HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL ( 800504035510001 )

Embed Size (px)

Citation preview

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2014

HBAE 3103

KRAF TRADISIONAL

NO. MATRIKULASI : 800504035510001NO. KAD PENGNEALAN: 800504-03-5510NO. TELEFON: 013-9746272E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

PENGENALAN

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Kebanyakkan barang-barang kraf pada asalnya adalah untuk kegunaan harian atau untuk tujuan kerohanian. Tetapi tukang pandai melayu ini juga telah menghasilkan bahan yang indah ini untuk pelbagai tujuan. Keluaran kraf tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau dimana-mana bahagian.Sebagai sebuah negara yang berdaulat, seni kraf melayu telah mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan seni budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tembikar, tekatan, songket mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.Di malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalu dijadikan sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di malaysia. Setiap hasil kraftangan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Rekaan kraftangan memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni kraftangan itu tercipta. Motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang biasa digunakan pula lebih kepada serangga seperti rama-rama, siput, kupu-kupu, ayam dan lain-lain lagi. Bagi motif yang dihasilkan oleh orang melayu yang beragama islam, motif yang dipilih biasanya terdiri daripada motif yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan, arabes dan geometri yang tidak bercanggah dengan ajaran islam. Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, gajah, naga, singa dan sebagainya tidak digalakkan dalam seni kraf tradisional islam kerana ia dikhuatiri mewujudkan unsuryang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya.

ISI KANDUNGAN

a) Membincangkan secara terperinci tentang 4 jenis kraf melayu.b) Menjelaskan proses penggarapan motif berasaskan kepada subjek alam iaitu flora, arabes dan geometri.c) Menjelaskan ciri-ciri seni islam serta pengaruh budaya islam serta pengaruh budaya dalam hasil kesenian melayu dari aspek estetik, fungsi dan makna.

Dalam membincangkan secara terperinci mengenai 4 jenis kraf melayu, proses penggarapan motif dan ciri-ciri seni islam serta pengaruh budaya dalam kesenian melayu ini, saya telah memilih 4 jenis kraf iaitu Tenunan Songket, Anyaman, Ukiran Dan Batik.Tenunan merupakan salah satu kraf tradisional yang terdapat di negara malaysia. Tenunan ini dihasilkan daripada jalinan benan lonseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ). Tenunan songket ini adalah berasal daripada kerajaan dongson di kemboja. Tenunan songket ini telah merebak ke tanah melayu terutamanya di negeri pantai timur seperti kelantan, pahang dan terengganu. Hasil tenunan songket ini amat popular dikalangan kaum melayu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket itulah yang melambangkan kedudukan sesorang. Contohnya songket yang ditenun menggunakan benang emas dan benang sutera halus biasanya dipakai oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja sahaja. Berbanding pada zaman sekarang songket yang menggunakan benang kapas sudah mula diperkenalkan dan telah mula dipakai oleh golongan rakyat biasa untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan melayu yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi. Kemahiran dan kerativiti penenun dilihat melalui penghsilan corak dan tenunan yang indah dan menarik. Terdapat 3 jenis tenunan yang popular di malaysia iaitu tenunan pahang, tenunan songket ( kain benang emas) dan tenunan pua. Tenunan pahang merupakan tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai ragam hias. Kebanyakkan tenunan ini dijalankan di kawasan pekan pahang dan kelantan. Bahan utama yang digunakan dalam tenunan jenis ini ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri kelantan tenunan ini banyak menggunakan benang setul( benang rayon ) dalam pembuatannya. Bagi tenunan songket pula, ia menggunakan kaedah tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak ( benang pakan ). Garapan idea motif dan corak dalam tenunan songket melayu biasanya terdiri daripada motif berunsurkan flora seperti pucuk rebung, bunga lawang, pucuk rebung, bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga cina, bunga tampuk manggis, bunga baling-baling dan lain-lain lagi. Penenun juga menggunakan Motif yang berasaskan fauna dalam penghasilan tenunannya seperti burung merak, ayam jantan, lawi ayam, gigi belalang, kuda laut, kupu-kupu, siku keluang kecil dan banyak lagi. Motif berasaskan geometri juga amat popular dikalangan penenun songket ini. Motif berasaskan geometri ini terdiri daripada bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research Design Access (Birda), International Institute Of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Dr. Norwani Md Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang melayu. Menurut beliau, penenun-penenun songket ini biasanya tinggal di kawasan perkampungan ditepi-tepi pantai dan dikelilingi oleh pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok. Melalui suasana ini penenun mendapat pelbagai ilham dan dapat menghasilkan imaginasi yang tajam dalam menghasilkan songket yang pelbagai corak yang menarik. Setiap hasil tenunan yang dibuat mempunyai nilai estetika yang tinggi bergantung pada ilham dan imaginasi penenun. Idea dan sumber dari alam semesta ciptaan tuhan boleh menghasilkan satu idea yang kreatif bagi menghasilkan tenunan songket yang menarik. Setiap hasil tenunan juga kebanyakkannya tidak lari daripada bercirikan islam, yang mana melalui motif yang dihasilkan menunjukkan penenun ingin menyampaikan perasaan kesyukuran dan kekaguman terhadap semua ciptaan allah swt di dunia ini. Itulah kehebatan kraf tradisional melayu yang bercirikan islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptanya. Gabungan motif flora dan geometri menghasilkan motif arabes yang cantik dan menarik. Motif arabes amat popular dalam kesenian islam kerana ia lahir sejak tamadun awal lagi yang menggabungan pelbagai ilmu astronomi, matematik, logik, seni bina, kasmologi yang kesemuanya menjadi sumber nilai estetika. Dalam kesenian islam gabungan Motif geometri dan bunga banyak dijadikan motif dalam menghasilkan tenunan, memandangkan didalam hadith motif yang berbentuk haiwan dan figura manusia tidak sesuai digunakan.

