Upload
aaltahani
View
2.248
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
0 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
HBAE3103 KRAF TRADISIONAL
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
1 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
BIL KANDUNGAN MUKASURAT
1 Kenyataan Pengakuan 2
2 Biodata 3
3 Sekapur sirih 4
4 Soalan Tugasan 5
5 Pengenalan 6
6 Perkaitan Budaya 7
7 Fungsi Tikar Mengkuang 8
8 Proses penghasilan Tikar Mengkuang 9
a) Memproses Daunmengkuang 10
b) Proses menganyam 11
c) Ragam hias 13
9 Contoh Kelarai 16
10 Kesimpulan 18
11 Bibliografi 21
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
2 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
KENYATAAN PENGAKUAN
Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar
kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa
segalatugasan untuk subjek HBAE 3103: KRAF TRADISIONAL adalah hasil kerja saya dan
tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya sendiri.
Adalah dimaklumkan bahawa saya;
Item Pernyataan Semakan
1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang
diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik.
/
2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber
atau pelajar lain.
/
3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan
hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan
berkaitan tugasan.
/
4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum
tarikh akhir yang ditetapkan.
/
Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati
tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan
disiplin terhadapan salah laku tersebut.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
3 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
HBAE 3103:
KRAF TRADISIONAL
TUTOR
EN MOHD ZAHARI BIN MAT NOR
SEMESTER
SEPTEMBER 2010
NAMA
AMINUDIN BIN MAT LUDIN
PUSAT PEMBELAJARAN
INSTITUT PERGURUAN IPOH
PERAK
MATRIK KAD
690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
4 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.
Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang amat getir dalam
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan
semuanya itu.
Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal
memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.
Sejunjung kasih dan penghormatan kepada EN MOHD ZAHARI BIN MAT NOR yang
telah memberi tunjuk ajar
Tanpa bimbingan dan teguran serta komennya yang bernas lagi jitu tak mungkin dapat saya
melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangatnya telah
membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik.
Tak lupa bantuan dari sahabat yang sentiasa berada disamping untuk membantu saya
Semoga jasa-jasa ini dapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.
Terima kasih untuk semua.
IIllmmuu aaddaallaahh sseessuuaattuu yyaanngg bbeerrssiiffaatt rroohhaannii ddaann mmeemmppuunnyyaaii kkeekkuuaattaann.. AAlliirraann kkeekkuuaattaann
tteerrsseebbuutt bbeerrttaallii aarruuss ddaann mmeennggaalliirr kkee ddaallaamm jjiiwwaa ppeenneerriimmaa sseetteerruussnnyyaa,, aappaabbiillaa ppuunnccaa aalliirraann
((GGuurruu)) mmeemmiilliikkii kkeekkuuaattaann iillmmuu.. IInniillaahh yyaanngg ddiisseebbuutt oolleehh sseesseetteennggaahh ppiihhaakk sseebbaaggaaii ‘‘GGuurruu
MMuurrssyyiidd’’...
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
5 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
SOALAN TUGASAN
Kraf tradisional merupakan warisan bangsa yang juga pusaka peninggalan nenek moyang kita
suatu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf kaya dengan unsur-unsur budaya yang dihasilkan
mengikut kaedah reka bentuk tertentu dengan bahan yang tidak terhad.
Anda dikehendaki memilih mana-mana kraf tangan Melayu karya tempatan.
(a) Berdasarkan kraf tersebut, buat kajian dan penilaian berdasarkan kriteria-kriteria yang
berikut:
(i) Perkaitan budaya
(ii) Fungsi kraf
(iii) Proses pembuatan/ penghasilan
(iv) Ragam hias
(b) Buatkan satu kesimpulan ilmiah terhadap karya tersebut.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
6 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
PENGENALAN
Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman
berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang
begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja
tangan tradisional ini.
Salah satu warisan seni halus adalah anyaman. Seni anyaman dipercayai bermula dan
berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Menganyam bermaksud proses menjaringkan
atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi,
rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni
anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan
kehidupan.
Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan
anyaman. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya,
kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu
yang masih dikagumi dan digeacmari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah
bermula sejak zaman dahulu lagi di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan
kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. . Ini boleh dilihat pada rumah-
rumah masyarakat zaman dahulu. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas
kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
7 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
PERKAITAN BUDAYA
Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat
resamnya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangannya. Pada zaman dahulu,
kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita sebagai mengisi masa lapang.. Hasil
anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah. Kemahiran menguasai seni anyaman
menunjukkan seseorang wanita itu mempunyai sifat kewanitaan yang sempurna. Anyaman
boleh dihasilkan sendiri tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Hasil anyaman mudah
disimpan dan dibawa kemana-mana kerana bersifat lembut dan boleh digulung. Dapat
memperlihatkan kreativiti dengan penghasilan pelbagai kelarai. Menghargai unsur alam
semulajadi dengan penggunaan bahan dan motif
Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada
zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman
digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon
bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat
aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
8 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
FUNGSI TIKAR MENGKUANG
Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas penggunaannya. Betapapun bersihnya
lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam apabila sesuatu
ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk lazimnya dibentangkan tikar
terlebih dahulu. Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk, ianya juga digunakan
untuk alas tidur, ada juga tikar yang dikhaskan penggunaannya iaitu Tikar sembahyang
lazimnya tikar untuk kegunaan ini mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang
mengerjakan ibadat sembahyang itu. Tikar parudan meurpakan tikar kecil yang digunakan
sebagai tempat menadah isi kelapa yang diparut. Bagi Tikar alas nikah adalah tikar yang
dibuat khas sebagai tempat duduk pengantin lelaki semasa upacara akad nikah. Satu lagi
fungsi tikar mengkuang adalah Tikar jemuran iaitu sejenis tikar yang digunakan khas untuk
menjemur padi.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
9 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
PROSES PENGHASILAN TIKAR MENGKUANG
a) Memproses Daun Mengkuang
Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda, sekurang-kurangnya berusia
kurang dua tahun. Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu yang
sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun dari
cepat layu .Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dan
dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Selepas itu duri di bahagian tulang
belakang(mempulur) daun dibuang.
