Upload
phamnhan
View
251
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Page 1 of 21
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBIS1203
PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN
Nama: Nurayah Binti Aminin
No. Matrix: 670508125414001
No. I/C: 670508-12-5414
No.Tel: 017-8328053
E-mail: [email protected]
Tutor’s name: MOHD ZULKIFLI BIN SAARI
E-mail: [email protected]
MEI 2012
Page 2 of 21
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran
1.2 Sejarah Perkembangan Hafazan di Malaysia
2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR
(IQKL)
2.1 Sistem Pengajian di Institut Al-Quran Kuala Lumpur
2.2 Sistem Pengajaran di IQKL
3.0 SEJARAH PENUBUHAN MADRASATUL QURAN, KUBANG
BUJUK (MQKB)
3.1 Sistem Pengajian di Madrasatul Quran, Kubang Bujok (MQKB)
3.2 Sistem Pengajaran di MQKB
3.3 Sistem Pembelajaran di MQKB
3.4 Ko-Kurikulum Pelajar di MQKB
4.0 KESIMPULAN
5.0 RUJUKAN
Page 3 of 21
1.0 PENGENALAN
Elemen yang terpenting dalam kehidupan umat manusia adalah Al-Quran. Dalam
dunia kita yang dilanda arus globalisasi, penerapan nilai-nilai al-Quran adalah sangat
penting untuk membina masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan,
persaudaraan serta masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, demokrasi,
tidak zalim, tidak sombong dan masyrakat yang berjalan mengikut garis panduan al-
Quran seperti yang dikatakan oleh sekumpulan penyelidik dari UTM, 2005. Oleh itu,
Hafazan adalah satu kaedah yang mampu menjadi pemangkin kearah melahirkan
generasi yang hafiz, alim, daie’, professional dan sekaligus mencapai matlamat
pendidikan al-Quran.
Menurut Ab.2 Fatah Hasan:15, menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di
dalam mendalami ilmu al- Quran. Hafazan adalah satu proses yang digunakan untuk
menyimpan pengetahuan di mana ianya memerlukan suatu kekuatan fikiran oleh
orang yang melakukannya. Manakala menghafaz sesuatu yang dipelajari dan
mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan
ingatan dan kecerdasan otak.
Sememangnya Allah S.W.T memandang tinggi darjat dan martabat seorang hafiz atau
hafizah al-Quran serta dipandang mulia di kalangan manusia. Kemuliaan ini kerana ia
adalah suatu amanah langsung dari Allah S.W.T. ke atas mereka untuk
bertanggungjawab terhadap penjagaan hafazan. Oleh sebab itu, seseorang yang telah
menghafaz keseluruhan al-Quran, ia hendaklah memelihara dan mengekalkannya
supaya hafazan tersebut tidak hilang dari ingatan (Mohd Fazri, 1999:26-27).
Page 4 of 21
1.1 Sejarah Perkembangan Hafazan Al-Quran
Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama
dari al-Quran (iqra’) kepada Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang dimaklumi dari
berbagai nas, baginda adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan
membaca. Dalam keadaan yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad S.A.W.
menerima al-Quran dari Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada
para sahabat menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat
dimana ia membantu dan memudahkan Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya
kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi
kandungannya.
Institusi Al-Quran Kuala Lumpur dan Madrasatul Kubang Bujuk, Terngganu adalah
dua institusi pengajian tahfiz al-Quran yang terkenal di Malaysia. Kedua-dua institusi
ini menpunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam melahirkan huffaz yang
mempunyai ketinggian ilmu dan personality yang terpuji. Huffaz lahir hasil daripada
corak pendidikan yang diterapkan di kedua-dua institusi ini yang cintakan ilmu al-
Quran dan sebagai bekalan yang boleh memberikan manfaat kepada hidup mereka
dan masyarakat.
