24
KRAF TRADISIONAL (HBAE3103) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE3103 : KRAF TRADISIONAL NAMA : NORISAH @ ANISAH BT HJ. AMIN NO. MATRIKULASI : 720402125160001 NO. KAD PENGENALAN : 720402125160 NO. TELEFON : 0198317180 E-MAIL : [email protected] TUTOR : MOHD SAWARI BIN RAHIM E-MAIL : [email protected] SEMESTER : JANUARI 2014 PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1

Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

Citation preview

Page 1: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103 : KRAF TRADISIONAL

NAMA : NORISAH @ ANISAH BT HJ. AMIN

NO. MATRIKULASI : 720402125160001

NO. KAD PENGENALAN : 720402125160

NO. TELEFON : 0198317180

E-MAIL : [email protected]

TUTOR : MOHD SAWARI BIN RAHIM

E-MAIL : [email protected]

SEMESTER : JANUARI 2014

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1

Page 2: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENDAHULUAN 3

1. PENGENALAN 4

1.1 Definisi Kraf Tradisional 4

1.2 Asal-usul Sejarah Kraf 5

1.3 Kepelbagaian Kraf Tradisional 5

1.4 Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional 5

1.5 Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional 6

2. Kraf Tradisional Ukiran 6

2.1 Definisi Kraf Tradisional Ukiran 6

2.2 Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran 6

2.3 Seni Ukir Islam 7

3. Seni Islam 7

3.1 Konsep seni Islam 8

3.2 Sejarah Kesenian Islam 8

3.3 Falsafah Kesenian Islam 8

4. Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait 9

Dengan Falsafah Islam

5. Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi 13

6 Prinsip Kesenian Orang Melayu

RUMUSAN 16

RUJUKAN 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2

Page 3: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat

baginda (s.a.w.). Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.)

di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa

Melayu (HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Penulisan tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini mengandungi

beberapa tajuk utama yang telah dihuraikan secara terperinci seperti berikut :

Objektif tugasan bagi kursus Kraf Tradisional (HBAE 3103) ini ialah untuk

mengetahui secara jelas tentang seni kraf Melayu, seni Islam, hubungan erat antara seni kraf

Melayu dengan kepercayaannya Islam, bagaimana pengutaraan motif kayu tradisional

Melayu berkait dengan falsafah Islam dan juga bagaimana penjelmaan idea dari motif asal

memenuhi 6 prinsip kesenian orang Melayu.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada

pihak pensyarah iaitu En. Mohd Sawari Bin Rahim dan juga En. Mohd Zahari Bin Mat

Nor, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima

kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk

menjalankan sesi perbincangan.

Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh

kemahiran sebagai guru dari sudut menjelmakan idea dari motif asal memenuhi enam prinsip

kesenian orang melayu. Tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap

agar ia juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut

lain. Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.

Disediakan oleh :

NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 16.03.2014

720402125160001

(Fakulti Pendidikan & Bahasa)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3

Page 4: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

1. PENGENALAN

Kraf tradisional adalah warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu

ketika dahulu. Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang dapat

dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Ia dihasilkan menggunakan

kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu di samping bahan yang digunakan adalah tidak terhad.

Lazimnya kraf tradisional dihasilkan untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian.

Tukang pandai Melayu sentiasa mencipta barang-barang kraf supaya boleh digunakan atau

sebagai bahan yang indah dengan tujuannya yang berbeza-beza. Seni Melayu adalah

penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Terhasilnya

karya-karya ini dengan kuatnya pengamatan atau pemikiran penciptaannya yang dijelmakan

melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam

sehingga wujud kelainan dan keunikan antara karya-karya seni dalam kebudayaan Melayu

dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia dan karya-karya seni kebudayaan

kelompok masyarakat lain yang berhampiran dengannya. Seni kraf Melayu juga

mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya

iaitu Islam. Setelah kedatangan Islam ke rantau Kepulauan Melayu, kepercayaan orang

