30
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203 1 FAKLUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBIS 1203 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 NO. MATRIKULASI :720923125318001 NO.KAD PENGENALAN : 720923125318 NO. TELEFON : 010-5832982 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH.

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

1

FAKLUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 1203

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1

NO. MATRIKULASI :720923125318001

NO.KAD PENGENALAN : 720923125318

NO. TELEFON : 010-5832982

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH.

Page 2: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

2

ISI KANDUNGAN

BIL

TOPIK

MUKA

SURAT

1

PENGHARGAAN

3

2

PENGENALAN

4

3

MAKLUMAT INSTITUSI

5 -6

4

KAEDAH DAN TEKNIK HAFAZAN AL-QURAN

- MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT PULAI

CHONDONG, KELANTAN

- MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ITQAAN, SELANGOR

7-18

5

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH DAN TEKNIK

19

6

CADANGAN APLIKASI TEKNIK HAFAZAN DALAM BILIK

DARJAH

19

7

KESIMPULAN

20

8

RUJUKAN

21

9

LAMPIRAN

22-30

Page 3: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

3

Penghargaan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan masa, tenaga, dan idea

kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang tenaga,

seperti Ustaz Silmi Umar (rujuk Lampiran B), Ustaz Mohd Shafie Md. Amin (rujuk

lampiran c) yang sudi ditemu bual bagi berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai

kaedah dan teknik hafazan al-quran.

Selain itu juga, penghargaan diberi kepada penulis latihan ilmiah yang banyak

membantu saya menyempurnakan tugasan ini, Muhaidi Hj. Mustaffa (2010), yang

bertajuk Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian

Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong1, Kelantan Dari Tahun 1997

hingga 2007.

Melalui pengalaman ini, saya telah mendapat satu ilmu baru mengenai kepelbagaian

kaedah yang digunakan di institusi tahfiz dan ianya berbeza mengikut kepakaran guru

masing-masing.

Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ayuh kita hayati hasil pengkajian ini.

1 Rujuk Lampiran A

Page 4: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

4

Pendahuluan

Menghafal al-quran adalah suatu sunnah yang disyariatkan kepada umat islam. Oleh

itu, dalam proses penghafalan, ia memerlukan kaedah-kaedah tertentu. Dalam pengkajian

ini, saya telah memilih 2 lokasi utama sebagai sumber maklumat mengenai kaedah yang

digunakan dalam proses penghafalan al-quran, iaitu Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat

(MTAQ)Pulai Chondong Pulai Chondong, Kelantan, dan juga Maahad Tahfiz Al Itqan,

Selangor.

Berikut adalah serba sedikit mengenai maklumat institusi yang menjadi bahan kajian

penulis. MTAQ merupakan sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang

merangkumi tiga kurikulum pendidikan, iaitu kurikulum tahfiz al-quran dan al-qiraat,

kurikulum agama YIK, dan kurikulum akademik. MTAQ mula ditubuhkan pada tahun

1992 dan menjadi antara pusat tahfiz terunggul di Kelantan2.

Seterusnya, akan diselitkan serba sedikit tentang maklumat institusi pengajian tahfiz

yang menjadi kajian kedua, iaitu Maahad Tahfiz Al Itqan yang terletak di Selangor. MTI

telah ditubuhkan pada 14 Mei 1997 di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),

kemudian secara rasminya dibuka pada 22 Mei 1997, bertapak di No. 2A, Jalan Nirwana

12, Taman Nirwana Ampang, Selangor3.

2 Muhammad Ismail Nik Zulkifli (2004). “Al-Hafiz” Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong,

Kelantan, c.7. Kuala Lumpur: Menara Telekom. h.29

Page 5: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

5

MAKLUMAT INSTITUSI

1.

MAAHAD TAHFIZ WAL QIRAAT PULAI CHONDONG, KELANTAN.

Tahun Sejarah Pentadbiran Pelajar Sumber

Kewangan

1992

Ditubuhkan

menggunakan

bangunan Lembaga

peperiksaan YIk, Nilam

Puri

Pengetua-Ustaz

Haji Mansor bin

Haji Daud

Tenaga Pengajar-

Ustaz

Nazamuddin bin

Jalaluddin

30 orang

Genarasi

sulung

pelajar

Yayasan Islam

Kelantan

16.5.1993 Beralih tempat ke

kompleks MTAQ Di

Pulai Chondong- 4 ekar

1998 Prasarana bertambah Kakitangan

Pengurusan

ditambah kepada

21 orang dan 4

orang sokongan

2001 Bilangan pelajar

bertambah dengan 2

50 orang

3 Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqan, op.cit.

Page 6: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

6

kelas dibuka

18.8.2003 Ditukar nama kepada

Maahad Tahfiz Al-

Quran Wal Qiraat

22.10.2007 Menerima pelajar dari

cawangan MTAQ dari

Pasir Puteh kerana

terlibat bencana

kebakaran.