1.2 Sejarah Perkembangan Hafazan di Malaysia
Idea bagi penubuhan Ma’ahad ini timbul hasil daripada Ujian Tilawatul Quran
peringkat kebangsaan yang pertama pada tahun 1960. Bagi memastikan penubuhan
Ma’ahad dan pelaksanaannya, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (TAR)
menghubungi setiap kerajaan negeri agar menghantar calon masing-masing untuk
mengikuti kursus di Ma’ahad Tahfiz tersebut. Cadangan ini mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada setiap kerajaan nergeri di mana sebahagian besar dari mereka
menghantar dengan menyediakan bviasiswa untuk calon tersebut (Fauziah Mohd
Noor, 1993).
Kesedaran umat Islam terhadap kepentingan Ilmu al-Quran dan hafazan mendorong
ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang menyediakan
pengajian tahfiz al-Quran serta mata pelajaran agama dan akademik yang lain. Kini,
Page 5 of 21
lebih banyak pusat-pusat pengajian dan institut al-Quran ditubuhkan bagi memenuhi
permintaan terhadap pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia. Para dermawan dan orang
berada tampil ke hadapan untuk menjadi penaja pelajar hafiz dan kelas-kelas tahfiz al-
Quran yang ditubuhkan.
Page 6 of 21
2.0 SEJARAH PENUBUHAN INSTITUT AL-QURAN KUALA LUMPUR (IQKL)
Institut al-Quran Kuala Lumpur adalah pusat pengajian tahfiz al-Quran yang
dikendalikan oleh pihak swasta yang juga dikenali sebagai Madrasah Al-Quran Kuala
Lumpur. Institusi ini ditubuhkan seawall 1997 dimana ia dikendalikan oleh Dato’ Dr.
Hassan Haji Mohd Ali yang kinin adalah ahli politik selaku pengarah Sabha Group.
Pada peringkat awal penubuhannya, IQKL ditempatkan di dua banglo yang terletak di
pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang berhampiran dengan Balai Islam
yang kini dikenali sebagai Masjid al-Ghufhran. Ruang pengajian, penghafalan, dan
pusat pengurusan dipusatkan di kedua-dua premis tersebut.
Pada masa itu, IQKL diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan yang dipandu
oleh Jawatankuasa Pemandu yang bertanggungjawab dalam menentukan arah tuju
IQKL. Institusi ini dipengerusikan sendiri oleh Dato’ Dr. Hassan Haji Mohd Ali yang
dibantu oleh panel pembantu iaitu Tuan Haji Mohd Hassan Mokhtar Mohd Ali.
Beberapa tahun selepas itu, pelbagai masalah dalaman yang agak serius yang dialami
yang dihadapi, Dr. Hassan Mokhtar menyerahkan institusi ini kepada rakan-rakannya
yang sanggup menguruskan IQKL. Usaha dalam memulihkan institusi ini bukanlah
mudah sehingga kelas pada ketika ini hanya diadakan di asrama. Tetapi, pelajar-
pelajar tidak bersemangat untuk belajar kerana tidak dapat merasai suasana
persekolahan. Oleh itu, tempat pengajian dipindahkan ke masjid dan cara ini didapati
berkesan.
Sehingga sekarang, kedudukan IQKL beransur stabil di bawah seliaan pengetua IQKL
iaitu Ustaz Khairuddin Ramli. Semua ini adalah berkat kesungguhan dan kesabaran
beliau dan tenaga pengajar, seterusnya memulihkan sistem pentadbiran dan imej
IQKL. IQKL masih lagi beroperasi di bangunan lama iaitu ditempatkan di dua bangle
yang berhampiran dengan Masjid al-Ghufhran di pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur.
Di masa hadapan, IQKL akan memiliki kampus kekal dan sebidang tanah yang telah
diperolehi berhampiran dengan Ibu Negara. Kos pembinaan dijangka dalam RM7-8
juta. Difahamkan, bakal kampus IQKL itu akan mempunyai kemudahannya sendiri
seperti blok pentadbiran, blok asrama dan sebagainya.
