rakan muda

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/6/2019 rakan muda

    1/21

    MAKLUMAT AM

    Pengenalan

    Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telahdiperkenalkan dan dilaksanakan sejal 29 Oktober 1994

    Dilancarkan oleh YAB. Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada

    29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur

    Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepadafokus komuniti

    Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dankeperluan persekitaran komuniti tersebut

    Falsafah

    Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).

    Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.

    Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan olehpengamal Gaya Hidup.

    Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup

    dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

    Konsep

    Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan programberterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh

    Visi

    Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupayamenjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara

    Misi

  • 8/6/2019 rakan muda

    2/21

    Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaanpembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agendapembangunan negara.

    Objektif

    Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik

    Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remajadengan semangat Yakin Boleh Gemilang

    Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arahmerealisasikan masa lapang berkualiti

    Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagaiaktiviti Gaya Hidup Rakan Muda

    Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi danNGO s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda

    Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektortumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti

    Mekanisma Pelaksanaan

    Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen

    Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen

    Sekretariat Rakan Muda

    - Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT

    - Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri

    - Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah

    - Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda

    - Sekretariat Rakan Muda Industri

    - Sekretariat Rakan Muda PBT

    - Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat

  • 8/6/2019 rakan muda

    3/21

    - Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan

    Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan

    - Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah)

    - Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT)

    - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM)

    - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa)

    - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat)

    - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan)

    - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha)

    - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi)

    - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam)

    - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda)

    Prinsip Pendekatan Rakan Muda

    Ke arah menggalakkan penyertaan lebih ramai remaja memi.ih aktiviti-aktiviti Gaya hidup berkualitimenerusi program Rakan Muda, prinsip pendekatan melalui 8 Gaya Hidup telah diketengahkan iaitu :

    GAYA HIDUP

    Rakan Cinta Alam

    Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna,haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya.Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, PersatuanSejarah.

    Rakan Inovasi

    Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melaluiprogram bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalambidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, KelabAstronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan MotorMekanik.

    Rakan Kecergasan

  • 8/6/2019 rakan muda

    4/21

    3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal danperibadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui PersatuanPendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

    Rakan Masyarakat

    Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dankeprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan(Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, KelabPencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna,Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

    Rakan Seni Budaya

    Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzikdan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid,

    Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.

    Rakan Wajadiri

    Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagimembebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasimuda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu,Taichi dan Chingkung.

    Rakan Wirausaha

    Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbingoleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yanglebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan PelajarSekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga,Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.

    Rakan Siber

    Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengangolongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasiserta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan

    melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Mudadi semua Kompleks Rakan Muda.

  • 8/6/2019 rakan muda

    5/21

    Pembentukan identiti generasi muda yang positif lagi produktif teramat penting dalam menjaminpencapaian wawasan murni negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. KementerianBelia dan Sukan yang dapat meraih kepakaran dan kebijaksanaan dari remaja sendiri, agensi kerajaan,Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta telah menggubal suatu program yang mampudimanfaatkan oleh generasi muda, masyarakat dan negara.

    Wawasan Rakan Muda, yang tercetus daripada Wawasan 2020, akan membawa satu pendekatan untukmemperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Dalam masa yangsama, program ini menyemarakkan gaya hidup yang berkualiti dan berwawasan yang merelakangolongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Saya yakin perlaksanaan Rakan Muda jugaakan menjadi penyumbang positif kepada institusi keluarga, agama, masyarakat, sekolah, media massa,golongan sebaya dan pertubuhan swadaya yang mempunyai kesan langsung kepada generasi muda.

    Suka saya tekankan bahawa pembentukan sistem nilai dan gaya hidup berwawasan tidak akan dapatdizahirkan tanpa persefahaman serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, Pertubuhan BukanKerajaan dan terutama sekali sektor swasta. Sesungguhnya, permasalahan dan tanggungjawabmembentuk identiti generasi muda harus dipikul bersama oleh semua institusi formal, pertubuhanswadaya dan sektor swasta.

    Segala kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak begitu penting dan amat diharapkansupaya generasi muda hari ini, yang merupakan khazanah paling berharga negara, akan mewarisi sistemnilai dan gaya hidup berkualiti dan seterusnya muncul sebagai pemimpin serta pengisi wawasan negara.

    Rakan Muda-Yakin Boleh!

