Upload
lenhi
View
252
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBAE1203
PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK
NO. KAD MATRIK
: 751024026051001
MOHD SALANY AZLAN BIN MD. SALLEH
NO. KAD PENGENALAN
751024-02-6051
NO. TELEFON
012-2260062
ALAMAT E-MAIL
TUTOR
EN. MANAN BIN SARBANI
PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT (J03)
SEMESTER MEI 2012
2
Penghargaan
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, saya
dapat menyiapkan tugasan yang ditetapkan untuk Perkembangan Seni dan Kanak-kanak ini
dengan jayanya.
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah saya iaitu En. Manan bin Sarbani di atas tunjuk ajar, nasihat dan
perangsang yang telah diberikan. Ini mendorong saya menyiapkan tugasan dengan semangat
yang tinggi dan berazam membuat yang terbaik.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Bukit Gambir, Ledang, Johor yang banyak membantu dalam penghasilan tugasan
ini. Begitu juga rakan-rakan seperjuangan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan.
Diharapkan tugasan ini memberikan sesuatu yang baik untuk saya manfaatkan dalam
kerjaya pada masa-masa akan datang. INSYAALLAH.
3
KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 2
Kandungan 3
Pengenalan 4
Kreativiti dan Kanak-kanak 7
Pengertian Kreativiti Dalam Perspektif Seni Kanak-kanak 7
Proses Aktiviti Tahap Perkembangan Kreativiti 8
Perkembangan Kreativiti Fisher 8
Ciri-ciri Kreativiti 9
Strategi Merangsang Kreativiti 10
Kaedah dan Contoh Proses Kreativiti Dijalankan 11- 22
Analisis Kepentingan Pemikiran Kreatif 23
Meningkatkan Motivasi 24
Menggunakan Model Proses Kreativiti 25
Kesimpulan 26 – 27
Penutup 28
Rujukan 29 - 30
4
PENGENALAN
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif
dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu
faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini
mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda
mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan
pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud“membuat”.
Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Secara ringkasnya, kreativiti adalah kebolehandan kemampuanseseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli yang bermaksud penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.Terdapat beberapa cara untuk melihat kreativiti seseorang. Antaranya ialah seseorang dapat menghasilkan
ideayangbaru dan unik/asli, memberikan alternatifdalam menyelesaikan masalah ,memikirkan
kemungkinandaripada sesuatu tindakan, menyesuaikan diri atau sanggup menghadapi cabaran dengan positif dan
bersikap kegila-gilaan. Beberapa orang tokoh seni visual memberikan pandangan mengenai kreativiti.Paul Torrance
yangtersohor dalam bidang/kajian kreativitimencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya
intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan “Torrence Test of Creative Thinking” untuk menguji
tahap kreativiti.
June KingMacfee mentakrifkan kreativiti sebagaikeupayaan seseorangmencipta sesuatu yang baru atau
mampu mengolah idea baru yang lebih bermakna. Carl Rogers mentakrifkan bahawaindividu yang bebasdan
mempunyai rasatanggungjawab akan cuba menyumbangkankreativitikepada insan sertamakhluk lain
dipersekitarannya. Lowenfeld menjelaskan bahawakreativiti seseorang murid itu bolehdiukur melalui empat
komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
5
Kreativiti juga boleh didefinisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mencipta sesuatu
yang unik, asli, berguna dan bernilai. Kemampuan ini berkait rapat dengan kemahiran membuat
dan imaginasi. Bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka perlulah mempunyai kecerdasan
pemikiran untuk mencipta yang kreatif. Kecergasan pemikiran yang kreatif mengandungi empat
gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan
berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah karya seni.
Kreativiti dan inovasi yang dikaitkan dengan kemahiran melukis dan mewarna
memainkan peranan penting bagi membina kreativiti seseorang pencipta. Pendedahan
penggunaan bahan dan teknik melukis serta mewarna yang terbaik bagi tujuan pembelajaran dan
pengajaran dalam studio. Pengenalan unsur-unsur seni dan prinsip rekaan merupakan proses
6
kajian dari satu langkah ke satu langkah. Ianya dapat memberi pengetahuan yang mendalam
tentang unsur-unsur seni dan prinsip rekaan yang wujud di dalam sesuatu rekaan seperti model
industri atau landskap. Pelajar dilatih mengenai kemahiran melukis, mewarna, merekabentuk
serta kefahaman grafik dengan menggunakan pelbagai media bagi menyampaikan berkaitan
dengan proses rekaan seperti teknologi, media massadan sebagainya.