Page 7 of 21
2.1 Sistem Pengajian di Institut Al-Quran Kuala Lumpur
2.1.1 Syarat kemasukan pelajar ke IQKL
a) Umur : 10 – 25 tahun
b) Jantina : Lelaki / Perempuan
c) Kebolehan Membaca Al-Quran : membaca al-Quran dengan tahap
kefasihan yang munasabah (temuduga)
d) Daya Kepimpinan: Kebolehan memimpin (temuduga)
e) Kecerdasan Minda : Lulus ujian kecerdasan mida IQKL
f) Kesihatan : Lulus Ujian Kesihatan
2.1.2 Silibus Pembelajaran di IQKL
Kurikulum yang dilaksanakan di IQKL adalah berasakan kepada
matapelajaran yang telah ditetapkan oleh IQKL dan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) yang selaras dengan keperluan di peringkat lanjutan
Diploma. Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh melanjutkan
pelajaran ke luar Negara. Sukatan matapelajaran yang dilaksanakan di IQKL
poada masa kinin telah dibahagikan kepada dua bentuk pengajian iaitu Subjek
Akademik dan Subjek Agama.
a) Subjek Akademik
- Bahasa Arab
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sains
- Matematik
Page 8 of 21
b) Subjek Agama
- Tafsir
- Aqidah
- Hadith
- Sirah an-Nabawiyyah
- Fiqh
- Talaqqi dan Tajwid
- Ulum al-Quran
- Ulum al-Hadith
- Tasawwur Islam
- Imlak
2.1.3 Sesi Pengajian di IQKL
Sistem semester dilaksanakan dalam sesi pengajian di IQKL di mana
pelajarnya perlu menghabiskan tempoh pengajian selama lebih kurang enam
tahun. Sebelum ini, sesi pengajian yang digunakan adalah mengikut tahap
umur pelajar.
Sebuah Panel Kawalan Kualiti ditubuhkan bagi menentukan kualiti pengajian
dan pembelajaran sentiasa meningkat dimana ia dianggotai oleh personality
yang mahir dalam bidang al-Quran. Kualiti yang ditekankan di IQKL ialah
kualiti menggarab ilmu al-Quran dan juga kualiti akhlak yang mesti terpancar
di kalangan para pelajar yang akan menjadi pelopor generasi al-Quran.
Selain itu kualiti penghafalan yang tinggi dengan pemupukan daya ingatan
yang mantap yang menjadi batu pengukur utama bagi pelajar-pelajar IQKL.
Pendedahan kepada dunia luar dan masyarakat juga diberikan keutamaan agar
Page 9 of 21
para pelajar tidak canggung berdepan dengan masyarakat dalam
menyampaikan khidmat yang diperlukan.
2.1.4 Sistem peperiksaan di IQKL
Sistem peperiksaan yang telah dilaksanakan di IQKL adalah mengikut sistem
semester seperti sistem persekolah dan IPTA yang lain. Sistem peperiksaan
yang digunakan di IQKL adalah berasaskan dua kaedah iaitu:
a) Ujian Syafawi bagi matapelajaran al-Quran
b) Ujian Tahriri bagi matapelajaran Agama dan Akademik
Page 10 of 21
2.2 Sistem Pengajaran di IQKL
Instutut Al-Quran Kuala Lumpur telah merangka sistem pembelajaran mereka sendiri
bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam hafazan al-Quran.
Kelas Tasmi’, Kelas Pembelajaran dan Kelas I‘adah adalah antara sistem
pembelajaran yang digunakan di IQKL.
2.2.1 Kelas Tasmi’
Kelas Tasmi’ al-Quran adalah kelas wajib bagi setiap pelajar IQKL. Kelas
tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi iaitu sebanyak 5 kali
seminggu bermula hari isnin hingga jumaat. Dalam kelas Tasmi’, para pelajar
yang telah menghafaz ayat al-Quran sekurang-kurangnya dua muka
memperdengarkan bacaannya secara hafazan di hadapan Guru Tasmi’ ( guru
hafiz ) bagi pelajar banin (lelaki) dan guru hafizah bagi pelajar banat
(perempuan). Setiap bacaan yang telah diperdengarkan bacaannya akan
direkodkan oleh guru hafiz dan hafizah berdasarkan apa yang telah dibaca
secara hafazan oleh pelajar tersebut.
