19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS: HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 700203015788-001 NO. KAD PENGNEALAN : 700203015788 NO. TELEFON : 012-7687126 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM JOHOR CENTER

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : MEI 2012

KOD KURSUS: HBAE 1203

TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 700203015788-001

NO. KAD PENGNEALAN : 700203015788

NO. TELEFON : 012-7687126

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM JOHOR CENTER

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Kandungan Muka surat

Pengenalan 1

Definisi Kreativiti 1-2

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru

pendidikan seni visual? 3-4

Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Kepada Kanak-kanak 5-6

Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 7-11

Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan

Kreativiti murid-murid 12-13

Kesimpulan 14

Rujukan 15

Pengenalan

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni

dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di

dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan

muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.

Oleh itu, saya akan memaparkan hasil kajian saya dalam kertas kerja ini dan membuktikan

bahawa kanak-kanak mempunyai daya kreativiti sendiri mengikut peringkat umur mereka.

Namun sebagai seorang guru, kita boleh mencungkil bakat kanak-kanak melalui pelbagai

teori dan kaedah pembelajaran. Pendekatan yang saya gunakan dalam kajian ini ialah teori

perkembangan kreativiti Fisher.

Saya juga ada menunjukkan hasil karya murid tahun 2 (8 tahun) bermula dari peringkat

rangsangan sehinggalah ke paringkat kajian semula mengikut Teori Perkembangan Fisher

(1943). Daripada gambaran yang dipaparkan ini, kita akan dapat menilai sejauhmanakan teori

ini mampu menjadikan seorang kanak-kanak lebih berdaya kreativiti.

Definisi Kreativiti

Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk

memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh

dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika

adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan

kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia.

Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan

pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu

bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria

mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti

iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang

terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita

gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif

biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

1

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”,

manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus

Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya

kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan

sesuatu idea baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan

seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan

kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. (HBAE 1203

Perkembangan Seni Kanak-Kanak, 2011)

Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam

perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak

menyampaikan perasaan, kerya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini

menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang

untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan

terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia

diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk

menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang

untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan

tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.

Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;

a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini

disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan

perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta

sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

2

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan

kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.

i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman

ii) menikmati kehidupan yang dialami

iii) menghargai diri sendiri

iv) mengamalkan kebebasan

v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru

pendidikan seni visual?

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini

disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh

dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan

seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim &

Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual

yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif

(cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan

maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data,

pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan

pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus,

pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran

yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada

penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat

diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran

kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru,

adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak

pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

3

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi

sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. (HBAE 1203

Perkembangan Seni Kanak-Kanak, 2011)

Ciri-ciri Kreativiti

Rajah 1: Ciri-ciri Kreativiti

4

Logik

Bersifat Fleksibel

Sensitif dan Peka

Berfikiran bebas Gagasan Idea

yang Asli dan Tulen

Ciri-ciri

Kreativiti

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

1.2 Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-

kanak

Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas?

Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi?

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi

sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Banyak kajian yang

dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai

suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi

menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak.

Aktiviti melukismerupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain

membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka.

Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak

supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya

mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada

kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi

penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang

unik.

Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual

kepada

kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak

yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak

membuat keputusan.

5

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

(b) Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan

(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan

aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikanseni visual mengutamakan

proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi

murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui

proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan

keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat bekerjasama di

dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Tahap Perkembangan Kreativiti FISHER Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni

Visual

Menurut teori perkembangan kreativiti fisher ( 1943), tahap perkembangan kanak-kanak dapat

dilihat melalui lima peringkat iaitu:

i) Peringkat Rangsangan – merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti

apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.

Sebagai guru, pelbagai soalan boleh dikemukakan untuk merangsang minda murid sebelum

meneroka suatu pelajaran terutamanya pelajaran Seni Visual.

6

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Contoh soalah yang boleh dikemukakan mengikut aras Taksonomi Bloom adalah seperti

berikut:

Peringkat Contoh soalan-soalan

penilaian Adakah hasil karya kamu menggambarkan pemandangan sebenar di kampung

kamu?