Setiap perkara yang dilakukan memerlukan disiplin kerana ia mementingkan sesuatu
aspek pendidikan seni yang berlainan tetapi pada keseluruhan, ia juga berolah ke satu arahan
yang sama iaitu mewujudkan sesuatu fahaman terhadap kaedah, amalan dan teori dalam
pemahaman aspek-aspek visual dan seterusnya menimbulkan kesedaran bahawa transformasi
mewujudkan bentuk-bentuk seni yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Kursus-kursus dalam disiplin yang berlainan dikendalikan adalah untuk melahirkan daya
pemikiran kritis individu, meninggikan persepsi dan penghayatan nilai estetika. Oleh itu, para
pelajar berupaya untuk menterjemahkan idea-idea di dalam bentuk visual merupakan perkara
asas dan diutamakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan inovatif.
7
KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
KREATIVITI
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong
dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin
tahu.
PENGERTIAN KREATIVITI DALAM PERSPEKTIF SENI UNTUK KANAK-KANAK
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”.
Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan,
(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu
yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
8
PROSES AKTIVITI TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI
Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru
perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang
dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti
dan merekodkan segala kemungkinan.
Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.
Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti ‘’Bagaimana
harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’
9
(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan
selain melihat pencapaian objektif kerja.
Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui
sebagai satu bentuk refleksi diri.
CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan
situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk
gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang
asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-mana sumber. Idea
mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini
biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka
hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.
(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai
hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.
(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang
baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa.
10
(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara
sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang
selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-hati dan bijak
membuat keputusan.
STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI
Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh
membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak
mampu dilaksanakan.
(b) Kaedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan
dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu
mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang
kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan
kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia
ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan
sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.
11
KAEDAH DAN CONTOH PROSES AKTIVITI DIJALANKAN
Tahun : 2 Arif
Sek : SK Bukit Gambir, Ledang, Johor
Kemahiran Utama Indikator Amalan
1.0 Fasa Persediaan
1.1 Pemerhatian
Membuat
pemerhatian
aktif untuk
mengumpul
maklumat.
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau
bau.
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek,perkataan, ayat atau teks
secara menyeluruh.
1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang
sesuai.
1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan
betul.
1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai.
1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat.
1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.
1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang
berkaitan.
1.2 Analisis
Menganalisis
maklumat dengan
menghuraikan
bahagian kepada
yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu.
1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.
1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.
1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
1.2.7 Mengimbas kembali idea.
1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta
dan maklumat.
12
2.0 Fasa Imaginasi
2.1 Penjanaan
idea
Menghasilkan
ideaidea
yang berkaitan
dengan sesuatu
perkara.
2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar
atau tidak pasti tetapi logik).
2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.
2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.
2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat
yang ada.
2.2 Sintesis idea
Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih sesuatu.
2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk.
2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –lukisan, kraf, binaan,
peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.
2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama
ada maklumat tambahan diperlukan.
2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.
2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan
yang menjurus kepada keputusan akhir.
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada
memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.
2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.
4.0 Fasa Tindakan
4.1 Pelaksanaan
Menyampaikan dan
mempersembahkan
idea atau
menghasilkan
prototaip
4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan
khusus.
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti
yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.
4.2 Amalan
berterusan
Peka kepada
perkara
di sekeliling dan
menjana idea untuk
berkreatif.
4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.
4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan
kelemahan.
4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara
berterusan.
13
Kaedah Mengikut Taksonomi Bloom
Di sini saya cuba buat beberapa lakaran yang boleh dijadikan rujukan anak2 murid.
Walaubagaimana pun, bukan kesemua soalan yang smpat dibuat. Jika ada kesempatan
insyaALLAH akan disusul kemudian.
soalan 1
14
Soalan 2
Persembahan daripada buah-buahan. Sekadar contoh. Guna kreativiti bagi mencipta bentuk-
bentuk yang kreatif dan asli. Walaubagaimana pun, anda jangan lupa yang lukisan ini hendaklah
dilukis suasana malam. Oleh itu cahaya dan bayang adalah sangat penting....
