27
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA : HEMRAN BIN KADAR NO. MATRIKULASI : 740707135747002 NO. KAD PENGENALAN : 740707135747 NO. TELEFON : 0138124190 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM MIRI, SARAWAK

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

  • Upload
    doandan

  • View
    238

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

HBML4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA : HEMRAN BIN KADAR

NO. MATRIKULASI : 740707135747002

NO. KAD PENGENALAN : 740707135747

NO. TELEFON : 0138124190

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : IPGM MIRI, SARAWAK

Page 2: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2

Isi kandungan tugasan

Isi kandungan Muka surat

1.0 Penghargaan ------------------------------- 3

2.0 Abtrak ------------------------------- 4

3.0 Pengenalan ----------------------------- 5-6

4.0 Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan

bahasa Melayu moden dari segi morfologi

----------------------------- 6 - 14

5.0 Perbezaan bahasa Melayu klasik dengan

bahasa Melayu moden dari segi sintaksis

----------------------------- 15- 22

6.0 Rumusan ----------------------------- 23

7.0 Bibliografi ----------------------------- 24

8.0 Lampiran ----------------------------- 25-26

Page 3: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

3

Penghargaan Terima kasih kepada Puan Hajah Ainah Binti Julhee , tutor bagi subjek

HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, di atas segala tunjuk ajar

mengenai subjek ini mahupun mengenai tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau tidak mungkin

rasanya saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa, terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi

sokongan moral dan memahami situasi saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Rakan-rakan yang juga memberi sokongan moral , menyokong sama ada

secara langsung dan tidak langsung ketika saya amat memerlukan untuk menyiapkan

tugasan ini.

Terima kasih kepada semua.

HEMRAN BIN KADAR

740707135747

Page 4: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

4

ABSTRAK

Dalam usaha memahami lagi kewujudan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu

Moden, mengetahui perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan moden pada setiap masyarakat

haruslah dibincangkan. Bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai peranan dan kelebihannya

tersendiri sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana

setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya negara Jepun dengan bahasa Jepunnya,

negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan negara Perancis dengan bahasa Perancisnya.

Bahasa Melayu berperanan sebagai alat memperkasa dan perakuan kejatidirian bangsa Malaysia

demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam

Wawasan 2020. Namun kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan hanyut dek arus

pemodenan serta asakan gelombang globalisasi dan seakan-akan kehilangan jati diri sebagai

lambang bahasa bangsa Malaysia.

Tugasan ini membincangkan tentang perbezaan antara bahasa Melayu kasik dan bahasa

Melayu moden yang menyebabkan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-

bahasa lain di dunia dan peranan-peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa

Malaysia melalui bahasa Melayu klasik dan moden.Dalam tugasan ini saya juga cuba

memaparkan perbezaan bahasa melayu klasik dengan bahasa Melayu moden dari segi morfologi

dan sintaksis berserta contohnya.

Page 5: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

5

Pengenalan

Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu

moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan masyarakat

melayu ketika sastera itu dilahirkan.Bahasa Melayu moden dan klasik mempunyai perbezaan

dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan analisis yang sistematik. Awang

Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa

Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik

dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini

diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan

Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya Bahasa Melayu Klasik pula

memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat

kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan

lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga

menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa

Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan

ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah

sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa

Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama,

undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan

politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa

Arab dan Parsi.

Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang

tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua

dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah ‘Aqai’id al-Nasafi. Kitab ini membicarakan

tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori

cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang

ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Ini

merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi

bahasa ilmu.

Page 6: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

6

Bahasa melayu moden pula mempunyai makna yang khusus bagi menilai perkembangan

sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan tradisi dalam

perkembangan Bahasa Melayu.Menurut Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail Dahaman

2007, pemodenan bahasa ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju

sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa

yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi bentuk-bentuk

moden dalam wacana Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata

Bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata

baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang

digunakan dalam wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata

khusus, struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks. Pemodenan bahasa dapat

dilihat dari segi fungsi Bahasa Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa

lingua franca kemudian berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui

pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut perkataan (morfologi)

Menurut Nik Safiah Karim (1996), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,

bentuk dan penggolongan kata. Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa

Melayu Moden berdasarkan Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana’

daripada sudut perkataan (morfologi).