Melayu telah berubah daripada mempercayai dan memuja patung-patung atau tuhan-tuhan

yang banyak kepada kepercayaan kepada Allah (s.w.t.). Mereka menganggap alam hanyalah

perhiasan yang menyerikan kehidupan sementara di dunia dan menganggap kehidupan yang

kekal abadi adalah kehidupan di akhirat. Dengan itu, para tukang pandai Melayu terus

berusaha menghasilkan ciptaan baru yang bermanfaat kepada kehidupan dunia yang tidak

boleh dipisahkan dengan kehidupan di akhirat. Ini terbukti dengan penggunaan ragam

hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf yang amat jelas menunjukkan ciri-ciri

keislaman. Walaubagaimanapun berdasarkan ajaran agama Islam, rupa figura manusia

atau binatang yang sebenar tidak dibenarkan atau diharamkan ia digambarkan dalam

ragam hias kraf tradisional Melayu.

1.1 Definisi Kraf Tradisional

Ungkapan “Keluaran Kraf Tangan” bermaksud apa-apa keluaran artistic yang

mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu

proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4

Page 5: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

termasuklah apa-apa barang, walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk

pada atau di mana-mana bahagian (Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan

Malaysia 1979).

Dengan itu perkataan ‘Kraf’ adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan

kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah

yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.

‘Tradisional’ pula didefinisikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke

satu generasi.

Seterusnya ‘Kraf Tradisional’ membawa maksud satu aktiviti yang memerlukan

dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti

membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan

lain-lain lagi.

1.2 Asal-usul Sejarah Kraf

Negara kita terkenal dengan pelbagai hasil Kraf Tradisional yang merupakan warisan

negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu

generasi sehingga kini. Walaubagaimanapun, setiap hasil kraf tersebut mempunyai fungsi

tertentu yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan,

kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti alat untuk pertahankan diri; alat

untuk bertani, menamgkap ikan adan membuat pertukangan; alat untuk kegunaan harian; alat

untuk upacara dan istiadat; alat untuk rekreasi; alat muzik untuk persembahan nyanyian,

tarian dan pertunjukan; rumah dan istana untuk kediaman dan juga masjid; pengangkutan air;

dan juga alat untuk perhiasan.

1.3 Kepelbagaian Kraf Tradisional

Kraf tradisional terdiri daripada batik, anyaman, tekatan, tembikar, ukiran, tenunan,

anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan diri.

1.4 Tujuan Mempelajari Kraf Tradisional

Antara tujuan mempelajari Kraf Tradisional ini adalah untuk menanamkan sikap

bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan, tidak lupus ditelan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5

Page 6: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

zaman, menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik, dan juga untuk

merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.

1.5 Kepentingan Mengenali Kraf Tradisional

Terdapat beberapa kepentingan mengenali kraf tradisional antaranya mempelajari

teknik membuat produk iaitu teknik tersendiri yang digunakan bagi tiap-tiap kraf,sebagai

contoh kraf tembikar menggunakan teknik picitan diikuti kepingan dan seterusnya lingkaran

pada tanah liat bagi membentuk objek.

Selain itu, memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam

menghasilkan kraf yang berkaitan sebagai contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan

atau mengkuang bagi menghasilkan objek.

Seterusnya, mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional yang

berbeza-beza sebagai contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

2. Kraf Tradisional Ukiran

Berikut adalah penerangan tentang definisi kraf tradisional dan motif ragam hias yang

terdapat dalam ukiran.

2.1 Definisi Kraf Tradisional Ukiran

Salah satu hasil orang-orang Melayu adalah ukiran kayu yang unik. Ia dapat dilihat

pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan

harian.

Ukiran didefinisikan sebagai mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan

menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’. Ukiran juga merupakan hasil

rupa tradisi Melayu yang terulung.

Terdapat dua faktor utama ukiran menjadi hasil rupa tradisi Melayu terulung

iaitu keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai bahan

binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan. Faktor berikutnya adalah kekayaan tumbuh-

tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan

motif ukiran kayu. Ini adalah didorong oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan,

cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan.

Antara bentuk-bentuk ukiran kayu Melayu adalah mementingkan sifat gerak yang

bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku., mempunyai imbangan

sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif., manakala bentuk dan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6

Page 7: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

motifnya adalah terkawal dengan keadaan yang sederhana tanpa wujud unsur yang

berlebihan.

