Upload
mandy-cheng
View
223
Download
64
Embed Size (px)
Citation preview
• Tembikar boleh dikategorikan mengikut bentuk, warna, fungsi dan tempat asal dihasilkan.
Nama : GelukFungsi : Bekas air
Nama : Terenang
Fungsi : Bekas air tertutup
Nama : Tembikar mambong
Fungsi : Peralatan dapur seperti
periuk, belanga, buyung dan lain-lain.
Nama : Tembikar Sarawak
Fungsi : Menyimpan barang-barang
berharga mengisi arak atau jambangan
bunga.
Nama : Bekas menakung air
Fungsi : Menakung air embun.
Alat Fungsi
Pinggan Tapak untuk porses pembentukan tembikar dan sebagai
roda pemutar
Pengayak Menapis tanah liat untuk mendapatkan debu yang halus
Besen Tampat membancuh debu tanah liat sebelum duli
Angkup luar Mengukur ketebalan tanah liat, lebar dan garis pusat kraf
tembikar
Gergaji kecil Membuat jalinan pada bahagian yang hendak
disambung
Kulit siput/
batu sungai/ sudu
Melicinkan permukaan tembikar sebelum dibakar
Pengguris Membantu menghasilkan garisan pemisah antara dua
corak pada reka bentuk tembikar
Pisau Sebagai alat memotong tanah liat
Penggelek Untuk meratakan tanah liat menjadi bentuk kepingan
Papan gelek Tempat untuk meratakan tanah liat
Dawai pemotong Memotong tanah liat yang telah diuli
Berus lukisan Menyapu tanah liat cair (slip) kepada bahagian yang
hendak dibuat sambungan
Pengukir Mengukir permukaan tembikar atau membuang
bahagian berlebihan
Span Melicinkan permukaan tembikar
Kayu penepik Meratakan permukaan badan tembikar
Bahan • Tanah liat
– Bahan utama dalam proses pembuatan tembikar.– Terdapat pelbagai jenis tanah liat :
Tanah liat daripada tanah busut.Tanah berhampiran sungai atau di sungai.Tanah liat sawah yang berwarna coklat kekuningan.Tanah liat yang berwarna kelabu perang.Tanah merah yang bercampur dengan tanah liat.
• Damar– Bahan kemasan tembikar berupa getah keras yang
digunakan sebagai bahan kalis air.– Boleh diperolehi daripada pokok damar laut dan
damar batu.
Kaedah dan Proses Membuat Tembikar
1. Pengasingan secara tradisional
Tanah liat diambil dari kawasan busut, tebing, sungai
atau sawah padi
Tanah liat dikeringkan dengan cara menjemur
Tanah liat ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki
Tepung tanah liat direndam dalam air kemudian ditapis
Tanah liat dikeringkan semula kemudian dicampur
dengan air dan diuli hingga lembut, liut dan liat serta
tidak mengandungi liang-liang udara
Teknik picitan dan lingkaran digunakan untuk
membentuk
2.Pengasingan secara moden– Tanah liat diambil dari kawasan busut, tebing,
sungai atau sawah padi– Tanah liat direndam sampai lembik– Dihancurkan dengan MIXER atau diramas hingga
menjadi lumpur– Ditapis dengan penapis untuk mengasingkan
bahan-bahan yang tidak diperlukan dan dibiarkan mendak
– Mendapan lumpur dicurahkan di atas kepingan gipsum
– Tanah liat diuli agar sebati serta lebih liut dengan menyingkirkan kandungan gelembung udara
– Membentuk
TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR
• Teknik picit
– Dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
• Teknik lingkaran
– Bahagian tapak disediakan terlebih dahulu, kemudian tanah liat digelek
dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti selinder dan
dilingkar membentuk sebuah tembikar.
• Teknik kepingan
– Dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong
mengikut saiz tertentu. Bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong
secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan. Bahagian hujung
kepingan disapu atau dicelup dengan slip.(Lumpur tanah liat yang berfungsi
sebagai pelekat / gam ).
• Teknik lempar alin/ putaran– Menggunakan mesin pemutar / roda pemutar.
Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran. Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja.
• Teknik acuan– Dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu
atau logam. bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan, digunakan untuk perusahaan komersial.
