33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER/TAHUN: MEI / 2012 KOD KURSUS: HBML1203 TAJUK KURSUS: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIK : 701113035210001 NO. KAD PENGENALAN : 701113-03-5210 NO. TELEFON : 017-9531719 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : ENCIK IBRAHIM B. IDRIS PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN KELANTAN

FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

  • Upload
    buikhue

  • View
    257

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER/TAHUN:

MEI / 2012

KOD KURSUS:

HBML1203

TAJUK KURSUS:

PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIK : 701113035210001

NO. KAD PENGENALAN : 701113-03-5210

NO. TELEFON : 017-9531719

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : ENCIK IBRAHIM B. IDRIS

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN KELANTAN

Page 2: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ����������������������������������

� ����������� �������������������������� ����� ��� �

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2 - 3

3.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 4 - 14

BAHASA MELAYU

4.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL 15 - 24

BAHASA MELAYU

5.0 PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON 25 -27

SERTA CONTOH-CONTOHNYA

6.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU 28 -29

DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN

KEMAHIRAN LISAN

7.0 KESIMPULAN 30

8.0 RUJUKAN 31

Page 3: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

1.0 PENGHARGAAN

Syukur Al-hamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dapatlah disiapkan tugasan Pengenalan Fonetik

dan Fonologi Bahasa Melayu(HBML1203) ini.

Tugasan ini banyak memberi ilmu yang amat berguna kepada saya sepanjang

menyiapkannya. Seterusnya, jutaan penghargaan dikalungkan buat pensyarah pembimbing

Encik Ibrahim b. Idris yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada

saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari beliau, tidak

mungkin saya boleh menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Semoga dengan terhasilnya

kertas kerja ini mampu memberi sumbangan yang besar dan bermakna kepada pembaca yang

menatapnya.

Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha saya untuk

menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jasa kalian amat saya hargai. Sekian.

Wassalam.

Ikhlas dari penulis:

Salina bt. Said,

701113035210001

Page 4: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

2.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Penggunaan alat

pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu.

Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan

alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah,

lelangit dan pita suara.

Proses penyampaian dan penerimaan bunyi yang dituturkan oleh manusia menerusi

sistem bunyi bahasa. Oleh itu alat dan peranan beberapa organ seperti paru-paru, kotak suara,

epiglotis, rongga mulut menjadi mekanisme yang penting dalam proses tersebut. Dalam bidang

linguistik, kajian tentang bunyi bahasa disebut sebagai fonetik dan fonologi. Fonetik ialah

kajian yang berkaitan tentang sistem bunyi bahasa(akustik), dan pendengaran (auditori). Di

antara bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi, akustik dan auditori. Ianya mempunyai

perbezaaan antara bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Manakala ilmu fonologi ditakrifkan

sebagai ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Melalui bidang

ini, dapat menghuraikan, merumuskan dan menjelaskan segala bentuk bunyi yang tertentu.

Melalui ilmu fonetik ini akan memberi kefahaman kepada pendidik mengenai organ-

organ pertuturan, sifat bunyi yang dikeluarkan dan pendengaran kita pada bunyi-bunyi yang

dikeluarkan. Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Pengetahuan

ini membolehkan kita mengesan faktor-faktor yang menyebabkan murid kita sukar untuk

mengungkapkan sesuatu bunyi bahasa. Di samping itu, para pendidik dapat mengenal pasti

sama ada bunyi yang dikeluarkan oleh murid kita betul atau tidak cara pengeluarannya.

Contohnya, jika bunyi itu dikeluarkan secara letupan maka hendaklah dikeluarkan secara

letupan.

Page 5: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

2.1 Alat-alat Pertuturan Manusia/ Organ Artikulasi

Organ artikulasi merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara

menghasilkan bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. Setiap

alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu artikulator

dan titik artikulasi. Alat ini akan menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke

dalam organ-organ yang terlibat. Menerusi aliran udara digunakan untuk mengeluarkan bunyi

bahasa.

����������� �������������������������������������������

Page 6: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

3.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU

3.1 KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU

Konsonan ialah bunyi–bunyi bahasa yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat

sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang

dan udara keluar melalui rongga mulut, tekak atau rongga hidung� Bunyi –bunyi konsonan ada

yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

3.1.1 Cara Membunyikan Konsonan Bahasa Melayu

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut

cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Rajah 3.1 :Carta konsonan Bahasa Melayu

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,

iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf

konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir

perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.

