22
[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU] HBML 1203 | 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI /2012 KOD KURSUS HBML1203 TAJUK KURSUS PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEAYU NO. MATRIKULASI : 721108105462001 NO. KAD PENGNEALAN : 721108105462 NO. TELEFON : 019-6158508 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : Shah Alam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA - …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7211081054… · [pengenalan fonetik dan fonologi bahasa melayu] hbml 1203 | 1 fakulti pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI /2012

KOD KURSUS HBML1203

TAJUK KURSUS PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MEAYU

NO. MATRIKULASI : 721108105462001

NO. KAD PENGNEALAN : 721108105462

NO. TELEFON : 019-6158508

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : Shah Alam

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 4

2.1 Ciri-ciri

2.2 Daerah

2.3 Alat Artikulator

3.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 10

3.1 Ciri-ciri

3.2 Daerah

3.3 Alat Artikulator

4.0 PERBINCANGAN TENTANG FONEM DAN ALOFON

DALAM SISTEM BUNYI BAHASA MELAYU 18

4.1 Fonem

4.2 Alofon

5.0 SUPRASEGMENTAL 20

5.1 Ciri-Ciri

5.2 Kepentingan

6.0 KESIMPULAN 21

7.0 BIBLIOGRAFI 22

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 3

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Menurut Asmah Haji Omar

(1986) – Bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia

lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat di

dalam tubuh manusia. Bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat

ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah , lelangit dan

pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Menurut

Kamus Dewan (1996 : 354 ) – Fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala menurut Raminah Haji

Sabran (1984) dalam buku yang berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan

menyataan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.

Menurut Dr. Lutfi Abas (1985) fonetik juga membawa maksud mempelajari segala bunyi yang

diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi

marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Fonologi adalah kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta sifat-sifat semulajadi sistem tersebut

secara umum. Menurut Kamus Dewan fonologi memberi makna kajian tentang bunyi sebutan

dalam sesuatu bahasa (1996:354). Manakala Kamus Linguistik (Harimurti

Kridalaksana,1984:51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang

menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 4

2.0 PENGHASILAN BUNYI VOKAL

Bunyi vokal ialah bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar melalui rongga oral tidak

mengalami sebarang sekatan. Bunyi vokal keluar secara berterusan melaui rongga tekak dan

rongga mulut. Vokal adalah bunyi oral tetapi ada juga yang dinasalkan. Sifat vokal ditentukan

oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa melayu boleh dibahagikan kepada

yang berikut:

2.1 Ciri-Ciri Bunyi Vokal

Bunyi vokal dikategorikan sebagai bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan

sebarang sekatan pengaliran udara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah

dan bentuk bibir. Ia melibatkan rongga mulut ketika melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz

rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka,

separuh sempit ataupun luas.

Bunyi vokal yang dilafazkan juga juga dipengaruhi oleh bukaan lidah, sama ada ianya vokal

hadapan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah hadapan yang terlibat, maka bunyi yang

dihasilkan adalah vokal hadapan.Begitu juga apabila lidah yang terlibat adalah bahagian

belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang. Namun apabila lidah dalam

keadaan bersahaja ataupun terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang

maka vokal yang dihasilkan adalah vokal tengah. Di sini jelas menunjukkan bahawa pelabelan

nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah. Manakala jenis vokal ditentukan oleh bentuk bibir

dan saiz rongga mulut.

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 5

2.2 Daerah-Daerah dan Alat Artikulator Bunyi Vokal

2.2.1 Vokal Hadapan

Vokal hadapan ialah bunyi [ a] , [ i ] ,[ e ] , dan [ e ]. Daerah artikulasi yang terlibat dalam

menghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat dalam

membunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut. Vokal hadapan dibahagikan kepada

empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [ i ] , vokal hadapan separuh sempit [ e ] , vokal

hadapan luas [ a ] , dan vokal hadapan separuh luas [ e ].

