13
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK NAMA : ARFIZAH BT ARIFIN NO. MATRIKULASI : 751212105056001 NO. KAD PENGENALAN : 751212105056 NO. TELEFON : 0139231075 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2012

HBAE 1203

PERKEMBANGAN SENI

DAN KANAK-KANAK

NAMA : ARFIZAH BT ARIFIN

NO. MATRIKULASI : 751212105056001

NO. KAD PENGENALAN : 751212105056

NO. TELEFON : 0139231075

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

Page 2: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Kreativiti 3

1.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak 4

2.0 LIMA TAHAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN

KREATIF FISHER (1943)

2.1 Peringkat Rangsangan 6

2.2 Peringkat Penerokaan 7

2.3 Peringkat Perancangan 8

2.4 Peringkat Aktiviti 8

2.5 Peringkat Kajian Semula 9

3.0 IMPLIKASI PEMIKIRAN KREATIF FISHER(1943) KEPADA 10

PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN INDIVIDU

4.0 KESIMPULAN 12

RUJUKAN 13

Page 3: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

3

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Kreativiti

Kreativiti sememangnya wujud di dalam diri setiap insan yang diciptakan Tuhan.

Kreativiti merupakan salah satu anugerah Tuhan yang mungkin tidak disedari secara langsung

oleh seseorang. Kreativiti ialah kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia, dan tidak

seorang pun manusia di dunia ini dilahirkan tidak kreatif. Cuma mungkin kecenderungan

seseorang itu berkreatif banyak bergantung kepada diri sendiri, persekitaran dan jenis masalah

yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul

melalui pendekatan yang sesuai dan bersistematik terutama bagi kanak-kanak di peringkat pra

persekolahan. Walaupun, kreativiti adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan semenjak azali,

sekiranya tidak dipupuk dan dibajai oleh persekitaran dan diri sendiri, kreativiti yang berkualiti

tidak mungkin dapat dicapai. Secara umumnya konsep kreativiti dapat dilihat dalam dua

perspektif yang luas. Pertama dari sudut emperikal atau ilmiah dan yang kedua pula dilihat dari

sudut praktikal. Kedua-dua konsep kreativiti ini tidak jauh berbeza cuma perspektif yang

pertama lebih menekankan aspek pengkajian tentang kreativiti manakala yang kedua pula lebih

menjurus kepada amalan dan metode berkreativiti seperti berkomunikasi, aktiviti perniagaan,

pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

Masyarakat umum sebenarnya masih kabur dengan pengertian atau apa yang di

maksudkan dengan kreativiti. Jika diajukan soalan, pastinya sesuatu yang terlintas di fikiran

mereka adalah merujuk kepada aktiviti seni dan kesenian seperti nyanyian, berlakon, kraf tangan

dan melukis. Oleh itu, ada baiknya kita membincangkan maksud “Kreativiti” itu dari sudut

pandangan beberapa tokoh akademik, penyelidik, atau sarjana yang mengemukakan beberapa

konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu yang

mereka miliki. Antara definisi yang diberikan adalah :-

1. Menurut kamus Webster‟s (1976), pemikiran kreatif ialah “the ability to bring

something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti adalah kebolehan mewujudkan

sesuatu yang baru sama sekali. Ia juga seolah-olah melambangkan suatu pemikiran manusia yang

hebat untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.

Page 4: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

4

2. “ …diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”

(Hopkins, 1973 dalam Mohd Azhar b. Abd. Hamid, 2001).

3. Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu “kemampuan (kebolehan)

mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan

mencipta, menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli.”

4. “ …melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum

difikirkan oleh orang lain.” (Torrance, 1974).

5. “Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia

mencipta sesuatu baginya.” (Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001)

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapatlah dikatakan bahawa Kreativiti ialah

keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan

asli. Konsep pemikiran kreatif itu pula berkisar kepada beberapa entiti iaitu seseorang dapat

melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Selain itu, seseorang juga dikatakan dapat berfikir di

luar kotak pemikiran biasa atau bebas daripada pola yang sama. Melihat sesuatu dari perspektif

baru di samping menggabungkan idea yang sedia ada untuk membentuk idea yang baru. Melalui

pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki, seseorang itu berupaya mencari pelbagai input idea

bagi mewujudkan hasil yang baru lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity

involves escaping from stuckness and opening up possibilities.”

