34
1 HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA NO.K/P NO.MATRIK NO.TEL E-MAIL : : : : ROSMALIZA BT ABD. MAJID 730520-03-6176 730520036176001 012-9197893 [email protected] TUTOR : ENCIK IBRAHIM BIN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 KELANTAN LEARNING CENTRE OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

  • Upload
    vandien

  • View
    345

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

1

HBML1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA

NO.K/P

NO.MATRIK

NO.TEL

E-MAIL

:

:

:

:

ROSMALIZA BT ABD. MAJID

730520-03-6176

730520036176001

012-9197893

[email protected]

TUTOR

:

ENCIK IBRAHIM BIN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

KELANTAN LEARNING CENTRE

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Page 2: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

2

1.0 PENGENALAN 3

1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 4

1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa 5

2.0 BUNYI VOKAL 6-14

2.1 Vokal hadapan

2.1.1 Vokal hadapan sempit

2.1.2 Vokal hadapan separuh sempit

2.1.3 Vokal hadapan separuh luas

2.1.4 Vokal hadapan luas

2.2 Vokal tengah

2.2.1 Vokal tengah pendek

2.3 Vokal belakang

2.3.1 Vokal belakang sempit

2.3.2 Vokal belakang separuh sempit

2.3.3 Vokal belakang separuh luas

3.0 BUNYI KONSONAN 15-24

3.1 Konsonan letupan

3.2 Konsonan geseran

3.3 Konsonan getaran

3.4 Konsonan sisian

3.5 Konsonan sengauan

3.6 Separuh vokal

3.7 Konsonan pinjaman

4.0 TRANSKRIPSI FONETIK 24-25

5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 26-27

5.1 Fonem

5.2 Alofon

6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL 28-31

6.1 Ciri-ciri Fonem Suprasegmental

6.2 Kepentingan Fonem Suprasegmental

7.0 PENUTUP 32

Page 3: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

3

1.0 PENGENALAN

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya

menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa

mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang

dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan

kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada

disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan

tetapi tidak bertutur.

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran

bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah

mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi

kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi

penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang

berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan

perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan

nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,

seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan

sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat

yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah

melalui perantaraan bahasa.

Page 4: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

4

1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi

1.1.1 Fonologi

Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki

bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi

merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan

dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang

mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa

iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu

bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition (1996:874)

fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history

and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

1.1.2 Fonetik

Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik

berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang

bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar

daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi

menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi

yang digunakan sebagai alat komunikasi.

Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan

menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia

sejagat..Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai

mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi

bahasa,maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Page 5: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

5

1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang

bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau

hidungatau kedua-duanya.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga

dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa

juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara

lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna.Sebagai contoh,

apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa

ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi

adalah sebagaimana rajah di bawah:

Rajah Organ Artikulasi

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan

dan diftong.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga

mulut.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila

udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut

hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat

gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan

cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Page 6: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

6

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai

diftong.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal

yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur

kepada bunyi vokal depan sempit [i].

2.0 BUNYI VOKAL

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar

melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri

kelantangan dan kepanjangan.

Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan :

“Vokal adalah bunyi bersuara yang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar

berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan,sekatan atau himpitan yang boleh

menimbulkan bunyi-bunyi geseran”.

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi

bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita

suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara

yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i) Vokal hadapan

ii) Vokal tengah

iii) Vokal belakang

Yunus Maris (1964) berpendapat, terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu,

empat vokal depan, iaitu: [ i ], [ e ], [ ], dan [ a ]dan tiga vokal belakang, iaitu: [ u ], [ o ],

dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu [ ə ].