2.2.2 Kelas Pembelajaran
Kelas Pembelajaran pula akan bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.10
tengahari. Pada masa ini matapelajaran selain dari al-Quran akan diajar kepada
mereka. Pihak IQKL telah menggunakan kemudahan pembelajaran seperti
kelas di masjid al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur
sebagai kelas pembelajaran.
2.2.3 Kelas I’adah
Kelas I‘adah al-Quran merupakan kelas ulangan hafazan ayat al-Quran yang
telah dibaca secara hafazan di hadapan guru hafiz atau hafizah. Kelas ini akan
bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 3.30 petang. Seperti kelas Tasmi’,
Page 11 of 21
kelas I’adah juga perlu memperdengarkan bacaan ulangan hafazan tersebut
yang akan direkodkan di dalam buku ulangan hafazan al-Quran.
2.2.4 Sistem Hafazan yang di Terapkan di IQKL
Seperti yang diketahui umum, kebanyakan institusi akan mengguna pakai
sistem seperti yang telah direncanakan oleh pihak pentadbir. Sama seperti
institusi tahfiz ini, sistem pembelajaran adalah seperti yang direncanakan oleh
pihak pentadbir institusi tahfiz yang mana kebiasaannya, kelas akan dimulakan
dengan tazkirah oleh tenaga pengajar berkaitan dengan adab-adab dengan al-
Quran. Selalunya, ia dilakukan sebelum bermulanya kelas tasmi’ agar pelajar
tahu tentang adab-adab dengan al-Quran untuk memudahkan hafazan.
Berdoa adalah perkara yang rutin pelajar sebelum menghafaz al-Quran. Untuk
meningkatkan hafazan ialah dengan saling menasihati sesama mereka
terutamanya kepada adik-adik yang baru menghafaz. Para pelajar IQKL juga
mengamalkan membaca surah-surah tertentu sebagai amalan antaranya surah
al-Rahman, Kahfi, Yaasin, Sajdah dan al-Dhukhan sebagai wirid harian
pelajar.
Aktiviti menghafaz ini dilakukan setiap hari untuk memperkemaskan ingatan
para pelajar. Biasanya hafazan dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.
Para pelajar akan menghafaz ayat-ayat yang tertentu pada dua atau tiga malam
sebelum mereka bertasmi’. Ini adalah langkah sebagai persediaan para pelajar
agar dapat mengingati dengan baik dan tidak tergesa-gesa.
Melalui motto IQKL iaitu Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat adalah amat
ditekankan. Hasanah dunia bermaksud cemerlang dalam bidang akademik dan
hasanah akhirat ialah cemerlang dalam al-Quran (Hafazan). Oleh itu, kedua-
dua objektif mestilah seimbang agar ia dapat dicapai dan dapat melahirkan
insane yang cemerlang dan berkemampuan untuk menjadi ketua dalam satu-
satu kumpulan.
Page 12 of 21
Secara keseluruhannya, sistem yang diterapkanm di IQKL ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan daya hafazan atau ingatan para pelajarnya supaya
menjadi ketua yang cemerlang dalam sesebuah masyarakat.
2.2.5 Ko-Kurikulum Pelajar di IQKL
Selain dari sistem pembelajaran berbentuk kuliah dan juga kelas, aktiviti-
aktiviti Ko-Kurikulum juga didedahkan kepada para pelajar supaya dapat
member peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan selain
mengurangkan tekanan belajar sepanjang sesi pengajian. Antara aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum yang diadakan IQKL adalah:
- Usrah seminggu sekali
- Kursus pengurusan jenazah secara mingguan atau tahunan
- Qiyamullail sebulan sekali
- Hari keluarga
- Temasya sukan tahunan
- Lawatan sambil belajar
- Menjadi Imam Solat Terawih
- Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar cemerlang setahun sekali
- Program ‘Iadah diluar di IQKL
Page 13 of 21
3.0 SEJARAH PENUBUHAN MADRASATUL QURAN, KUBANG BUJUK
Madrasatul Quran, Kubang Bujok, Serada, Kuala Terengganu adalah sebuah pusat
pengajian tahfiz al-Quran yang dikendalikan secara persendirian ataupun secara
swasta. Madrasah ini adalah pusat pengajian tahfiz swasta yang kedua tertua selepas
Raudhatul Tahfiz Al-Quran yang kini dikenali sebagai Maahad Tahfiz Quran Wal
Qirat yang terletak di Pusat Dakwah Islamiah, Jeram, Selangor. Madrasatul Quran
yang lebih dikenali sebagai Madrasatul Quran Kubang Bujok ini telah diasaskan oleh
Tuan Haji Muda Bin Haji Deraman pada 1 Oktober 1982 di Kubang Bujok, Serada,
Kuala Terengganu.