Page 7: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

3.1.2 Konsonan Letupan

Terdapat sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara yang ditahan dan dilepaskan

dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.

Bagi konsonan [p] dan [b]: Sekiranya lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,

kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka dengan

cepat, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara

kerana pita suara tidak bergetar. Kalau pita suara yang bergetar, bunyi tersebut ialah letupan dua

bibir bersuara[b]. Rajah 3.2 menunjukkan bunyi letupan dua bibir.

Rajah 3.2 : Konsonan letupan [p] dan [b]

Konsonan [t] dan [d]: Udara akan tersekat sekiranya merapatkan dua bibir serta

mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Sekiranya

proses sekatan ini dilepaskan , akan terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Kalau pita suara

digetarkan lalu terbitlah bunyi letupan gusi bersuara[d]. Rajah 3.3 di bawah menunjukkan bunyi

letupan gusi.

Page 8: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

Rajah 3.3 : Konsonan letupan [t] dan [d]

Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara[k] dan letupan lelangit

lembut bersuara[g]. Bunyi [k] dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk menyekat arus udara. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak

bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi [g] pula, caranya sama

seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga

mulut menggetarkan pita suara. Rajah 3.4 di bawah menunjukkan konsonan letupan [k] dan [g].

Rajah 3.4: Konsonan [k] dan [g]

Page 9: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

Konsonan [j] dan [dZ]: Bunyi dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat hingga

ke lelangit keras bagi menyekat arus udara. Seterusnya lelangit lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara

ke rongga hidung. Ketika ini, pita suara direnggangkan, arus udara yang menerusi rongga mulut

tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras

dilepaskan perlahan-lahan. Bagi menghasilkan konsonan [j] melalui proses yang sama dilakukan

tetapi pita suara turut bergetar. Rajah 3.5 menunjukkan konsonan letupan [j].

Rajah 3.5 Konsonan letupan [j]

Konsonan atau hentian [?]: Hentian glottis ini terhasil melalui cara lelangit lembut dan

anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.

Apabila pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru akan tersekat pada

bahagian rapatan pita suara akan menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glottis akan

dihasilkan. Rajah 3.6 menunjukkan konsonan letupan [?].

Rajah 3.6 : Konsonan letupan [?]

Page 10: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

3.1.3 Konsonan Geseran [s]

Konsonan geseran [s] ianya bermula dengan hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk

membuat sempitan pada arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan.

Arus udara melalui rongga mulut tanpa mengetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi

geseran gusi tak bersuara. Rajah 3.7 di bawah menunjukkan konsonan geseran [s].

Rajah 3.7 : Konsonan geseran [s]

Manakala konsonan[h] pula iaitu udara keluar melalui pita suara yang renggang dengan

rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan

bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan. Rajah 3.8 di bawah menunjukkan konsonan

geseran [h]

Rajah 3.8: Konsonan geseran [h]

Page 11: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

��

2.1. Konsonan Getaran

Konsonan getaran [r] berlaku apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara

melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikan. Bunyi

yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]. Rajah 3.9 di bawah menunjukkan

konsonan getaran [r].

Rajah 3.9 : Konsonan getaran [r]

2.1.4 Konsonan Sisian

Konsonan sisian [I] pula berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara

tersekat. Lelangit lembut dinaikkan maka pita suara bergetar. Melalui bahagian tepi lidah udara

akan keluar.Bunyi yang akan dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara[I]. Rajah 3.10

menunjukkan konsonan sisian[I].

Rajah 3.10: Konsonan sisian [I]

Page 12: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

� �

2.1.5 Konsonan Sengauan (nasal)

Terdapat empat bunyi nasal yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku

apabila daerah udara disekat berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit

lembut dinaikkan.

Pertama, konsonan sengauan [m], berlaku apabila dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dinamakan

sengauan dua bibir bersuara [m]. Rajah 3.11 menunjukkan konsonan sengauan [m].

Rajah 3.11 : Konsonan sengauan [m]

Keduanya, konsonan sengauan [n] pula hujung lidah dinaikkan ke gusi.Bunyi yang dihasilkan

ini dinamakan sengauan gusi bersuara [n]. Rajah 3.12 menunjukkan konsonan sengauan [n].

Rajah 3.12: Konsonan sengauan [n]

Page 13: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Ketiga, konsonan sengauan [n] berlaku tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang

dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n]. Rajah 3.13 di bawah

menunjukkan konsonan sengauan [n]

Rajah 3.13: Konsonan sengauan [n]

Manakala keempat, belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan

dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [ng]. Rajah 3.14 di bawah menunjukkan

konsonan sengauan [n].