Soalan 3
Anak kucing sedang berebut untuk minum susu. Hendaklah dilukis dari jarak yang dekat.
Pastikan penekanan kepada jalinan bulu kucing. Siapkan bentuk kucing dahulu dengan ton dan
warna yang sesuai, barulah diwarnakan bulu kucing dengan berus yang halus.
15
soalan 4
Beberapa batang pokok yang tumbang menyekat aliran sungai. Anda bolehlah menggunakan
teknik menggaris aliran sungai tersebut dengan lilin atau krayon putih sebelum mula mewarna.
soalan 5
Contoh lakaran pelbagai peralatan pertukangan di atas kotak. Anda memerlukan kemahiran
prspektif agar peralatan yang disusun tidak kelihatan terawang-awangan. Kadar banding setiap
objek dan elipse (bentuk mulut tin) juga hendaklah betul. Cahaya dan bayang diperlukan bagi
menampilkan setiap objek berada dalam ruang.
16
soalan 6
Kita memerlukan kreativiti dan daya imaginasi bagi memikirkan suasana fantasi seperti yang
dikehendaki. Boleh menggunakan apa sahaja spesis serangga, contoh di sini ialah semut dan
rama-rama. Fokus (penegasan) hendaklah pada serangga yang sedang bermain guli semasa
mewarna. Sebahagian istana bolehlah diletakkan sebagai latar belakang.
17
KAEDAH DAN CONTOH PROSES AKTIVITI DIJALANKAN 2
Tahun : 3 Bestari
Sek : SK Bukit Gambir, Ledang, Johor
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.
Walau bagaimanapun, faktor cuaca dan perilaku manusia semakin menggugat
kestabilan alam dan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Kerajaan kita sangat
prihatin terhadap penjagaan hutan di negara ini. Pelbagai program dilaksanakan
termasuk memperuntukkan hutan simpan kekal supaya dapat menyeimbangi suasana
alam sekitarnya. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini bukan hanya dipikul oleh
kerajaan. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing. Sehubungan
dengan itu, pengetahuan tentang penjagaan tumbuhan atau hutan perlulah ditekan
sejak dari awal kanak-kanak lagi supaya sikap cintakan tumbuh-tumbuhan dan hutan
dapat dibentuk.
Hasil Pembelajaran:
1. Kanak-kanak dapat menyebut kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia dan
haiwan.
2. Kanak-kanak dapat menyebut barang-barang yang diperbuat daripada
tumbuhan/kayu.
3. Kanak-kanak dapat menyebut jenis-jenis pokok yang terdapat di sekeliling mereka.
4. Kanak-kanak dapat menyebut bahagian-bahagian pokok dengan betul.
5. Kanak-kanak dapat menyebut jenis pokok buah-buahan yang mereka pernah lihat.
6. Kanak-kanak mengetahui cara-cara yang boleh dilakukan bagi memelihara tumbuh-
tumbuhan.
18
Aktiviti 1 : Kepentingan Tumbuh-tumbuhan
1. Guru menunjukkan gambar dan menyoal kanak-
kanak seperti “Apakah yang kamu lihat dalam
gambar ini?”
2. Guru meminta kanak-kanak bercerita tentang
apa yang dilihat dalam setiap gambar.
3. Guru boleh menceritakan kepentingan tumbuh-
tumbuhan kepada manusia. Contohnya:
a. Sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
b. Tempat tinggal atau habitat haiwan.
c. Kayu untuk dibuat perabot.
d. Kayu untuk dibuat kertas, pagar dan sebagainya.
4. Guru boleh terus menyoal kanak-kanak tentang barang-barang atau benda yang ada di
sekeliling mereka yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan terutama daripada kayu.
Contohnya:
a. Peralatan dalam bilik darjah.
b. Makanan/buah-buahan.
Nama haiwan yang tinggal dalam hutan.
Rumusan :
1. Kanak-kanak dapat menyebut kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia danhaiwan.
2. Kanak-kanak dapat menyatakan kepentingan tumbuhan sebagai sumber makanan.3. Kanak-kanak dapat menyebut barang-barang yang diperbuat daripada
tumbuhan/kayu.