53 orang

Had Umur pelajar terdiri daripada individu berumur 13 hingga 18 tahun.

Pengambilan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang memenuhi syarat-syarat yang

telah ditetapkan.

2.

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ITQAAN, SELANGOR

Institut ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan 4 orang sahaja. Institut ini

mendapat sumber kewangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pelajar yang diambil terdiri daripada pelajar yang berumur 7 hingga 21 tahun

melalui temuduga pemilihan. Kini institut mempunyai lebih daripada 200 0rang

pelajar.

Page 7: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

7

Kaedah dan Teknik Hafazan Al-Quran Di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat

Pulai Chondong, Kelantan

a) Kaedah Sebelum Menghafal

Di MTAQ, kaedah yang dipraktikkan sebelum para pelajar menghafal sesuatu ayat

quran ialah mereka perlu mendengar bacaan guru terlebih dahulu. Selepas itu giliran para

pelajar pula membaca dan guru akan mendengar bacaan mereka. Pada masa inilah guru

tersebut berperanan untuk membetulkan sebutan al quran para pelajarnya. Kalau tidak

diperbetulkannya sebelum mereka menghafal, kesalahan tersebut akan terbawa sampai

bila-bila. Kaedah ini sejajar dengan cara yang telah dilakukan oleh rasulullah sallallahu

alaihi wasallam ketika membaca al quran bersama jibril a.s di bulan ramadhan. Kaedah

ini juga dikenali dengan nama kaedah talaqqi.

b) Penggunaan mushaf yang khusus

Para hafiz al quran hendaklah menggunakan satu mushaf atau rasm al quran sahaja

untuk menghafal, kerana gambaran ayat yang mereka hafal itu Rasm tersebut termasuk

kedudukan ayat yang pertama dan ayat yang terakhirr dalam satu-satu muka surat itu

akan terpahat di dalam fikiran mereka4.

Apabila seseorang itu menukarkan mushaf yang biasa digunakan untuk menghafal

ataupun dia menghafal daripada mushaf yang berlainan kedudukan dan susunan ayat

serta muka suratnya, maka sudah tentu hafalannya akan menjadi berpecah-pecah dan

kucar-kacir5.

4 Abu Muhammad Jamal „Abd al Rahman (1995). al ‘Iqaz Li Tadhkir al Huffaz Bi al Ayat al Mutasyabihah

Fi al Alfaz, Kaherah: Dar Ummu al Qura. h. 13 5 „Abdullah al Qari bin Hj Salleh (1995) . Cara Baru Mengajar Tajwid dan Hafalan al Quran . Kuala

Lumpur: Darul Nu‟man. h. 44.

Page 8: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

8

Dengan demikian, seseorang yang sudah menghafal 30 juzuk al quran sekalipun, akan

menjadi terganggu hafalannya ketika membaca mushaf al quran yang tidak biasa dipakai

semasa proses menghafalnya. Untuk itu, elakkan dari menggunakan mushaf yang

berbeza-beza6.

Para hafiz juga digalakkan supaya menggunakan mushaf yang terdapat pada setiap

akhir muka surat tanda bulatan yang menunjukkan akhir ayat dan setiap muka surat tidak

mengandungi ayat yang tertangguh atau bersambung ke muka surat yang lain. Biasanya

dalam satu juzuk terdapat 20 muka surat7. Tujuannya ialah untuk memudahkan para hafiz

membuat anggaran atau kadar hafalan pada setiap muka surat. Mushaf inilah yang

digunakan oleh pelajar MTAQ.

c) Menentukan kadar hafalan

Pihak pentadbir MTAQ telah menentukan kadar hafalan yang wajib dihabiskan oleh

setiap para pelajarnyabagi satu-satu tahun. Bagi pelajar yang berada di Safful Awwal

(tahun pertama), mereka perlu menghafalsekurang-kurangnya empat halaman dalam

seminggu.

Dengan itu, dalam setahun mereka akan wajib menghafal al-Quran sebanyak empat

juzuk dan empat surah. Tetapi bagi pelajar yang mampu lebih dari 4 muka seminggu,

mereka mampu mencapai tahap penghafazan 75% pada penghujung tahun. Bagi pelajar-

pelajar yang gagal mencapai hafazan 75% dari kehendak peratusan sekolah. Mereka ini

tidak dibenarkan naik ke tingkatan seterusnya.

Sebagai contoh tingkatan 1 ke Tingkatan 2. Para pelajar yang tidak mampu mencapai

tahap hafazan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru akan

mengambil tindakan seperti mewujudkan kelas pengukuhan bagi membantu pelajar yang

lemah dari segi penghafazan al quran. Alternatif yang lain akan dilaksanakan oleh pihak

6 Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Bimbingan Praktis Menghafal al-Quran. Jawa Tengah: Bumi Aksara. h.