Ijtimak (perhimpunan) Tabligh Dunia yang diadakan di Padang Hiliran telah
mencetuskan kelahiran Madrasarul Quran Kubang Bujok pada bulan
November/Disember 1982. Hadraji (Ketua Jemaah Tabligh Sedunia) iaitu Maulana
Hassan (Ketua Jemaah Tabligh India) juga datang ke Ijtimak ini dan merasmikan
Madrasah ini dengan meletakkan batu asas di Masjid Madrasatul Quran Kubang
Bujok. Madrasah ini telah melahirkan lebih dua ribu para Huffaz sejak ia ditubuhkan
23 tahun yang lalu.
3.1 Sistem Pengajian di Madrasatul Quran, Kubang Bujok (MQKB)
Sistem pengajian di Madrasatul Quran ini merangkumi syarat kemasukan pelajar dan
tempoh pengajian mereka di madrasah quran ini.
3.1.1 Syarat Kemasukan Pelajar di MQKB
a) Berumur diantara 12-15 tahun.
b) Telah Khatam al-Quran atau sekurang-kurangnya lancer bacaan al-Quran.
c) Persetujuan daripada kedua Ibu Bapa untuk menanggung kos perbelanjaan
anak mereka.
d) Sihat dan tidak cacat anggota yang berat.
Page 14 of 21
e) Lulu ujian dan temuduga.
f) Pelajar berumur 15-16 tahun, pihak Madrasah perlu melihat keputusan PMR
dan keadaan pemohon.
g) Pelajar berumur 16-19 tahun mestilah menghafaz 10 juzuk al-Quran.
h) Semua pelajar yang berumur 16 tahun ke atas diwajibkan untuk mengikuti
kursus tarbiah dan dakwah tabligh selama 40 hari di Malaysia atau Terngganu.
3.1.2 Tempoh Pengajian di MQKB
Secara puratanya, pelajar akan menamatkan pengajian mereka ketika berumur
25 tahun. Tetapi, tempoh masa yang diambil oleh pelajar ini untuk
menamatkan pengajian mereka adalah selama 4 hingga 5 tahun sahaja secara
purata. Tempoh tamatnya pengajian seseorang pelajar tidak ditetapkan secara
detail tetapi mengikut kemampuan para pelajar itu sendiri.
3.1.3 Sistem Peperiksaan di MQKB
Sistem peperiksaan yang digunakan di MQKB adalah seperti berikut:
a. Sistem peperiksaan akhir adalah dengan membaca 10 juzuk yang
telah dihafaz dalam masa 1 hari. Bacaan tersebut akan disemak oleh 3
orang guru hafiz dan 6 orang hafiz yang lain. Keseluruhan kesalahan
adalah tidak melebihi 10 kesalahan.
b. Masa untuk menamatkan hafazan adalah tiada tempoh yang tertentu.
Page 15 of 21
3.2 Sistem Pengajaran di MQKB
Dua kelas pengajian yang terdapat dalam sistem pengajaran di MQKB iaitu Kelas
Nazirah dan Kelas Tahfiz dan sistem peperiksaan yang dijalankan adalah untuk
menguji tahap penguasaan pelajar.
3.2.1 Kelas Nazirah
Kelas Nazirah adalah satu kaedah pengajaran yang digunakan di MQKB ini
adalah melalui proses pembelajaran hafazan al-Quran di institusi. Proses
pengajaran ini adalah seperti berikut:
a) Sistem Pengajaran yang tertib mengikut kelas hafiz iaitu Sabaq, Para Sabaq,
dan Amoktah.
b) Mata pelajaran yang di ajar disamping al-Quran ialah Fardhu ain, Tajwid,
Akhlak, dan Pelajaran Jawi (tulisan dan bacaan).
c) Mengajar kaedah menghafaz al-Quran dengan betul.
d) 3 bulan adalah tempoh paling singkat di dalam kelas nazirah manakala 1
tahun adalah tempoh yang paling lama dalam kelas nazirah.