1.2 Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-kanak

Pada umumnya, perkembangan dan pembesaran kanak-kanak pada peringkat umur

bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur. Ini kerana di

usia itulah minda kanak-kanak mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti

agar ianya tumbuh dan bisa menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Kanak-kanak

sememangnya berminat dengan aktiviti seni dan kreatif terutama bagi peringkat 4 hingga 6

tahun. Ini kerana aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

Page 5: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

5

merealisasikan imaginasi mereka dalam pelbagai cara termasuklah melukis, mewarna, membuat

kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, membentuk arca dan sebagainya. Berdasarkan tersebut,

bidang pengasuhan di TASKA, TABIKA atau TADIKA memerlukan kaedah dan teknik yang

bersistematik dalam usaha melahirkan kumpulan generasi baru yang kreatif.

Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan ia merujuk kepada keupayaan seseorang

untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh

dilihat daripada penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Oleh itu, penglibatan

kanak-kanak dalam aktiviti seni sememangnya amat penting untuk memberi peluang kepada

kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan seperti mewarna, melukis, membentuk, saiz,

bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah melalui aktiviti seni juga dapat membantu kanak-

kanak menggunakan pengalaman deria mereka ketika merasa struktur, menghidu bau bahan dan

mendengar bunyi. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk mengetahui pelbagai jenis

media dan teknik yang perlu digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya atau aktiviti seni.

Isernberg (2001) menyatakan seni adalah suatu sistem simbol yang boleh digunakan

untuk menjana makna dan alat pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk

kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan atau tanpa

bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Aktiviti

kreativiti dan estetika sememangnya berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini

kerana aktiviti ini memberi peluang kepada mereka menyampaikan perasaan, karya dan

keupayaan mereka dalam pelbagai cara malah turut menggalakkan mereka berfikir. Sebagai

contoh, selepas melukis kanak-kanak cenderung untuk mempamerkan hasil kerja mereka.

Mereka belajar untuk membuat keputusan terutama dalam memilih lukisan mana yang harus

mereka pamerkan, bagaimana cara ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil

kerja mereka. Teori perkembangan kreativiti Fisher (1943) turut menerangkan bahawa kanak-

kanak digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang dilalui sebagai satu

bentuk refleksi diri.

Page 6: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

6

2.0 LIMA TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER

Kreativiti sebenarnya banyak melibatkan proses menggunakan daya berfikir atau kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan Seni Visual dikatakan mampu mengembangkan

daya kreativiti di kalangan pelajar. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada

penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih

berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Kreativiti juga

dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu seperti lima tahap perkembangan kreativiti yang

diperkenalkan oleh Fisher (1943). Oleh itu, guru-guru pendidikan seni visual amat perlu

menguasai tahap-tahap tersebut bagi merancang aktiviti seni visual. Setiap aktiviti perlu

dirancang terlebih dahulu agar bertepatan dengan objektif dan tahap kebolehan pelajar bagi

menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Peringkat Rangsangan

Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan fitrah semulajadi yang memiliki sifat-sifat

kreatif dalam jiwa masing-masing. Perbezaannya mungkin hanya lebih satu atau kurangnya sifat

tersebut dalam diri seseorang individu itu. Pada peringkat permulaan sesuatu topik pengajaran,

guru-guru akan memulakan dengan set induksi bagi merangsang pemikiran kreatif pelajar. Pada

peringkat set induksi guru mungkin boleh bersoal jawab dengan murid tentang tajuk serta

perkara-perkara yang berkaitan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Soalan yang

dikemukakan seharusnya mempunyai kaitan dengan minat, pengetahuan, dan pengalaman

pelajar. Sebagai contoh, guru memilih kegiatan membentuk dan membuat binaan iaitu jenis

aktiviti membuat topeng muka haiwan. Berdasarkan tajuk „Saya ada memelihara…(kucing,

arnab, ayam, dan lain-lain), guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan berbentuk

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian berdasarkan aras Taksonomi

Bloom seperti contoh berikut :-

Page 7: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

7

Contoh soalan berdasarkan peringkat Taksonomi Bloom

Peringkat Contoh soalan

1. Apa

(peringkat pengetahuan)

Apakah haiwan yang mempunyai bulu yang halus ?