Dari segi tulisan dan penyebutan standard,vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis,

tetapi didalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan.Jenis-jenis

vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

Page 7: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

7

Jenis vokal Lambang Nama Vokal

Vokal

Hadapan

[ i ]

[ e ]

[ ]

[ a ]

Vokal hadapan sempit

Vokal hadapan separuh sempit

Vokal hadapan separuh luas

Vokal hadapan luas

Vokal

Tengah

[ ə ]

[ 3 ]

Vokal tengah pendek

Vokal tengah panjang

Vokal

Belakang

[ ù ]

[ o ]

[ ]

Vokal belakang sempit

Vokal belakang separuh sempit

Vokal belakang separuh luas

Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu

Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah, sama ada bahagian

depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah:

Bahagian lidah yang

terlibat

Bunyi vokal yang

terhasil

Depan lidah Vokal depan

Tengah lidah Vokal tengah

Belakang lidah Vokal belakang

Page 8: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

8

Rajah di bawah inimenunjukkan keratan rentas lidah.Garis-garis melintang menunjukkan

ketinggian lidah.Melalui rajah ini menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal

dihasilkan.

Kedudukan vokal Bahasa Melayu

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis

vokal adalah seperti berikut:

Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam

keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.Keadaan bibir neutral semasa

menghasilkan vokal tengah.

Page 9: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

9

2.1 Vokal hadapan

2.1.1 Vokal hadapan sempit [ i ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dihamparkan

2. Depan lidah dinaikkan tinggi kearah gusi

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

terkeluarmelalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ i ]

6. Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

ikan, itik, ibu bilang, ciku, cicak ceri, beli, guli

2.1.2 Vokal hadapan separuh sempit [ e ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dihamparkan separuh sempit.

2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke hadapan gusi.

Page 10: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

10

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ e ]

6. Contoh vokal hadapan separuh sempit di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

enak, ekor, etak bela, berang, leper sate

2.1.3 Vokal hadapan separuh luas [ ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dihamparkan separuh luas.

2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh luas[ ]

6. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokal hadapan

separuh luas di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

etok, elo, edoh gelek, pelek, beso tule, ude, bule

Page 11: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

11

Vokal hadapan separuh luas [ ]

2.1.4 Vokal hadapan luas [ a ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dalam keadaan hampar.

2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas[ a]

6. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

ayam, api, anak bayang, baru, paku cara, rasa, pita

Page 12: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

12

2.2 Vokal tengah

2.2.1 Vokal tengah pendek [ə]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dalam keadaan hampar.

2. Tengah lidah dinaikkan sedikitke arah lelangit keras.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek[ə]

6. Contoh vokal tengah pendek di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

emas, empat, enam kemas, kejam, benang sosialisme

2.3 V okal belakang

2.3.1 Vokal belakang sempit [ u ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dibundarkan.

2. Belakang lidah dinaikkan tinggike arah lelangit lembut.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Page 13: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

13

5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar[ u ]

6. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

ubat, uda, ubi burung, bubur, gandum paku, satu, kubu,

2.3.2 Vokal belakang separuh sempit [ o ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dibundarkan.

2. Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ]

6. Contoh vokalbelakang separuh sempit di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

orang, oren, oleh tolong, botol. roti, polo, solo

Page 14: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

14

2.3.3 Vokal belakang separuh luas [ ]

Cara membunyikannya :

1. Bibir dibundarkan.

2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas [ ]

6. Bunyi ini terdapat dalam perkataan dalam dialek Kelantan.Contoh vokalbelakang

separuh luas di dalam perkataan :

Awal Tengah Akhir

ore, otok, oloh sudoh, pecoh,sekoloh guano, kito, bilo

Vokal Belakang Separuh Luas [ ]

Page 15: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

15

3.0 BUNYI KONSONAN

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.Konsonan bersuara

bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu

menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil

apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.Ketika mengeluarkan bunyi

konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran

sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi

vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau,iaitu vokal disengaukan oleh

konsonan itu.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan

pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna

oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan

mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara

sebutan

bibir Gigi-gusi Lelangit

keras

Lelangit

lembut

Glotis

Letupan p b t d - k g -

Letusan - - c j - -

Sengau m n (ny) (ng) ŋ -

Geseran - s - - h

Getaran - r - - -

Sisian - l - - -

Separuh

vokal

w - y - -

Carta konsonan Bahasa Melayu

Page 16: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

16

3.1 Konsonan letupan

3.1.1 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara[p]

Cara membunyikannya:

1.Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut.

2.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekakuntuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.Pita suara direnggangkan.

