Author
dibah-jasmani
View
466
Download
3
Embed Size (px)
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani merupakan sebahagian dari kurikulum yang menjadi tunjang
pendidikan di negara kita. Ianya penting dalam menghasilkan insan yang seimbang dari
segi intelektual, emosi, rohani dan juga jasmani yang akan memimpin negara di masa
akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, satu kurikulum telah diperkenalkan dan
diperbaharui dari masa ke semasa demi memenuhi keperluan pendidikan di Malaysia.
Permainan merupakan sebahagian dari isi penting dalam subjek Pendidikan
Jasmani di Malaysia, selain dari pergerakan asas dan kecergasan fizikal yang ditekankan
pada tahap satu. Ianya diterap bagi memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Asas
permainan mula diterap dan diajar kepada murid seawal mereka di tahun empat.
Permainan yang di ajar merupakan permaianan gelanggang dan permainan padang.
Antaranya adalah badminton, bola sepak, bola jaring, hoki, tennis, bola tampar dan juga
bola baling.
Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti permainan di sekolah semasa mata
pelajaran pendidikan jasmani, beberapa maklumat awal perlu dinyatakan sebelum
memulakan sesuatu pengajaran kemahiran.
Antara maklumat awal yang perlu diambil kira dan ditekankan adalah:-
1. Masa
Seorang guru perlu tahu masa sesuatu aktiviti yang dijalankan bagi memudahkan guru
merancang kemahiran yang perlu diajar kepada murid. Masa yang perlu diketahui adalah
jangka waktu (berapa lama) aktiviti dan bila (samada pagi atau petang). Dengan masa
ysng ditetapkan, maka guru dapat merancang berapa kemahiran yang akan diajar dan apa
aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran tersebut.
2. Persekitaran
Guru perlu mengetahui apa kemudahan persekitaran dan peralatan yang ada bagi
merancang aktiviti sesuatu permainan. Persekitaran melibatkan keadaan padang atau
galanggang yang ada. Guru perlu merancang aktiviti mengikut kesesuaian padang yang
ada. Peralatan pula perlu diambil kira memandangkan aktiviti perlu dirancang dan
peralatan yang ada akan disesuaikan dengan aktiviti yang telah dirancang.
3. Latar Belakang Murid
Latar belakang murid adalah salah satu maklumat awal yang guru perlu tahu bagi
merancang sesuatu aktiviti permainan. Latar belakang bermaksud keadaan persekitaran
tempat tinggal (samada kampung atau bandar), ekonomi keluarga, sejarah keluarga,
pengetahuan sedia ada murid serta tahap dan minat murid. Setelah mengetahui latar
belakang murid, maka lebih mudah bagi guru merancang aktiviti yang bersesuaian
dengan murid tersebut.
4. Latar Belakang Guru
Latar belakang guru juga perlu diambil kira dalam merancang aktiviti permainan.
Pengetahuan kemahiran guru, keadaan fizikal, jantina dan faktor umur juga merupakan
maklumat yang perlu diketahui. Bagi merancang sesuatu aktiviti, jika pengetahuan guru
kurang tentang sesuatu kemahiran, harus di perkukuh supaya dapat merancang dan
melaksana aktiviti yang lebih berkesan bagi mendapat hasil yang maksimum.
Salah satu permainan padang yang diperkenalkan adalah hoki. Hoki merupakan
satu permainan padang yang memerlukan kekuatan fizikal yang tangkas. Pada awalnya
permainan ini dimainkan di zaman kuno sahaja tetapi sekarang ianya telah menjadi salah
satu permainan yang turut dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Hoki juga memain
peranan dalam sukan di Malaysia dimana pasukan hoki Malaysia pernah mewakili
Malaysia dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956 dan Malaysia juga telah menjadi tuan
rumah bagi beberapa kejohanan hoki antarabangsa seperti Hoki Piala Dunia pada tahun
1975.