69. 7 Ustaz Ismail Masyhuri al Hafiz. Fadhilat Membaca dan Menghafal al Quran serta Panduan

Menghafalnya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas. h. 115.

Page 9: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

9

sekolah bagi menangani pelajar yang lemah dari segi penghafazan al quran. Sebagai

contoh, sepanjang cuti sekolah berlangsung (7 hari) pelajar hanya dibenarkan pulang ke

rumah selama 2 hari. Mnakala selebihnya pelajar akan mengikuti kelas pengukuhan yang

akan dipantau oleh guru kelas bagi pelajar tersebut.

Bagi pelajar Safful Thani (tahun kedua), mereka perlu menghabiskan hafalan

sebanyak 7 juzuk (selain dari juzuk di tahun pertama) dan begitu juga bagi pelajar Safful

Thalith (tahun ketiga), mereka perlu menambah hafalan mereka sebanyak 7 juzuk selain

daripada juzuk sebelumnya. Manakal bagi pelajar tahun keempat dan kelima, mereka

masing-masing perlu menghafal 6 juzuk al quran (selain dari juzuk yang dihafal

sebelumnya)8.

Untuk menghabiskan kadar hafalan sebanyak 4 halaman seminggu pula,para pelajar

terpaksa membuat kadar hafalan yang tertentu dalam sehari sama ada beberapa ayat atau

setengah muka surat. Ini bergantung kepada kemampuan mereka masing-masing untuk

menghabiskan kadar hafalan yang telah ditetapkan dalam seminggu.

Sistem hafazan yang diamalkan oleh MTAQ Pulai Chondong:-

i) METODE LAMA

A) Tingkatan 1: 4 Juzuk.

B) Tingkatan 2: 8 Juzuk.

C) Tingkatan 3: 8 Juzuk.

D) Tingkatan 4: 6 Juzuk.

ii) METODE TERKINI

A) Tingkatan 1: 6 Juzuk.

A) Tingkatan 2: 8 Juzuk.

B) Tingkatan 3: 8 Juzuk.

C) Tingkatan 4: 6 Juzuk.

Selebihnya akan disambung pada Tingkatan 5. Manakala sesi pengulangan

akan dilakukan pada Tingkatan 6.

8 Ustaz Silmi bin Omar.

Page 10: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

10

d) Membaca doa sebelum menghafal

Doa yang biasa diamalkan oleh para pelajar di MTAQ sebelum menghafal al

quran ialah:

Maksudnya: Ya Tuhanku, cahayakanlah pandanganku dengan kitab Mu, lapangkanlah

dadaku dengannya, gunakanlah badanku dengannya, mudahkanlah sebutan lidahku,

kuatkanlah ingatanku, segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah azamku

dengannya. Bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan denganMu wahai Tuhan Yang

Maha Pengasih.

Biasanya doa ini akan dibaca oleh salah seorang pelajar Maahad Tahfiz yang dipilih oleh

seseorang guru dan para pelajar lain akan mengikutinya secara beramai-ramai.

KAEDAH KETIKA MENGHAFAL

a) Menghafal di tempat yang sunyi

Tempat sebegini dapat menjernihkan fikiran dari sebarang gangguan, kekacauan

dan halangan-halangan seperti teriakan, permainan kanak-kanak dan perbuatan dunia.

Selain dari itu, elok juga seseorang itu membaca dan menghafal al-quran

di dalam taman yang cantik atau tempat-tempat yang menarik supaya suasana tersebut

dapat memberi ketenganan jiwa dan menyenangkan fikiran untuk menghafal al-quran9.

Di MTAQ, pihak pentadbir telah menyediakan bilik-bilik darjah sebagai tempat untuk

para pelajarnya menghafal al-Quran. Di samping itu, para pelajar juga menjadikan Masjid

MTAQ ini yang terletak bersebelahan dengan bangunan asrama sebagai tempat untuk

menghafal. Kedua-dua tempat ini amat sesuai untuk tujuan tersebut, kerana

9 Dr. Shalah „Abd Fattah al-Khalidy (1994). Panduan Bergaul Dengan Al Quran, terj. Muhammad Ichsan.

Penerbitan Kintan Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. h.63.

Page 11: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

11

kedudukannya agak jauh dari jalan raya dan kebisingannya. Oleh itu, mereka dapat

memberikan penumpuan yang lebih untuk menghafal al-Quran tanpa sebarang gangguan

luar.

b) Menghafalnya di masa yang tenang

Penghafalan al-Quran memerlukan ketenangan dan jauh dari kebisingan. Keadaan ini

akan membantu seseorang hafiz itu memberi penumpuan yang lebih semasa menghafal.

Bagi para pelajar Maahad Tahfiz ini, masa yang digunakan untuk menghafal al-quran

bergantung kepada seseorang guru dan juga kesesuaian para pelajar sendiri.