4.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang

dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

3.1.2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].Bezanya ialah:

1.Pita suara dirapatkan.

2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara.

3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]

Konsonan Letupan [ p ] dan [ b ]

Page 17: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

17

3.1.3 Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].

Cara membunyikannya:

1.Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung.

3.Pita suara direnggangkan.

4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta

.6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]

3.1.4 Konsonan letupan gusi bersuara [d].

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].Bezanya ialah:

1.Pita suara dirapatkan.

2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].

Konsonan Letupan [ t ] dan [ d ]

Page 18: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

18

3.1.5 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

Cara membunyikannya:

1.Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara.

2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

3.Pita suara direnggangkan.

4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskanserta-merta.

6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidakbersuara [k].

3.1.6 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].Bezanya ialah:

1.Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan

penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.

2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung

3.Pita suara dirapatkan.

4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

5.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Page 19: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

19

Konsonan Letupan [ k] dan [ g ]

3.2 Konsonan geseran

3.2.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]

3.2.2 Konsonan geseren glotis bersuara [ h ]

Cara membunyikannya :

1.Pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis.

2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup

rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.

3.Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan

4.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glottis bersuara [ h ]

3.3 Konsonan getaran

Page 20: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

20

3.3.1 Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]

3.4 Konsonan sisian

3.4.1 Konsonan sisian gusi bersuara [ l ]

Cara membunyikannya:

3.5 Konsonan sengauan

Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi n asal yang terdapat di dalam

bahasa Melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat-empat bunyi nasal itu adalah pada

daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.Pita suara digetarkan dan lelangit

lembut dinaikkan. Contohnya adalah :-

Page 21: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

21

3.5.1 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Cara membunyikannya:

3.5.2 Konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ]

Cara membunyikannya:

Page 22: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

22

3.5.3 Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]

Cara membunyikannya:

Cara pengeluar udara bagi konsonan sengauan [ŋ]adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di

mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan

udara terus kehidung.

3.5.4 Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ]

Cara membunyikannya:

Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan.Pita suaraakan ke rongga mulut

dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka

terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ ]

Page 23: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

23

3.6 Separuh vokal

3.6.1 Separuh vokal dua bibir bersuara [w]

Cara membunyikannya:

3.6.2 Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]

Cara membunyikannya :

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan

ke belakang anak tekak.Pita suara digetarkan sambil lidahbergerak pantas untuk

membunyikan vokal [ə].

Page 24: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

24

3.7 Konsonan pinjaman

Konsonan pinjaman bermaksudkonsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa Melayu

tetapi dipinjam dari bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, bahasa Inggeris dan

sebagainya.Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada :

1) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [ f ]. Contohnya : fasa

2) Geseran bibir-gigi bersuara [ v ]. Contohnya : variasi

3) Geseran gigi tidak bersuara [ th ]. Contohnya : thabit

4) Geseran gigi bersuara [ d ]. Contohnya : hadhir

5) Geseran gusi bersuara [ z ]. Contohnya : zalim

6) Geseran lelangitkeras tidak bersuara

7) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ kh ]. Contohnya : khairat

8) Geseran lelangit lembut bersuara [ gh ]. Contohnya : ghaib

4.0 TRANSKRIPSI FONETIK

Transkripsi fonetik bermaksud satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan

menggunakan lambang-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat

antarabangsa.Transkripsi fonetik juga digunakan oleh pengkaji dialek.Lambang fonetik

ditulis dalam kurungan [ ].

Berikut ialah jadual transkripsi fonetik bagi menghasilkan bunyi vokal :

Bil Fonem Contoh Transkripsi Fonetik

Awal Tengah Akhir

1. / a / [ awan ] [ beras ] [ nama]

2. / e / [ elok ] [ leher ] [ tempe ]

3. / ə / [ emak ] [ bela ] [ tauge ]

4. / i / [ ibu] [ tiba ] [ padi ]

5. / o / [ otak] [ botol ] [ pidato ]

6. / u / [ ular ] [ busuk ] [ hidu ]

Page 25: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

25

Di bawah ini disediakan jadual transkripsi fonetik untuk menghasilkan setiap huruf konsonan.