Rajah 3.14 : Konsonan sengauan [n]

Page 14: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

2.1.6 Separuh Vokal

Bunyi separuh vokal dihasilkan apabila kedudukan lidah dalam keadaan tidak tetap,

tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu fonem

konsonan [w] dan separuh vokal [j].

Pertama, fonem konsonan[w] ini berlaku di peringkat awal lidah seperti untuk membunyikan

[u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir

bersuara. Rajah 3.15 menunjukkan separuh vokal [w].

Rajah 3.15: Separuh vokal [w]

Keduanya , separuh vokal [j] pula kedudukan lidah adalah seperti untuk membunyikan [i],

kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal

lelangit keras bersuara. Rajah 3.16 di bawah menunjukkan separuh vokal[j].

Rajah 3.16: Separuh vokal [j]

Page 15: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

2.1.7 Konsonan Pinjaman

Konsonan yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang

dipinjam. Konsonan dalam kata pinjaman banyak digantikan dengan konsonan Melayu seperti

bunyi-bunyi dalam bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d],

[dz] menjadi [z]. Terdapat juga bunyi asalnya terus digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi

tersebut adalah bunyi-bunyi geseran.

Bagi konsonan pinjaman [f] dan [v] ini berlaku apabila bunyi-bunyi yang dihasilkan

dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit

lembutdinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi

tidak bersuara. Bagi membunyikan [v] pita suara bergetar akan menghasilkan bunyi geseran bibir

gusi bersuara. Rajah 3.17 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman [f] dan [v].

Rajah 3.17 : Konsonan pinjaman [f] dan [v]

Page 16: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Melalui fonem [z] pula bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses

membunyikan [z] adalah berbeza apabila pita suara bergetar. Konsonan ini dinamakan geseran

gusi bersuara. Rajah 3.18 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman [z].

Rajah 3.18 : Konsonan pinjaman [z]

Konsonan pinjaman [s] pula, bunyi-bunyi dihasilkan apabila lelangit lembut dinaikkan

dan depan lidahdinaikkan ke lelangit keras.Pita suara tidak bergetar. Geseran yang dihasilkan

dinamakan geseran gusi lelangit keras. Rajah 3.19 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman

[s].

Rajah 3.19 : Konsonan pinjaman [s]

Page 17: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

4.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari

paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya

dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Vokal dalam Bahasa Melayu ini terbahagi

kepada iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

4.1.1 CIRI-CIRI BUNYI VOKAL

Di antara ciri-ciri bunyi vokal ialah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga

merupakan bunyi yang bersuara. Sewaktu menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral

tanpa sekatan. Selain itu, kedudukan lidah dan keadaan bibir akan menentukan sifat vokal ini.

4.1.2 Cara membunyikan huruf vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang

wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan

alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam

membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. Rajah 4.1 menunjukkan kedudukan vocal dalam

Bahasa Melayu

Gambarajah 4.1: Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu

Page 18: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Kedudukan bunyi vokal bagi vokal hadapan dengan mennyebut bunyi akhir dalam kata

keli, depan lidah dinaikkan tinggi ke dalam mulut. Antara depan lidah dan lelengit keras terdapat

saluran sempit untuk udara keluar. Pada huruf akhir perkataan keli, dilambangkan [i]. Lambang

[i] ini ialah lambing fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih

luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal[i].

Rajah 4.2 di bawah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam bahasa Melayu.

Rajah 4.2 : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Setelah menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Dapat dirasakan

tulang rahang turun. Manakala saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan.

Jadi bunyi [a] adalah bunyi vokal hadapan luas.

Manakala kedudukan bunyi bagi vokal belakang pula, jika menyebut bunyi akhir dalam

kata batu. Vokal ini adalah vokal [u]. Bunyi ini dihasilkan apabila bibir dibundarkan dan

belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal [o] juga merupakan vokal

belakang, namun kedudukan belakang lidah lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].

Rajah 4.3 menunjukkan kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a],[u] dan [i].

Page 19: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Rajah 4.3 : Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]

Terdapat satu vokal tengah [a]. Kedudukan vokal ini dihasilkan dengan meletakkan

tengah lidah dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Manakala kedudukan bunyi vokal yang

dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada ketika ini lelangit

lembut diturunkan. Vokal ini dikenali vokal yang dinasalkan dengan lambang vokal[~].