Sesetengah guru menggalakkan para pelajarnya menggunakan waktu selepas Asar

untuk mengulang hafalan yang telah dihafal, selepas subuh pula untuk menghafal ayat

yang baru dan mentasmi‟ di depan guru pada waktu pagi. Ada juga guru yang

menganjurkan supaya masa selepas subuh sehingga pukul 7.15 pagi digunakan untuk

menghafal10

.

Namun bagi mereka yang menghafal al-quran di samping kegiatan yang lain,

mereka terpaksa mencari masa yang sesuaidan harus pandai memanfaatkan ruang

yang kosong untuk menghafal dan mentakrir. Antara masa yang tenang dan sesuai

untuk menghafal ialah:

1. Waktu sebelum terbit fajar

2. Selepas fajar hingga terbit matahari

3. Setelah bangun dri tidur di siang hari

4. Selepas sembahyang

5. Di antara maghrib dan Isyak11

Masa-masa ini dipilih kerana ia amat sesuai untuk menghafal. Tambahan pula, pada

masa tersebut seseorang itu mempunyai kecergasan dan ketenangan terutama selepas

bangun dari tidur dan selepas menunaikan sembahyang

10

Ustaz Silmi bin Omar 11

Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Op.cit. h. 58-59.

Page 12: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

12

c) Dibaca dan didengar kepada orang lain.

Semasa dalam proses menghafal, para pelajar MTAQPC dikehendaki membaca

hafalan mereka didepan guru. Biasanya sebelum berhadapan dengan guru, pelajar-pelajar

akan membaca hafalan mereka dengan kawan-kawan mereka terlebih dahulu untuk

memastikan tidak berlakunya kesalahan samada dari sebutan huruf, hokum tajwid dan

sifat hurufnya. Sekiranya para pelajar tidak berbuat demikian, mereka tidak dapat

mengesan kesalahan yang terdapat dalam bacaan mereka12

.

KAEDAH SELEPAS MENGHAFAL

a) Solat 4 rakaat pada malam Jumaat setiap minggu

Selepas menghafal al-quran, setiap pelajar digalakkan supaya melazimkan solat

sunat hifzi pada setiap malam Jumaat. Amalan ini sangat penting untuk menguatkan

dan mengekalkan ingatan mereka. Seelok-eloknya solat ini hendaklah dilakukan pada

pertengahan atau di awal malam.

b) Tahajjud di tengah malam

Waktu malam bagi seseorang hafiz amat berlainan dengan malam orang yang

bukan hafiz. Waktu tengah malam merupakan saat yang paling sesuai untuk mereka

membaca dan mengulangi hafalan al-quran. Tugas mereka yang paling utama ialah

mentakrir hafalan dalam sembahyang tahajjud, kerana seseorang yang sentiasa

melancarkan hafalan mereka dalam sembahyang tahajjud akan mempunyai ikatan

yang kuat.

Imam Nawawi pernah berkata: “Solat dan membaca al-Quran di waktu malam

sangant digalakkan, kerana pada waktu itu hati berada dalam keadaan teguh, jauh dari

kesibukan hal-hal yang melalalaikan serta tidak menuruti bermacam-macam

12

Ustaz Silmi bin Omar

Page 13: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

13

keinginan, lebih selamat dari riak dan hal-hal yang boleh merosakkan amal, di

samping kebaikan-kebaikan yang lain yang membawa oleh syariat pada waktu malam

hari.”13

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“Kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada Qiamullail”14

c) Solat Subuh di Awal Waktu

Melazimkan solat Subuh di awal waktu yang diamalkan oleh para pelajar di

Maahad Tahfiz ini, bukanlah merupakan suatu kaedah dalam proses menghafal al-

quran. Amalan ini Cuma sebagai satu disiplin bagi seseorang untuk bangun seawal

yang mungkin.

Kalau mereka dapat solat subuh di awal waktu, membuktikan mereka bangun awal

dan sempat mengulang hafalan mereka dalam solat tahajjud. Dengan ini, mereka telah

menunjukkan komitmen dan sikap disiplin mereka dalam menghafal al-quran15

.

d) Melazimkan bacaan Surah al-Insyirah

Melazimkan bacaan Surah Al-Insyirah dan surah-surah yang lain bukanlah

merupakan suatu kemestian begi setiap hafiz, kerana ia hanyalah merupakan

pengalaman guru-guru di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong

sendiri semasa mereka belajar di Mesir dan di Pusat Islam.

Amalan seumpama ini juga merupakan nukilan dari kata-kata ulama‟-ulama‟

terdahulu terhadap kelebihan surah ini, kerana di dalamnya terdapat ayat yang dapat

mencerahkan hati dan memudahkan seseorang itu untuk menghafal sesuatu, iaitu ayat

“inna ma‟al „usri yusra‟

13

Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala Lumpur:Penerbitan Kintan

Sdn. Bhd. h.44 14

Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mu‟jam al-Saghir, Mesir: Dar al-„Ilm,

j.1. h. 172

Page 14: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

14

e) Melazimkan membaca surah al-‘laselepas solat sunat subuh

Amalan ini juga merupakan salah satu dari amalan-amalan yang biasa diamalkan

oleh pelajar MTAQ untuk menguatkan ingatan mereka dan mengelakkan dari lupa.