19
Aktiviti 2: Mari Mewarna
1. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak tentang
nama jenis-jenis pokok-yang terdapat di
sekeliling mereka.
2. Guru meminta kanak-kanak menamakan
bahagian-bahagian pokok seperti yang terdapat
dalam gambarajah.
3. Kanak-kanak berbincang dengan guru tentang kegunaan setiap bahagian pokok
4. Kanak kanak cuba mengeja perkataan yang terdapat dalam gambar dengan bantuan guru.
5. Kanak-kanak mewarna setiap bahagian pokok dengan cara yang betul dengan bantuan guru.
6. Guru digalakkan membawa kanak-kanak membuat “nature walk” bagi melihat sendiri
bahagian-bahagian pokok dalam keadaan sebenar.
Rumusan :
1. Kanak-kanak dapat menyebut jenis-jenis pokok yang terdapat di sekeliling mereka.2. Kanak-kanak dapat menyebut bahagian-bahagian pokok dengan betul.
20
Aktiviti 4: Mari Mengeja
1. Guru boleh menunjukkan gambar buah- buahan
kepada kanak-kanak
2. Guru bersoaljawab dengan kanak-
kanak tentang jenis buah-buahan yang
pernah dimakan.
3. Guru mengajak kanak-kanak bermain mengeja dan membaca gabungan suku kata yang
mudah:
Contoh: e + pal
ka + yu
da + un
4. Kanak-kanak diminta menyambungkan titik supaya menjadi perkataan lengkap.
5. Guru boleh menyanyikan lagu berikut dengan kanak-kanak
There’s so many fruits all around us
So many fruits that we see
All different shapes
From bananas to grapes
Just waiting for you and me.
Rumusan :
1. Kanak-kanak dapat menyebut nama buah-buahan.2. Kanak-kanak dapat mengeja dan menulis perkataan yang diberi dengan betul.
21
Aktiviti 5: Sudut Kreatif
1. Guru menunjukkan kepada kanak-kanak bahan-
bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk
membuat cop daun.
2. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk
mendapatkan pelbagai bentuk daun yang terdapat di
sekeliling mereka untuk dibuat corak mengikut
kreativiti masing-masing.
3. Guru menunjukkan contoh corak daun yang telah siap.
4. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan kepelbagaian jenis pokok yang terdapat di persekitaran.
Rumusan :
1. Kanak-kanak dapat mengikut arahan yang diberi dengan betul.2. Kanak-kanak menyedari tentang kepelbagaian pokok di sekeliling mereka.
22
Aktiviti 7: Siapa Saya?
1. Guru meminta kanak-kanak
mewarnakan titik-titik yang terdapat dalam
gambar mengikut arahan guru.
2. Kanak-kanak menyambung dan
mewarnakan titik-titik bagi
menghasilkan gambar yang lengkap.
3. Guru menyoal kanak-kanak tentang gambar yang terhasil.
4. Guru mengajak kanak-kanak mengeja perkataan ‘daun’.
Jika ada masa, minta kanak-kanak lukis pelbagai jenis gambar daun.
Rumusan :
1. Kanak-kanak dapat mewarnakan titik-titik yang terdapat dalam gambar mengikut carayang betul.
23
ANALISIS KEPENTINGAN PEMIKIRAN KREATIFproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru
kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata malahan proses
pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang
kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan
alat yang terdapat di sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan
seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan
mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan
masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti
seperti membuat mural di sekolah.
24
MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan
untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk
berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya
murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk
mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai
sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat
untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka
berikan di dalam kelas
25
MENGGUNAKAN MODEL PROSES KREATIVITI
GRAHAM WALLAS(1926)
1. PENYEDIAAN (PREAPARATION)
Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau di teroka.
Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.
Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar,
mendrafkan soalan dan idea-idea awal
2. PENGERAMAN (INCUBATION)
Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan
perkara-perkara lain terlebih dahulu. Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
3. ILUMINASI (ILLUMINATION)
Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan
sedar.Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu
masalah. Pada peringkat ini, individu melalui proses mengenal pasti
karekter.
4. VERIFIKASI (VERIFICATION)
Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, idea tersebut telah
disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. Aktiviti atau demonstrasi akan
dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada peringkat persediaan.
Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif
Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi
fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti
yang diperlihatkan dalam Jadual di bawah. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat
dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
26
KESIMPULAN
Perbincangan di atas jelas sekali menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan merupakan komponen
yang penting dalam kreativiti. Penjelasan mengapa individu A mampu menghasilkan inovasi
manakala individu B tidak, boleh dihuraikan dengan kenyataan bahawa individu A tadi
mempunyai ilmu pengetahuan yang tidak dimiliki oleh individu B. Walau bagaimanapun, tidak
dinafikan bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang mungkin juga
menjadikan pemikiran seseorang itu tertutup dan terbatas. Pemikiran yang tertutup
inimembataskan kemampuannya untuk melihatsesuatu
masalah dari perspektif yang berbeza dan baru. Iniseterusnyamenyukarkannnya
untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, individu perlumemastikan bahawa ilmu
pengetahuan yang dimiliki boleh menjadi pembantu dan bukannya penghalang untuk melahirkan
idea-idea kreatif.
Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup.
Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan pelajar kita perlu mendalami kriteria-
kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan
inovatif di kalangan pelajar menjadikan pelajar sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dalam
pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu
yang baru sama ada baru secara mutlak atau relatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif adalah hasil
didikkan dan bimbingan berterusan serta tunjuk ajar daripada pendidik yang juga memiliki ciri-
ciri kreatif dan inovatif.
Memperkatakan tentang kreatif bererti perbincangan menghasilkan sesuatu yang baru pada
unsur-unsur yang telah sedia ada atau baru hendak diadakan. Tidak dapat tidak ianya berkait
rapat dengan soal penghargaan. Di kalangan pelajar saya memberikan dorongan dan galakkan
untuk memajukan diri. Memberi input baru terhadap diri mereka sendiri dalam dunia pendidikan.
Mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran tanpa mengharapkan anugerah. Soal pengurniaan
biarlah difikirkan oleh pihak lain. Begitu juga dalam menyertai pertandingan, bertujuan untuk
27
menghasilkan inovasi yang kreatif dalam kumpulan dan bukan untuk merebut tempat
kemenangan tetapi memupuk pemikiran kreatif.
Kreatif dan Inovatif akan terus terpancar dari dalam diri seseorang sama ada mereka menerima
anugerah atau tidak. Orang yang sememangnya mempunyai budaya begini dalam hidup mereka
anugerah bukanlah menjadi keutamaan dalam agenda kejayaan dalam bidang yang diceburi dan
meraih pelbagai anugerah. Kepuasan dalam memperoleh hasil karya adalah sasaran kepada apa
juga yang mereka hasilkan. Anugerah adalah kurniaan pihak lain terhadap mereka. Contoh
tempatan yang beginilah yang harus diketengahkan secara berulangkali agar ianya menjadi
inspirasi kepada setiap pelajar.
28
PENUTUP
Pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dinilai oleh guru-gurunya terhadap karya yang
dihasilkannya ketika mereka belajar. Menjurus kepada sumbangsaran, mengikut keupayaan
mereka mempersembahkan jawapan. Justeru itu saya sebagai pendidik harus memberi
kepercayaan dan peluang bersuara serta memberi pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar berkaitan dengan apa yang mereka baca. Menghormati dan mempercayai ini
penting dalam memupuk pemikiran kreatif seperti yang dicatat oleh Mc Kinnon (1962) yang
menyatakan anak-kanak yang diberi kebebasan dengan mengambil tanggungjawab sendiri telah
mendorong anak menjadi orang yang berdikari yang mempunyai ciri-ciri orang dewasa seperti
seorang dewasa yang bekerja sebagai jurutera yang kreatif.[5]Oleh yang demikian saya
membantu pelajar-pelajar saya mengeluarkan pendapat, mengutarakan hujah-hujah berkaitan apa
yang dipelajari, mengikut kebolehan masing-masing, disamping membuat hubungkait dengan
isu-isu semasa yang berkaitan.