Contohnya apabila kita menyebut bunyi akhir dalam kata keli, bahagian hadapan lidah akan

dinaikkan tinggi dalam mulut. Di antara bahagian hadapan lidah dan lelangit keras terdapat

saluran sempit yang membenarkan udara keluar. Huruf akhir pada perkataan keli yang

dilambangkan [ i ] adalah perkataan fonetik. Namun, apabila kita membunyikan bunyi [ e ] pada

perkataan esok, saluran udaranya adalah lebih luas kerana bahagian hadapan lidah dinaikkan

setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ]. Vokal hadapan boleh dibahagikan

kepada :

i) Vokal Hadapan Sempit [i]

Semasa menghasilkan vokal ini hadapan lidah hendaklah dinaikkan tinggi tetapi jangan

menyentuh lelangit keras. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

rongga hidung. Pita suara pula haruslah dirapatkan supaya udara yang keluar boleh

menggetarkan selaput suara seperti dalam rajah di bawah ;

Vokal Hadapan Sempit

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 6

Contoh vokal hadapan sempit seperti jadual dibawah ;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[iman]

[ikan]

[kira]

[sihat]

[sakit]

[tipu]

[kali]

[kopi]

[cili]

[rugi]

ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

Vokal ini pula terletak di bahagian tengah hadapan mulut. Semasanya menyebutnya lidah berada

di tengah. Lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i]. Anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan dan pita suara dirapatkan seperti rajah di bawah ;

Vokal Hadapan Separuh sempit [e]

Contoh vokal hadapan separuh sempit seperti jadual dibawah ;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[eso?]

[era]

[esa?]

[ela?]

[sepah]

[ceri]

[laher]

[leka]

[kol]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 7

iii) Vokal Hadapan Separuh Luas [ə]

Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Hadapan lidah hendaklah dinaikkan

separuh luas. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana

ia dibunyikan.

Vokal Hadapan Separuh Luas [ə]

Contoh vokal hadapan separuh luas seperti jadual dibawah ;

Awal Kata Tengah Kata

[əmas]

[əmbun]

[məmbəli]

[tərpəri]

iv) Vokal Hadapan Luas [a]

Vokal ini letaknya jauh di bahagian bawah seperti terhampar dan mulut pula terbuka luas.

Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. Manakala anak tekak dan lelangit lembut

menutup rongga hidung, pita suara pula bergetar (rujuk Rajah di bawah)

Vokal Hadapan Luas [a]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 8

Contoh vokal hadapan luas seperti jadual dibawah ;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[asli

[amboi]

[antiɳ]

[mãlam]

[capai]

[nanãs]

[mã m ã]

[supaya]

2.2.2 Vokal Belakang

Vokal bahagian belakang pula terdiri daripada [ u ], [o] dan [a]. Daerah artikulasi yang terlibat

adalah bahagian lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi

vokal ini adalah lidah dan lelangit lembut. Kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan

saiz bukaan mulut. Vokal belakang dikategorikan kepada vokal belakang luas [ a ], vokal

belakang separuh luas [], vokal belakang sempit [ u ], dan vokal belakang separuh sempit [ o ].

Contohnya apabila kita menyebut bunyi [ u ] dalam kata maju. Semasa menghasilkan bunyi ini,

bibir dibundarkan manakala belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Ketika

menyebut vokal [o] kedudukan belakang lidah lebih rendah dibandingkan ketika menyebut bunyi

[u]. Vokal belakang terbahagi kepada :

i) Vokal Belakang Sempit [u]

Semasa membunyikan vokal ini lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut supaya dapat

menyempitkan rongga mulut tetapi ianya tidak mencecah lelangit lembut. Manakala lelangit

lembut dan anak tekak dinaikkan serta pita suara bergetar. Sila lihat rajah dibawah :

Vokal Belakang Sempit [u]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 9

Contoh vokal belakang sempit ialah [mulut], [bubur], [biru], [usah].

ii) Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala lelangit

lembut serta anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung dan pita suara akan bergetar. Sila

lihat rajah di bawah :

Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Contohnya ialah [toleh], [botol], [soleh]

ii) Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]

Vokal ini disebut dengan menaikkan lidah separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala

lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara

digetarkan .

Contohnya ialah [oraɳ], [bɛlɔt]. [bɔlɔt]

2.2.3 Vokal Tengah

Vokal tengah [∂] terhasil dengan meletakkan tengah lidah pada lelangit manakala bibir pula

dihambarkan iaitu dibuka tidak luas. Contoh penggunaan vokal tengah [∂] ialah [# ma? # ] iaitu

(emak) dan [ #bah# ] iaitu (abah).