Ukiran kayu Melayu amat menyerlah penyataan daya ciptanya dalam bentuk tampak

sepertimana yang terdapat pada barang-barang kegunaan harian dan seni bina. Sebagai

contoh binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan

harian.

2.2 Motif Ragam Hias Yang Terdapat Dalam Ukiran.

Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran kayu Melayu adalah seperti berikut :

i. Ukiran flora terdiri daripada daun dan bunga. Daun pula terdiri daripada bayam

kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung,

pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan

lain-lain. Manakala Bunga pula terdiri daripada cempaka, ketumbit, kecubung,

kundur, kala bukit, kemunting, kedup, ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai,

manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain.

ii. Seni khat terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.

iii. Fauna terdiri daripada itik pulang petang.

iv.Awan Larat terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat

ditiup angin sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah.

v. Kosmos terdiri daripada matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan

lain-lain.

vi.Geometri terdiri daripada corak berupa corak geometri, unsur lain yang disusun

dalam rupa bentuk geometri, huruf-huruf Arab dan tulisan jawi.

2.3 Seni Ukir Islam

Seni ukir Islam jelas dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu di seluruh

Nusantara. Kalimah-kalimah seperti Allah, Muhammad dan Bismillah sering menjadi bahan

ukiran pada kayu yang diletakkan di pelbagai tempat dalam rumah, masjid dan lain-lain

institusi yang ada hubungan dengan agama dan adat budaya setempat. Konsep ukiran teratai

umpamanya banyak ditemui dalam ukiran-ukiran pada mimbar masjid. Ukiran ini

membuktikan penghayatan Islam orang-orang Melayu sudah dibudayakan dalam seni ukir.

Kelopak teratai berkembang yang melambangkan Rukun Islam atau Rukun Iman yang

tercantum harmoni dalam satu ikatan tauhid. Orang Melayu turut merealisasikan citra

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7

Page 8: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

keislamannya dalam ukiran-ukiran di batu nisan, seni bina wakaf, seni ukir pada perahu, keris

dan sebagainya. Namun tidak dinafikan adanya percampuran antara seni Melayu tradisional

dengan unsur-unsur ajaran Islam yang dilambangkan dalam ukiran seperti ukiran pada

perahu. Terdapat ukiran-ukiran yang berunsur Islam tetapi ada juga adat-adat pemujaan

pantai terus diadakan di mana pawang perahu memainkan peranan yang penting. Dalam

pemujaan, kepala perahu, biasanya wajah burung bangau akan dikalungi bunga. Bangau

lambang kuasa menangkap ikan dan mempunyai hubungan dengan dewa-dewa di laut (Nik

Hasan Shuhaimi 2000).

3. Konsep Seni Islam

Seni dari sudut literal ialah halus, indah atau permai. Manakala dari segi istilah, seni

ialah segala yang halus, indah dan menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam

pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik, suci, berguna, bermanfaat

serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.

Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati

keindahan tersebut. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati.

Allah (s.w.t.) adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia. Imaginasi dan

keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah (s.w.t.).

Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 perkara iaitu seni ciptaan Allah dan seni ciptaan

manusia.

3.1 Sejarah Kesenian Islam

Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang

telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah (s..w.t.).

Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud (a.s.) diikuti puteranya

Nabi Sulaiman (a.s.). Seterusnya berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w.),

kemudian diikuti zaman selepas kewafatan baginda (s.a.w.) sehinggalah masa kini. Kesenian

Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber

Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.

3.2 Falsafah Kesenian Islam

Falsafah seni dan budaya dalam Islam adalah bertitik tolak daripada akidah tauhid.

Al-Qur’an yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8

Page 9: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) bersifat dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi

Maha Indah. Maksud tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam

Islam di sini ialah sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah

(s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah.

