14
Isi Kandungan BI L Perkara Muka Surat 1 Pendahuluan 2 2 Pengertian Ibu Tumpang 3 3 Bentuk-bentuk Ibu Tumpang 4 4 Hukum Syarak terhadap Ibu Tumpang 5 5 Pandangan Ulama terhadap Ibu Tumpang 6 - 7 6 Pengertian Bayi Tabung Uji 8 7 Sejarah Bayi Tabung Uji 9 8 Proses Kejadian Bayi Tabung Uji 10 9 Pengekalan Zuriat mengikut Perspektif Syariat Islam 10 10 Kesimpulan 11 11 Rujukan 12 1 | Page

Ctu

Embed Size (px)

Citation preview

Isi Kandungan

BILPerkaraMuka Surat

1Pendahuluan2

2Pengertian Ibu Tumpang3

3Bentuk-bentuk Ibu Tumpang4

4Hukum Syarak terhadap Ibu Tumpang5

5Pandangan Ulama terhadap Ibu Tumpang6 - 7

6Pengertian Bayi Tabung Uji8

7Sejarah Bayi Tabung Uji9

8Proses Kejadian Bayi Tabung Uji10

9Pengekalan Zuriat mengikut Perspektif Syariat Islam10

10Kesimpulan11

11Rujukan12

PENDAHULUANZuriat ialah kurniaan Allah yang di berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Ada orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini mempunyai hikmah tersirat yang hanya di ketahui oleh Maha Pecipta iaitu Allah S.W.T. Namun, ketentuan menggalakkan hambaNYA berusaha dan beriktiar untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati aspek-aspek yang ditetapkan oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu anugerah yang boleh di ubah-ubah dengan sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di susun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah yang mutlak. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya mempunyai titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).

(Al-Furqan, Ayat 54)

Ibu tumpangan atau dikenali sebagai penyewaan rahim merupakan istilah baharu dalam dunia sains dan teknologi ini. Hal ini berlaku untuk membantu pasangan mandul bagi mendapatkan zuriat untuk menyambung keturunan mereka. Teknologi bayi tabung uji telah memberi cabaran dan menyentuh sensitiviti kemuliaan manusia. Firman Allah S.W.T. bermaksud:Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan dia jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seprang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau buruk) . dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.

(Surah Luqman,ayat 34)Pengertian Ibu Tumpang.Proses ibu tumpang bermaksud menggunakan benih wanita lain untuk mengandungkan benih wanita yang telah disenyawakan dengan benih lelaki (suami isteri) dan janin itu dikandung oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan ke dunia. Kebiasaannya pasangan suami isteri yang ingin menggunakan kaedah ini akan menbayar sejumlah wang kepada ibu tumpang untuk penyewaan rahim. Penyewaan rahim di luar negara merupakan trend yang popular dan dikenali sebagai surrogate mother.Penyewaan Rahim mengikut hukum Fiqh.Penyewaan rahim sering berlaku dalam kalangan manusia di seluruh pelusuk dunia dan majoritinya adalah negara barat. Antara sebab berlakunya penyewaan rahim ialah :I. Seorang wanita tersebut mempunyai rahim yang lemah dan tidak berupaya mengandungkan anaknya.II. Wanita yang menghidapi penyakit-penyakit yang tertentu seperti penyakit asma, kanker, aids dan hipertensi.III. Ketidaksanggupan wanita untuk mengandung atas sebab kerjaya harian yang mampu menjejaskan potensi wanita tersebut.

Bentuk-bentuk Ibu TumpangBentuk pertama:Benih isteri disenyawakan dengan benih suami,kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik , tetapi rahimnya dibuang kerana pembedahan , kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang kronik atau sebab-sebab yang lain.

Bentuk kedua:Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukan dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri itu.

Bentuk ketiga:Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini apabila suami mandul dan isteri ada halangan atau kecacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.

Bentuk keempat:Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain , kemudian dimasukkan ke dalam rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovari dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai tahap putus haid (menopause).

Bentuk Kelima :Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.

Hukum-hukum Syarak terhadap Ibu Tumpang

Islam tidak mengharuskan penyewaan rahim atas beberapa perkara :I. Tiada ikatan perkahwinan antara lelaki ( tuan punya sperma ) dan ibu tumpang.II. Ikatan perkahwinan sempurna yang meliputi rukun dan syarat perkahwinan perlu ada.