KAEDAH PEMBAKARAN TEMBIKAR
1. Kaedah tradisional– Tanur dedah menggunakan bahan api seperti sabut, bulu
kering,pelepah pokok kelapa, kayu.Teknik pembakaran Pulau Tiga
• Tembikar didiangkan pada unggun api sehingga benar-benar kering. Kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kehitaman. Manyapukan damar pada bahagian bawah tembikar yang masih panas supaya kalis air.
Teknik pembakaran Sayong• Tembikar disalai di atas para dengan mulut menghala ke arah
api, kemudian tembikar dimasukkan ke dalam api. Tembikar yang telah dibakar dimasukkan serta merta ke dalam sekam padi untuy menghitamkannya. Bahagian bawah tembikar disapu dengan damar untuk menggelakkannya daripada telap air.
Tenunan Pahang• Kain tenuan Pahang berasal dari Riau atau
Sulawesi (tanah bugis) dan dibawa masuk pada kuruk ke-16.
• Tenunan di Pahang berasaskan kain kapas dan sutera corak mudah.
• Bahan warna semula jadi yang digunakan ialah daun terung untuk warna biru, kunyit untuk warna kuning dan air perahan belimbing untuk mematikan warna.
–Tenuan songket Bunga penuh & Bunga tabur.
• Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
• Tenunan songket mula berkembang di beberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
• Contoh songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
• Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
BAHAN MENENUN SONGKET
• Benang– Terdapat dua jenis benang iaitu benang koseng
dan benang pakan.– sebagai benang yang membentuk kain dasar dan
menentukan panjang sehelai kain dasar dan menentukan panjang sehelai kain yang akan ditenun.
– benang yang disisip pada benang loseng dan menentukan motif dan corak kain. Benang pakan yang biasa digunakan ialah benang emas.
• Bahan pewarna– sumber alam.– Antaranya:
• Biru- indigo atau daun terung• Hijau- daun terung dicampur kunyit• Hijau tua- daun bemban• Hitam- campuran tanah liat dengan sabut kelapa muda
yang direndam di dalam air• Merah ungu- mengkudu dicampur kapur• Merah telur- campuran kapur dengan batang sepang• Merah tua- getah polol mala yang dicamput kunyit
serta lapur atau buah kesumba atau buah asam jawa• Ungu- biji kundang atau biji remia
PROSES MENENUN SONGKETi. Menerai benang
– Menerai dilakukan selepas benang dicelup dengan warna. Alat yang digunakan untuk menerai ialah rahak dan peleting.
ii. Menganing– Proses menyusun dan mendapatkan ukuran
panjang benang bagi kain yang hendak ditenun.
iii. Menggulung benang loseng ke papan gulung– Benang yang telah dianing akan digulung pada
papan gulung. Benang yang selesai digulung disebut benang loseng.
iv. Menyapuk– Proses memasukkan benang loseng ke dalam gigi
hentera dari papan gulung.– Alat yang digunakan untuk proses menyapuk
ialah jentera atau sikat, kek mengarak dan jarum colek.
v. Mengarat– Proses mengarat merupakan proses
pembentukan dua lapisan benang loseng.– Benang asing akan dililit pada kayu karat
bersama dengan benang loseng.
vi. Menyolek– Proses menyolek dilakukan dengan menyusun
lidi-lidi buluh pada benang loseng berasaskan corak.
vii. Menenun– Proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah
oleh benang pakan untuk dijadikan kain.
TENUNAN PUA
• Tenunan pua terkenal dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak dan sebahagian di wilayah Kalimantan, Indonesia.
• Teknik tenunan ini ialah teknik ikat dan celup yang menggunakan kek tumpah, iaitu sejenis kek yang disandang di belakang.
• Corak kain pua tidak ditenun, tetapi menggunakan benang panjang yang telah dicelup warna terlebih dahulu dan akan menghasilkan corak yang menarik.