4. Pengutaraan Motif Ukiran Kayu Tradisional Melayu Berkait Dengan Falsafah

Islam

Abdullah bin Muhamed yang pernah berkhidmat sebagai guru agama di Maktab

Sultan Ismail, Kota Baharu pada awal tahun 1956 telah membincangkan persoalan konsep

bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai keagamaan. Beliau

mengatakan bahawa keindahan dalam karya seni orang Melayu adalah berteraskan kepada

pangkalan atau bertitik-tolak kepada aqidah ketuhanan. Sebagai umat Islam haruslah

menghargai keindahan ciptaan Allah (s.w.t.) yang boleh membawa kepada pertambahan dan

pengukuhan keimanan kepada Allah.

Sebagai contoh beliau telah mengutarakan falsafah Melayu Islam dalam seni

ukir motif tradisional Melayu. Pengutaraan falsafah yang diutarakan oleh beliau telah

menjadi panduan kepada pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji falsafah motif dan

kepentingan dalam masyarakat Melayu.

Ia bermula dengan pendekatan falsafah bunga atau motif bagi kraf tradisi

Melayu ialah tumbuh berpunca, punca penuh rahsia, tajam tidak menujah lawan dan lilit

tidak memaut kawan. Tumbuh berpunca menunjukkan kepada kita tentang berpunca dari

Allah . Zat Allah tidak dapat digambarkan dan difikirkan oleh akal manusia.

Kemudian punca penuh rahsia. Rahsia dalam bahasa Arab disebut ‘Sirr’ iaitu Zat

Allah dan sifatnya yang disebut ‘Benih Alam’. Dari rahsia itu muncullah ‘Benih Alam’ dan

dengan sifat ‘Allah Yang Indah dan Cintakan Keindahan’. Para pengukir melihat alam yang

indah dengan pandangan ‘Syuhud’ (iaitu melihat dengan akal dan kalbu) yang pada hakikat

sebenarnya “Melihat Keindahan Allah”. Bunga-bungaan, daun-daunan yang melihat adalah

pancaran keindahan Allah. Apabila melihat dengan ilmu dan melihat dengan iman, maka

timbul rasa taqwaan terhadap Allah. Pandangan syuhud akan menimbulkan penghayatan.

Penghayatan menyedari hakikat kebesaran dan kemuliaan Allah sebagai pencipta Maha

Agung dan Maha Esa.

Seterusnya tajam tidak menujah lawan dan lilit tidak memaut kawan pula

menunjukkan alam mewarisi kedu-dua sifat tersebut tetapi sifat indah itu lebih nyata dan sifat

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9

Page 10: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

kehebatan itu tersembunyi. Bagi insan yang pengasih, tenang dan mencintai keindahan, sifat

kehebatan akan terus terpendam dalam jiwanya. Para pengukir adalah insan yang melihat alat

dengan ‘syuhud’. Mereka mencintai keindahan dan mengharapkan keindahan dan

keharmonian. Kerana alam ini datang dari Allah.

Beliau membicarakan bahawa setiap motif bunga mempunyai susun galur yang

berpunca dari benih-benih tertentu. Lihat rajah berikut :

Rajah 1 : Susun galur setiap motif bunga

Permulaan benih tertutup :

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10

Page 11: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Rajah 2 : Susun galur setiap motif bunga

Permulaan dari dua benih nyata

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11

Page 12: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Rajah 3 : Susun galur setiap motif bunga

Permulaan dari benih bunga

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12

Page 13: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Rajah 4 : Susun galur setiap motif bunga

5. Penjelmaan Idea Dari Motif Asal Memenuhi 6 Prinsip Kesenian Orang Melayu

Terdapat pelbagai motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif

fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motifeometrid dan motif seni khat atau

kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek

disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan

larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan,

segitiga serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakan ukiran yang dihasilkan oleh orang

Melayu adalah melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang berlandaskan agama Islam.

Rumah-rumah orang Melayu biasanya terdapat ukiran khat pada ambang pintu rumah,

tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Semua ini

meunjukkan seni keislaman. Selain itu, masjid atau surau juga sering diukir pada kayu

dengan ayat-ayat Al Quran kemudian diletakkan di dinding. Selain itu ukiran motif pelbagai

diukir pada mimbar masjid atau surau.