Seni Anyaman merupakan salah satu jenis kraf tradisional. Seni anyaman amat terkenal dikampung-kampung. Anyaman merupakan satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan atau menyilang helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti rotan, daun buluh, bertam, pandan, mengkuang dan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang lain dengan menggunakan teknik menyilang dan menyelikan helaian antara satu sama lain menjadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Seni anyaman ini amat terkenal sebagai aktiviti masa lapang kaum wanita pada zaman dahulu bukannya sebagai mata pencarian utama. Seseorang wanita akan dianggap tidak sempurna pada zaman dahulu jika tidak mahir dalam seni anyaman. Pada zaman dahulu, Anyaman ini dijadikan sebagai hadiah dan sebagai alat untuk kegunaan sendiri. Pelbagai bentuk anyaman dihasilkan seperti tikar, tudung saji, bekas pakaian, bakul, tempat buaian anak, bekas buah, tempat tembakau dan lain-lain lagi yang boleh digunakan sebagai barang kegunaan. Kini bentuk anyaman telah diubahsuai mengikut peredaran masa kini dan mengikut citarasa pengguna. Terdapat juga organisasi yang mengusahakan industri ini secara besar-besaran seperti Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia.Garapan idea dan motif yang digunakan dalam penghasilan anyaman adalah bermotifkan geometri, tumbuhan, nama haiwan, nama manusia dan abstrak. Walaupun nama manusia dan nama haiwan yang digunakan dalam penghasilan anyaman ini, namun bentuk motif anyaman yang dihasilkan bukanlah dalam bentuk haiwan ataupun manusia. Antara nama yang diberi pada anyaman yang dihasilkan adalah seperti tapak anjing, kelarai mata ketitir, kelarai mak mek, kelarai cik kedah ketapang, kelarai jari kedidi, kelarai bunga cengkih, kelarai tampuk manggis dan lain-lain lagi. Pelbagai bentuk dan sumber alam semulajadi yang terdapat disekeliling menjadi ilham kepada orang dahulu menghasilkan anyaman yang pelbagai motif. Motif anyaman yang dihasilkan adalah berlandaskan kesenian islam iaitu bentuk anyaman yang dihasilkan lebih kepada bermotifkan tumbuhan, geometri dan abstrak. Ini kerana menurut hadith motif yang berbentuk haiwan dan manusia adalah dilarang dan tidak digalakkan dalam islam kerana ia boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal dan diibaratkan mencabar kuasa yang maha esa. Dalam penghasilan anyaman ini, ia menunjukkan unsur islam amat dititik beratkan agar ia tidak bercanggah dengan syariat agama. Penghasilan motif berunsuran alam semuajadi, tumbuhan dan arabes menunjukkan orang melayu mempunyai pemikiran yang tajam dan kreatif kerana telah menjadikan ciptaan tuhan sebagai motif dalam penghasilan motif anyaman mereka. Berdasarkan motif-motif yang dipilih dalam menghasilkan anyaman oleh pengusaha dan tokoh seni anyaman ini, jelas menunjukkan bahawa unsur-unsur keagamaan dan kekaguman dengan ciptaan Allah SWT diterapkan bukannya sekadar indah di pandangan mata sahaja.