Daun itu kemudian dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan.
Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama. Daun yang lembut
akan memudahkan proses menjangka.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
10 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Menjangka daun merupakan proses membelah, mengoyak, mencarikkan daun
tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Penggunaan alat ‘jangka’
diperlukan bagi proses ini. Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata
tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahan-lahan
Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering.
Kemudian daun tersebut dilurut menggunakan ‘pelurut’ Proses melurut dilakukan berulang
kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung
Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam.
Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua
malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari.Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam
untuk melunturkan warna asalnya (hijau). Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci
dan dijemur
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
11 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
b) Proses Menganyam
LANGKAH ANYAMAN TIKAR
1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain.
2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling
3. Bilah daun baru ditambah (C)
4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A)
5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2)
6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas
7. Bilah (A1) dilipat ke bawah
8. Bilah (B2) dilipat ke bawah
9. Dua bilah baru ditambah (E dan F)
10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E)
11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
12 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
13 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
c) RAGAM HIAS
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif)
dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam)
sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan
warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Anyaman kelarai
biasanya terancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman Dua jenis warna kontra
digunakan bagi menunjukkan kesan . Susunan warna sesuatu anyaman biasanya dinamakan
‘corak’
Bagi tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai
motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di
dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai
serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk
rebung.
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,
berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga
pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain
termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna
pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak
anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku
keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
14 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar
mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama
yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.
Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
digunakan warna yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu,
atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak.
Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih danberselang-seli ini akan menyerikan
hasil anyaman mengkuang dan pandan.
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di
mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun
susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti
susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
15 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Corak pula lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman
biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara
selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam
dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Contoh corak yang dianyam iaitu:
1. . Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman
warna cerah dan gelap
2. . Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu
mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras
patah.
3. . Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga
mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member gambaran seakan-
akan beras patah.
4. Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang
dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan
putih.
5. Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau
dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk
berdiri dan serong.
6. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah
dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-
petak digunakan adalah campuran merah dan biru.
7. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam
mata sama banyak dan selari.
8. Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna
tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
16 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
9. Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh
ini serta amat digemari oleh para penganyam.
10. Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang
rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.
11. . Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan
biru
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
17 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
18 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
KESIMPULAN
Pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara bentuk yang dicipta malah turut juga
melibatkan adab resam, pantang larang, nilai budi, malah ilmu. Anyaman merupakan kraf
tradisional warisan hasil tinggalan yang perlu diwarisi oleh generasi kini. Anyaman juga
merupakan satu cabaran hidup.
Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi cabaran hidup. ‘Manusia
mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam,tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga;
mongering seterusnya mencipta warna’. Manusia sebenarnya telah melakukan kecergasan
hidup dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun, membetnuk tanah
liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap tujuan dan makna kerja yang
dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan dan kegunaan sehari-hari. Inilah
budaya. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang berpunca daripada kewujudan manusia itu
sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi
makna dan fikiran dalam konteks budaya masyarakat kita. Di sini
Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni anyaman termasuk aktiviti awal dalam
kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan
dalam tradisi istana terutama apabila anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang
lebih mewah seperti tekat benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil yang diwakili
oleh masyarakat nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan,
sayur-sayuran, dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk
menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman. Begitu
juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan buluh, rotan
untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti dan sebagainya.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
19 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima sebagai keseniaan
sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai bahan pelengkap
dalam upacara kelahiran dan kematian. Manik-manik, pakaian, dan sepatu yang berhiaskan
anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia. China, Korea, dan Jepun
menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk kegunaan musim dingin, bakul-
bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas mongering padi, cili dan sebagainya pada
musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan, Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-
bahan anyaman sebagai peralatan penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan
kepercayaan ritual. Dengan lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum.
Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja, misalnya mengikat
senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana ia ringin dan mudah diangkat ke sana
ke mari (seperti bakul, tikar, dan sebagainya), dipakai di kepala sebagai pelindung panas di
lading atau di laut sehingga kemudian dengan sedikit kepintaran mengolah bahan dan
kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan mencipta ragaman bentuk yang jelas pula
menampakkan keunikan sesuatu wilayah budaya yang menciptanya. Ini bermakna senia
anymaan juga melahirkan cirri-ciri peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya.
Disebabkan oleh kelainan gaya, seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi
keindahan atau estetika seni.
.
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBAE 3103: MENGENAL KRAF TRADISIONAL
20 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 6 9 0 1 0 1 0 8 6 9 2 5 0 0 2
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka
Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.
Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Salawati Hj Abdul Wahab (2008) , Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:
Open Universiti Malaysia.
Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur
WEBSITE :
http://anyamanmalaysia.blogspot.com/
http://www.artgallery.gov.my/home
http://hafizmnordin.blogspot.com/2008_09_01_archive.html
http://media.mmu.edu.my/yes/2003/galeri/galeri13.html
http://seniwarisanbudaya.blogspot.com/
http://www.myarthost.com/?L=blogs.blog&article=938