(kucing, arnab, anjing)

*soalan pengetahuan yang dikemukakan hendaklah mempunyai

kaitan dengan tajuk yang diajar.

2. Mengapa

(peringkat analisis)

Mengapakah harimau mempunyai kuku yang tajam ?

(kuku yang tajam digunakan untuk menangkap mangsa)

*soalan memerlukan fikiran kritik dan bukan mengulang

pengetahuan yang dipelajari.

3. Siapa

(peringkat aplikasi)

Siapakah di antara kamu yang pernah melihat haiwan liar seperti

gajah, harimau, singa atau beruang?

*soalan mempunyai kaitan dengan pengalaman murid.

4. Bagaimana

(peringkat aplikasi)

Bagaimanakah kamu hendak memilih bahan untuk membuat topeng

muka?

(dengan menggunakan kad manila, gunting, gam, dan lain-lain)

2.2 Peringkat Penerokaan

Menurut Fisher (1943), pada peringkat ini, kanak-kanak amat memerlukan latihan dan

pendedahan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan berpemikiran ke hadapan. Oleh itu, guru-

guru perlu memikirkan pelbagai bentuk aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan berfikir

agar pelajar bebas dari kotak pemikiran biasa. Pelbagai bentuk latihan seperti eksperimentasi,

kajian dan latihan menyelesaikan masalah amat perlu bagi meningkatkan daya kreativiti pelajar.

Menurut Gardner (1993), Sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan

peluang untuk merangsang aktiviti. Salah satu cara pendekatan yang lebih mencabar kreativiti

kanak-kanak ialah berinteraksi dalam kumpulan. Sebagai contoh, guru mempelbagaikan bahan

pengajaran bagi setiap kumpulan untuk satu tajuk yang sama iaitu membuat topeng muka dari

pelbagai bahan seperti kad manila, polisterene, perca kain, plastik, papier mache dan sebagainya.

Untuk meningkatkan keupayaan berfikir, guru-guru boleh mengemukakan beberapa soalan

kritikal yang mencabar minda pelajar. Bagi kanak-kanak yang berfikiran kreatif sudah pasti akan

Page 8: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

8

berusaha untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

Antara soalan-soalan yang boleh mencabar minda pelajar adalah :-

i. Bagaimanakah kamu menggunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan topeng muka?

ii. Bagaimanakah kamu hendak menghasilkan topeng muka dalam bentuk 3 dimensi?

iii. Cubalah kamu ciptakan wajah haiwan yang tidak pernah kamu lihat sebelum ini.

2.3 Peringkat Perancangan

Setelah melalui beberapa peringkat seperti rangsangan dan penerokaan, aktiviti

dilanjutkan lagi menerusi peringkat perancangan iaitu menggalakkan pemikiran kreatif kanak-

kanak melalui kegiatan merancang dan memetakan semua aktiviti yang ingin dilakukan. Dalam

peringkat ini kaedah inkuiri-penemuan dalam bentuk kumpulan amat sesuai digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kaedah ini melibatkan pelajar secara aktif dalam

proses mengingat kembali, memerhati, mendengar, menyoal, menyiasat, melakar, menyelidik,

menganalisis, membanding serta menaakul. Para pelajar secara tidak langsung akan berbincang,

berinteraksi dan membuat pemerhatian sesama mereka tentang urutan tugas seperti langkah-

langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan satu topeng muka. Selain itu, perancangan

secara visual juga turut dilakukan seperti lakaran kerja, imej lukisan, lakaran bahan dan

sebagainya.

2.4 Peringkat Aktiviti

Setelah aktiviti dirancang dengan penuh ketelitian, tiba pula masanya untuk

melaksanakan aktiviti itu atau bertindak untuk menghasilkan tugasan yang diberikan. Pada

peringkat ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan pelbagai jenis media dan teknik.