4.1.3 Cara Penghasilan Vokal

Vokal dihasilkan tanpa sekatan sewaktu diujarkan. Semua vokal dalam bahasa Melayu

bersuara, pita suara akan bergetar dan aliran udara akan keluar tanpa sekatan. Cara penghasilan

vokal dinyatakan sebagaimana berikutnya.

Vokal hadapan sempit [i]. cara membunyikan dengan keadaan bibir hampar. Depan lidah

dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

keras. Kemudian anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat

menggetarkan selaput suara. Rajah 4.4 di bawah menunjukkan vokal hadapan sempit[i].

Page 20: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Rajah 4.4 : Vokal hadapan sempit [i]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

ikan kira tali

ibu lihat padi

Vokal hadapan separuh sempit [e] terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Untuk

menghasilkannya vokal ini dengan keadaan bibir hampar. Sewaktu menyebutnya kita dapati

lidah berada tidak tinggi atas seperti vokal [i] dan tidak di bawah seperti vokal [a], tetapi berada

di tengah. Semasa menyebutnya hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi

vocal [i] manakala alat-alat lain serupa peranannya. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan

bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-

paru keluar ke rongga hidung Pita suara dirapatkan. Rajah 4.5 di bawah menunjukkan vocal

hadapan separuh sempit[e].

Page 21: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Rajah 4.5: Vokal hadapan separuh sempit[e]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan separuh sempit [e] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

ela? merah tauge

Elo? leher tempe

Vokal hadapan separuh luas atau lapang [�]. Cara membunyikannya dengan keadaan

bibir hampar. Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga

hidung. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut. Pita suara bergetar. Rajah 4.6 di bawah

menunjukkan vokal hadapan separuh luas [�].

Rajah 4.6 : Vokal hadapan separuh luas [�]

Page 22: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

� �

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [�] seperti pada

perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

esa belek tauge

enak belok tempe

Vokal hadapan luas atau lapang [a] ini merupakan vokal yang terletak jauh di bahagian

bawah dengan keadaan bibir hampar serta mulut kita dalam keadaan terbuka luas. Hadapan

lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru

keluar ke rongga mulut. Pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa

Melayu. Rajah 4.7 di bawah menunjukkan vokal hadapan luas [a].

Rajah 4.7 : Vokal hadapan luas [a]

Page 23: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

awan tapai bola

anak maka supaya

Terdapat empat vokal belakang dalam Bahasa Melayu; [u,o, �,a]. Kecuali vokal[a] vokal yang

lain membundarkan dua bibir. Di antaranya adalah seperti berikutnya ;

Vokal belakang sempit [u]. Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk

menyempitkan rongga mulut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan

lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga

hidung. Pita suara bergetar. Rajah 4.8 di bawah menunjukkan vokal belakang sempit [u].

Rajah 4.8 : Vokal belakang sempit [u]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

baru bulat mulut

ular sudu pupus

Page 24: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya dengan belakang lidah

dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

lembut. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung. Udara dari

paru-paru ke luar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Rajah 4.9 di bawah menunjukkan

vokal belakang separuh sempit [o].

Rajah4.9 : Vokal belakang separuh sempit [o]

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

oleh tolong boleh

otak bohong koko

Vokal belakang separuh luas [�]. Cara menghasilkannya dengan belakang lidah

dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut . Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi

menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru

ke luar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.

Page 25: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas seperti [�] seperti pada perkataan

yang berikut:

Awal Tengah Akhir

orang borong soto

oleh bolot teko

Vokal tengah pendek[�]. Cara membunyikannya dengan keadaan bibir antara hampar

dengan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut. Pita

suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [�] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

emak penat sosialisme

empat tenat behaviorisme

(a) Vokal Sengau

Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung terlibat sama, lelangit

lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila

rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga, iaitu rongga hidung dan

mulut. Ianya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal itu. Rajah 4.10

menunjukkan vokal sengauan.

Page 26: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

��������������������������������� �

Rajah 4.10 :Vokal sengauan

Page 27: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

5.0 PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM

FONOLOGI BAHASA MELAYU

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan yang bermakna,

atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada

empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang

berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m

adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Manakala alofon

merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Ianya merupakan kelainan bunyi antara satu

sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem.Kelainanan bunyi yang tergolong ke

dalam satu fonem ini terjadi kerana pengaruh oleh bunyi tertentu samada terdahulu atau

terkemudian daripadanya.

