Author
chinchengyung
View
520
Download
7
Embed Size (px)
Isi Kandungan
1. Storyboard bahan rancangan mengajar hoki.
1.1 Sejarah ringkas permainan hoki di Malaysia.
1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan hoki.
1.3 Penjelasan perincian kemahiran asas hoki .
1.4 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran asas hoki
2. BBM ( Tayangan video ) kemahiran kemahiran asas bagi permainan hoki.
(tayangan video).
Bibliografi
1
1.1 SEJARAH PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948,
sebuah badan rasmi
telah ditubuhkan untuk
mengawal sukan hoki di
Tanah Melayu. Badan
ini dinamakan Majlis
Hoki Malaya dan telah
ditubuhkan bersama-
sama Singapura. Namun,
pada 1953, persatuan ini
barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Kini, pertubuhan sukan ini lebih
dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri
sebagai ahli. Secara ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu
Pertandingan Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah
satu pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini
diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan untuk menjaga
kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit yang ingin melanjutkan
pelajaran ke institusi pengajian.
Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak perubahan telah
berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara 15 pasukan terbaik dunia.
Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai pertandingan-pertandingan peringkat
antarabangsa yang lain seperti Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.
1.2 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI
Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran
yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Hoki juga satu
permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan,
2
kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan
kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu
dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada mereka
untuk kreativiti dan gaya individual.
Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah
menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.
i. Menggelecek
Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk
membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola,
menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek
longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek ‘Indian’(Indian Dribble).
Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble
Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble.
3
ii. . Memukul
Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap
pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan
cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak
tersasar ke arah lain.
kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan
kemas.
Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan
kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.
iii. Menolak
Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya
sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan
4
kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan
kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada
bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.
Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola
Teknik yang betul ketika menolak bola, hasilnya pasti meletup
iv. Menerima dan menahan bola
Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting
dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang
dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam
kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima
atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun
sedang bergerak.
5
cara yang betul untuk menahan bola tinggi.
* Kesalahan yang kerap dilakukan
Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa
menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan
kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola
berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.
Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:
i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan
kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.
ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu
dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.
iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut
sedikit berkurangan.
iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak
memukul bola.
v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.
6
Pemain perlu dapat mengenalpasti kesilapan agar dapat memperbaiki kesilapan yang
telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.
1.3 . ANSUR MAJU KEMAHIRAN ASAS
Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang
menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan
keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu.
Dalam tugasan ini akan membincangkan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek,
memukul, menguis dan lain-lain lagi.
i. MENGGELECEK
Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu diajar supaya pemain dapat
mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:
i. Menggelecek longgar
- Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar.
Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.
- Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.
- Mata memandang bola ketika membuat tolakan.
- Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.
- Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah
7
ii. Menggelecek rapat
- Pegangan seperti menggelecek longgar.
- Badan juga seperti menggelecek longgar
- Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan
bergerak sambil mengkaji situasi padang.
- Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh
kayu hoki.
iii. Menggelecek Indian
- Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan
kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu
jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.
- Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.
- Mata seperti menggelecek rapat.
- Badan mengikut pergerakan bola.
- Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri
pada masa kanan menyentuh tanah.
Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal
untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang
untuk difahami.
1.3.1 ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji
bola.
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus.
8
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar
perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B
memperoleh bola tersebut.
A --------------10 meter-------------- B
6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut sehingga
pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat
pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar.
10.Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh
bola tersebut.
11.Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya
sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.
1.3.2. MEMUKUL
Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding
kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan
kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju
dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh
pemain.
i. Pegangan
- Letakkan kepala kayu hoki di atas tanah
- Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar
9
- Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.
- Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk ‘V’ apabila ibu jari dan jari telunjuk
kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki.
ii. Cara berdiri
- Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.
- Kedudukan badan seimbang.
- Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu.
- Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30° -
40°.
iii. Bola
- Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa.
Ayunan
- Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.
- Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan
dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul.
- Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat
yang dituju.
iv. Badan
- Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan
kita ikut lajak.
- Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.
Kuasa untuk memukul bola
- Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul
lebih tinggi.
- Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan,
kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa
bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola
hoki.
10
Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur
maju terlebih dahulu.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan
lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga.
2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari.
3. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak
bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-kira di
garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
B C
A D
Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat
dengan D.
B C
A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada
pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol.
11
c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar
mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang
masalah ketika membuat latihan seperti di (c).
6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.
1.3.3. MENGUIT/MENGUIS
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran
adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi
kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan
tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan
pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.
Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain
hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan
supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan
cepat supaya kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal
kehadiran bola dari arah hadapan.
Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun,
bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi
memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang
boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah
bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan ‘jari’
kayu hoki.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit di
atas garisan pada dinding tersebut.
2. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit
bola yang berada di hadapan.
3. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan.
12
4. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut.
5. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan.
Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang
berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak
untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.
PENUTUP
Sukan hoki merupakan sukan yang menyeronokkan. Namun, untuk memperoleh
keseronokan maksimum, kemahiran-kemahiran perlu dipelajari terlebih dahulu selain
daripada memastikan diri sendiri di dalam keadaan yang baik. Sukan hoki tidaklah
terlalu merbahaya sekiranya pemain atau pelajar bermain secara berhati-hati dan
memakai perlindungan yang disarankan oleh jurulatih atau guru Pendidikan Jasmani.
Pemain hoki juga perlulah menjaga kesihatan diri mereka dengan mengamalkan
pemakanan yang sesuai dengan diet harian seorang pemain hoki dan melakukan latihan
kecergasan supaya dapat mengekalkan kecergasan diri. Kepentingan melakukan aktiviti
memanaskan badan juga penting supaya badan kita benar-benar bersedia untuk
melakukan latihan hoki. Oleh yang demikian, setiap pemain atau pelajar perlu
memastikan diri mereka telah melakukan aktiviti memanaskan badan dengan
menumpukan pada bahagian badan yang digunakan dalam sukan hoki.
13
BIBLIOGRAFI
Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006).
Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)
Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005).
Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005).
Human Kinetics Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
14