Berikut adalah ukiran yang menunjukkan bagaimana idea motif itu dijelmakan dan

ditafsirkan, seterusnya apakah pengaruh yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13

Page 14: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Ukiran 1 :

Rajah 5 : Ukiran tebukan timbul

(Sumber : http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea )

Ukiran di atas dikenali dengan ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif

arabes kemudian menggabungkan unsur flora dan geometri. Terdapat pada ukiran akan ciri-

ciri kosmos yang berbentuk bintang. Corak ukiran disusun dengan indah, teratur dan ada

keseragaman. Ini menunjukkan pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah (s.w.t.) yang luas

ini dan menterjemahkannya melalui motif tersebut. Pengukir juga amat menghayati

kebesaran Ilahi dan amat mengagungkan kehebatan Allah (s.w.t.) termasuk mengagumi

setiap ciptaan Allah (s.w.t.) dan mengakui bahawa setiap yang diciptakan-Nya mempunyai

fungsi masing-masing. Ini menunjukkan kepada kita bahawa suatu konsep yang bercirikan

Islam itu penting dalam penghasilan seni ukiran kerana ia mewujudkan perasaan tenang,

aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Menurut Norashikin Mohd

Bani (2002), pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam..

Justeru, pengukir tidak dibenarkan menyalahi tuntutan syariat agama Islam seperti

menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa kerana ia

diharamkan dalam Islam. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi

seperti unsur-unsur penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan

manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif

kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam

Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14

Page 15: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi

sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002).

Ukiran 2 :

Rajah 6 : Ukiran jenis tebuk tembus

(Sumber : http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-

and.html )

Ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak di atas adalah

bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seni khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering

menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah agama, dan segelintir rumah

orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur Tengah.Ukiran tersebut

mampu mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya apabila menyedari bahawa Allah

(s.w.t) itu menyukai sesuatu yang indah, bersih dan suci. Dengan itu, ukiran-ukiran dari

pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata

hikmat yang mampu menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin et. al.,

2001). Adat resam dan budaya masyarakat Melayu turut mengajar anak-anak supaya

mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian serta

menerapkan keimanan dalam jiwa melalui penghayatan kepada agama Islam.

RUMUSAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15

Page 16: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya

kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita masa

dahulu. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan

kepercayaannya iaitu Islam, namun tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh

kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu. Tujuan mempelajari

kraf tradisional adalah untuk menanamkan sikap, menyedarkan pelajar agar ia tidak akan

lupus, menyedari bahawa ia mempunyai nilai estetik dan seterusnya merasa bangga dengan

warisan negara. Kepentingan mengenali kraf tradisional adalah untuk mempelajari teknik,

memahami bahan-bahan semulajadi yang digunakan dan juga mengetahui nama pada corak

ragam hias kraf tradisional. Selain itu, falsafah seni dan budaya dalam Islam adalah

bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Qur’an yang merupakan sumber kepada

pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.) bersifat

dengan segala kesempurnaan, Maha Suci lagi Maha Indah. Seterusnya, wujud pelbagai

motif untuk menghasilkan ukiran antaranya motif flora, motif fauna, Arabes, motif

angkasa atau kosmos, motif eometrid dan motif seni khat atau kaligrafi yang

menggunakan huruf Arab. Proses penjelmaan idea adalah berunsurkan objek disekeliling

mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang

terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga

serta tulisan ayat Al Quran.

RUJUKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16

Page 17: Tugasan Kraf Tradisional HBAE 3103 (Norisah @ Anisah Binti Hj Amin)

KRAF TRADISIONAL (HBAE3103)

Abd. Aziz Deraman, (1977). Islam dan Kebudayaan Melayu, Kuala .Lumpur : Dewan

Bahasa & Pustaka.

Ismail R.Al Faruqi & Loui Lamya Al Faruqi (1992). Atlas budaya Islam, Ed Terjemahan BM,

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mana Sikana (1966). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &

Pustaka.

Mustafa Haji Daud (1991) Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

Othman Yatim (1989) Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zulkifli Hanafi, (2000). Pola-pola hiasan di dalam Bangunan Tradisi melayu, Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17