Surah ini hendaklah dibaca setiap hari selepas sembahyang sunat subuh dan apabila

sampai ke ayat yang keenam iaitu “sanuqri‟uka fala tansa” maka ia hendaklah diulang

sebanyak 10 kali. Seelok-eloknya bacaan surah ini dijadikan amalan harian di

samping amalan-amalan yang lain.

Hal ini disebabkan pandangan ulama sebagai mana yang dinukilkan oleh al-

Qurtubi dalam Tafsir beliau, mereka mengatakan “Jika diizinkan oleh Allah,

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam akan melupai apa yang telah dihafal, tetapi

selepas diturunkan ayat ini, baginda sallallahu alaihi wasallam tidak lagi melupai

sesuatu yang telah dibaca dan dihafal16

.

Oleh sebab inilah, para pelajar di sini digalakkan supaya menjadikan ayat ini

sebagai salah satu dari amalan harian mereka untuk menguatkan ingatan mereka.

f) Doa selepas menghafal

Doa yang diamalkan oleh pelajar MTAQ selepas menghafal ialah:

Allahumma inni astau di‟uka ma „allamtani farodadhu ila waktu hajati ilaihi fala

tansaihu wa sollallahu ala sayyidina muhammdin wa ala alihi wasohbihi ajma‟in.

15

Temubual, op.cit

Page 15: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

15

Kaedah dan teknik hafazan di Maahad Tahfiz Al-Itqan (MTI)

MTI mempunyai kaedah hafalan yang tersendiri yang dinamai dengan kaedah al-

huffaz. Kaedah inilah yang telah diperkenalkan oleh Dr. Shafie b. Md. Amin berdasarkan

pengalamannya dalam bidang menghafal al-quran. Walaupun beliau mula menghafal al-

Quran pada usia 27 tahun namun dengan kegigihan beliau, kejayaan tetapa ada. Berlatar

belakangkan seorang graduan akauntan dari universiti negara barat, beliau mampu

menunjukkan satu contoh yang baik buat masyarakat umumnya. Bagi menghuraikan

kaedah hafalan al-huffaz ini beberapa teknik atau pendekatan telah diasaskan seperti

berikut:

a) Pembahagian Juzuk-Juzuk Hafalan

Bagi melakasanakan kaedaha hafalan al-huffaz ini pembahagian juzuk telah disusun

untuk memudahkan para pelajar menghafal dan menyusun jadual untuk mengulang

hafalan-hafalan ayat yang telah dihafal. Pendekatan pembahagian juzuk ini akan memberi

gambaran dan rangsangan kepada pelajar supaya sentiasa berusaha untuk mengikuti

jadual yang telah ditetapkan sekali gus dapat menghafal keseluruhan 30 juzuk al-quran.

Jangkaan hafalan-hafalan tersebut adalah seperti berikut:

a) Penambahan Ayat-Ayat Hafalan

Di dalam kaedah hafalan Al Huffaz suatu bentuk penambahan ayat diperkenalkan bagi

memudahkan pelajar menghafal dan tidak membebankan. Penambahan itu berbeza

mengikut peringkat umur. Jadual penambahan ayat hafalan dalam sehari adalah seperti

yang terdapat pada lampiran G.

16

Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al Qurtubi (1993). Al-Jami‟ li Ahkam al-Quran. J.20.

t.t.p:Dar al- Fikr. h. 17.

Page 16: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

16

a) Muraja’ah Muka Surat Harian

Teknik di mana pelajar perlu mengulang bacaan beberapa muka surat yang

ditentukan di hadapan guru-guru bagi memastikan pelajar dapat mengingati hafalan al-

quran dengan baik. Teknik ulangan bergantung kepada jumlah hafalan ayat-ayat al-

quran yang telah dihafal. Ia merupakan teknik terpenting di dalam kaedah Al-huffaz

bagi memastikan hafalan tidak hilang. Teknik tersebut adalah seperti yang terdapat

dalam Lampiran H

b) Empat Jam Sehari

Waktu inilah digunakan oleh pelajar untuk membaca hafalan baru dan hafalan lama

kepada guru pembimbing di dalam kelas.

Masa tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Dari jam 9.30 hingga

10.00 pagi adalah waktu rehat para pelajar. Waktu yang digunakan sepenuhnya adalah

hanya empat jam sahaja.

c) Hafalan Baru Di Rumah

Ia perlu dipantau oleh keluarga masing-masing bagi memastikan mereka benar-benar

menghafal ayat-ayat baru untuk diperdengarkan kepada guru hafalan keesokan harinya

di MTI. Dalam boring tersebut terdapat tandatangan ibu bapa, setelah memantau hafalan

anak-anak dengan gundalan yang sepatutnya.

d) Lima Kali Buka dan Lima Kali Tutup

Teknik ini terbukti berkesan dan memudahkan hafalan dengan mudah, dan dapat

mendisiplinkan pelajar dalam proses penghafalan ayat baru.