Contoh fonem

Dalam pelaksanaan bunyi-bunyi ujaran, terjadilah pengaruh timbal-balik antara bunyi-

bunyi ujaran yang berdekatan. Pengaruh timbal-balik itu terjadilah perubahan-perubahan bunyi-

ujaran; ada perubahan yang jelas kedengaran, ada yang kurang jelas kedengaran perubahan yang

tidak jelas misalnya fonem /a/ yang berada dalam suku kata /a/ yang berada dalam suku kata

terbuka kedengarannya lebih nyaring bila dibandingkan dengan fonem /a/ yang terdapat dalam

suku kata tertutup. Bandingkan antara /a/ pada kata:pada, kata, rata , dengan pada kata: bedak,

tidak, sempat , dan lain-lain.

Sebagai contohnya sekiranya p diganti dengan m maka palu akan bertukar menjadi malu.

Oleh itu, p dan m adalah unit yang terkecil yang berfungsi kerana unit tersebut akan

membezakan maksud ujaran. Fonem juga boleh difahami sebagai unit yang terkecil yang

membezakan makna, boleh dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.

Contohnya, pasangan minimal pedang dengan petang mempunyai bunyi yang berbeza iaitu bunyi

d dan bunyi t. Perkataan pedang mempunyai hampir sama dengan perkataan petang. Ianya

dibezakan dengan bunyi d dan t. Melalui konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi distingtif

yang boleh membezakan makna. Bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi

fonem itu

Page 28: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan agar memberi lebih kefahaman,

contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, ini

disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang

terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu

yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh

dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam

kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan

minimal saying dan wayang inidibezakan oleh fonem s dan w. Kedua-duanya merupakan unit

yang terkecil yang membezakan makna pasangan minimal saying dan wayang. Oleh itu s dan w

merupakan unit-unit yang terkecil yang membezakan makna pasangan saying dan wayang. Maka

s dan w ini diletakkan di dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

Contoh-contoh alofon

Misalnya, fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan

sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir

yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di

atas, fonem p mempunyai dua alofon.

Misalnya fonem /k/ dalam Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi alafon

kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya misalnya alafon k. Bunyi alofon k terjadi kerana

terdapatnya dalam perkataan kiri( atau k yang diikuti oleh vokal depan i).

Bunyi k� terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh

vokal belakang u). Bunyi � terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup

seperti dalam perkataan kaka�. Dalam hal ini, alofon k, k� dan � adalah alofon-alofon daripada

keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k�, � iaitu adalah bunyi yang

mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari

segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya.

Page 29: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Alofon juga berlaku daripada bunyi yang bervariasi bebas. Ianya bermaksud walaupun

bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham namun

perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama. Beberapa

perkataan yang hampir sama dalam Bahasa Melayu iaitu dari segi sebutan tetapi maknanya

sama(tidak berbeza) misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Meskipun perkatan agama,

ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza tetapi vokal a, u dan I adalah asalnya adalah

fonem yang membezakan makna kerana terdapatnya pasangan minimal masing-masing. Oleh

kerana itu, vokal a, u dan i adalah membezakan makna maka bunyi a, u dan i dikatakan fonem

dan bersifat alternasi bebas.

Page 30: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

6.0 SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu

kerana setiap satu bunyi merupakan satu segmen daripada arus tuturan. Kita akan

menuturkannya dengan segmen-segmen yang berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada.

Adakalanya kita berhenti sementara sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu ducapkan

sama rata atau mendatar. Terdapat empat lagi unsur bahasa yang harus diberi perhatian seperti

tekanan, pendek, jeda dan panjang pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.

6.1 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU

Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus pertuturan. Kita

menuturkan segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada . Adakalanya kita berhenti

seketika sehingga terdapat kumpulan kata. Setiap kata-kata itu diucapkan sama rata atau

mendatar. Di antara ciri-ciri suprasegmental adalah seperti berikut:

Sesesuatu tekanan merupakan ciri-ciri suprasegmental yang menunjukkan kelantangan

sesuatu suku kata bagi menandakan lembut atau kerasnya penyebutan bagi sesuatu suku kata

berkenaan. Lambang untuk tekanan ini ialah /’/ dengan diletakkan di atas suku kata yang

menerima tekanan itu misalnya /buda?/ Dalam Bahasa Melayu tekanan tidak menunjukkan

perbezaan makna.