Page 7: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

7

1. Perbezaan dari segi penggunaan imbuhan

Kebanyakan imbuhan ‘ ber’ dan ‘an’ yang sering digunakan dalam bahasa Melayu klasik dalam

Hikayat Seri Rama manakala dalam bahasa Melayu moden menggunakan 4 jenis imbuhan iaitu

awalan,akhiran,sisipan dan apitan.

Contoh perbezaan penggunaan imbuhan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu

moden:

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Bertari-tari Menari-nari

Berlompat-lompat Melompat-lompat

Berseru-seru Menyeru-nyeru

Dengar-dengaran Kedengaran

Contoh ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik:

Contoh-contoh imbuhan bahasa Melayu moden:

Awalan Akhiran Sisipan Apitan

di- -an -el- Per-……-an

Per- -kan -er- Ke-…….-an

Ter- -man -em- Me-…….-kan

Ber- -wati -in- di-………-kan

Men- -i Ber-……-an

Maka kamu kedua bertari-tari dan berlompat-lompat di hadapan rumah Seri Rama.

Maka iapun berseru-seru minta tolong.

Page 8: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

8

2. Perbezaan dari segi penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama

Kebanyakan kata nama am, khas dan kata ganti nama dalam bahasa melayu klasik menggunakan

gelaran dalam bahasa istana serta gelaran dalam bahasa sankrit manakala bahasa moden banyak

menggunakan gelaran yang lebih moden dan tidak dipengaruhi oleh bahasa istana dan bahasa

sankrit.

Contoh- contoh penggunaan kata nama am, khas dan kata ganti nama:

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Mahaloka Binatang

Perjangga Sura Dr Ali

Seri rama Bertapa Dato

Kijang emas Proton Wira

Maharaja Rawana Sultan Pahang

engkau dia

Kamu berdua Mereka berdua

Contoh penggunaan kata nama dalam bentuk ayat yang digunakan dalam bahasa

Melayu klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya.

Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama

Bertapa itu, serta ia bertitah:”Hai, Mahaloka dan Perjangga Sura, pergilah engkau kepada

tempat Seri Rama duduk itu.

Page 9: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

9

3. Perbezaan dari segi kata kerja

Kebanyakan kata kerja bahasa Melayu klasik diletak perkataan ‘lah’ dan ‘nya’ manakala dalam

bahasa melayu moden tidak terdapat penambahan perkataan tersebut.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

pergilah pergi

sampailah sampai

berjalanlah berjalan

tangkaplah menangkap

berbunyilah berbunyi

sujudlah sujud

Contoh penggunaan kata kerja dalam Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi

dilarikan oleh raja Rawana:

4. Perbezaan dari segi kata adjektif

Kata adjektif bahasa klasik sukar untuk dikenalpasti kerana tidak banyak didahului oleh kata

penguat dan imbuhan berbanding dengan kata adjektif bahasa Melayu moden yang mudah

dikenali apabila didahului kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling,agak, benar

dan sebagainya.

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Kijang emas Kijang berwarna emas

Kijang perak Kijang berwarna perak

Suara raksasa Suara yang kuat

Terlalu jahat Sangat jahat

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

(Perenggan 3, baris 1)

Page 10: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

10

Terlalu miskin Sangat miskin

Rata yang sakti ajaib

Terlalu besar Sangat besar

Contoh ayat:

5. Perbezaan dari segi kata bilangan

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Setelah beberapa lamanya Beberapa minggu lepas

Dua ekor itu Dua orang

Bukan barang-barang Barang-barang itu kepunyaan dia

Kalau-kalau pertama

Empat orang hambanya semua

Contoh ayat bahasa Melayu klasik:

“Aku seorang berahmana terlalu miskin dan tiada aku dapat lalu dari sini kerana garis

Laksamana ini. Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar

garis itu sedikit, terlalu besar pahalanya tuan puteri”.

Maka Laksamana pun berjalan dengan empat orang hambanya.

Page 11: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

11

6. Perbezaan dari segi penggunaan perkataan Bahasa Istana

Bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Perbezaan dapat dilihat dari segi

penggunaan perkataan dan sistem panggilan kepada seseorang.

Contoh:

sembah, beta, titah, berangkat, gering dan sebagainya.

.