Page 17: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

17

e) Gundalan 60 Kali

Ia adalah kiraan bilangan sebanyak 60 kali dalam proses hafalan, untuk setiap ayat

yang dihafal. Ia merangkumi bilangan keseluruhan lima kali buka dan lima kali tutup

seperti teknik f.

f) Sepuluh Kali Ulang

Ia adalah teknik penutup kepada ayat-ayat yang telah dihafal sebanyak 60 kali bacaan.

Kaedah ini juga menyediakan bintang-bintang khusus bagi mengira 10 ulangan bacaan

tersebut.

g) Pemotongan ayat-ayat al-Quran

Ia membawa pendekatan dengan memotong ayat-ayat yang panjang kepada

potongan-potongan yang pendek.

h) Borang Hafalan Tasmi’ Bulanan

Ia dicipta untuk mendisiplinkan dan membantu mereka mengulang ayat hafalan.

Ia digunakan selama sebulan (Rujuk Lampiran I).

i) Penggredan Hafalan

Ia adalah sebagai penunjuk gred, panduan bagi guru dan pelajar dalam

memastikan hafalan pelajar kukuh dan mantap. Bagi pelajar yang tidak dapat mencapai

aras yang ditetapkan, mereka tidak dibenarkan menyambung hafalan baru. Hanya

pelajar yang mencapai tahap mumtaz sahaja dibenarkan menambah hafalan baru.

Penunjuk gred adalah seperti yang terdapat dalam lampiran J.

Page 18: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

18

Jadual Penggredan Hafalan Pelajar

j) Penggunaan Borang Hafalan Hifz

Borang ini perlu ada pada setiap pelajar untuk guru menanda hafalan baru

pelajar.Ia diguna dalam tempoh sebulan bagi setiap boring. Guru akan merekodkan

tarikh, bilangan ayat, baris ayat dan gred para pelajar dalam boring tersebut (rujuk

Lampiran K)

k) Talaqqi

Kaedah ini bertepatan dengan konsep penurunan wahyu. Melaluinya, murid-murid perlu

menyemak bacaan ustaz dengan melihat kepada mushaf. Seterusnya murid pula

membaca ayat yang telah dibacakan kepadanya. Waktu ini, guru penyemak akan

memastikan bacaan pelajar tepat.

n) Susunan Hafalan al Quran

Kaedah ini mengamalkan pendekatan menghafal dari belakang al-quran iaitu dari juzuk

ke 30 (rujuk lampiran L). Ia juga bagi memupuk minat penghafal bahawa proses hafalan

bukanlah sesuatu yang susah.

o) Ujian Hafalan

Ia dilakukan setiap penggal, dan skema pemarkahan boleh dirujuk pada lampiran M

Bilangan kesalahan yang ditegur

Bilangan ayat yang dihafal X 100 = A% (Kesalahan)

100 – A = B % (Jumlah markah yang diperolehi oleh pelajar)

Page 19: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

19

Penilaian Terhadap Kaedah dan Teknik

Melalui kajian yang dibuat, penulis mendapati bahawa kedua-dua institusi masing-

masingnya mempunyai kaedah tersendiri dalam proses penghafalan al-quran. Di MTAQ,

kaedah yang digunakan bersesuaian dengan tahap umur pelajar, dan jenis kurikulum yang

terdapat di ionstitusi tersebut.

Manakala di MTI pula, ia mengambil kira perbezaan tahap keupayaan pelajar dari segi

umur. Hal ini adalah kerana kanak-kanak juga dihantar di institusi ini, berbeza dengan

MTAQ yang mana pelajarnya terdiri daripada golongan remaja. Akan tetapi di MTI, ia

memerlukan ketelitian yang lebih rapi dalam ketertiban penyusunan jadual hafalan

pelajar.

Bersesuaian juga dengan lokasi institusi, MTAQ teletak di kawasan luar Bandar.

Maka penulis faham bahawa cabaran dalam mengelola pelajar lebih rendah jika

dibandingkan dengan MTI, yang mana ianya terletak di kawasan Bandar.

Cadangan Aplikasi Teknik Hafazan Dalam Bilik Darjah

Melalui penel;itian penulis dengan kaedah-kaedah yang terdapat di institusi-institusi

ini, penulis mencadangkan agar penggunan kaedah al-huffaz digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran bilik darjah.

Ini kerana di seseubuah sekolah, pelajar terdiri daripada pelbagai tahap umur. Justeru,

melihat kepada penyusunan teliti yang ada pada teknik al-huffaz, penulis memilih untuk

menggunakan teknik ini kerana penulis akan menyesuaikan pengajaran dengan umur

pelajar.