Nada merupakan kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Melalui nada ini ditandai dengan nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4

(tinggi sekali.Misalnya ayat penyata kebiasaannya dimulakan dengan nada 2: seterusnya nada itu

akan menaik apabila terdapatnya tekanan dan turun hingga 1.

2 3

Contoh : saya hendak balik.

Dalam Bahasa Melayu tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem dan

dinyatakan sebagai nada tidak fonemik.

Page 31: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

Jeda merupakan unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik sama ada

rangkai kata,perkataan dan ayat ini juga disebut sebagai jeda atau persendian. Lambang untuk

jeda ini ialah #. Unsur ini dapat membezakan makna.

Contohnya:

[#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi

#ema?]

Panjang pendek merupakan kadar panjang atau pendeknya bagi sesuatu bunyi itu

diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bermaksud

panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: : ] menunjukkan dua mora dan lambang

[.] adalah setengah mora. Dalam Bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

6.2 KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN

LISAN BAHASA MELAYU

Di antara kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan ialah membawa

makna yang dapat difahami yang mana suprasegmental boleh jadi bunyi suprasegmental dan

boleh juga jadi fonem suprasegmental. Bunyi supra mental boleh membezakan makna. Namun

hal ini kurang terdapat dalam bahasa Melayu. Dua kata yang sama berbeza bunyi segmen tidak

membawa apa-apa perbezaan makna. Contoh perkataan 'makan' dengan 'makannnnn' maknanya

tetap sama. Dalam bahasa Inggeris perkataan'export' dengan sebutan 'ex'port' akan membawa

makna yang berlainan. Oleh itu, ianya merupakan laras bahasa dalam membunyikan kata,

sebutan perlulah dilakukan dengan tepat dan jelas serta betul.

Selain itu, kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan kerana ianya mempunyai

imej atau lambang bagi fonem. Melalui fonem ini ialah [:] dinamakan mora. Lambang [:]

bermaksud panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: : ] menunjukkan dua mora dan

lambang [.] adalah setengah mora. Unsur ini merupakan panjang pendek seseuatu bunyi yang

diucapkan dan tidak membezakan makna dalam kemahiran lisan Bahasa Melayu.

Page 32: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

� �

7.0 KESIMPULAN

Dalam bidang pendidikan , ilmu fonetik telah memainkan peranan yang penting khasnya

di peringkat sekolah rendah. Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia

secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi

manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam

menghasilkan bunyi bahasa. Pengetahuan tentang titik artikulasi ini dapat membantu guru

mengajar muridnya dengan baik. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan

sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam

menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam

menghasilkan bunyi.

Seterusnya, ilmu fonetik akan dapat memberi kefahaman kepada pendidik tentang organ-

organ pertuturan, sifat bunyi yang dikeluarkan dan pendengaran kita pada bunyi-bunyi yang

dikeluarkan. Suprasegmental dalam Bahasa Melayu adalah penting dalam pengajaran kemahiran

lisan. Ianya membawa makna yang dapat difahami yang mana suprasegmental boleh jadi bunyi

suprasegmental dan boleh juga jadi fonem suprasegmental serta dapat membezakan makna.

Manakala alofon juga berlaku daripada bunyi yang bervariasi bebas walaupun bunyi-bunyi itu

berbeza dalam perkataan tertentu. Selain itu, pengetahuan ini membolehkan kita mengesan akan

faktor-faktor yang menyebabkan murid kita sukar untuk mengungkapkan sesuatu bunyi bahasa.

Di samping itu, pendidik dapat mengenal pasti sama ada bunyi yang dikeluarkan oleh murid kita

betul atau tidak cara pengeluarannya.

Page 33: FAKULTI SEMESTER/TAHUN: KOD KURSUS: TAJUK …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML1203SMP/18544/7011130352… · semester/tahun: mei / 2012 kod kursus: hbml1203 tajuk kursus: pengenalan

� � ��������������

� ����������� ����������������������� ����� ��� �

���

8.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti.

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Bahari.(2012). HBML 1203Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.

Petaling Jaya: Fajar Bakti.

http://achikkini.blogspot.com/2010/08/ulangkaji-hbml1203-pengenalan-fonetik_17.html

��!"##�$%������&� ���'����������(&�!(��%(�#� ��# �#)(�(�(&�$��*�$+(,��$'��$,(��(���� ���

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/fonologi-penfenalan.html

http://jpmipgmtaa.webs.com/Pro%20Forma/05_Proforma_BMM3108.pdf

��!"##-%�,&����(&�!(��%(�#� ��# �#���'�$�%�� ����