Dalam hikayat yang saya kaji, bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera,

kebanyakan cerita berkisar kepada kisah dan peristiwa yang dialami dalam kalangan raja di

istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak

memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yangmempunyai pelbagai larasnya, sesuai

dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu Klasik(Istana) Bahasa Melayu Moden

Bertitah Berkata

Hamba Aku

Laksamana Menteri pertahanan

Tuanku Panggilan untuk raja

Paduka Bahasa Istana

Kekanda Panggilan untuk suami (Raja)

Adinda Panggilan untuk isteri (Permaisuri)

Contoh ayat :

“ Hai adinda Laksamana, suaranya saudara tuan hamba itu. Ia minta tolong

bunyinya.”

Page 12: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

12

7. Perbezaan penggunaan Kosa kata klasik dan moden

Kosa kata bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi oleh kosa kata Sankrit, Arab dan Parsi.

Kosa kata klasik Kosa kata moden

Bertapa Mengasingkan diri

Menunggui Menunggu

Menaruhkan Memperjudikan

Sakti Luar biasa

Contoh ayat:

8. Perbezaan penggunaan Kata pangkal ayat ( perdu ayat)

Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan perkataan seperti itu bukan sahaja digunakan untuk

memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam

perenggan.Dalam bahasa Melayu moden tidak terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang

sedemikian.

Kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik Kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden

Adapun Pada zaman dahulu

Setelah beberapa lama Pada suatu hari

Maka Dalam pada itu

Alkisah Pada kedinginan malam

Sebermula Bermulalah cerita

Maka kata laksamana: “ Hamba menangis ini, oleh kerana harap paduka kekanda akan

hamba menaruhkan tuan hamba dan sekarang tak dapat tiada hamba pergi, kerana kata tuan

hamba itu”.

Page 13: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

13

Contoh penggunaan ayat:

9. Perbezaan penggunaan Partikel @ kata penegas

Kata Penegas bahasa Melayu Klasik Kata Penegas bahasa Melayu Moden

Jadikan dirimu Siapakah yang datang itu?

Sudah jauh daripada rumahnya Apatah nasib kita.

Masuklah Pemuda itulah tunangnya.

Sangatlah Kami juga ingin ke sana.

Batu pun habis terpelanting Hamid memang kuat makan.

Contoh ayat:

10. Perbezaan penggunaan Kosa kata daripada bahasa Arab dan Sanskrit

Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di

kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruhdaripada kedua-dua

bahasa ini.

Arab:

Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dan lain-lain.

Sanskrit:

Dosa, pahala, raja, dan lain-lain.

Setelah beberapa lamanya, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama

Bertapa itu.

Setelah datang rata itu, maka ia pun naiklah ke atas ratanya itu.

Page 14: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

14

Klasik:

berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutumanikam (batu permata) masygul (dukacita,

sedih)ceritera (cerita) amarah (marah) dan sebagainya.

Kosa kata bahasa klasik(Arab) Kosa kata bahasa melayu moden

Sujudlah Sujud

Allah Taala Allah

Daulat Daulat

Pahala Pahala

Contoh ayat:

11. Perbezaan dari segi tanda baca

Tanda baca bahasa melayu klasik:

Setelah demikian itu, maka Laksamana pun turun, lalu ia mengelilingi rumah Sita Dewi, seraya

ia menggaris tanah dengan telunjuknya seraya katanya: “ Hai, Bumi, pertaruhkulah Sita Dewi

kepadamu. Adapun barang siapa akan melangkah garis ini, tangkap olehmu kakinya.”

Tanda baca bahasa melayu moden:

“Cepatnya sampai…..”kataku sambil ketawa. Suhada berjabat tangan dengan Samad dan

Profesor Sastera itu.

Jikalau ada kurnia tuan puteri, mintalah hamba, unjukkan olehmu keluar garis itu sedikit,

terlalu besar pahalanya tuan puteri.

Page 15: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

15

“Mengapa tak naik ke atas dulu?” Tanya Suhada kepada mereka. (Petikan dari novel Mendung

Mengelubungi Melaka)

12. Perbezaan dari segi penggunaan kata pinjaman

Bahasa Melayu klasik banyak membuat kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi manakala

bahasa Melayu moden banyak menggunakan kata pinjaman bahasa Inggeris.