Jenis kain pua Fungsi
Gawai bedaralemai Gawai kesyukuran
Gawai antu Pengalas mangkuk makanan yang
dipersembahkan kepada roh
Gawai burung
kenyalang
Tradisi menangkap burung kenyalang
Gawai sakit Digunakan oleh bomoh dalam ritual
pengubatan
Istidat kematian Kain penutup mayat
Istiadat menerima
kepala
Membungkus kepala pahlawan yang mati
dalam perjuangan
Menyambut kelahiran Kain untuk membedung bayi baharu lahir
Perkahwinan Pakaian pengantin
Bahan Tenunan Pua• Bahan yang digunakan untuk menenun kain pua
berkait rapat dengan sumber yang boleh didapati dari hutan.
• Antaranya ialah:– Benang kapas– Pewarna asli
• Coklat kemerahan –pokok mengkudu• Merah- campuran pokok engkerbai, daun sirih dan limau
nipis• Kuning-pokok tengar, kulit pokok bakau, kulit pokok obah.
– Pewarna kimia
Bil. Alat Fungsi Gambar
1 Parang Digunakan untuk memotong atau menetak daun-daun pandan atau mengkuang dari pokoknya.
2. Pisau Digunakan untuk mengerat lebihan bilah daun semasa langkah terakhir proses menganyam.
3 Tali sabut Kadang kala digunakan untuk membuang mempulur daun. Ia diikat menjadi bulat, kemudian diregangkan di antara ibu jari dengan jari telunjuk.
4 Jangka Berfungsi untuk mencarik atau membelah daun mengkuang dan pandan menjadi helaian-helaian yang lebih kecil. Lebar helai-helaian daun yang dipotong bergantung pada jarak mata yang terdapat pada alat jangka tersebut.
5 Pelurut Berfungsi untuk melembutkan helaian daun yang telah dijangka semasa proses penyediaan daun dan sebelum proses anyaman kerana helaian daun yang telah diwarna perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman.
6 Penyisip Digunakan untuk menyisip lebihan helaian daun mengkuang atau daun pandan semasa proses anyaman bagi mengelakkan anyaman tersebut terburai.
7 Tempayan Digunakan untuk merendam helaian pandan atau mengkuang yang telah dijangka.
8 Besen / baldi Berfungsi sebagai bekas semasa proses mewarnakan helaian daun pandan atau mengkuang.
Tekat• Seni tekat juga dikenali tekat bersuji atau
sulaman timbul. • Ia merupakan seni sulaiman benang pada kain
dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang dilitupi benang emas.
• Seni tekat seusia dengan tenunan songket dan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menggunakan benang emas. Tekat mempunyai bentuk seperti ukiran kayu timbul.
Jenis-jenis Tekat• Tekat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Tekat Timbul Bungan Emas• Menggunakan motif dan corak daripada mempulur dan
diliputi benang emas atau perak.
2. Tekat Gubah• Tidak menggunakan mempulur, sebaliknya corak dilukis
pada kain dasar dan kemudian disulam dengan benang emas atau perak.
• Hiasan tekat ini ditambah dengan hiasan manik dan labuci yang boleh didapati pada lemudi pintu, sejadah, pakaian diraja dan lain-lain.
• Terdapat tiga jenis motif seni tekat iaitu:– motif flora– motif fauna – motif geometri
Motif FloraTumbuh-tumbuhan yang menjadi pilihan ialah
tumbuhan menjalar, terutama bunga, daun, akar menjalar dan kudup bunga.
Motif tumbuhan yang diolah adalah daripada lingkungan bunga-bunga tradisional yang berada dalam lingkungan alam Melayu.
Motif faunaMotif tersebut yang kerap digunakan ialah
ayam, itik, serangga dan unggas. Motif ini selalu diolah atau digabungkan
dengan motif flora.Motif geometriMotif ini sering digemari kerana lebih mudah
dan ringkas. Antara motif geometri yang popular ialah segi
tiga pucuk rebung, segi empat, garisan lurus, swastika, gandaan huruf ‘S’ dan sebagainya.
• Susunan motif terbahagi kepada tiga corak seni tekat, iaitu:– Susunan Satu Atau Tunggal – Susunan Sulur Bayang – Susunan Awan Larat.
• Susunan Satu Atau TunggalSusunan ini hanya memerlukan satu sahaja corak
untuk disulam. Corak susunan satu biasanya dijadikan penghias
alatan seperti tepak sirih, sarung bantal dan kusyen.