Firman Allah yang bermaksud:Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan( surah Ar-Rad, ayat 38 )

Firman Allah lagi yang bermaksud:Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah mereka (yang ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah( An-Nahl, ayat 72 )

Pandangan Para Ulama tentang Ibu Tumpang

Para Ulama bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan berikut :

I. menggunakan rahim wanita lain selain isteri.II. percampuran benih antara suami dan wanita lain.III. percampuran benih isteri dengan lelaki lain.IV. Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri

Antara ulama yang berpendapat haram menggunakan ibu tumpang:-

1.Sheikh Mahmud Shaltut berpandapat bahawa :

Persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah adalah jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat anak sedangkan antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan.

2. Syeikh Prof. Dr. Mohammad Raafat Othman berpendapat bahawa :

Perbuatan meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan pernikahan bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih yang dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang boleh membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.

3. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi berpendapat bahawa :

Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpangan yang kian menular di Barat dengan memberi kritikan yang berbentuk sinis. Beliau menyatakan apakah dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit getir melahirkan, dia (wanita) layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya mempertaruhkan sel telur yang di tumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel telur itu penting untuk menghasilkan genetik tetapi ia tidak cukup meghasilkan nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu di ambil daripada perkataan arab walidah yang bererti perempuan yang melahirkan. Manakala anak adalah awlad yang bererti di lahirkan.

Terdapat juga ulama yang mengharuskan penggunaan kaedah ini dan menetapkan syarat-syarat yang amat ketat. Antaranya ialah :I. Berhati-hati dalam menggunakan kaedah ini supaya benih tidak bercampur.II. Kaedah ini hanya boleh dijalankan dalam keadaan darurat.III. Ibu tumpang hendaklah mempunyai hubungan suami isteri yang sah ( suami mempunyai 2 isteri)

Dr Muhammad Bakar Ismail berpendapat bahawa : Beliau berpendapat penyewaan rahim bagi bentuk ini adalah harus kerana kedua-dua wanita tersebut adalah isteri bagi suami yang sama dan isteri yang lain secara sukarela mengandungkan anak bagi madunya. Dalam keadaan ini , bapa anak tersebut telah pasti dan ikatan kekeluargaan wujud dalam lingkungan yang baik, begitu juga tidak wujud pencampuran nasab dari sudut suami dan isteri jika sikap berhati-hati diambil kira bagi memenuhi syarat-syarat yang menjamin tidak berlaku percampuran nasab. Oleh sebab itu, Al- Mujamma Al-Fiqhi li Rabitoh Al-Alam al-Islami secara majority mengharuskan penyewaan rahim bentuk ini dalam daurah ketujuhnya, dengan syarat pengawasan yang betul-betul sempurna agar tidak berlaku percampuran benih, kerana kesilapan dalam percampuran benih dengan yang lain akan member kesan kepada generasi demi generasi.Pengertian Bayi Tabung Uji

Bayi tabung uji boleh didefinisikan sebagai persenyawaan atau percantuman antara benih lelaki iaitu sperma dengan sel telur perempuan iaitu ovum di luar rahim. Persenyawaan semulajadi hampir sama dengan persenyawaan bayi tabung uji. Konsep bagi bayi tabung uji tidak bermaksud kehamilan itu membesar dan tumbuh hingga menjadi bayi di dalam tabung uji. Tetapi hanya sekadar proses persenyawaan sahaja yang berlaku di luar tubuh. Perkembangan dan pembesaran jasad bayi sebenarnya berlaku di dalam rahim.

Teknik ini merupakan satu sinar harapan baru bagi pasangan suami isteri yang tidak berupaya untuk mendapatkan anak. Tetapi teknik ini juga membawa risiko kepada perempuan tersebut seperti jika pada kali pertama persenyawaan itu gagal, ia perlu diulang-ulang sehingga berjaya dan kemungkinan ini akan menjejaskan kesihatan perempuan itu.