Sintesis Nyatakan atau lukiskan apa yang kamu nampak dalam kampung kamu?

Analisis Apa yang ada dalam lukisan kamu? Pokok? Haiwan? Kolam? Rumah?

Aplikasi Bayangkan suasana di kampung kamu. Cuba kamu lukis apa yang kamu

bayangkan.

Kefahaman Bagaimana suasana di kampung kamu? Sunyi? Bising? Nyaman? Seronok?

Pengetahuan Apa yang kamu nampak di kampung kamu? Gunung? Laut? Sungai?sawah?

ii) Peringkat Penerokaan – peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk

berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang

timbul.

Berdasarkan soalan-soalan di atas, saya pasti murid-murid dapat membayangkan apa yang

mereka lihat di kampung mereka. Oleh yang demikian, murid-murid boleh meluahkan

pengalaman mereka dalam bentuk lukisan.Ini bermakna murid ini telah mula meneroka apa

yang disampaikan oleh guru.

7

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Menurut Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain murid kajian

saya adalah pada peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun).

Pada usia ini, lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih

diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek

yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala

besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak

berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan

bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek.

Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila

lihat Rajah 4.3). Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauh dengan saiz kecil

dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep

perspektif.

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day pula menyatakan bahawa kanak-kanak

berumur 6 hingga 9 tahun adalah pada peringkat Membuat Simbol .kanak-kanak mula beralih

ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh

dengan keadaan sekelilingnya.

Di bawah ini ditunjukkan contoh lukisan yang dihasilkan oleh murid tahun 2 (8 tahun).

8

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

iii) Peringkat Perancangan – Pada peringkat ini, guru akan menggalakkan pemikiran kreatif

murid untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan

dalam hasil karya mereka. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui cara :

perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.

Antara contoh soalan mengikut aras taksonomi bloom yang dikemukakan guru dalam

pengajaran pada peringkat perancangan adalah seperti di bawah.

Peringkat Contoh-contoh soalan

Sintesis Ada atau tidak haiwan di kampung kamu? Kucing, lembu, kambing,

ayam, itik, angsa dan sebagainya. Jika ada, tambah dalam lukisan kamu

sekiranya kamu terlupa melukisnya.

Aplikasi Cuba kamu lukis apa yang tidak ada dalam lukisan kamu ini.

Kefahaman Bagaimana saiz gambar yang kamu lukis apabila benda itu berada

jauh? Dan bagaimana sekiranya benda itu dekat dengan kamu?

Melalui perancangan ini pula, guru menunjukkan beberapa contoh gambar pemandangan di

sebuah kampung. Murid pada tahap ini suka meniru suatu yang mereka lihat.

Contoh lukisan murid tahun 2, setelah melalui peringkat perancangan

9

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

iv) Peringkat Aktiviti – bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu

merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini, guru akan mengemukakan beberapa persoalan

tentang asas seni reka dan prinsip rekaan seperti warna, rupa, bentuk, ruang, keharmonian,

kesatuan dan sebagainya untuk menampakkan keindahan suatu karya.Pada peringkat ini

segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti di bawah:

Peringkat Contoh soalan

Penilaian Adakah warna yang kamu gunakan sesuai? Adakah lukisan kamu ini

menampakkan suasana sebenar pemandangan sebuah kampung?

Sintesis Perlukah kamu melukis matahari, bulan dan bintang, hujan, banjir atau

sebagainya?

Adakah warna-warna yang kamu gunakan menunjukkan keaslian lukisan kamu?

Analisis Bagaimana harus kita lakukan untuk menjadikan suasa kampung kita ceria,

nyaman dan damai? Atau bising, hingar-bingar?

Contoh lukisan terakhir murid setelah melalui beberapa peringkat pengajaran mengikut teori

perkembangan kreativiti Fisher.

Hasil karya pelajar didapati menampakkan kemajuan berbanding hasil karya yang pertama.