Permainan Hoki adalah sejenis permainan berpasukan yang melibatkan 22 orang
iaitu sebelas orang sepasukan. Biasanya, dalam sesuatu perlawanan hoki, satu pasukan
akan terdiri daripada enam belas orang pemain, termasuk lima orang pemain simpanan
atau pemain gantian. Antara sebelas orang pemain dalam satu pasukan, seorang akan
menjadi penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain gelanggang. Penjaga gol
perlu memakai pakaian dan kelengkapan pelindungan khas seperti topeng keselamatan
muka, sarung tangan, lapik kaki atau ped berat yang keras. Permainan hoki memerlukan
kayu hoki dan bola sebagai alatan permainan. Pemain hoki perlu memukul bola
menggunakan kayu hoki ke dalam gol lawan bagi mendapat mata
Contoh padang hoki dan posisi pemain bagi satu pasukan di atas padang.
Contoh pemain hoki menggelecek bola
Hoki boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur.
Dalam peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), peserta terdiri dari
lelaki dan perempuan bawah 18 dan bawah 16. Bagi peringkat bawah 16 tahun
merupakan peserta dari pelajar menengah rendah iaitu yang berumur antara 13 – 15
tahun. Permainan hoki berjalan selama 35 minit bagi separuh masa setiap perlawanan.
Setiap pasukan akan bertukar padang pada separuh masa kedua setelah tempoh rehat
selama sepuluh minit..
Permainan hoki memerlukan beberapa asas kemahiran seperti kemahiran
memukul bola, hantaran, mengawal dan menggelecek, menolak bola, menyerkap dan
menguis. Manakala penjaga gol memerlukan kemahiran tambahan seperti menahan bola
dengan kedua-dua pelapik kaki, menggelongsor untuk menahan bola, menendang bola
dan menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.
Contoh-contoh pemain dengan beberapa kemahiran iaitu
1. Kemahiran memukul
2. Kemahiran Menggelecek
3. Kemahiran menolak
Kemahiran menolak juga dipraktikkan semasa pukulan sudut penalti.
4. Kemahiran menyerkap
Permainan Hoki merupakan suatu permainan yang berisiko dan perlu dinyatakan
beberapa perkara yang tidak dibenarkan semasa permainan ini dijalankan. Terdapat
beberapa kesalahan yang seringkali dilakukan pemain dalan sesuatu pertandingan hoki.
Antaranya adalah
1. Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick)
Kayu hoki berbentuk rata di bahagian hadapan (face of the stick) manakala di sebelah
belakangnya berbentuk bulat (back stick). Pemain hanya boleh bermain dan memukul
menggunakan bahagian yang rata atau muka kayu (face of the stick) sahaja. Jika pemain
memukul menggunakan back stick ianya adalah suatu kesalahan.
2. Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki
Asas permainan hoki adalah kayu hoki dan bola. Jadi satu kewajipan bagi pemain untuk
bermain dengan menggunakan kayu hoki. Pemain yang bermain dalam permainan hoki
tanpa memegang kayu hoki dikira telah melakukan kesalahan.
Contoh pemain hoki sedang bermain tanpa memegang kayu
3. Memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan bertujuan
untuk mengganggu permainan mereka.
Pemain tidak boleh memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak
lawan kerana ini akan mengganggu permainan pihak lawan dan mencetuskan kemarahan
pihak lawan dan boleh mengundang pertengkaran dan pergaduhan. Perbuatan memegang,
mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan ini merupakan satu
kesalahan dalam permainan hoki.
4. Pemain tidak boleh merebut bola sesuka hati (iaitu dari sisi belakang), pemain hanya
boleh merebut bola dari arah hadapan (arah yang bertentangan)
5. Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan pihak
lawan.
Pemain tidak boleh memintas pihak lawan bertujuan menghalang bola dengan
menggunakan kayu hoki atau tubuh badan. Ianya merupakan satu kesalahan.
Contoh pemain cuba memintas pemain lawan dengan menggunakan kayu hoki.
Contoh seorang pemain hoki sedang merebahkan diri untuk menghalang pihak lawan
6. Bermain bola dengan menggunakan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain.
Contoh pemain menolak bola menggunakan kaki
7. Menyungkit (scoop) bola ke arah pemain lain atau ke dalam bulatan yang mungkin
akan mengundang bahaya kepada mereka.
Contoh pemain menyungkit (scoop) ke arah pemain lawan
Permainan bola jaring merupakan suatu permainan yang dikhususkan kepada wanita.
Oleh itu seawal tahun empat murid-murid perempuan telah diperkenalkan dengan
kemahiran asas permainan bola jaring. Asas pengetahuan tentang bola jaring dapat di
lihat dari persembahan multimedia.