• Susunan Sulur BayungSusunan ini menampilkan corak tumbuhan yang
disusun secara menjalar dan berkait seperti keadaan semula jadi tumbuhan tersebut.
Bunga diletakkan di bahagian tengah kain dengan diapit jalaran daun sulur paut di kiri kanan membentuk satu rangkaian yang bertalian.
• Susunan Awan LaratSusunan ini lebih kompleks dan rumit. Corak tumbuhan atau haiwan disusun saling berkait
dan rapat serta padat menghiasi permukaan kain. Corak-corak jenis ini saling bercantum membentuk
lingkaran awan larut.
Alat dan bahan yang digunakan
• Pemidang kayu– Ia digunakan untuk meregang kain dasar bagi
memudahkan sulaman serta mengelakkan kedutan atau lipatan.
• Cuban– Jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.
• Benang– Benang yang digunakan untuk menekat
• Irasan atau Kain Dasar– Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar
• Mempulur– Mempulur digunakan sebagai bentuk atau struktur utama.
Bil Alatan Rajah
1 Pemidang kayu
2 Cuban
3 Irasan atau kain
dasar
4 Benang
- Emas
- Perak
5 Mempulur
Kaedah penghasilan karya
Proses menghasilkan tekat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:– Penyedian mempulur – Persiapan pemidang– Menyulam
Ukiran Kayu
• Kraf ukiran kayu tradisional merupakan satu seni ukiran kayu tradisional Melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identiti ukiran mereka.
• Seni ukiran kayu termasuk dalam seni Mukaddas.
• Motif-motif yang sering digunakan dalam kesenian telah melibatkan awan larut atau ragam hias yang diambil daripada unsur-unsur flora dan fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri.
• Seni ukiran ini boleh dilihat melalui ukiran-ukiran yang boleh didapati pada istana, masjid, rumah kediaman, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan kegunaan harian.
• Bangunan-bangunan lama yang masih mempunyai ukiran tradisional adalah :– Istana Kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak– Istana Balai Besar, Kedah– Istana Tengku Nik (Muzium Induk Negeri Terengganu)– Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan– Masjid Kampung Keling, Melaka– Rumah-Rumah Kayu Di Negeri Perlis, Melaka Dan Johor– Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan
Prinsip ukiran kayu tradisional
• Ukiran kayu tradisional lazimnya dijadikan sebagai pelengkap dan penyokong kepasa sesuatu reka bentuk.
• Jenis ukiran ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaannya.
• Motif yang digunakan perlu harmoni dengan persekitaran. Oleh itu, biasanya motif-motif flora digunakan kerana ia melambangkan keindahan alam.
• Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan keharonian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Hal ini dapat mematuhi tradisi menghasilkan ukiran secara turun-temurun.
Jenis-jenis ukiran
• Ukiran kayu boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:– Ukiran layang– Ukiran bungan timbul– Ukiran tebuk tembus– Ukiran arca– Ukiran larik (melarik)
Alat dan bahan yang digunakan (tradisional)
Nama : Pahat betul dan pahat kuku.
Fungsi : Menebuk, membuang dan melicinkan bahagian dasar yang tidak ditebuk.
Nama : Ketam kayuFungsi : Melurus, merata
dan melicinkan permukaan kayu sebelum diukir.
Nama : Getar atau cetarFungsi : Membentuk kayu
secara kasar untuk mendapatkan permukaan yang baik.
Nama : Gergaji berhalangFungsi : Memotong dan
membentuk lengkungan pada ukiran kayu.
Nama : Tukul kayuFungsi : Mengetuk pahat
apabila melakukan proses menebuk.
Nama : Pisau waliFungsi : Membuat silat,
mengikis, membuat dan melicinkan corak.
Nama : Gergaji kecilFungsi : Memotong
bahagian yang tidak diperlukan dalam ukiran tebuk tembus.
Nama : Kikir pariFungsi : Merata dan
melicinkan corak ukiran kayu.
Nama : Daun mempelas, daun lalang dan kertas pasir
Fungsi : Melicinkan permukaan corak ukiran yang telah siap.
Alat dan bahan yang digunakan (moden)
Nama : Gergaji kecil (jigsaw)
Fungsi : Memotong mengikut lengkuk yang dikehendaki.