3.2.2 Kelas Tahfiz
Kaedah lain yang digunakan di MQKB ini Kelas Tahfiz dalam proses
pembelajaran hafazan al-Quran selain Kelas Nazirah yang dijalankan. Proses
pengajaran didalam kelas ini adalah seperti berikut:
a) Dalam masa 3 hingga 5 tahun, para pelajar akan menamatkan pengajian
tahfiz mereka di MQKB.
b) Setiap pelajar perlu menghafaz sekurang-kurangnya 8 hingga 10 juzuk
setahun.
c) Pelajar dikehendaki menghafaz dengan lancar sebanyak 15 juzuk sebelum
khatam sabaq 30 juzuk al-Quran.
Page 16 of 21
d) Para pelajar akan memantapkan hafazan mereka setelah khatam 30 juzuk
dalam jangkamasa 2 hingga 6 tahun sehingga menduduki peperiksaan akhir.
Page 17 of 21
3.3 Sistem Pembelajaran di MQKB
MQKB mempunyai sistem pembelajaran mereka sendiri di dalam mendidik para
pelajar di dalam bidang hafiz al-Quran. Beberapa kaedah pembelajaran yang
digunakan di MQKB adalah seperti kaedah hafazan yang dikhususkan, pembelajaran
kitab dan penerapan tarbiyah kepada para pelajar.
3.3.1 Kaedah Hafazan
Kaedah menghafaz yang digunapakai di MQKB ini diambil dari India dan
Pakistan dengan sedikit pengubahsuaian yang bersesuaian dengan kaedah di
Malaysia. MQKB memulakan pembelajaran hafazan dengan dimulakan dari
muka hadapan iaitu bermula juzuk pertama surah al-Baqarah hinggalah
seterusnya sehingga ke juzuk 30. Tetapi ada juga pelajar yang memulakan
pembelajaran dengan menghafaz dari juzuk ke 30 terlebih dahulu. Ini
memudahkan para pelajar untuk menghafaz al-Quran dengan mula menghafaz
surah pendek-pendek dahulu. Ini penting untuk memupuk minat pelajar itu
sendiri.
Penggunaan teknik sabaq (menghafaz hafazan baru) biasanya dilakukan
selepas sembahyang Subuh. Pada waktu inilah pelajar akan menghafaz ayat
hafazan yang baru. Dan peluang kedua akan diberikan kepada pelajar yang
tidak mampu untuk menghafaz hafazan barunya.
Kaedah amokhtah adalah kaedah yang diambil dari India dan Pakistan dan
jarang diamalkan di Ma’ahad-Ma’ahad Tahfiz Negeri di Malaysia di mana
para pelajar di Ma’ahad-Ma’ahad Tahfiz Negeri hanya menghafaz ayat-ayat
baru sahaja.
Prinsip MQKB adalah ‘satu perkara dalam satu masa’ iaitu pelajar
dikehendaki menghafaz al-Quran sehingga khatam 30 juzuk terlebih dahulu,
jika berjaya barulah dibenarkan untuk meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu
diniah yang lain (pengajian kitab-kitab). Ini bertujuan untuk mengelakkan
timbul masalah kepada para pelajar kerana mereka akan lupa hafazan yang
lama kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang
hafazan tersebut.
Page 18 of 21
3.3.2 Pembelajaran Kitab (Alim)
Kelas Alim atau kelas kitab adalah untuk pelajar yang telah tamat pengajian di
kelas hafiz (khatam menghafaz 30 juzuk al-Quran). Tempoh pengajian bagi
kelas Alim mengambil masa selama 8 tahun yang umumnya setiap tahun itu
melambangkan setiap aras atau peringkat pengajian.