Contoh kata pinjaman bahasa Melayu klasik:

Sujudlah (perenggan 3, baris 1), sakti (perenggan 18, baris 6),

raksasa (perenggan 8, baris 3

Contoh kata pinjaman bahasa Melayu moden:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu moden

Book Buku

Lamp Lampu

Ball Bola

Mind Minda

Bus Bas

Taxi Teksi

Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dan moden daripada sudut ayat (sintaksis)

Menurut Dr Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendifinisikan bahawa

sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum yang menentukan

bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Saya akan membuat perbezaan bahasa Melayu klasik bahasa Melayu Moden berdasarkan

Hikayat Seri Rama ‘Puteri Sita Dewi dilarikan oleh raja Rawana’ daripada sudut ayat(Sintaksis):

Page 16: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

16

1. Perbezaan dari segi permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita.

Bahasa Melayu klasik biasa menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita

dengan perkataan adapun, maka,sebermula, arakian, hatta dan lain-lain manakala bahasa melayu

moden menggunakan permulaan ayat dan pengenalan sesuatu cerita dengan perkataan pada suatu

hari, dalam kedingingan malam, pada suatu malam,sejak tadi lagi dan sebagainya.

Contoh permulaan ayat bahasa Melayu Klasik:

Contoh permulaan ayat dalam cerita Bahasa Melayu Moden:

2. Perbezaan dari segi penutup cerita

Bahasa Melayu klasik biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti maka sembahnya, setelah

demilian, setelah dayang itu mendengar,maka jadi terlepas hajatnya semuanya dan sebagainya.

Bahasa Melayu moden biasa mengakhiri cerita dengan ayat-ayat seperti selang tiada beberapa

minggu lepas, akhirnya aku teringat Suhada, begitulah riwayat, oleh itu jangan lepaskan peluang

dan sebagainya.

Adapun Maharaja Rawana pun menyuruh mengambil ratanya. Setelah datang rata itu,

maka ia pun naiklah ke atas rata itu. Maka Mahkota dan Perjangga Sura pun naiklah

ke atas rata bersama-sama dengan maharaja Rawana. Maka ia pun terbanglah dari

Langkapura.

Kabus tebal mengelubungi Selat Melaka sebentar tadi sudah mulai tersingkap,

ditembusi pancaran sinar matahari pagi.

Sejak tadi lagi mata Hemran terpaut kepada nona yang berpakaian congsam itu.

Page 17: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

17

Contoh penutup cerita Bahasa Melayu Klasik:

Contoh penutup Bahasa Melayu Moden:

3. Perbezaan dari segi penggunaan ayat majmuk.

Ayat majmuk bahasa melayu klasik lebih panjang, bertela-tela dan kata-kata yang tidak

berfungsi dalam penulisan.

Contohnya ayat majmuk bahasa Melayu klasik:

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

Setelah demikian itu, maka ia pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.

Setelah demikian, maka Sita Dewinpun berdiri di dalam garis, maka tangannya

diunjukkannya keluar garis itu kepada berahmana. Maka ditangkapnyanakan tangan Sita

Dewi oleh berahmana itu, lalu ditariknya dan diterbangkannya ke udara. Maka Maharaja

Rawana dan Sita Dewi diterbangkan oleh rata yang sakti hingga sampai ke negeri

Langkapura.

Ketika mataku mulai mengantuk dan ingatanku mulai melayang, aku merasa badanku

disentuh orang. Aku membuka mata. Di dalam suasana yang samar-samar itu, aku

melihat suhada sedang menarik gebar di hujung kakiku. Dia menyelimuti seluruh

tubuhku. Aku membiarkannya. Aku merasa semacam kebahagiaan menyelinap ke dalam

dadaku. Oh Tuhan…..(Petikan dari novel ‘Naga-Naga’)

Page 18: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

18

Ayat majmuk bahasa Melayu moden lebih pendek, bermakna dan kata-kata yang berfungsi

dalam penulisan.

Contoh ayat majmuk bahasa Melayu moden:

Johari cukup taat mengaji dan sembahyang. Sudah setahun lamanya ia tidak jauh

daripada tikar sembahyang, menjauhkan dirinya daripada takbur dan ria, bersedap-

sedap di atas dunia dan membuat pekerjaan-pekerjaan yang melalaikan.

4. Perbezaan dari segi struktur ayat.

Ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik lebih panjang, berulang-ulang dan berbelit-

belit,gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung

yang tertentu, terutamanya"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda

koma bertitik sahaja.