Batik merupakan seni kraftangan yang begitu popular di malaysia dan di mata dunia. Seni batik kini telah berkembang jauh ke merata dunia. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Seni batik dikatakan telah wujud sejak 2000 tahun dahulu di mesir dan parsi. Pada abad ke 7, ia telah mula digunakan di china dan jepun. Perkataan batik ini berasal dari indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak manakala di malaysia perkataan batik membawa maksud titik. Batik ini telah dikembangkan ke tanah melayu terutamanya di negeri kelantan dan terenggau yang dikatakan ia telah dibawa oleh pedagang jawa. Terdapat 4 jenis teknik batik yang digunakan di malaysia iaitu batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudiannya digantikan dengan blok tembaga. Motif diukir diatas blok tersebut untuk menghasilkan corak yang diingini diatas kain apabila dicop keatas kain tersebut. Kain yang digunakan boleh terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan kain organza. Selain daripada pakaian, batik juga boleh dijadikan hiasan rumah yang menarik. Batik tulis atau canting merupakan batik yang paling digemari oleh orang ramai kerana coraknya yang menarik dan halus. Batik canting ini juga digelar sebagai batik lukis. Batik jenis ini menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak. Batik jenis ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana pembuat perlu melukiskan corak keatas sehelai kain putih dan menggunakan lilin cair untuk diterapkan keatasnya. Pembuat juga perlu kreatif kerana perlu melukis corak yang menarik keatas sehelai kain putih mengikut kreativiti dan imaginasinya sendiri. Warna yang dipilih juga mestilah bersesuaian dengan corak yang dilukis agar lebih tampak menarik. Kain yang sesuai untuk membuat batik ini ialah kain sutera, kain organza, voile, rayon dan kain kapas. Selain itu, batik skrin juga digunakan dalam industri batik. Dalam penghasilan Batik skrin ini, ia menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. Garapan idea motif dan corak dalam penghasilan batik ini memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Pembuat batik juga perlu kreatif untuk menggarap motif yang sesuai dan menarik diatas sehelai kain polos yang berwarna putih. Motif yang dipilih bagi pembuat batik adalah berdasarkan alam sekeliling, unsur fauna, geometri, unsur benda buatan manusia dan unsur motif isen iaitu motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional. Penghasilan batik halus dan ekslusif amat terkenal di negeri pantai timur iaitu kelantan dan terengganu. Kebanyakkan corak yang dilukis adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara dan lain-lain lagi. Pembuat batik sentiasa melihat alam sekeliling sebagai sumber inspirasi dalam penghasilan batik mereka. Bunga raya, paku pakis, pucuk rebung dan sebagainya di gubah menjadi corak yang amat menarik oleh pengusaha batik di negara kita. Kraftradisional batik ini juga amat menitik beratkan soal keagamaan iaitu motif yang yang dipilih mestilah tidak bercanggah dengan hukum agama islam. Keseniaan islam diutamakan bagi menunjukkan penghargaan dan rasa syukur terhadap kejadian alam ciptaan tuhan yang maha esa. Dalam islam itu sendiri, melalui para ulama islam, tiga mazhab islam iaitu mazhab al-imam abu hanifah, al-imam al-syafie dan al-imam ahmad ibnu hanbal menyatakan bahawa membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana menurut hadith rasulullah, ia dikira mencabar kuasa allah swt. Tetapi mengikut mazhab imam maliki pula, melukis objek dibenarkan walaupun makruh. Namun begitu, bagi kesenian islam lebih baik mengelak daripada melakukan sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikkan.

UKIRAN KAYU

Seni ukiran merupakan satu bentuk seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat melayu. Seni ukiran adalah sebahagian daripada hasil kraftangan yang wujud seiring dengan reka bentuk seni rupa yang lain. Seni ukiran mula berkembang pada zaman megalitik atau zaman kebudayaan batu hidup. Pada masa itu masyarakat telah mengukir pada batu hidup yang dijadikan tugu dan mempunyai nilai spiritual. Seni ukiran terus berkembang sehinggalah masyarakat melayu tradisi menggangap ia sebagai suatu kemestian dalam kehidupan. Kemasukan pengaruh hindu-budha dan islam telah banyak mempengaruhi perkembangan seni ukiran melayu. Ukiran kayu tradisi pula merujuk kepada seni hasil daripada penghargaan terhadap sumber-sumber alam, kebijaksanaan dalam mereka cipta pengubahsuaian terhadap bentuk dan fungsi ukiran. Ukiran kayu merupakan salah satu seni warisan melayu. Menurut kamus dewan, ukir diertikan sebagai lukisan yang dibuat dengan cara memahat, menggores, menoreh dan lain-lain pada bahagian-bahagian tertentu manakala ukiran pula ialah sesuatu yang telah siap diukir. Ukiran bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi juga pada binaan lain seperti istana, kota, wakaf, masjid, pintu gerbang, alatan muzik tradisional, senjata, peralatan pertanian,peralatab pertunkangan, perabut, perahu, kereta lembu dan lailain lagi. Terdapat beberapa jenis ukiran yang biasa dilihat iaitu:

a) Ukiran layang- ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak.

b) Ukiran bunga timbul - dibuat pada papan, latar papan ditebuk.

c) Ukiran tebuk tembus kayu atau papan ditebuk hingga tembus

d) Ukiran arca Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

e) Ukiran Larik- Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-genting yang menarik. Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

d) Ukiran Kayu Hanyut - Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran ini diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji ( gergaji menggerudi ) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk awan larat, silang dan simetri. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahgian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta tertindih ditenggelamkan. Jenis-jenis Silat1 Silat leper penimbulan ukiran rendah dan lebar.