Nama : Mesin gerudiFungsi : Menebuk lubang.
Nama : PengapitFungsi : Memegang atau
mengapit kayu.
Nama : SesikuFungsi : Mendapatkan
ketepatan sudut.
• Terdapat juga bahan-bahan yang digunakan dalam seni ukiran seperti : – Kayu– Pewarna– Gam kayu
• Kayu yang dipilih mestilah:– Halus– Tua– Benar-benar kering– Contoh kayu : kayu cengal, kayu senda, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu
jelutong. • Pewarna penting dalam mewarnakan ukiran kayu yang terdiri
daripada: – Kunyit– Mirathon– Kiwi – Syelek– Pewarna kimia lain yang boleh didapati di pasaran.
• Terdapat lima jenis silat yang digunakan dalam ukiran tradisional Melayu.– Silat Leper
• Bentuknya menyerupai silat belah rotan, tetapi lebih leper dan rendah.
– Silat Belah Rotan• Berbentuk separuh bulat seperti rotan yang dibelah dua.
– Silat Serong• Diukir secara menyerong, melengkung atau mencuram untuk
menimbulkan bentuk pada bahagian tepi.
– Silat Minangkabau• Bahagian tepi corak silat ini dibentuk menyerong, manakala
bahagian tengahnya dibentuk menajam.
– Silat Dada Tuma• Mempunyai bentuk seperti silat belah rotan, tetapi bahagian tengah
corak itu dilengkungkan.
Corak ukiran
• Motif awan larat merupakan motif yang sering digunakan dalam seni ukiran.
• Motif awan larat diambil daripada gambaran awan yang melarat-larat atau berselerak.
• Corak ukiran kayu dihasilkan dengan mengambil daripada motif flora, kaligrafi jawi, kosmos dan geometri dengan menggunakan konsep awan larat ini melalui kreativiti dan imaginasi yang tinggi.
• Terdapat tiga jenis motif awan larat yang digunakan iaitu awan larat Melayu Asli, awan larat Jawa dan awan larat corak silang.
• Motif awan larat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:– Motif flora
• Bunga-bungaan dan daun-daun.
– Motif fauna• Digunakan sebelum kedatangan islam
– Motif kaligrafi• Diperkenalkan selepas kedatangan islam ke tanah melayu.
– Motif kosmos• Unsur yang melambangkan alam semesta seperti matahari,
bulan, bintang, awan, gunung-ganang dan sebagainya.
– Motif geometri• Berdasarkan rupa geometri dan kadang kala dikaitkan dengan
corak geometri islam.
• Terdapat tiga jenis pola yang sering dihasilkan oleh pengukir iaitu pola bujang, pola pemidang dan pola pelangkap.
• Pola bujang– Dikenali pola putu. Ia adalah daripada jenis tunggal dan
diambil daripada tumbuh-tumbuhan, kosmos atau objek-objek lain.
• Pola pemidang– Dikenali sebagai pola bingkai. Ia sering digunakan pada
bahagian-bahagian rumah tertentu dan juga peralatan-peralatan rumah
• Pola pelengkap– Dikenali dengan nama pola bentuk. Ia merupakan bentuk
ukiran yang lengkap dari segi motif serta gubahannya dan lazimnya digunakan dalam motif-motif flora.
Wau • Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang
tersendiri dan penuh dengan seni halus. • Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah
dan Perlis. • Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri
Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.• Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China
tujuan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
• Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau.
• Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia.
• Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.
• Wau bertujuan untuk replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya atau sebagai cenderahati.
• Ia sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan.
• Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia.
Wau Bulan
Wau Barat
Wau Kucing
Wau Merak
Wau Jala Budi
Wau DaunWau Kenyalang
Wau PuyuhWau Payung Berekor
Alatan dan
Bahan
• Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakang.
• Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan pisau raut digunakan tujuan meraut.
• Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
• Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
• Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.
Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh2. Meraut buluh3. Membuat rangka4. Menampal rangka5. Membuat corak6. Menampal corak7. Memasang teraju
Memilih Buluh
Membuat Rangka
Menampal Rangka
Meraut Buluh
Membuat Corak dan Menampal Corak
Memasang Tali
Patung Wayang Kulit• Wayang kulit sangat terkenal di negeri
Kelantan, Terengganu dan Kedah.• Ia merupakan satu bentuk pementasan yang
menggunakan patung-patung yang diperbuat daripada kulit.