Sejarah Bayi Tabung Uji

Ahli-ahli sains telah lama membuat kajian tentang teori sama ada seseorang wanita boleh hamil tanpa mengadakan hubungan kelamin dengan lelaki. Kehamilan berlaku apabila sperma lelaki bercantum dengan ovum wanita. Bayi tabung uji dianggap sesuatu yang tidak masuk akal oleh masyarakat terdahulu.Saintis terulung, Ibnu Khaldun dan beberapa orang ahli falsafah Islam sebelum beliau seperti Ibnu Sina dan al-Farabi telah mencetuskan idea penciptaan yang menyerupai teori bayi tabung uji. Idea sebegini dikemukakan ketika beliau membahaskan perihal kimia mengikut pendapat generasi terdahulu di dalam penulisan Muqaddimah beliau yang mahsyur.Dengan perkembangan penyelidikan sains, terhasilah suatu penemuan baharu yang dinamakan bayi tabung uji. Pencapaian sains terkini telah mampu menyediakan praktikan teknologi yang membentuk suasana dan persekitaran yang bersesuaian untuk menghasilkan kejadian manusia daripada mani, melalui proses dan kawalan yang sempurna dan padu.Kisah penemuan bayi tabung uji tersebar luas pada zaman ini. Pelbagai penyelidikan dan eksperimen dijalankan oleh doktor-doktor perubatan Amerika dan mendapat perhatian rakyat negara tersebut. Suatu percubaan memindahkan janin berusia lima hari dari rahim ibunya ke rahim perempuan kedua telah dibuat. Bayi ini dikandungkan selama sembilan bulan dan berjaya dilahirkan.Untuk pertama kali dalam sejarah, seorang warga Australia berjaya melahirkan anak yang dipesum (Percantuman sperma dan ovum) daripada ovum wanita kedua. Kejayaan ini mendapat liputan istimewa dan disiarkan oleh akhbar De Bare (Perancis).

Proses Kejadian Bayi Tabung Uji

Berikut ialah proses kejadian bayi tabung uji secara zatnya sangat ringkas dan mudah.Asas pembentukan:

I. Bermula dengan ovum yang dikeluarkan oleh ovari diletakkan di dalam radas khas dengan perlindungan cecair fisiologi yang sesuai.II. Kemudian sperma lelaki dicantumkan dengan ovum untuk untuk disenyawakan.III. Apabila persenyawaan sempurna membentuk zigot,sel tersebut akan mmbahagi dua.IV. Kemudian membentuk empat sel dan seterusnya membentuk lapan sel.V. Proses ini berlaku pada hari keempat selepas persenyawaan ,dan dinamakan tahap marula yang menyerupai bentuk buah mulberi.

Pengekalan Zuriat Mengikut Perspektif Syariat Islam

Islam menggalakkan perolehan zuriat melalui perkahwinan. Rasulullah bersabda bahawa :Berkahwin kamu,lahirkan zuriat dan ramaikan, sesungguhnya aku berbangga dengan (ramainya) kamu,umat(ku) pada hari kiamat. (Direkodkan oleh Nasai)

Persetubuhan adalah satu-satunya cara untuk melahirkan keturunan. Islam mensyariatkan satu cara terbaik untuk menghalalkan persetubuhan dengan mewujudkan ikatan perkahwinan. Melalui perikatan sah ini sekalian umat dapat mengecapi keharmonian hidup yang sempurna.

Kesimpulan

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia. Namun kita harus sedar limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.Di Barat, terdapat aliran yang kuat memberikan hak kepada ibu yang melahirkan contohnya di Britain. Manakala di California, pemilik benih dikira sebagai ibu sebenar dari sudut undang-undang.Di Itali, undang-undang melarang penyewaan rahim tetapi menerima sekiranya dengan kerelaan individu sendiri.Namun, ternyata apabila manusia tidak menjadikan agama sebagai pegangan dan akhlak sebagai benteng, berlaku pelbagai kepincangan yang mengundang kemusnahan dan kecelaruan kepada institusi masyarakat.

Rujukan

Buku :I. Bayi Tabung Dan Pencangkokan Dalam Sorotan Hukum Islamoleh Muktar Tarjih Muhammadiyah (m/s 60,79,105)

II. 8 Dilema Moral Zaman Inioleh Gregorius C.Higgins (m/s 36)

Laman sesawang :http://ida-alaydrus.blogspot.com/2011_12_01_archive.htmlhttp://insankhafie.blogspot.com/2009/01/bayi-tabung-uji.htmlhttp://warisan15.blogspot.com/2010/06/hukum-penyewaan-rahim-ibu.html

3 | Page