    Dato' Abdul Ghani Othman

    Rakan Sukan (Sports)

  • 8/6/2019 rakan muda

    6/21

    Rakan Wajadiri (Martial Arts)

    Rakan Cinta Alam (The Environment)

    Rakan Seni Budaya (Culture)

    Rakan Rekacipta (Innovations)

    Rakan Wirausaha dan Wiramahir (Enterpreneurship)

    Rakan Kecergasan (Physical Fitness)

    Rakan Masyarakat (Community Service)

    Rakan Rekreasi (Recreation)

    Briged Rakan Muda (Uniformed Corps)

    Sertailah Rakan Muda!

    (Be part ofPembentukan identiti generasi muda yang positif lagi produktif teramat penting dalammenjamin pencapaian wawasan murni negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Kementerian Belia dan Sukan yang dapat meraih kepakaran dan kebijaksanaan dari remaja sendiri,

  • 8/6/2019 rakan muda

    7/21

    agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pihak swasta telah menggubal suatu program yangmampu dimanfaatkan oleh generasi muda, masyarakat dan negara.

    Wawasan Rakan Muda, yang tercetus daripada Wawasan 2020, akan membawa satu pendekatan untukmemperkukuh dan memperkayakan sistem serta orientasi nilai dalam masyarakat. Dalam masa yangsama, program ini menyemarakkan gaya hidup yang berkualiti dan berwawasan yang merelakangolongan muda untuk mencari identiti diri dan generasinya. Saya yakin perlaksanaan Rakan Muda jugaakan menjadi penyumbang positif kepada institusi keluarga, agama, masyarakat, sekolah, media massa,golongan sebaya dan pertubuhan swadaya yang mempunyai kesan langsung kepada generasi muda.

    Suka saya tekankan bahawa pembentukan sistem nilai dan gaya hidup berwawasan tidak akan dapatdizahirkan tanpa persefahaman serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan

    Kerajaan dan terutama sekali sektor swasta. Sesungguhnya, permasalahan dan tanggungjawabmembentuk identiti generasi muda harus dipikul bersama oleh semua institusi formal, pertubuhanswadaya dan sektor swasta.

    Segala kerjasama, sokongan dan bantuan daripada semua pihak begitu penting dan amat diharapkansupaya generasi muda hari ini, yang merupakan khazanah paling berharga negara, akan mewarisi sistemnilai dan gaya hidup berkualiti dan seterusnya muncul sebagai pemimpin serta pengisi wawasan negara.

    Rakan Muda-Yakin Boleh!

    Dato' Abdul Ghani Othman

    Rakan Sukan (Sports)

    Rakan Wajadiri (Martial Arts)

  • 8/6/2019 rakan muda

    8/21

    Rakan Cinta Alam (The Environment)

    Rakan Seni Budaya (Culture)

    Rakan Rekacipta (Innovations)

    Rakan Wirausaha dan Wiramahir (Enterpreneurship)

    Rakan Kecergasan (Physical Fitness)

    Rakan Masyarakat (Community Service)

    Rakan Rekreasi (Recreation)

    Briged Rakan Muda (Uniformed Corps)

    Sertailah Rakan Muda!

    (Be part of

  • 8/6/2019 rakan muda

    9/21

  • 8/6/2019 rakan muda

    10/21

  • 8/6/2019 rakan muda

    11/21

    Penawaran penganjuran bersama dengan pelbagai pihak dan sector untuk menganjurkan 4 programutama berikut : Rakan Muda Jiran Muda

    Penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda tidak terhad semasa waktu persekolahan sahaja.Pelajar juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan melalui program

    Rakan Muda Jiran Muda seperti Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujungminggu di kawasan perumahan melalui program Weekend Champs melalui kerjasama JabatanPerpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan SukanNegeri.

    Sukarelawan

    Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama membimbing remaja melalui program inibagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Untuk menyertai aktiviti ini,hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di PejabatBelia dan Sukan Daerah.

    Rakan Muda Wawasan Desa

    Kepimpinan Kesedaran dan Kerjasama adalah aspek bagi pembangunan remaja. Program ini membanturemaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh.Spritual, Mental dan Fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik.Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan MudaKawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

    Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

    Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada diperingkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah RemajaPerdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa TheInternational Award For Young People yang beribu pejabat di United Kingdom. Untuk menyertai aktivitiini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda diPejabat Belia dan Sukan Daerah.