Sebagai contoh, bagi membuat topeng muka haiwan, pelajar-pelajar akan memilih media atau

bahan yang sesuai seperti kertas, polisterene, kad manila, gam gunting, atau papier mache.

Page 9: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

9

Manakala dari segi teknik pula, pelajar mungkin menggunakan teknik lipatan, origami,

guntingan, lukisan dan sebagainya. Guru-guru pula boleh membimbing murid dengan

mengemukakan beberapa persoalan seperti :-

i. Apakah bahan-bahan yang sesuai untuk kamu gunakan bagi membuat topeng seekor

harimau?

ii. Bagaimana kamu mengambil tindakan di atas perancangan yang telah kamu fikirkan tadi?

2.5 Kajian Semula

Menurut Fisher (1943), peringkat ini amat penting di mana penilaian dilakukan untuk

melihat keberkesanan tindakan atau aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar

akan melihat apakah kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada topeng muka yang dihasilkan.

Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan membenarkan mereka mengkritik atau memberi

komen terhadap hasil kerja mereka atau kumpulan yang lain. Ianya bertujuan untuk

meningkatkan improvisasi di mana penambahbaikkan boleh dilakukan. Guru-guru juga boleh

membuat penilaian secara positif untuk meningkatkan motivasi pelajar. Pelbagai soalan boleh

diajukan seperti :-

Peringkat Contoh soalan

1. Analisis Pada pendapat kamu, apakah bahan yang digunakan itu sesuai

dengan topeng muka yang dihasilkan?

2. Sintesis Bolehkah kamu berikan cadangan untuk memperbaiki topeng

muka ini supaya menjadi lebih baik?

Page 10: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

10

3.0 Implikasi Pemikiran Kreatif Fisher (1943) Kepada Perkembangan dan Pembangunan

Individu

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker,

Beghetto dan Dow, 2004). Oleh itu, guru harus menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran

kreatif pada peringkat individu mahupun kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang

dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya

membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa

pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, guru perlu menggalakkan motivasi dalaman,

memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek kreatif. Fisher (1943), telah

menjelaskan tentang lima tahap pemikiran kreatif yang perlu dikuasai oleh setiap guru

khususnya bagi guru-guru pendidikan seni untuk melahirkan individu yang berfikiran kreatif

terutama di peringkat kanak-kanak lagi. Peringkat-peringkat tersebut ialah rangsangan,

penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula.

Pada kebiasaannya, guru akan memberi rangsangan atau lebih dikenali sebagai set

induksi kepada pelajar sebelum memulakan sesuatu topik. Set induksi ialah bahagian permulaan

sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta minat murid (Mok

Soon Sang, 1992). Soalan-soalan yang diajukan bertujuan membina aliran fikiran murid supaya

mereka lebih bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. Selain itu, rangsangan yang diberi

dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar di samping menggunakan pengetahuan sedia ada

untuk membina konsep baru dengan lebih mudah. Calvin W Taylor (1915-2000) percaya bahawa

pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Guru-guru

juga dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar dan

bersesuaian.

Implikasi yang besar juga dapat dilihat pada peringkat penerokaan dalam peringkat

perkembangan kreativiti oleh Fisher (1943) di mana pelajar-pelajar dapat berinteraksi dan

berkomunikasi dalam kumpulan. Di samping itu, peringkat ini juga mendedahkan pelajar kepada

pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menjadikan mereka lebih kreatif. Mereka akan

menggunakan sepenuhnya keupayaan berfikir untuk meneroka pelbagai media dan bahan yang

Page 11: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

11

diberikan. Selain itu, para pelajar juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah melalui

persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh guru-guru mereka. Kanak-kanak juga akan berusaha

untuk mencari jawapan melalui pelbagai gaya dan teknik yang lebih kreatif.