Kajian-kajian sepakat mengatakan bahawa di antara ciri-ciri orang kreatif adalah sifat berdikari,
kebebasan dan kelenturan. Inilah tiga ciri yang dianggap pokok dalam karya kreatif. Barangkali
yang paling penting dalam bahawa orang kreatif itu bersifat bebas dalam pemikirannya dan tidak
tunduk kepada apa yang terkenal dan dibiasakan. Ini terbukti berkhasil dengan apa yang lakukan
apabila saya memberi peluang kedua untuk menyuarakan pendapat.
Sikap keterbukaan seorang pendidik akan menyebabkan pelajar mengalirkan atau menyalurkan
pendapat untuk dikongsi dan dibincangkan sewaktu sessi pengajaran dan pembelajaran. Sikap
terbuka sebenarnya akan dirasai sebagai seorang yang diberi penghargaan oleh gurunya. Ini akan
terus menggalakkan pertumbuhan perbincangan. Sebagaimana pendapat Suria Baba (2007)
dalam dapatan kajiannya bahawa pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar secara kendiri, akan
menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang lama, malah dengan keterbukaan
menerima pendapat pelajar akan membuatkan mereka untuk terus menyumbang idea lalu
maklumat diproses secara aktif dan berfokus. Suasana keterbukaan melatih dan membudayakan
kemahiran interpersonal dan ada dorongan untuk aktifberfikir. Pelajar terlibat secara aktif dalam
perbincangan kerana pelajar sudah ada celik akal (insight) dalam isu yang sedang dibincangkan.
Begitulah pentingnya daya pemikiran kreatif terhadap pembangunan dan sahsiah diri pelajar.
29
RUJUKAN
Amabile, T.M. 1983. The Social Psychology of Creativity. NewYork: SpringerVerlag.
Amabile,T.M. 1987. The Motivation to be Creative. Dalam Isaksen, S.G.,
Frontiers of Creative Research Beyond the Basic,(m.s. 223-254). NewYork:BearlyLimited.
Amabile, T.M. 1996. Creativity in Context, Update to The Social Psychologyof Creativity. Colorado: Westview Press, Inc.
Amabile, T.M. 1997. Entrepreneurial CreativityThrough Motivational Synergy.Journal of Creative Behavior, 31 (1), 18-26.
Amabile,T.M., Hill, K.G., Hennessey,B.A., Tighe, E.M. 1994.TheWork PreferenceInventory:Assessing Intrinsic and ExtrinsicMotivational Orientations, Journalof Personality and Social Psychology, 56 (5), 950-967.
Arieti, S. 1976. Creativity: The magic synthesis. NewYork: BasicBooks.
Csikszentmihalyi, M. 1994. Creativity: Flowand the Psychology of Discoveryand Invention. NewYork: HarperPerennial.
DeBono, E. 1968. NewThink: The use of lateral thinking in the generation ofnewideas. NewYork: Basic.
Feldhusen,J.F. 1995. Creativity: AKnowledge Base, Metacognitive Skills, andPersonality Factors. Journal of Creative Behavior. 29(4), 255-268.
Feldhusen,J.F. 2002. Creativity: the knowledge base and children. High AbilityStudies,Vol 13, No.2. 179-183.
Guilford,J.P. 1950. Creativity. American Psychologist, 5, 444-454.
Hayes, J. R. 1989. Cognitive processes in creativity. Dalam J.A. Glover, R.RRonning, & C.R. Reynolds (Eds). Handbook of Creativity (ms.135-145).NewYork: HenryHolt.
Hennessey, B.A., &Amabile, T.M. 1988. The Conditions ofCreativity. DalamR.J. Sternberg, The Nature of creativity: Contemporary psychologicalperspectives. (ms.11-38). Cambridge: Cambridge University Press.
30
Hennessey, B. A., & Amabile, T.M. 1998. Reward, Intrinsic Motivation, andCreativity. American Psychologist, 674-675.
Howe, M.J.A. 1999. Prodigies andCreativity. . Dalam R.J. Sternberg, Handbookof Creativity (ms. 431-446). Cambridge: Cambridge UniversityPress.
James,W. 1908. Talks to Teachers on Psychology. NewYork: HenryHolt.
Julismah, J. 2005. Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi dalam PendidikanJasmani dan Sains Sukan. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.
Ng. A.K. 2001. Why Asians are Less creative than Westerners. Singapore:Prentice Hall.
Ng, A. K. 2004. Liberating The Creative Spirit In Asian Students. Singapore:Prentice Hall.