  • 8/6/2019 rakan muda

    12/21

  • 8/6/2019 rakan muda

    13/21

    Fungsi

    Bahagian Pembangunan Rakan Muda:

    Menjalankan pengurusan dan Pentadbiran bahagian dengan sistematik dan teratur.

    Merancang, mengamal dan menyelaras serta menilai aktiviti dan projek-projek Rakan Muda di semuaperingkat bagi :-

    - Menzahirkan potensi tertinggi generasi muda Negara

    - Membina generasi pewaris yang sempurna dan bertanggungjawab dan,

    - Melahirkan satu generasi yang produktif dengan menyumbang dan bergerak bersama dalam aruspembangunan Negara.

    Menyelia dan mengawal serta menilai proses pemberian bantuan kewangan.

    Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk remaja berdasarkan kepadakumpulan sasar iaitu mereka yang berusia 15 25 tahun.

    Melahir generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai sifat-sifat prihatin, mahir dan dinamik.

    Memperluaskan perlaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan Rakan Muda Fasa II bagi tujuanpenglibatan remaja secara menyeluruh.

    Merancang & menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidakmenyertai persatuan bagi memenuhi inspirasi & citarasa mereka.

  • 8/6/2019 rakan muda

    14/21

    Mewujudkan dan mengembling tenaga penggerak Rakan Muda di kalangan belia bagi memantapkanpelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.

    Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana mel

    alui pendekatan Kompleks Rakan Muda.

    Melahirkan golongan remaja yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapatmenyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan Negara

    Meningkatkan kapasiti pelaksanaan program Rakan Muda secara perkongsian bijak dengan badan-badan NGO, Swasta.

    Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada remaja ke arah melahirkan remaja prihatin,dinamik dan mahir.

    Memupuk, menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan remaja.

    Menyediakan program pembangunan sahsiah bagi tujuan meningkatkan penglibatan remaja dalampembangunan.

    Merancang dan menyediakan program untuk bekas-bekas peserta PLKN (post PLKN).

    Merangka, menyediakan dan memperkemaskan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian di bawahpendekatan baru pelaksanaan program Rakan Muda.

    Meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan, swasta untuk meningkatkan liputan program.

    Mewujudkan jaringan antarabangsa melalui program khidmat masyarakat di negara Asean.

    Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda

    i. Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik danberfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

    ii.. Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan,kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri.

    iii. Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapatmenyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.

    Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda

  • 8/6/2019 rakan muda

    15/21

    i. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna.

    ii. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjanapembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara.

    iii. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usahakerajaan dalam pembangunan negara.

    iv. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawabanmereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minatgolongan ini melibatkan diri.

    Strategi Rakan Muda

    Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Mudauntuk mencapai wawasan negara.

    Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara.

    Mewujudkan kesedaran dan peluang penyertaan yang luas melalui 7 Gaya Hidup dan 3 Program RakanMuda di semua peringkat dan lapisan masyarakat dengan cara yang lebih menarik, selesa dan berkualitiselaras dengan wawasan negara.

    Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjaminkelancaran pencapaian matlamat kementerian.

    Mengadakan kerjasama yang erat dengan industri, swasta, agensi kerajaan, NGO s dan orangperseorangan dalam menjayakan pelaksanaan 9 Gaya Hidup dan 8 pengsektoran Rakan Muda.

    Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program danaktiviti yang mereka minati.

    Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuanpenglibatan remaja secara menyeluruh.

    Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak

    berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka.

    Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagimemantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.

    Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan KompleksRakan Muda.

  • 8/6/2019 rakan muda

    16/21

    Wawasan Program Rakan Muda

    Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi mudake arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. GerakKan danprogram yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan Gaya Hidupberkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda.

    Matlamat Program Rakan Muda

    Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepadakumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yangsempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik.

    Dasar Kualiti

    Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendakpelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelangganyang berwibawa.

    Piagam Pelanggan

    Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara akan berusaha ke arahmelahirkan remaja Malaysia yang terbina sahsiahnya, dinamik, prihatin dan mahir serta memilikipersonaliti unggul. memiliki semangat kesukarelaan yang tinggi hingga ke peringkat global dan menjadi

    penjana modal insan negara.

    Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :-

    1. Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan.

    2. Mengekalkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan.

  • 8/6/2019 rakan muda

    17/21

    3 . Memberi khidmat nasihat dan maklumat terkini mengenai program Rakan Muda kepada remajaseluruh negara melalui pelbagai cara.

    4. Menjawab semua surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh satu minggu.

    5. Memproses permohonan bantuan daripada pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalamtempoh satu bulan.

    6. Sentiasa menambahbaikkan pelaksanaan program melalui kaedah pemantauan yang berkesan.

    7. Memberi peluang kepada remaja Malaysia mengikuti program Rakan Muda tanpa mengira agama danketurunan.

    8. Memastikan pelaksanaan setiap program berpandukan kepada objektif dan matlamat bahagian.

    9. Meningkatkan jalinan hubungan dan kerjasama dengan jabatan, agensi dan badan yang berkaitandengan bahagian Rakan Muda.

    10. Sentiasa menerima sebarang teguran dan pandangan membina bagi menambahbaikan lagi programRakan Muda bagi memenuhi sasaran.

    Strategi Cawangan

    1. Merancang program pembangunan insan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalammengendalikan dan melaksanakan program dan aktiviti Rakan Muda.

    2. Merancang pembangunan kemudahan infrastruktur dan peralatan bagi menyediakan ruang danpeluang kepada remaja untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diminati di semua peringkat.

    3 . Memperhebatkan promosi dan kempen-kempen menerusi saluran-saluran media bagi menggalakkanremaja mengisi masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang positif yang boleh meningkatkan lagipotensi diri.

    4. Memperteguhkan hubungan kerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan pembangunanremaja.

  • 8/6/2019 rakan muda

    18/21

    5. Merancang dan menyediakan program dan aktiviti Rakan Muda yang berkualiti yang bersesuaiandengan inspirasi dan citarasa mereka.

    Cawangan Pembangunan Gaya Hidup dan Penggerak

    Urusetia JK 3 P Rakan Muda Kebangsaan

    Pemantauan, Pelaksanaan, dan penyelarasan aktiviti lapan (8) Gaya Hidup

    Penyelarasan Program Khas

    Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

    Pengurusan, pemeliharaan dan pengembangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

    Pemantauan Badan Operasi / Perlesenan

    Perancangan latihan pemimpin ARPM

    Sahsiah

    Merancang dan melaksanakan input sahsiah dalam Program Gaya Hidup Rakan Muda

    Rakan Muda Ramadhan (Kafa and Fardhu Ain)

    Merancang aktiviti pembangunan sahsiah menerusi aktiviti Gaya Hidup

    Pemantauan pelaksanaan dan laporan Unit Sahsiah dan aktiviti Takwim Islam

    Perancangan program Islam Hadhari

    Penyelarasan Aktiviti Gaya Hidup Antara Agensi dan Khidmat Bantuan

    Penyelarasan jawatankuasa bersama antara agensi Rakan Muda Fasa II

    Penyelarasan peruntukan penyaluran bantuan program

    Pengurusan sumber dan agihan peruntukan sektor-sektor

    Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti

    Rakan Muda Jiran Muda

  • 8/6/2019 rakan muda

    19/21

  • 8/6/2019 rakan muda

    20/21

    Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT)

    Sekretariat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

    Sekretariat Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES)

    Sekretariat agensi kerajaan / sector tempatan

    Sekretariat Komplek Rakan Muda

    Rekod Sumber Maklumat, Kad Keahlian dan Pengurusan Penggerak Rakan Muda

    ICT/Laman web

    Kad Keahlian Rakan Muda

    Rekod dan laporan tahunan

    Pengurusan Penggerak Rakan Muda

    Pembangunan Aktiviti Kompleks

    Merancang aktiviti Kompleks Rakan Muda (KRM)/Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES)

    Membentuk hubungan dengan (Non-Gorverment Organization) NGO

    Menyelaras aktiviti

    Menyediakan pelan perancangan

    * Sumber dari : Bahagian Pembangunan Rakan Muda

    Tarikh Kemaskini: 25/05/2010 ke atas

  • 8/6/2019 rakan muda

    21/21

    Kementerian Belia dan Sukan, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 P