Melalui peringkat perancangan pula, implikasi pemikiran kreatif pelajar dapat dilihat

menerusi gerak kerja secara berkumpulan. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi sesama

sendiri untuk menghasilkan perancangan kerja secara sistematik. Sebagai contoh, mereka

melakukan pemerhatian, berbincang, melukis lakaran, membuat imej lukisan atau mendapatkan

gambar secara visual. Pada peringkat ini juga dapat dilihat semangat kerjasama yang terjalin di

antara ahli kumpulan. Pemikiran kreatif juga akan mula terangsang melalui persoalan-persoalan

ynag turut dikemukan oleh guru-guru.

Peringkat seterusnya ialah peringkat aktiviti di mana ia banyak membantu perkembangan

murid terutama dari segi psikomotor, kognitif, dan juga afektif. Murid-murid juga berpeluang

untuk menggunakan pelbagai jenis media sama ada media kering mahupun media basah. Mereka

dapat memilih media yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih seperti membuat topeng muka

mengikut kreativiti masing-masing. Peringkat aktiviti juga turut membantu pelajar memiliki

kemahiran-kemahiran seperti membentuk, menggunting, melipat, mencantumkan, melakar,

melukis, mewarna, dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga sedikit banyak

membantu menambahkan keyakinan murid-murid. Semangat menghormati dan sikap toleransi

dapat dipupuk kepada para pelajar. Guru-guru juga digalakkan untuk memberi aktiviti tambahan

bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.

Implikasi pada peringkat Kajian Semula dapat dilihat dengan jelas apabila penilaian

dibuat ke atas setiap hasil kerja murid. Guru dan murid-murid berpeluang untuk memberi komen

atau penilaian secara positif demi meningkatkan lagi prestasi atau penambahbaikkan. Sebarang

komen atau penilaian yang dibuat akan mengelakkan pelajar daripada melakukan kesilapan yang

sama atau yang biasa dilakukan. Selain itu, hasil kerja mereka juga akan bertambah baik dan

cantik malah mungkin lebih berkesan. Kemahiran secara lisan seperti bercerita dan bertutur

dengan baik juga dapat diperolehi melalui aktiviti ini. Murid-murid juga boleh mengajuk

Page 12: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

12

karektor binatang yang direka dengan memakai topeng yang berkaitan. Tambah menarik lagi jika

mereka diberi peluang untuk menyanyi sambil menggayakan watak-watak yang dicipta.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, mengambil pandangan tokoh-tokoh seni yang terkenal adalah

amat penting dilakukan oleh seseorang guru dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan

pembelajaran. Melalui pandangan mereka, guru-guru dapat melihat aspek-aspek penting yang

perlu diambil kira dan diketengahkan untuk memperkembangkan kreativiti dan pembangunan

modal insan seseorang individu. Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan ialah satu

proses berterusan dari peringkat lahir hinggalah ke peringkat kematangan. Atan Long (1980)

pula menyatakan perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan setelah

berlaku kerana sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Oleh itu, guru-guru bukan

sekadar sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat

pembimbing pasti dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif yang

penuh dengan nilai-nilai murni dan estetika.

Melalui Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher (1943), guru-guru dapat

memahami dan membantu kanak-kanak merekacipta sesuatu aktiviti dengan menggunakan idea

masing-masing. Pada kebiasaannya, kanak-kanak bermula dengan imaginasi, mengeluarkan idea,

meneroka, melaksanakan aktiviti hinggalah mendapat keputusan daripada proses yang dilakukan.

Aktiviti-aktiviti yang merangsang pemikiran kreatif amat perlu dan penting untuk diterapkan

semasa melaksanakan aktiviti terutama dalam pendidikan seni visual. Guru-guru pendidikan seni

juga perlu lebih kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan

bermakna.

Page 13: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBAE …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBAE1203SMP/18500/7512121050… · sesuatu yang baru sama sekali. ... kraf tangan, muzik, nyanyian,

13

RUJUKAN

1. Kamus Dewan (2002), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Mok Soon Sang (2008), Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

3. Khairuddin Mohamad (2011), Literasi Bahasa Melayu, Siri Pendidikan Guru, Selangor :

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

4. Chang Hon Woon (2008), Teori Seni Visual Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Website :-

1. http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/05/6-seni-dan-perkembangan-kanak-kanak.html

2. http://zulprasekolah.blogspot.com/