Dengan ini, penulis akan menggunakan panduan boring tersebutb apabila melakukan

pnp dalam bilik darjah. Penulis tidak menafikan kehebatan teknik yang digunakan di

institusi MTAQ, akan tetapi jika diberi piliohan, penulis akan mengutamakan teknik al-

huffaz, dan mengambil tips sebelum dan selepas menghafal juga daripada teknik yang

diguna pakai di MTAQ. Oleh itu, dengan pemahaman yang mendalam mengenai kedua-

dua kaedah ini, penulis berharap agar teknik pnp untuk subjek hafazan dalam bilik darjah

akan menghasilkan keberkesanan yang tinggi.

Page 20: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

20

Kesimpulan

Kedua-dua kaedah Maahad Tahfiz Al Itqan dan Maahad Tahfiz Pulai Chondong

mempunyai pendekatan dan teknik masing-masing dalam proses penghafalan al-quran.

Kaedah yang diguna pakai di MTAQ Pulai Chondong lebih bersifat tradisional

berbanding kaedah yang digunapakai di MTI.

Hal ini disebabkan perbezaan umur di antara pelajar di MTAQ Pulai Chondong, iaitu

terdiri daripada pelajar 13-18 tahun. Manakala di MTI pula terdiri dari pelajar 7-18 tahun.

Kaedah ujian hafalan pelajar memeberi kesan yang besar terhadap ingatan ayat-ayat yang

dihafal, dan ia merupakan tunjang asas yang bakal mencerminkan kekuatan hafalan di

dalam kaedah masing-masing.

Akhir kata, saya ingin menyimpulkan bahawa jika seseorang guru berjaya memilih

mana-mana kaedah untuk proses hafazan, maka ianya perlu selari dengan tindakan dan

susulan yang diaplikasi dalam kaedah tersebut. Ini bermakna, selangkah kita mula

berjalan, kita akan akhirinya dengan sebuah kejayaan, iaitu menghasilkah para huffaz

yang cemerlang di dunia dan akhirat.

(3029 Patah perkataan).

Page 21: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

21

Rujukan

Al-Hafiz Abi Qasim Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (1968). Al-Mu‟jam

Al-Saghir, Mesir: Dar al-„Ilm, j.h.172

„Abdullah al Qari bin Hj Salleh (1995) . Cara Baru Mengajar Tajwid dan Hafalan

Al Quran. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. h. 44.

Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafal al-Quran. Kuala

Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd. h. 44

Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansari Al Qurtubi (1993). Al-Jami‟ li

Ahkam al-Quran.J.20.t.t.p:Dar al_fikr . h. 17.

Abu Muhammad Jamal „Abd al Rahman (1995). al ‘Iqaz Li Tadhkir al Huffaz Bi al Ayat

Al Mutasyabihah Fi alAlfaz, Kaherah: Dar Ummu al qura . h. 13

Dr. Shalah „Abd Fattah al-Khalidy (1994). Panduan Bergaul Dengan Al Quran, terj.

Muhammad Ichsan. Penerbitan Kintan Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. H. 63

Drs. Ahsin W. al-Hafiz (1994). Bimbingan Praktis Menghafal al-Quran. Jawa

Tengah: Bumi Aksara . h. 69.

Muhaidi Hj. Mustaffa (2010). Hafazan Al-Quran Dan Hubungannya Dengan

Kecemerlangan Pelajar: Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai

Chondong Kelantan Dari Tahun 1997 hingga 2007. Tesis Sarjana Jabatan AL-Quran dan

Al hadith, Akademi Pengajian islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Muhammad Ismail Nik Zulkifli (2004). “Al-Hafiz” Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat

Pulai Chondong, Kelantan, c. 7. Kuala lumpur:menara Telekom. H.29

Sedek Ariffin (2012). Kaedah Menghafal Al-Quran di Institusi Tahfiz AL-Quran di

Malaysia: Kajian Perbandingan di Antara Kaedah Darul quran, JAKIM Dengan

Al-Huffaz. Tesis Sarjana Sarjana Jabatan AL-Quran dan Al Hadith, Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Ust. Mohd Shafie Md. Amin (t.t). Kertas Kerja Pengenalan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-

Itqan, op.cit.