Ini bermakna guru berjaya membimbing murid menghasilkan karya yang sepatutnya dan

lebih maju bebanding hasil karya berasaskan imaginasi dan daya pemikiran seorang kanak-

kanak berusia 8 tahun.

10

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

v) Kajian semula – peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi

proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan

pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Kanak-kanak pada peringkat ini, telah menunjukkan rasa puas hati terhadap hasil karyanya.

Mereka dapat menginterprestasi imaginatif mereka ke dalam lukisan sebagai luahan rasa.

Mereka juga dapat membandingkan hasil pertama dan terakhir setelah melalui proses

pembelajaran .

11

Page 14: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid-murid

Daripada beberapa peringkat hasil karya murid yang dipaparkan, dapat kita lihat

keberkesanan pendekatan Fisher dalam Pnegajaran dan pembelajaran murid-murid. Implikasi

pendekatan Fisher nampak jelas apabila kanak-kanak boleh berfikir dan berubah menjadi

lebih kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat daripada peringkat hasil karya kanak-kanak

tersebut. Namun begitu, peranan guru dalam mencungkil bakat kanak-kanak adalah penting .

Murid-murid akan mudah dapat mengembangkan daya fikirnya dengan bantuan guru mereka.

Daripada kajian ini, pendekatan Fisher didapati sangat sesuai digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

Implikasi Pendekatan Fisher ini dapat dilihat dari aspek:

Aspek Huraian

(a) Keaslian Murid sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar

biasa. Dalam hal ini, murid biasanya akan memaparkan suatu yang lahir

dari pemikiran mereka sendiri. Ini dapat dilihat dalam hasil karya murid

di atas.

(b) Kelancaran Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas.Pada

peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu

perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-

kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan

kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.

Ini dapat dilihat dalam hasil karya murid pada peringkat aktiviti setelah

dirangsang oleh guru.

(c) Fleksibel Pada pPeringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak

ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan

situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang

dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia

menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif.

Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses

pembelajaran.

Page 15: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

(d) Kepekaan Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi

terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk

kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik

terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat.

Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar,

menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses

pengamatan dan merekod. Dengan ini, murid akan dapat melahirkan

imaginasi mereka dalam bentuk karya.

(e)Sensitif dan Peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan

sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut

sensitif menggunakan deria.

(f) Idea yang Asli dan Tulen seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan

diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa

unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering

berbeza daripada biasa.

(g) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan

pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat

bebas dan demokratik.

(h) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam

pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(i) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu

membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat

menghargai dan menghormati masa.

(j) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak

terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang

projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati

dan bijak membuat keputusan.

Page 16: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

13

Page 17: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Kesimpulan

Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat 7-9 tahun pada keseluruhannya adalah kreatif,

ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan

memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka

bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan

ekspresi diri.

Oleh itu, saya dapati Teori Perkembangan Kreativiti Fisher sangat sesuai digunakan dalam

pengajaran dan Pembelajaran Seni Visual di sekolah. Di mana kanak-kanak seharusnya

diasuh, diajar, dibimbing dan dinilai untuk menonjolkan kreativiti mereka. Pada peringkat ini,

kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya dan sentiasa menerima teguran

dan nasihat yang diberi terutamanya oleh guru mereka. (2693 patah perkataan)

14

Page 18: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

SUMBER RUJUKAN:

Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim et.al (2011) Perkembangan Seni Knak-kanak, Selangor,

Meteor Sdn Bhd

RUJUKAN INTERNET:

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-dan.html

http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html

http://babasani.multiply.com/journal/item/95/KEPENTINGAN_SENI_VISUAL_DALAM_P

ENDIDIKAN_KANAK-KANAK

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

15

Page 19: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7002030157… · pendidikan seni visual? 3-4 ... muzik, nyanyian, ... Peringkat Rangsangan

Lampiran : Peringkat Penerokaan Pendekatan Fisher

Hasil karya Kanak-kanak berusia 8 tahun

Lampiran:Peringkat Perancangan Pendekatan Fisher

Lampiran:Peringkat Aktiviti Pendekatan Fisher (karya akhir)