Bil Huruf Fonem Contoh Transkripsi Fonetik

Awal Tengah Akhir

1 b / b / [ baju ] [ abu ] [ adab ]

2 c / č / [čawan ] [ ačar ] [ č ]

3 d / d / [ daun ] [ adun ] [ abad ]

4 f / f / [ faham ] [ wafat ] [ asnaf ]

5 g / g / [ ganas ] [ duga ] [ jag ]

6 gh /ᴕ / [ ᴕaib ] [ maᴕ rib ] [ baliᴕ]

7 h / h / [ hakim ] [ mahal ] [ mekah ]

8 j / j / [ jalan ] [ hujan ] [ buruj ]

9 k / k / [ kalau ] [ suka ] [ masuʔ ]

10 kh / x / [ xairat ] [ axirat ] [ tarix]

11 l / l / [ lama ] [ ulam ] [ kapal ]

12 m / m / [ makan ] [ umi ] [ ulam ]

13 n / n / [ nasi ] [ panas ] [ pun ]

14 ng / ŋ / [ŋilu } [aŋin ] [ yaŋ ]

15 ny / ɲ/ [ ɲiru ] [ buɲi ] _

16 p / p / [ pakai ] [ sapu ] [ suap ]

17 q / q / [ qari ] [ aqiqah ] -

18 r / r / [ ragu ] [ urat ] [ biar ]

19 s / s / [ sagu ] [ usah ] [ puas ]

20 t / t / [ tasiʔ ] [ utas ] [ alat ]

21 v / v / [ van ] [ larva ] -

22 w / w / [ wau ] [ awan ] [ wow ]

23 z / z / [ zip ] [ gizi ] -

Page 26: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

26

5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON

5.1 Fonem

Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna.Perbezaan makna ini dapat

dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.Misalnya pasangan minimal

perkataan pedang dengan petang.Perkataan pedang dan petang masing-masing terdiri

daripada enam unit bunyi iaitu p, e, d, a, n, g dan p, e, t, a, n, g. Unit-unit bunyi ini dipanggil

fonem iaitu unit bunyi yang terkecil.Dalam pasangan minimal dua perkataan itu terdapat

bunyi yang berbeza(distingtif), iaitu bunyi d dan bunyi t.Disebabkan perkataan pedang

berbeza makna dengan perkataan petang(walaupun dari segi bunyinya hampir sama, kecuali

bunyi d dan bunyi t), maka dikatakan bunyid dan bunyi t adalah bunyi yang distingtif yang

membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan bunyi t adalah bertaraf fonem yang berbeza, dan

bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem,iaitu / d/ dan / t /.

Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut :

a) tulang

pulang

/ t/ dan/ p / adalah fonem yang berbeza

b) kurap

turap

/ k / dan / t / adalah fonem yang berbeza

c) sayang

wayang

/ s / dan / w / adalah fonem yang berbeza

Selain daripada contoh pasangan minimal di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal

yang lain yang membezakan makna. Contohnya : pakar dengan bakar; kaya dengan paya;

tulang dengan dulang, dan lain-lain.

Page 27: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

27

5.2 Alofon

Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi

antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem.

Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh

bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi

fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana

terpengaruh dengan bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k, dan ?.Bunyi alofon k terjadi

akibat kehadirannya dalam perkataan kiri ( iaitu k yang diikuti oleh vokal depan). Bunyi k

terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u

).Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti dalam

perkataan kaka?

Dalam hal ini alofon k, k, dan ?adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang samaiaitu

fonem / k /. Ketiga-tiga bunyi tersebut ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik.

Maksudnya bunyi-bunyi alofon itu hamper-hampir sama dari segi pengucapannya dan

penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling lengkap melengkapi.Dengan saling

melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut memduduki posisi tertentu( tempat

masing-masing) dalam bahasa Melayu.

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu,

lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna ,

tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak

diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua

alofon.

Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas

dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya faham

dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza.

Page 28: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

28

6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL

Fonem suprasegmental atau fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih

atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama

fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.

Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu :

a) Tekanan

b) Nada

c) Jeda

d) Intonasi

e) Panjang-pendek

6.1 Tekanan

Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.Tekanan biasanya

berlaku pada suku kata dalam perkataan. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / „ /.

Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal.Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut

dengan lantang dan boleh dipanjangkan.Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu

berlaku pada suku kata yang kedua. Contohnya dalam perkataan ki ta , ba pa , sa tu

dan sebagainya.

Dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris,tekanan boleh membezakan makna. Contohnya

perkataan pro gres bermaksud “ memajukan ”( kata kerja ) ,manakala prog res

bermaksud “ kemajuan “ ( kata nama ).

6.2 Nada

Nada merupakan naik atau turunnya suaradalam pengucapan perkataan. Banyak bahasa yang

dituturkan dengan menggunakan nada, dan nada ini membezakan makna seperti bahasa

Mandarin, bahasa Thai bahasa Vietnam dan lain-lain lagi.Terdapat tanda atau lambang yang

digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu perkataan itu. Nada ditandai

oleh nombor-nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan nada seperti berikut :

Page 29: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

29

Nada Lambang

Nada rendah 1

Nada biasa 2

Nada tinggi 3

Nada sangat tinggi 4

6.3 Jeda

Jeda yang juga disebut persendian ialahciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai

tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang

digunakan untuk jeda ialah # . Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan

makna. Contohnya ujaran I scream . “ saya menjerit “ dan ice cream “ eskrim “ dengan

tanda jeda seperti yang berikut :

I scream # ai + skri : m # “ saya menjerit “

Ice cream # ais + kri : m # “ eskrim “

Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa.Jeda juga

digunakan untuk membezakan makna ayat. Contohnya ayat “ Saya makan pisang datuk

“boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti berikut :

# Saya makan pisang datuk # ( maksudnya saya makan pisang kepunyaan datuk )

# Saya makan pisang # datuk. ( Saya memberitahu datuk bahawa saya makan pisang )

6.4 Intonasi

Intonasi ialah turun naik nada suaradalam pengucapan ayat atau frasa.Intonasi juga disebut

lagu bahasa.Terdapat pelbagai intonasi atau laguyang tedapat pada ayat dalam bahasa

Melayu. Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat.

Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.Apabila

kitamengujarkan dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara

bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang

berbeza-beza.Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan, iaitu tekanan,

kepanjangan, jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan

dalam pertuturan.

Page 30: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

30

6.5 Panjang-pendek

Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada

perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh

membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab

tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.

Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ]yang dinamakan mora. Jika tanda mora ini

satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu

mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora.

Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang -pendek ini digunakan.

Contohnya perkataan sit bermakna “ duduk “, dan si : t bermakna “ tempat duduk “.

7.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL

Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu, fonem suprasegmental memainkan

peranan yang amat penting. Antara kepentingan fonem suprasegmental dalam pengajaran

kemahiran lisan adalah seperti berikut :

7.1 Tatabahasa

Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk

membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah :

a) # Emak makan nasi adik #

b) # Emak makan nasi # adik

Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi

dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang

berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi

kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan

nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata

kerja.

7.2 Kelancaran

Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang

murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu

Page 31: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

31

berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan

menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

7.3 Kefasihan

Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar

tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan

jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku

kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek

tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu

dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul

mengikut bunyi, ejaan, dan makna.

7.4 Laras Bahasa

Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis

laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan

untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan

sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan

perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan

nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula,

seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun

dansebagainya dalam bahasa yang puitis.

Page 32: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

32

8.0 PENUTUP

Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi

manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang

berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi

manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa.

Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi

bahasa.

Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi

konsonan.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang

bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Page 33: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

33

RUJUKAN

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn

Bhd, Kuala Lumpur.

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:

Penerbitan Sarjana.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.( 2006 ).Fonetik dan Fonologi . KualaLumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Affluent

Master Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1,Oxford Fajar Sdn. Bhd,

Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://www.scribd.com/doc/42449112/Nota-Fonetik-n-Fonologi.............................

Page 34: HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUassignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7305200361… · Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam

34