3.3.3 Penerapan Tarbiyah Pelajar
MQKB menekanan aspek akhlak di mana pentarbiyahan sering dilakukan
untuk mendidik para pelajar supaya memiliki akhlak yang baik oleh tenaga
pengajar dari masa ke semasa. Mereka sentiasa dinasihati supaya memiliki
akhlak yang baik begitu juga dengan pelajar yang sudah tamat pengajian
supaya hidup dalam suasana amalan keagamaan untuk menjamin al-Quran
yang dihafaz sentiasa kekal dalam ingatan.
Page 19 of 21
3.4 Ko-Kurikulum Pelajar di MQKB
Kegiatan Ko-Kurikulum di wajibkan di MQKB untuk meningkatkan lagi tahap
motivasi pelajar mereka. Antara kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum yang dilaksankan
oleh pihak pentadbir MQKB adalah seperti:
3.4.1 Imam Terawih
Di bulan Ramadhan, pihak Madrasah akan menghantar para pelajarnya
menjadi imam terawih di masjid-masjid di seluruh negara. Dan secara tidak
langsung dapat mempromosikan nama MQKB.
3.4.2 Keluar Berdakwah
Berdakwah adalah salah satu program tetap bagi penuntut di Madrasah ini
dengan keluar secara berjamah selama 40 hari. Dan menjadi syarat bagi setiap
pelajar yang berumur 16 tahun ke atas yang baru memulakan pengajian
mereka di MQKB ini dan juga bagi pelajar yang telah tamat pengajian
menghafaz al-Quran 30 juzuk.
Page 20 of 21
4.0 KESIMPULAN
Seperti yang diketahui ramai, Hafazan merupakan satu cara untuk mendalami al-
Quran serta melindungi diri daripada sebarang masalah dimana ia mengajar seseorang
supaya tidak takut dengan makhluk Allah S.W.T yang lain, dan hanya perlu takut
kepada-Nya.
Secara keseluruhannya, pelbagai sistem dan kaedah di dalam hafazan al-Quran
sepertimana yang digunakan oleh pusat-pusat tahfiz di seluruh Malaysia. Sistem
pembelajaran dan juga kaedah hafazan yang digunakan oleh para huffaz adalah
bergantung kepada pendekatan yang dibawa oleh institusi di mana mereka belajar.
dalam mendalami ilmu menghafaz al-Quran, sistem pembelajaran yang paling
berkesan adalah dengan bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar. Ini
disebabkan oleh bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar di institusi pengajian
tahfiz adalah tunjang utama kepada pembentukan dan juga pendedahan para huffaz di
dalam ilmu hafazan al-Quran.
Kaedah hafazan yang paling berkesan dalam melahirkan huffaz adalah dengan
melancarkan ayat yang hendak dihafaz beberapa kali terlebih dahulu sebelum mula
menghafaz. Ini dapat dijelaskan bahawa apa yang dilafazkan itu merupakan sesuatu
perkara yang paling senang dan mudah untuk diingati. Dengan ini, proses mengingat
hafazan yang dibuat dapat di percepatkan.
Page 21 of 21
5.0 RUJUKAN
Ab. Fatah Hasan. “Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran”.
Skudai: UTM.
Abdul Hafiz A. & anymous, “Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran
yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu”, p.p. 284
Abdul Hafiz A. & Norhanan A.R, “Kaedah Hafazan Al-Quran Sistem Turki: Kajian
di Tahfiz Al-Quran Darul Tuba”, p.p. 1-11
Fauziah Mohd Noor. “Penghafalan al-Quran Di kalangan Wanita: Satu Kajian di
Maahad Tahfiz, Pusat Islam”. Fakulti Usuluddin Akademi Islam UM KL: Latihan
Ilmiah Ijazah Sarjana Muda.
Maahad Tahfiz di Malaysia:
http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=11
5&Itemid=154
Madrasah Annur: http://www.madrasahannuur.com/hubungi-kami/
Mohd Fazri Ahmad Murad, “Metode-Metode Penghafalan al-Quran : Kajian Khusus
di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Sembilan, Maahad Ahmadi,
Gemenceh, Negeri Sembilan”. Universiti Malaya: Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana
Muda.