Contoh struktur ayat bahasa Melayu klasik:

5. Perbezaan dari segi ayat atau klausa yang terbalik

Dalam bahasa Melayu klasik terdapat ayat atau klausa songsang dengan predikat di depan kesan

daripada pengaruh tatabahasa Arab.

Contoh:

Setelah Seri Rama sudah jauh daripada rumahnya, maka Maharaja Rawana pun

tersembunyi di dalam hutan.

Maka kata Laksamana: “Bahawa paduka kekanda itu tiada dapat dibunuh oleh segala

manusia dan segala binatang yang di dalam hutan itu dan jikalau patik tinggalkan tuan

puteri, kalau-kalau datang sesal pada patik.”

Page 19: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

19

Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan

fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks,

yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.

Contoh struktur ayat bahasa melayu moden:

Air di permukaan tidak lagi tenang seperti di mana-mana pun tiada lagi ketenangan.

6. Perbezaan dari segi ragam ayat pasif.

Ragam ayat pasif dalam bahasa Melayu klasik lebih mengutamakan objek di depan ayat.

Contohnya ragam ayat pasif bahasa Melayu klasik:

Maka seorang engkau jadikan dirimu kijang emas dan seorang engkau jadikan dirimu

kijang perak.

Contoh ayat pasif bahasa Melayu moden:

Rumah itu telah dibeli oleh ayah setahun yang lalu.

7. Perbezaan dari segi penggunaan penanda wacana

Penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu klasik biasa menggunakan perkataan

maka, setelah itu, adapun,Arakian, hatta, alkisah, syahadan, sebermula, kalakian,dan sekali

peristiwa.

Contoh ayat dalam penggunaan penanda wacana bahasa Melayu klasik:

Adapun Maharaja Rawana pun………..

Setelah beberapa lamanya……………..

Setelah dilihat oleh isterinya……………

Setelah demikian, maka Sita Dewi pun berdiri di dalam….........

Page 20: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

20

Contoh penanda wacana atau kata pangkal ayat bahasa Melayu Moden ialah selain itu, justeru

itu, di samping itu, oleh itu, walaubagaimanapun, sungguhpun begitu dan sebagainya.

8. Perbezaan dari segi penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’

Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah, sujudlah dan sebagainya.

Maka ia pun terbanglah dari Langkapura.

Maka Mahaloka dan Perjangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.

9. Perbezaan dari segi penggunaan ayat perintah atau ayat larangan yang songsang

digambarkan melalui satu suruhan atau cadangan.

Contoh ayat perintah songsang bahasa Melayu Klasik:

Maka kata Laksamana”Ya, tuanku jangan tuanku dengar-dengaran itu. Akan bunyi suara itu,

bukan suara kekanda. Adapun suara itu suara raksasa, yang diam di dalam hutan juga.”

Contoh ayat perintah bahasa Melayu moden:

Wahai tuan, suara yang tuan dengar di dalam hutan itu bukan suara tuan tetapi suara raksasa

yang tinggal di dalam hutan itu.

Ali seorang guru SK Senadin. Oleh itu, beliau telah membeli rumah di

kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau sering tiada di rumah.

Page 21: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

21

10. Perbezaan dari segi penggunaan kata sendi nama secara umum.

Dalam bahasa Melayu klasik penggunaan kata sendi nama secara umum digabungkan

dengan kata adjektif manakala penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden

digabungkan dalam bentuk separa dengan menggunakan kata hubung seperti, dan, atau, tetapi.

Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu klasik:

Setelah beberapa lama, maka Maharaja Rawana pun sampailah dekat tempat Seri Rama

Bertapa itu, serta ia bertitah….(perenggan 2 ayat 1)

Contoh penggunaan kata sendi nama secara umum bahasa Melayu moden:

Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota Melaka.

Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan.

11. Perbezaan dari segi pola ayat dasar

Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik lebih mudah.Subjek yang digunakan biasanya

menggunakan nama khas.Pola ayat dasar bahasa Melayu klasik sukar untuk dikembangkan.