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 10

2.2.4 Vokal Dinasalkan

Vokal yang dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Daerah

artikulasi yang terlibat adalah bahagian lelangit lembut, anak tekak dan rongga hidung. Apabila

rongga hidung tidak tertutup rapat, udara akan keluar dari kedua-dua rongga hidung dan mulut.

Contoh vokal sengau ialah [mãkan], [mãndi]. [ɲawa], [mãhal], [jumã?ãt]

3.0 PENGHASILAN BUNYI KONSONAN

Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal yang bersuara atau tidak

bersuara.Bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu menerima sekatan atau geseran

sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau pun hidung.

3.1 Ciri-Ciri Penghasilan Bunyi Konsonan

Konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Ia bergantung sama ada pita suara

digetarkan atau tidak. Arus udara yang keluar dari peparu akan menerima sekatan atau geseran.

Apabila udara keluar dari peparu, glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan maka terhasillah

bunyi konsonan bersuara. Tetapi apabila glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,

maka akan terhasillah konsonan tidak bersuara.

Penghasilan bunyi konsonan ada yang sengau dan ada yang tidak sengau. Ia bergantung kepada

keadaan lelangit lembut apabila bunyi dihasilkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi

konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi oral. Tetapi jika lelangit lembut diturunkan, udara dari

peparu akan dapat keluar melalui rongga hidung dan akan menghasilkan bunyi nasal atau sengau.

Sentuhan di antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi akan menghasilkan pelbagai bunyi

konsonan. Antaranya ialah konsonan gigi, konsonan bibir gigi, konsonan dua bibir, konsonan

gusi lelangit keras, konsonan gelungan, konsonan anak tekak dan konsonan lelangit lembut.

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 11

3.2 Daerah-Daerah Dan Alat Artikulator Bunyi Konsonan

3.2.1 Konsonan Letupan

Konsonan letupan dikeluarkan dengan udara diahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan

jenis ini terbahagi kepada sembilan jenis ;

i) Konsonan [t] dan [d] .

Konsonan [t] dan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau

mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika

proses sekatan ini dilepaskan, maka terhasillah bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara.

Manakala bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan iaitu bunyi letupan gusi bersuara. Sila

lihat rajah di bawah :

Konsonan Letupan [t] dan [d]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 12

ii) Konsonan [k] dan [g].

Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus

udara. Bunyi [k] adalah letupan lelangit lembut tak bersuara. Bunyi [g] pula ialah letupan

lelangit lembut bersuara . Ia terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara keluar melalui

rongga mulut menggetarkan pita suara. Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [k] dan [g]

iii) Konsonan[p] dan [b].

Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak

bergetar. Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar.Kedua-

dua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Udara pula

tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [p] dan [b].

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 13

iv) Konsonan [j] dan [dZ]

Bunyi [j] terhasil apabila bahagian hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras bagi membuat

sekatan pada arus udara. Ketika ini suara direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga

mulut tidak menggetarkan pita suara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Letupan [j]

v) Hentian [?]

Hentian glotis terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak

bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara tidak bergetar kerana ia dirapatkan dan

arus udara keluar dari peparu tersekat pada bahagian rapatan pita suara. . Sila lihat rajah dibawah

Konsonan Letupan Hentian [?]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 14

3.2.2 Konsonan Geseran

i) Konsonan [s] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuat sempitan pada

arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan juga anak tekak dinaikkan kebahagian belakang rongga

tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Bunyi geseran

gusi tidak bersuara [s] apabila udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. . Sila

lihat rajah dibawah :

Konsonan Geseran [s]

ii) Konsonan [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita sauara yang renggang dan rongga

mulut sama seperti ketika membunyikan vokal. Bunyi [h] dinamakan bunyi geseran glotis tidak

bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Geseran [h]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 15

3.2.3 Konsonan Sisian

Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut

dinaikkan dan pita suara pula bergetar. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sisian [l]

3.2.4 Konsonan Getaran

Konsonan [r]- bunyinya terhasil apabila hujung lidah diletakkan di gusi sehingga udara dapat

melalui antara lidah dan juga gusi. Lidah pula akan bergetar manakal lelangit lembut pada waktu

iti dinaikkan. Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara. . Sila lihat rajah dibawah

