi.
- Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan,
kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan
ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola
Page 18
HOKIMRSM KUBANG PASU
dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa
untuk memukul bola hoki.
Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan
dengan latihan ansur maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu
langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan.
Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.
2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.
3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola
kepada pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D.
Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya.
Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau
beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
Page 19
HOKIMRSM KUBANG PASU
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C
bertukar tempat dengan D.
B C
A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A
menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan
memukul bola ke dalam gol.
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri.
Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan
agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat
latihan seperti di (c).
6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan
pintu gol.
4.3 MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu
pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan
berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir
sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan
tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki,
memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan
baik.
Page 20
HOKIMRSM KUBANG PASU
Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi
seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum
dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran
yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays
kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal
kehadiran bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas
sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika
melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan
kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh
sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola.
Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan
‘jari’ kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan
latihan menguit di atas garisan pada dinding tersebut.
2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki
kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan.
3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.
4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit
bola. Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan
menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan
mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak
untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.
Page 21
HOKIMRSM KUBANG PASU
RUMUSAN
Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk
memperoleh keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari
terlebih dahulu selain daripada memastikan diri sendiri di dalam
keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah terlalu merbahaya sekiranya
pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan memakai
perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani.
Pemain hoki juga perlulah menjaga kesihatan diri mereka dengan
mengamalkan pemakanan yang sesuai dengan diet harian seorang pemain
hoki dan melakukan latihan kecergasan supaya dapat mengekalkan
kecergasan diri. Kepentingan melakukan aktiviti memanaskan badan
juga penting supaya badan kita benar-benar bersedia untuk
melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap pemain atau
pelajar perlu memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti
memanaskan badan dengan menumpukan pada bahagian badan yang
digunakan dalam sukan hoki.
BIBLIOGRAFI
Page 22
HOKIMRSM KUBANG PASU
1) Sumber rujukan utama:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
2) Sumber rujukan kedua:
http:// en.wikipedia.org/wiki/Hockey
3) Sumber rujukan ketiga:
http://www.fihockey.org/
4) Sumber rujukan keempat:
http://apps.citcat.com/en/translate
Page 23