Manakala pola-pola ayat dasar bahasa Melayu moden lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau

ayat majmuk, ayat pendek atau panjang,ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu klasik dalam Hikayat Seri Rama:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat

1. FN + FN Dirimu Kijang emas

2. FN + FK Maharaja Rawana Menyuruh

3. FN + FA Seri Rama Sudah jauh

4. FN + FS Perjangga Sura Naiklah ke atas

Page 22: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

22

Contoh pola ayat dasar bahasa Melayu moden:

Pola Jenis pola Subjek Predikat

1. FN + FN Encik shari Ejen insuran

2. FN + FK Dia Menjerit kesakitan

3. FN + FA Budak itu Sangat nakal

4. FN + FS Pejabat saya Di kuala Lumpur

12. Perbezaan dari segi penggunaan kata kerja asal

Dalam bahasa Melayu klasik kebanyakan semua kata kerja asal diberi imbuhan manakala bahasa

Melayu moden kata kerja asal ada yang tidak berimbuhan yang boleh terdiri daripada kata kerja

tak transitif dan kata kerja transitif.

Contoh kata kerja asal yang diberi imbuhan dalam bahasa Melayu Klasik:

Naiklah (perenggan 1,baris 2), terbanglah(perenggan 1, baris 4), panahnya(perenggan 5, baris

2), sujudlah(perenggan 2, baris 4) dan sebagainya.

Contoh kata kerja asal yang diguna dalam bahasa Melayu moden:

1. Adik kecil tidur.

2. Para penonton ketawa.

3. Kakak mandi di kolam renang.

Page 23: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

23

Rumusan

Berdasarkan hasil analisis perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden

sememangnya banyak terdapat perbezaan daripada sudut perkataan (morfologi) dan

ayat(sintaksis). Walaubagaimanapun masih terdapat frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan

frasa sendi nama dalam kedua-dua bahasa.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai

binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya, sesuatu ayat boleh di perluaskan

dengan unsur frasa-frasa yang boleh diubah peranannya dalam ayat.

Menurut Asmad (1990) dalam bukunya Budaya (II) Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa

Melayu moden merupakan gambaran bagi semua aspek kehidupan sesuatu Negara. Pada

hakikatnya ia adalah proses kesinambungan sejarah yang berterusan. Kewujudan bahasa moden

adalah lanjutan daripada perkembangan bahasa melayu klasik. Bahasa melayu moden menerima

warisan bahasa daripada bahasa melayu klasik sebelumnya dan bahasa melayu moden kini

mewariskan hasil karya-karya pada masa akan datang.

Bahasa adalah satu cirri budaya yang penting kerana ia adalah alat komunikasi antara

manusia yang tiada tolok bandingannya, maka wajarlah peranan bahasa melayu klasik dan

moden tidak dapat disangkal lagi. Walaupun perbezaan kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza

namun maksud-maksud yang disampaikan penuh bermakna dan selalu pula mempunyai falsafah

yang tinggi. Apalagi bahasa melayu moden ia merupakan bahasa yang mempunyai pengucapan

puitis yang dapat meningkatkan penggunaan bahasa daripada tahap bahasa seharian kepada

bahasa yang cantik lagi penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat.Mengenal dan

menghayati perbezaan bahasa melayu klasik dan moden bererti mengenal dan mencintai diri,

bangsa dan Negara kita sendiri. Bahasa kalasik dan moden adalah sebagai lambang dan harga

diri sesuatu bangsa dan Negara.

(3,155 Patah perkataan)

Page 24: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

24

BIBLIOGRAFI

Abdul Samad bin Ahmad (1990).Budaya Bahasa (II) Kesusasteraan Prosa ,Associated

Educational Distributors(M) Sdn.Bhd : Melaka.

Mohd Hanafiah Zainuddin, Azlina bt. Ahmad (2007). UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 ;

SNP Panpac(M) Sdn.Bhd. : Shah Alam.

V. Propp (1997) Morfologi cerita rakyat ; terjemahan Noriah Taslim, Dewan Bahasa dan

Pustaka: Kuala Lumpur.

Dr Ali Mahmood …[et al.],(2011). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu.

Malaysia: Open University Malaysia.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala

Lumpur.

Noriah Taslim(2004). Hikayat Seri Rama Versi Rakyat.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala

Lumpur.

Abdullah Hassan(2002). Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan sintaksis untuk guru

dan pelajar. PTS: Pahang.

Abdullah Hassan...[et al.](2006).Sintaksis. PTS Professional Publishing: Kuala Lumpur.

Page 25: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

25

LAMPIRAN

Page 26: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

26

Page 27: HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA …assignment.oum.edu.my/uploadasg/HBML4103SMP/18764/7407071357… · FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ... Rakan -rakan yang juga memberi sokongan

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

27