:

Konsonan Getaran [r]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 16

3.2.5 Konsonan Sengauan

-Konsonan [n] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan bunyinya dinamakan sengauan

gusi bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sengauan [n]

-Konsonan [ɲ] dihasilkan apabila tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras dan bunyinya

dinamakan sebagai sengauan lelangit keras bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan Sengauan [ɲ]

-Konsonan [ɳ]dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan bunyi yang

dihasilakn itu dinamakan sengauan lelangit lembut bersuara [ng]. . Sila lihat rajah dibawah :

Konsonan sengauan [ɳ]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 17

3.2.6 Separuh Vokal

-Konsonan [w] dihasilkan apabila pada peringkat awal lidah seperti hendak membunyikan

konsonan[u]. tetapi bergerak kepada vokal yang lain. Bunyi yang dihasilkan dinamakan separuh

vokal dua bibir bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Separuh Vokal [w]

-Konsonan [j] terhasil apabila lidah p[ada walnya seperti hendak menebut huruf [i] tetapi

bergerak kepada vokal yang lain. Bunyi inilah dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara. .

Sila lihat rajah dibawah :

Separuh Vokal [j]

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 18

3.2.7 Konsonan Pinjaman

Di antara konsonan pinjaman ialah [dz] menjadi [z], [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh]

menjadi [d]. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi-bunyi geseran. Manakala bunyi [f] dan [v] pula

dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah dan atas sehingga berlaku geseran apabila udara

melaluinya. Ketika menghasilkan bunyi [f] pita suara tidak bergetar dan bunyi geseran bibir gusi

tidak bersuara. Manakala ketika membunyikan huruf [v] pita suara akan bergetar dan

menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

4.0 PERBINCANGAN TENTANG ALOFON DAN FONEM

4.1 Fonem

Fonem adalah bunyi bahasa yang memberikan perbezaan erti. Contohnya kata baru dan balu,

bunyinya hampir sama tetapi yang membezakan antara keduanya ialah fonem [r] dan [l]. Maka

/l/ dan /r/ adalah fonem.

Fonem adalah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Ia merupakan unit yang bermakna dan

terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya perkataan malu terdiri daripada empat unit

bunyi iaitu m,a,l,u. Unit kecil inilah yang dikatakan sebagai fonem. Fonem dan transkripsinya

hendaklah diletakkan dalam kurungan / /.

Fonem juga boleh difahami sebagai unit terkecil yang membezakan makna. Ianya dinamakan

pasangan minimum atau pasangan terkecil Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua-dua

perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Ini disebabkan oleh fonem k dan p. Bunyi k dan

p merupakan unit-unit terkecil yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p haruslah

diletakkan dalam kurungan fonem /k/ dan /p/. Contoh lain bagi fonem ialah:

/barat/ - /karat/ /sayang/ - /wayang/

/pedang/ - /petang/ /dalam/ - / talam/

/pakar/ - /bakar/ /tulang/ - /dulang/

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 19

4.2 Alofon

Alofon pula merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon merupakan bunyi yang

berlainan tetapi masih tergolong dalam satu fonem. Kelainan bunyi dalam satu fonem ini terjadi

akibat terpengaruh oleh bunyi terdahulu atau bunyi yang terkemudian daripadanya. Contohnya

fonem /k/ dalam bahasa melayu mempunyai beberapa perbezaan bunyi atau alofon kerana

pengaruh bunyi dari sekitarnya. Misalnya alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi dari perkataan

kiri (iaitu k yang diikuti oleh vokal depan i). Manakala bunyi kʷ terjadi daripada perkataan kuda

iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kerana kehadirannya diakhiri

oleh kata dalam suku kata tertutup iaitu perkataan kakaˀ.

Bunyi k, kʷ dan ˀ adalah alofon daripada keluarga bunyi yang sama iaitu fonem /k/. Bunyinya

mempunyai persamaan fonetik iaitu hampir sama dari segi pengucapannya dan penghasilannya.

Ketiga-tiga bunyi tersebut saling melengkapi dan menduduki tempat masing-masing dalam

bahasa Melayu.