Ustaz Ismail Masyhuri al Hafiz. Fadhilat Membaca dan Menghafal al Quran serta

Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur:Syarikat Nurulhas. h. 115

Page 22: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

22

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

Page 23: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

23

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

Page 24: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

24

No Tahap Pengajian Target Juzuk Hafalan

1 Tadika 1 Iqra‟

2 Tadika 2 Iqra‟

3 Darjah 1 2

4 Darjah 2 2 1/2

5 Darjah 3 3 1/2

6 Darjah 4 4

7 Darjah 5 5

8 Darjah 6 6 1/2

9 Mutawassit 1 6 1/2

30 Juzuk

Lampiran F: Jadual Pembahagian Juzuk Hafazan

No Tahap Pengajian Bilangan Ayat Tambahan

1 Darjah 1 3

2 Darjah 2 4

3 Darjah 3 5

4 Darjah 4 6

5 Darjah 5 8

6 Darjah 6 10

7 Mutawassit 1 30

Lampiran G: Borang Penambahan Ayat-ayat Hafazan

Page 25: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

25

No Tahap Jumlah Juzuk Muka Surat

1 Darjah 1 2 5

2 Darjah 2 4 1/2 10

3 Darjah 3 8 20

4 Darjah 4 12 30

5 Darjah 5 17 30

6 Darjah 6 23 1/2 40

7 Mutawassit 1 30 60

Lampiran H: Bilangan muka surat yang diulang setiap hari

Tarikh Juz‟ Surah/MS/Ayat 1 2 3 4 5 6 7 8 … 30 31

2/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

01-4

3/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

05-8

4/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

09-12

5/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

13-16

6/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

17-20

7/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

21-24

8/7/2012 22 Yasin/1/Ayat

25-27

Lampiran I: Borang Hafalan Tasmi‟ Bulan Julai

Page 26: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

26

No Tanda Gred Hafalan Takrif

Mumtaz مز 1

Cemerlang

a) Tiada kesalahan

iaitu:

–Salah membunyikan

baris

- Meninggalkan

huruf dalam

bacaan

- Menambah huruf

dalam bacaan

- Lupa pangkal

ayat

b) Satu kesalahan

yang dibetulkan

sendiri

c) Kesalahan yang

ringan yang

dibetulkan oleh guru

tetapi dapat

disambung dengan

baik

d) Secara

keseluruhan para

pelajar boleh

membaca dengan

lancer dan yakin

Jayyid ج 2

Baik

a) Tidak lebih dari

tiga kesalahan

iaitu:

–Salah membunyikan

baris

Page 27: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

27

-Meninggalkan huruf

dalam bacaan

-Menambah huruf

dalam bacaan

-Lupa pangkal ayat

b) Banyak teragak-

agak dan kurang

keyakinan

Daif ض 3

Lemah

a) hafalan yang terlalu

lemah dan terlalu banyak

tersangkut-sangkut dan

ditegur

Lampiran J: Borang Penggredan Hafalan

Ayat

Tarikh 1-2

Baris 2

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Page 28: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

28

Lampiran K: Borang Hafalan Baru (Hifz)

Ayat

Tarikh 1-2 3-4

Baris 2 3

Isnin

Selasa مز

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Borang Hafalan Baru (Hifz)

Ayat

Tarikh 1-2 3-4 5-6

Baris 2 3 2

Isnin

Selasa مز

Rabu مز مز

Khamis مز ج مز

Jumaat

Sabtu

Borang Hafalan Baru (Hifz)

Ayat

Tarikh 1-2 3-4 5-6

Baris 2 3 2

Isnin

Selasa مز

Rabu مز مز

Khamis

Jumaat

Page 29: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

29

Sabtu

Borang Hafalan Baru (Hifz)

No Surah Juzuk

1 Al-Nas hingga al Naba‟ 30

2 Al-Mursalat hingga al-Mulk 29

3 Yasin 23

4 Al-Sajadah 21

5 Al-Dukhan 25

6 Al-Tahrim hingga al-

ankabut

28-21

7 Al-fatihah hingga al-qasas 1-20

Lampiran L: Susunan hafalan dalam kaedah Al-Huffaz

Jadual Skema pemarkahan kaedah hafalan al-Huffaz

No Markah % Pangkat Keputusan

1 90- 100 Mumtaz Cemerlang

2 70- 89 Jayyid Jiddan Sangat Baik

3 60- 79 Jayiid Baik

4 50- 59 Maqbul Lulus

5 0- 49 Rasib Gagal

Page 30: PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBIS1203_V2SMP/18998/72092312… · kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. ... Cara

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 1 HBIS 1203 HBIS 1203

30

TEMUBUAL DENGAN SEKOLAH :

1. Sejarah penubuhan sekolah tahfiz

2. Persekitaran sekolah tahfiz

3. Kakitangan sekolah tahfiz

4. Pengurusan sekolah?(termasuk kewangan, asrama dll)

5. Bilangan kelas?

6. Bilangan pelajar

7. Bagaimanakah cara pendaftran untuk pelajar baru? Adakah perlu di jalankan hafazan?

8. Bagaimanakah cara pemilihan untuk pelajar baru

9. Jadual kelas

10. Intensif hafazan dalam sehari

11. Bagaimana kaedah paling berkesan bagi aktiviti hafazan yang digunakan oleh pelajar.

TEMUBUAL DENGAN PELAJAR?

1. Bagaimanakah cara pelaksanaan pendaftaran?

2. Bagaimanakah cara menghafal surah?

3. Jadual seharian

4. Cara pembahagaian waktu