• Patung ini digerakkan menjadi watak dalam cerita dengan sinaran lampu untuk mendapatkan bayangan patung-patung.
• Terdapat beberapa jenis wayang kulit antaranya ialah :– Wayang Kulit Melayu Kelantan
• Ia mendapat pengaruh dari Negara Kemboja oleh orang-orang Patani Thai dan berasaskan jenis Ayong dan Nang Talung.
• Dalang yang memainkan patung wayang kulit ini menggunakan bahasa dialek Kelantan.
– Wayang Kulit Melayu Jawa• Ia berasaskan cerita Mahabarata dan Panji-Panji.
– Wayang Purwa• Terdapat di negeri Johor yang dimainkan oleh orang keturunan
Jawa dan dimainkan dengan bahasa Jawa.
– Wayang Gedek• Dimainkan di negeri Kedah dan Perlis dan menggunakan bahasa
Melayu Kedah.
Wayang Purwa•Terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.
Wayang Gedek•Tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia,terutamanya Kedah dan Perlis.•Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu danjuga Siam tempatan.
Alat Dan Bahan Membuat Patung
Wayang Kulit• Kulit binatang (belulang lembu)• Kertas lakaran• Rotan lembut• Tali tangsi atau benang putih• Rotan • Buluh• Bahan warna
– Merah: Watak Garang– Hijau: Pahlawan– Hitam: Watak Lucu– Kuning: Watak Cantik
Proses Membuat Patung Wayang Kulit
• Penyediaan belulang– Belulang lembu perlu direndam selama tiga hari untuk dikikis
bulunya dan direndam sehari lagi sebelum diregangkan dan dikeringkan.
• Membentuk watak– Setelah itu watak wayang kulit dilukis di atas kertas kemudian
dilekapkan pada kulit yang kering untuk ditebuk atau dipahatkan mengikut lukisan.
• Proses mengapit tulang pemacak– Bentuk watak yang telah siap dipahat akan dikukuhkan
dengan mengapit menggunakan bukuh, kayu atau rotan.• Proses mewarna
– Patung yang telah disiapkan diikat pada tulang pemacak kemudiannya diwarnakan mengikut watak-watak.
Gasing• Gasing berasal dari negara Mekah yang dimainkan
sejak tahun 450 masihi.• Ia dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang
Arab.• Gasing dimainkan sejak zaman kesultanan Melayu
Melaka.• Gasing kekal sebagai warisan budaya Masyarakat
Melayu. • ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan
“kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’.
• Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang.
• Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat.
• Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
• Permainan gasing di Malaysia, dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.
• Kaedah permainan gasing adalah sama di setiap negeri di Malaysia, iaitu cara memusing, memangkah dan membela uri.
• Yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain.
• Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan.
• Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain.
Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu :
– Gasing jantung– Gasing kelawar– Gasing telur– Gasing piring– Gasing kepala– Gasing uri– Gasing leper Kelantan– Gasing kuno– Gasing baba– Gasing tanjung
ALATAN UNTUK MEMBUAT GASING
(MALAYSIA)• Peralatan yang digunakan :
o Pembariso Kertas pasiro Sesikuo Jangka lukiso Ragumo Kikiro Gandino Kakak tuao Apit
oPemutar skruoTukuloGerudioPlayeroGuntingoPadatoKapakoMesin pelarikoGergaji
Bahan yang digunakan :
Jenis kayu keras, liat, dan kuat.
Aktiviti Membuat Anyaman
• Bidang : mengenal kraf tradisional• Aktiviti : anyaman (teknik kelarai)• Alat : gunting, pisau dan
pembaris.• Bahan atau media : pensil, tapak
anyaman(kertas A4), kertas warna dan gam.
Ekspresi kreatif : Guru membimbing murid.Langkah 1 : Memilih media atau bahan gentian. Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara
lipatan dan guntingan.Langkah 2 : Membuat anyaman kelarai bunga mempalas.Langkah 3 : Membuat kemasan pada hasil kerja.