Alofon juga boleh difahami sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Contohnya

fonem p dalam perkataan palu sebagai satu letupan yang sempurna. Bagi perkataan luap bunyi p

adalah sebagai letupan bibir yang tidak sempurna iaitu ianya tidak diletupkan. Ini menunjukkan

fonem p mempunyai dua alofon.

Alofon juga terhasil daripada bunyi yang bervariasi bebas yang membawa maksud walaupun

bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu. Contohnya perkataan faham dan paham

mempunyai perbezaan bunyi tetapi memberi makna yang sama.

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 20

5.0 SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi vokal ataupun

konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan yang bermakna dengan

menghasilkan kata yang lengkap. Kata yang lengkap harus mempunyai unsur-unsur yang

dinamakan suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang pendek supaya makna

perkataan itu menjadi lebih jelas dan bermakna. Fonem-fonem supra supra segmental dalam

bahasa Melayu tidak bersifat fonemik, tetapi terdapat juga bahasa fonem-fonem suprasegmental

yang bersifat fonemik kerana fonem-fonem itu boleh membezakan makna. Di sini akan

diperjelaskan lagi ciri-ciri suprasegmental ;

5.1 Tekanan

Tekanan memberi maksud kelatangan sesuatu suku kata yang menandakan lembut atau kerasnya

penyebutan sesuatu suku kata. Ia juga merupakan lemah atau kerasnya penyebutan sesuatu suku

kaa. Tekanan berlaku pada vokal dimana bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan

lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan juga tidak membezakan makna. Lambang tekanan

ialah / ’/ dan lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Contohnya

/ki’ta/, /ba’pa/.

5.2 Nada

Nada ialah kadar menurun atau meninggi pengucapan sesuatu suku kata atau perkaatan. Nada

ditanda oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi) dan 4(tinggi sekali). Ayat penyata

kebiasaannya dimulakan dengan nada 2, nada itu akan menaik bila ada tekanan dan akan

menurun hingga 1. Contohnya : ² saya hendak ³ makan

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 21

5.3 Jeda

Jeda atau persendian adalah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik sama

ada dalam bentuk perkataan, ayat atau rangkaikata. Lambang yang digunakan bagi jeda ialah #.

Jeda boleh membezakan makna. Contoh jeda ialah [#ma? Saya maRah#] ayat ini berbeza

dengan ayat [ma?# saya maRah#]

5.5 Panjang pendek

Panjang pendek ialah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi itu ketika diucapkan.

Lambangnya ialah [:] iaitu mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan tersebut ialah satu mora.

Manakala [: :] menunjukkan dua mora. Lambang [.] adalah menunjukkan setengah mora. Dalam

bahasa Melayu unsure ini tidak membezakan makna. Contoh mora ialah ; [am : : boi ], [le : : ga]

6.0 KESIMPULAN

Bahasa mempunyai satu sifat yang dikatakan sebagai simbol bunyi. Terdapat banyak bahagian

tubuh manusia yang berperanan sebagai alat artikulasi seperti bibir, gusi, gigi lidah, tulang

rahang dan anak tekak. Dengan menggunakan alat artikulasi tersebut kita dapat berbahasa

dengan menggunakan pelbagai bunyi. Penggunaannya juga manusia dapat bertutur dengan

sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.

Penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara

menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi sememangnya memainkan

peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dikeluarkan

bergantung kepada daerah artikulasi dan alat artikulasi yang digunakan.

Secara keseluruhannya, pendedahan tentang alat-lat pertuturan atau artikulasi adalah penting

bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang alat-alat artikulasi dan organ-organ yang

berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Ini kerana bahasa amat penting kepada

manusia dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya untuk berkomunikasi dengan individu

yang lain. ( 3000 patah perkataan )

[PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU]

HBML

1203

| 22

7.0 BIBLIOGRAFI

1. Abdullah Hassan (ed) (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu i-vi (1952-2002).

Kuala Lumpur ;Persatuan Penterjemah Malaysia

2. Asmah Haji Omar (20080. Susur Galur Bahasa Melayu (edisi Kedua). Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves :

PTS Proffesional

4. http://www.scribd.com/doc/14660406/Fonetik-dan-Fonologi-Bahasa-Melayu-Tinggi

5. http://mohamednaqib.blogspot.com/2010/08/alat-alat-artikulasi-serta-fungsinya.html