2 Silat belah rotan bentuk ukiran dibulatkan separuh

3 Silat dada tuma lengkungan dibahagian tengah dan lebih bergaya

4 Silat serong terdapat juring tajam pada bahagian tepi.

5 Silat Minangkabau tinggi dan tajam di bahagian tengah manakala di bahagian tepi rendah.

Pola-pola Corak Ukiran1) Pola bujang/pola putu diambil dari kuntum bunga, putik buah dan matahari seperti kuih putu dan bunga cengkeh.2) Pola pemidang/bingkai bersifat sederhana dan mempunyai bingkai atau pemidang seperti itik pulang petang, badak mudik dan setampuk manggis.3) Pola lengkap/induk menggunakan semua motif dalam satu ukiran, bermula dari akar hingga ke pucuknya.

Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat ukiran kayu ini adalah seperti:BilAlatanKegunaan

1Pahat Betul Atau Pahat KukuMenebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar yang tidak ditebuk.

2Ketam KayuMelurus, merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir

3Gergaji BerhalangMemotong dan membentuk lengkungan pada ukiran kayu

4Getar Atau CetarMembentuk kayu secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik

5Pisau WaliMembuat silat, mengikis, membuat dan melicinkan corak

6Tukul KayuMengetuk pahat apabila melakukan proses menebuk

7Kikir PariMerata dan melicinkan corak ukiran kayu

8Gergaji KecilMemotong bahagian yang tidak diperlukan dalam ukiran tebuk tembus

9Daun Mempelas, Daun Lalang Dan Kertas PasirMelicinkan permukaan corak ukiran yang telah siap.

Bahan1. Kayu - Dipilih daripada jenis yang halus dan liat uratnya. Contoh kayu cengal, kayu sena, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu jelutong.2. Pewarna- Pewarna yang digunakan untuk mewarnakan ukiran kayu terdiri daripada kunyit, mirathon, kiwi, syelek dan pewarna kimia lain yang terdapat di pasaran.3. Gam kayu- Gam kayu digunakan bagi melekatkan papan atau kayu yang disambung.

Proses dan teknik mengukir

a) Penyediaan kayui) Pilih papan yang sesuaiii) Potong mengikut ukiran yang dikehendakiiii) Ketamkan permukaan.

b) Melukis corak di atas permukaan kayuTerdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan i) Melukis terus pada permukaan papanii) Tekapiii) Tampal kertas bercorak atas permukaan papan.

c) Mengukiri) Ukiran layangBahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dubuat hanya pada corak.

ii) Ukiran bunga timbulBahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak untuk menimbulkan silat.iii) Ukiran tebuk tembusBahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat.iv) Ukiran larikDiukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk.

d) MenyilatMenimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakkan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak.

CIRI-CIRI FALSAFAH MELAYU

a) Proses garapan ideab) Proses mentafsir ideac) Pengaruh dalam memberi makna

Dalam menghuraikan ciri-ciri falsafah melayu ini saya telah memilih kraf ukiran sebagai perbincangan garapan idea, mentafsir idea serta pengaruh yang berkonsepkan islam. Kraf ukiran telah lama wujud dan mempunyai pengaruh islam yang tinggi dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampong. Seni ukiran ini amat terkenal di Kelantan dan Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk sama-sama diteliti untuk perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora, geometri dan khat. Motif yang berunsurkan figura manusia dan haiwan tidak digunakan dalam seni ukiran islam ini. Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik. Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap perkembangannya dan menabur zuriat.

Contoh ukiran flora yang terdapat pada muzium di Terengganu.Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligrafi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot. Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih.Selain motif kaligrafi motif fauna juga diselitkan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya kunci rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Contoh motif kaligrafi

Contoh Motif Awam Larat Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora dan kaligrafi sebagai hiasan ukirannya.Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137) mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola lengkap.Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan.Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.

KESIMPULAN.

Kraftangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia. Kraftangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam Melayu. Sumber proses pembuatan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan lebih terserlah melalui pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek bagi memperlihatkan aspek budaya,estetika dan fungsi kraf tradisional Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan.Melalui pengenalan kraf tradisional ini pada generasi sekarang dan akan datang ia akan menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan. Selain itu juga ia memberi kesedaran kepada generasi muda bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan lupus di telan zaman. Melalui pengenalan kraf tradisional ini juga ia dapat menaikkan rasa bangga dengan tradisi warisan negara kita. Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.